Kota Bharu 2012
Posted on Saturday, September 01 @ 11:37:44 UTC Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: rajaibrahimpetra96
"
Asaa sampa ghaso nak kecek klate.. Huh. XPAYAH deh! Kang salah bawak bahasa orang x pasal2.
Kesini agak rushing. Ada hal sikit. Hal tak hal sangat lah. Tapi ade la agendanya laki vini nih.
Day 1...
Dengan perjalanan kurang dari sejam, kami pon sampai KB. Dan menuju ke hotel..
Renaissance Hotel Kota Bharu
Hotel ni satu2nya hotel yang vasss dan segak bergaya di KB. Tiada yang lain. Tapi bukan la 5 bintang. Di KL mungkin. Tapi di KB tak silap 4 bintang je kot or maybe less.
Entrance |
Hotel Lobby |
Alhamdulillah.. Check in yang mudah, cepat dan tuntas. Lobi pon tengok cantik and bersih. Classic.
Coffee House, Lobby and Bar |
Perkhidmatan teksi yang bersepah diluar hotel |
Butik Hazel di lobby hotel. Kafton cantik2 dalam RM280, Rm350. Mahal ke murah tu? Xtau! |
Internet FREE if u are JW Marriot members. Yes we r! Channel TV pon byk FREE. |
Coffee Maker, kudap2an. |
Seperti biasa dengan harapan yang tinggi untuk menjadi ISTERI TERBAIK di mata suami ku(insyaAllah). Kami tak lunch diluar. Aku mula lah bukak tapau. Hakhakhakhak. Simple je weh..
Sambal hayam je pon. |
View dr tingkap bilik kami |
Petang kami keluar. Kemana?
Nordin Batik & Craft
As aku mention tadi, teksi memang bersepah luar hotel tuh. Ko bayo je. Pak cik nya baik2 belako. Aku nok sgt ke Pasar Besar Siti Khadijah. Tapi pakcik teksi cakap petang dah tak ada apa. Nak tutup dah. Apa kata kita tengok batik and ke Wakaf Che Yeh. Esok baru ke pasar besar.. What ever lah pakcik.. Jomz
Sampai je batik ni memang aku menggile. Senget kan? FYI aku dulu masa remaja boleh dikira baju melayu yang aku ade. Tak de baju raya kurung pon x pa. Tak kesah! Sebab tak suka. Emas pon mcm tuh. Senang mak. Sebab tang tu tak payah bela sangat walaupon dia dah penat bebel. Tapi sejak dah kertu ni (baru 27) minat terhadap kesopanan ni dah keterlaluan. Jangan tak tahu baju kurung aku 5pasang untuk raya ni siap ditempah. LAKI BINI SIAP! Puasa sebulan pon dah berganti. Alhamdulillah.
Korang tengok sampin yang dalam gambar hujung tuh? Mau dirembatttt... Terpesona pada pandangan pertama.. Hubby dah garu2 dagu dah dek terpesona.
Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh ni ala2 bazar or uptown. Dibuka setiap hari. And malam sahaja.
Sampin ni plak RM2500 ke atas. Phewww!~ Cantik |
Settle shop sikit2 pakcik teksi pon mai. Dr WCY ke hotel tambang dalam RM20(sebab malam.Siang RM10 je)
Malam kami order je dari bilik. Sedap la jugak. Tapi sedap lagi kalau aku yang marinate ;p Hubby cakap, bukan aku ckp.. Ahakd. Boleh je turun makan. Tapi malas.
Day 2...
Breakfast
Breakfast variety of food sgt menarik. Rasa sedap. Beverages, fruits, dessert semua byk gila pilihan. Ini lah kelebihan hotel otai. Dimana2 pon hotel otai memang serve food sedap. Alhamdulillah.
Settle urusan kami (keje) dari pagi bawak ke tengahari, alhamdulillah. Urusan beres. Dan apalagi.. Sambung la berjalan..
Pasar Besar Siti Khadijah.
Bukak dari awal pagi hingga lah 7pm sahaja. Malam tutup ok.
Ada perkhidmatan beca diluar pasar. |
KB Trade Center |
Sekali masuk tgk lengang. Staff leka bergurau2 kat counter. So aku dengan berat hati terus kan je lah. Kedai pon agak kotor. Tapi apa salahnya kalau tak cuba tak tahu. Aku order snake plate 1 set share berdua. Air nye pepsi regular. Nak tukar ke Large tak diberi. Nak order asing2 pon susah nak minta sebab loghat KL dia tak paham. Teruk bahasa. Berkali aku minta dia tak faham dan WHATEVER lah teruskan je la dengan order tuh dengan tanpa menunjuk sebarang riaksi marah pon kat muka aku nih, benda simple. Nak wat kalut watpa, ye dak. Ayam plak aku mintak kedua2nya part thigh. Jawapannya ok. Sekali datang bahagian wings and dada. Aku ulang permintaan ku nak part thigh, cashier tu tanya lagi sekali 'semua thigh ke?' aku jawab 'ha ah kalau boleh' sambil senyum.
Belom sempat dia amik pinggan aku tiba dtg partner dia juga bertudung tapi bulu kening nipissss gila.. 'Sorry kat sini tak boleh pilih2 hayam' dengan muka &#@&^$&@&$*@ Wahhhhhhhhhhhh dasyat. Kalah KFC. Now i know kenapa tak de orang mkn kat sini. Aku dah panassssssssss.. Kalau ikot darah muda mau je aku bla tanpa byr. Klu bkn makanan, mau je aku baling kt muka dia. Tapi again, aku diuji jerh dengan puppet2 ni semua. MasyaAllah.. Aku kena lawan amarah ku.. Aku byr dan berlalu pergi ke tempat duduk. Sambil2 dorang dengan muka *@&$^&@^ dan buat muka bangga! Phew!~ This is 1st and gonna be the last la utk aku cuba2 benda2 merepek nih. Bila kat forum pandai ckp KFC itu ini. Sokong la barangan Islam. Hurmm.. byk kali sgt sgt cuba. Bkn skali dua. Tapi aku tetap dibalas tahi! Tak salah pon pilih ayam yg berderet dalam kitchen tu. Bukan ramai. Dalam kedai aku berdua je. Kenapa kena dengki?
KB Mall
Tak sangka rupa2nya KB Mall ni ada banyak menang anugerah eh? Huhuhu. Eh i just love KB so much.
Pics:Google
Petang sampai ke malam kami lepak di KB Mall. Not bad KB Mall ni. Dia ala2 JJ tapi bila di tingkat atas dia ala2 sg.wang. So mcm sedap la kami mencuci mata. Sedar tak sedar dekat nak tutup la kami baru pulang. Itu pon sebab nak tutup. Kalau tak?
Dan yang sangat lama bila hubby terjumpa ni. Jengjengjeng. Ada 1 benda yang hubby dok google lately. Bila ditanya jawab nya 'takda..saje je tetengok.jam ni pon tak sampai setahun'(hadiah hari jadi last year)
Tapi memang hubby ni cerewet nak memilih. Tapi alhamdulillah aku memang tak pernah kesah dengan keinginan dia, minat dia. Sama2 kita tau batasan kita :) So akhirnya..
Tertangkap jua akhirnya di KB Mall. Limited edition, dia yang keberapa tah yang ada. Biarkan dia dan minat dia. Aku idok le pahamnye. Yang penting dia bahagia. Alhamdulillah aku juga bahagia. InsyaAllah..
Siap pakai, jam lama aku simpan. Asik la aku duk tanya 'kul bape eh skarang?' ahaks.. ;p
Siap makan di Secret Recipe kami pon pulang ke hotel..
Day 3..
Lepas breakfast kami pon pulang.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Keje settle, jalan pon settle. InsyaAllah lagi 1.5 bulan kami akan kesini lagik.. So time tuh baru betol2 tulis apa yang kami mahu rembat. Plan betol2. Sebab dah tahu ni senang la..
Sebut pasal rembat, moh tengok beberapa cebis barang yang sempat aku rembat utk keperluan.
**overall memang aku suka KB. Memang nak mai lagi dalam masa terdekat. InsyaAllah sbulan dua lagik. Cuma aku senthap tgk culture kat sana. But awal2 nak mintak ampun kalau apa aku ckp ni silap. Pada aku Kelantan 1 negeri yang semua orang tahu dengan culture nya yang dulu pada pandangan ku kolot tapi bila makin dewasa ni aku rasa kagum dan cemburu dengan culture2 tuh. Apa culture dorang?
Disebabkan Kelantan ni salah 1 negeri yang selalu je mak and abah aku bawak masa kecik2 sampai aku sekolah menengah, so aku memang agak familiar dengan nama Kelantan ni. Ia memang femes dgn culture ISLAMIC nya. Bertudung litup utk perempuan, menutup aurat untuk lelakinya. Kalau azan peniaga akan berhenti berniaga dan akan ke surau berdekatan. Selain orang2nya yang ramah tamah, eh memang beza sangat2 lah kalau nak dibandingkan negeri aku sendiri or KL nih. Memang langit dan bumi.
So bila dah lama sangat tak jenguk, kali ni nak jenguk dengan perasaan yang sangat berkobar. Packing baju yang dibawa kebanyakannya baju yang besar2 tshirt untuk jalan keluar. Sebab dulu sapa yang tak pakai tudung dorang akan pandang2. Sebab setahu aku dulu, sana sapa tak pakai tudung ibarat kat sini bogel kot. Correct me if im wrong. Memang memalukan la sape2 yang bogel kepala, apatah lagi pakai sendat2 and sleeveless ni. So aku tak la merepek nak bawak baju melalut..
Tapi bila aku kesana 3H2M terus terang aku kata kan, apa yang aku dapat tengok tak ada lagi dah culture yang dulu tuh :( Di Wakaf Che Yeh ade ramai peniaga yang tak bertudung. Pakai maxi lengan pendek berniaga pon ada. Dah tentu la tidak bertudung kalau maxi lengan nye pendek. Bila Maghrib azan berkumandang, pondok2 yang jual barangan handphone yang melaungkan lagu justin bieber sikit pon tak slow down kan muziknya. Apatah lagi tutup kedai bg menghormati azan. Uhuk. Mana kah culture yang dulu itu? Ataupon itu bukan warga kelantan.. Mungkin.
Doa kebaikan ku sebagaimana aku mendoakan kebaikan kamu, insyaALLAH.. :)
http://wonderfulretreats.blogspot.com/2012/06/kota-bharu-2012.html
Ambang 55 tahun kemerdekaan, semarakkan obor Islam!
Posted on Saturday, September 01 @ 09:19:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohamad Faizal
MENJELANG tarikh sambutan kemerdekaan, saya terpanggil untuk meninjau satu himpunan yang akan diadakan di Dataran Stadium, Kota Bharu pada 30 Ogos 2012. Himpunan yang dinamakan "Merdeka Royalti" yang diadakan sempena sambutan hari kemerdekaan Negara ke-55 dapat dilihat focus ia diadakan.
Himpunan yang digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang dikenali sebagai aktivis-aktivis R yang disebut juga Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyayk dan Gas di Kelantan ini bukanlah suatu gerakan yang didokong langsung oleh ahli-ahli politik terutamanya dari PAS dan Pakatan Rakyat. Ia adalah satu gerakan rakyat, bahkan ahli-ahli politiklah yang menumpang kekuatan gerakan ini.
Focus perbincangan saya bukanlah apa yang mereka tuntut kerana ia telah pun jelas pada himpunan dan mereka yang menganjurkannya. Tidak lain tidak bukan kerajaan Malaysia sempena sambutan kemerdekaan Negara ke-55 perlu menyempurnakan pembayaran royalty peterolium melalui Petronas kepada Kelantan.
Apa yang lebih penting gerakan R ini telah Berjaya merakyatkan tuntutan terhadap kerajaan pusat dan Petronas. Seperti yang disebut pada awal tadi, pembabitan anak-anak muda yang bukan dari pimpinan-pimpinan politik menjadikan gerakan ini amat unik.
Di sinilah saya mengharapkan kumpulan ini kelak mampu merakyatkan gerakan menuntut perlaksanaan syariat di bumi Malaysia ini. Dengan gerakan dan aktiviti yang konsisten, rakyat mudah faham apa yang dibawa dan mesej yang ingin disampaikan.
Apatah lagi baru-baru ini Presiden PAS sendiri memperakui bahawa PAS hanya akan melaksanakan hudud yang merupakan sebahagian dari syariat Islam melalui saluran demokrasi. Secara mudah demokrasi ialah apa yang diinginkan oleh rakyat yang ramai dan mejoriti.
Perjuangan PAS dalam mendaulatkan hukum Islam bukan lagi rahsia. Bahkan perbezaan pendapat antara PAS dan DAP ini telah pun diperakui oleh pimpinan Pakatan Rakyat bahkan telah wujud satu kesepakatan untuk bersetuju pada apa jua yang tidak dipersetujui. Bukankah itu suatu perakuan yang hanya menunggu suara rakyat untuk bersuara?
Maka senoario inilah memerlukan satu gerakan yang bersepadu dan konsisten memberi kefahaman dan mesej jelas kepada rakyat untuk mereka secara bersama menerima hukum Islam sebagai undang-undang tertinggi Negara. Dengan pembabitan saya secara langsung dengan aktivis-aktivis R, saya penuh yakin keupayaan mereka mampu untuk menyemarakkan obor-obor perjuangan Islam di Malaysia.
Semoga gerakan massa ini tidak dipandang hanya sebelah mata oleh pendokong-pendokong kebenaran. Lebih dari itu, aktivis-aktivis parti terutamanya dari pucuk pimpinan di pelbagai sayap bolehlah mencontohi apa yang dilakukan oleh kumpulan anak muda ini. Mereka bergerak hanya dengan perbelanjaan sendiri tanpa dibiayai langsung oleh pihak-pihak tertentu.
Adalah sekali sekala pihak yang bersimpati menganjurkan jamuan sebagai penghargaan kepada apa yang diperjuangkan. Namun itu bukanlah matlamad utama kami.
Semoga sambutan kemerdekaan ke-55 tahun ini membuka lembaran baru kepada gerakan yang lebih agresif demi mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini. Al-Quran dan hadith hanya menunggu kita untuk membongkar segala isinya bagi diterjemahkan secara nyata. Ayuh tekadkan semangat, tingkatkan ikhtiar jihad! - 11 Syawal 1433H.
Posted on Saturday, September 01 @ 09:15:09 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Sharpshooter
Seorang anak muda berasal dari Sabah, saudari Afzan Komrad Jingga 13 hari ini telah secara rasmi melafazkan kalimah shahadah memeluk Islam. Nama Islamnya kini adalah Rayyan Khairiyah. Alhamdulillah...
Ahli Parlimen Kota Raja, YB Dr Siti Mariah Mahmud turut menjadi saksi peristiwa bersejarah ini bersama Abby Abadi.
Rayyan Khairiyah boleh bertutur 11 bahasa, Sharpshooter banyak kali bertemu dengannya dalam banyak program Jingga 13 di Shah Alam. Kali terakhir bertemu dengannya ketika berbuka puasa bersama Cikgu Fariz Musa di Klang.
Ketika itu beliau sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam. Sharpshooter juga tidak pernah lupa tentang keakraban persahabatan dalam Jingga 13 hingga semua komrad Jingga 13 yang hadir di Mahkamah menitiskan air mata termasuklan Rayyan Khairiyah bila Sharpshooter di jatuhkan hukuman penjara 3 bulan. Alhamdulillah Allah beri kekuatan luar biasa berkat doa anda semua...sharpshooter masih mampu tersenyum...
Seorang lagi iaitu Setiausaha Jingga 13, saudara Vicky juga telah menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam, sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan...amin..
Jingga 13 dipimpin oleh Cikgu Fariz Musa yang juga merupakan seorang MPP Keadilan, kehadiran Jingga 13 amat dirasai dalam arena politik Malaysia apabila Jingga 13 berjaya membongkar banyak skandal negara terutamanya skandal NFC. Tahniah teruskan perjuangan...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Posted on Saturday, September 01 @ 09:00:03 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Semangatjitu
"Terengganu bumi bertuah dilimpahi emas hitam. Tetapi ini tidak bermakna rakyatnya juga bertuah. Ini boleh dilihat ke Timur tengah, walaupun emas hitam mereka melimpah-limpah adakah pemerintahan negara mereka menuruti syariat Islam?.
Berbalik ke negeri Terengganu, sedar tak sedar emas hitam telah di'sedut' di perairan Terengganu melebihi 30 tahun.
Tepuk dada tanya kesedaran adakah pembangunan yang diratib oleh pemimpin UMNO dan diaminkan oleh sebahagian penduduk Terengganu terutamanya penduduk kampung dan peneroka felda berpadanan dengan hasil mahsul tersebut. Cuba amati sendiri adakah Terengganu sangat membangun berbanding dengan Kelantan?. Penduduk kampung dan felda disogok, diupah, diugut, ditekan, diperdaya dan dimomok dengan duit ehsan, duit raya, duit sekolah dan segala macam yang terfikir dengan begitu hebat sehingga Terengganu berada dalam keadaan seperti sekarang ini. Begitulah realiti Terengganu Darul Runtuh.
Dikala negeri-negeri di pantai barat semnanjung mengalami angin perubahan yang tak henti-henti sehingga Johor yang diagung-agungkan oleh pemimpin UMNO sebagai kubu kuat UMNO juga diserang 'asma' dalam PRU13 akan datang dan berkemungkinan besar akan kehilangan gelaran kubu kuat itu, nampaknya Terengganu berpotensi besar akan merampas gelaran tersebut!!. Apa yang dibimbangi adalah angin perubahan diTerengganu hanya setakat gah di kalagan orang-orang PAS dan penyokong PAS sahaja. Dikalangan penduduk kampung dan peneroka adakah angin tersebut turut menderu? Kalau tidak, mana mungkin perobohan empayar UMNO bisa digagah.
Berwaspadalah, setelah Terengganu menempa nama dalam bidang sukan SUKMA dan atlet bertarat dunia, Terengganu berpotensi sekali lagi untuk menempa nama dan merampas gelaran daripada Johor sebagai Kubu Kuat UMNO!!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan