Isnin, 3 September 2012

DIBENARKAN SOLAT JUMAAT DALAM SATU KARIAH...JIKA IA MEMANG DIKHASKAN UNTUK MASJID DENGAN SEBAB PENDUDUK RAMAI...DIBOLEHKAN JUGA 2 JUMAAT DALAM SATU KARIAH JIKA PENDUDUK TERLALU RAMAI...MASJID ITU TAK DAPAT MENAMPUNG JIKA DIBUAT SERENTAK...WALAUPUN BAGAIMANA PUN KENAPA KITA TAK PERTIKAI ORANG YANG TAK SOLAT JUMAAT DAN ADA YANG LAGI TERUK SOLAT FARDHU PUN TAK BUAT...BILA TINDAKAN KITA JELAS DOUBLE STANDARD...PILIH BULU

Najib dendangkan Janji Ditepati untuk TNB

  • Nigel Aw
  • 7:02PM Sep 3 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba memikat hati satu lagi kumpulan kecil pengundi - kali ini dengan menyanyi lagu Janji Ditepati kepada kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di samping menjanjikan mereka beberapa 'hadiah'.

Menurut Najib, antara janji yang telah ditepati adalah ikrarnya untuk melantik kepimpinan TNB daripada orang dalam TNB sendiri.

NONE"Apabila timbul masanya untuk peralihan pucuk pimpinan pengurusan TNB, saya beritahu persatuan-persatuan TNB kalau sekiranya ada orang dalam (mampu jadi) ketua eksekutif TNB, saya akan lantik orang itu.

"Sebab itulah apabila kita pilih tema Janji Ditepati maka janji saya pada warga TNB telah saya tepati," katanya merujuk kepada pelantikan Ketua Pegawai Ekseutif TNB, Datuk Azman Mohd.

Pada majlis sama yang dihadiri kira-kira 5,000 kakitangan, Najib mengumumkan TNB akan menjadi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama yang meningkatkan umur persaraan kepada 60 tahun.
Nurul Syuhada perjelas isu Bintulu 'daif'
7:15PM Sep 3 2012
Pengacara jelita TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain menjelaskan bahawa isu Bintulu yang disifatkannya sebagai 'daif' dalam satu laporan lintas langsung stesen tersebut perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat.

Menurutnya, perkataan 'daif' digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi.

NONEBeliau bagaimana pun meminta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan kenyataannya.

"Sebagai anak jati Malaysia, saya tidak akan mengkritik tanah air saya sendiri atau mana-mana daerahnya.

"Kepada yang tersinggung, saya minta maaf, dan kepada mereka yang cuba menyemai kebencian dan fitnah, Tuhan sahajalah pengadil sebaiknya buat anda," tulis Nurul Syuhada pada laman Facebook beliau.

TV3 dalam laporan di Buletin Utama semalam turut membuat permohonan maaf yang sama.

Pemuda PAS Sarawak dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum ini dilaporkan terguris dengan kenyataan Nurul Syuhada itu dan menggesanya meminta maaf secara terbuka bagi meredakan kemarahan penduduk Bintulu.

Mereka beranggapan Nurul Syuhada kurang arif dengan kedudukan Bintulu sebagai antara penyumbang utama pendapatan negara dengan hasil gas dan minyaknya.

Lagi kemarahan rakyat S'wak pada TV3, Nurul Syuhada
Anwar pertahan kibaran Sang Saka Malaya

  • Hafiz Yatim
  • 4:12PM Sep 3 2012
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan pemuda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang merdeka pada 30 Ogos lalu.

NONEKatanya, tiada salahnya dengan tindakan itu kerana bendera itu asalnya dicadangkan menjelang kemerdekaan Tanah Melayu.

"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara dalam sejarah negara," katanya.

Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.

Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bulan penuh.
Ketua SSM: Kenapa saya mesti undur?

  • Lee Way Loon
  • 5:40PM Sep 3 2012
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish menyelar tindakan NGO Melayu yang menuntutnya meletakkan jawatan kerana didakwa gagal membuat siasatan terhadap aktiviti Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Beliau berkata demikian ketika diasak pemberita berhubung desakan NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dalam sidang media menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kuala Lumpur hari ini.

NONE"JMM, PERKASA dan lain-lain lagi meminta saya melepaskan jawatan untuk hari keempat berturut-turut, tetapi perkara itu bukan dalam skop tugas SKM," katanya.

"Saya fikir tuntutan supaya saya meletakkan jawatan tidak bertanggungjawab. Kenapa saya perlu meletakkan jawatan apabila melakukan kerja dengan betul?"

Presiden JMM pada 30 Ogos dilaporkan berkata, mereka pada Julai lalu telah mendedahkan Suaram adalah sebuah syarikat atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd hasil maklumat yang diperoleh dari SSM sendiri.

Namun, ujarnya, syarikat itu jelas 'berlagak' seperti sebuah NGO dengan menggunakan platform tersebut untuk menghentam kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lapor Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, kata Azwanddin Hamzah, SMM masih tidak bertindak dan oleh itu Mohd Naim digesa meletakkan jawatan kerana gagal membuat pemantauan dan siasatan.
AMK: Sang Saka Malaya pandangan peribadi Najwan

  • Abdul Rahim Sabri
  • 3:50PM Sep 3 2012
Pemuda PKR (AMK) hari ini menegaskan tindakan seorang pemimpinnya mereka bendera "Sang Saka Malaya" tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sayap kanan PKR itu.

Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin berkata, mereka tidak pernah membincangkan bendera rekaan timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi itu.

NONEBahkan, kata Shamsul (kiri) lagi, rekaan itu juga dikemukakan pada 2007 sebelum Najwan dilantik sebagai pemimpin AMK.

"Saya percaya rekaan itu merupakan pandangan beliau dan manifestasi beliau sebagai seorang anak muda yang memberikan satu penilaian sejarah.

"Saya percaya elemen merah dan putih menjadi satu asas kepada rekaan beliau. Cuma Utusan mengaitkan dengan pemimpin AMK.

"Oleh kerana beliau sekarang timbalan ketua penerangan AMK, apa yang dilakukannya pada 2007, saya fikir tidak ada masalah, dan tidak harus dikaitkan dengan pendirian sayap muda PKR," katanya.

Ekspesi berlandaskan sejarah
Utusan Malaysia di muka depannya hari ini melaporkan Najwan sebagai mendakwa mereka Sang Saka Malaya sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.

Akhbar Umno itu juga melaporkan, laman Twitter Najwan juga menyebut: "Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!"

NONEDalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Shamsul menegaskan pihaknya tidak menyokong usaha menukar bendera Jalur Gemilang, tetapi "tiada masalah" dengan pihak yang ingin mengibarkan Sang Saka Malaya.

"Kita tidak boleh menghalang ekspresi anak muda yang berlandaskan kepada sejarah dan bukannya seronok-seronok nak kibar," katanya sambil meminta media supaya memahami latar belakang sejarah terlebih dahulu daripada mempolemikkannya.

Katanya, berdasarkan sejarah, elemen merah-putih dalam bendera itu adalah asalnya cadangan PUTERA-AMCJA, pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM) Dr Burhanuddin Helmi dan Tun Tan Cheng Lock.

AMK juga berkata, isu itu tidak perlu diperbesarkan seolah-olah ia berpotensi mengancam keselamatan negara.

"Di saat perdana menteri menyeru generasi muda mempunyai fikiran yang terbuka dan harus merobos sempadan kemustahilan, adalah sesuatu yang dangkal apabila ada generasi muda celik sejarah ditekan hanya kerana mempunyai idea yang berbeza dalam mengiktiraf sejarah," katanya.

Bendera Umno Sang Saka Bangsa?
Sementara itu, Shamsul juga mengarahkan AMK Wilayah Persekutuan menjejaki individu yang didakwa memijak gambar perdana menteri pada perhimpunan 30 Ogos lalu bagi tujuan membantunya.

NONEBeliau juga menolak dakwaan tentera siber BN yang mengaitkan Sang Saka Malaya dengan pengaruh negara jiran kerana bendera Umno Sang Saka Bangsa juga dipengaruhi unsur yang sama.

Ditanya sama ada sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya sayap kanan PKR itu disiasat, Shamsul berkata beliau tidak tahu apa yang polis ingin siasat.

"Ini bukan zaman ugut. Kalau zaman ugut maksudnya rakyat tidak didahulukan.

"Kalau nak siasat bawah Akta Hasutan, adakah dengan beberapa (orang mengibar bendera) maka terhasut semua rakyat Malaysia membenci kerajaan.

"Ini adalah pandangan berdasarkan sejarah," katanya.

Bahkan beliau minta pasukan polis juga bersikap adil dengan menubuh pasukan penyiasat mencari dan menyiasat individu yang didakwa menghina gambar Datuk Nik Aziz Nik Mat dan membakar gambar Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga sebelum ini.
Dewan Perniagaan Melayu tegur Najib isu tender MRT

  • Ahmad Fadli KC
  • 2:45PM Sep 3 2012
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini menyuarakan kekecewaan terhadap projek MRT yang disifatkan meminggirkan usahawan bernaung bawahnya dan dianugerahkan kepada kontraktor yang tidak layak.

NONE"MRT (yang bernilai) RM36 bilion kita (kontraktor DPMM) tak dapat langsung.

"Orang yang dapat pula luar biasa. Gagal buat kereta api, diberi lagi projek MRT," kata presidennya Datuk Syed Ali Alattas pada sidang media selepas Forum Meja Bulat GLC DPMM di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak mengulangi perkara yang sama pada masa akan datang.

"Jadi semua perkara ini kita minta pada PM jangan banyak sangat buat perkara pelik-pelik.

"Nanti generasi akan datang akan marah kepada kerajaan," katanya.
Bagaimanapun, kenyataan Syed Ali berbeza dengan kenyataan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang pernah menyatakan 47 peratus daripada projek MRT itu ditawarkan kepada bumiputera - jauh melebihi sasaran awal sebanyak 43 peratus sahaja. 

Sementara itu, Syed Ali turut menggesa kerajaan agar terus mengekalkan pegangan utama kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri strategik seperti utiliti.
Beliau turut menggesa agar kerajaan mengambil alih kembali agensi kerajaan yang telah diswastakan dan bermasalah dari segi pengurusan.

"UDA (contohnya) sekarang di Khazanah sebagai entiti korporat. UDA patut kembali semula sebagai satu agensi di bawah kerajaan," katanya.  

Beliau turut menggesa agar kerajaan mempertimbang untuk menawarkan GLC yang tidak melibatkan kepentingan orang ramai seperti syarikat penerbitan negara, diambil alih oleh usahawan-usahawan DPMM.
Karpal rayu penolakan sepina pada Dr M
5:18PM Sep 3 2012
Peguam Karpal Singh memfail notis rayuan di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini terhadap penolakan permohonannya supaya sepina dikeluarkan kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad; bekas peguam negara, Tan Sri Abu Talib Othman; dan peguam negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail, dalam permohonannya supaya tuduhan hasutan dibatalkan.
  
azlanKarpal Singh, juga memfailkan satu lagi notis rayuan terhadap hakim Datuk Azman Abdullah yang telah menolak notis usul supaya mengetepikan tuduhan hasutan terhadap beliau atas alasan pejabat Peguam Negara bersikap berat sebelah dalam "melaksana budi bicara pendakwaan".
Dengan keputusan Mahkamah Tinggi Khamis lepas menolak permohonan bagi sepina itu, Karpal Singh akan berada di kandang saksi pada 2 November untuk menghadapi tuduhan melafazkan kata-kata menghasut terhadap Sultan Perak di pejabat peguamnya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, antara 12.00 dan 12.30 tengah hari pada 6 Feb, 2009.
  
Karpal Singh, 72, didakwa telah menyebut bahawa tindakan Sultan memecat Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu boleh dipersoal di mahkamah undang-undang.
  
Pada 11 Jun, 2010, Karpal Singh dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pendakwaan, tetapi beliau kemudian diminta membela diri selepas pihak pendakwa merayu terhadap keputusan itu.  
  
- Bernama
Remove |
Remove |
Remove |
Dua solat Jumaat di sebelas masjid di T'ganu
4:26PM Sep 3 2012
Sempena ulang tahun ke-100 penubuhannya tahun ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mengutamakan untuk menyelesai isu dua solat Jumaat dalam satu kariah yang masih berlaku di 11 buah masjid di Terengganu.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata perkara itu dapat dilakukan lebih-lebih lagi dengan pertambahan kuasa yang dimilikinya setelah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) Pindaan 2012 diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri April lalu.
  
"Dengan pindaan ini, JHEAT boleh bertindak kepada mana-mana pihak yang masih berdegil untuk terus mengadakan solat Jumaat tanpa kebenaran dan masalah ini dijangka selesai sebelum sambutan penubuhan JHEAT tahun depan (acara sambutan)," katanya pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JHEAT di Kuala Terengganu hari ini.
  
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Saleh dan Pengarah JHEAT, Samsiah Awang.
  
Sebelas masjid itu ialah lapan di Besut, Dungun (2) dan Marang (1) yang dikategorikan sebagai masalah tegar berikutan kesukaran menyelesaikan isu itu  sejak 30 tahun lalu.
  
Mazlan berkata sejak 1980, terdapat 32 masjid yang mengadakan dua solat Jumaat dan ia berjaya diselesaikan secara berperingkat setelah mengadakan perbincangan dan ada antaranya yang diambil tindakan termasuk buang kerja dan dihadapkan ke mahkamah.
  
"Satu kajian juga telah dilakukan oleh pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk mengkaji permasalahan itu secara mendalam dengan langkah penyelesaian yang dijangka mampu mengelak ia dari berlaku lagi.
  
"Kerajaan negeri juga mengingatkan supaya pembaca khutbah hanya membaca teks yang disediakan oleh JHEAT kerana jika mereka tidak mematuhinya, tindakan boleh diambil walaupun mereka mempunyai tauliah," katanya.
  
Pengurusan masjid juga diingatkan supaya tidak membenarkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah di masjid kerana ia melanggar peraturan JHEAT.

- Bernama
Menteri: 'Akaun Suaram sangat mencurigakan'

  • Lee Way Loon
  • 1:40PM Sep 3 2012
Sesuatu yang "sangat mencurigakan" telah ditemui dalam akaun Suara Inisiatif Sdn Bhd, sebuah syarikat yang didakwa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 'ada kaitan' dengan NGO hak asasi  manusia terkemuka, Suaram.

NONEMaklumat ini diperolehi daripada penemuan awal siasatan yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kata Menteri berkenaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Berdasarkan penemuan awal itu, katanya, pihaknya mendapati ada sesuatu yang mencuriga dan mengelirukan, dan oleh itu beliau memberitahu satu sidang akhbar bahawa siasatan lebih terperinci akan diteruskan.


  • منير عزمي · · Pengulas Tertinggi
    Sesuatu yang "sangat mencurigakan" juga telah ditemui dalam akaun setiap menteri2 Malaysia...

    • Tajul Muluk · Pengulas Tertinggi · SMK Batang Berjuntai
      ini adalah tektik awal untuk mengharamkan suaram yg byk pecah lubang pemimpin2 kurop negara dan mempertahankan hak rakyat yg di tindas...adalah mimpi kalau bangsa umngok teringin nak buat propaganda di alaf cyber ...sekarang ni pun dah hampir taraf paria dlm mempertahankan demokrasi di mata dunia!

    • Muhammad Ashraff Lokman · Pengulas Tertinggi · Maxwell High
      Ni bole didakwa bawah BAFIA kan??? tgk akaun org lain... SUARAM kena tanya NFC camna nak buat... hahahhaa

    • Nel Hans · · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      ANUAR ALJOBURI LAGI MENCURIGAKAN.......MASUK ANGIN KELUAR ASAP...............

  • Nordin Othman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ns2 Network
    NFC lagi curiga?..kematian altantuya lagi CURIGA?.....

    • Razman Rashid
      yang alik PR je di kira curiga..alik BN semua ok..ape2pun x bleh..

      Mula2 ingat nak cuba2 saja, tapi bila tengok duit masuk hari2 USD25, rasa syok la pulak. Jom Bermula Sekarang..!!!
      Daftar FREE dulu disini:
      http://www.bisnespower.com/wangmasuk

  • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
    Aku amat yakin SUARAM tidak melakukan apa-apa kesalahan. tapi kerajaan akan mencipta kesalahan bagi menekan SUARAM yg cuba memperjuangkan kes Scorpene yg kini mendapat liputan hangat diseluruh dunia..Bila segerombolan penjenayah diberi kuasa.. mereka akan memastikan kuasa itu kekal ditangan mereka.. rakyat yg menentang akan ditekan dan ditindas...akan tiba masanya mereka akn dikalah.. itu janji rakyat...

    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mission Impossible HQ · 116 subscribers
      Kerajaan Msia ini penuh dgn kecurigaan & misteri.... jgn biarkan hidup anda diselubungi mister.. tumbangkan bn..

    • Bobby Kang Yong Huat · Pengulas Tertinggi · La Salle Klang
      Akaun setiap "Menari-Mentari" lagi mecurigakan. Kenapa tak siasat dulu?

    • Raja Mohd Shahrim · · Pengulas Tertinggi
      Sudah sampai masanya rakyat bersatu untuk mengubah kerajaan.. tak pelu tunggu lebih lama lagi.. jgn bagi peluang lagi pada UMNO BN diPRU13 ni..bagikan peluang UMNO membuktikan mereka boleh menjadi pembangkang productive.. sebagaimana PR.. yang berjaya dgn cemerlang.. jadi kita upgrade PR dari pembangkang pada pemerintah..

  • Ma Nan · Pengulas Tertinggi · UUM
    Dato Ismai Sabri..saya sangat curiga mengapa KERAjaan tidak memberi perhatian apa yang didedah kan oleh SUARAM tentang penyelewengan pembelian kapal selam Altantuyaa dan lebih menCurigakan kan lagi yang diDedah tak diSiasat...situkang Dedah pulak yang dicari kesalahannya..Dato!!..Dato...!!!

  • Adnan Yasin · Pengulas Tertinggi · SMK Seri Sendayan
    PUNYALAH BODOHNYA MENTERI DIMALAYSIA LAIN YANG DILAPUR LAIN YANG DISURUH SIASAT.SEPATUTNYA SIASAT SIAPA YANG BUNUH MODEL MONGGOLIA DAN APA KAITANNYA DENGAN KAPAL SELAM YANG TAK BOLIH NYELAM TU.APAKAH MAT TU DAH NYELAM DALAM WANITA MONGGOLIA SEHINGGAKAN IA DIC4KAN?.

    • Jdolins Dolinsing · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
      Dasat sunggu kerajaan pimpinan umnobn,sampai mengunakan c4 untuk membunuh orang mongolia.patutlah kadar jenayah kat malaysia terlalu tinggi.ini disebabkan rakyat malaysia bebas mengunakan bahan berjadial ini,c4.kenapalah menteri pertahanan malaysia,senang senag mengeluarkan bahan berjadual ini c4 kepada orang ramai untuk tujuan membunuh dengan sesuka hati.

    • Razali Alias · Pengulas Tertinggi · Kuantan
      T.S.T...he2

    • Tariq Ziyad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Berniaga
      Patut siasat ketua bahagian UMNO kelantan dalam bank terdapat berjuta sedang kerja apa pun takada.

  • Ammar Nor Salleh · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
    Bagaimana pula akaun UMNO. Sila ROS dedahkan mana UMNO dapat duit buat PWTC dan semua bangunan2 UMNO diseluruh negara sdgkan semua org tahu UMNO tiada duit. Siapa yg nak derma pd UMNO? Org UMNO pun tak nak derma. Melainkan UMNO dapat duit hasil dari merompak wang rakyat/negara??

    • Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di MIMOS Berhad
      senang je reka satu projek, bg pda kawan, kawan bg komisyen, abis duit rakyat camtu je

    • Tocamba Bryan · Pengulas Tertinggi
      Kesian...kesian....Topik menda lain cakap menda lain....kesian..kesian kat puak PR aka The Spinners...heheha

  • Tok Kenali Modern · Pengulas Tertinggi · Bangalore University
    wahai Ismail Sabri yang bijik sana....bila kena ngo pro pembangkang hang cepat je kata curiga la itu la ini la...dah lama dah rakyat cakap hampir kesemua pemuka2 umno ni termasuk dgn hang sekali punyai kekayaan yang cukup mencurigakan...tapi nape senyap je...tunggu pakatan rakyat ambil alih putrajaya dulu la...lepas tu banyak la perkara rahsia yang rakyat akan tahu nanti..takbir 3x

  • Faizul Nescafe · · Pengulas Tertinggi
    kalo isu duit dlm akaun, kompem menteri umno risau. xde bnde lain ke korang nak risau kn? masalah rakyat ke, ape ke, ni duit je korang risaukan. duit korang x pun kami risau kan walaupun x halal

  • Aleeza Mukhriz · Pengulas Tertinggi
    Ala....bilamana SUARAM dapat merungkaikan kecurigaan dalam perjanjian jual-beli Scorpene yang mana terang-terangan ada penipuan, tidak pulak ko beria-ria nak siasat dan dedahkan sebaliknya depa pula ko nak siasat. Apa punya ngok la ko sebagai Pak Menteri. Bungkuilah ko esok di PRU 13 nanti.

  • M Safary Apai · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mangkok Sdn Bhd
    larr..... aku ingatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan ni kerjanya jaga kebajikan artis jer...

  • Haji Abas Haji Awang · Pengulas Tertinggi · Bangi, Malaysia
    Yang baru 'mencurigakan 'menteri dah hebuh, dan bising,yg dah terang,jelas, dan terbukti diam membisu.Ini azam baru 55 th merdeka?

  • ريدذوان محمد هالووي · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Seri Bahagia
    siasatlah selagi larat dan berdaya....sementara masih ada kuasa sebelum Allah tarik balik kuasa yang telah dipinjamkan ....

  • Robert Kang Hui
    Bukankah akaun NFC yang sangat mencurigakan??

  • Gin Marvel · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Pada ketika ini, beberapa aktiviti sedang giat dijalankan pihak kerajaan dari dalam untuk membatalkan SUARAM melalui SSM. Kenapa? Kerana SUARAM yg bawa kes scorpene ini ke mahkamah Perancis. Ini bermakna aktiviti yg dijalankan oleh Ismail Sabri ini utk menyekat SUARAM, jadi dengan secara bangga mereka akan kata:

    "SUARAM dibatalkan oleh SSM, jadi kes di Mahkamah Perancis tidak ada apa2 kes.... Jika tidak ada Plaintiff (setelah SUARAM dibatalkan) yg bawa kes SCORPENE ke Perancis, bermakna tiada sebarang pendakwaan kepada Defendant (SCORPENE)......jadi tiada kes...."

    Hehehe....aduhai, rakyat telah menghidu En. Ismail Sabri oiiiiii....

    • Gin Marvel · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Jangan gembira sangat En Ismail Sabri..... Jika SUARAM dibatalkan SSM dengan kuasa Pendaftar Tadbir ataupun menerusi PM, Bapa Altantuya masih boleh bawa kes pembunuhan anaknya ke Mahkamah Perancis dan secara automatiknya Scorpene akan terkait jua.....

      Akhirnya, perkara yg sama tetap akan berlaku walaupun SUARAM dibatalkan oleh SSM... Oleh itu E. Ismail Sabri, langkah kanan pun kena, kiri pun kena.......tak gitu En Menteri ? hehehe

  • Sarjan Tulang · Pengulas Tertinggi
    yeah sure......dalam akaun NFC takde curiga, akaun menteri takde curiga, akaun adun takde curiga....bila something tu nampak nk cantas kome je, terus curiga...konfem lepas ni POLIS mesti siasat...SPRM depan sekali.....AG akan mencelah utk pastikan tiada siapa boleh masuk campur...wakakakaka

  • Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
    kalau menteri ini anak jantan dedahkan secepat mungkin apa yg mencurigakan itu?SUARAM bkn NGO kampung seperti perkasa...mereka dianggoti oleh org2 profesional.ada berani kah wahai pak menteri?kalau tak berani duduk diam2.

  • Zinbad Battle Station · Pengulas Tertinggi · Smk victoria kl
    terlalu banyak yang mencurigakan dalam pemerintahan umno..
    sukar nak jelaskan semua nya disini..sebab mungkin mengambil
    masa berbulan lama nya...sebab ia melibatkan berbillion-billion

  • Wan Irwan Wan Ismail · Pengulas Tertinggi
    maaf nak tanya.. siapa boleh bantu..kenapa kalo buka malaysiakini guna iphone @ ipad tak dapat tengok komen @ tulis komen ya.. siapa boleh bantu...?

  • Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Lecturer di Universiti Terbuka Malaysia
    Ismail sabri yaacob aku sgt mencurigai kamu dan cakap membodek dan putar kiri kanan, cakap tdk serupa bikin, bikin kepala wa pening lalat. Mmg ortak org umno sudah nazak, sampai bayang disangka hantu

  • Yazrin Yasin · Pengulas Tertinggi · Lecturer di Universiti Terbuka Malaysia
    Otak lu sama otak Rais memang tak boleh pakai, sudah tua dan bakal tersungkur...a b u

  • Mat Salleh · Pengulas Tertinggi
    Kalau betul2 mencurigakan, siasat sampai berasap, kerana takut duit itu buat beli letupan yang membahayakan orang besar. Siasat juga apa tujuan suaram mengumpul duit, selepas siasatan jelaskan kepada seluruh rakyat M'sia.

  • Lima Papah · Pengulas Tertinggi · University of entahmano
    MENTERI UMNO/BN NI MEMANG SUKA CAKAP AJE TAPI TAK TUNJUK BUKTI.. JENUH LE KAKITANGAN SSM NAK TUNAIKAN IMPIAN MENTERI NI... KESIAN AKU TENGOK KAKITANGAN SSM KENA JADI HAMBA MENTERI UMNO/BN...

  • Zainal Aura Bikers · · Pengulas Tertinggi · Keningau
    Kalau dah curiga tidak betul, panggillah SPRM ke, JSJ ke, Incometax ke atau Bank Negara tolong siasat. Tunggu apa lagi. Janganlah salahkan SSM pula.

  • Dad's Nsa · Pengulas Tertinggi
    Menteri2 plak bila nak isytihar harta masing2...? Kalo penyamun memang patut takut...takkan menteri pon takut jugak...?

  • Mad Muhamad · Pengulas Tertinggi
    Yalah siasat sementara jadi kerajaan. Esok dah jatuh orang siasat kita pula. NGO lain tak nak siasatkah? atau kerana mereka NGO sokong UMNO buat pejam mata sajalah. Eloklah rakyat bersatu jatuhkan kerajaan ..kita tengok pula kebaikan mereka semasa memerintah.

    • Jdolins Dolinsing · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
      selagi kerajaan umnobn memerintah tiada kebaiakan yang ada Rasuah.fitnah membunuh,merogol merompak,memperkuasa.penipuan keatas rakyat malaysia,mengunakan wang rakyat dengan sesukahati.inilah kerajaan saitan yang anda kenali.pimpinan Tm mandy kutty.

  • Ramesh Rao Krishnan Naidu · Pengulas Tertinggi
    SUARAM diupah untuk menimbulkan kekacauan dan untuk menhuru harakan kententeraman negara!SUARAM anjing zionis yang bangsat !Mana SAPINA dari france?

    • Tajul Muluk · Pengulas Tertinggi · SMK Batang Berjuntai
      dtg lagi bangsa umno guna nama india ni....ramesh rao konon.

    • Ramesh Rao Krishnan Naidu · Pengulas Tertinggi
      RAKYAT marah sebab dah muak dengan penipuan Anwar-Najib tidak berlakon dan buat drama Macam Anwar----Senarai pembohongan ANWAR UNTUK BODOHKAN Rakyat Malaysia -1.Bermula dengan kes Keracunan Arsenik , yang digambarkan seolah-olah Anwar akan meninggal dunia dalam tempoh terdekat. Terdekat ketika itu sekitar tahun 1999!.-TAK MATI PUN!-
      2.Wan Azizah dakwa Anwar disuntik DGN virus HIV-nAMPAK OKAY JE!,
      3.Ketika itu (Anwar sedang berada di penjara), beliau digambarkan amat tenat hingga tidak boleh berjalan (terpaksa berkerusi roda) kerana sakit belakang(http://www.youtube.com/watch?v=yPHZhbWr6ZQ&feature=player_embedded?
      4."Anwar Sakit Belakang" MUNCUL KEMABLI Ketika Anwar menghadapi perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bukhari.
      5.16 Sept..penipuan yang cukup RETORIK utk menipu rakyat! 6.dan banyak lagi-----
      6.Larikan Diri ke Kedutaan Turki dengan lakonan kononya ada orang nak bunuh anwar!
      7.DAN BANYAK LAGI!~Ubahlah sebelum Anwar liwat kamu semua!

    • Ramesh Rao Krishnan Naidu · Pengulas Tertinggi
      Tajul Muluk muluk nama macam GAY je!

  • DeenTshirt Kipas Lipas · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Art 3 Design Digital
    ini namanya campurtangan org politik dalam siasatan badan kerajaan.... MACAMANA MENTERI BOLE TAU MAKLUMAT SIASATAN jika sisatan masih lagi dibuat....

  • Mujahid Yusoff · Pengulas Tertinggi · University of Texas Medical Branch
    Sangat curiga bila anak menteri pakai Ferari dan ada bodyguard sendiri. Datuk tak nak siasat ke???

  • Joe Azlan Joe Azlan · Local Univercity
    Akaun Suaram tak leh wat duit poket untuk geng menteri menteri .....

  • Mazlan Md Saad · · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
    Wah!!!!mai dah lawak baru,,, Suaram dedah hal scorpene,, alih-alih Suaram pulak yg bermasalah. Rasanya lama jugak juak2 UMNO ni nak reka lawak antarabangsa ni,,,, orang Kampung pun dah tak percaya...Sudah lah UMNO,, sampai bila nak bergantung dengan fitnah ni.

    • Jdolins Dolinsing · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
      sampai umnobn tewas dlm PRU 13 nanti,Kita tukar baju yang lama ,kita ganti baju Baru pilihan rakyat malaysiayang bijak ..abu.abu.abu.
Samsiah wanita pertama ketuai jabatan agama di T'ganu

  • Bernama
  • 6:38PM Sep 3 2012
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) yang baru dilantik Samsiah Awang mencatat sejarah wanita pertama menerajui jabatan agama di negara ini.

Samsiah, 54, yang dilantik 26 Ogos lalu berazam memberikan khidmat terbaik kepada seluruh umat Islam di Terengganu. Beliau terharu dengan keyakinan dan kepercayaan kerajaan negeri terhadap kredibilitinya.

"Saya berharap mendapat sokongan dari semua petugas jabatan ini untuk sama-sama memastikan khidmat kita terus cemerlang demi memastikan kemaslahatan (kesejahteraan) umat Islam negeri ini terus terjaga.

"Saya bersyukur dengan pengiktirafan ini dan akan meminta petunjuk dari Allah sekiranya terdapat masalah dan cabaran besar untuk bergerak seiring dengan hasrat kepimpinan kerajaan negeri yang mahu Terengganu terus maju dengan syiar Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian pekerja cemerlang JHEAT di Kuala Terengganu hari ini.

Samsiah yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah JHEAT, dilantik menggantikan Mohd Rozali Saleh yang kini memegang jawatan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.

Samsiah yang mempunyai sembilan orang anak dan sembilan orang cucu berkata pelantikan itu adalah tanggungjawab besar yang perlu digalas namun beliau tetap yakin mampu menyumbang khidmat cemerlang hasil konsep kerja berkumpulan petugas di jabatan itu.

Pengalaman luas Samsiah dalam bidang keagamaan bermula sejak kecil dan hasrat beliau kini ialah meneruskan impian kedua ibu bapanya dalam menegakkan syair Islam, di Terengganu.

"Arwah ayah saya, Awang Ismail adalah bekas Imam Masjid Negeri dan guru agama kepada Allahyarham Sultan Mahmud, ayahanda kepada Sultan Terengganu sekarang, iaitu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

"Arwah suami saya pula, Rozali Awang ialah bekas ketua penolong pengarah di JHEAT dan meninggal tiga tahun lalu," katanya.

-Bernama

PERKASA: Halang Anwar sebab tiada tauliah
11:18AM Sep 3 2012
Kumpulan pendesak Melayu (PERKASA) Kota Setar mendakwa, pihaknya cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menyampaikan tazkirah di sebuah majlis di Alor Setar malam tadi kerana ketua pembangkang itu tidak bertauliah.

Perkasa disrupts Anwar in Alor Setar"Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, PERKASA tiada halangan kerana beliau bertauliah berbanding Anwar.

"PERKASA Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,"Timbalan Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim dipetik sebagai berkata dalam Sinar Harian.

Beliau juga menjelaskan, kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi.

Perkasa disrupts Anwar in Alor SetarPasukan polis dilaporkan tiba kira-kira 15 minit kemudian dan berjaya menghalang ahli-ahli PERKASA daripada memecahkan pintu masjid dan menyerang Anwar.

Malam tadi, beberapa pemimpin PKR menerusi laman Twitter mendakwa ahli-ahli PERKASA menyerbu dan menyerang Anwar di dalam masjid dengan membaling kasut ke dalam masjid.

Insiden itu merupakan yang kedua dalam masa empat hari jelajah seluruh negara Anwar. Awal pagi Sabtu lalu, bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah dengan cat merah sewaktu singgah di Kelantan.

Pasukan khas siasat kes serang bas jelajah Anwar
Anwar diserang lagi di Alor Setar, dakwa PKR
Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
Perjalanan politik ganas dan dendam
BGAIMANA DENGAN SURAH NI...

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
Surah Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)

Sambutan kemerdekaan S'gor tak pernah libatkan sultan

  • Faekah Husin
  • 11:34AM Sep 3 2012
ULASAN Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan.

Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan di mainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos sama ada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam kemerdekaan.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.

Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri.

Justeru, kerajaan negeri yakin sepenuhnya dengan pengalaman YB Datuk Setiausaha dan seluruh Jawatankuasa Program yang terdiri dari pegawai kerajaan dalam mengendalikan acara sambutan yang melibatkan protokol dan tetamu jemputan.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, program sambutan pada malam kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran DYMM Sultan Selangor.

Seorang pun ADUN BN tak hadir

Sekiranya acara ini melibatkan DYMM Sultan mana mungkin setiausaha kerajaan negeri dan pegawai kerajaan terlepas pandang akan perkara ini.

Tambahan pula, sekiranya DYMM Sultan Selangor berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara ini adalah menjadi tanggung jawab Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani untuk memaklumkan kepada setiausaha kerajaan negeri.

Saya berpendapat, kekeliruan timbul apabila Datuk Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada setiausaha kerajaan negeri.

Menteri Besar amat kecewa apabila ada pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan DYMM Sultan Selangor.

Kerajaan negeri pada masa yang sama telah menghantar jemputan kepada semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN pembangkang dari BN tetapi tiada seorang pun mereka ini menghadirinya.

Ini membuktikan mereka ini tidak mempunyai semangat kemerdekaan mengamalkan politik jumud dan sempit. Bagi menutup kelemahan sendiri maka mereka memperbesar-besarkan isu yang tiada.


FAEKAH HUSIN setiausaha politik kepada menteri besar Selangor. Artikel pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tiada ulasan: