Isnin, 3 September 2012

KADANG2 ISU DIGEMBAR-GEMBUR MAKAN DIRI BALIK...KERANA AKAL PENDIK...SERTA GOPOH-GAPAH...PEMIKIR2 ISU KURANG CERDIK DAN TAK BERPANDANG JAUH...DAN MUNGKIN JAUH DARI BERPANDU QURAN DAN HADIS

KITA "tidak mahu berketuakan" bekas tahanan Pulau Jerejak
Posted on Sunday, September 02 @ 09:14:22 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ibumoden

"Sering mandakwa atau mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) di dada akhbar walaupun telah lama dipecat daripada Parti berkenaan, Zamil Ibrahim, seorang bekas penjual burger dan bekas penghuni pulau jerjak beristeri 3 itu kini boleh dikatakan bakal menjadi lebih kaya menjelanag pilihan raya akan datang.

Ini ekoran pendedahan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa  Zamil Ibrahim menerima komisen berjuta-juta ringgit daripada Umno BN untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berpaling tadah. Menurut Saifuddin , Zamil merupakan seorang penjual burger sebelum mengecapi kemewahan sejak kebelakangan ini. “Zamil merupakan bekas Angkatan Muda KEADILAN Kedah. Dia keluar parti bersama-sama Ezam Mohd Nor. Kemudian dia menyertai Kita. Sebelum ini, dia hanya penjual burger. Isterinya pula hanya penjual kosmetik tradisional. “Komisen yang diperoleh daripada Umno BN membolehkan dia hidup senang dan tinggal di banglo mewah di Kedah. Tidak mungkin kekayaannya hari ini hasil jualan burger dan ubat tradisional,” kata Saifuddin dalam sidang media semalam.
Ahli Parlimen Machang itu turut mendedahkan, Zamil adalah bekas tahanan di Pulau Jerjak bagi kes dadah.

“Saya cabar dia (Zamil) menafikan perkara ini jika pendedahan saya tidak benar,” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan di Parlimen semalam, Zamil antara individu yang ada dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan.

Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan untuk lompat parti dengan tawaran RM2 juta.

Zamil dipercayai menerima komisen berdasarkan dialog dalam rakaman tersebut.

Tidak seperti parti-parti politik lain, tidak ada jawatan Presiden di dalam struktur organisasi Parti KITA. Jawatan tertinggi adalah Ketua Parti yang kini disandang oleh Datuk Zaid Ibrahim.
Zamil Ibrahim tidak ada hubungan kekeluargaan dengan Zaid Ibrahim 

 Kenyataan Media Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Berhubung Isu Hudud
Posted on Sunday, September 02 @ 08:53:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Dr Amunurashid

Pengarang / Editor,

Menyedari terdapat banyak pihak yang memperkatakan isu tentang hukum hudud dan terdapat sesetengah pihak pula yang menolak dan menghinanya, Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) merasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan tentang hukum ini.

1. Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2. Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.
3. Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Arab Saudi.
4. Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.
5. Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.
DR AMINURRASYID YATIBAN
Presiden
Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM)

Web : http://www.ilmampusat.blogspot.com/



  Salahkah marahkan myamuk kelambu dan tilam dibakar
Posted on Sunday, September 02 @ 08:13:45 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Pada saya tak salah dengan sikap rakyat yang dikatakan marahkan nyamuk kelambu dan tilam dibakar.

Kebanyakan kita menganggap tindakan seumpama perpatah Melayu itu suatu yang salah dan melampaui batas.

Memang tak ramai yang sanggup bertindak demikian, kerana merugikan diri sendiri. Pendek kata tindakan tersebut tak baik.

Tetapi dari segi politik ada yang sesetengah mengulas ramai rakyat di Negara ini yang sanggup bakar kelambu dan tilam kerana marahkan nyamuk dan pijat".

Sehubungan itu, Datuk Najib Razak meminta rakyat kalau pun hendak marah sangat pada kerajaan yang diterajuinya jangan bertindak menukar. Dengan kata lain jangan tukar kerajaan yang memerintah sekarang.

Mengapa 50 peratus rakyat negara bertindak marahkan nyamuk dan pijat membakar kelambu dan tilam walaupun ianya pasti merugikannya.

Tapi pada penulis sikap dan tindakan seumpama itu suatu yang sangat baik dan wajar miskipun mengalami kerugian.

Mengapa saya kata begitu?

Pada saya lebih baik semuanya jadi mangsa.kerana nyamuk dan pijat semakin hari semakin menggans dan membahayakan. Lebih lebih lagi tilam dan kelambu yang dibeli rakyat tidak berguna lagi untuk melindungi mereka dari digigit myamuk dan pijat.

Duit boleh dicari tapi bahaya penyakit yang bakal dihidapi lebih buruk berbanding bakar tilam dan kelambui yang sudah lusuh dan buruk.Lebih baik bakar kelambu dan tilam lama dan tukar dengan yang baik.

Ingat, Mereka membakar kelambu dan tilam diluar rumah. bukan didalam rumah agar rumah tidak terbakar.

Pada penulis banyak perpatah Melayu sudah tidak boleh gunapakai lagi dan perlu dikaji selidik akan implikasinya.

Jika hadis boleh dikaji akan kesahihannya. Apalah sangat dengan perpatah yang kadangkala sudah boleh merugikan orang melayu.

Demikian juga pantun empat kerat gubahan orang dulu dulu yang berbunyi: “ ayun bual laju laju, sampai pokok sena, nak beli baju baru, pergilah ke kedai China.

Saya tak tahu siapa yang cipta pantun ini. sehingga menyebabkan kedai melayu dalam kampung orang Melayu tutup, manakala kedai orang china dalam kampung melayu bertukar jadi pasar raya.

Begitulah apa yang berlaku ke atas orang melayu, hatta orang melayu jadi perdana menteri sekalipun.

Bagaimana pula akan terjadi apabila Melayu hilang kuasa nanti. Tak mustahil akan berlaku sama sepertimana orang Arab di Palestin.

Kerana 50 peratus rakyat di Negara ini tak kisah dan tak kenali apa itu nyamuk dan pijat yang semakin hari semakin bermaharalela mengisap darah manusia dan merbahayakan.

Atau sudah ramai tidak tahu apa itu pijat?Ramai yang kenal litah kerana hari ini dia sudah dijadikan ubat.

Inilah hasil daripada sikap tak kisah siapa yang memerintah negara."


 

 Penjelasan dari individu yang mengibarkan 'Sang Saka' dimalam sambutan
Posted on Sunday, September 02 @ 06:55:05 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"


Ini adalah penjelasan dari dua individu yeng telah mengibarkan bendera 'Sang Saka' di dalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Pengakuan mereka ini juga membuktikan apa yang dilemparkan oleh kebanyakkan Blog-blog pro UMNO terhadap Pakatan Rakyat kononnya Pakatan Rakyat mahu menukarkan bendera yang ada adalah fitnah semata-mata.

Perlu diketahui bahawa yng menjadi dasar Pakatan Rakyat bukanlah hendak menukar bendera yang ada tetapi mahu menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut kedua-dua individu tersebut mereka bukanlah mewakili mana-mana parti politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang, mereka mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan.

Jika sejarah ditulis dengan ikhlas.. kita akan tahu dimana sebenarnya UMNO ketika perjuangan menuntut kemerdekaan negara bermula..


Baca penjelasan mereka ini..

Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini.

Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British.

Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku.

Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu.

Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM.

Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris.

PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan.

Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sila sambung bacaan anda di SINI 

 Mahdzir Khalid Tidoq ,jalan MADA naif
Posted on Sunday, September 02 @ 03:20:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh Anak Tokai

Merujuk kepada artikel  Dok pangkah Azizan tak buat jalan.. nie jalan MADA pon tak perbaiki sampai lanie

satu aduan telah dibuat kepada pihak MADA tentang betapa teruknya keadaan jalan yang tidak pernah diselenggara sejak pertama kali diturap sekitar tahun 80-an.


Pihak MADA telah memberi responnya dalam akhbar Harian Metro seperti dibawah.


Namun, janji tinggal janji. Gambar-gambar dibawah menceritakan betapa sengsaranya penduduk kampung mengaharungi jalan ini saban hari.
Gambar 1: Rumah burung yang dibina memburukkan lagi keadaan jalan akibat daripada jentera berat yang keluar masuk bagi tujuan pembinaan.
Gambar 2: Tar yang terlalu nipis amat mudah untuk rosak. Macam kulit bawang. Kalau nak buat lain, buat la tebal sikit. Jalan ini tidak pernah diselenggara sejak mula-mula ia diturap iaitu pada tahun 80-an
 
Gambar 3: Kerosakkan yang dialami oleh kereta anak kepada salah seorang penduduk yang pulang ke kampung ini untuk menyambut hari raya Aidilfitri baru-baru ini. Ini baru sekali balik. Bayangkanlah keadaan kereta penduduk kampung ini sendiri.
Info Jalan:
Jalan                          : Kg. Pulai Tokai – Kobah
Selenggaraan          : Mada Simpang Empat
No. Jalan                  : C4 Pulai
No. Tiang TNB         : AB/A 30 hingga KP/A 19/2

Orang-orang kampung dah puas bersabar. Ketua unit dan JKKK kalau rasa tak boleh nak buat kerja, tolong bagi kat orang lain yang boleh buat kerja. Berlambak lagi eih orang yang lebih layak pegang jawatan hangpa tu. Hangpa makan elaun tu untuk apa kalau orang kampung dok merana. Bila keluar internet, masuk surat khabar, hangpa meroyan satu kampung. Malu la konon. Itulah akibatnya kalau tak mau jaga kebajikan orang kampung.
Pegawai-pegawai MADA, hangpa kata bila dah siap rumah burung tu baru nak buat jalan. Lanie bukan setakat dah siap, burung pun dah beranak pinak dah. Jalan tak buat-buat jugak. Buat lawatan pi merata dunia boleh pulak. Hangpa jangan dok janji kalau hangpa tak mau buat. Nanti orang kampung menyampah. Hangpa jangan ingat orang kampung ini dongoi-dongoi belaka. Nak tau dongoi tak dongoi, tunggu PRU 13 ni...!

 Perluk kah ijtihad terhadap hudud?
Posted on Sunday, September 02 @ 04:43:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Bercakap pasal isu hudud yang menjadi polimek kini macam macam pendapat kita dengar dan baca.Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, hudud akan dilaksanakan melalui saluran demokrasi.

Dr Rahman Shaari dalam rencananya berkata, antara orang layak membicarakan hudud yang jadi polimek kini selain Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ialah Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Baru baru ini Dr Mohd Asri Zainul Abidin,yang dianggap berwibawa membicarakan hudud membuat kejutan besar dan mencadangkan agar diadakan “ ijtihad” terhadap hudud.
Jika benar beliau mahu supaya diadakan ijtihad terhadap hudud,Ini suatu yang tidak munasabah,lainlah jika dia berkata perlu ijtihad atas nama perlaksanaan hudud di Malaysia ini.
Lebih lebih lagi hudud yang difardhukan Allah kepada sesiapa yang berkuasa melaksanakannya bukan perkara furu’.Hudud suatu yang qat’ie yang tidak ada sebarang ijtihad terhadapnya. Hanya perkara furu’ sahaja yang perlu ijtihad.
Kita sangat bimbang dengan macam macam pendapat terhadap hudud. Tun Mahathir berkata  ada dua hudud sekarang ini.
Tun Mahathir tolak hudud PAS dan tak menolak hudud Islam.Jika demikian hudud yang hendak dilaksanakan PAS itu telah dikelasfikasikan sebagai perkara cabang lagi furu’.Maka perlu ijtihad sepertimana yang disarankan Dr Asri minggu lepas. (sinaran harian).
Hudud adalah salah cabang dari undang undang jenayah syariah yang mustahil perlukan ijtihad.Lebih lebih ia qati’e tidak ada sebarang keraguan atas kefardhuannya bagi muslim.Cuma yang jahil dan bukan Islam sahaja yang mempertikaikannnya.
Penulis tidak tahu apakah motif sebenar Dr Mohd Asri menyarankan mahu supaya diadakan ijtihad terhadap hudud yang menjadi isu mutakhir ini.
Pada penulis ijitihad adalah curahan tenaga dari seorang faqih (mujtahid) yang mengkaji dalil dalil untuk mengeluarkan hukum hukum syarak bagi masalah furu’.
Sehubungan dengan itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS menyatakan bahawa hudud akan dilaksanakan “melalui saluran demokrasi” .Itulah ijtidah Presiden PAS.
Kenyataan presiden PAS itu punya tujuan semata mata untuk  meredakan polimek hudud yang berlaku antara bekas timbalan presiden PAS ustaz Nasharuddin Mat Isa dengan Karpal Singh.
Terbaru Dr Asri berkata, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.Itulah alasan yang mengambarkan hudud yang akan dilaksanakan dI Malaysia nanti tidak akan adil atas alasan realitik persekitaran.
Hal yang disentuh Dr Asri ini ada persamaan dengan kebanyakan pendapat yang dikemukakan oleh para pemimpin umno bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan Malaysia sekarang.
Jika benar demikian apalah akan terjadi pada reputasi Dr Asri yang memilki PHD agama dan juga bekas mufti Perlis yang dianggap sangat berwibawa berbanding lain lain mufti..

Dengan itu, Dr Asri berkata “Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki,”
Pada saya itulah ijtihad cuai yang dilakukan oleh Dr Asri ada persamaan dengan pegangan Bekas timbalan Perdana menteri suatu ketika dulu.
Perkara ini pernah disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim waktu menjawap jawatan menteri kanan dalam Kabinet Tun Mahathir melalui hujah Bahawa saidina Omar RA pernah berbuat demikian.
Persoalan yang timbul sekarang apakah perlu ijtihad terhadap hudud.

 



 Chua soi lek label ADUN UMNO yang minta dilaksanakan hukum HUDUD sebagai 'HILANG AKAL'..YB MAHFUZ OMAR mendesak PAK BERAHIM ali kita ni nyatakan pendirian secepat mungkin..!!termasuk NGO LONGKANGNYA PERKASA sekali...!!..isu HUDUD bergema lagi dan kali ini ia satu tamparan hebat buat UMNO terutamnya NAJIB sebgai ketua BN..






Tiada ulasan: