Rabu, 5 September 2012

JAWATAN PANAS...RAMAI YANG IDAMKAN...SENDIRI TAK DE KEKUATAN MEMPERTAHANKAN...KITA PUN BANYAK TOHMAHAN SERTA PERKARA YANG BELUM DISELESAIKAN...PENYAKIT KELILING PINGGANG...MUSUH DAN KAWAN TAHU PULA PENYAKIT KITA NI

Pengurus Terengganu Che Mat Jusoh dipanggil SPRM
Posted on Wednesday, September 05 @ 12:49:50 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama

KUALA TERENGGANU - Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan beliau dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pengurus pasukan bola sepak Terengganu itu menjelaskan beliau dipanggil oleh badan pencegah rasuah itu untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai pergolakan dalam pasukan negeri itu.

"Memang benar saya dipanggil oleh SPRM semalam untuk membolehkan mereka mendapatkan sedikit maklumat mengenai apa yang berlaku dalam pasukan sekarang.

"Itu sahaja yang saya boleh beritahu... saya dipanggil SPRM mendapatkan beberapa maklumat... itu saja," katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.
Beliau bagaimanapun berkata telah memberikan kerjasama penuh bagi memudahkan serta melicinkan siasatan tersebut.
Akhbar hari ini melaporkan SPRM menjalankan siasatan berhubung dakwaan menjual permainan dalam kalangan pemain Terengganu ketika skuad dari Pantai Timur itu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia Sabtu lalu.
Antara yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Che Mat dan penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.
Terengganu dikira telah terkeluar dalam meneruskan saingan Piala Malaysia 2012 setelah tumpas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-0 untuk menghuni tangga tercorot kumpulan B dengan mengumpul lima mata di sini malam tadi.- Bernama 

Ya'juj dan Ma'juj adakah mereka sudah bebas?
Posted on Wednesday, September 05 @ 12:35:13 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh DetikIslam

Yajuj dan Majuj Sudahkah Mereka Keluar?

Nabi Muhammad tiba-tiba terbangun dari tidurnya dengan muka merah padam. Seperti diceritakan oleh Zainab binti Jahsy, ketika terbangun itu, Nabi tiba-tiba berkata, "Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah. Sungguh kerosakan akan menimpa bangsa Arab akibat datangnya kejahatan yang telah dekat. Hari ini, sebuah lubang sebesar ini telah terbuka di dinding Ya'juj dan Ma'juj. "Ketika itu, Nabi membuat tanda lubang dengan ibu jari dan jari telunjuknya.


Legenda mengenai Ya'juj dan Ma'juj tidak hanya dikenali di dalam ajaran Islam. Dalam ajaran Kristian dan Yahudi pun kisah mengenai se kelompok manusia yang bakal membuat kerosakan besar di muka bumi itu juga diceritakan, lebih dikenali dengan nama Gog dan Magog. Adalah Zulkarnain, seorang raja besar pada masa lalu yang telah mengurung kaum Ya'juj dan Ma'juj di sebuah lembah di antara dua gunung tinggi (assaddain) dengan cara membina tembok penghalang terbuat dari besi dan tembaga, seperti diceritakan dalam Al-Quran surah al-Kahfi ayat 93-97.

Lalu, dalam ayat selanjutnya, disebutkan bahawa suatu saat tembok itu akan runtuh dan kaum Ya'juj dan Ma'juj akan keluar. "Dan, pada hari itu (ketika tembok terbuka), kami biarkan mereka bercampur baur satu sama lain seperti gelombang ...." Dalam Al-Quran versi Jabatan Agama, kalimat "pada hari itu" (yawma idhin) dari ayat ke-99 surah al-Kahfi ini diertikan sebagai hari kiamat. Namun, Dr Imran Nazar Hosein, cendekiawan Muslim kelahiran Trinidad dan Tobago 70 tahun silam punya pendapat lain atas ayat itu.

Kerana ayat ke-98 menceritakan mengenai akan runtuhnya tembok penghalang Ya'juj dan Ma'juj maka lebih tepat bila kalimat pada hari itu ditafsirkan sebagai hari ketika tembok itu benar-benar runtuh. Hari ketika kaum perosak itu akhirnya boleh keluar dari lembah yang mengurung mereka dan kemudian bertebaran di seluruh Bumi seperti gelombang lautan dan kemudian bercampur baur dengan bangsa-bangsa manusia lain.

Ini dijelaskan juga dalam surah al-Anbiyaa ayat 96, dari terjemahan versi Jabatan Agama. "Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya'juj dan Ma'juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi."

Soalan utamanya, bilakah tembok Zulkarnain itu runtuh? Atau, lebih tepat lagi, apakah kaum Ya'juj dan Ma'juj itu sudah keluar dan bertebaran untuk membuat kerosakan di muka bumi? Kisah dari Zainab binti Jahzy, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim di atas dianggap Imran Hosein sebagai pengesahan bahawa pada zaman Nabi Muhammad masih hidup tembok itu sudah mulai terbu ka. Ertinya, dalam beberapa abad selepas itu, kemungkinan besar kaum Ya'juj dan Ma'juj sudah mencari jalan keluar.

Dalam kisah sama yang diriwayatkan dalam sahih Bukhari, ada versi yang lebih panjang ketika Zainab binti Jahsy akhirnya bertanya kepada Nabi Muhammad. "Ya Rasulullah, apakah kita (bangsa Arab) akan dihancurkan walaupun masih ada orang beriman di antara kita?" Nabi menjawab, "Ya, ketika kemaksiatan berleluasa."

Pendapat Imran Hosein yang menulis beberapa buku mengenai hari akhir, terutama kajian takwil surah al-Kahfi, ini juga adalah berdasarkan belum penemuan bukti-bukti arkeologis apa pun mengenai tembok yang dibina Zulkarnain. Saat ini, tak ada satu pun sudut Bumi yang belum pernah dijelajahi manusia atau luput dari intaian kamera satelit. Bila Ya'juj dan Ma'juj masih terkurung dalam lem bah maka seharusnya tembok buatan Zulkarnain itu masih kukuh menjulang dan mudah ditemui. Bila sudah tak ada tanda-tanda kewujudan tembok besar di sebuah lembah curam maka ber erti tembok itu sudah runtuh dan menjadi tugas arkeologi untuk mencari sisa-sisanya.

Ada pendapat sebahagian mufasir yang mengatakan bahawa tembok itu dibina di kawasan Kaukasia, di antara dua lautan (Laut Hitam dan Laut Kaspia). Ini merupakan hasil tafsiran surah al-Kahfi ayat 86-90 berkenaan dengan perjalanan Zulkarnain yang bertemu dua perairan berwarna pekat di bahagian barat dan timur dengan pen duduk yang bahasanya tak boleh difahami. Wilayah dengan topografi penuh pergunungan tinggi dan lembah curam itu sesuai dengan kawasan sempadan antara Georgia dan Rusia, berada di barisan pergunungan Kakukasus antara Laut Hitam dan Laut Kaspia, tepatnya di Gunung Kazbek dan lembah Sungai Terek, yang dikenali dengan nama Ngarai Darial.

Orang Parsi menyebutnya Gerbang Alan. Ngarai Darial dikenali juga sebagai Gerbang Kaukasia atau Gerbang Kaspia. Orang Georgia me nyebutnya Ralani, Darialani. Ada yang menyebutnya Porte Cu mana dan Fortes Sarmatica. Lalu, bangsa Tartar menyebutnya Darioly. Sejak zaman dulu, Ngarai Darial dan juga Derbent Laluan telah menjadi laluan perlintasan penting di Kaukasia bagi pelbagai ekspedisi ketenteraan dari Parsi, suku-suku Turki kuno, kekhalifahan Islam, hingga akhirnya dikuasai Rusia. Jalur ini menjadi penghubung laluan dari utara ke selatan Kaukasia.

Jerusalem
Namun, Imran Hosein yang dikenali menyokong tafsir semantik atas Al-Quran itu juga menjelaskan bahawa tanda-tanda lepasnya Ya'juj dan Ma'juj juga telah dinubuatkan. Salah satu petunjuknya ada pada surah al-Anbiyaa ayat 95, "Sesungguhnya tidak mungkin atas penduduk suatu negeri yang telah kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali." Lihat bahawa ayat ke-96 kemudian menyebut mengenai runtuhnya tem bok penghalang Ya'juj dan Ma ' juj. Ertinya, ada suatu kaum yang dulu menghuni sebuah negeri atau tempat dan tak boleh kembali lagi ke tempat asal mereka hingga akhirnya mereka boleh kembali lagi setelah tembok penghalang Ya'juj dan Ma'juj runtuh dan kaum perosak itu tersebar ke seluruh dunia.

Di sini, Al-Quran dan Injil bersepakat bahawa ada satu kaum yang dahulu menghuni sebuah negeri dan kemudian dihancurkan dan mereka dilarang kembali lagi ke negeri itu. Negeri itu, dalam hal ini adalah sebuah bandar bernama Jerusalem yang merupakan kampung halaman bangsa Yahudi. Dalam sejarahnya, Nebukadnezar penguasa Babylon (Mesopotamia) pernah menghancurkan Kerajaan Yehuda dan mengusir kaum Yahudi keluar dari Yerusalem pada abad ke-6 SM sehingga mereka berdiaspora.

Maharaja Rom Hadrian kemudian membangun kembali sebuah kota di dekat runtuhan Jerusalem pada 70 M yang diberi nama Aelia Capitolina. Langkah Hadrian menempatkan patung-patung dewa dan kuil Rom di bekas Yerusalem menimbulkan perlawanan kaum Yahudi yang masih tinggal di tem pat itu yang dikenali dengan na ma pemberontakan Bar Kokhba. Hadrian murka dengan pemberontakan itu. Bertekad membasmi agama Yahudi di Jerusalem, Rom kembali mengusir kaum Yahudi.

Sumber republika.co.id
 
 Dewan Serbaguna dan Masjid Rosak; KETENGAH dan Agensi Kerajaan DiGesa Bertindak
Posted on Wednesday, September 05 @ 12:25:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Wartawan Buletin



HULU TERENGGANU
– Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (WARIS) mendesak pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan agensi kerajaan yang berkaitan, memutuskan tindakan yang perlu dilakukan terhadap bangunan yang rosak dan terbiar dalam kawasan KETENGAH.

Presiden WARIS, Ustaz Haji Roslan Ismail berkata, dua buah bangunan yang dikenalpasti pihaknya telah rosak dan terbiar tanpa pengawasan sejak lebih enam bulan lalu.

Menurutnya, tiada tindakan pembaikian ke atas sebuah dewan orang ramai (serbaguna) di Kampung Tersusun Rantau Panjang [Gambar Kanan] yang telah runtuh atapnya dan sebuah masjid di Kampung Pinang Wa yang mengalami kebocoran teruk.

“Saya telah pergi ke satu kampong Rantau Panjang dan saya dapat melihat sebuah bangunan yang terbiar tanpa pengawasan dan sangat membahayakan kepada penduduk,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/IMG_0844.jpg“Dewan serbaguna ini telah runtuh atapnya dan terbiar, kita yakin pihak KETENGAH (dan) pihak kerajaan negeri perlu membuat sesuatu untuk membaiki atau membuang saki baki (bangunan runtuh) ini kalau bangunan ini tidak berguna (lagi),”ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat WARIS Malaysia di Tasik Kenyir pada Selasa 4 September.[Gambar Kiri]

Menurutnya, bangunan rosak itu member pemandangan yang tidak baik kerana lokasi tersebut menjadi laluan pengunjung dan pelancong ke Homestay Pasir Raja serta Air Terjun Cemerung.

“ini akan memburukkan pemandangan dan pastinya (membuatkan) orang tertanya-tanya kenapa dibiarkan bangunan sebegitu rupa ‘begitu buruk’ sehingga mencacatkan pandangan,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/masjid%20kg%20pinang%20wa1.jpgSementara itu, katanya, masjid Kampung Pinang Wa baru siap dibina sekitar tiga atau empat tahun yang lalu tidak dapat digunakan sebahagian besar dewan solatnya kerana mengalami masalah kebocoran.

Beliau berkata, kesan bocor itu telah menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada bahagian dalam masjid [Gambar Bawah] dan melibatkan kos yang besar bagi mengganti permaidani yang rosak.

“sewajarnya pihak yang berkenaan memberikan perhatian yang serius, masjid adalah institusi agama yang penting dan ‘terpandang’,

“Terengganu sebuah negeri yang ‘mencanangkan’ (gelaran) Darul Iman, tiba-tiba sebuah masjid (yang rosak dibiarkan) tidak boleh dibaiki,”tegasnya.

Justeru WARIS mendesak pihak Jabatan Agama dan Pejabat Daerah Dungun mengambil tindakan segera menangani masalah tersebut.


...........
http://www.buletinonline.net
 
  Bekas pegawai polis dakwa Dr M tersilap lantik Gani sebagai peguam negara
Posted on Wednesday, September 05 @ 12:20:33 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh M.I.
KUALA LUMPUR, 5 Sept — Bekas pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kesilapan dalam perlantikan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bekas polis itu berkata ketelitian dan kesungguhan Dr Mahathir dalam meletakkan piawaian akhlak dan ekspektasi kebolehpercayaan yang begitu tinggi terhadap individu yang akan menggantikan beliau sebagai PM seharusnya turut terpakai dalam perlantikan peguam negara juga.

Mat Zain merujuk kepada memoir bekas PM itu yang bertajuk Doctor in the House dalam bahasa Inggeris dan Doktor Umum dalam bahasa Melayu, dimana Dr Mahathir menjustifikasikan tindakan beliau memecat Anwar oleh kerana bekas timbalan perdana menteri itu dikatakan mempunyai masalah akhlak dan moral.
“Tun Mahathir dilihat mengikuti dengan rapi keputusan-keputusan mahkamah, khususnya jika melibatkan Anwar, sepertimana yang terdapat dalam memoir Doktor Umum.
“Namun begitu, kita berasa musykil bagaimana Tun boleh terlepas pandang keputusan penting yang menyentuh kelakuan Gani yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria vs PP [2001] 3 CLJ. Diperturunkan seperti dibawah;
"Dalam keadaan ini, apakah dia (merujuk kepada Anwar Ibrahim) tidak dibenarkan, berdasarkan prima facie, mengadu bahawa kelakuan AGP (Gani Patail) pada mesyuarat pada 2 Oktober, 1998, adalah satu usaha untuk mendapatkan Nalla bagi memalsukan untuk mendakwa beliau (Anwar) bagi kesalahan seksual lain seperti yang didakwa?"
“Keputusan ini dibuat dalam bulan Jun 2001, beberapa bulan sahaja sebelum Gani dilantik,” kata beliau dalam sebuah kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider pagi tadi.
Mat Zain juga menimbulkan persoalan apakah pelantikkan Gani merupakan satu kompromi atau untuk membalas jasa beliau kerana menutup siasatan terhadap Dr Mahathir, Allahyarham Tan Sri Mokhtar Abdullah dan juga Gani sendiri, yang didakwa menyalahgunakan kuasa.
“Ketiga-tiga pihak dikatakan menyalahgunakan kuasa oleh kerana tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan salahguna kuasa dan rasuah beberapa VVIP diantaranya, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Thamby Chik serta mendiang Tan Sri Eric Chia.
“Untuk makluman Tun, kes kes diatas tidak pernah disiasat apabila Gani dan Musa Hassan (Tan Sri) bersekongkol untuk hijack (merampas) penyiasatan daripada Polis Kuala Lumpur dalam bulan Ogos 1999.
“Kes-kes diatas juga tidak boleh ditutup sendiri oleh Allahyarham Mokhtar atau Gani kerana akan melibatkan conflict of interest (konflik kepentingan),” katanya lagi. - MalaysianInsider

Tiada bukti tunjuk Sultan diundang masa BN - Khalid
Posted on Wednesday, September 05 @ 12:13:57 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Ahmad Fadli KC

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata tiada bukti menunjukkan kerajaan negeri pernah mengundang Sultan Selangor ke sambutan ambang Hari Kebangsaan sejak tahun 2003.

Khalid berkata, sejak 2003, Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos.

Katanya, kerajaan negeri tidak menemui apa-apa surat yang menunjukkan sultan diundang ke sambutan tersebut, seperti didakwa Bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.

NONE"Saya tak nampak suratnya lagi. Saya takut dah terbakar," katanya.

Menjawab soalan wartawan, khalid berkata isu meminta maaf kepada Sultan Selangor tidak perlu ditimbulkan.

Dr Khir semalam berkata beliau mengundang sultan secara rasmi dan juga secara lisan untuk ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri semasa negeri itu berada bawah pentadbiran BN.

Sementara itu, Khalid menjelaskan, kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Merdeka Selangor hanya sebagai penceramah jemputan dan bukan tetamu utama.

"Tetamu kehormat adalah MB, penceramah jemputan adalah Anwar," katanya.

Isu Sultan Selangor yang tidak dijemput ke sambutan Hari Merdeka mula timbul selepas kumpulan pendesak Melayu PERKASA membuat laporan polis berkenaan perkara itu. - Malaysiakini 


Skandal Padi Benih Yang Terburuk Dalam Sejarah Industri Padi/Beras Negara
Posted on Wednesday, September 05 @ 05:25:27 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Warga MOe

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.


Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).
MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.
Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.
Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.
Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).
Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.
Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.
Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.
Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.
Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan) . Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.
Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.
Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.
Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!
Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.


RESAH GELISAH WARGA MOA

 Seminar Guru "Kasih diSemai" Daerah Baratdaya P.Pinang: Pejabat Pelajaran Ditunggangi UMNO
Posted on Wednesday, September 05 @ 01:22:24 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh GP

Pada 14 Ogos 2012 yang lalu guru-guru daerah baratdaya Pulau Pinang rasa tertipu oleh seminar “Kasih DiSemai Sayang dibelai" anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Barat Daya.Pulau Pinang”
Kehadiran 2 orang penceramah yang tak berani mengaku UMNO itu amat melucukan. Hujah-hujah yang mereka kemukakan amat dangkal dan amat bodoh seolah-olah bertelanjang dihadapan guru-guru yang cerdik (walaupun saya bukan guru).


Penceramah pertama ialah En. Rozali b. Abdul Rahman (penceramah bebas) mengemukakan teori “Malaysia akan jadi negara Kristian”. Dia mendakwa dia pernah menjadi ahli DAP yang menjawat jawatan tinggi hinggalah ke suatu hari dia tersedar apabila dia berada di Sarawak dan terkejut ketika DAP membentangkan strategi menjadikan Malaysia negara Kristian. Dia juga mendakwa juga Mohd Sabu terlibat dalam konspirasi itu dan dia amat mengenali Mohd Sabu.

Penceramah kedua pula (En. Ahmad Lutfi b. Ibrahim-Pengarah JASA negeri Pulau Pinang) pula mengemukakan teori PAS dan UMNO perlu duduk semeja kerana nak menyelamatkan kerusi Parlimen Melayu . Hujah mereka berdua amat dangkal, kebudak-budakan dan saya nak terkincit mendengarnya kerana tertawa didalam hati. Kalau pengarah JASA pun otak koman sebegitu.. haha.

Ternyata kedua-dua penceramah itu tak berani berterusterang bahawa mereka adalah pecacai UMNO yang diupah untuk bertelanjang dihadapan guru-guru (memalukan diri dengan hujah yang dangkal).
Diakhir ceramah yang pertama En.Rozali membuka soalan dan seorang guru bertanyakan adakah kedudukan tanah-tanah melayu yang banyak tergadai disebabkan oleh bukan melayu sedangkan selama ini UMNO lah yang berkuasa. Penceramah pertama tak berani nak menyalahkan pembangkang dan mengakui bahawa UMNO tak semestinya semua betul dan mengatakan beliau dah 4 hari demam.. haha (terus demam 4 hari).
Saya tak nak tanya banyak kepada 2 penceramah ni kerana seminar ini bukan ditujukan kepada saya. Saya hanya nak tanya 1 soalan saya. Kamu berduakah saja yang fikirkan survival Islam di Malaysia untuk pasca akan datang? Tidakkah PAS khasnya mempunyai dewan Ulama yg di dalamnya cerdik pandai yang ramai, takkanlah hangpa berdua lagi cerdik dari mereka? Tidakkah PAS kini menjadi pilihan tokoh profesional, teknokrat dan ulama? Sekadar menyebutkan beberapa contoh bahawa dalam PAS ada bekas Ketua Hakim Negara, Bekas Imam besar masjid negara, bekas pengarah peladang dll bekas pengarah hingga termasulklah bekas Pengarah Pelajaran sendiri.. Cuba pergi pada tautan ini.
Saya pun tak nak marahkan sangat Pengarah Pelajaran dsb kerna selepas pencen mungkin mereka juga akan sertai pembangkang...
Adakah hangpaberdua lebih pandai daripada mereka?Itu saja yang saya nak tanya kerana orang gila (UMNO) kita tak boleh layan sangat kerana kalau melayan orang gila, kita pun akan terperangkap dengan rentak orang gila dan kita juga akan jadi gila.

Seminar sebegitu hanya merugikan masa guru-guru disamping merugikan wang kerajaan dan murid-murid teraniaya kerana guru tidak dapat mengajar mereka lebih kurang sehari. Bukan seorang sahaja guru yang terlibat terpaksa meninggalkan pembelajaran di dalam kelas, malah berpuluh-puluh.Siapa nak tanggung dosa ini?Saya tak nak salahkan Jabatan Pelajaran Daerah dalam perkara ini kerana mereka ditunggangi UMNO secara paksa atau rela. Tapi membazir sungguh dan lebih kurang setiap sekolah rendah dan menengah kena hantar 4 orang sebagai wakil untuk mendengar “Seminar” bodoh di Masjid daerah Baratdaya . 14 Ogos, jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang....



Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib
Posted on Wednesday, September 05 @ 00:47:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Penoreh Getah

Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor di percayai dicipta sebahagian daripada kumpulan pemikir Muhyiddin sendiri menurut maklumat dalam di Johor.

Tujuan asas mereka cipta poster ini kononnya sebagai satu serangan saraf oleh PAS Johor bagi menawan Johor tetapi adalah "reverse psiko" untuk menjadikan isu bagi memberikan tekanan kepada DS Najib Razak yang akhir ini dilihat sebagai tidak mencapai hasrat dan cita-cita UMNO dan Barisan Nasional untuk menguasai dua pertiga dalam PRU-13 nanti.

Mereka bukan sahaja menunggu reaksi daripada pihak UMNO dan DS Najib tetapi menunggu reaksi daripada pihak Pakatan Rakyat sekurang-kurang perkara ini menjadi perbahasan di media. Sasaran awal adalah untuk media internet.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

NONEImej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Mereka menggunakan sarapang dua mata. Dengan wujudnya poster ini, rakyat Johor akan marahkan PAS atau Pakatan Rakyat kerana buat kerja jahat cuba mecah belahkan UMNO dan dalam masa yang sama mereka juga menekan kepimpinan DS Najib Razak.

Tindakan UMNO Johor membawa kepada pihak POolis sebenarnya sudah menunjukkan perancangan Pemikir Team Muhyiddin telah berjaya menengahkan isu ini untuk perbincangan umum sekurang-kurangnya memberikan 'pressure' kepada
DS Najib.

......
http://penorehgetah.blogspot.com




Tiada ulasan: