Selasa, 4 September 2012

JANGAN UNDANG2 YANG DIGUBAL MAKAN DIRI SENDIRI...SEBAB KITA TAK BOLEH MEMERINTAH SAMPAI HARI KIAMAT

MB: Exco akan bincang isu undang Sultan S'gor

  • Abdul Rahim Sabri
  • 5:41PM Sep 4 2012
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata isu berhubung undangan kepada Sultan Selangor ke majlis sambutan ambang kemerdekaan peringkat negeri pada 30 Ogos lalu akan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri esok.

Katanya, perkara itu akan dibincangkan kerana beliau ingin mendapatkan pandangan semua pihak berhubung undangan kepada Sultan Selangor ke majlis sambutan yang diadakan di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam itu.

NONESetiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor itu dijangka akan memberi pandangan dalam mesyuarat tersebut, kata Khalid lagi.
"Isu mengenai itu (ditangani) bahawa satu jawatankuasa bertindak. Jadi esok dalam (mesyuarat) exco kita akan bincangkan perkara tersebut.
"Saya percaya setiausaha kerajaan negeri mempunyai jawapan-jawapan dan pandangan mereka tentang perkara itu.
"Jadi saya kena beri peluang untuk mereka menerangkan apa yang berlaku dan apa yang patut dilakukan," katanya lagi kepada pemberita dalam satu majlis sambutan Hari Raya di Shah Alam hari ini.

Khalid berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan Selangor akan meminta maaf kepada Sultan Selangor berhubung perkara itu.
Perkara itu antara lainnya ditimbulkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo hari ini yang turut mempertikaikan jemputan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berucap di majlis berkenaan.
Mengulas saranan tersebut, Khalid berkata kerajaan negeri akan memohon maaf kepada Sultan sekiranya perlu.
"Kalau perlu kita buat, kalau tidak perlu kita tak buat. Tapi saya percaya daripada rekod-rekod (sambutan) yang telah diadakan dalam negeri. Dan kita ada rekod-rekod itu.

"Jadi kita akan kaji sebab mengapa jawatankuasa yang sudah membuat empat tahun, bukan satu tahun dan (supaya) perkara ini tidak berbangkit (lagi). Jadi sebab itu kita nak minta pandangan.

"Lepas itu, kita buat (semakan) sebelum Pakatan Rakyat (membentuk kerajaan). Jadi kita buat daripada 2004 hingga 2012," katanya.

Ditanya sama perkara tersebut telah disembah maklum kepada Baginda, Khalid yang juga ADUN Ijok berkata program yang melibatkan Istana dan kerajaan negeri dirancang sekurang-kurangnya sebulan sebelum majlis itu berlangsung.

"Jadi ia bukan satu perkara yang dibuat secara ad-hoc. Ia dibuat secara teratur termasuk wakil protokol yang mengingatkan kita bagaimana program itu dilakukan," katanya.
Insiden tunjuk punggung: Polis tahan seorang siswa
1:54PM Sep 4 2012
dikemaskini Polis hari ini menahan seorang pelajar kolej berhubung tindakan beberapa orang peserta semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada malam Jumaat lalu.

Lelaki berusia 19 tahun itu difahamkan ditahan di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur pada tengahari tadi.

Dalam kejadian pada Jumaat malam lalu, seorang lelaki dilaporkan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga gambar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan turut menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Tindakan menunjukkan punggung tersebut menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Umno, PAS dan PERKASA.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata sebelum ditahan, pelajar berusia 19 tahun dari Batu Pahat, Johor itu dibawa oleh ibu dan bapanya untuk bertemu pengurusan kolej berikutan gambar anaknya tersiar di akhbar dan dikaitkan dengan kejadian itu.
   
"Kami difahamkan oleh orang awam bahawa pelajar semester tiga Diploma Multimedia Kreatif itu telah pulang ke kampungnya di Batu Pahat selepas malam kejadian akibat takut dengan perbuatan yang dilakukannya.
   
"Justeru, kami telah memohon kerjasama kolej bagi memujuk pelajar itu untuk kembali ke kolej, dan hari ini beliau telah di bawa oleh ibu bapanya kerana dimaklumkan pihak pengurusan kolej ingin bertemunya tanpa memberitahu polis sedang mencarinya," katanya kepada pemberita selepas menemui pelajar itu di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Dang Wangi.
   
Abdul Jalil berkata dua pelajar lelaki yang juga rakan sekolej suspek yang berada bersamanya di Dataran Merdeka pada malam itu turut tampil menjadi saksi dan memperakui perlakuan yang dilakukan pelajar tersebut.

Ditanya sama ada tindakan pelajar itu dipengaruhi mana-mana parti politik, beliau berkata setakat ini siasatan ke atas insiden berkenaan belum menjurus ke arah itu.
   
"Berdasarkan percakapan awal dengan pelajar yang juga anak bongsu daripada dua adik beradik itu, beliau mengakui hadir ke Dataran Merdeka bagi menyambut malam ambang merdeka," katanya.
   
Abdul Jalil berkata bagi melengkapkan siasatan, polis akan mengunjungi kediaman pelajar itu untuk mencari baju serta pakaian yang dipakainya pada malam kejadian.
   
Dalam perkembangan sama, beliau meminta 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera 'baharu' Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
   
"Alamat 10 individu itu telah diketahui, namun ketika dikunjungi, individu berkenaan tidak lagi tinggal di situ," katanya.
   
Sebelum ini, Polis Diaraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera "baru" Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

 1. Insiden tunjuk punggung: Polis tahan seorang siswa
 2. Penganjur 'Janji Demokrasi' kutuk lelaki tunjuk punggung pada gambar PM, isteri'


SPR: Perbuatan biadap bukan cara tambahbaik p'raya
5:02PM Sep 4 2012
Penambahbaikan proses pilihan raya tidak akan dapat dilakukan melalui perhimpunan dan perbuatan biadab sepertimana yang dilakukan oleh sekumpulan peserta perhimpunan di ibunegara baru-baru ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata banyak perkara yang akan dilaksanakan oleh suruhanjaya itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah hasil perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihak, dan bukannya melalui perhimpunan dan perbuatan biadab, termasuk memijak gambar pemimpin negara.
  
"Perbuatan itu adalah perbuatan biadab, tidak bertamadun dan tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang bersopan santun.
  
"SPR melihat perbuatan pihak penganjur Perhimpunan Janji Bersih memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang pada perhimpunan itu bertujuan mendidik golongan muda untuk berkelakuan biadab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
  
Beliau berkata demikian bagi mengulas perbuatan biadab peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengibar bendera lain yang dikatakan pengganti Jalur Gemilang, pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka malam Khamis lepas.

Kamaruddin berkata, SPR menyambut baik langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera ke atas individu-individu yang terlibat, yang sekaligus akan memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang boleh mencemarkan dan menjejaskan imej SPR.

- Bernama
Pakatan: Kami sudah bersedia hadapi p'raya November

  • Hafiz Yatim
  • 2:58PM Sep 4 2012
Mesyuarat setiausaha Pakatan Rakyat juga merasakan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) paling awal akan diadakan pada bulan November kerana ada petanda jelas yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berminat dengan angka 11.

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata Pakatan telah bersedia sejak tahun 2011 lagi, dan kini persediaan mereka sudah mencapai 100 peratus.

"Ya, Pakatan bersetuju tanda-tanda menunjukkan pilihan raya paling awal bulan November, atau jika tidak akan diadakan tahun depan.

"Ia tidak bermakna jika BN mengadakan pilihan raya pada November, mereka akan menang besar kerana sejarah telah membuktikan sebaliknya," katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Dr Mohd Hatta Ramli, Teresa Kok dan Anthony Loke (DAP), dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Chua Tian.
Poster 'mahu Muhyiddin jadi PM' muncul di Johor

  • Kuek Ser Kuang Keng
  • 2:12PM Sep 4 2012
Poster misteri menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah diedarkan di Johor.

Bagaimanapun, Umno Johor menafikan bahawa poster itu dicetak oleh parti tersebut dan telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

NONEImej pada poster itu, bersama dengan potret Muhyiddin dan
bendera Malaysia, telah disebarkan secara meluas di Internet.

Poster itu berbunyi 'Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM sebelum PRU 13'di bahagian bawah dan 'Selamatkan Barisan Nasional' di atas.

Ia juga memaparkan logo BN dan Umno, serta tulisan 'Terbitan Barisan Nasional Negeri Johor'.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Tan berkata, mereka mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada para pengunjung, sambil mengedarkan poster tersebut.

Tan, seorang peniaga telefon bimbit, berkata, pemuda berkenaan memakai pakaian biasa dan tidak nampak seperti ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Semalam, Pemuda Umno Johor membuat laporan polis berhubung penyebaran poster tersebut di Johor Baru dan Kulaijaya, dengan mendakwa ia perbuatan untuk mencetuskan perselisihan antara pemimpin negara menjelang pilihan raya umum.

'Sultan pernah hadir sambutan Hari Merdeka'
3:09PM Sep 4 2012
Setiausaha sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani hari ini mengulas kenyataan setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin bahawa baginda tidak pernah menghadiri sambutan ambang merdeka peringkat negeri pada malam 30 Ogos.

Namun, jawapannya melalui wawancara disiarkan akhbar Berita Harian itu adalah berhubung kehadiran Sultan Selangor ke sambutan ulang tahun kemerdekaan peringkat negeri pada siang hari 31 Ogos.

NONE"Sultan pernah menghadiri sambutan Hari Kemerdekaan pada peringkat negeri, cuma saya tidak ingat tahun sambutan berkenaan," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Ditanya sama ada Istana Selangor pada kebiasaannya perlu dimaklumkan mengenai program rasmi kerajaan negeri, Mohamad Munir berkata pihak Istana selalunya dimaklumkan mengenai sebarang program rasmi kerajaan untuk sambutan Hari Kemerdekaan.

Katanya, Istana berkenaan dimaklumkan walaupun tidak ada sebarang jemputan formal diberikan kepada baginda.

"...kecuali tahun ini. Istana selalunya dimaklumkan mengenai program kerajaan negeri dan saya akan bertanya kepada baginda Sultan sama ada baginda kelapangan untuk menghadirinya.

"Baginda akan memaklumkan kepada saya sama ada baginda ada kelapangan untuk menghadirinya dan saya akan memaklumkan kepada kerajaan negeri pengesahan berkenaan.

"Tahun ini, kita tidak dimaklumkan. Bagaimana kita nak tahu sama ada baginda mahu menghadirinya atau sebaliknya," katanya dipetik.

Mohamad Munir turut berkata baginda hairan bagaimana Anwar dijemput dan berucap pada majlis itu sedangkan beliau menang kerusi di Pulau Pinang dan "tiada sumbangan" di negeri itu.

"Baginda tidak gembira dengan perkara ini," kata Mohamad Munir lagi.
Faekah dalam kenyataannya semalam berkata, setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi mengesahkan bahawa Sultan Selangor tidak pernah dijemput untuk majlis sambutan ambang kemerdekaan."Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri," kata Faekah.
Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan.

Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan di mainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos sama ada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam kemerdekaan.

Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi adalah pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 dan Hari Malaysia peringkat negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam.

Khir Toyo: Wajib jemput Sultan ke ambang merdeka

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:38PM Sep 4 2012
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo berkata, pentadbiran BN di negeri itu sebelum ini sentiasa menjemput Sultan Selangor untuk hadir ke majlis sambutan ambang merdeka.
Mohd Khir menjelaskan bahawa beliau sebelum ini menjemput Sultan Selangor secara lisan dan secara rasmi  untuk hadir ke majlis di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu dan juga untuk majlis bacaaan surah Yasin keesokan harinya.

"Semasa kerajaan BN, tiap-tiap tahun kita menjemput Tuanku. Terpulang kepada Tuanku untuk hadir ataupun tidak.

"Setiap kali berjumpa (dengan Tuanku sebelum majlis itu), saya juga menjemput secara lisan dan secara (surat) rasmi untuk sambutan ambang kemerdekaan dan bacaan Yassin," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesti jemput Sultan
Sementara itu, dalam satu tulisannya di blog drkhir.com hari ini, Mohd Khir berkata Sultan Selangor lazimnya akan menghadiri majlis tahlil serta perbarisan perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri.

NONE"Adalah menjadi satu kemestian untuk kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara ini.

"Manakala bagi sambutan ambang merdeka yang diadakan menjelang detik 12 malam, selalunya Tuanku Sultan hanya mewakilkan benteri besar.

Bagaimanapun, kerajaan negeri pada kali ini mengadakan perbarisan pada malam 30 Ogos dan perbarisan juga diadakan pada majlis sama.

"Oleh itu adalah wajib Tuanku Sultan Selangor dijemput untuk menyertai program kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam tersebut.

"Malangnya ini tidak berlaku kerana Pakatan tidak dapat memisahkan kepentingan politik kepartian dengan pentadbiran negeri," katanya lagi dalam tulisan tersebut.

Mohd Khir juga berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim kini menyalahkan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi kerana tidak menjemput Sultan Selangor ke majlis pada malam berkenaan.

NONEBagaimanapun, beliau berpendapat bahawa perkara itu berlaku kerana kerajaan negeri mahu penasihat ekonomi negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tetamu utama di majlis tersebut.

"Saya fikir atas sebab inilah Mohd Khusrin Munawi tidak menjemput Tuanku Sultan Selangor. Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan beliau mengetahui bahawa adalah salah dari segi protokol untuk menjemput Tuanku Sultan Selangor ke majlis peringkat negeri yang tetamu utamanya bukanlah Tuanku sendiri.

"Dari segi bidang tugas memang tanggungjawab Khusrin menjemput para tetamu kehormat dalam acara sambutan kemerdekaan. Namun tugas Khusrin terhad kepada susunan protokol sedia ada.

"Menteri besar dan barisan exco negeri harus mengambil tanggungjawab ini. Jika menteri besar telah menentukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat majlis tersebut, apakah menteri besar berharap Khusrin akan melakukan jemputan kepada Tuanku Sultan?"
Perlu minta maaf
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohd Khir berkata, kerajaan negeri perlu memohon maaf kepada Sultan Selangor dan tidak menyalahkan orang lain dalam isu menjemput kepada baginda ke majlis sambutan ambang kemerdekaan itu.

NONE"Pemimpin yang baik, kalau tahu buat salah, minta maaf apa yang dibuat. Jangan salahkan orang lain. Minta maaf. Bila lantik nak jadi MB, menghadap Tuanku untuk angkat sumpah.

"Bila dapat jawatan, tinggal (Tuanku) tak jemput baginda. Habis madu sepah dibuang," kata kepada Malaysiakini sambil menganggap Faekah "tidak tahu apa-apa" berhubung hal jemputan tersebut.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menjemput Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berucap di majlis berkenaan memandangkan Anwar bukan pemimpin kerajaan Selangor.

"Kenapa jemput Anwar sebagai tetamu khas... Siapa ketua kerajaan negeri Selangor, Tuanku atau Anwar. Kenapa menggunakan wang rakyat untuk menjemput beliau.

NONE"Dalam satu majlis tak boleh ada dua tetamu khas... Takkan kedua-duanya nak berucap. Kenapa jemput Anwar, atas kapasiti apa. Ketua parti tak boleh dijemput (berucap) untuk majlis kerajaan negeri," katanya.
Beliau mengulas kenyataan setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin bahawa kerajaan BN juga tidak pernah menjemput Sultan Selangor ke majlis tersebut.

Faekah dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana baginda hanya akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu majlis tahlil dan doa selamat di Masjid Negeri.

Faekah berkata, beliau mengesahkan perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamad Khusrin Munawi yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55.
Malah, Faekah juga berkata program sambutan ambang kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran Sultan Selangor.

K'jaan ikrar tidak salahguna 114A, kata Gan

  • Nigel Aw
  • 8:31PM Sep 4 2012
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu berkata kerajaan telah memberi jaminan kepadanya dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan tidak akan disalahgunakan.

NONEJaminan itu, kata beliau, diberikan oleh Datuk Seri Mohd Nazri  Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apabila Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil beliau dan Saifuddin semalam berhubung pandangan mereka yang bertentangan dengan kerajaan berkaitan seksyen tersebut.

Katanya, mereka telah diberi jaminan tersebut dan mereka berpegang kepada kata-kta Nazri berhubung perkara itu.

Oleh itu dan selaku anggota kerajaan, Gan berkata, beliau akan mematuhi keputusan kabinet untuk mengekalkan klausa dalam Akta Keterangan dan akan memantau pelaksanaannya.

Gan berkata, agensi-agensi penguatkuasa tidak akan begitu "bodoh" untuk mendakwa mereka yang tidak bersalah tetapi menegaskan bahawa beliau akan membangkitkan lagi perkara itu sekiranya  undang-undang tersebut disalahgunakan.

Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |
Remove |

Kontroversi 114A: DPM panggil 2 timbalan menteri

  • Nigel Aw
  • 1:43PM Sep 4 2012
EKSKLUSIF Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam memanggil Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan Seksyen kontroversi 114A, Akta Keterangan.

NONEKetika dihubungi, Menteri di Perdana Menteri Jabatan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, yang hadir dalam pertemuan tersebut, mengesahkan perkara itu.

"Ya, ia benar ... Tetapi saya tidak memanggil mereka. Saya diundang oleh timbalan perdana menteri untuk menjelaskan kepada mereka," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mereka dipanggil walaupun mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 29 Ogos lalu, membatalkan keputusan awalmya untuk menegur mereka.

Mesyuarat kabinet pada 15 Ogos, yang dipengerusikan oleh Muhyiddin ketika perdana menteri berada di luar negara, pada mulanya memutuskan untuk menegur dua timbalan menteri itu serta Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan.

Bagaimanapun, Nazri, yang juga menteri undang-undang, berkata mesyuarat semalam hanya bertujuan untuk mendapatkan pandangan mereka.

"Kami mahu menangani kebimbangan mereka... Kami tidak seperti pembangkang," katanya sambil membidas pembangkang yang didakwanya membuang ahli-ahli yang tidak sehaluan dengan mereka.

Bagaimanapun, kata Nazri, pertemuan itu bertujuan untuk menjelaskan kepada kedua-dua mereka mengenai pindaan Akta Keterangan baru-baru ini dan bahawa ia tidak ada kesan kepada keputusan kerajaan untuk mengekalkan Seksyen 114A.

"Kabinet telah memutuskan pada (Seksyen) 114A, jadi ini adalah untuk menjelaskan kepada mereka" katanya.

Khairy tidak dipanggil kerana beliau bukan sebahagian daripada kerajaan, tambah Nazri.


Tiada ulasan: