EDL: Najib laksana program Buku Jingga
Harakahdaily, | 04 Sep 2012 |
(Kawasan pembangunan EDL di Johor)
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk membeli balik Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur (EDL), Johor Baru daripada MRCB bagi menyelesaikan isu tol yang bakal dikenakan MRCB di lebuh raya itu disambut baik oleh Pakatan Rakyat dan rakyat amnya.
Namun, ia disifatkan pelaksanaan kepada program Buku Jingga yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telah beberapa kali membuat penegasan dalam Buku Jingga bahawa pembelian balik tol dan penamatan konsesi kepada pemilik konsesi lebuhraya adalah satu dasar yang manasabah dilakukan.
"Kerap kami dituduh bahawa dengan dasar dan polisi Pakatan Rakyat Negara akan bankrap. Kebelakangan ini, Najib-BN kerap meniru kami tanpa segan–silu," kata Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad.
Meskipun kos serta terma pembelian semula balik ini hanya akan diketahui sebelum hujung tahun ini, Dr Dzulkefly (gambar) mengingatkan kerajaan supaya jangan mengambil kesempatan ini untuk melakukan satu pembayaran pampasan terhadap MRCB dengan keuntungan yang lumayan sekaligus mengorbankan kepentingan pembayar cukai dan rakyat.
EDL yang dibangunkan menerusi anak syarikat milik penuhnya, MRCB Lingkaran Selatan Sdn Bhd (MLSSB) kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu berhubung kadar tolnya.
Isu EDL, yang dibuka 1 April lalu, menjadi bualan hangat susulan kadar tol yang bakal dikenakan ke atas pengguna jalan raya untuk pergi dan balik dari Singapura adalah RM15.30.
PAS mahukan kerajaan bertindak telus dan bertanggungjawab dalam hal pengurusan kewangan Negara dan tanggungjawab fidusiarinya, kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.
Menurut beliau, kerajaan mesti bersedia untuk mendedahkan terma perjanjian dengan EDL kerana ia pernah dilakukan oleh mantan Menteri Kerja Raya dahulu.
Pampasan mesti mengambil kira nilai pembinanaan lebuhraya tersebut dengan 12 peratus pulangan faedah kepada capital dan pinjaman (sukuk) setiap tahun kepada ‘shareholders’ yang telah dilaburkan, katanya.
Membayar lebih dari yang sepatutnya, seperti yang dilakukan sebelum ini, adalah jelas bercanggah dengan slogan Najib untuk mendahulukan rakyat dari pihak bisnes tambahan kalau kroni pulak, tambahnya.
"Kami mahukan Najib melaksanakan slogan dan retoriknya yang mahu janji ditepati. Najib terdesak untuk meniru dan melaksanakan dasar dasar Pakatan seperti termaktub dalam BUku Jingga, namun belum ada kepastian bahawa beliau akan komited untuk benat-benar melaksanakannya
samapai kehujung ataukah hanya sekadar untuk ‘kosmetik’ dan ‘window dressing’ atau solekan sahaja," tambah beliau.
"Apakah Najib akan benar-benar telus dalam mengamalkan ‘transparency’ seebenarnya dalam mengharungi tahap-tahap penilaian seterusnya dalam pemberian penyambungan generasi Penjana Tenaga Bebas (IPP) generasi pertama dan IPP generasi baru?" soalnya.
Beliau seterusnya mempersoalkan, bersediakah EC dan Najib telus dalam pengendalian pemberian kontrak konsesi kesemua ini.
"Apakah akan berulang peristiwa buruk pemberian kontrak dalam hal LRT Ampang kepada Konsortium George Kent dan sedikit waktu dahulu pemberian kontrak dalam kes MRT Sungai Buloh-Kajang?" soalnya bimbang.
Ahli Umno pun luntur semangat merdeka
Aslani M, | 04 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Anehnya ahli Umno dikatakan kira-kira
tiga juta orang, namun Jalur Gemilang tidak banyak dipasang sempena
bulan kemerdekaan sekarang.
“Sepatutnya orang Umno lebih bersemangat mempamerkan sikap cintakan negara kerana sambutan kemerdekaan sekarang seperti perayaan ulangtahun Umno.
“Perayaan kemerdekaan sekarang dianggap tidak lagi menjadi perayaan negara kerana pejuang-pejuang lain yang berkorban diketepikan,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Kata beliau tokoh-tokoh yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah tidak diraikan seperti pemimpin Umno.
Menurutnya pejuang-pejuang seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan ramai lagi sehingga ada yang terpaksa meringkuk dalam penjara kerana dikurung penjajah.
Malah ada yang kehilangan nyawa dan harta benda semata-mata mahu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.
“Sebab itulah pemimpin-pemimpin Umno yang pernah berkhidmat di zaman awal kemerdekaan tidak lagi bersama Umno sekarang.
“Bekas menteri yang pernah berkhidmat zaman Tun Hussien, Tun Ghaffar ada yang bersama PAS sekarang termasuk Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil,” katanya pada ceramah perdana di Padang Perdana malam tadi.
Program anjuran PAS Kota Bharu itu turut dihadiri Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw.
Program bermula dengan solat Isya’ kemudian diikuti solat hajat diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa.
Program ceramah bermula dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh Timbalan Presiden, sambil diiringi nyanyian Negaraku orang ramai yang hadir di Padang Perdana.
Pada program itu juga tiga pemimpin mewakili kaum Cina, India dan Siam menyerah borang menyertai DHPP kepada Timbalan Presiden PAS.
Mohamad juga berkata, Umno tidak perlu bersikap talam dua muka apabila mendiamkan diri ketika ada pihak menunggeng punggung kepada Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Ambiga sebelum ini.
Saifuddin pula berkata, tindakan samseng yang berselindung di sebalik nama NGO mengacau program dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah malam semalam tidak pernah melunturkan semangat parti itu.
Begitu juga tindakan pihak tertentu merosakkan bas dimiliki PKR di sini Sabtu lalu tidak menghalang jelajah merdeka diadakan di seluruh negara.
“Mereka boleh merosakkan bas dan mengganggu program kita, namun mereka tidak boleh melunturkan semangat perjuangan kita.
“Apa yang berlaku di Kedah seolah-olah menggambarkan lesen besar diberi kepada Perkasa bagi mengganggu program pemimpin Pakatan.
“Biar pun balai polis berada tidak jauh daripada tempat kejadian, namun mereka mengambil masa begitu lama bagi meredakan keadaan. Ini menggambarkan seperti lesen besar diberi kepada mereka,” ujarnya.

Siasat syarikat terbabit dalam skandal Scorpene
Selangorku, | 04 Sep 2012 |
Pengarah Eksekutif Suaran Rakyat Malaysia (Suaram), Nalini Elumalai berkata pihak Suaram menerima pelbagai bentuk tekanan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perkeso, Umno, Perkasa serta pelbagai dakwaan daripada Utusan Malaysia dan News Strait Times ekoran pendedahan skandal salah laku dalam urusan pembelian Kapal Selam Scorpene.
Beliau mahu agar kerajaan menyiasat syarikat yang terbabit dalam skandal kapal selam itu sepertimana tekanan dan siasatan yang dikenakan terhadap Suaram.
“Malah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut membantu dalam ‘rutin menyiasat’ salah satu daripada rakan kongsi Suaram baru-baru ini,” kata Nalini dalam kenyataan media.
Ujar Nalini, Suaram diwujudkan sebagai kumpulan sokongan untuk keluarga tahanan bekas politik dalam ISA sejak tahun 1989.
Suaram juga dibangunkan untuk memperjuangkan isu salahlaku polis, hak pemohon suaka politik, pelarian, dan juga mendidik masyarakat berkenaan hak asasi manusia dan kebebasan awam.
Ujar Nalini lagi, kerajaan juga didesak untuk menghentikan mempergunakan Perkhidmatan Awam untuk cuba menjatuhkan imej Suaram dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan.
“Kita berjaya mencapai kemenangan moral ke atas pemasuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini dan tiga akta darurat selepas 23 tahun dalam perjuangan bersama-sama dengan rakyat,” katanya.
Lebih baik syaitan, pandangan mirip muktazilah
Bashir Ishak, | 04 Sep 2012 |
ARAU:
PAS mengingatkan pemimpin Umno agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan
kerana dibimbangi boleh membawa kepada kerosakan aqidah Islam.
Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ustaz Hashim Jasin (gambar) memberi contoh kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata 'lebih baik memilih syaitan yang dikenali berbanding malaikat yang tidak dikenali'.
Katanya, kenyataan Tun itu mirip fikrah golongan 'muktazilah' apabila meletakkan pandangan akal mendahului nas dan syarak.
"Ini bercanggah dengan kaedah yang digunakan oleh agama. Kaedah kita, apa yang syarak kata baik itulah baik dan apa yang syarak kata buruk wajib kita kata buruk," jelasnya.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata fahaman muktazilah telah disepakati oleh para ulama sebagai terkeluar daripada Islam dan merupakan satu ajaran sesat
"Golongan ini terdiri dari cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan falsafah seperti yang diceduk dari Greek.
"Fahaman mereka, apa yang akal kata baik itulah yang baik, apa yang akal kata buruk itulah buruk," katanya ketika berucap merasmikan program Karnival Usahawan Muda di Kompleks Pendidikan MADI, Jejawi dekat sini baru-baru ini.
Mahathir sebelum ini mendakwa adalah lebih baik untuk rakyat memilih syaitan yang di kenali dengan merujuk kepada BN berbanding malaikat yang tidak dikenali yang dirujuknya kepada Pakatan Rakyat.
Menurut Ustaz Hashim lagi, penyakit muktazilah tidak berakhir di zaman dahulu sahaja malah terus menjadi suatu ancaman kepada umat Islam pada zaman moden ini.
"Bila sekarang ni ada orang yang menyebut lebih baik berkawan dengan syaitan yang kita kenali daripada malaikat yang kita tidak dikenali, maka kata-kata ini terang-terang satu pandangan muktazilah.
"Sayangnya, fikrah yang merbahaya ini tidak pula ditegur oleh para ulama atau mufti yang hanya diam membisu.
"Sepatutnya mereka kena bangun memperbetulkan perkara seperti ini yang merbahaya kepada aqidah," katanya.

Lagi intelek Melayu umum masuk DAP
Harakahdaily, | 04 Sep 2012 |
(Profesor Tajudin dan isteri sertai DAP di Johor Bahru)
JOHOR BAHRU: Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dan isterinya, Norhayati Yusof hari ini mengumumkan memilih untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Demikian menurut laporan akhbar Sinar Harian hari ini.
“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP, DUN Stulang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi DAP Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr Boo Cheng Hau; Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua; dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam,” ujar beliau.
Norhayati yang merupakan seorang bekas guru pula berkata, penyertaan beliau ke dalam DAP mengikut suaminya adalah sesuatu yang baru dalam hidup.
“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua,” katanya kepada akhbar itu.
“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya. – Roketkini.com
Henti pemusatan harta rakyat di tangan kroni
Harakahdaily, | 04 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang sepenuhnya cubaan untuk
mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan
baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB).
Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, PKR yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional.
Berikut kenyataan bersama beliau dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.
Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:
1. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?
2. Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?
3. Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?
Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.
Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.
Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.
Sikap Datuk Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.
Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.
Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.
KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.
Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional.

Laman web kerajaan Sweden dilanda serangan siber
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 04 Sep 2012 |
(Satu kumpulan yang tidak dikenalpasti yang menyokong Julian Assange dilaporkan mendakwa bertanggungjawab atas serangan siber tersebut di Twitter)
Laman web kerajaan Sweden, Angkatan Tentera dan Swedish Institute adalah antara laman-laman web yang terkena serangan siber tersebut.
"Saya boleh mengesahkan bahawa laman web kerajaan mempunyai masalah hari ini, tetapi atas faktor-faktor keselamatan, saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut," Anna Dahlen, jurucakap kerajaan Sweden, memberitahu agensi berita AFP sambil menambah bahawa dia tidak pasti bila laman web yang diserang akan kembali beroperasi dalam talian.
Antara laman web yang diserang adalah sweden.se - yang memberikan maklumat umum mengenai Sweden, dan studyinsweden.se.
Patrik Braennstroem, hos laman web sweden.se, berkata "serangan ini tergolong dalam serangan DDoS [distributed denial of service]".
Beliau percaya ‘sudah pasti’ laman-laman web rasmi yang lain adalah mangsa serangan yang sama.
Niklas Englund, ketua media digital di Angkatan Tenterata Sweden, berkata masih tidak jelas siapakah dalang di sebalik serangan DDoS tersebut, di mana laman-laman web dibanjiri dengan trafik palsu.
Tetapi beliau menyatakan bahawa sebuah kumpulan yang tidak dikenalpasti yang menggesa kerajaan Sweden untuk "tidak mengganggu Assange" mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut di Twitter.
Pengasas Wikileaks Julian Assange telah berlindung di Kedutaan Ecuador di Britain sejak Jun 19 dalam usaha untuk mengelakkan dihantar balik ke Sweden, di mana pihak pendakwa raya Sweden mahu menyoal pengasas laman web pemberi maklumat, Wikileaks, tersebut atas dakwaan jenayah seks.
Sementara itu, satu tweet oleh penggodam Anonymous cawangan Sweden berkata: "Terdapat dakwaan malam tadi tentang regeringen.se diserang, tetapi kami tidak dapat mengesahkan ia buat masa ini," merujuk kepada laman web kerajaan.
Anonymous "biasanya akan heboh mengaku bertanggungjawab atas seranganya," pakar komuniti Internet, Marcin de Kaminski memberitahu AFP.
Anonymous telah melakukan beberapa serangan siber terhadap laman web kerajaan, termasuk kerajaan-kerajaan Poland dan Greece.
Penyelia PWB mendapat elaun tetap
Khaulah Azwar, | 04 Sep 2012 |
(Penyelia dan penyelaras PWB bergambar dengan isteri MB Selangor)
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menyediakan elaun RM750 sebulan untuk penyelia dan penyelaras Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi melancarkan lagi aktiviti program dalam menaikkan pendapatan wanita.
Demikian kata Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Selangor, Rodziah Ismail dalam Majlis Penghargaan Penyelaras dan Penyelia (P&P), PWB di SUK Shah Alam petang semalam.
PWB telah beroperasi di sekitar Selangor dalam masa dua tahun sejak 2010 bagi membantu memberi pendapatan kepada peserta di samping menggalakkan pembukaan lebih PWB.
“Antaranya kita berbangga dengan kejayaan PWB Dun Ijok yang berjaya dengan usaha jahitannya, PWB Dun Batu Tiga dengan tenunan kainnya dan PWB Selat Kelang yang berjaya dengan program-program keusahawanannya.
“Kejayaan-kejayaan ini membuktikan bahawa wanita Selangor semakin perkasa dan berdaya serta mampu memainkan peranan penting dalam memantapkan struktur ekonomi negeri," kata Rodziah.
Sementara itu, Anizan Othman, penyelaras PWB Dun Kota Anggerik berikrar untuk berusaha membantu wanita memainkan fungsi maksimum memacu ekonomi keluarga dan negeri.
“Antara lain saya ingin menarik penyertaan wanita orang asal di Kota Anggerik iaitu lebih kurang 39 orang,” katanya apabila ditermui.
“Saya percaya semua usaha murni yang berterusan daripada inisiatif Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat dan PWB akan menjadikan wanita lebih berdikari serta menguntungkan negeri bagi jangka masa panjang,” ujarnya.
Pada Julai lalu, PWB menerima peruntukan sebanyak RM1.33 juta di bawah Geran Selangorku, bagi tempoh enam bulan akan datang.
Hadir sama isteri Menteri Besar, Puan Seri Salbiah Tunut bagi merasmikan majlis dengan menyampaikan watikah perlantikan Penyelaras dan Penyelia PWB kepada 56 wakil.
Kedah: Kamarudin terkejut laporan Sinar Harian
Harakahdaily, | 04 Sep 2012 |
(Laporan laman web yang diakui silap oleh wartawannya)
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar terkejut apabila beliau diberitakan sebagai berkata akan berlaku perubahan kepimpinan dalam kerajaan negeri Kedah.
Ini kerana, beliau tidak pernah merujuk kepada Kedah ketika menjawab panggilan seorang wartawan.
"Saya hanya berkata secara umum tanpa merujuk kepada Kedah tetapi terkejut sungguh saya apabila kenyataan saya itu dikaitkan dengan Kedah," kata Kamarudin kepada Harakahdaily.
Laman web pro Umno, www.Mole.my dalam laporannya mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak akan kehilangan jawatannya tidak lama lagi ekoran perebutan dalaman PAS dan disahkan pula oleh kepimpinan utama PAS.
Laman yang dikaitkan dengan Datuk Ahirudin Atan atau Rocky Bru itu mengaitkan kenyataan Kamarudin sebagai sumbernya.
Laman berita itu melaporkan, Datuk Kamarudin mengesahkan kemungkinan Ustaz Azizan akan diganti.
Yang menjadi semakin parah adalah apabila laporan ini dipetik pula oleh akhbar Sinar Harian.
Wartawan Mole, Firdaus Azil Ketika dihubungi Harakahdaily mengaku silap dalam membuat berita tersebut.
"Memang benar Datuk Kamarudin bercakap begitu tetapi saya setuju dia tidak merujuk kepada Kedah.
"Dia hanya merujuk secara umum tanpa mengaitkannya dengan Kedah.
"Saya pula ketika membuat berita itu merujuk kepada Kedah," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berjanji akan membuat laporan semula bagi membetulkan laporannya semalam.
Namun sehingga berita ini ditulis, Mole belum membuat sebarang pembetulan ke atas laporan yang diakui silap oleh wartawannya itu.
Pakatan Rakyat rangka naikkan gaji anggota PDRM
Hazayani Zakaria, | 04 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat merangka tiga strategi untuk penambahbaikan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan pembahagian semula sumber manusia dalam PDRM dengan menempatkan anggotanya di bahagian yang kritikal.
"Bukan tambah kakitangan tapi anggta di tempat yang tidak kritikal kita pindah kepada tempat yang kritikal iaitu untuk membasmi jenayah," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pembahagian semula anggota itu kerana bahagian penyiasatan dan pencegahan jenayah kekurangan tenaga sehingga terpaksa mengendalikan 20 kes dalam sebulan berbanding lima kes sebelum ini.
Strategi kedua katanya adalah dengan menaikkan gaji anggota PDRM berdasarkan suasana semasa.
"Kita tak tetapkan berapa gaji yang akan dinaikkan tapi akan ada kenaikan berdasarkan prestasi mereka," katanya.
Strategi ketiga kata Mustafa adalah meningkatkan teknologi dan komunikasi PDRM iaitu memberi tumpuan kepada kebolehan membasmi jenayah.
"Dari segi siasatan forensik, analisis forensik, itu perlu ditingkatkan bagi memastikan keberkesanan PDRM membasmi jenayah," katanya.
Hadir sama Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok, serta Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.
Pakatan Rakyat Julai lalu memaklumkan akan memasukkan kajian mengenai penambahbaikan PDRM dalam bajet 2012 mereka bagi mengemukakan satu kaedah yang dapat menyelesaikan masalah peningkatan jenayah.

12 Tawaran PAS untuk 'takluk' Sarawak
Harakahdaily, | 04 Sep 2012 |
MIRI: PAS Sarawak malam kelmarin melancarkan manifesto
‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’
untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk
Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum; Lebuh
Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi
Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama
Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua;
Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan
Royalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan
Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran
Khas Untuk Golongan Muda.
Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.
Katanya dokumen tersebut juga merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.
“Semoga dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.
Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menumbangkang BN yang disifatkan sebagai ‘gajah’ dan PR umpama semut.
“Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerjasama kita mampu menumbangkan gajah.
“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.
Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat.
“Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram,” katanya.
“Bantuan kemiskinan kita bagi, soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia.
“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.
“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.
“Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitu,” katanya.
“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza."
Terdahulu beliau menerima penyerahan borang permohonan keahlian PAS oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh wakil mereka, Ramba Asun dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah yang berasal dari Lundu.
Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan merupakan penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi di Semenanjung.
Walaupun sudah menetap di Kuala Terengganu, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu.
Program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Yang Dipertua PAS Miri Jofri Jaraiee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Jual maklumat pertahanan negara lebih bahaya
Abdul Aziz Mustafa, | 04 Sep 2012 |
"Kita tidak bersetuju dengan tindakan memijak gambar mana-mana pihak dalam negara ini atau menunjukkan punggung kepada gambar sesiapa pun.
"Kita juga tidak bersetuju tindakan mengibarkan bendera yang menyebabkan para pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) menjadi keliru, kepanasan dan kebingungan dalam kejahilan.
"Tetapi, kita lebih tidak bersetuju dengan tindakan polis menubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka yang terlibat seolah-olah mereka melakukan jenayah terhadap negara," katanya.
Malah, kata beliau lagi, perbuatan itu tidaklah sebiadab perbuatan jahat segerombolan pengganas berhati syaitan yang menyerang dan membaling kasut ke dalam masjid di Alor Setar beberapa hari lalu.
"Bolehkah pijak gambar dikategorikan sebagai jenayah sehingga ditubuhkan pasukan khas untuk memburu mereka?
"Pijak gambar tidak menyerang dan cuba mencederakan sesiapa seperti yang dilakukan oleh pengganas yang menyerang dan membaling kasut ke dalam masjid dengan niat untuk mencedera dan menyakitkan jemaah di dalam masjid.
"Pijak gambar adalah luahan kemarahan anak-anak muda yang dipijak kepala mereka serta ditindas oleh pemimpin Umno BN," kata Mahfuz.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kalau pijak gambar satu jenayah, mengapa polis tidak buru mereka yang memijak dan membuat aksi kencing ke atas gambar para pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
Mahfuz seterusnya mempersoalkan mengapa polis tidak tubuh pasukan khas untuk memburu mereka yang melakukan jenayah lebih besar lagi seperti menjual maklumat pertahanan negara.
"Sikap membisu polis dalam isu sedemikian amat menghairankan," katanya.
Laporan sebelum ini menyatakan, laporan sulit maklumat pertahanan negara berhubung transaksi kapal selam Scorpene telah dijual kepada syarikat DCNS Perancis.
Usul tergempar untuk membahaskan penjualan maklumat itu telah ditolak dan tindakan itu kemudiannya disusuli dengan lebih banyak pertikaian dan persoalan.
Urusniaga Scorpene juga, kata Mahfuz, menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikaitkan dalam isu rasuah sehingga menyebabkan perbahasan panjang lebar dalam Parlimen di mana Perdana Menteri tidak dilihat memberikan penjelasan yang meyakinkan.
Beliau berkata, bukan setakat itu sahaja pengkhianatan besar terhadap rakyat negara ini, khususnya umat Islam.
"Terlalu banyak untuk dipersoalkan termasuklah mengapa polis tidak menubuhkan pasukan khas apabila Dewan Rakyat diberitahu Najib membelanjakan berpuluh-puluh juta wang rakyat untuk mendapatkan petunjuk dari syarikat Zionis Israel, Apco Worldwide?
"Lebih buruk lagi, mengapakah polis tidak bersungguh-sungguh menyiasat pendedahan tentang penglibatan agen Israel dalam menaiktaraf sistem komunikasi polis seperti yang disahkan dalam siasatan cawangan khas polis sendiri?" Mahfuz terus mempersoalkan.
Malah, kata beliau lagi, apa tindakan polis apabila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan wujudnya rangkaian antara antara kongsi gelap dengan ahli politik tanah air dan pegawai-pegawai polis sendiri.
Musa menyifatkan perkara itu berada pada tahap yang serius.
"Ahli politik PR tak ada kuasa dan pengaruh untuk berpakat dengan kongsi gelap dan pegawai-pegawai tertentu di dalam pasukan polis. Siapa mereka dan mengapa polis tidak tubuh pasukan khas untuk memburu mereka?" Mahfuz mempersoalkan.
Jangan jadi orang yang 'perkosa' masjid
Anis Nazri, | 04 Sep 2012 |
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, berkata jika seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan di sebuah masjid, di Alor Setar, ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan tazkirah Maghrib, baru-baru ini.
"Umat Islam sepatutnya menyedari segala perkara dalam dunia ini berkaitan, orang yang tidak berilmu akan menjadi jahat, dan begitu sebaliknya. Dalam Islam, siapa yang ingin perkasa, perlu dengan Allah, kalau tidak jadi pekasam," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, setiap seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa.
Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden berkenaan, Ustaz Ghani yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS, gangguan terhadap rumah Allah itu satu perbuatan yang biadap, lebih-lebih lagi ketika tazkirah dijalankan.
"Kalau mereka tidak mahu mendengar tazkirah tersebut, keluarlah dengan baik. Ini tidak, setelah membuat bising di dalam dan setelah diminta keluar, berterusan membuat bising. Ini tidak bertamadun," kata beliau yang turut berada di masjid berkenaan.
Sedangkan, tambah beliau ketika itu tazkirah dijalankan oleh seorang yang dikenali dan pernah menjadi pemimpin negara suatu ketika dahulu yang begitu dikenali ramai.
Menurutnya lagi, mengganggu majlis dengan membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam tanpa sebarang bukti hanya menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, beliau menasihatkan mana-mana pihak yang gemar 'memperkosa' majlis agama ini agar menghentikan perbuatan tersebut memandangkan perbuatan tersebut akan berdepan dengan tindakan Allah SWT di akhirat kelak.
"Nasihat saya, jangan jadi orang yang perkosa masjid. Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa. Bukan jadi perkosa," tegas beliau.
PAS sambut baik naik umur bersara pekerja TNB
Bashir Ishak, | 04 Sep 2012 |
Menurut pengerusi lajnah itu, Mohd Anuar Tahir (gambar), pengumuman tersebut juga adalah selari dengan semangat memperkasakan pekerja yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
"Lajnah Pekerja PAS Pusat melihat usia 55 hingga 60 tahun adalah usia yang masih produktif bagi seorang pekerja. Apatah lagi bagi sebuah syarikat gergasi seperti TNB yang banyak menggunakan pengalaman dan kepakaran pekerjanya.
"Malah perkara ini juga selari dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Di kebanyakan negara Asia sendiripun, umur persaraan minimum telah dinaikkan kepada 60 tahun, cuma Malaysia yang agak terkebelakang melaksanakannya,"jelas beliau.
Namun begitu, menurut Mohd Anuar, Lajnah Pekerja PAS Pusat menolak sebarang cadangan untuk menaikkan usia bagi pengeluaran caruman.
Jelasnya, wang caruman KWSP itu adalah hak para pekerja memandangkan mereka sudah lama mencarum.
"Jangan pula usia pengeluaran wang caruman KWSP dinaikkan selaras dengan dengan usia minimum persaraan. Adalah menjadi hak pekerja untuk mengeluarkan sebahagian wang mereka pada usia 50 tahun dan pengeluaran penuh pada usia 55 tahun.
"Kalau mahu dinaikkan usia persaraan, mekanisme terbaik ialah dengan membuka akuan baru bagi pekerja terbabit untuk mencarum," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Anuar memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional supaya tidak memperjudikan masa depan ekonomi negara dengan sewenang-wenangnya membelanjakan wang dari mana-mana tabung yang ada di dalam negara ini.
"Melihat kepada cara kerajaan BN boros berbelanja hari ini, seolah-olah menggunung banyaknya. Kita nak ingatkan kerajaan BN suapaya tidak memperjudikan nasib ekonomi negara dengan membelajakan wang tabung seperti KWSP, Tabung Haji atau wang GLC sesuka hati. Jangan sampai jadi satu krisis ekonomi disebabkan pemborosan kerajaan BN.
"Begitu juga dengan menaikkan usia persaraan pekerja seperti ini, jangan pula ada muslihat di sebaliknya,"tegasnya.
Selain itu, mengulas tentang isu peluang pekerjaan, Lajnah Pekerja PAS menegaskan isu itu perlu ditangani oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.
Katanya, peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya kepada golongan muda adalah menjadi tanggungjawab kerajaan.
"Kerajaan BN bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Saya melihat bila kerajaan gagal mengusurkan ekonomi dengan baik, pelaburan luar dan domestik tidak berkembang, maka peluang pekerjaan kepada rakyat juga menguncup.
"Malah bagi kita di dalam Pakatan Rakyat, sekiranya diberi peluang memerintah, maka membuka ruang-ruang untuk rakyat mendapat pekerjaan akan menjadi agenda utama nanti. Ini adalah suatu tanggungjawab kerajaan," ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan