Selasa, 4 September 2012

BILA SIKAP LEBIH KURANG...BILA ORANG LAIN TAK PE KITA TAK BOLEH...KITA BOLEH BUAT ORANG LAIN TAK BOLEH...SIKAP BEGINI TAK BOLEH PAKAI...TAK BERMORAL

SPRM siasat pemain Terengganu
Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
Piala Malaysia
Piala Malaysia
KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyiasat dakwaan bahawa pemain Terengganu 'menjual permainan' semasa menentang Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B itu.

Antara nama yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan penjaga gol utama

Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa selain dua individu tersebut, beberapa pegawai PBSNT dan  pemain Terengganu lain turut dipanggil untuk memberi keterangan.

"Kita mula menjalankan siasatan hari ini, tetapi ia masih dalam peringkat siasatan awal dan kita telah membebaskan semua yang dipanggil itu selepas keterangan mereka diambil," katanya kepada pemberita.

Jelasnya, kesemua yang dipanggil telah memberi kerjasama yang baik dan membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan dengan lancar.

Md Yusoff berkata, beliau tidak boleh memberi ulasan lanjut kerana siasatan masih di peringkat awal.

Sebelum ini Sharbinee dilaporkan sebagi berkata beliau sanggup disiasat  ekoran dakwaan beliau menjual perlawanan. - Bernama
PR ramal PRU Nov, 'PM belum tentu nasib baik'
Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

"Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau.

Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa.

Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999.

"Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi Umno kalah teruk," kata Mustafa lagi.
Namun demikian, beliau turut menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.

Ahad lalu, Najib 'membayangkan' PRU13 mungkin diadakan November ini.
Ujar Najib, tahun ini amat unik, genap 66 tahun usia Umno dan 55 tahun negara mencapai kemerdekaan dan Umno sudah bertapak selama 22 tahun di Sabah.
"11 darab 6 (Umno), 11 darab 5 (merdeka), 11 darab 2 (Umno Sabah), semuanya ada kaitan dengan angka 11," katanya.
Sidang media yang berlangsung di ibu pejabat Pas Jalan Raja Laut hari ini turut dihadiri Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua dan Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok.
Nik Aziz: Tak kisah bila PRU, penting rakyat undi PR
AZMAN CHE MAN
4 September 2012
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KUALA KRAI - Pas tidak ada sebarang masalah dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa termasuk kemungkinan diadakan pada November ini.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendiriannya sama seperti sebelum ini yang tidak kisah tarikh PRU13 diadakan asalkan rakyat memberikan sokongan kepada parti itu dan Pakatan Rakyat.
“Saya selalu sebut, pilihan raya nak buat bila-bila pun tak apa tetapi pastikan rakyat mengundi Pas atau Pakatan Rakyat. Kita selama-lamanyasiap sedia,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Festival Makanan dan Buah-buahan Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) di Dataran Cintawangsa, dekat sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang membayangkan PRU13 mungkin diadakan pada November ini ketika berucap sempena perasmian serentak mesyuarat perwakilan UMNO di Sandakan, Sabah semalam.
Pada ucapannya, Perdana Menteri menyifatkan 2012 sebagai tahun yang amat unik kerana banyak peristiwa bersejarah ada kaitan dengan angka 11 seperti genap 66 tahun usia Umno dan 55 tahun negara capai kemerdekaan.
Khir Toyo: 2 Sultan di Selangor?
Mohamad Khir Toyo
4 September 2012
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo
BANYAK sahabat dan pemberita bertanyakan saya mengenai kontroversi sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Selangor yang ke-55 pada 31 Ogos lalu. Kontroversi ini berlaku kerana Kerajaan Negeri tidak menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara utama kerajaan negeri ini.

Jawapan saya ialah, kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional sentiasa menjemput Tuanku Sultan Selangor ke acara-acara kebesaran negeri termasuklah Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri.

Tuanku sebagai tunggak pemerintahan negeri tidak wajar diketepikan atau dilupakan. Selain itu, Barisan Nasional juga amat menghargai dan menghormati sumbangan para Sultan termasuk susur galur Tuanku Sultan Selangor yang banyak menyumbang dan menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

Acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri merupakan antara acara utama kepada negeri Selangor. Tuanku Sultan Selangor akan dijemput menghadiri Bacaan Yassin dan Tahlil sempena hari Kemerdekaan, ini diikuti dengan sambutan Ambang Kemerdekaan pada malam 30 Ogos dan akhirnya acara kemuncak Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada pagi 31 Ogos. Adalah menjadi satu kemestian untuk kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara ini.

Lazimnya Tuanku Sultan akan menghadiri bacaan Yassin dan Tahlil dan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Manakala bagi sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik 12 malam, selalunya Tuanku Sultan hanya mewakilkan Menteri Besar.

Saya difahamkan kerajaan negeri tidak mengadakan mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada pagi 31 Ogos seperti kelazimannya. Sebaliknya, perbarisan tersebut diadakan pada malam 30 Ogos 2012. Oleh itu adalah wajib Tuanku Sultan Selangor dijemput untuk menyertai program kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam tersebut.

Malangnya ini tidak berlaku kerana Pakatan tidak dapat memisahkan kepentingan politik kepartian dengan pentadbiran negeri. Ketika mereka menuduh kononnya, kerajaan Persekutuan menjadikan sambutan hari kemerdekaan acara politik, apa yang yang mereka lakukan sama seperti pepatah "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

Menteri Besar pada mulanya menyatakan bukan amalan kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan ke acara sambutan kemerdekaan peringkat negeri. Namun setelah menyedari kesilapannya, beliau dan konco-konconya menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang tidak menjemput Tuanku.

Alasan awal Menteri Besar ini mendedahkan niat sebenar beliau untuk tidak menjemput Tuanku. Ini kerana kehadiran Tuanku akan menyebabkan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi tetamu utama malam tersebut.

Saya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri mahukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

Saya fikir atas sebab inilah Mohd Khusrin Munawi tidak menjemput Tuanku Sultan Selangor. Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan beliau mengetahui bahawa adalah salah dari segi protokol untuk menjemput Tuanku Sultan Selangor ke majlis peringkat negeri yang tetamu utamanya bukanlah Tuanku sendiri.

Dari segi bidang tugas memang tanggungjawab Khusrin menjemput para tetamu kehormat dalam acara sambutan kemerdekaan. Namun tugas Khusrin terhad kepada susunan protokol sedia ada. Menteri Besar dan barisan Exco  negeri harus mengambil tanggungjawab ini. Jika Menteri Besar telah menentukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat majlis tersebut, apakah Menteri Besar berharap Khusrin akan melakukan jemputan kepada Tuanku Sultan?

Tindakan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor menunjukkan Pakatan bukannya BN yang bermain politik kepartian dalam sambutan kali ini. Jika mahu menjadikan Anwar sebagai tetamu utama eloklah dibuat sambutan kemerdekaan Pakatan atau PKR sahaja.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor merupakan orang kedua dalam hirarki kerajaan negeri selepas Tuanku Sultan. Sekarang ini Menteri Besar sudah menjadi orang nombor tiga kerana Penasihat Ekonomi negeri lebih utama dari beliau.

Cuma kita belum pasti siapa nombor satu dalam hirarki kerajaan negeri Selangor - Tuanku Sultan atau penasihat Ekonomi. Dalam keadaan sekarang seolah-olah Selangor mempunyai dua Sultan. Seorang Sultan sebenar, manakala seorang lagi didewakan seumpama raja di Selangor ini sehinggakan kedudukannya lebih tinggi daripada Menteri Besar.

Inilah kali pertama sejarah politik negeri Selangor menyaksikan satu permainan politik yang rakus, sombong dan bongkak sehingga tidak menghormati institusi-institusi sedia ada termasuk institusi beraja. Dengan sedikit kemenangan dalam pilihan raya lalu mereka sudah "bersultan di mata, beraja di hati" sehingga Sultan sebenar dikesampingkan. Bayangkanlah jika mereka mempunyai kuasa yang lebih besar nanti.

* Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor

Insiden 30 Ogos: Polis beri 24 jam serah diri

4 September 2012
KUALA LUMPUR - Polis memberi tempoh 24 jam kepada 10 individu yang dikaitkan dengan insiden memijak gambar pemimpin dan membawa bendera 'baharu' Malaysia untuk menyerah diri di balai polis berhampiran.
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Perundangan) Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata jika mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh berkenaan, tangkapan akan dilakukan.
 
Mereka diperlukan untuk membantu siasatan insiden terbabit, katanya pada sidang media yang berlangsung pukul 5 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.
 
Semalam, Polis Kuala Lumpur mendedahkan 11 keping gambar individu yang dirakam terbabit dalam insiden berkenaan yang berlaku pada Himpunan Janji Bersih pada malam ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 negara 30 Ogos lepas.
 
Susulan kejadian, polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat insiden yang dilapor berlaku berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 serta 509 Kanun Keseksaan.

Hari ini seorang daripada mereka ditahan.
 
Mengulas penahanan pelajar kolej swasta terbabit yang didakwa menunjuk punggung di khalayak ramai, Abdul Aziz berkata polis tidak akan menahan reman pelajar itu jika beliau memberi kerjasama yang baik.
 
Sementara itu, Abdul Aziz berkata polis telah menerima lebih 100 laporan polis daripada badan bukan kerajaan serta orang awam di seluruh negara berhubung insiden yang berlaku pada malam ambang Merdeka lalu.
Rais: Hukum perbuatan biadab 30 Ogos di PRU13, undi BN

4 September 2012
KUALA KLAWANG - Rakyat mesti memberi hukuman kepada perbuatan biadab peserta himpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana

Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bukan secara kasar tetapi menterjemahkannya pada pilihan raya akan datang dengan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

"Macam mana benci pun seseorang itu, kita tidak boleh menggunakan perasaan kasar, tapi kita mesti gunakan pendidikan yang telah kita terima. Ini rahsia kehidupan dan adalah ilmu kehidupan yang tidak boleh kita ketepikan," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Merdekaraya Dewan

Undangan Negeri kawasan Klawang, Parlimen Jelebu 2012 di Kampung Batu Serambai dekat sini, hari ini.

"Kita mesti menentang dan menidakkan mereka yang tidak teguh kepada janji.

"Kita mesti katakan bagaimana janji ditepati, begitulah kita berjuang di bawah BN," kata Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu.

Beliau turut meminta rakyat agar tidak melupakan budi kerajaan BN yang memberi banyak bantuan dan membangunkan negara ini. - Bernama
Insiden 30 Ogos: Pelajar kolej 19 tahun ditahan
Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
 Insiden 30 Ogos
Insiden meletakkan gambar pemimpin negara dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya di kawasan Dataran Merdeka Khamis lalu. – Foto ihsan Gossip Rakyat
SHAH ALAM - Polis menahan seorang pelajar kolej berusia 19 tahun berhubung insiden memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Janji Demokrasi di kawasan Dataran Merdeka, Khamis lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pelajar itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetic, Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, pelajar itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, dua pelajar lelaki di kolej yang sama turut diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes.
Insiden 30 Ogos perbuatan biadap, kata SPR
Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
 Insiden 30 Ogos
Insiden meletakkan gambar pemimpin negara dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya di kawasan Dataran Merdeka Khamis lalu. – Foto ihsan Gossip Rakyat
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan perbuatan memijak gambar Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan pemimpin negara pada Khamis lalu sebagai "perbuatan biadap, tidak bertamadun dan tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia  yang bersopan santun."

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya memandang serius perbuatan memijak gambar pemimpin-pemimpin negara termasuk gambar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yusof pada Himpunan Janji Bersih seperti yang dilaporkan oleh pihak media termasuk dalam Internet.

"Bagi SPR, perbuatan itu adalah perbuatan biadap, tidak bertamadun dan tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia  yang bersopan santun," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kamaruddin berkata, bagi SPR, penambahbaikan proses pilihan raya tidak akan  dapat dilakukan dengan cara tidak bertamadun dan biadap.

"Banyak perkara baru yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah hasil daripada perbincangan, perundingan, perjumpaan SPR bersama parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan juga melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan bukannya melalui perhimpunan dan perbuatan memijak gambar.

"alahan SPR melihat, perbuatan pihak penganjur perhimpunan itu adalah bertujuan mendidik golongan muda untuk berkelakuan biadap," kata beliau.

Ini kali pertama SPR secara rasmi dan terbuka mengulas perkembangan tersebut yang berlaku pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka.

Katanya, SPR menyambut baik langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera ke atas individu-individu  yang terlibat.

Malah katanya, ia juga bagi memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang boleh mencemarkan dan menjejaskan imej SPR



Sekatan politik isyarat kekalahan BN
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
4 September 2012
KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan ‘roadblock’ yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini tidak lebih sebagai promosi kekalahan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bukan itu sahaja, beliau turut menyifatkan posisi BN ketika ini umpama berada di ‘penjuru gelanggang’.

Menurutnya, kenyataan pucuk pimpinan BN itu turut menjelaskan mereka berada dalam keadaan terdesak dalam usaha mempertahankan kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“BN sekarang terdesak dan tertekan. Najib nampak arus rakyat ke arah menggantikan BN di Putrajaya. Dari sudut politik, kita nampak BN gelabah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan agensi berita bahawa anggota BN perlu bersatu hati membentuk ‘sekatan politik’ untuk memastikan hasrat pembangkang merampas Putrajaya pada PRU akan datang dapat dihalang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebab itu Umno dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar.

Satiful Bahri berkata, tindakan untuk menghalang kemaraan pembangkang adalah realiti yang perlu diakui BN bahawa survival politiknya berada di peringkat hidup dan mati sebagaimana diakui pimpinan Umno sebelum ini.

Jelasnya, BN tidak mampu melakukan sekatan terhadap pembangkang kerana rakyat sudah tidak sabar-sabar untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa pada pilihan raya umum nanti.

Sehubungan itu, beliau percaya, semakin banyak halangan dilakukan, gelombang kebangkitan rakyat semakin besar, sambil menyifatkan sekatan politik yang cuba dilakukan BN sebagai gambaran kekerasan.

Beliau berkata, Umno dan BN juga sudah tidak mampu lagi bertahan kerana hanya menimbulkan isu-isu lama termasuklah hudud yang kerap diperkatakan dalam akhbar ketika ini.

“Roadblock yang mahu dilakukannya itu umpama air yang turun dari gunung.

Rakyat khususnya bukan Melayu sudah tidak begitu menyukai BN. Semakin banyak roadblock, semakin banyak kebangkitan rakyat akan timbul,” katanya.
Azalina: 'Jangan cakap mulut saja, kalau sayang kena tunjuk'
Wartawan Sinar Harian
4 September 2012
Azalina Othman Said
AZALINA
KOTA TINGGI – Peranan ahli Umno bukan setakat datang ke mesyuarat, sebaliknya perlu rajin menghadiri ceramah-ceramah yang dianjurkan untuk menangkis tuduhan pembangkang.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, orang Umno jangan sekadar melaungkan sokong kerajaan semata-mata kerana mereka telah memberi undi dan datang mesyuarat, tetapi perlu tunjukkan lebih daripada itu.
“Kita tak boleh duduk diam apabila pembangkang sibuk menabur fitnah dan tuduhan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka dan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pengerang di Dewan Bandar Penawar, dekat sini, kelmarin.
Menurutnya, tanggungjawab kepada parti bukanlah dengan bertanya apa yang parti boleh beri, tetapi apa yang boleh dilakukan untuk parti.

“Kita jangan tanya pasal jawatan atau kontrak baru nak bekerja. Jangan masa pilihan raya sudah dekat baru nak kelam kabut terangkan isu kepada rakyat.

“Jangan cakap mulut saja. Kalau sayang kena tunjuk. Takkanlah kita tunjuk sayang lima tahun sekali apabila keluar mengundi. Sekarang pembangkang guna macam-macam pendekatan untuk tawan Putrajaya.

“Ayuh kita semua lupakan segala sengketa dan salah faham. Jangan saling bermusuhan kerana musuh utama adalah pembangkang dan pengkhianat negara, bukannya sesama ahli Umno,” katanya.
Dr M: 'BN boleh menang PRU13 tapi masalahnya…'

4 September 2012
Dr M: ‘BN boleh menang PRU13 tapi masalahnya…’
Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah Doktor Kehormat (Doktor Honoris Causa) daripada Universiti Sebelas Maret Indonesia, semalam. – Foto Bernama
SURAKARTA, Jawa Tengah - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.
Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Ini kerana, katanya, perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

"Tapi kalau depa nak main... orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.

Dr Mahathir pada Isnin menerima anugerah Doktor Kehormat Ilmu Sosial dan Budaya Dalam Bidang Kepimpinan dan Pemberdayaan Bangsa Melayu oleh Universti Sebelas Maret Indonesia (UNS-Solo), Jawa Tengah.
Ditanya mengenai kriteria yang perlu ada pada calon BN untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang, Dr Mahathir berkata mereka mestilah terdiri daripada orang yang dikenali sebagai berfikiran waras, berpelajaran dan mempunyai pengalaman dalam selok belok negara demokrasi.
Katanya, apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.

"Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.

"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata anggota Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan.
Katanya, jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.

"Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.

"Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong.
Sepatutnya kita sokong. Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang," katanya.
Ditanya sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata, beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.

"Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya. – Bernama

Tiada ulasan: