Ayatollah Khamenei selar kepemimpinan diktator PBB
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 01 Sep 2012 |
"Majlis Keselamatan PBB mempunyai struktur yang tidak rasional, tidak adil dan benar-benar tidak demokratik, dan ini adalah satu pemerintahan diktator yang jelas," katanya.
Iran yang sedang dalam proses perbincangan dengan PBB berkenaan program nuklearnya, menghadapi empat set resolusi Majlis Keselamatan yang mengenakan sekatan ke atas Iran kerana meneruskan program pengayaan uranium.
Khamenei menyatakan bahawa "bilik kawalan dunia [Majlis Keselamatan] adalah di bawah kawalan pemerintahan diktator oleh sesetengah negara Barat" – merujuk kepada ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Perancis, Britain dan Amerika Syarikat.
Televisyen Iran menunjukkan Ban kelihatan terkejut dan bingung ketika mendengar Khamenei menyampaikan ucapannya.
NAM telah lama menjuarai isu reformasi dalam PBB dengan mengambil kuasa dari Majlis Keselamatan dan memberi kuasa tersebut kepada Perhimpunan Agung PBB, di mana ahli-ahli PBB diwakili dengan lebih baik.
Kritikan Khamenei ke atas pimpinan tertinggi PBB itu adalah berikutan satu mesyuarat yang telah dihadiri beliau dengan Ban pada Rabu lalu di mana pemimpin PBB terus terang memberitahu Iran untuk mengambil langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan isu nuklear.
Isu nuklear
Khamenei juga memberitahu perwakilan bahawa "Saya menegaskan bahawa Republik Islam Iran tidak pernah mengusahakan senjata nuclear," sambil menggelar senjata nuklear sebagai "dosa besar yang tidak boleh dimaafkan".
Tetapi dia berkata Iran "tidak akan melepaskan hak untuk mengusahakan tenaga nuklear yang aman".
Ban menggesa Iran untuk mematuhi resolusi PBB dengan membendung aktiviti nuklearnya, mengatakan bahawa retorik antarabangsa yang makin memuncak mengenai isu ini menjadikan isu ini berpotensi tinggi membawa kepada "peperangan".
Beliau berkata, Iran perlu membina keyakinan dalam program nuklearnya dengan "sepenuhnya mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB dan bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency."
Jika tidak, beliau mengingatkan,"perang mulut ini dengan cepat mampu bertukar menjadi perang keganasan".
Beliau tiba di Tehran Rabu lalu dan bertemu Khamenei dan Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran.
Ban juga tidak mengelak dari menarik perhatian Iran tentang hak asasi manusia di Iran, menyatakan "kebimbangan serius" berkenaan perkara itu.
Morsi bidas Syria dalam sidang NAM
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 01 Sep 2012 |
(Morsi bertemu Ahmedinajed di sidang kemuncak NAM)
TEHRAN: Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata ia merupakan "satu tanggungjawab etika" untuk menyokong rakyat Syria menentang "rejim yang menindas rakyatnya".
Ucapannya pada sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) di Tehran Khamis lalu menyebabkan wakil Syria keluar dari dewan persidangan sebagai tanda protes.
"Sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Syria yang menentang rejim yang menindas yang telah hilang kesahan memerintah adalah satu tanggungjawab etika kerana ia adalah keperluan politik dan keperluan strategik," kata Morsi.
"Kita semua perlu menyuarakan sokongan padu kita terhadap perjuangan mereka yang menuntut kebebasan dan keadilan di Syria, dan menterjemahkan rasa simpati ini ke dalam wawasan politik yang jelas yang mendokong peralihan pemerintahan secara damai kepada sistem demokrasi yang mencerminkan tuntutan rakyat Syria yang inginkan kebebasan."
Ucapan beliau mencetuskan protes oleh delegasi Syria dengan keluar dari dewan persidangan.
Menteri Luar Syria Walid Muallem berkata ucapan Morsi "menyokong pertumpahan darah yang berterusan di Syria".
Wartawan Al Jazeera, Imran Imran yang melaporkan dari sidang kemuncak NAM berkata: "Komen Morsi telah menyebabkan perasaan yang tidak menyenangkan, terutama bagi Iran yang rapat dengan Syria."
Lawatan Morsi ke Iran adalah lawatan yang pertama oleh pemimpin Mesir sejak 1979.
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 oleh negara-negara yang mahu mengimbangi dominasi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dingin.
Ia bermesyuarat sekali setiap tiga tahun tetapi kerelevanan NAM di peringkat antarabangsa telah makin berkurangan dengan begitu ketara setelah berakhirnya Perang Dingin dan kejatuhan Kesatuan Soviet.
Krisis di Syria adalah salah satu agenda untuk sidang kemuncak dua hari tersebut, di samping isu hak asasi manusia dan senjata nuklear.
Najib gagal jadikan Merdeka ke-55 peristiwa bersejarah
Muhammad Faizal, | 30 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin (gambar)
memperlihatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
gagal menjadikan sambutan 55 tahun kemerdekaan sebagai satu peristiwa
yang bersejarah kepada negara ini.
Menurutnya lagi, rakyat telah menunjukkan bantahan mereka terhadap sambutan kemerdekaan tanpa bersembunyi dengan tidak mengibarkan Jalur Gemilang seperti mana yang dilakukan sebelum ini.
"Saya melihat satu yang begitu aneh berlaku apabila rakyat tidak mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan esok adalah sambutan hari kemerdekaan negara.
"Mood rakyat cukup muram dan mereka telah menunjukkan bantahan secara terbuka terhadap sambutan kali ini yang dilihat lebih terjurus kepada agenda parti Barisan Nasional," jelasnya ketika ditemui di lobi Mahkamah Kuala Lumpur.
Tambahnya lagi, rakyat menunjukkan tanda kecewa serta marah mereka terhadap kerajaan apabila sambutan kemerdakaan kali ini telah diperalatkan sepenuhnya oleh Barisan Nasional untuk mencari populariti mereka.
"Malapetaka kepada rakyat Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila sambutan kerajaan pincangkan maksud sebenar kemerdekaan.
"Saya melihat rakyat sekarang hanya menunggu untuk membuat perubahan besar pada pilihanraya yang akan datang dan mereka sudah mula bosan dengan apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional tidak meletakkan hak rakyat sepenuhnya tetapi lebih kepada agenda parti," ujarnya yang juga mantan Menteri Besar Perak.
Dalam pada itu, beliau juga turut melahirkan kekesalan apabila wujud paksaan kepada kakitangan awam agar hadir pada himpunan Janji Ditepati di Stadium Bukit Jalil.
"Pada sebelah pagi mereka diarahkan ke Dataran Merdeka tetapi sebelah malamnya pula sekali lagi arahan dikeluarkan agar hadir ke himpunan di Bukit Jalil.
"Kesal kenapa ini berlaku, kakitangan awam ada yang bantah kerana cuti umum sepatutnya digunakan untuk menziarahi saudara mara sempena Hari Raya namun sebaliknya berlaku," kata beliau.
Beliau juga turut menjangkakan sambutan Janji Bersih pada malam ini akan memperlihatkan kehadiran yang cukup ramai kerana rakyat sekarang berada dalam keadaan ingin melakukan perubahan.

Pegawai PPD minta guru bercerai dengan suami?
http://msomelayu.blogspot.com, | 31 Ogs 2012 |
OLE OLE MERDEKA
Politik itu jahat dan kejahatan politik itu tidak ada batas dan sempadanya. Benarlah politician itu (politician modern) lebih jahat dan tidak bermaruah dari binatang. Seorang pegawai PPD - Pejabat Pendidikan Daerah telah meminta seorang guru perempuan agar 'memasakh' suaminya yang dikatakan seorang penyokong Pas. (Fasakh menurut Kamus Dewan pembatalan nikah).
PPD berkenaan katanya tidak senang dengan penglibatan politik suami guru berkenaan yang dianggap boleh menganggu seorang tokoh politik yang dipuja dan diharapkan akan menang dalam pilihan raya akan datang.
Kerana melihat suami guru berkenaan menyokong parti kerajaan, suatu hari pegawai PPD itu telah memanggil guru perempuan berkenaan dan mengemukakan cadangan tersebut. Diperayai cadangan itu adalah ugutan dan tekanan terakhir ke atas guru iu agar mempengaruhi suaminya supaya tidak menyokong parti kerajaan.
Dialog atau perbualan pegawai berkenaan dengan guru perempuan itu katanya dirakam dan rakaman itu disimpan oleh seseorang bakal beredar pada pilihan raya akan datang.
Pengawai PPD itu juga tak cermat dan tidak menyedari perbualannya dirakam. Menurut sumber yang mengakui memiliki rakaman itu di dalam rakaman selama 23 minit 45 saat itu pegawai PPD berkenaan ada menyebut nama tokoh politik berkenaan.
Bagaimana pun tindakan buruk pegawai PPD berkenaan tidak sempat dilaksanakan oleh guru berkenaan apabila guru itu bertindak mendedahkan kejadian itu kepada pihak tertentu.
Pegawai berkenaan dikatakan betindak atas arahan tokoh yang disokong itu kerana bimbang kegiatan dilakukan suami guru berkenaan menjejaskan peluang tokoh itu menang. Bukti ini berdasarkan pegawai itu ada menyebut nama tokoh politik itu.
Kejadian ini berlaku di sebuah jajahan berpesisiran pantai di Kelantan kira-kira dua bulan lepas.
Adalah dipercyai tokoh politik yang pernah menang dan kalah dua kali dalam pilihan raya itu meminta kes itu diselesaikan dan tidak diperpanjangkan apabila perbuatan buruk pegawai PPD berkenaan terbongkar sampai ke pengetahuannya.
Hikmat pendedahan guru berkenaan, beliau yang mulanya diugut akan ditukar ke luar negeri tidak ditukar sebaliknya dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Tindakan itu dipecayai untuk mengaman dan menutup mulut guru berkenaan gar tidak memperbesarkan kesnya itu.
Siasatan lanjut akan dijalankan. [wm.kl.9:05 pm 30/08/12]
Bagi mencapai sasaran tersebut berbagai pendekatan telah diambil oleh pihak Kementerian yang dikepalai oleh Rais Yatim.
Antaranya ialan SMS Blasting yang dihantar kepada ribuan pengguna yang dipercayai tinggal di Kuala Lumpur dan juga Selangor.
Dan pelbagai hadiah telah disediakan dalam cabutan bertuah yang akan diadakan malam nanti untuk menarik minat orang ramai ke Stadium tersebut..
Selain itu pelbagai agensi telah dikerahkan untuk menghantar wakil mereka ke ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' itu.
Kakitangan DBKL dikerah, Kakitangan KTMB diupah RM30, Pekerja UMW ditawarkan RM80 dan jika membawa keluarga dibayar RM100.. dan seperti biasa Pelatih PLKN tetap menjadi mangsa kerahan.
Mahasiswa juga tidak ketinggalan dan mereka dikatakan akan dibayar RM100 utuk hadir ke himpunan itu..
Aku sangka hanya Mahasiswa saja yang menjadi mangsa.. rupa-rupanya seluruh kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi juga menjadi mangsa.
Ini kerana menurut memo di bawah semua warga Kementerian Pengajian Tinggi DIWAJIBKAN untuk hadir ke program ini.
Mereka juga diminta untuk hadir seawall jam 4.00 petang bagi membantu melancarkan lagi perjalanan majlis.
Pengangkutan pergi dan balik adalah di bawah tanggungjawab pegawai sendiri.
Pegawai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dengan jabatan masing-masing atau dengan Kementerian memandangkan program ini diambilkira sebagai salah satu tugasan rasmi.
Surat Tunjuk Sebab akan dikemukakan kepada warga yang gagal untuk menghadiri program ini tanpa sebab yang munasabah..
Terdesaknya mereka.. habis segala yang ada kaitan dengan Kerajaan menjadi mangsa kerahan kerajaan UMNO/BN..
Bagus juga kalau macam ni.. Najib pasti Syok sendiri pasal dia tengok ramai yang datang kemajlis dia..
Awal pagi tadi hanya 20,000 yang hadir ke Dataran Merdeka untuk menyambut hari kemerdekaan Negara.. adakah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mampu mendapatkan 200,000 orang yang disasarkan mereka itu..
Ini sasaran mereka..
Bersamalah kita nantikannya....
Kalau ada sesiapa yang ke Stadium tu tolong ambil gambar dan e-mail kat aku ya... e-mail adress kat atas tu..
Haram kita tunduk kepada penjajah, kerana penjajahan selari dengan
kezaliman. Tidak boleh sama sekali kita tunduk dan patuh kepada penjajah
dan redha apa yang dilakukan oleh penjajah. Kedatangan Islam ialah
ialah untuk membebaskan manusia daripada belenggu manusia untuk
mengabdikan diri kepada Allah SWT. Ucapan Rubai bin Amir kepada Rustam
adalah kayu ukur kita ketika memperkatakan konsep kemerdekaan.
Rustam bertanya kepada beliau, "Apa tujuan mereka datang ?
Dengan penuh izzah (bangga) Rubai menjawab dengan kata-kata yang masyhur: "Allah telah mengirim kami untuk mengeluarkan siapa yang Dia kehendaki dari perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, dan dari sempitnya dunia menuju keluasan akhirat, dari penyimpangan agama-agama yang ada menuju keadilan Islam”.
Sebab itu di negara umat Islam majoriti, perjuangan kemerdekaan dipelopori oleh orang-agama kerana mereka lebih memahami erti kemerdekaan dan arahan agama kepada mereka. Ia membabitkan dosa dan pahala. Berkompromi dengan penjajah dan membiarkan negara,agama dijajah adalah merupakan kemurkaan Allah SWT.
Atas kesedaran ini ulamak membangkitkan kesedaran beragama di kalangan rakyat untuk menentang penjajah. Berada di bawah ketiak penjajah bermakna membiarkan bangsa dan tanah air berada dibelenggu kezaliman penjajah, perbuatan ini adalah haram. Islam mengajar penganutnya tidak boleh sama sekali berkompromi dengan kezaliman dan penindasan. Firman Allah SWT bermaksud
“Jangan kamu cenderung kepada kezaliman, nanti akan disambar oleh api neraka” (Surah Hud 11:113)
Penjajah adalah lambang kerakusan di dalam sebuah negara. Ia memeras ugut rakyat jelata dan menghisap segala hasil bumi.
Tokoh-tokoh awal yang menggerakkan kemerdekaan negara yang terpahat di sejarah perjuangan melawan penjajah di peringkat awal ialah mereka yang terdidik dengan suasana keagamaan dan roh jihad.
Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah tokoh yang bangkit menghalau penjajah walaupun dengan kapasiti yang kecil tetapi telah memberi kesan kepada penjajah di negara ini.
Kemunculan golongan reformis (Islah) yang pulang daripada Timur Tengah telah merancakkan lagi kesedaran berpolitik dan bernegara. Nama-nama seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Tahir Jalaludin yang mendapat aspirasi daripada Syeikh Mohamad Abduh di Mesir telah menggerakkan kesedaran untuk menuntut kemerdekaan melalui gerakan organisasi yang tersusun di negara ini.
Slogan yang mereka uar-uarkan kepada masyarakat ialah, bangsa Melayu maju jika ia berpegang kepada Islam yang syumul. Melayu tidak gagah dan perkasa jika meninggalkan Islam.
Daya usaha merekalah, timbul kesedaran berorganisasi. Munculnya Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Umno (1946), Hizbul Muslimin (1948) dan Parti Islam Semalaysia (1951).
Memang jelas mereka yang memahami Islam yang sebenar tidak akan berkompromi dengan penjajah dan anak didik penjajah. Sebab itu penjajah cukup takut dengan ulamak seperti ini kerana mereka bukan sahaja mengajar tetapi juga meniupkan semangat perjuangan kepada anak muridnya. Ini yang menjadi kerisauan kepada penjajah.
Apa erti kemerdekaan jika agama masih dikongkong oleh pihak yang berkuasa. Agama menjadi dagang di negeri sendiri. 55 tahun merdeka masjid masih berkunci dan tidak berfungsi, masjid mati sebelum orang mati kerana ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya.
Kecantikan Islam tidak dapat dijelmakan dalam bentuk yang praktikal, ia hanya terdapat di dalam liapatan sejarah dan kitab feqah sahaja.
Oleh itu menuntut kepada kita mendapat kemerdekaan kedua iaitu untuk menuntuk kebebasan kepada penganutnya untuk menghayati Islam yang sebenar. Kini Islam berada di kandang orang salah. Islam dihukum bukan menghukum. Islam menjadi tetamu, bukan sebagai tuan rumah.
Tidak ada makna tangan kanan melaungkan kemerdekaan, sedangkan tangan kiri yang menekan rakyat supaya jangan bersuara lebih dariapda kehendak kerajaan. Kebebasan rakyat untuk bersuara disekat atas alasan keselamatan negara. Walaupun realitinya kerana keselamatan kuasa BN yang memerintah pada hari ini.
Amat malang kepada kita, ketika negara menyambut kemerdekaan kerajaan mengetatkan kebebasan untuk bersuara dan bebas mendapat maklumat. Kerajaan memperkenalkan Seksyen 114A Akta Keterangan yang menjadi ancaman Kepada Rakyat khususnya kepada warga siber dan ia bertentangan dengan hak setiap individu untuk di anggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan.
Sebaliknya seksyen 114A Akta Keterangan ini lebih bersifat prejudis dengan meletakkan beban pembuktian kepada orang yang kena tuduh dan bukan kepada penuduh iaitu pihak berkuasa.
Tidak cukup lagikah kerajaan dengan Akta OSA, Akta Hasutan, Akta Penerbitan untuk mengongkong rakyat. Ini bukan bermakna tidak perlu ada kawalan dan mengambil tindakan kepada penyebar fitnah. Akta ini orang yang dituduh terpaksa membuktikan yang beliau tidak bersalah. Sudah tentu ramai akan terperangkap apabila ruangan komen Face Book kita ditulis dalam bentuk fitnah dan provokasi yang bakan didakwa ialah pemilik FB. Kesemua ini memerlukan kos untuk pemilik FB membuktikan mereka tidak bersalah. Sedangkan mungkin beliau tidak melakukan. Persoalannya di manakah ongkos yang perlu di biyai di mahkamah. Sebenarnya ini adalah satu usaha untuk menakutkan rakyat terutama kerajaan yang BN menghadapi PRU 13. Jika PRU 12 kerajaan diancam dengan blog dan portal yang mengimbangi dan menjawab pembohongan media kerajaan. PRU akan datang, kerajaan gerun menghadapi fenomena face book, yang begitu pantas menyiarkan maklumat dan menjawab tuduhan dan fitnah kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya kerajaan BN yang sama dengan mazhab mana-mana diktator dunia yang takut menghadapi kebangkitan rakyat, akan menggunakan kuasa untuk menjajah otak rakyat supaya jangan menerima selaian daripada resipi BN. Walau bagaimana pun kerajaan BN perlu ingat, mereka boleh memaksa kuda pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa kuda minum air.
1. Kes Noor Afizal Azizan yang baru sahaja terlepas dari hukuman
penjara sangat memeranjatkan majoriti rakyat Malaysia terutama mereka
yang mengikuti perkembangan kes ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga
sangat terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan
permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk
membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan
ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur memandangkan dia
mempunyai masa depan yang baik.
2. Melalui bon jaminan berkelakuan baik atas kesalahan merogol bawah umur, seorang lagi pesalah rogol telah dibebaskan dari hukuman penjara. Chuah Guan Jiu, 22 seorang juru elektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas tetapi pesalah ini juga turut dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah laku jenayah rogol ini terlalu ringan. Maqasid atau tujuan hukuman dijatuhkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pesalah laku dan juga masyarakat lain agar tidak melakukan jenayah yang sama.
4. Impak dari keputusan mahkamah yang membebaskan dua penjenayah ini dari hukuman penjara sangat-sangat membimbangkan kerana ianya mungkin menjadi sumbangan kepada kejatuhan sosial yang buruk terutama di kalangan mereka yang mempunyai duit dan “masa depan yang baik”.
5. Apabila kedua penjenayah ini dibebaskan hanya dengan membincangkan masa depan kedua mereka. Bagaimana pula dengan mangsa ? keadilan bagaimana diberikan kepada mangsa ?
Antara perkara yang dibimbangi oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah ;
1) Selepas ini adakah sekiranya individu yang mempunyai masa depan yang baik dan dia didapati bersalah, mereka ini akan hanya dikenakan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin RM25,000 untuk kesalahan pertama kali?
2) Apakah jaminan pesalah pertama kali yang diperintahkan untuk berkelakuan baik akan benar - benar berkelakuan baik dalam tempoh tersebut berbanding dengan pemantauan rapi seperti di dalam penjara ?
Keputusan seperti ini sangat membimbangkan kerana ianya akan ditafsirkan oleh masyarakat bahawa mereka yang mempunyai wang yang banyak untuk diikat jamin dan melakukan jenayah rogol buat pertama kalinya tidak akan dikenakan hukuman penjara.
Jadi apa bezanya si penjenayah yang mengupah budak bawah umur untuk melakukan zina dengannya lalu dibayar padanya RM 25,000 ?
Apa jaminan terhadap masa depan mangsa setelah sabit kesalahan ke atas perogolnya?
6. Dalam Islam Rogol ialah satu jenayah yang hina serta dilarang oleh semua agama. Malah tiada insan yang normal boleh menerimanya. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai keji dan mengenakan hukuman paling berat keatasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.
7. Keganasan jenayah ini diperjelaskan melalui penggunaan kalimah bahasa arab yang menyebut rogol sebagai ightisab iaitu mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan.
8. Menurut Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Syariah Islamiyyah di Universiti Kaherah, "Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, jika tiada pengakuan dari perogol itu sendiri".
"Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati".
"Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya".
9. Perogol pula tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senjata api . Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 33 yang bermaksud,
"(Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar)"
10. Justeru, bagaimanakah kes Noor Afizal Azizan yang mengaku di mahkamah beliau bersalah tetapi masih dibebaskan daripada dikenakan hukuman yang setimpal ? Adakah hanya semata-mata dia seorang atlit yang kononnya beliau memiliki masa depan yang cerah untuk mengharumkan negara ? Harumkah nama negara bila ia diperjuangkan oleh penjenayah ?
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]
Korporat, Kenapa JBA Pahang Masih Beroperasi?
Ramai pihak kini tertanya-tanya, benarkah JBA sudah dikorporatkan?. Ini kerana di seluruh negeri Pahang banyak papantanda dan lambang JBA masih wujud terutamanya ditangki-tangki air dan pejabat-pejabat JBA Daerah. Malah, disesetengah kawasan tidak ada lambang atau tanda-tanda Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) itu wujud. Persoalannya, jika PAIP diwujudkan kenapa JBA masih menjalankan operasi seperti biasa?. Bukankah kerajaan memaklumkan JBA dimansuhkan selepas dikorporatkan. Apakah ini bermakna kakitangan JBA kini menikmati dua skala gaji apabila mereka menyertai PAIP?. Tambah mengejutkan apabila bil-bil kutipan hasil masil lagi dihantar oleh JBA Pahang. Malah, pada bil itu sendiri masih tertera lambang JBA dan bukannya PAIP. Bagi mereka yang membuat bayaran secara tunai mungkin tidak menjadi masalah. Namun, keadaan menjadi kecoh apabila ada individu atau syarikat yang membuat bayaran menggunakan cek atas nama JBA Pahang. Mereka diarahkan membuat cek atas nama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan bukan JBA. Anehnya bil yang diterima dari JBA. Bagi pembayaran secara online juga lebih bermasalah bila mana pihak institusi kewangan tidak lagi menyenaraikan JBA pada senarai agensi berkaitan. Rakyat perlu tahu, kenapa JBA masih wujud selepas hampir setahun ia dikorporatkan menjadi PAIP?. Bukankah sepatutnya JBA itu dimansuhkan beradasarkan kepada perjanjian yang telah dimeterai tersebut. Malah, kakitangan JBA juga telah diserapkan ke PAIP jika mereka masih mahu terus berkhidmat. Persoalannya, kenapa JBA masih wujud? Apakah ia sah dari segi undang-undang. Apakah rakyat boleh membayar bil yang dihantar oleh JBA iaitu sebuah agensi yang telah tiada akibat pengkorporatan yang berlaku?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Harap pihak berkenaan dapat berikan jawapan tentang isu ini.
Bukti, JBA dikorporatkan dan kini jadi PAIP tapi urusan mengebil masih lagi
diuruskan oleh JBA Pahang, sedangkan itu adalah tugas PAIP sebenarnya
[Sebenarnya banyak lagi isu dan masalah air yang melanda rakyat Pahang yang perlu dibela oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Bahkan PDO ada lagi bukti yang lebih menyayat hati melibatkan rakyat di Parlimen Pekan sendiri. Maka itu, usahlah mendabik dada kononnya negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO BN tidak menghadapi masalah air seperti ini. Pahang juga tidak wajar berbangga dapat menjual air ke Selangor sedangkan rakyat sendiri masih menanggung derita yang sudah berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu. Begitu juga dengan Felda, usahlah terlalu seronok kerana ia di senaraikan di Bursa Malaysia dan memilikik IPO tertinggi sedangkan masalah air di kawasan Felda seluruh Pahang masih yang terburuk di negara ini. Kenapa Felda tidak keluarkan peruntukan untuk meningkatkan kualiti air serta sistem paip yang sudah usang dan kini membebankan rakyat?. Kata rakyat didahulukan dan janji ditepati, tapi hakikatnya rakyat terus dipinggirkan. Justeru, kepada orang Felda dan rakyat Pahang maka anda perlu fikirkan nasib anda sekarang. Jangan perjudikan nasib dan terus tanggung derita memilih mereka yang hanya pandai berjanji dan bercakap, hakikatnya semuanya hanya indah khabar dari rupa dan retorik politik semata-mata. Berfikirlah sebelum bertindak !!].
Politik itu jahat dan kejahatan politik itu tidak ada batas dan sempadanya. Benarlah politician itu (politician modern) lebih jahat dan tidak bermaruah dari binatang. Seorang pegawai PPD - Pejabat Pendidikan Daerah telah meminta seorang guru perempuan agar 'memasakh' suaminya yang dikatakan seorang penyokong Pas. (Fasakh menurut Kamus Dewan pembatalan nikah).
PPD berkenaan katanya tidak senang dengan penglibatan politik suami guru berkenaan yang dianggap boleh menganggu seorang tokoh politik yang dipuja dan diharapkan akan menang dalam pilihan raya akan datang.
Kerana melihat suami guru berkenaan menyokong parti kerajaan, suatu hari pegawai PPD itu telah memanggil guru perempuan berkenaan dan mengemukakan cadangan tersebut. Diperayai cadangan itu adalah ugutan dan tekanan terakhir ke atas guru iu agar mempengaruhi suaminya supaya tidak menyokong parti kerajaan.
Dialog atau perbualan pegawai berkenaan dengan guru perempuan itu katanya dirakam dan rakaman itu disimpan oleh seseorang bakal beredar pada pilihan raya akan datang.
Pengawai PPD itu juga tak cermat dan tidak menyedari perbualannya dirakam. Menurut sumber yang mengakui memiliki rakaman itu di dalam rakaman selama 23 minit 45 saat itu pegawai PPD berkenaan ada menyebut nama tokoh politik berkenaan.
Bagaimana pun tindakan buruk pegawai PPD berkenaan tidak sempat dilaksanakan oleh guru berkenaan apabila guru itu bertindak mendedahkan kejadian itu kepada pihak tertentu.
Pegawai berkenaan dikatakan betindak atas arahan tokoh yang disokong itu kerana bimbang kegiatan dilakukan suami guru berkenaan menjejaskan peluang tokoh itu menang. Bukti ini berdasarkan pegawai itu ada menyebut nama tokoh politik itu.
Kejadian ini berlaku di sebuah jajahan berpesisiran pantai di Kelantan kira-kira dua bulan lepas.
Adalah dipercyai tokoh politik yang pernah menang dan kalah dua kali dalam pilihan raya itu meminta kes itu diselesaikan dan tidak diperpanjangkan apabila perbuatan buruk pegawai PPD berkenaan terbongkar sampai ke pengetahuannya.
Hikmat pendedahan guru berkenaan, beliau yang mulanya diugut akan ditukar ke luar negeri tidak ditukar sebaliknya dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumahnya. Tindakan itu dipecayai untuk mengaman dan menutup mulut guru berkenaan gar tidak memperbesarkan kesnya itu.
Siasatan lanjut akan dijalankan. [wm.kl.9:05 pm 30/08/12]
Tengok.. pensyarah 'WAJIB' hadir ke himpunan Janji...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 31 Ogs 2012 |
Tengok memo ni.. Pensyarah 'WAJIB' hadir ke 'Himpunan Janji dicapati'..
Malam ini akan berlangsung ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' di Stadium Bukit Jalil, pihak Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan teah mensasarkan sejumlah 200,000 yang akan hadir.Bagi mencapai sasaran tersebut berbagai pendekatan telah diambil oleh pihak Kementerian yang dikepalai oleh Rais Yatim.
Antaranya ialan SMS Blasting yang dihantar kepada ribuan pengguna yang dipercayai tinggal di Kuala Lumpur dan juga Selangor.
Dan pelbagai hadiah telah disediakan dalam cabutan bertuah yang akan diadakan malam nanti untuk menarik minat orang ramai ke Stadium tersebut..
Selain itu pelbagai agensi telah dikerahkan untuk menghantar wakil mereka ke ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' itu.
Kakitangan DBKL dikerah, Kakitangan KTMB diupah RM30, Pekerja UMW ditawarkan RM80 dan jika membawa keluarga dibayar RM100.. dan seperti biasa Pelatih PLKN tetap menjadi mangsa kerahan.
Mahasiswa juga tidak ketinggalan dan mereka dikatakan akan dibayar RM100 utuk hadir ke himpunan itu..
Aku sangka hanya Mahasiswa saja yang menjadi mangsa.. rupa-rupanya seluruh kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi juga menjadi mangsa.
Ini kerana menurut memo di bawah semua warga Kementerian Pengajian Tinggi DIWAJIBKAN untuk hadir ke program ini.
Mereka juga diminta untuk hadir seawall jam 4.00 petang bagi membantu melancarkan lagi perjalanan majlis.
Pengangkutan pergi dan balik adalah di bawah tanggungjawab pegawai sendiri.
Pegawai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dengan jabatan masing-masing atau dengan Kementerian memandangkan program ini diambilkira sebagai salah satu tugasan rasmi.
Surat Tunjuk Sebab akan dikemukakan kepada warga yang gagal untuk menghadiri program ini tanpa sebab yang munasabah..
Terdesaknya mereka.. habis segala yang ada kaitan dengan Kerajaan menjadi mangsa kerahan kerajaan UMNO/BN..
Bagus juga kalau macam ni.. Najib pasti Syok sendiri pasal dia tengok ramai yang datang kemajlis dia..
Awal pagi tadi hanya 20,000 yang hadir ke Dataran Merdeka untuk menyambut hari kemerdekaan Negara.. adakah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mampu mendapatkan 200,000 orang yang disasarkan mereka itu..
Ini sasaran mereka..
Bersamalah kita nantikannya....
Kalau ada sesiapa yang ke Stadium tu tolong ambil gambar dan e-mail kat aku ya... e-mail adress kat atas tu..
Kemerdekaan adalah tuntutan Islam
Idris Ahmad, | 31 Ogs 2012 |
Rustam bertanya kepada beliau, "Apa tujuan mereka datang ?
Dengan penuh izzah (bangga) Rubai menjawab dengan kata-kata yang masyhur: "Allah telah mengirim kami untuk mengeluarkan siapa yang Dia kehendaki dari perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, dan dari sempitnya dunia menuju keluasan akhirat, dari penyimpangan agama-agama yang ada menuju keadilan Islam”.
Sebab itu di negara umat Islam majoriti, perjuangan kemerdekaan dipelopori oleh orang-agama kerana mereka lebih memahami erti kemerdekaan dan arahan agama kepada mereka. Ia membabitkan dosa dan pahala. Berkompromi dengan penjajah dan membiarkan negara,agama dijajah adalah merupakan kemurkaan Allah SWT.
Atas kesedaran ini ulamak membangkitkan kesedaran beragama di kalangan rakyat untuk menentang penjajah. Berada di bawah ketiak penjajah bermakna membiarkan bangsa dan tanah air berada dibelenggu kezaliman penjajah, perbuatan ini adalah haram. Islam mengajar penganutnya tidak boleh sama sekali berkompromi dengan kezaliman dan penindasan. Firman Allah SWT bermaksud
“Jangan kamu cenderung kepada kezaliman, nanti akan disambar oleh api neraka” (Surah Hud 11:113)
Penjajah adalah lambang kerakusan di dalam sebuah negara. Ia memeras ugut rakyat jelata dan menghisap segala hasil bumi.
Tokoh-tokoh awal yang menggerakkan kemerdekaan negara yang terpahat di sejarah perjuangan melawan penjajah di peringkat awal ialah mereka yang terdidik dengan suasana keagamaan dan roh jihad.
Tokoh-tokoh seperti Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tuan Guru Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah tokoh yang bangkit menghalau penjajah walaupun dengan kapasiti yang kecil tetapi telah memberi kesan kepada penjajah di negara ini.
Kemunculan golongan reformis (Islah) yang pulang daripada Timur Tengah telah merancakkan lagi kesedaran berpolitik dan bernegara. Nama-nama seperti Syed Sheikh Al-Hadi, Sheik Tahir Jalaludin yang mendapat aspirasi daripada Syeikh Mohamad Abduh di Mesir telah menggerakkan kesedaran untuk menuntut kemerdekaan melalui gerakan organisasi yang tersusun di negara ini.
Slogan yang mereka uar-uarkan kepada masyarakat ialah, bangsa Melayu maju jika ia berpegang kepada Islam yang syumul. Melayu tidak gagah dan perkasa jika meninggalkan Islam.
Daya usaha merekalah, timbul kesedaran berorganisasi. Munculnya Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Umno (1946), Hizbul Muslimin (1948) dan Parti Islam Semalaysia (1951).
Memang jelas mereka yang memahami Islam yang sebenar tidak akan berkompromi dengan penjajah dan anak didik penjajah. Sebab itu penjajah cukup takut dengan ulamak seperti ini kerana mereka bukan sahaja mengajar tetapi juga meniupkan semangat perjuangan kepada anak muridnya. Ini yang menjadi kerisauan kepada penjajah.
Apa erti kemerdekaan jika agama masih dikongkong oleh pihak yang berkuasa. Agama menjadi dagang di negeri sendiri. 55 tahun merdeka masjid masih berkunci dan tidak berfungsi, masjid mati sebelum orang mati kerana ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya.
Kecantikan Islam tidak dapat dijelmakan dalam bentuk yang praktikal, ia hanya terdapat di dalam liapatan sejarah dan kitab feqah sahaja.
Oleh itu menuntut kepada kita mendapat kemerdekaan kedua iaitu untuk menuntuk kebebasan kepada penganutnya untuk menghayati Islam yang sebenar. Kini Islam berada di kandang orang salah. Islam dihukum bukan menghukum. Islam menjadi tetamu, bukan sebagai tuan rumah.
Tidak ada makna tangan kanan melaungkan kemerdekaan, sedangkan tangan kiri yang menekan rakyat supaya jangan bersuara lebih dariapda kehendak kerajaan. Kebebasan rakyat untuk bersuara disekat atas alasan keselamatan negara. Walaupun realitinya kerana keselamatan kuasa BN yang memerintah pada hari ini.
Amat malang kepada kita, ketika negara menyambut kemerdekaan kerajaan mengetatkan kebebasan untuk bersuara dan bebas mendapat maklumat. Kerajaan memperkenalkan Seksyen 114A Akta Keterangan yang menjadi ancaman Kepada Rakyat khususnya kepada warga siber dan ia bertentangan dengan hak setiap individu untuk di anggap tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan.
Sebaliknya seksyen 114A Akta Keterangan ini lebih bersifat prejudis dengan meletakkan beban pembuktian kepada orang yang kena tuduh dan bukan kepada penuduh iaitu pihak berkuasa.
Tidak cukup lagikah kerajaan dengan Akta OSA, Akta Hasutan, Akta Penerbitan untuk mengongkong rakyat. Ini bukan bermakna tidak perlu ada kawalan dan mengambil tindakan kepada penyebar fitnah. Akta ini orang yang dituduh terpaksa membuktikan yang beliau tidak bersalah. Sudah tentu ramai akan terperangkap apabila ruangan komen Face Book kita ditulis dalam bentuk fitnah dan provokasi yang bakan didakwa ialah pemilik FB. Kesemua ini memerlukan kos untuk pemilik FB membuktikan mereka tidak bersalah. Sedangkan mungkin beliau tidak melakukan. Persoalannya di manakah ongkos yang perlu di biyai di mahkamah. Sebenarnya ini adalah satu usaha untuk menakutkan rakyat terutama kerajaan yang BN menghadapi PRU 13. Jika PRU 12 kerajaan diancam dengan blog dan portal yang mengimbangi dan menjawab pembohongan media kerajaan. PRU akan datang, kerajaan gerun menghadapi fenomena face book, yang begitu pantas menyiarkan maklumat dan menjawab tuduhan dan fitnah kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya kerajaan BN yang sama dengan mazhab mana-mana diktator dunia yang takut menghadapi kebangkitan rakyat, akan menggunakan kuasa untuk menjajah otak rakyat supaya jangan menerima selaian daripada resipi BN. Walau bagaimana pun kerajaan BN perlu ingat, mereka boleh memaksa kuda pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa kuda minum air.
Adilkah perogol dilepas bebas?
Nasrudin Hassan, | 31 Ogs 2012 |
2. Melalui bon jaminan berkelakuan baik atas kesalahan merogol bawah umur, seorang lagi pesalah rogol telah dibebaskan dari hukuman penjara. Chuah Guan Jiu, 22 seorang juru elektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas tetapi pesalah ini juga turut dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah laku jenayah rogol ini terlalu ringan. Maqasid atau tujuan hukuman dijatuhkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pesalah laku dan juga masyarakat lain agar tidak melakukan jenayah yang sama.
4. Impak dari keputusan mahkamah yang membebaskan dua penjenayah ini dari hukuman penjara sangat-sangat membimbangkan kerana ianya mungkin menjadi sumbangan kepada kejatuhan sosial yang buruk terutama di kalangan mereka yang mempunyai duit dan “masa depan yang baik”.
5. Apabila kedua penjenayah ini dibebaskan hanya dengan membincangkan masa depan kedua mereka. Bagaimana pula dengan mangsa ? keadilan bagaimana diberikan kepada mangsa ?
Antara perkara yang dibimbangi oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah ;
1) Selepas ini adakah sekiranya individu yang mempunyai masa depan yang baik dan dia didapati bersalah, mereka ini akan hanya dikenakan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin RM25,000 untuk kesalahan pertama kali?
2) Apakah jaminan pesalah pertama kali yang diperintahkan untuk berkelakuan baik akan benar - benar berkelakuan baik dalam tempoh tersebut berbanding dengan pemantauan rapi seperti di dalam penjara ?
Keputusan seperti ini sangat membimbangkan kerana ianya akan ditafsirkan oleh masyarakat bahawa mereka yang mempunyai wang yang banyak untuk diikat jamin dan melakukan jenayah rogol buat pertama kalinya tidak akan dikenakan hukuman penjara.
Jadi apa bezanya si penjenayah yang mengupah budak bawah umur untuk melakukan zina dengannya lalu dibayar padanya RM 25,000 ?
Apa jaminan terhadap masa depan mangsa setelah sabit kesalahan ke atas perogolnya?
6. Dalam Islam Rogol ialah satu jenayah yang hina serta dilarang oleh semua agama. Malah tiada insan yang normal boleh menerimanya. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai keji dan mengenakan hukuman paling berat keatasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.
7. Keganasan jenayah ini diperjelaskan melalui penggunaan kalimah bahasa arab yang menyebut rogol sebagai ightisab iaitu mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan.
8. Menurut Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Syariah Islamiyyah di Universiti Kaherah, "Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, jika tiada pengakuan dari perogol itu sendiri".
"Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati".
"Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya".
9. Perogol pula tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senjata api . Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 33 yang bermaksud,
"(Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar)"
10. Justeru, bagaimanakah kes Noor Afizal Azizan yang mengaku di mahkamah beliau bersalah tetapi masih dibebaskan daripada dikenakan hukuman yang setimpal ? Adakah hanya semata-mata dia seorang atlit yang kononnya beliau memiliki masa depan yang cerah untuk mengharumkan negara ? Harumkah nama negara bila ia diperjuangkan oleh penjenayah ?
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]
Air: Najib digesa bantu rakyat Pahang dahulu
http://pahangdaily.blogspot.com, | 30 Ogs 2012 |
Eksklusif: Isu Air, PM Najib Di Gesa Bantu Rakyat Pahang Dulu Sebelum Cari Kesalahan Pihak Lain
Isu air yang melanda tanah rancangan Felda di negeri Pahang ketika musim perayaan Aidil Fitri baru-baru ini benar-benar telah mencalarkan imej Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) sebenarnya.
Ramai yang kecewa dengan sikap Najib yang menganaktirikan rakyat di
negeri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan negeri-negeri lain. Najib
sebelum ini dengan bangganya menuduh Kerajaan Negeri Selangor dan Kelantan
yang ditadbir oleh pembangkang (Pakatan Rakyat). Walhal sebaliknya
senario yang berlaku di negeri kelahiran Perdana Menteri itu sebenarnya
lebih teruk dari apa yang disangkakan selama ini. Hampir 40 tahun
lamanya, warga Felda di seluruh negeri Pahang dihantui dengan masalah
air yang tiada kesudahannya. Malah, isu semakin teruk apabila tiba musim
perayaan atau pun keramaian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.
Berbagai usaha dilakukan oleh penduduk untuk menangani kemelut yang
melanda ini, namun seperti biasa janji-janji manis terus ditaburkan oleh
wakil rakyat setempat yang majoritinya pemimpin UMNO BN setiap kali
musim pilihanraya. Akhirnya, mereka terus menang dan dipilih rakyat
sedang mereka kekal dihimpit masalah air yang tiada kesudahannya. Tambah
malang lagi apabila Jabatan Bekalan Air (JBA) syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang pula dikorporatkan awal tahun ini dan kini dikenali sebagai Pengurusan Air Pahang Berhad
(PAIP). Hasilnya, pihak swasta yang baru telah ditubuhkan bagi
menyediakan perkhidmatan ini kepada seluruh rakyat Pahang. Apa yang
memusykilkan, semasa berada dalam kerajaan dan selepas diswastakan,
senario masih tetap sama. Malah, disesetengah kawasan ianya adalah lebih
teruk dan sungguh memalukan.
JBA Di Korporatkan Tetapi Perkhidmatan Teruk

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang.
Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya
menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut
hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan
oleh JBAP kepada PAIP. PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006).
Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang
memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara
yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan
ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur. Selain daripada itu, PAIP juga
bertanggungjawab ke atas perancangan, pembangunan dan pengurusan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di samping mengebil dan memungut hasil bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang. PAIP juga bertindak sebagai penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang kepada perkara yang melibatkan industri bekalan air.
Logo JBA dan PAIP hanya diubah bentuknya sahaja tapi perkhidmatan sama
Bukti, peneroka Felda Bukit Puchong tersiksa nikmati perkhidmatan air PAIP
yang keruh dan kotor ketika sambutan Raya Aidil Fitri baru-baru ini
Pada awalnya tujuan pengkorporatan berkenaan ialah supaya PAIP dapat
meningkatkan kecekapan operasi bekalan air dengan memberi fokus kepada
bidang yang akan meningkatkan hasil seperti mengurangkan air tanpa
hasil, memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan. Walau pun
dibantah oleh ramai kakitangan dan rakyat setempat, namun ia tetap
dilaksanakan. Difahamkan, PAIP adalah syarikat di mana 100 peratus
pegangannya masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pahang. Kerajaan negeri
masih bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air, kawasan tadahan
dan takungan. Tujuan asal pengkorporatan berkenaan ialah supaya PAIP
dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air dengan memberi fokus
kepada bidang yang akan meningkatkan hasil seperti mengurangkan air
tanpa hasil, memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan. Walau
bagaimana pun kerajaan negeri masih bertanggungjawab dalam mengawal
selia sumber air, kawasan tadahan dan takungan. Malah, kerajaan negeri juga akan menyumbang RM50 juta setahun kepada PAIP bagi menanggung kos operasi mereka.
Isu panas yang menghantui penduduk Felda Jengka 7, Aidil Fitri yang lalu
yang didedahkan PDO dan kemudian disusuli oleh Sinar Harian Pahang
Logo JBA dan PAIP hanya diubah bentuknya sahaja tapi perkhidmatan sama
Bukti, peneroka Felda Bukit Puchong tersiksa nikmati perkhidmatan air PAIP
yang keruh dan kotor ketika sambutan Raya Aidil Fitri baru-baru ini
Isu panas yang menghantui penduduk Felda Jengka 7, Aidil Fitri yang lalu
yang didedahkan PDO dan kemudian disusuli oleh Sinar Harian Pahang
PAIP adalah syarikat di mana 100 peratus pegangannya dimiliki kerajaan negeri Pahang.
Kerajaan negeri masih bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air,
kawasan tadahan dan takungan. Hasil (perbekalan dan jualan air besih)
sebelum ini ialah RM110 hingga RM114 juta setahun, tanggungan defisit ialah antara RM46 hingga RM50 juta setahun. Difahamkan Kerajaan
negeri akan sumbang RM50 juta setahun itu kepada PAIP sehingga mereka
berjaya tingkatkan kecekapan atau kurangkan defisit dalam operasinya.
Korporat, Kenapa JBA Pahang Masih Beroperasi?
Ramai pihak kini tertanya-tanya, benarkah JBA sudah dikorporatkan?. Ini kerana di seluruh negeri Pahang banyak papantanda dan lambang JBA masih wujud terutamanya ditangki-tangki air dan pejabat-pejabat JBA Daerah. Malah, disesetengah kawasan tidak ada lambang atau tanda-tanda Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) itu wujud. Persoalannya, jika PAIP diwujudkan kenapa JBA masih menjalankan operasi seperti biasa?. Bukankah kerajaan memaklumkan JBA dimansuhkan selepas dikorporatkan. Apakah ini bermakna kakitangan JBA kini menikmati dua skala gaji apabila mereka menyertai PAIP?. Tambah mengejutkan apabila bil-bil kutipan hasil masil lagi dihantar oleh JBA Pahang. Malah, pada bil itu sendiri masih tertera lambang JBA dan bukannya PAIP. Bagi mereka yang membuat bayaran secara tunai mungkin tidak menjadi masalah. Namun, keadaan menjadi kecoh apabila ada individu atau syarikat yang membuat bayaran menggunakan cek atas nama JBA Pahang. Mereka diarahkan membuat cek atas nama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan bukan JBA. Anehnya bil yang diterima dari JBA. Bagi pembayaran secara online juga lebih bermasalah bila mana pihak institusi kewangan tidak lagi menyenaraikan JBA pada senarai agensi berkaitan. Rakyat perlu tahu, kenapa JBA masih wujud selepas hampir setahun ia dikorporatkan menjadi PAIP?. Bukankah sepatutnya JBA itu dimansuhkan beradasarkan kepada perjanjian yang telah dimeterai tersebut. Malah, kakitangan JBA juga telah diserapkan ke PAIP jika mereka masih mahu terus berkhidmat. Persoalannya, kenapa JBA masih wujud? Apakah ia sah dari segi undang-undang. Apakah rakyat boleh membayar bil yang dihantar oleh JBA iaitu sebuah agensi yang telah tiada akibat pengkorporatan yang berlaku?. Inilah yang memusykilkan kita sebenarnya. Harap pihak berkenaan dapat berikan jawapan tentang isu ini.
Bukti, JBA dikorporatkan dan kini jadi PAIP tapi urusan mengebil masih lagi
diuruskan oleh JBA Pahang, sedangkan itu adalah tugas PAIP sebenarnya
[Sebenarnya banyak lagi isu dan masalah air yang melanda rakyat Pahang yang perlu dibela oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Bahkan PDO ada lagi bukti yang lebih menyayat hati melibatkan rakyat di Parlimen Pekan sendiri. Maka itu, usahlah mendabik dada kononnya negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO BN tidak menghadapi masalah air seperti ini. Pahang juga tidak wajar berbangga dapat menjual air ke Selangor sedangkan rakyat sendiri masih menanggung derita yang sudah berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu. Begitu juga dengan Felda, usahlah terlalu seronok kerana ia di senaraikan di Bursa Malaysia dan memilikik IPO tertinggi sedangkan masalah air di kawasan Felda seluruh Pahang masih yang terburuk di negara ini. Kenapa Felda tidak keluarkan peruntukan untuk meningkatkan kualiti air serta sistem paip yang sudah usang dan kini membebankan rakyat?. Kata rakyat didahulukan dan janji ditepati, tapi hakikatnya rakyat terus dipinggirkan. Justeru, kepada orang Felda dan rakyat Pahang maka anda perlu fikirkan nasib anda sekarang. Jangan perjudikan nasib dan terus tanggung derita memilih mereka yang hanya pandai berjanji dan bercakap, hakikatnya semuanya hanya indah khabar dari rupa dan retorik politik semata-mata. Berfikirlah sebelum bertindak !!].
Koleksi gambar Janji Demokrasi di Dataran Merdeka
http://kachipemas.blogspot.com, | 31 Ogs 2012 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan