Sabtu, 1 September 2012

JANGAN BANKRAP AKIDAH...IMAN...AMALAN..JANGAN KEJAR DUNIA HINGGA LUPA AKHIRAT

Kempen kibar Jalur Gemilang tiada sambutan

Rizal Tahir, 30 Ogs 2012
KOTA BHARU: Sehingga hari ini, kempen kerajaan Pusat supaya rakyat mengibarkan Jalur Gemilang tidak mendapat tempat di hati masyarakat, temasuk di Kelantan.


Walaupun sambutan kemerdekaan negara bakal disambut esok, namun rakyat masih tidak berminat untuk berbuat demikian.

Perkara itu berlaku akibat kerajaan sendiri mempolitikkan kempen sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-55.

Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata walaupun kempen berkenaan telah lama dibuat, termasuk tema Janji Ditepat, namun saat-saat akhir ini ianya masih tidak mendapat tempat di hati rakyat Kelantan.

“Rakyat menganggap mengibarkan jalur gemilang seumpama mengibar bendera Umno.

“Mereka bukan tidak mahu mengibarkan jalur gemilang apa lagi menyambutnya kerana ianya kemerdekaan Negara kita,”ujarnya.

Tetapi, tambahnya kerana kerajaan promosi Umno, kerajaan juga mengajar rakyat kemerdekaan negara seolah-olah merayakan Umno, mereka langsung tidak berminat untuk mengambil bahagian.

Katanya, sambutan dingin rakyat untuk mengibarkan jalur gemilang itu paling ketara tahun ini.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tetap akan mengadakan secara rasmi mengikut garis panduan yang betul, iaitu esok.

Katanya, kerana itu kerajaan negeri sendiri tidak mengadakan sambutan diambang kemerdekaan sebagaimana biasa, kerana ianya seolah-olah mengikut rentak Umno untuk ‘celebrate’ parti itu.

“Berlainan pula di peringkat parti, kita akan mengadakan program sambutan kemerdekaan negara nanti dengan cara yang betul,” ujarnya.

Menurutnya, PAS akan mengajak semua lapisan masyarakat menyambut hari kemerdekaan negara yang bakal dianjurkan nanti dengan mendedahkan tokoh-tokoh kemerdekaan.

Jelasnya, para ulama, termasuk Tok Janggut adalah antara mereka yang memperjuangkan tanah air.

“Ini yang perlu kita tonjolkan di samping pameran-pameran berhubung pejuang kemerdekaan negara sebenar,” ujarnya.

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal kerana rakyat diminta membalas budi parti itu khususnya dalam lirik lagu ‘Janji Ditepati;.

Katanya, kerajaan tidak perlu berbuat demikian kerana tanggungjawab kerajaan menjaga kebajikan rakyat dan tidak perlu mengungkit semata-mata untuk mendapat perhatian mereka.

Utusan diperintah bayar gantirugi lagi

Muhammad Faizal, 30 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Akhbar Umno, Utusan Malaysia, sekali lagi diperintah oleh Mahkamah Tinggi agar membayar ganti rugi ekoran saman malu. Kali ini kepada bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin (gambar).

Peguam Nizar, Mohd Zamri Ibrahim berkata, mahkamah membuat keputusan 'interlocutary' hari ini apabila akhbar itu tidak diwakili oleh sebarang peguam.

Sehubungan itu, Pendaftar Mahkamah, Mazuliana Abdul Rashid meminta Zamri memfailkan anggaran gantirugi yang perlu dituntut dari utusan.

"Kita diarahkan agar memfailkan taksiran ganti rugi dan selepas itu barulah tarikh ditetapkan untuk pendengar taksiran berapa ganti rugi bagi kes tersebut," katanya kepada media di lobi mahkamah.

Menurutnya lagi pada waktu pendengaran tersebut barulah ditetapkan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh Utusan Malaysia.

"Penghakiman telah kami perolehi dan sekarang hanya perlu failkan taksiran ganti rugi," sambung beliau lagi.

Mahkamah juga akan membuat keputusan terhadap saman Nizar kepada TV3 dalam kes yang sama 19 September ini.

Nizar menyaman Utusan dan TV3 ekoran laporan tidak tepat berkaitan dengan isu pendaftaran kereta WWW 1.

(Nizar bersama peguamnya, Zamri [kiri]  dan Fitri)

Saman terhadap kedua-duanya difailkan ke Mahkamah Tinggi Julai lalu selepas tuntutan agar ianya ditarik balik tidak diendahkan oleh kedua-dua media itu.

Utusan pula sejak dari awal tidak mengendahkan saman yang dikemukakan oleh Nizar ini.

Ini menyebabkan hakim membuat keputusan hari ini selepas peguam Utusan tidak pernah datang untuk membelanya.

Peguam TV3 pula telah memfailkan afidavit pembelaannya dan akan diputuskan oleh Mahkamah 19 September ini.


Nizar Syukur



Nizar ketika dihubungi mengucapkan syukur atas kemenangan kes ini dan yakin ia adalah rentetan peristiwa yang membuktikan akhbar Umno ini tidak layak dibaca.

"Sebelum ini (Datuk) Mahfuz menang, Lim Guan Eng Menang, wartawannya minta maaf kepada Karpal.

"Jadi ada apa lagi pada akhbar ini sehingga ia perlu dibaca oleh rakyat negara ini.

"Saya akan mencadangkan kepada ulama kita agar meminta rakyat jangan lagi beli atau baca akhbar fitnah ini," kata Nizar kepada Harakahdaily.

Kes ini bagi beliau sesuai dengan kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa BN adalah syaitan yang dikenali.


RM50 juta


Nizar juga berkata, beliau akan berbincang dengan para peguamnya untuk menentukan ganti rugi dan kos yang patut dituntut dari Utusan.

"Semasa kita failkan kes ini, kini menuntut gantirugi RM50 juta. Selepas ini kita akan kajilah berapakan gantirugi yang sewajarnya selepas keputusan mahkamah ini," kata beliau.

Nizar diwakili oleh peguam Mohd Zamri Ibrahim dan Mohd Fitri Asmuni dari Asmuni & Co manakala Utusan tidak diwakili sebarang peguam sejak kes ini difailkan.

Dr Burhanuddin al-Helmy dan PAS –

Bahagian I

Dr Ahmad Nabil Amir, 30 Ogs 2012
“Seribu orang tua hanya dapat bermimpi, satu orang pemuda dapat mengubah dunia”. Presiden Soekarno.
Dalam sejarah politik dan struktur pemerintahan di Malaysia, Parti Islam se-Malaysia (PAS) memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan corak dan landas perjuangan politik di Tanah Melayu sejak ditubuhkan pada 4 April 1956.

Antara gagasan terpenting PAS yang dicerakinkan dalam perlembagaannya (pindaan 2001) adalah “memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah” dan “mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara”
Dan cita-cita ini jelas terungkap dalam pemasyhurannya: “Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan al-amru bil ma‘ruf wan nahyu ‘anil munkar dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan Parti Islam Se-Malaysia.”

Dalam bukunya Islam Embedded yang menganalisis sejarah perkembangan PAS sejak tahun 1951-2003, Dr Farish Noor menzahirkan pandangannya tentang PAS sebagai: “the most remarkable political party in the history of Malaysia”. Kebangkitan PAS antara tahun 1999-2003 telah meletakkannya ke posisi yang penting dalam arus politik tanah air: “the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) had become the biggest and most important opposition party in Malaysia”.

Dr Mujahid Yusof Rawa dalam bukunya Menuju PAS Baru berhujah bahawa perjuangan membina kekuatan parti harus diperkukuh dengan wacana baru yang dapat merumuskan pandangan politik Islam yang syumul dan dinamis.

Dr Siddiq Fadzil, dalam ucapannya yang noltalgik “Memahami Garis-Garis Besar Haluan Perjuangan” merumuskan bahawa perjuangan “Islam mempunyai misi tahriri-tanwiri (pembebasan dan pencerahan) yang bertujuan mengangkat harkat dan darjat manusia.”

Antara tiga garis besar yang membentuk fikrah dasar perjuangan PAS adalah menzahirkan cita-cita murni melaksanakan tuntutan syari’at, menyalakan obor nahdah, dan menegakkan syiar agama dan iltizam perjuangan ini terus dibakar dan dinyalakan dalam perjuangan menuntut pembaharuan dan reformasi Islam.

Pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan memperkasai perjuangan ini sejak mula ialah Dr Burhanuddin al-Helmy yang memimpin perjuangan daripada tahun 1956-1969, sang doktor yang telah menebus dan mewakafkan hidupnya untuk satu perjuangan yang tidak dapat dikompromi dan ditawar-tawar oleh sogokan dan ugutan penjajah.

Latar kehidupan

Nama asalnya ialah Amir Burhanuddin bin Ungku Mohammad Noor. Beliau dilahirkan pada 29 November 1911 di Kampung Changkat Tualang, Kota Bharu, Perak. Pak Doktor ini berasal daripada keturunan ulama dan sufi dari Sumatra yang berhijrah ke Tanah Melayu. Bapanya, Haji Muhammad Noor, adalah seorang alim Minangkabau yang mengajar tasawuf dan mengusahakan ladang tani. Beliau pernah berguru dengan Sheikh Mohammad Khatib al-Minangkabawi dan beberapa pemuka agama di Mekah. Ibunya Sharifah Zahrah Habib Osman adalah wanita Melaka daripada suku peranakan Arab-Melayu. Mereka bertemu di Perak setelah Haji Muhammad Noor kembali dari menunaikan haji di Mekah.

Menurut Dr Burhanuddin dalam lakaran kisah hidupnya: “Ayahanda saya adalah seorang tasawwuf dan bertariqah Naqshabandi serta dengan lurus dan wara‘nya. Maka saya daripada kecilnya dilatih secara wara’nya dan mesti kuat beribadat mengikut-ngikut dia sembahyang berjemaah, membaca Qur’an dan [Maulid karya] al-Barzanji, ahzab dan zikir. Sebagai orang muda tiadalah saya tahu apa-apa. Saya ikut-ikut itu kerana malu dan segan jua. Saya lakukan dengan berat kerana kawan-kawan lain dapat lepas dan bermain-main saya tidak.” (Simposium Tariqat dan Tasawuf, 1972)

Dr Buhanuddin digelar al-Hulaymi atau al-Helmy kerana karakternya yang tenang dan penyabar, seperti bapanya yang digelar Abi Halim, sebagaimana dilukiskan oleh Saliha Haji Hassan dalam tulisannya, Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography: “Pilihan kata asal al-Hulaimi itu benar-benar melambangkan keperibadian Dr Burhanuddin yang lemah-lembut, santun, tenang, sabar… istilah al-Hulaimi menurut hukum tatabahasa Arab mempunyai makna yang sama dengan al-Helmy tetapi dalam bentuk yang merendah atau lebih kecil (Saliha Hj. Hassan 1997; Dr Burhanuddin Al-Helmy, A Political Biography). Beliau turut dikenal sebagai Pak Doktor dalam kalangan pengikut dan rakannya.

Pada tahun 1927, beliau merantau ke Pulau Pinang untuk menuntut di Madrasah al-Mashoor al-Islamiyyah dan berguru dengan pemikir dan reformis penting seperti Shaikh Abu Bakar al-Rafi‘i, Haji Arshad al-Bawayih, dan Ashiran Yaakob, yang menggerakkan perjuangan kaum muda yang telah dicetuskan oleh Syed Sheikh al-Hadi, dan Sheikh Mohamad Tahir Jalaluddin al-Azhari di Tanah Melayu. Beliau menamatkan pelajarannya dengan memperoleh thanawi (menengah atas) pada 1934.

Kemudian, dengan biasiswa yang ditawarkan oleh saudagar India Muslim, beliau melanjutkan pelajaran ke India dan mengambil kursus perubatan homeopatik di Madrasah al-‘Ulum Musalmanan (Anglo Indian College) di Aligarh. Madrasah yang ditubuhkan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan pada tahun 1875 ini berhasrat untuk melahirkan para reformis Islam yang mahir dalam falsafah moden dan disiplin sains yang luas.

Dr Burhanuddin berhasil menyiapkan tesis kedoktorannya dalam bidang falsafah, dan sewaktu menyusun disertasinya beliau merujuk kepada karya-karya besar dalam bahasa Arab dan Eropah, dan menelusuri sejarah pemikiran dan peradaban dunia yang ditulis oleh kelompok sarjana dari timur dan barat, dan berhasil menggarap dan menguasai dengan baik lima bahasa besar.

Demikian dirakamkannya: “Maka saya di India, saya dapat mempelajari bahasa Inggeris dan Perancis, dan dalam mempelajari ilmu-ilmu kedoktoran homeopati asas Belanda, memudahkan saya mempelajari bahasa Jerman. Kemudian masuklah saya ke dalam perguruan psikologi-metafizik, ilmu al-ruhani juga falsafah dan perbezaan-perbezaan agama besar di dunia ini. Apabila menyusun-nyusun tesis untuk kedoktoran failasuf (PhD) maka terpaksalah saya berfikir mendalam mengambil di mana titik berat, inti sari dan pati punca perbezaan dan perbalahan. Maka termasuklah membahaskan berkenaan dengan sufi itu termasuk dalam falsafah.”

Setelah pulang ke tanah air, berbekalkan pengalaman dan kelulusannya, beliau diterima mengajar di Madrasah al-Juneid, Singapura. Beliau turut menawarkan khidmat perubatan homeopati di dua cawangan kliniknya, di Johor Bharu dan di Jalan Picitan, Singapura yang dibina dengan bantuan seorang doktor India, Dr N. Rajah.

Pengaruh Tasawuf

Pak Doktor tertarik kepada tariqat Naqhshabandiyyah yang berkembang di India, yang mempunyai dasar dan hujah tasawwuf yang meyakinkan. Tariqat ini aktif mendakyahkan ajarannya di Asia Tenggara dengan pengaruh yang signifikan di kalangan pengikutnya yang terus berkembang dengan pantas. Ketika di India, beliau menghadiri halaqat-halaqat tasawuf ini dan mengutip pengalaman ma‘rifi, dhawqi dan tajribi melalui pembacaan yang substantif.

Perkara ini dikupas dalam tulisannya: “Saya pelajari sufi daripada bahasa-bahasa Eropah. Terpaksalah balik saya mengenal al-Ghazali, al-Badawi, al-Rifa‘i, al-Rumi, al-Qushairi, Ibnu ‘Ata’illah dan lain-lain serta rujuk kitab-kitab Eropah itu kepada kitab Arab maka barulah saya mencari kitab-kitab Arabnya pula. Kemudian setelah saya siasati kedatangan Islam ke Nusantara kita ini dan datuk nenek kita memeluk agama Islam yang hanif ini terutamanya kesan-kesannya ialah daripada ulama-ulama’ Syafi’i dan ulama-ulama’ tasawwuf, sama ada ulama-ulama’ itu datang secara saudagar atau secara muballigh; bukan masuk melalui ulama-ulama’ fiqh. Islam masuk di Nusantara kita ini berkembang tidak dengan kekerasan atau paksa tetapi dengan kemahuan hati dan pilihan jua yang dapat mengatasi agama Hindu dan Buddha sebagaimana yang diperjuangkan oleh wali songo di Jawa dan lain-lain kepulauan maka beransur-ansur nampaklah saya kesenian ilmu tasawwuf.”

Faham tasawuf yang dipintalnya turut merangkul tasawuf moden dan agresif yang mendakap semangat jihad. Dan perjuangannya terus digilap dan dipasak dengan lebih jelas setelah menghadam disiplin agama dan sosial yang penting seperti falsafah, perbandingan agama, tasawwuf dan ilmu tariqat.

Menurutnya pengajian tasawwuf harus dibarengi dengan pengetahuan falsafah dan perbandingan agama, sebagai asas keilmuan yang zahir, seperti dinyatakannya dalam buku Simposium Tariqat dan Tasawuf: “Bagi memudahkan mendekati ilmu tasawwuf dan tariqat-tariqatnya bagi mencari ilmu pada zaman kebendaan dan ilmiah ini, eloklah lebih dahulu mempelajari ilmu fizik kemudian pelajari ilmu metafizik atau maa wara’a al-taba’ah, ilmu falsafah dan ilmu perbezaan antara agama-agama.”

Kerangka Pemikiran

Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam penulisannya yang kritis seperti Rejuvenasi PAS dan Menuju PAS Baru mengungkapkan bahawa langkah perjuangan yang digariskan Dr Burhanuddin harus diangkat dan dilontarkan dalam menuju PAS baru. Beliau menuntut supaya hierarki PAS berganjak ke arah perubahan, stereotaip dicabar dan pembaharuan dan kesedaran politik tentang esensi kebebasan, kesedaran watan, faham keadilan dan nafas perjuangan dan semangat kemerdekaan ditanam dan dipugar. Begitu juga strategi perjuangannya dalam politik tergambar daripada kegiatannya dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) menentang pendudukan British dan Jepun, seperti diungkapkannya:

“Maka ahli-ahli kebangsaan Melayu kiri telah mengambil langkah Musa dalam istana Firaun. Ada yang tinggal di dalam, ada yang tinggal di luar mengambil bahagian di hutan di rimba jadi anti-fasis, ada yang menjalankan gerakan rayap – semut api – harimau dan sebagainya.”

Dalam pergerakan politik, Pak Doktor memilih wadah Islam sebagai landas perjuangan. Beliau disifatkan sebagai sosok pemikir yang terbaik dilahirkan dalam dekadnya, dan penggagas siyasah syar‘iyyah dan fiqh awlawiyyat Islam, dan faqih besar dalam mazhab. Pendekatan politiknya adalah berteraskan amalan perlembagaan dan undang-undang, dengan memilih cara aman untuk menuntut perubahan.

Demikian seperti yang diungkapkan dalam pidatonya dalam Persidangan Agung PAS di Kelab Sultan Sulaiman pada Disember 1956. “Jalan kekerasan tidaklah lagi jalan yang sesuai untuk menyelesaikan segala soal hidup manusia. PAS menentang kekerasan kerana kekerasan adalah bertentangan dengan dasar dan ideologi PAS. Perjuangan kemerdekaan tanah air akan diteruskan oleh PAS dengan jalan aman dan damai, dengan jalan berperlembagaan.”

Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, perhitungan politiknya adalah bercorak situational politics (siyasah waqi‘) seperti yang dihuraikan oleh saudara Salahuddin Ayub ketika membahaskan sumbangan dan falsafah perjuangan dan pemikiran dakwah Pak Doktor: “Dalam konteks ini, saya ingin mengajak para pemuda semua untuk kita menghayati pemikiran dakwah yang digagaskan oleh Almarhum Prof Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau amat menekankan keterbukaan dalam pendekatan dakwah yang sesuai dengan naluri masyarakat sebagaimana berhikmahnya Wali Songo yang menggunakan saluran seni hiburan untuk mengajak masyarakat kepada Islam. Pendakwah tidak menghukum, tetapi memujuk dan menasihati. Perbezaan bukan asas kepada perpecahan, tetapi menzahirkan keterbukaan. Jangan kerana kita sukakan susu, lalu mengatakan kopi tidak baik, tetapi minumlah susu dan hargailah peminum kopi.”

Itulah keterbukaan yang ditunjukkan oleh Dr Burhanuddin. Beliau dikenali sebagai tokoh reformis, tetapi sangat disenangi oleh ulama kaum tua. Beliau terkenal sebagai ahli tasawuf, tetapi begitu rapat dengan ulama kaum muda. Beliau menyusun strategi dakwah dengan mendekati golongan sosialis-komunis, memulakan kerjasama dengan parti-parti bukan Melayu tanpa rasa chauvinis, mendukung perjuangan nasionalis, tetapi kekal sebagai tokoh yang Islamis. Pengikut dan pengkagumnya bukan sekadar orang-orang politik, tetapi juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Inilah model pendakwah yang mesti dicontohi oleh Pemuda PAS pada masa akan datang.” (Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin al-Helmy, 2009)

Ahmad Boestamam menulis tentang kekuatan pengaruh Dr Burhanuddin dan kecekalan perjuangannya: “Di atas segala-galanya, Dr. Burhanuddin al-Helmy adalah seorang patriot. Dan kalau kepada beliau hendak diberikan suatu gelaran yang tepat, layak dan sesuai dan hak sekali bagi beliau ialah Bapak Kebangsaan Melayu” (Ramlah Adam 1993; Dr. Burhanuddin al-Helmy: kajian mengenai kegiatannya dalam PKMM 1946-1948.).

Sewaktu menuntut di India, Pak Doktor telah mula bergelut dengan arus pemikiran Islam moden yang dicanang oleh Sayyid Ahmad Khan, Jamaluddin al-Afghani, Syed Ameer Ali (1849-1928), Aga Khan, Nehru dan Muhammad Ali Jinnah (pemimpin Islam Pakistan).

Pandangannya yang progresif turut dibentuk daripada pengalamannya menuntut di Indonesia, yang meraikan semangat ikhtilaf, mengangkat kekuatan akal dan ijtihad, mengembangkan faham budaya dan politik yang dinamis dan menggerakkan reformasi dan cita-cita pembaharuan yang kental untuk merobohkan benteng taqlid yang mengikat kebebasan fikrah yang diwarisi daripada pemikiran masyarakat yang jahil dan bobrok.

Hal ini dinyatakan dalam makalahnya Tasawuf dan Tariqah: “Bila saya lepas belajar ke luar di Indonesia, dapat saya belajar bahasa Belanda dan guru-guru agama saya pula ulama-ulama kaum muda dan berfaham progresif dalam Islam, maka fikiran saya terbentuk dengan membaca keterangan-keterangan moden dan majalah-majalah moden seperti al-Manar dan al-Fath. Saya pelajari ilmu-ilmu usul fiqh, usul al-ahkam, mazahib al-arba’ah (mazhab empat) dan membaca kitab-kitab Bidayah al-Mujtahid, Subul al-Salam, kitab-kitab [Syeikh al-Islam] Ibn Taimiyyah, Ibnu al-Qayyim, asy-Syaukani, [Syeikh] Abdul Wahhab al-Wahhabi (yakni [Syeikh] Muhammad Abdul Wahhab), al-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Redha dan akhirnya Tantawi. Saya pun terbalik bertentang dengan ayah saya dalam pendirian. Saya memusuhi jumud kolot.”

Untuk mengejar cita-cita ini, beliau menggerakkan perjuangan menuntut perubahan dan reformasi dengan berkecimpung dalam politik marhaen dan gerakan rakyat. Selama lebih 30 tahun mengharungi perjuangan (1930-1960 an) beliau telah memimpin pertubuhan-pertubuhan penting seperti KMM (Kesatuan Melayu Muda), KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung), PKMM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya), PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat-All Malayan Council of Joint Action), dan Persatuan Islam Sa-Tanah Melayu atau Parti Islam se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 1937, Pak Doktor menerbitkan majalah Taman Bahagia, sebagai tapak perjuangannya untuk memecahkan monopoli British di Tanah Melayu, seperti diungkapkannya: “apa lagi sebagai seorang wartawan muda pada tahun 1937 saya keluarkan majalah Taman Bahagia lalu tertangkap kerana saya didapati oleh penjajah berpolitik tegas dan berbahaya kepada penjajah dan akan membangkitkan kesedaran rakyat, hinggalah sekarang ‘Malaya jadi Palestin kedua’ masih kedengaran diperkatakan orang.”

Kamaruddin Jaafar dalam artikelnya Perjuangan dan Pemikiran Politik Dr Burhanuddin al-Helmy merumuskan bahawa dalam tiga dekad perjuangannya, riwayat politik Dr Burhanuddin dapat dirangkum dalam tiga ciri utama: kemerdekaan, kebangsaan Melayu dan Islam. Nilai-nilai ini ditanam dalam perjuangannya menentang penjajah dengan semangat dan daya tahan yang kental, dengan usaha menyemarakkan nilai progresif dan ide radikal dalam ideologi dan aqidah perjuangan PAS, seperti diungkapkan oleh Ahmad Boestmam dalam bukunya Merintis Jalan ke Puncak: “Kalau PAS berjiwa kiri dan progresif juga untungnya kepada Partai Rakyat Malaya, demikian saya memperhitungkan. Setidak-tidaknya Partai Rakyat Malaya tidak akan menghadapi ‘lawan’ yang bertambah sebagaimana kalau kiranya PAS berjiwa kanan dan tidak progresif.”

Pak Doktor menggariskan strategi perjuangan dan matlamat politik yang ideal dan hala tuju yang jelas dalam harakat PAS, dengan merangka agenda yang praktis dan inklusif, yang menggabungkan tradisi pemikiran daripada semua aliran untuk mempertahankan kemerdekaan, seperti yang dilafazkannya dalam Muktamar tahunan pada 1956: “Tiap-tiap kita mengingini satu negara Malaya yang demokratis dan berdaulat dalam erti kata yang sebenarnya. Cita-cita ini belum tercapai sekarang dan tidak akan tercapai pada 31 Ogos 1957 ini. Ke arah cita-cita itulah PAS akan berjuang bahu membahu dan saling berbimbingan tangan dengan segala golongan dalam masyarakat.”

Dalam mengeratkan perpaduan ini beliau mengungkapkan kesediaan PAS bertahaluf siyasi (mengikat kerjasama politik):

“Dan PAS juga tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang mempunyai kesanggupan, yang mempunyai kelayakan, yang mempunyai tenaga dan kebijaksanaan untuk berjuang mencapai kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan tanah airnya. PAS tidak merasa dan tidak mensifatkan dirinya sajalah yang berkewajipan memikul tugas suci kemerdekaan bangsa dan tanah airnya kerana itu adalah tugas rakyat bersama.
Saya katakan bahawa penjajahan adalah bercorak internasional, satu gergasi yang pengaruh dan kekuatannya dirasakan di seluruh dunia. Kerana itu, penjajahan tidak boleh ditentang hanya dengan tenaga satu golongan saja, satu parti saja, tetapi sebaliknya hanya dengan tenaga-tenaga anti-imperialis seluruh dunia, tenaga-tenaga anti-imperialisme seluruh masyarakat.
Oleh itu, PAS sanggup bekerjasama dengan apa sahaja golongan, apa saja parti, apa saja aliran dalam masyarakat atas dasar kepentingan kemerdekaan bangsa dan tanah air… perjuangan itu sama besarnya dengan perjuangan yang telah kita pusakai daripada datuk-nenek kita menentang penjajahan semenjak kejatuhan empayar Melaka dahulu.
Sudah tentu perjuangan yang sebesar itu mengkehendaki tenaga yang sebulat-bulatnya dari seluruh rakyat negeri ini, menghendaki pengorbanan yang rela daripada segenap golongan progresif dalam masyarakat. Tenaga-tenaga nasionalisme, keagamaan dan sosialisme yang sihat dalam masyarakat harus kita gemblengkan, kita padukan mulai sekarang untuk merupakan satu tenaga besar demi tugas perjuangan kemerdekaan dan kedaulatan tanahair kita.”

Kamarudin Jaffar dalam bukunya, Dr Burhanuddin al-Helmi: Politik Melayu dan Islam menzahirkan kekuatan idealisme perjuangan yang dicanangnya dan iktibar serta kesannya dalam pemberdayaan bangsa: “Adalah diakui umum bahawa Dr Burhanuddin al-Helmy merupakan seorang tokoh terkemuka di alam Melayu ini. Sumbangan beliau di bidang politik, perjuangan kemerdekaan dan ilmu perubatan serta peranan Islam yang diletakkan oleh beliau di bidang-bidang tersebut perlu sekali dipelajari oleh masyarakat kita hari ini”.

Lontarannya yang memukau:
“Di atas robohan kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatu-padulah segenap baka,
membela hak keadilan pusaka”

Yang diucapkan semasa kongres PKMM ke-2, tanggal Disember 1946 di Melaka cukup menzahirkan aspirasi dan cita-cita besarnya untuk mengangkat harakat bangsa dan agama, dan terserlah dalam perjuangannya mendirikan partai Islam dan memimpin harakah perjuangan yang terbesar di Malaysia.

Futsal Piala Tok Guru dapat sambutan hangat

Wan Nordin Wan Yaacob, 30 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Sekretariat Program Kejohanan Futsal Sempena 25 Tahun Harakah masih membuka penyertaan kepada seluruh pasukan futsal yang mahu menyertai kejohanan bagi merebut Piala Tok Guru pada 23 September ini.

Pengarah Program, Mohd Rashidi Hassan berkata, pihaknya masih mengalu-alukan penyertaan pasukan khasnya kalangan belia tidak mengira latar belakang kaum, fahaman mahupun agama.

Sebelum ini kata Rashidi, pihaknya hanya menyasarkan penyertaan 64 pasukan, namun sehingga kini sudah 76 penyertaan dari pelbagai pasukan dan pertubuhan diterima.

Menurutnya, kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM3000 bagi johan, manakala RM2500 Naib Johan dan RM1500 ketiga serta RM1000 keempat ini telah diiklankan juga melalui Harakahdaily.

Kejohanan ini akan diadakan di Ferro Futsal Subang pada 23 September ini bermula jam 8.00 pagi hingga ke lewat petang.

Kata Rashidi, beberapa bekas pemain bolasepak kebangsaan turut menghantar pasukan bimbingan mereka untuk menyertai kejohanan ini.

Apa yang menariknya kata beliau, kejohanan ini bakal diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh anak muda dan pemimpin termasuk bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam pada itu Rashidi berkata, sekretariat kejohanan masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai dan syarikat korporat bagi menjayakan kejohanan ini.

Katanya lagi, setakat ini pihaknya telah menerima sumbangan daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjumlah RM5,000; bekas Menteri Penerangan RM2,000 dan beberapa perakuan dari Kerajaan Negeri Selangor, Kelantan dan Kedah.

Bagi tujuan sumbangan dan penyertaan Futsal bolehlah menghubungi Timbalan Pengarah kejohanan, Wan Nordin (017-2591429); Bendahari, Mohd Fauzi Abdul Hamid (012-6869236) dan Setiausaha Ahmad Faisal Tawang (016-6894322).

Kempen Selamatkan Malaysia 'Bankrap Negara'

Salmiyah Harun, 30 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia dengan slogan 'BN (Bankrap Negara)' sepanjang September dan Oktober nanti.

Menurut Ketuanya Nasruddin Hassan kempen itu bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa kewangan negara berada di tahap yang sangat kritikal.

Jelasnya, masalah kewangan berpunca daripada salah urus dan salah guna kuasa dalam pengurusan ekonomi negara.

"Apa yang berlaku ini, sangat menepati jangkaan oleh Idris Jala yang mana negara akan bankrup pada tahun 2019 nanti.

"Perkara ini tidak mustahil kerana hutang negara pada hari ini sudah mencecah RM437 billion," katanya kepada pemberita  di Pejabat Agung PAS di sini.

Dalam siri ini, DPPM akan menyediakan risalah yang berbentuk grafik dengan fakta dan data-data semasa bagi mempermudahkan rakyat faham dan memahami hakikat sebenar kewangan negara.

Dalam pada itu katanya, DPPM turut mengira detik-detik terakhir pentadbiran kerajaan Umno BN  bermula pada hari ini sehinggalah pada tanggal 24 April 2013.

"Kita akan buat 'count down', pada tarikh itu mahu tidak mahu parlimen mesti dibubarkan, maka tamatlah kerajaan BN mentadbir negara," katanya.

Beliau menggalakkan setiap pengguna facebook, pengamal media dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turut 'count down' sebagai desakan bahawa masa Umno BN perintah negara ini semakin suntuk.

Bermula hari ini, katanya Umno BN hanya tinggal 236 hari untuk mereka tamatkan pemerintahannya.

"Jadi ini menjadi tekanan kepada kerajaan Umno BN untuk mempercepatkan PRU  atau sehingga terpaksa tunggu detik-detik akhir parlimen dibubarkan. Mereka mempunyai tempoh yang tidak banyak," katanya.

Futsal Piala Tok Guru dapat sambutan hangat

Wan Nordin Wan Yaacob, 30 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Sekretariat Program Kejohanan Futsal Sempena 25 Tahun Harakah masih membuka penyertaan kepada seluruh pasukan futsal yang mahu menyertai kejohanan bagi merebut Piala Tok Guru pada 23 September ini.

Pengarah Program, Mohd Rashidi Hassan berkata, pihaknya masih mengalu-alukan penyertaan pasukan khasnya kalangan belia tidak mengira latar belakang kaum, fahaman mahupun agama.

Sebelum ini kata Rashidi, pihaknya hanya menyasarkan penyertaan 64 pasukan, namun sehingga kini sudah 76 penyertaan dari pelbagai pasukan dan pertubuhan diterima.

Menurutnya, kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM3000 bagi johan, manakala RM2500 Naib Johan dan RM1500 ketiga serta RM1000 keempat ini telah diiklankan juga melalui Harakahdaily.

Kejohanan ini akan diadakan di Ferro Futsal Subang pada 23 September ini bermula jam 8.00 pagi hingga ke lewat petang.

Kata Rashidi, beberapa bekas pemain bolasepak kebangsaan turut menghantar pasukan bimbingan mereka untuk menyertai kejohanan ini.

Apa yang menariknya kata beliau, kejohanan ini bakal diserikan dengan kehadiran beberapa tokoh anak muda dan pemimpin termasuk bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam pada itu Rashidi berkata, sekretariat kejohanan masih mengalu-alukan sumbangan orang ramai dan syarikat korporat bagi menjayakan kejohanan ini.

Katanya lagi, setakat ini pihaknya telah menerima sumbangan daripada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjumlah RM5,000; bekas Menteri Penerangan RM2,000 dan beberapa perakuan dari Kerajaan Negeri Selangor, Kelantan dan Kedah.

Bagi tujuan sumbangan dan penyertaan Futsal bolehlah menghubungi Timbalan Pengarah kejohanan, Wan Nordin (017-2591429); Bendahari, Mohd Fauzi Abdul Hamid (012-6869236) dan Setiausaha Ahmad Faisal Tawang (016-6894322).

Jangan sekat keinginan rakyat sambut merdeka

Riduan Mohd Nor, 30 Ogs 2012
Himpunan Janji Demokrasi telah diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram oleh Polis Diraja Malaysia kerana gagal memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung di Dataran Merdeka pada malam ambang merdeka.
Hanya kerana notis serta kebenaran menggunakan Dataran Merdeka, menyebabkan Himpunan Janji Demokrasi yang turut sama mahu menyambut merdeka tidak diizinkan berlangsung.

Walhal, kerajaan awal-awal lagi promosikan sambutan hari kemerdekaan negara dengan mengajak seluruh rakyat hadir bagi memberikan sokongan sebagai tanda kemeriahan sambutan itu.

Sambutan Hari Merdeka adalah milik rakyat Malaysia yang cintakan negaranya. Sesiapa sahaja perlu digalakkan menyambutnya sebagai tanda mengingati negara yang mendapat kemerdekaan penuh pada tarikh 31 Ogos setiap tahun.

Malangnya, dengan pengharaman ini, ada sebilangan rakyat ternafi untuk menyambut kemerdekaan negara dengan cara mereka. Apakah sambutan hari kemerdekaan hanya untuk versi yang direstui oleh kerajaan semata-mata?

Sepatutnya, PDRM memberikan sokongan penuh kepada himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang bertujuan menghidupkan sentimen patriotik terhadap rakyat negara ini.

Bukan mudah mendapatkan ‘crowd’ yang hadir dengan ikhlas dan sukarela tanpa imbuhan atau paksaan sepertimana himpunan ‘Janji Ditepati’ yang dianjurkan oleh kerajaan.

Dalam keadaan kerajaan berhabis duit jutaan ringgit untuk promosikan hari merdeka dengan memujuk rayu dan berkempen agar rakyat mengibarkan jalur gemilang, rakyat masih memandang dingin kempen tersebut.

Malah, dikerah hadir pula ramai golongan penjawat awam bagi menjayakan sambutan Himpunan Janji Ditepati.

Mengapa pula apabila ada sekelompok rakyat yang membantu menjayakan promosi kerajaan ini pula mahu disekat?

Mungkin tema Janji Demokrasi agak berlainan sedikit dari tema utama kerajaan UMNO-BN, namun yang penting mereka juga merayakan hari merdeka dan mengiktiraf tarikh 31 Ogos 2012 sebagai hari bersejarah negara.

Yang utamanya adalah PDRM hanya perlu pastikan himpunan Janji Demokrasi tidak melanggar batas undang-undang dan perlembagaan negara. Jika itu dapat dipatuhi, tiada salahnya rakyat merayakan hari kemerdekaan negara mengikut versi mereka.

Di sebalik kesemua ini, mungkin timbul satu persoalan, apakah kerajaan sebenarnya takut jika himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka lebih berjaya dari Himpunan Janji Ditepati?

Mungkin apa yang dibimbangkan sangat jika Himpunan Janji Demokrasi lebih mendapat sambutan,  kerajaan pasti menanggung malu yang amat besar kerana rakyat memilih untuk bersama himpunan Janji Demokrasi berbanding himpunan Janji Ditepati.

Mungkin itu signal yang jelas tahap kebersamaan rakyat dengan BN dan mungkin akan menangguhkan terus tarikh PRU ke 13 sehingga ke waktu penamatnya pada bulan April 2013 kelak.

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysi.

Auku: UM maju laksanakan undang-undang lapuk

Harakahdaily, 30 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar memuji langkah Universiti Malaya yang telah maju ke hadapan dalam melaksanakan perubahan berdasarkan undang-undang walaupun ia lapuk dan mencacatkan proses transformasi yang diuar-uarkan selama ini.
Naib Presiden PKR itu menyatakan demikian sebagai merujuk kepada perkembangan terkini berkenaan perlaksanaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Malaya yang telah mengemaskini peraturan tatalaku para mahasiswa berkenaan penglibatan dalam arena politik.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya Universiti Malaya tidak bermuka-muka dalam menegaskan pendirian anti-demokratiknya dalam penguatkuasaan Auku.





Menurutnya, Auku mengandungi sekatan yang merugikan dan menafikan para mahasiswa sebuah pendidikan yang lebih holistik.
Katanya lagi, Auku telah mematikan nadi yang memperkasakan para mahasiswa sebagai sebuah entiti berintelek tinggi yang mempunyai hak demokrasi dan budaya pembelajaran yang perlu dihormati oleh setiap individu, selaras dengan hak-hak yang digariskan di dalam Perlembagaan Malaysia.

“Sedang pihak universiti mempraktikkan perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini, harus dipersoalkan, adakah Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih efektif memandangkan keputusan oleh sayap Pemudanya untuk mengambil langkah mendekati para Mahasiswa di IPTA walaupun tidak mendapat sebarang restu dari Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin selaku Menteri Pengajian Tinggi?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Justeru, beliau ingin menegur pengamalan dwistandard dalam perlaksanaan undang-undang yang lapuk ini kerana ternyata sayap Pemuda Umno menyetujui langkah proaktif PKR yang telah menubuhkan Mahasiswa Keadilan dengan lebih awal.

Katanya, initiatif sayap Pemuda Umno untuk mendekati para mahasiswa bagi mendapatkan sokongan politik adalah bukti sokongan mereka terhadap memperkasakan para mahasiswa dari cengkaman Auku.
Justeru, sebagai langkah susulan, Nurul Izzah menjemput Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk bersama-sama mengambil langkah proaktif dalam kewujudan kaukus penggantian Auku dalam sidang Parlimen seterusnya untuk menangani isu ini.

Katanya, jelas terdapat persefahaman bahawa para mahasiswa harus bebas dalam perjuangan mereka dalam meningkatkan kesedaran sosial dan perlunya mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara dengan lebih aktif berbanding dengan peranan pasif yang dikelolakan oleh Umno BN melalui cengkaman Auku.


Beliau menegaskan PKR tetap dengan pendiriannya bahawa tatakelakuan yang baru dikemaskini berdasarkan Auku adalah tidak relevan dan menyekat semangat kebebasan akademik.

Katanya, PKR akan meneruskan perjuangan dengan memasuki kampus kerana tanggungjawab pemupukan minda yang terbuka, berdikari, dan mempunyai kesedaran sosial adalah penting dalam melahirkan mahasiswa yang akan menyelamatkan negara kita dari apa kemelut sekalipun.

Israel arah petani Palestin tinggalkan ladang

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 30 Ogs 2012


(Pihak Berkuasa Palestin berkata keupayaan untuk mengusahakan ladang yang asalnya tandus adalah pencapaian besar untuk petani di Tebing Barat - AFP)



TEBING BARAT:
Pihak berkuasa Israel telah mengarahkan petani Palestin yang tinggal di Jericho, kawasan Tebing Barat yang dijajah, untuk mencabut pokok palma yang telah mereka tanam dan meninggalkan tanah pertanian mereka dalam tempoh 45 hari.

Perintah tersebut yang diterima dalam bentuk surat yang dihantar kepada petani di kawasan yang dikenali sebagai "Kawasan C" memberikan para petani 7 Oktober sebagai tarikh akhir untuk mengosongkan tanah mereka.

Shawkat Housheyeh, seorang petani yang menerima surat amaran rasmi untuk mencabut pokok palma beliau memberitahu agensi berita Reuters bahawa langkah tersebut mengancam kehidupan beribu-ribu pekerja ladang di kawasan Jericho.

Beliau meminta Pihak Berkuasa Palestin untuk melawan ancaman Israel kepada rakyat Palestin yang bekerja di ladang Dier Hijlah dan al-Zour seluas 3,000 dunams (kira-kira 741 ekar).

"Saya berharap bahawa Pihak Berkuasa [Palestin] akan mengumumkan situasi kecemasan kerana [perintah] ini mengancam 2,000 hingga 3,000 pekerja yang bekerja di kawasan ini," ujar Housheyeh.

Di bawah Perjanjian Oslo pada tahun 1993, Tebing Barat adalah di bawah kawalan penuh atau separa penuh Pihak Berkuasa Palestin.

'Kawasan C' jatuh di bawah bidang kuasa penuh sivil dan ketenteraan Israel. Ia merangkumi penempatan-penempatan yang dibina sejak Israel menduduki Tebing Barat pada tahun 1967.

Menteri Pertanian Palestin Walid Assaf, baru-baru ini melawat Jericho dan memberi jaminan bahawa Pihak Berkuasa Palestin akan menentang amaran Israel kepada petani.

"Ini adalah satu pencapaian besar untuk para petani Palestin di kawasan lembah (Jordan) kerana ia merupakan tanah tandus yang ditukar menjadi ke ladang," kata Assaf.

"Kita perlu terus membina kejayaan dari pencapaian ini dan kita sesekali tidak akan membenarkan pencapaian ini dimusnahkan," berkata Assaf.

Dalam satu kenyataan bertulis kepada Reuters, COGAT – satu unit dalam kementerian pertahanan Israel yang mentadbir Tebing Barat - berkata pokok palma di kawasan Jericho telah ditanam secara haram kerana mereka telah ditanam di atas tanah yang pemilikannya masih belum ditentukan.

COGAT menyatakan bahawa petani menggerudi telaga secara haram di tanah tersebut dan mencuri air dari hos Israel.

Kempen Selamatkan Malaysia 'Bankrap Negara'

Salmiyah Harun, 30 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia dengan slogan 'BN (Bankrap Negara)' sepanjang September dan Oktober nanti.

Menurut Ketuanya Nasruddin Hassan kempen itu bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa kewangan negara berada di tahap yang sangat kritikal.

Jelasnya, masalah kewangan berpunca daripada salah urus dan salah guna kuasa dalam pengurusan ekonomi negara.

"Apa yang berlaku ini, sangat menepati jangkaan oleh Idris Jala yang mana negara akan bankrup pada tahun 2019 nanti.

"Perkara ini tidak mustahil kerana hutang negara pada hari ini sudah mencecah RM437 billion," katanya kepada pemberita  di Pejabat Agung PAS di sini.

Dalam siri ini, DPPM akan menyediakan risalah yang berbentuk grafik dengan fakta dan data-data semasa bagi mempermudahkan rakyat faham dan memahami hakikat sebenar kewangan negara.

Dalam pada itu katanya, DPPM turut mengira detik-detik terakhir pentadbiran kerajaan Umno BN  bermula pada hari ini sehinggalah pada tanggal 24 April 2013.

"Kita akan buat 'count down', pada tarikh itu mahu tidak mahu parlimen mesti dibubarkan, maka tamatlah kerajaan BN mentadbir negara," katanya.

Beliau menggalakkan setiap pengguna facebook, pengamal media dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turut 'count down' sebagai desakan bahawa masa Umno BN perintah negara ini semakin suntuk.

Bermula hari ini, katanya Umno BN hanya tinggal 236 hari untuk mereka tamatkan pemerintahannya.

"Jadi ini menjadi tekanan kepada kerajaan Umno BN untuk mempercepatkan PRU  atau sehingga terpaksa tunggu detik-detik akhir parlimen dibubarkan. Mereka mempunyai tempoh yang tidak banyak," katanya.

Janji Demokrasi: Berhimpunlah di mana sahaja

Hazayani Zakaria, 30 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Gabungan Janji akan tetap merayakan sambutan ambang merdeka 'Janji Demokrasi'  malam ini meskipun tidak berhimpun di Dataran Merdeka seperti perancangan asal.

Jurucakapnya, Hishammuddin Rais berkata, Gabungan Janji tetap menyeru rakyat turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur dengan memakai pakaian kuning dan menyambut detik 12 tengah malam di mana-mana sahaja.

"Apa yang penting, Gabungan Janji mengajak seluruh rakyat beramai-ramai ke Kuala Lumpur, pakai baju kuning, keluar untuk bersantai, bukan untuk membuat kacau. Tak boleh masuk Dataran Merdeka, beradalah di kawasan sekitar.

"Jadi berkumpullah di mana-mana yang sempat untuk kita menyambut merdeka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Polis hari ini menyerahkan surat rasmi kepada anggota jawantankuasa penganjur, Maria Chin Abdullah memberitahu perhimpunan 'Janji Demokrasi' di Dataran Merdeka malam ini menyalahi undang-undang negara.

Alasan yang diberikan polis kepada penganjur adalah kerana gagal memberi pemberitahuan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Selain itu, pihak polis juga membertahu, Gabungan Janji gagal memperoleh persetujuan daripada pemunya tempat perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menggugat persiapan yang dibuat untuk menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos.

Justeru Hishamuddin berkata, dalam mesyuaratnya malam tadi, plan alternatif telah ditetapkan jika perhimpunan tidak dibenarkan.

Namun katanya, bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan tetap diteruskan walaupun tiada tempat yang spesifik.

"Kita tetapkan juga pembacaann puisi oleh Pak Samad tapi bergantung kepada beliaulah nak baca di mana. Kalau dalam LRT, dalam LRT lah bacaan puisi itu," katanya.

Tiada ulasan: