Bas PKR diserang 'samseng' di Kota Bharu
Salah
sebuah bas yang digunakan dalam program Jelajah Merdeka Rakyat PKR
dikesan disimbah dengan cat merah dalam satu kejadian di Kota Bharu.Ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu tulisan di Facebook berkata kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 5 pagi ini
Cermin hadapan di bahagian pemandu bas itu turut pecah dan disimbah dengan cat merah dan satu lagi cermin tingkap juga dilaporkan dipecahkan.
Pihak yang bertanggungjawab ke atas insiden berkenaan masih belum dikenalpasti buat masa ini namun Anwar berkata ia adalah perbuatan "samseng yang bermaharajalela".
Seorang pembantu Anwar, Najwan Halimi berkata insiden itu berlaku di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Baru pagi ini.
Beliau berkata satu laporan polis dibuat atas kejadian itu di Balai Polis Kota Bharu hari ini.
Kelantan merupakan lokasi kedua dalam program tiga hari yang menumpukan kawasan pengundi Melayu itu.
Firma kajian: Tweet #Merdeka55 dihasilkan bot
Firma
kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet
patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang
diumumkan kerajaan pada malam tadi.Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.
Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.
Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.
TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.
"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.
Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.
Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di
dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
Aktivis: Polis halang edar risalah dalam kampus UiTM
Sekumpulan
pelajar daripada Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) mendakwa
anggota polis menghalang mereka daripada memasuki kampus Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam untuk mengedarkan risalah hari ini.
Naib presiden kumpulan aktivis itu, Khalid Ismath mendakwa, sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membuat sekatan di salah satu pintu utama kampus berkenaan di Seksyen 7 dan memberi amaran kepada mereka supaya tidak memasuki kawasan universiti itu.
Khalid berkata, anggota polis berkenaan memberi alasan bahawa mereka dihalang kerana bimbang tindakan aktivis berkenaan menggangu proses pendaftaran pelajar baru di kampus tersebut.
"Pada pukul 9.30 pagi, ketika kami bersarapan, beberapa pegawai polis datang dekat kami dan bagi amaran jangan masuk UiTM. Alasannya sebab menganggu perjalanan pendaftaran.
"Kami cakap juga nak masuk sekejap, tapi mereka tak benarkan. Jadi kami edarkan risalah dari luar pagar dekat kereta ibu bapa. Ramai ibu bapa yang beri sokongan dengan mengambil risalah itu.
"Tapi, polis meminta risalah itu kepada mereka (ibu bapa) sebelum masuk. Kalau tak, mereka tak boleh masuk. Polis juga arah untuk kami bersurai atau tindakan akan diambil," kata Khalid.
Menurut Khalid, beliau bersama 10 orang rakan lain daripada Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) dan Kelab Mahasiswa Keadilan berjaya mengedarkan kira-kira 100 risalah.
Khalid berkata, perkara itu merupakan satu kejayaan beliau bersama aktivis mahasiswa lain akan meneruskan usaha untuk mengedarkan risalah tersebut di seluruh kampus dalam negara.
Katanya lagi, kumpulan aktivis berkenaan bersurai pada kira-kira jam 12.30 tengahari selepas mengedarkan risalah selama satu sengah jam.
"Fokus kita ialah UiTM sebab kita dapati UiTM selalu kempen pro-kerajaan.
"Saya juga berhasrat untuk adakan speakers corner di UiTM bagi memberi kebebasan kepada pelajar untuk bersuara," katanya lagi.
Risalah berkenaan antara lainnya menyeru para siswa menyokong usaha "memperjuang pendidikan percuma" bagi mengelakkan mereka menanggung bebanan hutang apabila tamat belajar.
“Cara tersebut adalah dengan menukar kerajaan pusat sedia ada,” kandungan risalah itu dipetik.

10,000 lautan kuning banjiri 'Janji demokrasi'
Walaupun
diisytiharkan haram dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein meramalkan tidak ramai yang datang, lautan orang ramai
berpakaian kuning membanjiri Dataran Merdeka malam tadi untuk menyertai
perhimpunan 'Janji Demokrasi'.Walaupun Dataran Merdeka sendiri telah ditutup untuk persiapan bagi perarakan Hari Kebangsaan pagi ini, namun ruang 280 meter dari kawasan yang ditutup ke dataran di luar ibupejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dibanjiri mereka yang ramai memakai baju kuning.
Malah bintang perhimpunan itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, mengaku beliau sendiri tidak dapat menganggar jumlah orang ramai yang hadir dan mengisytiharkan 'Janji Demokrasi' sebagai berjaya.
Malaysiakini menganggarkan 10,000 orang ramai berbaju kuning hadir, selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka, yang kebanyakannya berada mengadap kawasan yang ditutup polis.
Manakala Bernama pula menganggarkan gabungan orang ramai sekitar 6,000 dan tidak ada hitungan menjelang saat merdeka di tempat tersebut sepertimana tahun-tahun sebelumnya.
Perhimpunan tersebut, yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan kira-kira 47 NGO, bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan tentang janji-janji yang tidak ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil.
Namanya itu sebagai satu ingatan selaras dengan tema sambutan rasmi sambutan hari Kebangsaan, iaitu 'Janji Ditepati'.
Sebelum itu, ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah menerima surat dari pihak polis, hanya lapan jam sebelum perhimpunan jam 11 malam itu, memaklumkan kepadanya bahawa ia menyalahi undang-undang, tetapi beliau tidak beralah.
Menjelang jam 9 malam, orang ramai mula menuju ke Dataran Merdeka, tetapi mendapati medan bersejarah itu dan jalan-jalan
berdekatan telah ditutup, dengan papan tanda yang berbunyi, "kawasan ini ditutup untuk semua aktiviti", atas perintah Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Ketua Polis Dang wangi, ACP Zainuddin Ahmad bersama 205 anggota polis berada di situ untuk menguatkuasa perintah tersebut.
Apapun, orang ramai di kedua-dua belah hujung kawasan yang ditutup polis itu semakin ramai, dengan penyokong Janji Demokrasi bertumpu di di sekitar persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak.
1. Pak Samad isytihar 'Janji Demokrasi' berjaya
2. Puisi Pak Samad seru raikan 'Janji Demokrasi'
3. Pak Samad: Saya sentiasa berusaha cari damai
4. Pak Samad: Polis salah faham, 'Janji Bersih' terus
Penganjur 'Janji Demokrasi' kutuk lelaki tunjuk punggung pada gambar PM, isteri'
Penganjur
himpunan Janji Demokrasi hari ini berkata pihaknya tidak tahu menahu
mengenai perbuatan seorang lelaki menunjukkan punggungnya pada gambar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri
Rosmah Mansor.Ahli jawatankuasa kerja Gabungan Janji, Maria Chin Abdullah berkata insiden itu nampaknya berlaku di seberang tempat di mana pihak penganjur berada di Dataran Merdeka malam tadi.
Ketika dihubungi, Maria berkata pihaknya tidak sama sekali menyokong perbuatan seumpama itu. Malah, kata Maria, pihaknya telah meminta orang ramai jangan membawa sebarang sepanduk.
Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.
Gambar mereka dibariskan di atas tanah, berhampiran daisies kuning dan bandana dengan perkataan 'Janji Bersih'.
Manakala dalam video yang dimuat naik ke YouTube oleh blogger pro-BN Yuseri Yusoff, orang ramai memijak gambar Najib dan Rosmah yang telah koyak, yang dikatakan selepas insiden tersebut.
Ramai yang berbuat demikian memakai baju kuning manakala ada yang dilihat sengaja menghentak kaki pada gambar dalam video itu, yang nampaknya seperti dirakam di penjuru Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.
Satu lagi blog pro-BN, Gossip Rakyat (GR), mendakwa pemuda yang menunjukkan punggungnya itu telah dikenal pasti.
'Majoriti rakyat' di himpunan Janji Ditepati, kata Najib
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata peserta himpunan Merdeka 55:
Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan rakyat majoriti
yang cintakan negara.
Beliau menyifatkan demikian dalam ucapannya malam tadi dengan membandingkan para hadirin ke perhimpunan tersebut dengan sejumlah 10,000 peserta Janji Demokrasi yang berhimpun di tepi Dataran Merdeka pada Khamis malam.
"Malam ini malam majoriti rakyat yang menunjukkan semangat rakyat yang cintakan negara.
"Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini golongan majoriti yang berhimpun," katanya.
Beliau juga menyifatkan perhimpunan sebagai cukup hebat dan berjaya berjaya berbanding perhimpunan Janji Demokrasi.
"Malam ini lebih bertenaga dan berinspirasi (berbanding malam semalam).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang bertindak sebagai penganjur juga gembira kerana majlis itu dipenuhi oleh golongan yang disifatkannya sebagai "pejuang" yang bersatu-padu dalam perjuangan.
"Kita satu hati, satu jiwa, satu perjuangan.
"Sebab itu setiap kerusi yg ada dalam Stadium Bukit Jalil ini penuh diduduki pejuang-pejuang kita," katanya dalam ucapan ringkas selama kira-kira enam minit.
Beliau kemudian mengumumkan bahawa majlis itu berjaya memecahkan rekod himpunan pengguna Twitter terbesar dunia .
Menurutnya, majlis itu berjaya menghimpunkan 10,128 orang dengan catatan 3,611,323 tweet dalam masa sejam di antara jam 8.15 malam ke 9.15 malam.
Laporan Bernama pada malam tadi mendakwa, program tersebut dihadiri lebih 150,000 orang.
Beliau menyifatkan demikian dalam ucapannya malam tadi dengan membandingkan para hadirin ke perhimpunan tersebut dengan sejumlah 10,000 peserta Janji Demokrasi yang berhimpun di tepi Dataran Merdeka pada Khamis malam.
"Malam ini malam majoriti rakyat yang menunjukkan semangat rakyat yang cintakan negara.
"Malam tadi bukan golongan majoriti, malam ini golongan majoriti yang berhimpun," katanya.
Beliau juga menyifatkan perhimpunan sebagai cukup hebat dan berjaya berjaya berbanding perhimpunan Janji Demokrasi.
"Malam ini lebih bertenaga dan berinspirasi (berbanding malam semalam).
'Pecah rekod Twitter'
"Malah,
kalau saya guna istilah sempoi dan cool inilah gambaran semangat yang
dapat kita terapkan malam ini," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin
dalam stadium dengan muatan hampir 90 ribu orang itu.Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim yang bertindak sebagai penganjur juga gembira kerana majlis itu dipenuhi oleh golongan yang disifatkannya sebagai "pejuang" yang bersatu-padu dalam perjuangan.
"Kita satu hati, satu jiwa, satu perjuangan.
"Sebab itu setiap kerusi yg ada dalam Stadium Bukit Jalil ini penuh diduduki pejuang-pejuang kita," katanya dalam ucapan ringkas selama kira-kira enam minit.
Beliau kemudian mengumumkan bahawa majlis itu berjaya memecahkan rekod himpunan pengguna Twitter terbesar dunia .
Menurutnya, majlis itu berjaya menghimpunkan 10,128 orang dengan catatan 3,611,323 tweet dalam masa sejam di antara jam 8.15 malam ke 9.15 malam.
Laporan Bernama pada malam tadi mendakwa, program tersebut dihadiri lebih 150,000 orang.
Komik propaganda diedar pada sambutan merdeka Najib
Pengedaran
komik misteri tanpa nama pelukis dan penerbit pada himpunan Hari
Merdeka semalam menimbulkan tanda tanya memandangkan sambutan itu
sebelum ini diuar-uarkan sebagai program yang bukan bersifat politik.
Komik setebal 20 halaman bertajuk "Janji Ditepati Daripada PM Untuk Rakyat" itu sarat dengan komik yang memuji inisiatif kerajaan dan juga kandungan yang menyindir pembangkang secara tidak langsung.
Ia dikesan diedarkan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum acara utama yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermula pada sebelah malam.
Satu daripadanya komik berkenaan menggambarkan seorang isteri memarahi suaminya kerana mahu menggunakan duit RM100 daripada bantuan persekolahan anak mereka untuk "belanja pasar".
Dalam komik propaganda tersebut, suami wanita itu digambarkan ingin berbuat demikian kerana tiada duit kerana terlalu "asyik melangut depan pentas ceramah".
Satu lagi komik menunjukkan seorang lelaki marah-marah kerana tidak boleh lagi 'buat demo dan hasut orang' selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.
Kedua-dua watak lelaki itu digambarkan berkopiah putih dan berbaju Melayu hijau serta sentiasa buruk sangka terhadap inisiatif kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Karikatur yang digambarkan dengan watak sama turut dipaparkan lebih daripada lima kali dalam komik itu yang diedarkan secara percuma.
Reka huruf "Janji Ditepati" dengan latar belakang tompokan cat air warna-warni yang biasa digunakan dalam bahan kempen BN pula digunakan untuk menghiasi muka hadapan komik itu.
Pada muka surat 12 komik itu pula seorang bapa digambarkan menadah tangan ke langit seperti berdoa tetapi mengucapkan terima kasih kepada PM dan bersyukur kerana keluarganya mempunyai langsir baru untuk hari raya yang dibeli daripada Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.
Di halaman sembilan pula, komik tersebut memaparkan seorang lelaki bersongkok menyifatkan seorang lelaki lain sebagai 'berotak Yahudi" kerana mahu memfitnah BN menggunakan sihir dan ilmu hitam pada peti undi pilihan raya.

Ramli Yaacob · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda.
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)
Tajudin Yaakob · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
edarkanlah komik, risalah dan bahan propaganda apa sekali pun......yg pastinya pas, pkr dan dap akn tawan putrajaya.InsyaAllah....
Harun Jaafar · Pengulas Tertinggi · Universiti Kebangsaan Malaysia
Rakyat Malaysia sedang hidup dalam era pascamoden sekarang ini. Setan UMNO sendiri telah memperakui bahawa kini rakyat Malaysia bertambah cerdik dan kaya maklumat. Tidakkah mereka terfikir bahawa pengedaran komik propaganda yang low class itu tidak mampu menipu apalagi menukar persepsi buruk rakyat terhadap mereka. Akhirnya komik itu akan menjadi senjata makan tuan. Mampukah Setan UMNO bayar kepada semua pembaca komik itu seperti mana mereka dibayar untuk datang ke Stadium Nasional? Pakai otaklah sikit !!!
Lim Tien Hong · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
erm... kenapa berita ini tidak dilaporkan oleh berita perdana? kerja siapa ini?
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Alahai, apa lah malangnya nasib umno/bn & pokjib. Ntah siapa punya nasihat/konsultansi yg buat bnda bodoh sebegini! Cuba kita fikir sejenak, apakah implikasi dari penyebaran komik propaganda tersebut. Semua hadhirin yg hadhir smlm (separuh darinya hasil kerahan/dibayar upah) akan nmpak negatif & betapa terdesaknya kempen umno/bn tersebut. Krn sgala2 yg dipaparkan dlm komik itu adalah berbentuk putar belit. Sbagai contoh, cuba baca keratan ini: 'Di halaman sembilan pula, komik tersebut memaparkan seorang lelaki bersongkok menyifatkan seorang lelaki lain sebagai 'berotak Yahudi" kerana mahu memfitnah BN menggunakan sihir dan ilmu hitam pada peti undi pilihan raya.' Sekilas pembaca membaca part ini, umno/bn lah yg kena balik. Krn saya agak yakin & pasti, mereka semua tahu siapakah yg sbnarnya byk buat fitnah terhadap PR selama ini (antaranya dlm media perdana). & komik ini sendiri sekali lagi buat fitnah mengikut penilaian mereka. So, siapa yg rugi skrg?? Malang sungguh, program smlm dibukit jalil yg sepatutnya menjadi majlis peringati kemerdekaan, menjadi mlm bn mendapat impak negatif dari hadhirin...
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Klau lah komik tersebut x diedarkan, mungkin kem bn x dpt impak negatif dikepala hadhirin yg membacanya. Himpunan smlm simply merosakkan imej bn itu sendiri dek krn komik propaganda mengarut yg dipaparkan. Wahai bn! Anda x nmpakkah bahawa taktik anda memakan diri anda balik? Sbb tu la, jgn asyik sonok buat fitnah/memburukkan org lain. Kan da terkena!...
Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi · SMPUTERA
Keratan ini antara hujah saya mengapa komik tersebut hanya memburukkan lagi kem bn. 'Komik setebal 20 halaman bertajuk "Janji Ditepati Daripada PM Untuk Rakyat" itu sarat dengan komik yang memuji inisiatif kerajaan dan juga kandungan yang menyindir pembangkang secara tidak langsung.'
Klau kita buat baik, x pyh dok kecoh2 dlm komik propaganda sebegini. Dok bangkit2kan, simply buat rakyat nmpak kita x ikhlas. Sperti memberi sesuatu utk dpt sokongan rakyat. Kan ke tu kje bodoh? Dah la citer fitnah ttg PR yg x mungkin pembaca percaya, ditambah lagi mengungkit pemberian kerajaan. Ini hanya buatkan siapa2 yg baca naik menyampah...
Ramli Yaacob · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda.
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”". Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)
Firdaus Bin Omar · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Dari dia orang mengarut tak tentu pasal, baiklah dia orang beli Al-Quran digital dari Kamal Abu Kassim ni...
https://www.facebook.com/penAlmubarak
Nani Ariffin
Demi utk mmpertahankn kuasa berkempen sampai begitu teruk sekali..utk meraih simpati rakyat.."sorry to say NO.. najib.. tumbangkan BN dlm pru13 nanti..
Bulan Bintang · Pengulas Tertinggi · Anadolu University
YOOO........ UMNO jadi SYAITAN - Mahathir
UMNO jadi KARTUN - rais ketam
kauhkuahkauhahaaa
Lurus Bendul · Pengulas Tertinggi
ini ke Meroyan!!! tampa melahirkan anak!!! lumrahnya meroyan ini berlaku !! bila lepas bersalin!!! ini kes meroyan yang terlampau!!!!
Borneo Menggugat · Langgani · Pengulas Tertinggi · Kota Kinabalu
SYAITAN ADALAH SAHABAT KARIB KAMI (UMNO/BN) YG TELAH KAMI KENALI SEJAK 55 THN YG LALU ....... HE.HE.HEEEEE .... MAZHAB BARU AGAMA
KUBURKAN SYAITAN DLM PRU 13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan