Selasa, 4 September 2012

ADAKAH ORANG BEGINI DAN BEGITU...BOLEH MEMIMPIN...ADAKAH ORANG2 NI AMANAH....ADAKAH ORANG NI IKUT PERINTAH ALLAH...JIKA MEREKA TAK IKUT DAN MENAFIKAN...MEMANG MEREKA TAK LAYAN MEMIMPIN







Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang -cat merah dan pecah cermin.
Posted on Friday, August 31 @ 22:57:01 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Salam

Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB jam 5pagi -cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela
KEADILAN akn buat sidang media serentak di Kota bharu & ibupejabat pg ini kecam usaha gagalkan jelajah #merdekarakyat, bentang gambar
Sambutan luarbiasa jelajah mdeka rakyat di bentong,benta,gua musang,kkrai,machang dan tmerah gentarkn lawan,walhasil bas dipecahkn!!!

Sehari selepas rakyat Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55, satu lagi titik hitam bertambah dalam tragedi demokrasi di negara ini.
Gambar di atas menunjukkan betapa terdesaknya pihak UMNO/BN dalam menggagalkan sebarang usaha Pakatan Rakyat untuk  mendekati rakyat.

Dalam keadaan media yang berat sebelah dan hampir setiap masa mengampu kerajaan serta memburukkan Pakatan Rakyat, bas seperti ini juga mahu diganggu.

 Semuanya Mufti bisu kelu "BN SYAITAN" yang dikenali.
Posted on Friday, August 31 @ 21:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: mohdnoorawang

"Tun Mahathir bekas perdana menteri berkuasa selama 22 tahun secara ala kuku besi dan dipenuhi dengan gejala rasuah dan kronisma. Dukacitanya Mahathir melebelkan "Barisan nasional bagaikan syaitan yang dikenali", cakap Mahathir cukup celupar menggunakan kaedah perumpamaan inggeris.

Ingat Mahathir watak-watak syaitan tempatnya adalah neraka jahanam. Sanggupkah Mahathir menyerupai syaitan yang berwatakan manusia dan saggupkah Mahathir menjadi syaitan yang dikenali dan dihumbangkan kedalam neraka?.

Kita rasa agak peleik dan anih seorang yang berugama Islam sanggup menjadi syaitan dan meniru syaitan. Malah tidak ada tindakbalas secara nasihat dari Pejabat ugama Negeri dan Jabataan Kemajuan Islam Malaysia membetulkan secara ilmiah dan betul mengikut ajaran Islam terhadap hujjah Mahathir tersebut.

Kedua sungguh malang cerdik pandai yang opakar dalam bidang atau jurusan ugama Islam termasuk MUFTI seluruh negeri dalam Malaysia membetulkan pertuduhan dan pertuturan serta perbandingan Mahathir BARISAN NASIONAL DENGAN SYAITAN.

Malah apa yang berlaku jabatan Mufti atau Jabatan Ugama Negeri tidak sehaluan atau sekata dengan pemerintah atau menteri besar yang memerintah sebuah negeri terutama negeri dibawah payung pakatan rakyat.

Wahai mufti seluruh negeri lakukan teguran yang betul berlandaskan  al-Quran dan Sunnah Rasullulah saw. dalam setiap peristiwa dan percakapn pemimpin atau ketua negara.

Ucapan Mahathir atau perbandingan Mahathir "BN Syaitan Yang dikenali....." cukup bahaya dan ada unsur unsur syirik . Wahai Mahathir buatlah perbandingan yang tidak menyuntuh atau meroskkan keimanan.

Kita tunggu juga dari "ngos" yang Islam/Melayu  memberi respon terhadap ucapan Mahathir, dimana JATI, Perkasa, sebagai *****uh.

Kepada Mahathir cukuplah dan berhentilah membuat ucapan yang bukan buykan terutama tentang ugma dan aqidah Islam . Cukuplah 22 tahun Mahathir telah menghancurkan seluruh bangsa Melayu dan Tanah Melayu.

Jasa Mahathir cukup bagus, kami juga sanjung jasa mu!. Dalam masa yang sama cukup banyak Mahathir melakukan dan menghancurkan bangsa Melayu dan Tanah Melayu dalam semua bidang. Terbukti sekarang apa yang dilakukan oleh Mahathir selama22 tahun dari sudut politik, bangsa dan negara serta hak hak orang Melayu dalam semua bidang, terutama dalam bidang pelajaran."


 Pertubuhan Peladang Selangor keluarkan balak Gunung Angsi
Posted on Friday, August 31 @ 20:02:49 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Susulan daripada lawatan ke jajaran Gunung Angsi untuk melihat aktiviti pembalakan secara lebih dekat didapati papantanda lesen pembalakan diberi kepada Pertubuhan Peladang Negeri Selangor yang beralamat di Menara PPNS, Pusat Dagangan UMNO, Shah Alam. Manakala Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor ialah Dato' Hj. Zainal b. Dahalan yang merupakan AJK Umno Sabak Bernam, pernah menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada 14 Disember 1999, juga pernah menjadi Speaker DUN Selangor dan Ahli Parlimen Sabak Bernam



>Kontraktor yang dilantik untuk melakukan aktiviti pembalakan pula ialah Deilek Putso Timber Trd, dengan keluasan kawasan lesen seluas 445.5 hektar (1100.8 ekar).Utusan Malaysia pada 13 Jun 2012 melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tanah seluas 404.685 hektar itu bukan tanah milik kerajaan, tetapi adalah tanah milik syarikat atau koperasi dari Selangor yang dibeli daripada lelongan awam yang dibuat pihak Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, beberapa tahun lalu.

''Kawasan itu sebenarnya yang telah diberi milik lama dulu sebelum saya menjadi Menteri Besar lagi dan telah bertukar milik banyak kali sehinggalah akhirnya dibuat lelongan awam oleh Danaharta dan diberikan kepada satu syarikat atau koperasi dari Selangor.

Berita bergambar sepenuhnya di mohdtaufek.blogspot.com"


 Gambaq Merdeka yang paling sakit hati...
Posted on Friday, August 31 @ 10:00:34 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: paklongdin

"

Salam semua...


Sakit hati betoi Pak Long tengok gambaq neh... membaziaq, rai kemerdekaan kepala hotak hangpa lagu neh...
Idea sapa tak tau la, nampak memang bangang sungguh. Buat malu kat Mak Long hang ja... nampak sangat tak khatam hukum... Tu la, ikut lagigerombolan setan yang dikenali rakyat tuh... jadi lagu ni la...
Kita tak tau cerita betoi, sebab tu Pak Long pun tak la tunjai-tunjai dahi si petugaih tuh... mungkin dia pun makan upah. Tapi lain kali Nah oiii, hang cari la upah kerja yang jenih lain... jangan dok menempek keja buat ala-ala setan tuh... tolong Mak Long hang pi bendang pun baguih...
Nik Maznah Nik Mamat, 50 (kiri) ngan si Nurul Syazliana Mohd Sukarno, 27  tekun menyiapkan bentuk Jalur Gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar di Sekolah Menengah Panglima Raja sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Seramai 300 orang bergotong-royong bermula 29 Ogos dan sebanyak 2,500 Kg pulut digunakan...
Ishhh....
Hangpa nampak ka apa yang Pak Long nampak?
Memang la yang nampak tu depa pakai beraih pulut boh kaler kemdian tempek buat bendera. Yang tu semua orang nampak.
Tapi apa yang Pak Long nampak kat setiap butir beraih pulut tu adalah jerit perih sorang pompuan tua sedang menuai padi... tengah panaih di bendang. Dia tersenyum puaih, rezeki Allah amat luaih... petanda penat lelah dia terhasil sudah...
Agak-agak hangpa, pompuan tua ditengah bendang tu tau ka sapakah orang yang akan dapat makan hasil tuaian dia?
Dia tentu berbangga kalau kita jamah hasil tuaian dia dengan bismillah, jamu orang buat amal jariah... Dia tentu lebih puaih kalau dia tahu sebahagaian dari hasil tuaian dia dapat bagi tenaga untuk umat Muhammad menambah ibadat pada yang Esa...
Tapi, berbanggakah dia kalau dia tau hasil penat lelah dia apatah lagi setelah bergantang-gantang peluh tumpah ke bumi, pi buat lagu tu?
Ishhh...
Hangpa tau ka Merdeka tu menatang apa?
Apa yang hangpa cari nak isi Merdeka neh? 
Lagu ni ka cara kita nak raikan Merdeka?
Ishhh...
Sakit hati betoi laa...
Wassalam...





Pemimpin PAS Terengganu "janganlah Gong" @ Besar Kepala
Posted on Friday, August 31 @ 09:49:35 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: mohdnoorawang

"Negeri Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia cukup bersedia menghadapi PRU12 melawan BN/UMNO. Malah pembahagian kerusi diantara DAP, PKR dan PAS hampir menjadi kenyataan bersama. Namun lain cerita di Terengganu, politik dan semangat  rakyat terengganu, terutama pemimpin PAS disemua peringakat ditahad yang agak muram. Mungkin kepimpinan PAS Negeri Terengganu dibawah payung atau teraju Pesuruhjaya Haji Wahid Endut merangkap ahli Parlimen Kuala Terengganu dan wakil rakyat Dun Wakaf Mempelam lemah dan lembat.

Dalam ruang TKO yang terdahulu termasuk ditulis oleh peminat TKO yang lain banyak mengupas kekuatan dan gerak kerja PAS Terengganu sebaik sahaja diteraju oleh Haji Wahid Endut dan saf kepimpinan yang ada bersama agak merundum dan tidak bermaya.
Jesteru itu ada perkara perkara yang seharusnya diputus bersama dengan kawan dan pakatan rakyat terutama PKR Negeri Terengganu dalam pembahagian kerusi Dun dan parlimen. Buanglah rasa "gong' dan 'besar kepala' dan 'rasa kuat'.
Dari risikan yang boleh diterima pakai PAS Terengganu tidak mampu menawan semula dan kekal dengan kerusi yang sedia ada sekarang. Untuk rekod PAS Terengganu memiliki Dun Wakaf Mempelam, Rhu Rendang, Bukit Payung, Ladang, Batu Buruk , Manir dan Bukit Tunggal.
*****uh terakhir ialah jamuan dan perjumpaan dengan anak rantau pada  hari raya puasa dan jamuan hari raya puasa/rumah terbuka kawasan Parlimen Marang tidak mendapat sambutan yang boleh dibanggakan. Malah yang menyedihkan tidak ramai pemimpin kanan PAS negeri Terengganu hadir dalan peristiwa tersebut. Dimana silapnya? atau pemimpin Pas Terengganu yang diterajui oleh Haji Wahid Endut  tidak mendapat sokongan padu dari semua lujnah atau sayapnya?.
Namun belum terlambat, ayuh kita gerak dan kita padukan perpaduan dalam PAS dan pakatan rakyat terutama dengan PKR ( diambil kira senario di Terengganu). Jalinkan satu semangat setiakawan dan tolak ansur. Terengganu hanya kaum melayu yang mendominasikan lanskap politik , tidak sama dengan negeri negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.



Malah rakyat Terengganu dan pemerhati politik yang celik dapat menghidu kepimpinan PAS Terengganu tidak sebulu dan selincin dengan pemimpin PKR Negeri dan PKR Pusat. Jangan kita merasai kuat dan mampu jika tidak bersama dengan PKR.

Akhirnya kami meminta agar pemimpin PAS Terengganu yang ada sekarang berlapang dada dalam membuat keputusan dan menerima teguran dari semua peringakat.  Dengan kata lain jangan ada BUAH GONG dan Besar Kepal. Terimalah hakikat PAS Terengganu disemua peringkat lemah dan ketandusan gerakkerja.
Malah ada PAS cawangan atau Dun di Terengganu lebih kehadapan dalam gerakkerja parti dan masyarakat sehingga mengatasi gerakkerja diperingkat negeri. Bangkilah dari mimpi disiang hari atau mimpi waktu naik fajar. Kerana waktu mimpin ini diselit dengan unsur unsur tidak baik.

 Tun Mahathir Mohamad perkenal status Quonya
Posted on Friday, August 31 @ 00:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: anaabdullah

"Datuk Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan yang juga musyidul Am Pas berkata Bahaya ketika mengulas cakap cakap Tun Mahathir bahawa lebih baik syaitan berbanding malaikat yang tidak dikenali.

Dr Harun Din Timbalan Musyidul Am PAS Malaysia turut mengulas cakap cakap Tun Mahahtir Mohamad bekas perdana menteri ke 4 yang masih berperanan besar dalam kerajaan umno/BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Oleh kerana Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik dan Dr Harun Din belum kenal status qua Tun Mahathir Mohamad maka pada penulis cakap cakap itu merupakan suatu kejelasan, itulah status qua bekas perdana menteri yang paling lama memerintah Negara ini.

Yang peliknya mengapa kita belum mengenali status qua bekas perdana menteri yang pernah mempersenda sendakan hukum hudud.Alasan terbarunya, yang dia hanya tolak hudud PAS dan tak tolak hudud Islam.

Macam juga iblis.sering berdolak dalih. Iblis pernah beri tahu, Orang yang iblis (syaitan) benci ialah Rasulullah SAW. Bukan setakat itu saja,Tun Mahathir pernah mempersenda sendakan janggut Nabi SAW. suatu masa dulu.

Siapa yang suruh Tun Mahathir berkata demikian? Mustahil malaikat yang suruh. Sudah barang tentu iblislah yang menyuruhnya, kerana Rasulullah SAW merupakan orang yang sangat dibencinya.

Siapa yang memaksa Tun Mahathir? sudah tentu iblis.Lebih lebih lagi dia sangat mengenali iblis berbanding malaikat.

Persoalan bahaya tidak menjadi sebarang perhitungan, kerana iblis sah ahli neraka dan kekal selama lamanya.

Oleh itu, mengapa perlu hairan dengan cakap cakap Tun Mahathir baru baru ini, sedangkan sudah banyak kata kata membabitkan rosak akidah diucapkan sepanjang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu.

Pada penulis cakap cakap Tun Mahahtir Mohammad itu bertujuan untuk rakyat di Negara ini kenali status qua bekas perdana menteri yang paling lama memerintah Malaysia ini.

Yang peliknya masih ramai rakyat Negara ini tidak kenali status qua Tun Mahathir. Sebagai kejelasan yang nyata bahawa cakap cakap lebih baik iblis (syaitan) yang kita kenal berbanding malaikat yang tidak dikenali sebagai “tredmake” itulah Tun Dr Mahathir Mohammad yang belum mendapat hidayat dan petunjuk Allah..."

 Harga getah jatuh merudum, penoreh ikat perut.
Posted on Thursday, August 30 @ 23:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Baling, 29 Ogos 2012: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.

Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.

Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.

"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.

Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.

Tidak dinafikan tambah beliau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.

"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.

Sumber: harakahdaily.net"

 Saham FGV: Rupa-rupanya Peneroka Kena Bayar!!!
Posted on Wednesday, August 29 @ 18:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: laniismaa

"Entah kenapa, tiba-tiba ada dividen interim sebanyak RM400 kepada semua peneroka hasil daripada keuntungan penyenaraian saham FGV.

Betul ke tidak? Macam nak kejar undi. Baru senarai dah boleh bagi dividen. Interim tu nak bagi kelabu sikit. Untung sangat ni!!

Satu lagi, 800 unit saham [tak sampai satu lot pun] yang diriuhkan peneroka akan dapat, rupa-rupanya kena bayar!!! Felda dan Najib ada sediakan pinjaman tanpa faedah lagi. Nganga lagi peneroka kali ini, sesak nafas ditipu Najib.

Kalau tak ada duit, kalau tak mahu pinjam, melepaslah saham tersebut. Lagi sekali peneroka nganga…

Peneroka akan berhutang sampai liang lahadlah kalau begitu!!

SiniKini.com"



Sejarah Mohor Besar Amerika
Posted on Wednesday, August 29 @ 17:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kakuzu_akatsuki

"AMERICA GREAT SEAL
SEJARAH MOHOR BESAR AMERIKA


Oleh : Urang Ulu



SEJARAH MOHOR BESAR AMERIKA

Sifat semulajadi mohor besar begitu misteri sehinggakan sebahagian orang percaya bahawa ia berasal dari kekuatan alam ghaib. Satu kisah direkodkan oleh Dr Robert Jerome dalam bukunya "Founding Father Secret Societies", mengatakan bahawa mohor besar itu diberikan kepada Thomas Jefferson oleh satu lembaga berpakaian misteri. Kisah yang menceritakan bahawa Jefferson menceritakan sebuah kisah yang aneh:

Seorang lelaki mendekatinya memakai jubah hitam yang menutupi wajah dan kesemua dan memberitahu kepadanya bahawa dia pengunjung aneh tahu mereka cuba untuk mereka sebuah mohor, dan bahawa dia mempunyai reka bentuk yang sesuai dan bermakna. Dan dia kemudian menunjukkan kepada orang lain dan dia memberitahu mereka tentang bertemu orang ini di luar, seterusnya mereka pergi ke luar untuk pergi untuk mencari orang itu dan dia telah pun hilang.


Thomas Jefferson yang menerima rekaan mohor Amerika daripada seorang lelaki memakai jubah hitam.



Buku Founding Father Secret Societies oleh Dr Robert Jerome

Jadi dikatakan kita tidak akan mengetahui siapa yang mereka bentuk mohor besar Amerika Syarikat.

Sementara Dr Jerome mengakui bahawa dia curiga mengenai kisah-kisah seperti itu namun ada orang lain yang mendakwa percaya hingga hari ini. Mungkin ada hubungannya dengan John Adams yang berada di jawatankuasa mohor pertama dengan Thomas Jefferson. Menurut cerita Retny, John Adams berada di sana ketika peristiwa aneh ini berlaku. Anehnya memorial Adam di Washington DC dihiasi dengan lembaga berpakaian misteri.



John Adams yang merupakan Presiden Amerika ke-2 (1797–1801)



Memorial John Adam di Washington DC

sumber > http://rahsiaisidunia.blogspot.com/"




 Lembu punya susu sapi punya nama.
Posted on Wednesday, August 29 @ 21:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: psondokon

"Aku benar-benar celaru dan keliru. Sudah bertahun-tahun tarikh 31 Ogos menjadi tarikh keramat kerana kononnya inilah tarikh Malaya merdeka dari penjajah British. Banyak peristiwa-peristiwa perjuangan tentera kita melawan komunis ditayangkan di skrin tv.

Tetapi baru-baru ini kita diberitahu bahawa kita tidak pernah dijajah. Dan yang memberitahu itu bukan penjual ikan di pasar atau peniaga pasar malam. Mereka adalah profesor-profesor dan mantan perdana menteri. Kalau kita tidak pernah dijajah, apakah perjuangan-perjuangan itu?

Mengikut takrif, kemerdekaan adalah pembebasan dan dalam konteks ini bebas dari belenggu Inggeris. Tetapi jikalau Inggeris tidak pernah menjajah kita, maka kita ini sama seperti Thailand, tidak pernah dijajah. Habis sambutan 31 Ogos itu untuk apa?

Jauh di lubuk hati kita, kita tahu Inggeris telah mengaut hasil kita berabad lama. apakah ini bukan penjajahan atau ini sumbangan kita pada Inggeris?

Kita tahu dari sejarah-sejarah lama, telah bangun wira-wira yang menentang Inggeris kerana mereka menjajah kita. Ada beberapa kumpulan kanan dan kiri berjuang menuntut kemerdekaan. Parti Komunis Malaya, API, AWAS dan lain-lain lagi bangun menentang. UMNO belum lahir lagi. Kita juga tahu UMNO dilahirkan oleh British untuk menerima kemerdekaan. UMNO tidak pernah berjuang menentang British. Tidak ada pemimpin UMNO yang dipenjarakan oleh British. Tetapi UMNO yang mendabik dada hari ini mengaku berjuang.

Aku rasa sudah sampai masanya sejarah ditulis kembali dan meletakkan yang hak di tempatnya. Iktiraf perjuangan mereka-mereka itu walau pun mereka tidak seiringan dengan kerajaan hari ini."

 Malaysia dah jadi pekan koboi angkara jenayah meningkat
Posted on Thursday, August 30 @ 18:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"29 Ogos 2012, KUALA LUMPUR – Kira-kira 40 peniaga di Kawasan Perindustrian Taman City, Segambut di sini terpaksa menjalankan perniagaan menerusi celah-celah jeriji kedai demi keselamatan nyawa mereka.



Mereka yang merupakan peniaga alat ganti kenderaan di Jalan Selingsing di sini terpaksa berbuat demikian berikutan peningkatan kes jenayah samun bersenjata di kawasan itu sejak dua bulan lalu yang adakalanya sampai empat kes dalam sehari.

Tinjauan Kosmo! mendapati setiap peniaga berada dalam keadaan berwaspada dan akan melihat ke luar pintu kaca dan jeriji premis perniagaan setiap kali mereka ternampak kelibat orang yang lalu di hadapan kedai mereka.

Seorang pemilik kedai yang hanya mahu dikenali sebagai Lau, 40, berkata, dia kini terpaksa menjalankan perniagaan dengan mengunci pintu jeriji kerana masih trauma dengan kejadian disamun pada 26 Jun lalu.

“Kedai saya diserang tiga lelaki yang bersenjatakan parang kira-kira pukul 5.30 petang dua bulan lalu ketika saya hendak menutup kedai.

“Mereka langsung tidak takut walaupun kegiatan jenayah itu dilakukan pada siang hari malah mereka menyamun tiga buah lagi kedai lain selepas berjaya melarikan RM6,000 dari kedai saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Jelasnya, keadaan jenayah di kawasan itu sangat teruk berbanding dua tahun lalu.

“Jika sebelum ini hanya jenayah ragut dilaporkan berlaku namun kini penjenayah berani menyamun premis perniagaan,” ujarnya.

Menurutnya, bukan sahaja golongan peniaga, malah pekerja di kawasan tersebut turut disamun dan diragut ketika mereka pergi dan pulang daripada bekerja.

“Perniagaan saya terjejas teruk apabila saya nekad berniaga dengan keadaan pintu kedai berkunci bagi mengelakkan disamun buat kali kedua.

“Jumlah pelanggan pula semakin kurang kerana siapa yang mahu membeli barang dari kedai yang berkunci kerana mereka perlu memilih dan melihat barangan yang diperlukan,” ujarnya.

Beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang yang terletak kira-kira 4.1 kilometer dari taman itu pada hari kejadian.

Seorang lagi peniaga alat ganti jentera berat, Ng Chee Heng, 40, berkata, dia terpaksa berniaga dengan mengunci pintu kaca kedainya demi keselamatan.

Sumber: kosmo.com.my"

 Kenapa Menteri Taiwan Berkempen Kencing Sambil Duduk?
Posted on Wednesday, August 29 @ 13:29:31 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: abuhikam

"Nabi Muhammad SAW mencontohkan umatnya untuk duduk atau mencangkung ketika buang air kecil. Meski bukan seorang muslim, tapi Menteri Alam Sekitar Taiwan, Stephen Shen mencontohi anjuran Rasulullah SAW apabila membuang air kecil dengan cara duduk.
Sang menteri ini telah mengusulkan agar masyarakat Taiwan membuang air kecil dengan cara duduk. Usulan mengikuti sunnah Rasulullah SAW itu khusus untuk para pria yang didapati selalu membuang air kecil dengan berdiri. Badan Perlindungan Alam Sekitar  Taiwan (EPA) mengungkapkan bahawa si Stephen memang selalu duduk bila buang air kecil, baik di rumah ataupun di tandas umum.




Badan itu mengatakan, kebiasaan kencing dengan duduk seperti yang dilakukan perempuan akan menciptakan lingkungan yang lebih bersih. Para pejabat Taiwan mengatakan akan meminta pemerintah daerah memasang tanda di tandas-tandas umum berisi anjuran agar pria duduk bila buang air kecil.

Seperti dipetik Yahoonews.com, anjuran ini adalah sebagian dari kempen kebersihan tandas umum di Taiwan.   Masa ini terdapat lebih kurang 100 ribu tandas umum tersebar di Taiwan. Tandas-tandas tersebut saat ini jauh lebih bersih dibandingkan sebelumnya.  "Namun sejumlah tandas ini  masih berbau hancing karena cipratan air kencing pria," kata EPA.

Nantinya, papan tanda menganjurkan pria membuang air kecil cara duduk akan dipasang di tandas umum di sekolah-sekolah, stesen kereta, bandara, hingga terminal bus. Meski pun cadangan itu baik, terdapat jugak bantahan dan berbeda pendapat hangat muncul di dalam internet.

Mayoritas wanita yang memang terbiasa buang air kecil sembari duduk, mendukung cadangan tersebut. Tapi tak sedikit pria yang menentang lantaran sulit mengubah kebiasaan sejak kecil.

Cadangan membuang air kecil sambil duduk bukan kali pertama dikemukakan.  Sebelumnya sejumlah ahli politik sayap kiri di Sweden juga pernah mengusulkan undang-undang baru yang melarang para pria membuang air kecil sambil berdiri.  Beberapa alasan dan keuntungan dari buang air kecil sambil duduk dihujahkan oleh para politisi tersebut.

Partai sosialis dan feminis di Sweden mendakwa keadaan tandas akan lebih bersih dan nyaman apabila seorang pria duduk ketika buang air kecil. Sebab cara tersebut akan mengurangi genangan air dan baik untuk kesehatan pria. Karena buang air kecil sambil duduk akan mengosongkan kandung kencing yang bisa mengurangi risiko kanser  prostat.
"Kami ingin belajar dari Sweden dan Jepun," kata Pengarah Sanitasi Lingkungan dan Zat Beracun EPA, Yuan Shaw-jing, kepada BBC. "Di Jepang, kami mendengar 30 persen laki-laki buang air kecil sambil duduk."

 Ibarat Puasa Sepanjang Masa!
Posted on Wednesday, August 29 @ 16:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: al-bahanj

"

Dari Abu Ayyub radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

مَن ٌصَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ. رَوَاهُ مُسْلِم

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dari bulan Syawwal maka adalah dia seperti berpuasa sepanjang masa.”

(HR Muslim)


Menurut Imam Ahmad, puasa 6 hari di bulan Syawwal boleh dilakukan samada berturut-turut atau tidak berturut-turut. Tiada kelebihan antara kedua-dua cara itu. Sama sahaja.

Sedangkan menurut ulama-ulama madzhab Hanafi dan madzhab asy-Syafi`i, mereka berpandangan lebih utama melakukan puasa 6 hari di bulan Syawwal secara berturut-turut, iaitu sesudah `Eidul-Fitri.

Ada ulama berpandangan dikatakan berpuasa 6 hari dari bulan Syawwal selepas berpuasa di bulan Ramadhan seperti berpuasa sepanjang masa kerana secara umumnya kebajikan yang dilakukan oleh ummat Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam akan digandakan sebanyak 10 kali ganda.

Jadi apabila seseorang berpuasa 1 bulan pada bulan Ramadhan, bermakna kebajikannya digandakan sebanyak 10 kali ganda, iaitu menjadi seperti berpuasa sebanyak 10 bulan.

Dan puasa 6 hari dari bulan Syawwal pula digandakan juga kepada 10, lalu menjadikannya seperti seakan berpuasa selama 60 hari, iaitu 2 bulan.

Ini bermakna, apabila seseorang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, lalu disusuli dengan 6 hari di bulan Syawwal, maka jumlah kebajikan puasa yang diperolehi ialah sebanyak 12 bulan, iaitu menyamai setahun.

10 bulan + 2 bulan = 12 bulan (iaitu setahun)

Jadi, apabila seseorang istiqamah melakukannya saban tahun, bermakna seperti dia berpuasa hampir sepanjang masa.

Allahu A`lam. Itu pandangan sebahagian ulama.

Tiada yang mampu berpuasa selama setahun atau sepanjang masa. Tentunya ganjaran yang dijanjikan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ibarat berpuasa setahun atau sepanjang masa tersebut benar-benar mengujakan mukmin yang selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan. Ia memang ganjaran yang sangat besar.

Mengenai ganjaran pahala sebenar dari amalan puasa itu hanya ALLAH lah yang mengetahuinya dan DIA lah akan membalas mengikut kehendaknya Yang Maha Pemurah. Di dalam satu hadith qudsi ada menyatakan tentang istimewanya ganjaran pahala dari sisi ALLAH buat sesiapa yang berpuasa keranaNYA. ALLAH Ta`ala menyebut:

ِكُلُّ عَمَلِ ابْنِ اَدَمَ لَهُ اِلاَّ الصِّيَامَ فَاِنَّهُ لِي وَ اَنَا اَجْزِي بِه

“Semua amalan anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKU dan AKU yang akan membalasnya.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

ALLAHU A`LAM. Semoga ALLAH Ta`ala menerima amalan kita semua, amin…

muzir.wordpress.com
9 Syawwal 1433
27 Ogos 2012

*Rujukan:
  • Riyadh as-Salihin, Imam an-Nawawi
  • Feqh as-Sunnah, Sayyid Sabiq.


 IKLAN: 7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar Di Dalam Kelas
Posted on Wednesday, August 29 @ 13:34:44 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: najibtun

"Sempena dengan minggu peperiksaan yang tidak lama lagi. berikut merupakan '7 Rahsia TIDAK LUPA apa Yang Cikgu Ajar Di Dalam Kelas'

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada anda yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR dan SPM tidak lama lagi.

MAKLUMAT PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN SEBENAR 2012

(UPSR) Bertulis 11 – 13 September 2012 DOWNLOAD JADUAL
(PMR) Bertulis 9 – 16 Oktober 2012 DOWNLOAD JADUAL
(SPM) Bertulis 5 Nov – 6 Disember 2012 DOWNLOAD JADUAL

Soalan Percubaan Negeri YANG Dijangka Mampu membantu Calon UPSR,PMR & SPM 2012)

SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2012 percuma

UPSR KLIK SINI

PMR KLIK SINI

SPM KLIK SINI

harap membantu

maths-catch.com/blog"

 Sejarah kemerdekaan yang jarang diketengahkan
Posted on Wednesday, August 29 @ 13:47:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: rozmal

"Negeri Sembilan adalah negeri pertama di Tanah Melayu memulakan penentangan terhadap penjajah Inggeris bermula dengan kebangkitan Dato Dol Said di Naning pada tahun 1831. Shamsiah Fakeh anak kelahiran Negeri Sembilan mempunyai sejarahnya tersendiri dalam perjuangan politik dan gerakan kemerdekaan tanahair.
Semua ini , dan beberapa fakta lain mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan yang jarang sekali diketengahkan terdapat dalam buku Politik Kebangsaan di Negeri Sembilan, disusun oleh : Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan, boleh dimuat turun dari laman web http://malaycivilization.ukm.my
Negeri Sembilan adalah negeri pertama di Tanah Melayu memulakan penentangan terhadap penjajah Inggeris bermula dengan kebangkitan Dato Dol Said di Naning pada tahun 1831. Sekitar tahun 1511 – 1784 penentangan terhadap penjajah hanya tertumpu di Melaka.
Dalam beberapa siri penentangan terhadap penjajah yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu di Negeri Sembilan pada era permulaan ialah :
Dato Dol Said di Naning (1831/1832)
Dato Sedia Raja, Nganit, Undang Luak Rembau (1831/1832)
Dato Katas, Dato Muda Linggi (1832)
Dato Shahbandar Tunggal di Sungai Ujong (1874)
Dato Siamang Gagap di Seri Menanti (1874)
Dato Haji Sail di Rembau (1878)
Bilal Ismail di Jelebu (1880)
Dato Nganit, Undang Luak Rembau meninggal dunia di Chengkau pada tahun 1838 dengan kehilangan Tampin sebagai wilayahnya, disebabkan keputusan menentang campur tangan Inggeris di Rembau.
STRATEGI PENJAJAH
Negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan Inggeris melalui strategi yang licin serta berkesan. Mereka melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ bagi menguasai orang-orang Melayu yang sentiasa patuh kepada perintah ketua. Negeri Sembilan yang mengamalkan adat pepatih paling mudah diperangkap, apabila ada di kalangan pembesarnya bersedia menerima tawaran penyandang pesaka.
Disebabkan Dato Haji Sahil menentang segala muslihat Inggeris di bumi Rembau, maka beliau dipecat dalam tahun 1883, dan digantikan oleh Seri bin Sidin menyandang pesaka Undang Luak Rembau. Setelah Inggeris berjaya menggantikan orang yang pro kepadanya, maka dalam tahun 1887 dapatlah dibuat persetiaan yang membolehkan Rembau secara rasmi menjadi jajahan naungan Inggeris.
Kepintaran Inggeris melaksanakan dasar-dasar penindasannya secara diplomasi memang tidak dirasakan oelh orang-orang Melayu. Semenjak campur tangan mereka di Naning hinggalak kepada perjanjian membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu tahun 1895 dengan kuasa di tangan British Residen, orang-orang Melayu tetap menerimanya dengan senang hati.
UNDANG REMBAU
Dato Abdullah meninggal dunia dalam usia masih muda ketika berusia 38 tahun. Beliau meninggal dunia bukan sahaja memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Luak Rembau, malah meliputi seluruh Tanah Melayu.
YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Tuanku Muhammad menaiki takhta pada tahun 1888. Melalui desakan baginda bersama rakan-rakannya akhirnya Inggeris terpaksa menubuhkan Askar Melayu pada tahun 1933. Baginda juga memberi sokongan moral kepada penubuhan sekolah-sekolah agama rakyat (Pondok) di Kuala Pilah. Sekali pun gerakan pondok di Kuala Pilah tidaklah mencabar pemerintah Inggeris, tetapi sedikit sebanyak menjadi pendorong kepada kebangkitan awal semangat kebangsaan di Negeri Sembilan.
SHAMSIAH FAKEH
Terdidik dalam pengajian agama di Padang, Sumatera sebelum menyertai MAZHAR AL-ULUM iaitu pusat pengajian pondok Tuan Guru Maadah di Negeri Sembilan. Oleh itu apabila beliau kembali ke Kuala Pilah tahun 1939 memasuki sekolah agama berkenaan, Shamsiah terus memasuki kelas Tahun Dua. Dilahirkan di Kampung Parit, Kuala Pilah dalam tahun 1923.
Penglibatannya dalam politik lebih serius selepas tahun 1946. Beliau menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Mohd Noor, Ishak Hj Muhamad dan Ahmad Boestamam. Sayap wanita PKMM dikenali sebagai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh sendiri. Di antara tokoh-tokoh yang memimpin AWAS ketika itu ialah Aishah Ghani (bekas Menteri Kebajikan Masyarakat) dan Aishah Hussein (isteri Allahyarham Pak Sako). Sebagai pemimpin AWAS kedudukan Shamsiah dalam politik tanahair ketika itu sebaris dengan Dato Onn Jaafar.
Shamsiah masuk ke hutan meneruskan perang gerila apabila Inggeris mengisytihatkan darurat pada 13 Jun 1948 dengan menahan ramai pemimpin PKMM dan API di bawah Akta ISA.
Oleh itu disamping perjuangan secara perlembagaan menuntut kemerdekaan yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman, perjuangan gerila ini juga salah satu sebab mengapa Inggeris bersedia memberikan kemerdekaan. Sejarah perjuangan Shamsiah Fakeh tetap terukir, sekali pun ada golongan cuba menolaknya. Shamsiah Fakeh anak kelahiran Negeri Sembilan mempunyai sejarahnya tersendiri dalam perjuangan politik dan gerakan kemerdekaan tanahair. Sekalipun penglibatannya tidaklah boleh dikaitkan dengan gerakan pondok Lebai Maadah, tetapi pencapaian Shamsiah Fakeh dalam politik di zamannya mempunyai banyak makna kepada sekolah agama berkenaan.
Sumber rujukan :
"
 Bekalan air mentah N.Sembilan tercemar membahayakan rakyat
Posted on Thursday, August 30 @ 20:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: amkns

"Laporan audit negara pada tahun 2009 dan 2010 telah mendedahkan beberapa kelemahan pengawasan di Sg Linggi yang menyebabkab pencemaran. Engineering Journal tahun 2011 mendedahkan Sg Linggi tercemar akibat dari pembuangan sisa kumbahan dan aktiviti pertanian.

Di Malaysia, paras konsentrasi Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Berapakah kandungan kadar Ammonia dan apakah Kelas Indeks Kualiti Air Sg Linggi pada ketika ini? Sebagai rakyat di Negeri Sembilan kita berhak tahu semua ini untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga kita.

Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri terhadap pengusaha ternakan, pengusaha ladang, industri, perlombongan pasir yang beroperasi di sepanjang Sg Linggi jika didapati mereka melanggar peraturan Jabatan Alam Sekitar?

Laporan Audit 2009 dan 2010 boleh didapati di mohdtaufek.blogspot.com Laporan Audit Negara 2009 dan di mohdtaufek.blogspot.com - Laporan Audit Negara 2010

AIR MENTAH TERLEBIH CEMAR PUNCA GANGGUAN BEKALAN

SEREMBAN 29 Ogos 2012 - Gangguan kualiti air yang dilaporkan di beberapa kawasan di daerah Port Dickson, Rembau dan Rantau didapati berpunca daripada penurunan kualiti air mentah di Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Azlan Abdul Aziz berkata bermula awal bulan ini, kadar kandungan ammonia, iron dan manganese pada air mentah di sungai tersebut meningkat melebihi spesifikasi parameter piawaian air mentah biasa.

"Penurunan kualiti air mentah di sungai tersebut menyebabkan kualiti bekalan air terawat yang dihasilkan di loji rawatan air Sungai Linggi terjejas. "Kandungan ammonia dan manganese ini adalah antara punca aduan air berbau yang dilaporkan oleh pelanggan di kawasan terbabit," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Sains mengambil tindakan untuk meningkatkan kualiti air di loji berkenaan, termasuk menambah pengudaraan air mentah untuk mengurangkan kadar iron dan manganese.

Langkah lain ialah meningkatkan pengedosan hydrated lime, mengaktifkan pengedosan activated carbon bagi mengurangkan bau serta menjalankan pencucian kolam mendapan dan penapis dengan lebih kerap. Azlan berkata, pihaknya telah dan sedang melaksanakan pencucian paip scouring dan kolam simpanan air di kawasan terbabit.

"Tindakan ini akan terus diambil sehingga kualiti air mentah di Sungai Linggi kembali pulih ke tahap yang asal," katanya. Beliau memohon semua pihak supaya menyumbang terhadap pemeliharaan sungai utama di negeri ini yang menjadi sumber untuk rawatan air, terutamanya Sungai Linggi untuk mengelak gangguan seperti ini daripada berulang. — BERNAMA

Sumber: utusan.com.my

Engineering Journal, Vol 15, No 4 (2011)

Study on Water Quality Parameters of Linggi and Melaka Rivers Catchments in Malaysia

To sum up, it should be highlighted that TSS and NH3-N are the primary causes for water quality impairment in Linggi catchment.

Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality impacts in both watersheds.

Agricultural and farming are the leading non-point sources of water quality impacts in both watersheds. Non-point water pollution by agricultural activities is mainly from leaching or run-off of fertilizers used in the oil palm and rubber plantations nearby the watersheds. The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from urban areas including septic tanks, sewage treatment plants and untreated sullage discharges.

The primary sources of NH3-N are the sewage and wastewater discharges from urban areas, including septic tanks, sewage treatment plants and untreated sullage discharges. Based on the overall outcomes from this study, it is suggested that TSS and NH3-N are cited as the leading causes of impairment/violations in both rivers and top sources of impairment included agricultural activities, hydrologic modifications (such as dredging, water diversions and channelization) and sewages.

http://engj.org/index.php/ej/article/view/158/155

Indeks Kualiti Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas.

Pada umumnya, setiap sungai di negara ini dikategorikan kepada lima kelas iaitu;

Kelas 1 - airnya boleh terus diminum tanpa rawatan

Kelas 2 - airnya memerlukan rawatan biasa

Kelas 3 - air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing

Kelas 4 - sedikit tercemar *

Kelas 5 - sangat tercemar *

*Bagi Kelas 4 dan 5, keadaan air antara lain berbau busuk dan berwarna hitam.

Nitrogen Ammonia (NH3-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada 0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.

Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah, perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan berekreasi.

http://wqms.info/glosari/

"




Tiada ulasan: