Selasa, 4 September 2012

ADA PUAK BERTAMBAH TENAT...PARAH...MERUDUM...NI MUNGKIN KESAN DARI DOSA...SALAH GUNA KUASA...BERLAKU KETIDAK ADILAN..SONGLAP...TIPU SANA SINI...KEMAKSIATAN YANG DIBUAT...HUDUD YANG DINAFIKAN..SEKATAN PERKEMBANGAN ISLAM DLL...INI ADALAH HUKUMAN DARI ALLAH...TIADA SAPE BOLEH LAWAN KUASA ALLAH SWT

Pemimpin Umno Bermuka-Muka
Posted on Tuesday, September 04 @ 00:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Sany

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR mengecam pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba untuk mengeruhkan hubungan yang terjalin baik di antara Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semata-mata kerana busuk hati dan dengki kesumat yang tidak sudah hanya kerana kesalahan kecil di dalam jemputan protokol majlis yang belum diketahui asal-usul punca kesilapan tetapi telah digembar-gemburkan sebagai satu penghinaan kepada institusi diraja.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju bahawa orang yang paling layak untuk menjelaskan kekeliruan ini adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan peringkat negeri. Sekiranya berlakunya sebarang kesilapan dan keciciran maka Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Dato’ Menteri Besar dapat memohon maaf di atas kecuaian tersebut sesuai dengan roh Aidilfitri yang masih berbaki.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut berasa kesal dengan politik sempit yang cuba dimainkan oleh Umno yang berlagak seumpama wira untuk mempertahankan institusi diraja sedangkan pemimpin-pemimpin Umnolah yang mempunyai sejarah hitam sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada institusi beraja di dalam negara ini dan mereka selama ini tidak pernah barang sekali berasa sesal dan memohon maaf di atas tindakan mereka.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya pemimpin –pemimpin Umno Selangor tidak perlulah cuba membodek dan menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk menyelamatkan kuasa politik Umno Selangor yang sudah semakin tenat. Rakyat sudah muak dengan sifat bermuka-muka dan putar belit pemimpin-pemimpin Umno. InsyaAllah pada pilihanraya umum ke 13 nanti, Umno dan Barisan Nasional akan sekali lagi dikalahkan oleh KUASA RAKYAT samada di peringkat Negara ataupun di peringkat negeri-negeri.
SAUDARA MOHD SANY BIN HAMZAN
TIMBALAN KETUA PEMUDA merangkap PENGERUSI LAJNAH POLITIK
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

 Angka 11 Istimewa Buat PM, Bencana Bagi Rakyat
Posted on Tuesday, September 04 @ 00:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Muhamad Suhaimi

Media pada hari ini memberikan gambaran bahawa PRU ke 13 akan diadakan pada bulan November 2012. Beberapa petunjuk daripada ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengaitkan angka sebelas dalam ucapan beliau di Sabah semalam. PM tidak ubah macam ahli nujum dan ahli silap mata apabila cuba memberikan suatu ramalan yang semua pihak diminta membayangkannya sekalipun ia berbentuk sindiran, kiasan, teka-teki, bidalan dan lain-lain.
Begitulah senario politik dalam negara ini. Terlalu mahal buat PM untuk berkongsikan dengan rakyat tarikh PRU ke 13. Dibiarkan rakyat terkial-kial dan berteka-teki mencari tarikh penting negara itu. Seolah-olah PRU adalah hak peribadi PM, dan rakyat tidak berhak mengetahui apa-apa. Tahu-tahu sahaja sudah bubar parlimen dan akan mengundi selepas itu.
PM menganggap November bulan istimewa kerana angkanya, hakikatnya tidak ada apa yang istimewanya kepada rakyat biasa, kerana sudah beberapa kali tarikh 11 itu disebut, sama ada bulan 11 ataupun sebelas haribulan. Apa yang pasti, bulan November akan menjanjikan kesukaran buat semua rakyat jika PM bertegas mahu mengadakan PRU pada bulan tersebut.
Meskipun musim haji tamat pada akhir bulan Oktober, namun ramai yang masih belum pulang ke tanah air di awal November. Umat Islam akan pulang sepenuhnya menjelang pertengahan atau akhir bulan November nanti. Jika Datuk Seri Najib membubarkan Parlimen awal bulan November, maknanya sebahagian umat Islam tidak dapat bersama semasa penamaan calon dan sewaktu berkempen. Mereka hanya mampu turun untuk mengundi sahaja, itupun jika diadakan akhir bulan November atau awal bulan Disember.
Di bulan November juga adalah musim peperiksaan SPM dan STPM berlangsung. Dalam keadaan semua dewan sekolah akan digunakan untuk peperiksaan tersebut serta para guru sibuk dikerah menjaga peperiksaan, bagaimana PM akan menggunakan ruang untuk proses pengundian? Adakah PM mahu menganjak tarikh peperiksaan SPM dan STPM ke bulan lain selain November? Mungkin para guru dan kakitangan akan undi protes kepada BN kerana merosakkan jadual sistem persekolahan hanya untuk memberi laluan pilihanraya.
November juga, adalah musim tengkujuh bagi negara ini. Meskipun ia bukan agenda yang ditetapkan oleh insan, namun PM harus memahami tabiat alam negara ini serta banjir yang akan melanda di beberapa buah negeri. Apakah PM sengaja mahu adakan PRU dalam keadaan rakyat terpaksa berperahu untuk ke pusat pengundian, dan meredah banjir untuk berkempen?
Sebenarnya, asas yang paling baik diadakan PRU ke 13 adalah ruang masa yang cukup selesa buat rakyat seluruhnya, bukan untuk PM dan UMNO-BN. Mentaliti ini harus diubah dan PM perlu mengerti bahawa PRU bukan hak mutlak beliau semata-mata. PRU adalah hak semua rakyat untuk menunaikannnya. Menafikan segelintir pihak hanya kerana mahu menjaga ‘keselesaan’PM adalah suatu kezaliman terhadap hak rakyat. Justeru, tidak ada perkara yang paling utama melainkan PM perlu berterus terang kepada rakyat dan membentangkan tarikh cadangan Pru ke 13 kepada rakyat. Anjakkan PRU ke 13 ke bulan Mac 2013 sehingga ke akhir penggal kerana ketika itu semua pihak telah bersedia menerimanya.
MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZTimbalan KetuaDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 

 Lebih 5 000 rakyat Perak hadir Himpunan Janji Bersih Perak
Posted on Monday, September 03 @ 23:30:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Mohd Hafez

IPOH: Dianggarkan lebih 5000 hadir ke Himpunan Janji Bersih di Perak pada malam ambang merdeka.

Himpunan dengan tema warna kuning itu dihadiri berbilang kaum itu bermula dari Masjid Hospital Ipoh selepas Solat Isyak dan bergerak ke Dataran Ipoh.

Himpunan aman yang diadakan secara santai itu diketuai oleh Ketua Mobilasi PAS Perak, Abdul Rahim Nordin dan turut disertai lebih 50 NGO sertai parti politik.


Turut hadir dalam himpunan tersebut ialah Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien; Adun Pasir Pinji, Thomas Su; Adun Simpang Pulai, Chang Min Kai dan ramai lagi.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah bacaan puisi, alunan sajak, nyanyian lagu patriotik, dan ucapan daripada pimpinan parti politik dan NGO.




Ustaz Abu Bakar dalam ucapannya menegaskan, himpunan ini jelas menunjukkan ciri-ciri kesepakatan antara kaum yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat.

“Walaupun berlainan agama dan bangsa, rakyat boleh duduk bersama tanpa ada halangan dan inilah yang dicemburi Umno,” katanya.

Beliau juga menegaskan, rakyat haruslah mengetahui erti sebenar kemerdekaan Negara dan bukannya hanya menyambut dengan perbarisan, kibaran jalur gemilang mahupun percikan bunga api.

Sementara itu, Mohammad Nizar menegaskan, Malaysia belum lagi merdeka sepenuhnya jika Umno masih berkuasa di Negara ini.

“Rakyat akan merdeka sepenuhnya jika bebas daripada cengkaman Umno yang berkuasa lebih 55 tahun,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata, suasana hambar sambutan kemerdekaan kali ini menggambarkan rakyat menolak cara Umno mempolitikkan kemerdekaan.

Ujarnya, slogan Janji Ditepati yang dipilih oleh kerajaan ternyata tidak langsung kena mengena dengan semangat kemerdekaan dan oleh sebab itu rakyat tidak lagi bersemangat menyambut kemerdekaan.

“Ketika saya pulang daripada Mahkamah Tinggi Kuala lumpur ke Ipoh tadi (Khamis), hanya 2 bendera yang saya nampak di kereta dan ini sungguh menyedihkan.

“Penggunaan slogan Janji Ditepati ini sudah cukup untuk menggambarkan BN terutama Umno ketika ini terdesak untuk meraih sokongan daripada Rakyat,” jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Beliau juga menyatakan bahawa ulangtahun 55 tahun kemerdekaan dengan Slogan Janji Ditepati ini adalah sambutan terakhir BN sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.



 Keluar UMNO Masuk PAS Setelah Dengar Ceramah Artis
Posted on Monday, September 03 @ 22:04:24 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: pt_kedah

"Pekan Naka : Ekspo Hijau Ke Putrajaya PAS Kawasan Padang Terap benar-benar " menghijau " di bumi Padang Terap apabila bukan sahaja dapat menarik ribuan penduduk tempatan dan luar mengikuti program-program yang disusun sepanjang ekspo , bahkan dapat membuka hati ahli-ahli UMNO tempatan menyertai perjuangan Islam.

Pada hari ke tiga ekspo , ceramah pada sebelah malamnya menampilkan selebriti sebagai penceramah utama iaitu pelakon filem Leftenan Adnan saudara Hairi Othman dan Leman Raja Lawak.Ekspo yang bermula 30 Ogos dan berakhir pada 2 September 2012 di Markas MTD Pedu Pekan Naka menyaksikan kemasukan ahli UMNO ke dalam Parti PAS.Apa yang menariknya , menurut ketua mereka yang mewakili hampir 50 orang ahli baru tersebut , saudara Mutalib Bin Leman ahli UMNO Cawangan Padang Kerasak Naka yang merupakan kawasan Ketua Pembangkang Kedah , beliau tertarik menyertai PAS selepas mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh Leman Raja Lawak dan Hairi Othman di dalam ceramah mereka pada malam ke tiga ekspo tersebut berlangsung.Menurut beliau , sebelum ini beliau belum pernah mengikuti mana-mana ceramah PAS.

(Gambar : Saudara Mutalib Menyerahkan Borang Keahlian Kepada Ketua Pemuda PAS Padang Terap, YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria )

Walaupun selebriti seperti Leman Raja Lawak sering ditohmah dan di caci oleh UMNO terutama didalam facebook , ianya tidak mematahkan semangat artis yang berhijrah ini untuk terus berusaha menumbangkan sebuah kezaliman.Niat yang ikhlas ,nekad dan semangat artis ini terpancar pada ceramah ditempat beliau sendiri di Padang Terap sehingga menggamit hati para hadirin seterusnya menarik minat ahli UMNO menyertai PAS.


Selain itu , antara yang mengkagumkan khalayak ialah ceramah yang disampaikan oleh Hairi Othman pada malam tersebut mampu membuatkan ribuan hadirin yang mendengar tidak berganjak sedikit pun walaupun ceramah beliau melangkaui masa yang biasa di tetapkan iaitu berlarutan sehingga jam 12.30 pagi.Aura yang dimiliki beliau disamping hujah-hujah yang beliau sampaikan membuatkan hadirin seolah-olah terpukau.

Sesungguhnya hidayah itu adalah milik Allah.Seperti didalam firmanNya didalam Surah Al-Qasas , 56 yang bermaksud :

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)"

http://dpppadangterap.blogspot.com/2012/09/keluar-umno-masuk-pas-setelah-dengar.html"
 Pijak tak boleh kencing tak apa!
Posted on Monday, September 03 @ 23:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh KetamBatu

Hampir dua malam media kerajaan memainkan isu biadab memijak gambar pemimpin negara khususnya gambar DS Najib dan isteri beliau. Saya sudah rasa tidak sedap hati pada malam kemerdekaan itu kerana ada yang begitu ghairah dalam menyambutnya atas dasar menyatakan rasa tak puas hati kepada kerajaan UMNO/BN.

Bukan apa, jika ada sedikit kesilapan pasti UMNO/BN akan mengambil kesempatan apatah lagi mereka benar-benar nazak sekarang ini. Apa-apa boleh dicapai akan diguna sepenuhnya.

Polis macam biasa, jika ada yang mengenai kerajaan BN lebih cepat daripada 'lipas kudung'. Fail dan kertas siasatan akan segera dilakukan, tak perlu tunggu laporan.

Dunia baru sekarang rakyat tidak begitu bodoh untuk disuap dengan berita berbentuk propaganda. Rakyat IT sekarang lebih terbuka dalam menilai berita dan maklumat.

Rakyat tidak lupa bagaimana biadapnya UMNO dalam hal-hal demikian. Pemimpin PAS/Pakatan Rakyat dilakukan tanpa adab malah mereka jijik dan tidak berakal langsung.

Lihat gambar dua pimpinan utama PAS di kencing oleh anak muda UMNO yang mabuk arak!!



Adakah mereka hormat YAB Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai kepimpinan Negeri??

Ini budaya UMNO. UMNOlah yang memulakan budaya jahil dan jijik ini.

Lihat pula gambar di bawah ini, adakah ini sifat kepimpinan Melayu? Dengan songkok hitam lambang UMNO dengan Melayu yang usang mereka menunjukkan tabiat kotor dan tidak berakal.



Mana polis, mana kertas siasatan, mana komen-komen akademik untuk menunjukkan mereka tak suka budaya ini? Kenapa perlu hipokrit dalam menanggani isu. Orang sudah muat dengan lakunan UMNO/BN dalam hal ini.



Mana pasukan khas untuk menyiasat insiden di atas tadi? Apa polis berkhidmat untuk UMNO/BN sahaja bukan untuk rakyat? Mana slogan PDRM selama ini?

Itu belum lagi isu pijak gambar pimpinan Pakatan Rakyat. Lihat gambar ini.



Apakah ini halal dan tidak biadab?


Ini juga halal? Adakah Lim Guan Eng bukan kepimpinan negara?

Tolonglah PDRM bersifat profesional dalam semua hal... tak payah mainlah isu sampah untuk mengisi minda rakyat.

........
http://www.tkodaily.net
  Malaysia arah pemberontak Thailand kibar Jalur Gemilang?
Posted on Monday, September 03 @ 22:07:56 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: lipasmalas

"KECOH seluruh negara tentang kibaran Jalur Gemilang oleh kumpulan pemberontak di Selatan Thailand. Malaysia pula telah menafikan bahawa negara terlibat dengan perbuatan itu.




Kalau kita lihat kejadian ini hanyalah kejadian terpencil kerana hanya beberapa kerat sahaja pemberontak yang mengibarkan Jalur Gemilang, maka secara mudahnya tidak wajar ia dituduh sebagai agenda Malaysia.



Begitu juga halnya dengan pengibaran Sang Saka Malaya di dalam perhimpunan Janji Demokrasi malam Kemerdekaan Semenanjung Malaysia, 31 Ogos yang lalu, hanya beberapa kerat sahaja anak muda mengibarkan bendera bersejarah itu.



Namun Media Arus Perdana Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain menuduh Pakatan Rakyat mahu menukar bendera Malaysia, Jalur Gemilang. Isu ini dimainkan berhari-hari, siang malam pagi dan petang.

Tidakkah bodoh, hanya beberapa kerat anak muda mengibarkan bendera Sang Saka Malaya namun Pakatan Rakyat secara keseluruhannya pula dituduh mahu menukar Jalur Gemilang?

ReJaM© "Isu longkang tersumbat hujung kampung jadi isu negara... "

Sumber: MiLo SuaM"
 Mat Indera dan Sang Saka
Posted on Monday, September 03 @ 22:06:37 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"Menjelang detik jam 12 tengah malam di Dataran Merdeka, terdapat kumpulan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka. Keesokkannya riuh rendah, kecoh seluruh negara melalui media barua tentang isu bendera.

Pelbagai tohmahan dan kutukan terhadap pengibar bendera Sang Saka. Hatta sekonyong-kinyong sepupu Najib Si Menteri Polis arahkan anak buahnya cari dan siasat pemuda yang kibarkan bendera.

Dengan selambanya salah seorang anak muda mengaku bahkan menceritakan kisah sejarah bendera tersebut. Baru rakyat terutama generasi muda tahu hal sebenar sejarah negara.
Terduduk dan terkedu seketika sepupu Najib serta Bukit Aman !
Tahun lepas hal yang sama juga begitu. Isu Mat Indera. Haji Mat Sabu bawa kisah Mat Indera. Beribu laporan polis dibuat. Bahkan demo dan ugutan samseng terhadap Mat Sabu pun ada.
Akhirnya terbongkarlah kisah sebenar Mat Indera. Beliau disanjung sebagai wira kemerdekaan negara dalam buku terbitan kerajaan Johor. Berpeluh-peluh MB Johor cuba ubah balik kenyataannya dalam buku tersebut. Rakyat baru tahu siapa sebenarnya Mat Indera dan keluarga Mat Indera mendapat maruahnya kembali.
Dua perkara dan isu tersebut berlaku menjelang Perayaan Kemerdekaan negara. Setiap kali menjelang 31 Ogos setiap tahun, mesti ada kisah sebenar negara terbongkar.
Bayangkan dalam masa 10 tahun mendatang, berapa pula kisah sebenar sejarah negara bakal diketahui oleh generasi muda kita ?
Kita tidak berhajat tukar tarikh kemerdekaan negara. Kita tidak berhajat menukar Bapa Kemerdekaan negara dan kita tidak berhajat menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka.
Biarlah yang lepas menjadi lipatan sejarah.
Tetapi kita berhasrat dan mengimpikan setiap rakyat terutama generasi muda tahu kisah sebenar negara kita. Dengan mengetahui kisah sebenar sejarah negara maka menimbulkan semangat patriotik sayangkan negara dan tahu hakikat siapa sebenarnya barua penjajah yang kini sedang memegang tampuk pemerintahan negara.

 Perayaan Merdeka penuh "bangkai busuk".
Posted on Monday, September 03 @ 15:07:24 UTC
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tokpepijat

"


Menyedari Sambutan Kemerdekaan kali ke 55 penuh kontroversi, UMNO terpaksa mencari isu-isu untuk menutup "pelbagai bangkai busuk" tentang sambutan kemerdekaan.

Jika tahun lepas, isu Mat Indera dan komunis diketengahkan, kali ini isu pijak gambar Najib, bendera Sang Saka dan ketidakhadiran Sultan Selangor.

Kalau diperhatikan, isu Mat Indera berakhir dengan Mat Sabu dimohon maaf berkali kali oleh tukang fitnah dalam mahkamah walaupun ribuan laporan polis dibuat.

Tentang pijak gambar Najib pula, dengan "mulut besar" sepupu Najib menganggap kesalahan yang melampau. Tetapi dia lupa dengan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Anwar Ibrahim dan MP Shah Alam yang dipijak, dikoyak oleh ahli Parti Keris Telanjang ( kini dikenali Parti Syaitan Yang Dikenali).

Bendera Sang Saka pula, isunya bukan Jalur Gemilang dibakar atau dipijak. Sekadar dikibar oleh anak muda. Anak Muda mempunyai tafsiran tersendiri dengan sejarah Sang Saka.

Mengapa begitu "bodoh" Menteri Polis keluar arahan mahu cari dan siasat pengibarnya ? Sepatutnya sepupu Najib arahkan SB cari siapa arahkan kibar bendera Israel di atas bangunan PWTC milik UMNO /

UMNO memang tidak puas hati dan tidak lena tidur jika isu Sultan tidak diketengahkan. Sejak bila UMNO menjadi pembela Sultan? Adakah UMNO sudah puas "bogelkan,telanjangkan" Raja-Raja Melayu?
Kalakarnya UMNO, dalam satu masa mendakwa pembela Raja Melayu dan dalam masa yang sama masih pakai kata-kata dan nasihat "Tukang Bogel" Raja-Raja Melayu, Dr Mahathir
( mantan Presiden Parti Syaitan yang Dikenali).

Malaysia telah merdeka 55 tahun tapi pemikiran pemimpin UMNO masih di "level" JKKK"


Tiada ulasan: