Rabu, 5 September 2012

BERGILIRLAH .... LIHAT MANA PRESTASI YANG BAIK...JUJUR...TELUS...AMANAH MAKA MEREKA MEMANG LAYAK MEMERINTAH...BUKAN YANG BEGITU TERANG PENYELEWENGANNYA...HANYA YANG PEJAMKAN MATA...BUTAKAN HATI BOLEH TERIMA

Awas pengguna Apple: 12 juta ID terdedah

Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, 05 Sep 2012



(Insiden itu menimbulkan persoalan mengapa FBI menyimpan butiran pengguna produk Apple)


WASHINGTON: Dakwaan Satu kumpulan penggodam (hackers) bahawa mereka memperoleh data peribadi daripada 12 juta pengguna iPhone dan iPad dengan menggodam komputer Federal Bureau of Investigation (FBI), meningkatkan kebimbangan orang ramai mengenai isu pengesanan dari pihak kerajaan.

Kumpulan yang dikenali sebagai AntiSec, yang dikaitkan dengan kumpulan penggodam Anonymous, menyebarkan 1 juta pengenalan pengguna Apple Isnin lalu, yang dikatakan adalah sebahagian daripada 12 juta pengenalan pengguna Apple yang diperoleh daripada sebuah komputer riba FBI.

Kumpulan itu berkata mereka "tidak menyiarkan data peribadi lain seperti nama penuh, nombor telefon, alamat, poskod, dan sebagainya".

Peter Kruse, seorang pakar e-jenayah dengan CSIS Security Group di Denmark, mengesahkan di Twitter bahawa pembocoran maklumat itu "benar-benar berlaku" dan tiga daripada perantinya termasuk dalam senarai itu.

Dia menulis tweet: "Saya perasan mereka mendakwa mempunyai nama penuh, alamat, nombor telefon dan lain-lain .. Ini masalah besar!"

Eric Hemmendinger, pakar keselamatan di Tata Communications berkata laporan itu menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan siber.

"Persoalannya bukan sama ada ia adalah tepat, ia adalah kenapa Kerajaan Persekutuan mempunyai maklumat tersebut dan kenapa mereka tidak mengambil langkah sewajarnya untuk menjaga maklumat tersebut," ujarnya kepada AFP.

Hemmendinger berkata berdasarkan laporan yang lepas dari kumpulan Anonymous dan kumpulan-kumpulan lain, beliau percaya laporan itu mungkin benar.

"Jika anda bekerja dalam keselamatan siber dan mesin anda digodam, itu adalah senario yang cukup memalukan," katanya.

Isu ini menimbulkan persoalan tentang alasan FBI untuk mempunyai butiran pengguna produk Apple.

Jurucakap FBI, Jenny Shearer yang dihubungi oleh agensi berita AFP, berkata: "Kami tidak akan memberi sebarang komen."

Kumpulan penggodam berkata ia menyiarkan maklumat itu untuk menarik perhatian orang ramai terhadap amalan Apple yang membolehkan penggunanya dikesan.

Apple tidak memberi respons terhadap permintaan dari wartawan untuk mendapatkan komen.

Serangan siber yang mendadak ini membuatkan laman web rangkaian sosial riuh rendah.

Geekosyetem, blog berkenaan teknologi menggelar kejadian ini sebagai ‘pencerobohan privasi pengguna yang paling teruk’ dan banyak lagi komen Twitter yang lain yang menyuarakan pendapat bahawa FBI sedang mengesan pengguna produk Apple.

Satu laman web membina satu pangkalan data untuk membantu pengguna menentukan jika peranti mereka berada dalam senarai pengenalan unik peranti Apple (Unique device IDs) (UDIDs) yang digodam.

"Alasan berkenaan mengapa FBI mengumpul UDIDs dan maklumat peribadi berjuta-juta pengguna iPhone dan iPad masih lagi tidak jelas - tetapi ia adalah jelas bahawa data (dan komputer yang menyimpan data itu) tidak dijaga dengan rapi," kata Graham Cluley daripada firma keselamatan British, Sophos.

"Saya mengesyaki bahawa penggodam lebih berminat memalukan FBI daripada membahayakan pengguna yang tidak bersalah.Namun, menggodam komputer adalah satu perbuatan jenayah - dan saya jangka FBI dan lain-lain agensi penguatkuasaan undang-undang akan memburu mereka yang bertanggungjawab."

Pihak lain pula menyatakan kebimbangan mengenai pembocoran maklumat yang jelas.

"UDIDs adalah unik untuk setiap iPhone dan iPad, ia adalah satu kebimbangan jika UDIDs anda jatuh ke pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Josh Ong dalam blog teknologi The Next Web.

Johannes Ullrich dari SANS Internet Storm Center berkata ia adalah sukar untuk mengesahkan laporan itu.

"Tiada apa-apa lagi dalam fail tersebut yang mengaitkan FBI. Jadi data ini mungkin datang daripada sumber yang lain. Tetapi ia tidak jelas siapa yang akan mempunyai fail seperti ini," katanya kepada AFP.

Ullrich berkata ia adalah tidak jelas mengapa FBI, jika laporan itu adalah benar, akan mempunyai data tersebut.

"Saiz fail tersebut membayangkan operasi yang meluas, bukan operasi yang spesifik, atau fail tersebut mungkin hanya disimpan jika FBI mahu mengesan mana-mana pengguna dalam fail tersebut," katanya.

"Signifikan pelanggaran undang-undang ini adalah berkenaan sumbernya, yang setakat ini masih belum disahkan.
"Bagaimanapun, data yang disebarkan adalah data yang betul berdasarkan beberapa laporan orang ramai yang mendapati UDID mereka berada di dalam senarai tersebut," tambah beliau.

Jumlah kematian di Syria 'mengejutkan'

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 05 Sep 2012
NEW YORK: Utusan khas PPB-Liga Arab yang baru, Lakhdar Brahimi berkata jumlah kematian di Syria adalah "mengejutkan" dan kemusnahan dari perang tersebut adalah "bencana" dalam komen pertama beliau di Perhimpunan Agung PBB.
(Lakhdar Brahimi - Jumlah kematian adalah amat mengejutkan, kemusnahan mencapai tahap bencana dan penderitaan rakyat sangat teruk)

Brahimi berkata beliau akan pergi ke Damsyik "dalam beberapa hari lagi" dan pendirian antarabangsa yang padu dalam isu Syria adalah "amat diperlukan dan sangat mendesak".

Bekas Menteri Luar Algeria yang mula menjalankan tugas Sabtu lalu, berkata perang yang memakan masa 18 bulan itu "makin berkurangan".

"Jumlah kematian adalah amat mengejutkan, kemusnahan mencapai tahap bencana dan penderitaan rakyat sangat teruk," katanya dalam ucapan ringkas beliau di perhimpunan yang menghimpunkan 193 negara.

"Masa depan Syria akan dibina oleh warga Syria dan bukan orang lain," tambah diplomat berusia 78 tahun itu.

"Sokongan masyarakat antarabangsa adalah amat diperlukan dan sangat mendesak. Ia hanya akan berkesan jika semua pihak menuju ke arah yang sama."

Sementara itu, Setiausaha Agung, Ban Ki-moon menggelar negara-negara yang membekalkan senjata ke Syria sebagai menyebarkan "kesengsaraan" di samping menggesa kerajaan di sekitar negera yang dilanda konflik itu untuk membantu menamatkan perang.

"Mereka yang membekalkan senjata kepada kedua-dua belah pihak hanya menyumbang kepada kesengsaraan - dan risiko dari kesan-kesan yang tidak diingini apabila pertempuran makin marak dan merebak," Ban berucap di Perhimpunan Agung PBB.

Ban tidak menyebut mana-mana negara tetapi Rusia adalah pembekal senjata utama bagi Presiden Bashar al-Assad, manakala pegawai PBB melaporkan bahawa Iran telah membuat penghantaran senjata kepada tentera Assad.

Kerajaan Syria menuduh Arab Saudi, Qatar dan Turki sebagai pembekal senjata kepada kumpulan pembangkang.

Setiausaha Agung PBB juga menuduh kedua-dua kerajaan Syria dan pembangkang sebagai melanggar hak asasi manusia secara besar-besaran, kerana mendera, membunuh banduan dan gagal untuk melindungi orang awam yang melarikan diri dari negara tersebut dengan jumlah yang besar.

Dalam ucapan untuk Perhimpunan Agung PBB Selasa lalu, Ban menuntut bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam peperangan di Syria supaya dipertanggungjawabkan atas jenayah mereka.

Anak Muda Sabah sedia ke Putrajaya

Harakahdaily, 05 Sep 2012


(Anak-anak muda yang bakal menggerakkan perubahan di Putrajaya. Ketua Pemuda PAS dan pimpinannya bergambar kenangan)

KOTA KINABALU:
Anak muda Sabah kini sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam pilihanraya yang akan datang dengan menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu berkata, kesediaan itu sudah jelas kelihatan berikutan kebimbangan mereka terhadap keupayaan pemerintah sekarang yang meragukan serta penuh kelompangan dan sandiwara.

“Tanda-tanda itu sudah jelas kelihatan. Tinggal lagi, bagaimana dan bentuk apa mereka akan melakukan perubahan tersebut.

(Presiden PAS yang juga ke Sabah baru-baru ini bergambar kenangan)

“Anak muda sudah berani tampil kehadapan, mencabar cabaran yang dikuasai kezaliman, bersuara menuntut hak yang perlu dimiliki dan bersiap sedia melaksanakan tanggungjawab,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai program Xpresi Hijau Anak Muda peringkat Negeri Sabah.

Turut hadir dalam Xpresi tersebut adalah rombongan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh ketuanya, Nasrudin Hasan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Nurul Islam Mohammed Yusuf dan Dr. Ghazali Hasbullah.

Selain daripada kehadiran rombongan DPPM tersebut, turut hadir memeriahkan suasana majlis adalah bekas pemain gitar bass XPDC, Zua dan tiga (3) orang Peguam daripada JUHAM yang terdiri daripada Dr Zulqarnain Lukman Al-Haj,  Ariff Azami Hussein dan Mohd Tajuddin Abd Razak.

(Suasana meriah dalam sambutan Aidil Fitri)

Sementara itu, Nasrudin Hasan yang juga Ketua Pemuda PAS Pusat dalam ucapannya di Himpunan Hijau ke Putrajaya telah menegaskan bahawa hampir 50% pengundi dalam pilihan raya akan datang ini adalah terdiri daripada pengundi muda.

“Pilihanraya umum yang akan datang, untuk melakukan perubahan dalam negara ini adalah terdiri dalam kalangan pengundi-pengundi muda.

“Maksudnya, pengundi muda adalah pemangkin kepada perubahan yang sedang kita gerakkan ini,” jelasnya.

Ustaz Azizan pengerusikan mesyuarat Exco hari ini

Hazayani Zakaria, 05 Sep 2012
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid berkata, kesihatan Azizan semakin baik dan mampu menghadiri majlis-majlis rasmi.

"Ustaz Azizan sedang mempengerusikan mesyuarat dan beliau nampaknya sihat walafiat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily kira-kira jam 11 pagi ini.

Namun katanya, Azizan masih perlu berehat dan mendapat rawatan susulan di KMC.

Awal minggu lalu, Azizan dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Alor Setar akibat keletihan kerana terlalu banyak menghadiri program sepanjang Ramadan.

Doktor juga menasihatkan beliau agar berehat di hospital untuk memastikannya mendapat rehat yang cukup.

Kali terakhir Azizan mempengerusikan mesyuarat Exco ialah pada Ahad, 5 Ogos lalu.

Sabtu lalu juga, Azizan yang kelihatan semakin pulih dilihat menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Kedah.

Wi-fi percuma Perak 'indah khabar dari rupa'

Muhammad Faeez Azahar, 05 Sep 2012
IPOH: PAS Negeri Perak mendesak agar bekas Menteri Besar Negeri Perak, Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali menjelaskan kelancaran projek Wi-fi Percuma di seluruh bandar di Negeri Perak yang sepatutnya dinikmati sepenuhnya rakyat Perak menjelang tahun 2007.

Jurucakap Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh (gambar) berkata, ini berikutan projek tersebut masih tidak dinikmati rakyat atas perancangan yang sepatutnya sehingga kini.

Menurutnya, berita tersebut disensasikan semenjak tahun 2006 ketika itu Datuk Seri Dr Zambry Kadir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat Negeri Perak namun ianya indah khabar dari rupa.

“Persoalan kami, dimanakah kelemahan pengurusan projek berimpak besar ini?

“Siapakah yang bertanggungjawab sepenuhnya diatas kelemahan ini sama ada Tan Sri Tajol Rosli atau Datuk Seri Zambry ketika itu?,” soal beliau ketika ditemui Harakahdaily.

Beliau berkata, oleh kerana pelbagai persoalan timbul, PAS Perak menggesa Tan Sri Tajol Rosli selaku menteri besar ketika itu membuat penjelasan pada Sidang DUN akan datang bagi merungkai sama ada wujud ketirisan wang rakyat selama ini.

“Kami mencabar juga Datuk Seri Zambry untuk menjelaskan faktor kegagalan di atas projek yang menelan kos yang agak besar tersebut,” tegasnya lagi.

Setiausaha Pemuda PAS Negeri itu menjelaskan, kelemahan ini menunjukkan ketidakmampuan sebenar Datuk Seri Zambry yang dipertanggungjawabkan ketika itu dan secara jelas juga menunjukkan kelemahan kepimpinan Tan Sri Tajol Rosli.

Sarawak: 'PR enda meri BN jalai muntang'

Clare Cinderella, 05 Sep 2012

(Gambar-gambar sekitar lawatan pemimpin PAS ke Sarawak)

MIRI: Pakatan Rakyat (PR) tidak mahu memberi laluan mudah untuk Barisan Nasional (BN) memenangi mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memberi saingan secara terus atau satu lawan satu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, saingan satu lawan satu walaupun sengit namun lebih mudah untuk PR meng-uji ‘kekuatan’ dan memberi kelebihan serta peluang kepada PR.

“Kita tidak akan memberikan laluan yang mudah kepada BN dan yang penting ialah satu lawan satu dengan BN dan kemudian rakyat akan menyaksikan kelak satu perubahan yang besar dalam PRU akan datang,” ujar beliau dengan nada yakin.

Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jentera PR di Semenanjung Malaysia kelak akan turun ke Sarawak dan Sabah juga, bagi memberi semangat kepada calon-calon mereka di sini dan memastikan kemenangan berpihak kepada PR.

“Dengan keadaan politik di negeri Sabah yang dilanda pelbagai skandal dan keengganan presiden untuk bertanding, ia merupakan satu tamparan hebat kepada BN,” katanya sambil merujuk kepada isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin yang mengumumkan untuk tidak mempertahan-kan kerusinya pada PRU akan datang.

Beliau memberitahu, pembahagian kerusi dalam PR sudah mencapai persepakatan dan kini di fasa akhir dengan PAS sudah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi yang akan ditandinginya terutama di Sarawak.

“Kita yakin mampu me-numbangkan kerajaan BN pada PRU Ke-13 ini kelak.
“Kalau kita tebang seorang-seorang memang sukar tetapi kalau beramai-ramai kita ‘menebang’ pokok besar (BN), ia akan tumbang jua nanti,” tambahnya.

Beliau memberitahu demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, malam kelamrin.

Lebih 100 penyokong PAS dan PR hadir pada program tersebut yang bermula dengan konvoi pada sebelah petangnya diikuti dengan Rumah Terbuka Hari Raya PAS Sarawak.

Turut hadiri pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo.

Dalam pada itu, Dr Hatta turut menggesa agar jentera pilihan raya PAS mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kepili-hanrayaan sebagai kaedah terbaik bagi menghadapi PRU13 akan datang.

“Selain itu ahli-ahli PAS Sarawak perlu terus menggunakan peluang sehingga akhir September ini untuk menambah dan mendaftarkan pengundi-pengundi baharu.

“Keluar dan dapatkan se-banyak ramai yang mungkin, jika kita membantu mendaftarkan mereka, nescaya mereka mungkin akan menyokong kita semula pada pilihan raya kelak,” tambahnya.

PAS lancar '12 Tawaran' untuk Sarawak

Harakahdaily, 05 Sep 2012
MIRI: PAS melancarkan manifesto ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ untuk ‘menakluki’ Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini.

‘12 Tawaran PAS Sarawak’ yang dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu, ialah menubuhkan Suruhanjaya Diraja Untuk Reformasi Tanah NCR Sarawak; Kemiskinan Sifar Tanpa Mengira Kaum.

PAS juga menawarkan Lebuh Raya Pan-Borneo Sebagai Lebuh Raya Terbaik; SCORE Sebagai Hab Tek-nologi Hijau Berinovatif; Sarawak Sebagai Agropolitan Pengeluar Makanan Utama Malaysia; Jalan Raya, Bekalan Elektrik dan Air Bersih Untuk Semua;

Dalam bidang pendidikan pula, Capaian Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Semua; Meningkatkan Ro-yalti Hasil Petroleum Sarawak Kepada 20 peratus; Tabung Warisan Petroleum Anak Sarawak; Tawaran Khas Untuk Golongan Wanita dan Tawaran Khas Untuk Golongan Muda.


Terjemahan praktikal


Abdul Hadi menyifatkan dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak: Membangun Sarawak Yang Maju dan Berkebajikan’ adalah terjemahan praktikal Agenda Negara Berkebajikan yang diutarakan oleh PAS dalam konteks negeri Sarawak yang dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan sejak sekian lama.

Katanya dokumen tersebut juga merupakan ‘blueprint’ politik PAS untuk negeri Sarawak dan akan menjadi asas perjuangan PAS di peringkat persekutuan dalam membela nasib rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

“Semoga dokumen ‘12 Tawaran PAS Sarawak’ ini akan memberi impak yang positif terhadap gerak kerja parti khususnya dalam memenangi hati rakyat Sarawak dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya.

Abdul Hadi dalam ucapannya pada majlis sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di sini, malam kelmarin mengajak seluruh jentera dan penyokong PAS serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) untuk bekerjasama dan berkongsi ‘kekuatan’ menum-bangkang BN yang disifatkan beliau sebagai ‘gajah’ dan mereka umpama semut.


Tentera semut




“Seekor semut tidak dapat menumbangkan gajah sebaliknya kalau semua semut (parti PR) bekerja-sama kita mampu menumbangkan gajah.

“Kita masuh ke dalam telinga, hidung dan semua anggota badan gajah, maka gajah boleh tumbang,” katanya.

Beliau dalam ucapannya memberitahu, PAS yang merupakan parti Islam mengajar konsep adil untuk semua dan konsep hidup bermasyarakat dengan memberikan bantuan kepada semua lapisan masyarakat.

“Adil untuk semua sama ada Islam atau bukan Islam, wajib adil untuk semua. Kalau tidak adil kepada semua, ia adalah haram,” katanya.

“Bantuan kemiskinan kita bagi (tanpa mengira kaum dan agama), soal dia nak beli lembu atau beli babi, itu hak dia (bagi bukan Islam).

“Bantuan pelajaran kita beri dan soal dia nak ajar anak dia (beri pendidikan) bahasa Cina atau bahasa Iban itu adalah hak mereka, PAS tidak pernah menghalang,” katanya dan itulah yang akan dilaksana jika PAS memerintah Sarawak.

“Sebaliknya soal undang-undang yang sama, seperti peraturan jalan raya, kita tidak ubah.

“Undang-undang jalan raya tetap sama. Kalau PAS menang di Sarawak, bila lampu merah semua berhenti, PAS tidak ubah undang-undang, lampu merah semua berhenti, DAP jalan, PAS boleh jalan, tidak. Kita tidak ubah undang-undang sebegitu,” kata-nya memberi contoh, andai PAS (melalui Pakatan Rakyat) berkuasa di Sarawak.

“Ada perkara yang sama, ada perkara yang berbeza,” katanya.


Rashidi Lobo serta PAS




(Rashidi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Abdul Hadi)

Terdahulu beliau menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh sekumpulan masyarakat Iban dari Sibuti yang disampaikan oleh Ramba Asun, dari Kuap, Sungai Bakas, Sibuti dan borang keahlian daripada wakil masyarakat Bidayuh, Ustaz Muhammad Rashidi Lobo Abdullah yang berasal dari Lundu.

Ustaz Muhammad Rashidi yang berbangsa Bidayuh dan merupakan penulis buku ‘best seller’ untuk Travelog Syahadah: Jejak Seorang Mualaf Mencari Jalan Ke Syurga dan Travelog Hidayah: Daripada Hidayah Kepada Dakwah, merupakan seorang pendakwah terkenal yang tidak asing lagi di Semenanjung Malaysia.

Walaupun sudah menetap di Kuala Terenggau, namun beliau kini kerap balik ke Sarawak dan mulai aktif menjelajah seluruh negeri ini dengan membawa mesej perubahan kepada rakyat Sarawak, sejak setahun lalu.

Program ‘Himpunan Hijau ke Putrajaya’ itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Alan Ling, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sarawak merangkap Pengerusi PAS Miri Jofri Jaraiee dan bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Salleh Jafaruddin serta Ketua PKR Miri Dr Michael Teo...The Borneo Post

Bila RM16.91 bilion dana mengalir keluar

-, 05 Sep 2012

Laporan Jabatan Statistik menunjukkan bahawa pengaliran pelaburan keluar (investment outflow) dalam suku pertama mencecah RM16.91bilion.

Ini jelasnya dalah dua kali ganda pelaburan masuk (investment inflow) dalam suku pertama tahun ini sebanyak RM7.48 bilion

Ini bermakna dana pelaburan yang keluar dari Negara pada suku pertama ini sahaja adalah sebanyak RM9.43 bilion, jumlah yang jauh lebih besar berbanding jumlah RM10.07 bilion untuk seluruh  tahun 2011.

Walaupun ada yang mendakwa ianya baik bagi Negara, kalau syarikat-syarikat mengambil kesempatan dengan harga buruh yang murah berbanding di Malaysia sendiri sekaligus mampu menggalakkan sektor ‘eksport’ Negara dalam  bidang pembuatan (manufacturing) yang
menggunakan sumber tempatan.

Malangnya ia bukan sebabnya syarikat-syarikat ini keluar kerana ia tidak bersabit dengan perkara harga buruh yang murah di Negara-negara destinasi mereka yang rata-rata adalah di Negara-negara Asian sendiri.

Sedikit waktu dahulu destinasi utama pelaburan (DDI) yang keluar adalah ke nagara seperti Singapura, Hong Kong, Mauritius, Indonesia, Netherland, Amerika Syarikat, Thailand United Kingdom.

Kajian mendapati bahawa syarikat-syarikat yang dikenalpasti melabur di luar adalah kelompok dari 3 sektor utama NKEA yakni sector minyak dan gas, kewangan dan insuran dan ‘wholesale dan peruncitan’ dan bukan dari sector pembuatan (buruh murah).

Dengan matlamat Najib untuk meningkatkan pelaburan tempatan (DDI) ke paras 80% dari 93% peningkatan pelaburan menjelang 2020,  dan 20% selebihnya dari sumber FDI , trend ini adalah sangat menggusarkan para analis kewangan dan pelaburan kerana jelasnya tidak mapan di segi
tempoh yang lebih jauh.

Program-program ETP dan EPP memerlukan dana pelaburan untuk memacu pertumbuhan. Seandainya syarikat lebih selesa dan yakin melabur di luar maka Negara akan mengalami kekurangan dana untuk menjalankan kegiatan ekonomi khasnya dalam bidang-bidang NKEA yang menjadi pemangkin utama ‘pertumbuhan’.

Satu kajian yang lebih rapi adalah amat diperlukan supaya pihak MITI dan MIDA tidak bermudah dengan penjelasan dan alasan yang sama (generic) dalam menerangkan sebab-sebab berlaku aliran keluar dana pelaburan yang sepatutnya memacu dan mejana pertumbuhan dalam Negara.

Tidak dapat tidak ianya mesti diakui sebagai membayangkan tahap kepercayaan atau tidak kepercayaan pelabur terhadap ‘daya-saing’ dan kemapanan pertumbuhan’ Negara dalam jangka waktu sederhana dan jangka jauh, meskipun telah pelbagai insentif disuntik seperti yang diberikan Najib dalam pelaburan di Hub kewangan Tun Razak Exchange atau TRX.

Tiada ulasan: