Khamis, 5 Mei 2011

TERBARU....LAIN PULAK....MAKAN DIRI NI...NANTI...KITA TUNGGU....TAK SYOKLA MAIN TIPU2 NI

SAH Bukan Anwar: Eskay Dah Tak Mengaku Tuduh Anwar, Tuding Wartawan

Eskay: Saya tidak tuduh Anwar

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.

Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet.

Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.

“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini
,” kata Eskay.

Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.

Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.

Namun sehingga lewat petang tadi, kedua-dua mereka masih belum muncul untuk memberi kenyataan. -TVSnews


Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video

KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.

“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.

Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.

Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.

Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.

"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.

"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.

Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay. -tvs


Rahaiza & Rozuki… naik turun mahkamah hangpa lepas ni

Oleh: Mujahidah (Wartawan Kedah La)


ALOR SETAR, 4 Mei 2011 – Berikutan penyamaran yang dilakukan individu-individu tertentu di majlis 'penyerahan borang keahlian UMNO' pada 30 April 2011 bertempat di Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sdr Azizi Abdullah.

Individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Rozuki (510930-02-5563) yang telah menyamar dengan niat melakukan penipuan sebagai Ketua Cawangan PAS Lahar Buluh sedangkan beliau bukan ahli PAS dan cawangan terbabit juga tidak pernah wujud dalam PAS Kawasan Kuala Kedah.

“Tindakan beliau semata-mata bertujuan menipu, sedangkan beliau sendiri bukan ahli PAS dan cawangan Lahar Buluh tidak wujud dalam kawasan Kuala Kedah,” ujar Azizi.

Tambah Azizi lagi, dakwaan Rahaiza Abd Rahim (gambar) yang kononnya seorang ahli muslimat PAS cawangan Kuala Sungai juga merupakan satu pembohongan kerana cawangan tersebut juga tidak pernah wujud dalam kawasan Kuala Kedah.

“Beliau sendiri (Rahaiza) tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS, macamana dia boleh mengaku dia ahli muslimat PAS.

“Penyamaran tersebut bertujuan jahat dan semata-mata mengelirukan orang ramai,” tegasnya.



Janda mangsa tipu RM30,000

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Perkenalan secara tidak sengaja dengan seorang lelaki warga Nigeria ketika menaiki tren transit aliran ringan (LRT) di Stesen KL Sentral, di sini, dua bulan lalu membawa padah kepada akauntan berasal dari Pulau Pinang.

Mangsa yang juga janda berusia 31 tahun dan bekerja di Petaling Jaya, di sini, berkenalan dengan lelaki warga Nigeria dikenali sebagai George Ahmad, 35, ketika menunggu tren LRT.


Beliau berkata, perbualan kira-kira 20 minit itu akhirnya membuahkan rasa cinta antara mereka dan perwatakan George yang alim Katanya, George juga menyatakan dirinya dalam proses mendapatkan taraf penduduk tetap (PR) di negara ini selepas 15 tahun bekerja sebagai perunding di firma guaman di Cheras selain menjalankan perniagaan barang kemas eksklusif yang diimport dari Sri Lanka.

“George tidak pernah meminta wang daripada saya, malah dia selalu membelanja saya makan ketika keluar bersama dan memberi hadiah berbentuk barang kemas eksklusif yang dijualnya. Ini membuatkan saya percaya,” katanya ketika ditemui, di sini.


Beliau berkata, selepas sebulan perkenalan, George mempelawanya menceburi bidang perniagaan barang kemas yang dijalankan yang didakwa mampu mengaut keuntungan RM15,000 sebulan.


Katanya, pada mulanya, dia tidak berminat, tetapi selepas melihat kemewahan kekasihnya hingga mampu memiliki kondominium mewah di kawasan Pantai Dalam berharga RM330,000, dia mula meminati perniagaan itu.

“Sebagai permulaan, saya melabur RM10,000 hasil wang simpanan saya untuk membeli barang kemas itu sebelum dijual kepada majikan saya yang memang meminati barang kemas.


“Saya yang nampak keuntungan seperti dijanjikan George seterusnya melabur RM30,000 lagi,” katanya.

Menurutnya, selepas membayar wang buat kali kedua itu, George berjanji menyerahkan barangan berkenaan dalam masa dua hari dengan alasan barang itu baru saja dihantar melalui perkhidmatan kurier dari Sri Lanka.


Selepas dua hari menunggu, dia menghubungi George, tetapi talian telefonnya dimatikan dan apabila ke kondominiumnya pula ia didapati sudah kosong dan menurut jiran, George meninggalkan rumah itu tergesa-gesa pada waktu malam.


“Saya sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kerinchi pada 20 April lalu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan.



NILAI SENDIRI..
NO KOMEN



Tiada ulasan: