Selasa, 31 Mei 2011

AGAK SUKAR NAK DIFIKIRKAN...KIRA FIKIR BODOHLAH....TAK KAN RUGI BISNES TIADA PERSAINGAN@BISNES MACAM KITA SATU2NYA SAJA DI SATU2 TEMPAT.....

Indonesia tarik balik pembekuan amah
Mei 31, 11 9:37am

Malaysia dan Indonesia akhirnya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baru mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia setelah lebih setahun berbincang.

Indonesian domestic helpers maids 2Perbincangan itu bagi memperkemas pengurusan penghantaran dan perlindungan terhadap pekerja dan majikan selepas Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia kira-kira dua tahun lalu.

MoU baru itu yang dimeterikan, merupakan pindaan kepada MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia ke Malaysia 2006, sekaligus menamatkan pembekuan sementara Indonesia terhadap penghanatran pembantu rumah negara itu ke Malaysia.

Bagaimanapun Indonesia hanya akan mula menghantar pembantu rumah dalam masa dua minggu lagi setelah selesai segala persiapan mengikut MoU baru.

Kepentingan tiga pihak

MoU itu mengambilkira kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan agensi pekerjaan selain menggariskan dengan jelas tanggungjawab masing-masing.

Indonesian domestic helpers maidsAntara perkara utama yang disepakati kedua-dua negara melalui semangat kerjasama dan tolak ansur itu ialah majikan Malaysia dijamin mendapat pembantu rumah ganti atau ganti rugi wang pendahuluannya daripada agensi pekerjaaan berkaitan jika pembantu rumah mereka melarikan diri, tidak cekap atau tidak lulus pemeriksaan kesihatan dalam tempoh enam bulan.

Di pihak pekerja pula mereka dibenar memegang pasport sendiri selain bercuti sehari dalam seminggu manakala sebuah badan yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Bersama yang ditubuhkan di kedua-dua negara akan menjadi badan pengawas kepada pelaksanaan MoU itu.

Kedua-dua negara bersetuju untuk menyerahkan soal gaji pembantu rumah Indonesia kepada kuasa pasaran namun pihak Indonesia akan menentukan bahawa gaji yang akan ditawarkan majikan Malaysia tidak kurang daripada gaji minimum di Indonesia.

Gaji minimum

Gaji minimum di Indonesia berbeza mengikut kawasan dan yang paling tinggi ialah di Jakarta iaitu Rp1.2 juta tetapi masih ada pembantu rumah di Jakarta yang di bayar gaji dari Rp600,000 hingga melebihi Rp1.2 juta.

domestic maids 070606 cookingMajlis pemeterian MoU malam ini diadakan sembilan bulan selepas Malaysia dan Indonesia mencapai kata sepakat memuktamadkan peruntukan-peruntukannya pada (JWG) mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama bulan Ogos tahun lalu.

Malaysia diwakili Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam manakala Indonesia diwakili Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar pada majlis penandatanganan MoU baru itu.

Pada sidang akhbar kemudian, Dr Subramaniam menjelaskan bahawa dengan
penghantaran secara rasmi, pembantu rumah selepas ini, perlindungan dan kebajikan mereka akan lebih terjamin sebagaimana yang dinikmati pekerja tempatan.

Memerlukan masa

Muhaimin berkata Indonesia memerlukan masa sehingga dua minggu untuk membuat segala persediaan mengikut ketetapan yang disepakati.

domestic maids 070606 child careDifahamkan esok perbincangan peringkat pegawai akan memuktamatkan mengenai kos pengambilan pembantu rumah Indonesia, yang dicadangkan pada kadar yang lebih rendah iaitu RM4,511 namun ia akan bergantung kepada persetujuan.

Malaysia dan Indonesia telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) untuk MoU baru itu pada 18 Mei tahun lepas ketika rundingan tahunan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Kuala Lumpur.

LOI itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar.

- Bernama


Tarif elektrik dijangka naik setiap enam bulan?
Kuek Ser Kuang Keng and S Pathmawathy
Mei 31, 11
8:50am

Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

peter chinMenteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

“Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan,” kata Chin di Putrajaya semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan arahan kerajaan kepada Petronas supaya menaikkan harga gas asli daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap enam bulan sehingga ia mencecah harga pasaran menjelang tahun 2016.

Pada sidang akhbar berasingan di Kuala Lumpur, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh (bawah, tengah) berkata FCPT bermakna pengguna terpaksa menanggung kos.

tenaga tnb pb 300511 azman mohd, che khalib mohamad noh, mohamed rafique merican"Kerajaan akan juga melaksanakan mekanisma FCPT bagi sektor tenaga. Mengikut FCPT, kos bahan api akan disemak setiap enam bulan.

"Sebarang perubahaan sama ada menaik ataupun menurun pada kos bahan api, khususnya gas, arang batu dan minyak akan ditanggung oleh pengguna,” katanya.




Tiada kenaikan tarif bagi bil yang kurang RM77
S Pathmawathy
Mei 31, 11
9:14am

Pengguna yang menggunakan kurang 300kW unit tenaga sebulan ataupun mereka yang jumlah bil di bawah RM77, tidak akan terjejas dengan kenaikan tarif elektrik pada 1 Jun ini.

Ini bermakna 4.4 juta atau 75 peratus pengguna di Malaysia tidak akan mengalami sebarang kenaikan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Che Khalib Mohamad Noh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Katanya bagi penggunaan industri yang bervoltage rendah di bawah 200 kW setiap jam atau kurang, kenaikan dalam bil elektrik mereka tidak sepatutnya melebihi 6.2 peratus.

azlan“Gerai-gerai, sebagai contoh, secara kasar bayar tambahan RM4.60. Jika kita bahagikan kepada 30 hari, ia cuma 15 sen sehari,” kata Che Khalib said.

Struktur tarif baru itu terpaksa dilaksankan katanya kerana kerajaan telah mengarahkan Petronas untuk menaikkan harga gas asli kepada pengeluar tenaga pada kadar RM3 bagi setiap mmBtu.

Ini bermakna bil gas TNB akan naik sebanyak RM1.5 bilion.

Meskipun kerajaan membenarkanTNB untuk menaikkan tarif sebanyak dua peratus, Che Khalib berkata syarikat itu terpaksa menanggung bebanan kos yang lebih tinggi bagi menampung operasinya.

TNB membeli arang batu pada harga purata US$80 setiap tan pada suku pertama tetapi membelanjakan purata USD$103.8 setiap tan pada suku kedua 2011.

“Harga arang batu kini mencecah lebih US$120 setiap tan... TNB tidak dapat menampung kos arang batunya buat masa ini.

“Pada 2004, terdapat permohonan untuk menyemak tarif tetapi kerajaan menangguhkannya. Pada 2006, kerajaan meluluskan kenaikan tarif sebayak 12 peratus.

“Pada Julai 2008 kerajaan melaksanakan penyelarasan 24 peratus kepada tarif berikutan kenaikan 123 peratus dalam harga gas asli,” katanya.


Pakar ekonomi: Harga makanan akan turut naik
Aidila Razak
Mei 30, 11
7:38pm

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.

NONEKatanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

NONESebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.

Tiada ulasan: