Rabu, 25 Mei 2011

MEMANG DAH SEJUK...TAPI AUTA2 KIAN TERBUKA...CUMA TUNGGU HUKUMAN ALLAH SWT..SAPE YANG AUTA DAN BERSALAH...TUNGGU.....

Video Lucah Full Version sila lihat di SINI

Najib pernah berkata semua pihak perlu menghormati undang-undang negara ini “Apa saja yang kita muatkan dalam laman web dan Facebook dan sebagainya akan menyentuh perasaan pihak lain. Kita ada undang-undang kita, pihak berkuasa seperti MCMC perlu ambil tindakan sewajarnya.

“Mereka yang menyalahi undang-undang dan memuat apa-apa pengisian yang boleh bersifat keterlaluan sama ada dari segi menyentuh sensitiviti agama lain patut diambil tindakan,” - Sumber dari SINI

Pagi ini Malaysiakini melaporkan

Akhirnya klip papar aksi seks muncul di Internet

Lebih banyak klip video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip ketua pembangkang dan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di Youtube.


Empat klip tersebut - sepanjang antara 4 minit hingga 4:24 minit - serupa dengan video 22 minit yang ditayangkan kepada wartawan pada 21 Mac di hotel Carcosa Seri Negara.

Ini adalah bahagian ketiga daripada video seks tersebut yang dibocorkan di internet, tetapi tidak seperti dua klip sebelum ini, empat klip terbaru itu memaparkan aksi seks.

Bagaimanapun, video yang dimuatkan oleh "rabiaab11" telah dikeluarkan dari Youtube kerana ia melanggarkan polisi lamanweb tersebut berhubung kandungan berunsur seks.

Berdasarkan maklumat pada Youtube, empat klip tersebut dimuatkan antara jam 2 petang hingga 6 petang semalam.

Video memaparkan beberapa aksi sek termasuk aksi wanita terbabit melakukan seks oral ke atas lelaki dalam klip tersebut.

Tidak seperti klip-klip yang muncul pada 4 April dan pada hari Rabu, yang sepanjang 1:45 saat, empat klip yang dimuatkan 'rabiaab11' semalam adalah lebih panjang. – sepenuhnya sila baca di SINI

Jadi dimana Bapak Menteri yang menjaga SKMM? Apakah perlu dibuat aduan terlebih dahulu bari SKMM akan bertindak?

Jika begitu laporkanlah di (SINI) dan kita tungu dan lihat berapa puluh tahunkah akan diambil oleh SKMM untuk menyiasat dalang yang memuatnaikkan video tersebut ke Youtube..

Tidakkah tindakan mereka yang memuatnaik video tersebut ke laman Youtube kelihatan mencabar pihak Polis? Jelas mencabar kewibawaan pihak Polis kerana ketika pihak Polis menyatakan akan menyiasat akan kejadian memuat naik video clip “Papa Nurul Izzah Part 11” mereka dengan angkuhnya pula memuatnaikkan 4 lagi klip video tersebut kelaman Youtube.

Memandangkan aku jelas berada di pihak Pakatan Rakyat.. jika aku menyiarkan empat video klip tersebut didalam Blog ini, aku yakin malam ini aku akan bermalam dilokap Balai Polis Bandar Perda kerana tiada keistimewaan yang diberikan kepada penyokong Pakatan Rakyat..

Dan keistimewaan dikecualikan dari tindakan undang-undang itu hanya terdapat atau diberikan kepada pihak yang menyokong UMNO.. oleh itu saksikanlah video tersebut di blog penyokong UMNO ini..

Sila klik di sini… Panglima Harimau


Video Lucah : Jika Anwar.. kenapa tiada parut pembedahannya?


Pendedahan keseluruhan Video Lucah dialam cyber ini sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk mempertikaikan dakwaan blog-blog Pro-UMNO dan segelintir pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah Anwar.

Bermula dari clip video yang pertama dimuatnaik (upload) kedalam YouTube, janggut ,rambut dan juga perut telah dipertikaikan.


Dimana pada awal paparan clip video itu lelaki yang didakwa sebagai Anwar tersebut kelihatan mempunyai janggut tiba-tiba ketika ia melintas camera janggutnya telah hilang dan sehari selepas itu iaitu 22hb. Clip video dari TV Selangor menunjukkan Anwar mempunyai janggut.. lihat di SINI

Begitu juga dengan rambut yang kelihatan pada 21hb dan 22hb, dalam jangkamasa satu hari sahaja rambut Anwar telah kelihatan lebih panjang dari lelaki yang didakwa sebagai Anwar didalam video lucah itu..

Selain dari rambut, janggut dan perut ada juga yang mempertikaikan tentang tali pinggang yang tidak kelihatan dipakai pada lelaki tersebut ini berbeza dengan Anwar yang sering kelihatan memakai talipinggang.

Kenyataan dari pihak polis juga telah menjadikan dakwaan oleh Blogger Pro UMNO lebih bercanggah dimana pihak polis telah mengeluarkan kenyataan mengatakan wanita didalam video lucah itu adalah seorang pelajar dari Negara Cina dan tempat rakaman adalah disebuah kondominium di pinggir ibu kota.

Ianya berbeza dengan kenyataan atau apa yang ditulis oleh Blogger Pro UMNO yang mengatakan tempat kejadian adalah di sebuah SPA ditengah-tengah ibu kota.

Begitu juga dengan jam Omega, blog-blog Pro UMNO mengatakan jam tersebut adalah pemberian dari Kerajaan Arab Saudi kononnya.. sebenarnya apa yang mereka katakan itu adalah dua buah jam Omega yang di anugerahkan oleh Kerajaan Arab Saudi, satu dianugerahkan kepada Tun Mahathir dan satu lagi dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim.

Malangnya dakwaan atau tuduhan mereka sekali lagi meleset bila pihak polis yang telah menyerahkan kad pendaftaran jam tersebut yang entah datang dari mana kepada pengedar jam Omega untuk dikenalpasti pemiliknya telah mengeluarkan kenyataan bahawa jam tersebut datangnya dari Taiwan.

Biarpun jelas bahawa konspirasi video lucah mereka telah menemui kegagalan mereka masih mahu menegakkan benang yang basah, mereka tetap mengatakan bahawa lelaki itu adalah Anwar Ibrahim.

30 April yang lalu dalam satu pertemuan dengan seorang sahabat yang merupakan Setiausaha PKR Permatang Pauh yang juga merupakan penjaga kepada Yayasan Aman di Penanti timbul satu lagi persoalan.

Yayasan Aman yang terletak di Penanti adalah tempat Anwar Ibrahim sering bermalam selain dari Sunway Hotel di Seberang Jaya.. Ada pihak termasuk Body Guard Anwar Ibrahim sendiri pernah mengatakan mereka diusik oleh hantu ketika bermalam di situ.. hmm.. entahlah..

Sahabat itu menceritakan bahawa Anwar sering tidak berbaju apabila berada di situ ketika hendak tidur, katanya terdapat satu parut bekas pembedahan tulang belakang yang kelihatan jelas di belakang Anwar..

Buat yang sudah terlupa tu.. pada tahun 2004 Anwar Ibrahim telah menjalani pembedahan di Aplha Clinic German (video di SINI) kerana masaalah tulang belakangnya yang dikatakan telah terhentak pada gari setelah jatuh terlentang dalam keadaan tangan bergari kebelakang akibat dibelasah oleh Rahim Noor..

Jadi cuba perhatikan gambar-gambar screen shot dibawah.. dimanakah parut pembedahan tersebut?







Video Lucah : Orang kenallah siapa Rahim Thamby tu.. - Azalina

Selain dari mendedahkan UMNO kini memang dalam masaalah.. Azalina juga mendedahkan Rafidah dan Pak Lah tidak menyukai Puteri UMNO atau dalam lain ayat Pak Lah menyampah..

Jelas kini UMNO sudah berada didalam situasi panik.. mereka mula menyalahkan satu sama lain..

Dan buat yang masih bersama Puteri UMNO tu.. takkan nak tunggu lagi.. korang tu sudah umpama hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.. sorong pipi kat Pak Lah pun Pak Lah tak pandang jadi.. kenapa masih terhegeh-hegeh menyokong UMNO?

Umno sedang hadapi masalah

SHAH ALAM: Umno sedang menghadapi masalah dengan orang Melayu menyebabkan mereka tidak menyokong parti itu,, kata bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Umno menghadapi masalah dalaman hingga orang benci kepada Umno.


“Banyak sabotaj dalam Umno, ” katanya di majlis dengfan Puteri Umno Selangor hari ini.

Beliau berkata, pegawai kerajan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah tidak sokong kerajaan.

“Kita ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat.

“Dalam video seks orang kenal siapa Tan Sri Rahim (Thamby Chik),” tambahnya.

Azalina berkata, Umno juga menghadapi masalah dengan pengundi Melayu di bandar.

Katanya, profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka.

“Ada wakil rakyat kita (Melayu) yang orang menyampah, ada berjabat tangan tidak tengok muka,” katanya.


Rafidah, Pak Lah tak suka Puteri, dedah bekas ketua

SHAH ALAM: Bekas orang nombor satu Puteri Umno hari ini mendedahkan Tun Rafidah Aziz menentang penubuhan sayap Umno itu.

Datuk Seri Azalina Othman Said juga mendakwa mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.

Azalina berkata,“ maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada Khairy (Jamaluddin), menantunya.”

Katanya, hanya mantan perdana menteri. Tun Dr Mahathir Mohomad yang menyokong Puteri Umno.

“Mereka mempersoalkan mengapa mesti ada Puteri sedangkan sudah ada Wanita Umno.

“Ketua bahagian dan ketua cawangan pun tidak sokong Puteri Umno.

“Kalau Datuk Najib (Tun Razak) tidak sayang Puteri, siapa nak cari pengundi Melayu muda,? katanya di majlis bicara tokoh anjuran Puteri Umno Selangor hari ini.

Azalina berkata, beliau yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno,

Bagaimanapun, katanya beliau menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir.

Beliau juga mendakwa ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita.

“Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja,” kata Ketua Umno Pengerang itu.


Free Malaysia Today



Fitnah Video Lucah, Exco Pemuda UMNO simpati dengan Anwar..


Rupa-rupanya ada juga Exco Pemuda UMNO Malaysia yang masih mengharapkan Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Biarpun mereka ini memakai baju UMNO dan kelihatan seperti orang UMNO, bahkan sangat serakah untuk perut dan tembolok, tetapi hati, jiwa dan perasaan mereka adalah untuk Anwar Ibrahim.


Penularan wabak video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim menjadi indikasi utama tahap perjuangan puak-puak ini.

Dalam mesyuarat Pengurusan Exco Pemuda yang diadakan baru-baru ini, terkeluarlah cerita tentang video tersebut.

Secara automatik, terluncurlah keluar ayat-ayat simpati kepada Anwar dan pada masa yang sama, mengutuk Najib Abdul Razak dengan ayat-ayat yang sama seperti yang dituturkan oleh Anwar Ibrahim!!!

Mungkin perasaan simpati mereka kepada Anwar bolehlah diterima kerana ia melibatkan maruah, tetapi apabila ayat-ayat yang dikeluarkan itu sama seperti ayat-ayat Anwar Ibrahim dan sasaran mereka pula adalah Najib Abdul Razak, rasa-rasanya ada benda besar yang sedang berlaku dalam Pemuda UMNO Malaysia. Apatah lagi, Pemuda UMNO Malaysia sekarang ini tidak ubah seperti pondan yang cuba mengepit kemaluannya di celah kangkang!!!

Disebabkan itulah juga, Pemuda UMNO Malaysia seringkali dilihat seperti gunting dalam lipatan yang bukan sahaja tidak mampu bekerja untuk UMNO, sebaliknya terlalu berjuang untuk mendapatkan jawatan bagi Ketuanya!!!

Anehnya, puak berkenaan masih lagi berada di dalam UMNO. Sedangkan seharusnya mereka melepaskan jawatan atau meninggalkan UMNO untuk menyertai Anwar Ibrahim secara terang-terangan, bukannya seperti pondan bacul. Yang sahihnya, cara serampang dua mata yang diamalkan sekarang, diharapkan mampu memberi keuntungan maksima kepada mereka.

Dengan kata lain, kalau Pakatan Rakyat menang, mereka akan segera menyeberang. Kalau UMNO-BN menang, mereka akan mendabik dada bahawa segala kemenangan itu adalah hasil kerja mereka.

Sepenuhnya sila baca di The Flying Kick (Blog Pro UMNO)


Eskay Tidak Tuduh Anwar.. jadi.. Apa Khabar Pencacai UMNO sekarang? (Video Inside)

Apa khabar sekarang pencacai-pencacai UMNO yang bermati-matian mengatakan bahawa lelaki yang sedang melakukan seks di dalam video lucah edaran pencacai-pencacai UMNO itu adalah Anwar Ibrahim?

Mereka menulis seolah-olah mereka lebih mengenali Anwar dari Isterinya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah sendiri.

Pencacai-pencacai UMNO melalui blog-blog mereka sedaya upaya menegakkan benang yang basah mengatakan lelaki di dalam Video itu adalah Anwar biarpun banyak perkara didalam video itu telah dipertikaikan bermula dari janggut, perut, rambut, jam omega, tempat kejadian malah hingga keparut pembedahan.. (aku pertikai setakat tu saja.. tapi kawan aku pertikai tentang kemaluan yang katanya kelihatan tidak berkhatan.. cuba korang jenguk Biaqpila )


Tidak lupa juga kepada pengunjung setia Blog ASD ini iaitu Anak Kg Pertama yang telah meninggalkan komen “Alasan!!..lagi..lagi alasan!!..yg penting orang dalam gambar tu..SIAPA DIA??? DI MANA DIA???...kalau ASD dah tak percaya mengapa masih buat ulasan? jika masih beri ulasan maka ia adalah benar dan tulen video tu, cuma pelakunya aje segelitir rakyat shj yg masih tak percaya. Mintalah umat Islam buat baca yassin dirumah..masjid..minta si pelaku keluar mengaku cepat...sebab makin hari rakyat hairan kenapa si pelaku belum keluar mengaku...sebab teman si pelaku dah mengaku...sampai bersumpah2 mengaku...” komennya telah ditinggalkan di SINI

Tidakkah dengan kenyataan Eskay selepas memberikan kenyataan kepada pihak Polis Kepong petang semalam yang mengatakan “Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya” membuktikan tuduhan oleh pencacai UMNO itu adalah fitnah?

Cuba korang baca firman Allah s.w.t. ini : “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.” (Surah al-Ahzab 33:58)

Bacalah juga firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nur ini..

“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya.

Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ‘Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.’

Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta.” (Surah an-Nur 24:11-13)

Fikirkan.. berbaloikah upah yang anda dapat jika dibandingkan dengan api neraka yang menanti anda?

Saksikan dan dengar apa Eskay kata pada minit ke 2:15 video ini..





Tiada ulasan: