Khamis, 19 Mei 2011

SEKUAT MANA PUN...KITA TAK BOLEH LARI DARI TUA...SERTA MATI...SAMPAI TEMPUH HAYAT...MATILAH...MAKA BERBUAT BAIKLAH...

Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya
Mei 18, 11 1:20pm

Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

najib pc in parliamnet on altantuya murder case allegations 030708Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.

Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

abdul razak baginda pc 201108 04Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda (kiri) - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya -
dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.

Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

altantuya and son 050309Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya
sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.

Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia.

Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya.


Asri: Dakwa pencegah maksiat sebabkan kematian
Mei 18, 11 12:12pm

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tindakan penguatkuasa agama yang menyebabkan kematian dalam operasi pencegahan maksiat, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurutnya, tindakan bagi membendung "maksiat peribadi" -- seperti khalwat dan minum arak -- yang dilakukan secara bersembunyi sehingga menyebabkan kematian merupakan satu dosa.

azlan"Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian," katanya ketika mengulas kes mangsa mati terjatuh bangunan kerana mengelak intipan sebuah jabatan agama, dipercayai merujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu 'khalwat' dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip."

jabatan agama islam wilayah persekutuanSemalam, seorang bekas polis dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup anggota JAWI yang melakukan operasi cegah maksiat.

Bernama melaporkan, dalam insiden kira-kira jam 2 pagi, mangsa berumur 49 tahun -- yang menginap dengan pasangannya di hotel itu -- terjatuh ketika cuba lari melalui tingkap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Maksiat dalam filem, atas pentas?

Dalam kenyataan hari ini, Dr Mohd Asri juga berkata, beliau dukacita dengan berita kematian itu kerana ia bukan kes yang pertama dan sudah sering berulang.

jawi and confinement"Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini...," katanya.

Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga mengulangi pendiriannya bahawa Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar dan mengintip maksiat peribadi walaupun pelakunya sendiri mengaku.

Menurut Dr Mohd Asri, cubaan menyembunyikan dosa itu melambangkang pelaku itu masih mempunyai nilai malu dan mahu menjaga maruah diri dan keluarga.

NONE"Apa yang peliknya dalam negara kita, maksiat yang jelas, berpelukan lelaki dan perempuan dalam filem, atas pentas lakonan, pentas seni dibiarkan oleh pihak berkuasa pencegah maksiat, sehingga ada isteri orang besar pun yang memeluk artis luar negara di hadapan umum, dibiarkan, (tetapi) yang sembunyi dicari dan diburu," katanya.

Tambahnya, sikap suka mengintip itu juga mencetuskan kontroversi video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu juga menurut Dr Mohd Asri lagi, jika dibiarkan akan menjadi trend untuk menjatuhkan sesuatu pihak.


Ketua Pemuda MIC Perak letak jawatan
Mei 18, 11 7:43pm


Ketua Pemuda MIC Perak K Muraalie melepaskan jawatan yang disandangnya sejak September 2009 berkuatkuasa serta merta untuk memberi laluan kepada calon yang lebih layak.

Katanya beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada presiden MIC Datuk G Palanivel esok.

"Selepas perjumpaan dengan pengerusi MIC negeri Datuk S Veerasingam dan ketua Pemuda MIC T Mohan Sabtu lepas, saya memilih untuk melepaskan jawatan ini.

"Bagaimanapun saya akan menjaga nama baik parti dan memberi sokongan kepada Ketua Pemuda negeri yang baru," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Baru-baru ini, 18 ketua Pemuda MIC bahagian di Perak menghantar memorandum kepada Veerasingam dan Mohan bagi melaporkan "sesuatu" dan meminta agar Muraalie diganti.

Muraalie berkata beliau bagaimanapun tidak akan melepaskan jawatannya sebagai ketua Pemuda MIC bahagian Pasir Salak dan anggota exco Pemuda MIC.

Veerasingam ketika dihubungi berkata tindakan oleh Muraalie itu adalah bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih baik dalam parti.

- Bernama


Ahmad Maslan syor Anwar saman Eskay
Mei 18, 11 3:10pm

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan hari ini mengemukakan lima cadangan untuk menghentikan kekeliruan orang ramai berhubung isu video seks didakwa melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONECadangan itu termasuklah mengesyorkan Anwar supaya memanggil pakar dari luar negara untuk mengesahkan video seks didakwa melibatkan ketua umum PKR itu tidak tulen.

"Video itu telah disahkan (tulen) oleh pakar dari Amerika Syarikat dan Korea (Selatan). Saya kira polis sudah buat apa disebut sebagai semakan. Apabila Korea sudah buat diikuti Amerika, mereka sudah menyemak sekali lagi dan mengesahkan video itu tulen," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ahmad juga mencadangkan supaya Anwar menyaman ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah jika benar pendedahan itu ialah fitnah selain bersumpah laknat menafikan beliau terlibat dalam skandal video seks berkenaan.

Beliau juga meminta polis supaya segera mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu dan mendakwa pelakunya di mahkamah untuk menamatkan pelbagai spekulasi serta mencadangkan penubuhan suruhanjaya diraja.

alleged four full sex videos on youtube 290411 18Polis sebelum ini enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu meskipun pakar dari Korea Selatan serta Amerika Syarikat mengesahkan bahawa video tersebut tulen dan bukan menggunakan teknik pertindihan.

"Kesemua cadangan itu dibuat untuk menghentikan kekeliruan orang ramai dan juga menghentikan tuduhan-tuduhan bahawa Umno di belakang ini dan hentikan kita ini fitnah dan hentikan Utusan Malaysia akhbar fitnah.

"Kalau satu cadangan ini pun tidak dibuat, ia akan mengganggu pemikiran masyarakat. Kita nak tahu siapa yang benar. Dalam kepala rakyat nak tahu siapa yang benar. Saya sendiri ingin tahu apa perkara sebenar," katanya.

Mengulas rancangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk berhimpun di hadapan pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur Jumaat ini bagi membantah laporan akhbar itu yang didakwa tidak memihak kepada parti pembangkang, beliau berkata pihak berkenaan tidak memahami kebebasan akhbar.

"Ini (demonstrasi) kerja orang pengecut. Utusan Malaysia mempunyai tanggung jawab untuk melaporkan pandangan mereka mengenai apa (jua) isu yang berada dalam pemikiran masyarakat pada hari ini. Manakala akhbar lain juga ada pendekatan masing-masing," katanya.

- Bernama


Jangkitan dada: Dr M dimasuk ke IJN
Mei 18, 11 12:44pm

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.

- Bernama

Tiada ulasan: