Khusyuk dalam Shalat
by heri purnomo
Oleh : Umi Hasanah
Shalat adalah komunikasi seorang hamba dengan Tuhannya. Kadang shalat diartikan sebagai al-munaji yaitu dialog interaktif antara hamba dan Tuhannya. Juga dimaknai doa karena terdiri atas permohonan orang yang shalat (mushali) kepada Tuhannya. Seperti kalimat warzuqni, artinya limpahkanlah rezeki kepadaku.
Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Tirmidzi, bahwa ketika orang yang sedang shalat mengucapkan ”alhamdulillah”, Allah SWT menjawab ”hammadani ‘abdi (telah memuji kepada-Ku hamba-Ku).”Kata khusyuk berasal dari khasya’ yakhsyu’ khusyu’an yang artinya memusatkan segala ruh hati dan pikiran seorang mushali kepada semua gerakan dan bacaan dalam shalat. Sehingga, pikiran dan hatinya hanya terfokus di dalam shalat semata.
Imam Syafi’i menjelaskan dalam kitab Al-Um, ”Orang yang sedang shalat hendaklah ia seperti seorang prajurit yang berhadapan dengan seorang raja gagah dan kuat. Serius, tegak, konsentrasi, dan fokus terhadap perkataan rajanya itu.” Firman Allah Azza Wajalla, ”Sungguh bahagia orang-orang yang beriman. Yaitu orang-orang yang di dalam shalat mereka khusyuk.” (QS Al-Mu’minun [23]: 1-2).
Rasulullah SAW memberikan kiat-kiat agar shalat khusyuk. Pertama, mengingat kematian ketika dalam shalat. Sabda Rasulullah SAW, ”Ingatlah kalian terhadap mati ketika dalam shalat. Sesungguhnya seseorang yang ingat mati dalam shalat, ia akan memperbaiki shalatnya. Jika tidak mengingat kematian diri kalian, niscaya urusan duniawi akan mengganggu konsentrasi shalat kalian.” (HR Ad-Dailami)
Kedua, tenang dan seakan-akan melihat Allah SWT. Tahapan kedua jika mushali ingin merasakan khusyuk dalam shalat adalah melakukan ketenangan dalam semua gerakan dan bacaan sehingga merasakan seakan-akan melihat Tuhannya. Ujar Rasul, ”Shalatlah kalian semua dengan tenang seakan-akan kalian melihat Allah di depan kalian. Walaupun kalian tidak melihat-Nya sesungguhnya Allah melihat kalian semua.” (HR Abu Muhammad Al-Ibrahimi)
Dalam beribadah, seyogianya kita mengingat akan mati di esok hari agar semua ibadah kita terasa khusyuk. Sebaliknya, jika dalam urusan dunia hendaklah kita seakan-akan hidup untuk seribu tahun, agar khusyuk dalam bekerja.Rasulullah SAW telah memerintahkan kepada kita agar khusyuk dalam shalat. Karena dialog interaktif antara kita dan Sang Khalik dapat menghasilkan pahala yang memuaskan. Beliau bersabda, ”Apabila salah seorang dari kamu sekalian sedang melaksanakan shalat, sebenarnya ia sedang berdialog dengan Tuhannya. Maka, perhatikanlah bagaimana cara berdialog itu?” (HR Imam Hakim). Wallahu’alam bish-shawab.
Ungkapan diatas adalah ungkapan motivasi yang cukup hebat. Namun ramai yang tertipu kerana tersalah faham dengan maksud ungkapan tersebut. Mungkin ada yang berkerja bertungkus lumus siang malam untuk mengumpulkan harta benda untuk memenuhi keperluan hidup. Cahaya Matahari pagi belum lagi menyinari alam, masing-masing sudah keluar untuk pergi berkerja. Hatta, azan subuh belum lagi berkumandang, tetapi telah ada manusia yang menunggu bas untuk pergi kerja. Mungkin ada yang hanya sempat melihat anak yang masih tidor sebelum pergi berkerja. Bila pulang dari kerja, anak telah pun masuk tidur semula. Begitulah kesungguhan berkerja seolah-olah dia akan hidup 1000 tahun lagi. Jika begitulah keadaannya, adakah lagi masa terluang untuk menunaikan ketetapan agama? Adakah lagi masa untuk beribadah seolah-olah ia akan mati esok? Sedangkan ugama menuntut kita mendirikan solat berjemaah dimasjid.
Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi sebenarnya bermaksud kamu mempunyai masa yang cukup lama (1000 tahun) untuk memenuhi tuntutan kehidupan kamu didunia. Tetapi kamu kesuntukan masa, tidak ada masa lagi (kerana kamu akan mati esok hari) untuk mengumpulkan bekalan bagi perjalanan yang sangat jauh di Akhirat nanti.
Dengan erti kata lain, kerja-kerja yang dilakukan boleh ditangguh atau dirancang tetapi hal kematian tidak boleh ditangguh. Prioriti atau keutamaan mesti diberikan dalam hal ibadah kerana kita kesuntukan masa, seolah-olah besok kita akan mati.
Orang yang bijak, akan merancang kerja-kerja hariannya (kerana ia akan hidup lama lagi) dengan memberi prioriti (keutamaan) kepada bekalan yang akan dibawanya mati esok hari. Contohnya, bila telah masuk waktu solat semasa dia bermesyuarat, dia akan menangguhkan mesyuarat tersebut dan pergi mendirikan solat. Mesyuarat boleh ditangguhkan kerana dia mempunyai masa yang cukup banyak (1000 tahun) tetapi Solat tidak boleh ditangguh-tangguhkan kerana ruang masa yang amat terhad. Hatta tidak seorang pun tahu saat kematian masing-masing. Apa kata, kalau dia diserang sakit jantung dan terus padam semasa bermesyuarat, sedangkan solat belum didirikan?
Kita perlu sedar bahwa keupayaan kita amat terhad ibarat teori ekonomi: Diminishing Production Possibility Curve atau Keluk Kemungkinan Pengeluaran. Teori ini menerangkan batas maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dihasilkan. Ditahkikkan kepada masa, jika dalam satu hari kita ada 24 jam, dan keseluruhan masa itu kita gunakan untuk berkerja bersungguh-sungguh, bertungkus lumus kerana kita akan hidup 1000 tahun lagi, maka dimanakah masa untuk beribadah yang mana kita akan mati esok hari? Kita juga perlu mengakui bahawa dalam masa 24 jam itu, antara 6 ke 8 jam adalah masa untuk tidor. Tak ada manusia yang tidak tidor sepanjang hidupnya. Maknanya, masa yang effektif hanyalah antara 16 hingga 18 jam sahaja.
Jika keseluruhan masa effektif ini digunakan untuk berkerja, dimana masa untuk beribadah? Dimana masa untuk ber’itikaf dimasjid sambil mendengar kuliah-kuliah ilmu agama? Bukankah ia juga menggunakan masa? Jangan kita tipu diri sendiri. Apabila kita telah berkerja bertungkus lumus, badan kita akan keletihan. Tak ada masa untuk beribadah dalam erti kata yang sebenarnya. Kerana itu kita mesti mengakui, slogan diatas tidak dapat dilaksanakan serentak: berkerja bermati-matian disamping beribadah bagai nak rak tidak mampu kita lakukan. Kerana itu perbetulkan fahaman kita terhadap slogan tersebut. Wallahu'alam.
Kenapa..
kenapa kita hidup?..persoalan yang melanda diri apabila berada dalam masalah yang kritikal,,
-setiap dugaan yang menimpa diri kita adalah ujian dari ALLAH,,kita akan dapat pahala jka kita redha dengan ketentuan dariNYA,,
-mcm skrang,,final exam,,klau berjaya kita dapat A,,klau tidak berjaya,kita ada peluang utk perbaiki gred kita,,
-hidup juga seperti itu.ALLAH sentiasa memberikan peluang kepada hamba2NYA utk terus beribadat tanpa henti,,Beribadah seolah Mati Esok-Bekerja seolah Hidup Selamanya..
-mencari ilmu juga adalah ibadat,jadi jgnlah kita bosan dalam mencari ilmu kerana mencari ilmu adalah seperti kita beribadah,,disamping kita mendapat ilmu,ALLAH memberikan kita ganjaran atas ilmu2 yang kita pelajari..ilmu yang kita ada ibarat setitik air dari lautan..
kepada semua,terutama diri saya sendiri,,jangan mudah mengalah dalam perjuangan hidup..carilah ilmu kerana mencari ilmu adalah ibadat,,
p.s ; NazrullahShahruddin,,jgn malas2,,
Kuliyah Ust Azhar Idrus-Masjid Pinang Merah,Paka-2/5/11-Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman-28 J'Awal
*sambungan bab bahaya angan2
-berasa akan hidup lama di dunia..angan2 yg panjang..-masuk dlm kubur tanpa bekalan ibarat lemas di lautan tanpa pelampung..terkapai2 meminta pertolongan..
-ape yg kita cari kat dunia, smuanya akan ditinggalkan..-Dunia penuh tipu daya rupanya. Dunia menipu manusia seolah2 manusia hidup menongkah langit selamanya. Sedangkan maut hanya di depan mata. Entah esok entah lusa.Orang muda jangan ingat matimu tua. Orang tua jangan ingat tak akan mati selama2nya.
-Setiap dari kita selalu berangan2. Kalau kita miskin, kita akan berangan2 hendak menjadi kaya. Kalau kita jahil, kita berangan2 hendak menjadi orang bijak. Kalau kita orang bawahan, sudah tentu kita akan berangan-angan hendak menjadi orang ternama. Begitulah selalunya..
-tidak dinafikan kadang2 angan2 kita terlalu panjang sehingga melewati batas2 syariat. Sehingga terlupa kehidupan akhirat dan kewajipan agama. Kepada orang yang sering berangan-angan panjang seperti ingin hidup lama adalah tercela dalam agama Islam. Ini adalah sifat yang didorong oleh hati yang cinta kepada dunia.
-Angan-angan panjang ini tidak perlu kita miliki malah ajaran agama Islam menyifatkannya adalah amalan yang dikeji." Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia."(HR Ibnu Abiddusya)?
-rezeki kita semuanya telah ditakdirkan oleh ALlah..kadang2 walupun kita tak cari ia tetap dtg..tapi pd adatnya kita kena berusaha, baru kita dpt..semuanya telah ditulis Allah ejak roh ditiup lg..
-taubat 1 minit je,dgn bersungguh2 dan rase ikhlas isyaAllah diterima Allah..tapi utk cari bekalan bawa ke sana ia memerlukan masa yg panjang..
-time sembahyang raye je baru nampak muka kat surau..padahal ia sunat saje..tapi,time ustaz mengajar tak datang,padahal ia wajib..manusia akhir zaman,sibuk mengejar dunia..
-Yang kekal abadi adalah kehidupan di Akhirat. Syurga umat Islam ialah Akhirat sedangkan syurga orang munafik dan orang kafir ialah dunia yang penuh muslihat ini. Insaflah. Kembalilah ke pangkal jalan. Masih belum terlambat selagi nyawa dikandung badan. Carilah bekalan untuk akhirat. Bekalannya ialah amal kebaikan..
-ORG LAKI PAKAI RANTAI KAT TEKAK PUN ORG WAT MENANTU..ORG PEREMPUAN PULAK,FREEHAIR,RAMBUT MERAH PUN ORANG WAT NANTU..akhir zaman..
-Al-Hadid [20] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.
-BERAMALLAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN MATI ESOK HARI DAN BEKERJALAH SEOLAH-OLAH KITA AKAN HIDUP SERIBU TAHUN LAGI.
soal jawab
1.org yg mati kerana penyakit taun dikira mati syahid..
2.sengaja buat jadi org lembut atau pondan-haram..nak jd perempuan.
3.memutuskan silaturahim adalah berdosa besar.
4.kasut tumit tinggi-kalau pakai niat nak suruh org tengok,haram..
5.hukum cukur janggut-jumhur ulamak mengatakan haram-tapi ada satu qaul bagi mazhab syafie mengatakan makruh..hukum cukur misai-harus
6.kalau "berasa" kentut dlm solat jgn keluar-ia adalah gangguan syaitan..kalau bunyi kentut baru keluar.
7.nabi ajar kita dgn membaca ayat 3 qul dan tiup ditapak tangan dan sapu diseluruh badan sebelum tidur utk mengelakkan sihir..
8.syurga dan nerka telah pun wujud.
9.keempat-empat mazhab mengatakan haram sentuh quran tanpa wuduk.
10.kalau hak org Islam kena minta izin dulu utk cetak,dan jual..dan kalau hak orang yahudi atau kafir harbi boleh ceta,tiru utk menjatuhkan ekonomi mereka.
11.pakai kondom-kalau niat rase kalau anak ramai tak dpt bagi makan nanti,itu adalah syirik..
12.sunat kita cium tgn ibu bapa.
13-isteri suci dari haid-tak boleh bersetubuh lagi dgn suami..kena mandi wajib dlu..
14-bela binatang kena bg 3 nafkah-makan,minumdan tempat tinggal..tak bagi berdosa.
wallahualam...
KHUTBAH JUMAAT
27 RabiulAwal 1426 / 6 Mei 2005
Tajuk : Umur Yang Paling Buruk
OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat yang dihormati, supaya sama sama kita mempertingkatkan ketaqwaan masing-masing kepada Allah SWT, yakni dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, Mudah-mudahan kehidupan kita yang sementara diatas dunia ini akan diberi keberkatan dan akan menikmati kebahgiaan hakiki yang abadi diakhirat nanti.
Sidang jumaat yang dirahmati.
Menilik akan kejadian asal usul diri kita ini, bermula mendiami didalam perut ibu yang dipanggil Janin, bererti tersembunyi atau terlindung. Setelah dilahirkan kita digelar Bayi dan sesudah itu dipanggil kanak-kanak pula, dan apabila umur telah baliqh kita dipanggil pula belia atau remaja. Kemudian hingga sampai umur 30 tahun dipanggil pula KAHLU / Pertengah umur dan sesudah mencapai 40 tahun kita dipanggil SHEIKH yakni orang yang telah matang. Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul pada ketika baginda berumur 40 tahun.
Sidang jumaat yang dihormati,
Kembali memperkatakan tentang kejadian manusia itu, maka Allah telah menjadikan kita sebagai manusia ini akan melalui beberapa laluan dan perkembangan dan kemudiannya, Allah SWT akan mematikan kita pula. Ada diantara kita yang pendek umurnya, dan ada yang panjang umur hingga kepada tua yang nyanyuk. Namun demikan, Allah juga telah memperuntukkan rezeki masing-masing, Ada yang mewah dan kaya raya, ada yang sederhana, dan tidak kurang yang papa kedana sepanjang hayat. Maka yang dikurniakan kemewahan seharusnya membelanjakan hartanya kejalan yang diredoi Allah, manakala yang kais makan pagi, kais petang makan petang, perlu redzo dan sabar dengan ketentuan dari Allah itu. Sepertimana firmannya didalam surah An-Nahlu a:70 :
"Dan Allah telah menjadikan kamu, kemudian mematikan kamu, ada diantara kamu yang disampaikan umur yang paling buruk, sehingga tidak diketahuinya lagi sesuatu yang dahulunya sudah diketahui. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha berkuasa "
Pengertian ayat ini bermaksud bahawa Allah berkuasa menjadikan manusia itu daipada tidak ada kepada ada, kemudian dimatikannya apabila sampai ajalnya, samada dimatikan ketika kanak-kanak, atau ketika muda belia, atau boleh dimatikan ketika setelah umur tua bangka dan nyayuk.
Sidang jumaat yang berbahagia:
Ketahuilah saudara saudaraku sekalian, bahawa setiap manusia itu akan mengalami empat (4) peringkat laluan jika umur kematiannya mencecah kepada 63 tahun.
Pertama : Peringkat umur kanak-kanak hingga berumur 33 tahun. Diperingkat inilah dipanggil alam persekolahan, dimana kita diwajibkan menuntut ilmu, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat dengan sebanyak-banyaknya, bertujuan bagi mencari kehidupan yang sempurna diatas dunia ini dan juga mencari kebahgiaan diakhirat, kerana diperingkat umur ini, ingatan sesaorang itu sangat kuat dan bertenaga untuk menghafal dan mengingati pembelajaran.
Kedua : Peringkat umur dimana perkembangan pembesaran manusia mulai berhenti. Ianya dipanggil Sinnul-Wuquf iaitu umur dari 33 tahun hingga sampai 40 tahun. Diwaktu ini lah kita mempunyai kekuatan tenaga yang luar biasa, cerdas fikiran dan kuat tubuh badan. Diwaktu ini kita digalakkan untuk mencari kekayaan dunia tetapi tidak melupakan akhirat. Sepertimana maksud sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud :
"Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari"
Tetapi pada waktu umur sebeginilah iman kita akan diuji, Jika mempunyai ilmu agama yang tinggi serta iman yang kuat, maka manusia itu akan berjaya melepasi dugaan umur ini, tetapi jika kita lemah iman dan mengikut kata telunjuk syaitan dan iblis, maka kita akan rebah tersungkur dipangkuan syaitan dan akan sentiasa bergelumang dengan noda dan dosa. Diwaktu ini kita lupa nasihat ibu bapa, lupa pengajaran dari guru, lupa pada kematian, dan lupa hari pembalasan diakhirat nanti. Waktu ini Mujur lalu melintang patah, Arak diminum seperti menunggang air sejuk. Perempuan tidak bermoral dijadikan teman untuk ditiduri. Permainan judi menjadi amalan sebati. Sembahyang lima waktu kita jauhi. Masjid dan Surau tidak kita kunjungi. Oleh kerana peringkat umur ini telah kita tempuhi, maka tuan-tuan yang berada disini perlu mengawasi anak-anak kita yang sedang melalui umur ini, supaya diawasi, dinasihati dan dimarahi, walaupun mereka itu sudah berumah tangga sekali pun, kerana diwaktu ini banyak kisah benar boleh diteladani. Banyak yang terlibat dengan najis dadah, terlibat dengan budaya samseng, Gila disco, Gila judi, Gila Perempuan dan gila menerima rasuah yang mana perbubatan keji ini seumpama ini, akan memusnahkan kehidupan masa depan mereka dan cucu cicit kita.
Manakala peringkat umur ketiga pula dipanggil Sinnul Kuhullah iaitu dari umur 40 han hingga sampai 60 tahun. Pada peringkat ini keadaan fizikal kita mula menurun dengan perlahan secara tidak kelihatan dan amat perlahan. Seperti penglihatan mata kita telah mulai kabur, pendengaran telinga kurang ketara, kulit mulai berkedut dan kendur, gigi mulai longgar dan adakalanya jatuh gugur, rambut dikepala dulunya hitam pekat, sekarang bertukar botak berkilat, misai janggut berselang warna antara hitam dan puteh beruban, Diwaktu inilah kita digalakkan supaya meningkatkan amalan ibadah, untuk kebahagiaan diakhirat. Bertaubat serta menyesal atas perbuatan terlanjur yang telah kita lakukan pada waktu tengah muda dahulu. Orang yang masih hidup pada umur ini bererti Allah amat kasih kepadanya kerana memberi ruang dan peluang untuk kita bertaubat, serta berkesempatan menambahkan amalan lagi. Rasulullah ketika umur sebegini, bersembahyang hingga bengkak-bengkak kaki, kerana bersyukur atas nikmat Allah yang dikecapi, Tetapi setelah kita diberi peluang hidup hingga umur sebegini, Kita masih tidak mengerti, Kerja tidak berfaedah yang kita lakui, Boleh bangun 2/3 pagi hanya untuk tengok liga bolasepak luar negeri tetapi sayang jemaah subuh tidak kita sertai.
Hadirin sekalian,
Peringkat kempat pula dinamakan umur orang tua iaitu, dari 60 tahun keatas. Pada umur sebegini badan telah lemah dan tidak berseri, sakit yang tidak diundang akan datang bertubi-tubi, Penyakit lemah jantung yang ditanggungi, datang pula kencing manis dan dituruti pula dengan darah tinggi. Selera makan juga sudah berubah, dulu makan nasi empat kali tambah, sekarang menghabiskan sekeping roti terasa mengah dan lelah. Nah sekarang baru kita tahu bahawa segala kekuatan, kecantikan dan kehebatan telah ditarik Allah. Dulu badan berketul, kuat, tak lut parang dan peluru senapang, sekarang tolak satu jari jatuh terlentang. Ini adalah fitrah alam, ada pangkalnya pasti ada hujungnya, Kehidupan dan kematian.
Sidang jumaat yang dikasihi.
Tetapi apa yang lebih malang lagi ialah diwaktu umur tua bangka sebegini, ada diantara kita nanti yang akan dinyayukkan oleh Allah. Lihat datuk nenek kita yang mencapai umur ke tahap ini. Kelakuan mereka seperti kanak-kanak. Pelupa dan suka bertanya berkali kali, membuang air kecil dan besar merata-rata dan sesuka hati, dan suka membuang kain yang dipakai umpama kanak berbogel ketika berumur 3 tahun. Kelakuan nyayuk ini adalah merupakan ujian kesabaran kepada anak-anak yang memelihara mereka. Bak kata Pepatah Melayu "Rumah kata pergi, kubur kata mari". Memelihara ibubapa seperti ini membuatkan kita terlalu banyak berdosa kerana tidak sabar dengan kerenah mereka. Mana orang tua yang bernasib baik akan dijaga dibelai dengan penuh kasih mesra oleh anak anak kita. Dimandi dan dibedaki, Yang tidak bernasib baik mereka mereka ini tidak akan dipeduli, berak kencing merata-rata hingga bau badan hancing dan busuk sekali. Oleh itu bermohon kepada Allah supaya jangan akhir hidup kita ini disengsarakan sebegini.
Kata Ibnu Abas, hal-hal seperti ini tidak akan ditujukan kepada kaum muslimin muslimat yang beriman, kerana orang Islam yang beriman semakin ditambah umurnya, semakin mendapat kemuliaan disisi Allah.
Barang siapa yang membaca al-quraun sepanjang hidupnya, ianya tidak akan disampaikan kepada umur yang paling buruk (adrzalil Umuri) sehingga dia nanti tidak mengetahui lagi sesuatu yang dahulunya diketahui, Yakni mereka yang dikecualikan dari dikembalikannya ketempat yang paling rendah. (Asfala safilin) ialah orang orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka itu ialah orang-orang yang membaca Al-quran. Rasulullah mengajar umat selalu berdoa:
"Ya Allah kami berlindung kepadamu daripada bersifat kedekut dan pemalas dan berlindung dari umur yang paling buruk dan dari siksa kubur, angkara fitnah semasa hidup dan mati."
Oleh itu, semasa umur masih muda, mampu dan masih kuat, maka berlumba-lumbalah didalam mengerjakan ibadah. Penuhi aktiviti harian kita dengan melengkapkan sembahyang lima waktu, perbanyakkan sembahyang sunat, puasa sunat, bersedekah, membaca al-quran dan berzikir kepada Allah, kerana jika umur kita dipanjangkan Allah hingga kepada tua bangka dan nyayuk, nescaya Allah akan mengira ketika nyayuk itu sebagai sedang beribadah juga, kerana sudah tentu jika kita sihat dan tidak nyanyuk sudah pasti kita akan terus beribadah, Tetapi sebaliknya jika semasa muda kita, kita habiskan waktu dengan melalaikan perintah sembahyang, mengerjakan perbuatan maksiat dan dosa maka apabila kita dinyanyukkan maka Allah akan menghitung kita berada didalam maksiat juga, kerana kalau kita tidak dinyanyukan maka sudah pasti perkara kejahatan juga yang kita akan lakukan.
Semuga khutbah pendek hari ini dapat mengisafi diri kita dan diri saya juga bahawa dunia ini adalah pinjam pinjaman, maka akhirat juga tempat kekal yang abadi.
KHUTBAH KE 2
Insaf
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat yang dihormati, supaya takutilah akan Allah dengan sebenar benar takut. Ambillah sebanyak mana bekalan didunia ini, sementara nafas masih menyedut. Dan sebaik baik bekalan itu ialah taqwa kepada Allah. Iaitu mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Kerana jasad dan rohmu tidak akan mampu menahan kesakitan bakaran api neraka yang azabnya tidak terperi. Dan ketahuilah oleh kamu, bahawa kamu tidak boleh lari dari MATI, dan yang beserta jasad kamu dialam kuburyang sempit nanti hanyalah amalan kamu. Jika baik amalan kamu ketika didunia maka nikmat dan bahagia dibalas tuhan, tetapi jika jahat amalan kamu, balasannya adalah siksa dan azab yang amat menyakitkan.
Saudara saudara seagama yang dimuliakan.
Renungilah, insaflah dan teleklah diri kamu baik-baik. Adakah amalan kamu sepanjang hidup yang lalu, merupakan amalan yang baik dan diredzoi Tuan, ataupun amalan mungkar yang menjadi kemurkaan tuan.
Sedarlah, bahawa sekalian kerjabuat kamu diatas dunia dahulu, akan dihisab sekali lagi dihari Pembalasan. Baik sepatah perkataan yang dikeluarkan, maupun seinci perbuatan yang dilakukan, ianya akan diperiksa, diteliti, satu demi satu dihadapan Tuhan. Dan balasan yang adil serta setimpal akan diberi Tuhan. Hari itu kamu akan menyesal bersangatan, oleh kerana malas dan segan mengerjakan ketaatan. Hari yang tidak ada guna penyesalan. Hari yang tidak memberi manfaat, walaupun kita didunia, jutawan terbilang, walaupun berpangkat dan mempunyai gelaran, Waktu kedahsyatan matahari tegak dikepala hanya sejengkal Waktu itu anak isteri yang kita kasihi akan bertemperian lari membawa untung diri, nafsi nafsi. Yang diperlukan hari itu hanyalah amalan soleh ketika didunia.
Hadis “Beramallah seolah-olah kamu mati esok”
Home - Soal Jawab – Al-Quran dan Hadis
Soalan:
saya nak mintak tahqiq ini hadis @ athar ” beramallah kamu seolah2 akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah2 akan hidup seribu tahun lg “
bukan apa, tengok rancangan motivasi pagi penceramah khir baharom sebut ini hadis.
syukran….
Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد
kata-kata tersebut, tetapi dengan lafaz: “…..seolah2 akan hidup selama2nya”,
kata al-Albani dalam Dhaifah 1/63: “Tidak sahih secara marfuk”.
ia didapati dalam Bughyatul Harith m/s 327 daripada kata-kata Abdullah bin Amru bin Al-Aas. tetapi ada perawi yg tidak dinamakan, iaitu: ‘syeikh tua daripada al-Riml dari suku A’raab’.
wallahu a’lam.
Jawapan asal penulis di Al-ahkam
Kematian Menurut Al-Quran...
Salam Persaudaraan untuk semua pembaca blog meniti hari yg dikasihi Allah...tERlebih dahulu sy meminta maaf andai coretan diblog sy yg kdg2 agak mengikut perasaan...tiada langsung perongsian...maaf dipinta...
Sedang sibuk untuk menyiapkan tesis sy..sy rasa,hari ini sy ingin berkogsi serba sedikit info yg sy ambil dari buku SAKINAH yg telah sy baca...Kematian menurut al-quran...sy percaya,sy,kmu dan mereka akan mati suatu hari..mungkin esok,sebentar lagi atau lusa...ajal boleh tiba pada bila2 masa shj...jadi besediakah kita???mcm na plak dgn bekal yg akan kita bawa ke sana kelak...dalam al-quran bnyak ayat yg mengaitkan tentang kematian..- SETIAP KITA AKAN MERASA MATI
- KEMATIAN BERSIFAT MEMAKSA DAN SIAP MENGHAMPIRI MANUSIA WALAUPUN KITA BERUSAHA MENGHIDARI RISIKO-RISIKO KEMATIAN.
- KEMATIAN AKAN MENGEJAR SESIAPAPUN MESKIPUN IA BERLINDUNG DI SBALIK BENTENG YG KUKUH ATAU DISEBALIK TEKNOLOGI KEDOKTORAN YANG CANGGIH.
- KEMATIAN DATANG SECARA TIBA-TIBA
- KEMATIAN TELAH DITENTUKAN WAKTUNYA TIDAK DAPAT DITUNDA ATAU DIPERCEPATKAN
Semoga kalian sentiasa dlm redha Allah.. Jika hendak berubah, apa tunggu lagi.. setiap perubahan bermula dari tindakan.. Jgn tunggu utk berubah kerana ajal tak menunggu kita..Sy jugak bnyak kekurangnya..Pesanan dan entry diatas adalah untuk diri sy juga serta kamu2...
SESUNGGUHNYA MATI ITU IBARAT POHON BERDURI YANG DIMASUKKAN KE DALAM PERUT ANAK ADAM;DAN SESUNGGUHNYA DURI ITU MENGAIT PADA URAT-URAT DIDALAMNYA,LALU DITARIK OLEH SESEORG YG SANGAT KUAT SEHINGGALAH TERPUTUSLAH URAT YG SEHARUSNYA PUTUS.
sitimarsitahbintijamil
sitimarsitahbintijamil
1 ulasan:
beribadat seakan mati besok maknanya kita kena beribadat bersungguh2 bagai besok kita nak bawak amalan tu untuk jumpa Allah.. bekerja seolah hidup seribu tahun bermakan bukan kerja slow2 tapi kerja bersungguh2 seolah kita masih ada hidup panjang untuk berjuang meperbaiki kehidupan kita didunia ni seperti mengumpul harta dan melahirkan zuriat... tak salah bekerja cara begitu asalkan tiba je time beribadat kena pula fokus ke arah ibadat tu pulak
Catat Ulasan