KOTA BHARU, 22 Mei: Biarpun dianggarkan 10,000 akan hadir pada majlis Munajat Rakyat Kelantan (Ipon 10k Pemuda), namun seramai 15,000 orang hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.
Mereka hadir untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan Kelantan agar terus kekal mentadbir negeri setelah 21 tahun kepimpinan ulama mewarnai pentadbiran kerajaan negeri itu. (GAMBAR: Bob Lokman antara tetamu yang hadir)
Majlis berkenaan bermula kira-kira jam 3.00 petang pada majlis yang diadakan di Padang Perdana.
Majlis pada sebelah malam itu bermula dengan solat Maghrib, diikuti bacaan al-Quran 30 juzuk beramai-ramai bagi menjayakan 100 kali khatam al-Quran yang dibacakan sendiri oleh golongan pemuda termasuk pelajar tahfiz al-Quran dan pelajar-pelajar pondok.
Majlis seterusnya diteruskan dengan solat sunat hajat bagi memohon pertolongan dari Dia agar mengekalkan pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulamak disamping dijauhi segala usaha jahat pihak lawan untuk menghancurkan pentadbiran keajaan negeri.
Kesemua program munajat termasuk solat sunat hajat, Maghrib dan Isyak diimamkan oleh Mudir Pondok Darilnaim, Ustaz Mohd Aziz Che Man. (GAMBAR: Muslimat turut serta)
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun, pemimpin masyarakat dan lain-lain jemputan.
Majlis disebelah malam bertambah meriah bukan hanya setakat bacaan al-Quran kehadiran pimpinan tertinggi parti dan kerajaan negeri, sebaliknya Bob Lokman yang turut diberi kesempatan berucap pada malam itu.
Turut berucap pada majlis disebelah malamnya, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Abdul Fatah Mahmood.
Husam ketika berucap pada majlis itu menyelar kenyataan Perdana Menteri yang menyatakan subsidi minyak adalah candu kepada rakyat.
Katanya, kenyataan sedemikan jelas membuktikan kebajikan untuk rakyat langsung tidak ada sebaliknya untuk membenankan mereka sehingga mengistiharkan sabsidi adalah seumpama candu kepada rakyat.
“Macamana Perdana Menteri boleh berkata demikian, sepatutnya membela rakyat,”ujarnya. (GAMBAR:Ikrar para pemimpin PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan)
Bagaimanapun beliau berpendapat rasuah dan korupsi adalah candu sebenar yang mampu merosakkan kebajikan rakyat.
Tambahnya, kerana rasuah negara boleh tergadai akibat diterajui oleh pemimpin yang tidak beramanah.
”Saya harap rakyat di seluruh negara menilai balik kepimpinan kerajaan BN hari ini, kita buat perhitungan segera khususnya menjelang pilihanraya umum akan datang,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau memuji program yang dianjurkan oleh anak muda itu kerana ianya juga antara tanggungjawab jamaah Islam bagi mempertahankan kerajaan yang membela kebajikan rakyat.
Sambungnya, semua lapisan masyarakat wajar mempertahankan kerajaan Kelantan yang banyak membela kebajikan untuk mereka. Zeti untuk IMF: Cadangan PAS dapat sokongan DAP Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 22 Mei: Cadangan agar kerajaan Malaysia mencadangkan Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz (gambar) dilantik menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kini mendapat sokongan PAS dan DAP.
Namun, menurut penasihat DAP, Lim Kit Siang, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berminat dengannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar dicalonkan menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) susulan peletakkan jawatan pengarah urusannya Dominique Strauss-Kahn beberapa hari lalu.
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat Zeti Akhtar mempunyai kelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut.
"Saya fikir inilah masa yang terbaik untuk Malaysia mencadangkan Tan Sri Zeti menjadi pengarah urusan IMF... Sebelum ini, kerajaan selalu mengkiritik IMF kerana badan itu tidak objektif dan tidak membantu dan menekan negara-negara.
"Jadi saya fikir jawatan tersebut (perlu) dipindahkan ke Asia... Kecemerlangan dan ketegasan yang ada pada Tan Sri Zeti melayakkan beliau duduk di situ," katanya dalam satu sidang media di ibu negara pagi tadi, lapor Malaysiakini.
Mahfuz berkata demikian bagi mengulas kekosongan kerusi pengarah urusan badan dunia itu selepas Dominique dilapor melepaskan jawatannya beberapa hari lalu atas tuduhan tersebut.
Beliau didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual termasuk merogol seorang pekerja hotel berusia 32 tahun dalam kejadian di Hotel Sofitel, di New York minggu lalu.
Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata Zeti juga mampu untuk menguruskan badan kewangan dunia itu berdasarkan pengalaman Malaysia yang memperkenalkan perbankan Islam di negara ini.
"Ini boleh dibawa supaya IMF dapat melihat sendiri bagaimana unsur-unsur perbankan Islam ini, dapat diterapkan dalam sistem kewangan dunia hari ini.
"Ini peluang terbaik, bagi saya, apatah lagi kita dapat mencalonkan seorang wanita sebagai pengarah urusan IMF," katanya.
Pertembungan Najib dan Anwar hampir kemuncak Mohd Sabri Said | BUKIT MERTAJAM, 22 Mei: Pertembungan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kian sampai ke kemuncaknya tidak lama lagi kata, Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Sharin.
Menurutnya, kerajaan mana yang akan mendaki Putrajaya juga akan terjawab bila rakyat sendiri menilai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat yang mana memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Pertembungan Najib dan Anwar sudah melepasi tahap kedua di mana masing-masing merangka strateji politik cuma perbezaan BN main politik tidak sihat mempergunakan semua kesempatan untuk menekan Pakatan Rakyat. Itulah politik Umno dan BN mereka tidak akan duduk diam buat kejahatan, " jelasnya ketika menyampaikan ceramah di Juru, Bukit Mertajam semalam.
Namun apa pun, rakyat yang cintakan kebenaran mesti yakin dan melaksanakan kerja menjatuhkan BN cara terhormat melalui pilihanraya serta menyampaikan maklumat terkini sehingga ke akar umbi, kata beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Bard (gambar bawah).
Sekarang ini BN cuba memperbanyakan program kepemudaan menerusi Belia di mana kemunculan konsert dan rancangan realiti yang tidak membawa manafaat kepada wawasan yang ingin dibina.
Mereka tahu tambahnya, lagi banyak program seumpama itu bermakna sokongan golongan muda terhadap BN tetapi jangan bimbang Pakatan Rakyat juga mempunyai ageda yang tersendiri untuk mengajak anak muda bersatu di bawah satu payung kebenaran.
"Memang tidak dinafikan BN banyak adakan rancangan bermotif politik namun jangan bimbang Pakatan Rakyat juga ada agenda untuk menyusun beberapa program demi menyelamatkan golongan terbabit daripada terus menjadi hamba kepada politik kotor BN, " terangnya yang juga Ketua Cabang Parti KeAdiLan Rembau, Negeri Sembilan.
Bagi beliau, kemampuan Dato' Seri Anwar lebih menyerlah walaupun beliau ditekan dengan berbagai isu yang kadang-kadang jika dilihat Anwar akan kalah awal sebelum bertarung pada pilihanraya umum nanti.
Sebenarnya Najib lebih tertekan dengan isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat seperti kes Antantuya, pembaziran Datin Seri Rosmah Mansor, kes liwat atau video lucah yang bakal dibicarakan bulan depan.
"Terdapat kelebihan pada Pakatan Rakyat sebab itu BN cuba mengalih pandangan masyarakat pada isu yang tidak rasional seperti percubaan mengharamkan Parti KeAdiLan, " katanya lagi.
Justeru itu, rakyat yang mahukan kemenangan muklak mesti bekerja keras dengan parti dalam gabungan Pakatan Raykat bagi memastikan kerusi parlimen atau negeri di semenanjung Malaysia dikekalkan atau menambah banyak kerusi manakala rakyat di Sabah dan Sarawak wajar memenangkan sepuluh kerusi parlimen berbanding lapan yang menjadi sasaran sebelum ini.
Berceramah sama dalam program anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tengah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Komuniti (JKKK) Kampung Sekolah, Juru ialah Ketua Srikandi Malaysia, Siti Aishah Sheikh Ismail dan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baru, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.
Ulama Aceh minta pertahan kerajaan Kelantan Rizal Tahir | KOTA BHARU, 22 Mei: Rakyat Kelantan diseru mempertahankan kerajaan Islam yang didokongi PAS, memandangkan pemimpin parti itu menjadi model pada umat Islam di negara lain.
Pengetua Majlis Permesyuaratan Ulama Acheh Besar, Ustaz Fakhruddin Lahmuddin, berkata sejak 21 tahun lalu Kelantan yang dipimpin Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjadi model pada negara-negara lain, termasuk Acheh.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily selepas majlis pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini sebentar tadi.
Menurutnya, Kelantan satu-satunya contoh negeri yang dipimpin seorang ulama sebagai Menteri Besar yang tidak memisahkan agama dari politik.
“Inilah yang dilakukan di zaman Rasulullah sebelum ini dan ulama yang memimpin Kelantan ini telah mewarisinya.
“Kerana itu saya berharap rakyat seluruhnya memberi sokongan pada kerajaan Islam Kelantan kerana pentadbirannya menjaga kebajikan manusia menurut kacamata Islam,”ujarnya.
Tambahnya, beliau juga berharap rakyat Acheh turut berdoa untuk kemenangan kerajaan PAS Kelantan sampai bila-bila.
Katanya, beliau tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan Tuan Guru yang lebih menjaga kebajikan rakyat sehingga menolak kepentingan diri.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru menjelaskan tindakan paling sukar baginya sepanjang menjadi seorang Menteri Besar, menjaga diri sendiri dari terjebak dalam sebarang salahlaku.
Sambungnya, menjadi pemimpin tertinggi dalam sebuah kerajaan negeri ujian begitu besar kerana mudah terdedah dengan penyelewengan, salah laku lain seperti rasuah.
“Untuk menjaga itu semua ia bukan sesuatu perkara yang senang kiranya kurang keimanan dalam jiwa kita”,ujarnya.
Ikhwan Mesir tubuhkan parti politik Ismail Hashim | SHAH ALAM, 22 Mei: Dalam usaha menghadapi pilihan raya yang bebas di Mesir hujung tahun ini, Gerakan Islam terkemuka dunia, Ikhwan Muslimin, semalam telah menubuhkan sebuah parti politik.
Perkembangan ini merupakan satu sejarah baharu dalam lanskap politik negara itu yang baru sahaja mengalami revolusi mental dan tindakan drastik kebangkitan rakyatnya.
Ekoran berlaku revolusi gerakan maya dalam kalangan anak muda khususnya, sehingga menyebabkan tersungkurnya Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 40 tahun.
Perkara ini telah didedahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap ringkas dalam Majlis Makan Malam Dana PRU 13, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dekat sini malam tadi.
Menyebutkan perkara sama, Ustaz Hadi berkata, pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Abdul Badiaq menyampaikan salam kepada semua gerakan Islam di sini.
“Hari ini Ikhwan Muslimin telah melancarkan parti baharu mereka dan merasmikan pejabat pentadbiran parti baru itu dalam usaha menyertai pilihan raya yang telus hujung tahun ini,” jelasnya.
Sementara itu, turut berucap dalam majlis makan malam yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP itu adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Semua pimpinan PAS Pusat dan kebanyakan pimpinan negeri dan kawasan juga turut hadir dalam majlis anjuran PAS Pusat itu.
Sekitar RM100,000 dapat dikutip dalam majlis itu sahaja menerusi serahan cek, tunai dan aku janji termasuk lelongan empat gambar muka hadapan Harakah yang acara itu turut memeriahkan suasana.
Ketika hadirin sedang menikmati hidangan, penyanyi nasyid Hadis, Muadz Dzulkifley tampil dengan beberapa lagu Melayu, Arab, Mandarin dan Tamil menghiburkan majlis.
Tidak ketinggalan diadakan acara deklamasi sajak oleh penulis veteran berbakat seni, A Shukur Harun dengan sajak tentang kunjungannya ke kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dengan sedutan sajak Imamnya. YANG UTAMAKAN ALLAH...CINTA ALLAH...TAKUT PADA ALLAH...YAKIN PADA AKHIRAT...MEREKA BERANI SOKONG SECARA TERANG2AN...MEREKA NI AKAN SOKONG ISLAM...JIKA TAKUT2 PADA MANUSIA...ADA UNSUR2 SYIRIK | | | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan