Jumaat, 20 Mei 2011

BUKAN DIPANDANG DARI NAFSU SYAHWAT..MUNGKIN ADA YG TAK DE..TAPI KEINGINAN MEMILIKI..BERMEGAH2..MENGHIMPUN DAN MENUKAR2..BERBELANJA LEBIH DLL....TAPI TAK SEMUA WANITA



Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal!! Adakah ia menghina wanita??

Assalamualaikumwarahmatullah

Sudah agak lama rasanya jari ini tidak melenggokkan rentak tulisannya. Mungkin dek kerana ketagihan membuatkan penulis ingin menulis setelah membaca satu hasil penulisan daripada seorang sahabat. Tajuknya mungkin agak remeh.. namun penulis mengkagumi sikapnya yg begitu anthustias dalam mengkaji sesuatu isu. Dari segi itu, penulis boleh memberikan rating 5 bintang kepadanya. Cuma mungkin ada sedikit ruang di mana teguran dapat dibuat untuk pengislahan minda bersama.

“Lelaki 9 Akal, Perempuan 1 Akal, Binatang 0 Akal” Begitulah kira-kira tajuk yang diperbincangkan olehnya. Sahabat ini telah menghuraikan tentang bait perumpamaan ini yang padanya bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah. Penulis menyeru kepada para netter, marilah kita perincikannya untuk melihat kebenaran yg tersingkap disebaliknya.

Acapkali kita dengari bait kalimah yang menyatakan bahawa lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu. Manakala perempuan pula mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Saya kira sudah lama ungkapan ini berlegar-legar dalam pendengaran masyarakat kita. Ada yang setakat mendengar dan melupakan sahaja. Ada yang mendengar dan menyampaikan. Tidak kurang juga ada yang mendengar dan menafikan. Pelbagai respon dan persepsi didengari..Persoalannya sejauh manakah kebenaran ungkapan tersebut?

Sahabat ini dengan tegas menafikan bahawa ungkapan itu berasal dari sumber Al Quran dan As Sunnah. Adakah ini benar? Jawapan penulis, YA MEMANG BENAR. Jadi daripada mana ya datangnya ungkapan ini? Adakah daripada yahudi, nasrani, atau pihak kuffar? Jawapan penulis, TIDAK sahabatku…

Penulis menjunjung sikap berhati-hati dan teliti yang dilakukan dalam penulisan sahabat kita itu.. Sudah seharusnya kita mengikut Al Quran dan As Sunnah. Tetapi bagaimana pula dengan kata-kata para ulama’? ataupon abid yang taat? Ataupon seorang ahli tasawwuf yang telah berjaya menyingkirkan dunia dari dirinya? Adakah kita harus mengikut dan mendengar kalimah ucapan dari mereka? Jawapan penulis…YA!! Kita harus menghormati keilmuan mereka dan mencontohi kerendahan hati mereka dalam mencari maghrifah serta keredhaan Allah semata-mata..

Penulis suka untuk mengkhabarkan dari manakah datangnya asal usul ungkapan kalimah Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal. Asal usul ungkapan ini ada tercatat dalam sumber sejarah wahai sahabatku. Ianya bukanlah seperti cerita Sang Kedembai atau cerita dongeng lain yang berbentuk mitos kosong sahaja.

Ingin penulis nyatakan bahawa ungkapan ini adalah hasil daripada interaksi antara insan mulia yang bernama Rabiah Al Adawiyah dengan tokoh sufi yang terkenal iaitu Imam Hasan Al Basri.

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

Daripada gaya perjalanan cerita ini, jelas kepada kita bahawa bukanlah ungkapan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu ; Wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal bermaksud untuk merendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka.

Sebelum itu, penulis ingin bertanya netter semua, kenalkah kamu semua akan Rabiah Al Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri?

Sedikit coretan mengenai riwayat hidup Rabiah Al Adawiyyah.

“Rabiah adalah seorang ahli sufi yang terkenal. Dilahirkan berhampiran kota Basra di Iraq. Berasal dari keluarga yang miskin namun kaya dalam aspek kerohanian. Bapanya hanyalah bekerja mengangkut penumpang menyeberangi sungai Dijlah. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara serta zuhud hampir lenyap sama sekali. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.”

Bagaimana pula dengan Hassan Al Basri?

Nama penuh al-Hassan al-Basri adalah al-Hassan b. Abil-Hassan al-Yassar. Ayahnya merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Disitu, bapanya berkahwin dengan ibunya al-Khayrah. al-Hassan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Pernah menyusu pada Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. al-Hassan al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulamak terkemuka dalam peradapan Islam. al-Hassan al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah (728 Masihi). Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan. Imam Hassan al-Basri merupakan contoh ikutan dalam merubah kemungkaran dengan hikmah dan nasihat yang baik. Beliau lebih mengutamakan kaedah merubah kemungkaran dengan kerugian yang paling minima, kerana menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding dengan memperolehi maslahat.”

Iman Hasan Al Basri adalah guru kepada Rabiatul Adawiyyah. Kisah mereka begitu banyak ditulis oleh golongan-golongan sufi dan thiqah mereka diyakini bersih oleh jumhur fuqaha’.

Penulis bukanlah mahu menyebelahi golongan sufi tetapi kita perlulah bersifat adil dalam membuat satu penilaian.

Untuk mempertikaikan lelaki mempunyai 9 akal dan 1 akal ataupun perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, pada hemat penulis, tidak perlu diperbesarkan.

Umum mengetahui bagaimana thiqah Rabiatul Adawayyah dan Imam Hasan Al-Basri.

Kita sepatutnya menerima bahawa tiada manusia yang ma’sum seperti baginda Rasulullah. Justeru kita harus menerima dengan berlapang dada dalam perkara-perkara yang tidak dipersetujui.

Perlu juga diperhatikan bahawa gaya percakapan Rabiah Al-Adawiyyah dan Imam Hassan Al Basri adalah rentak lenggok sufi yang kadangkala sukar difahami oleh masyarakat umum. Jadi tidak perlu kita mempertikaikannya dengan segala fakta dan menuduh dengan keras bahawa percakapan antara Imam Hasan Al Basri dan Rabiah Al Adawiyyah sebagai menjatuhkan maruah wanita.

Kita berasa bimbang jika kalau-kalau secara tidak sengaja kita telah menghina 2 tokoh yang telah diakui oleh ulama akan kewarakan mereka. Jadi nasihat penulis kepada sahabat-sahabat lain, berhati-hatilah dengan penulisan anda.

Jangan sesekali menghukum secara kejam dan terjun kepada konklusi yang amat keras seolah-olah kata-kata Rabiah dan Iman Hasan Al-Basri itu adalah bersifat double-standard. Kita tidak layak untuk menghukum begitu..walhal ramai dikalangan kita yang tidak menguasai bahasa arab sekalipun. Sedangkan kita tahu bahawa bahasa Arab ini penuh dengan balaghahnya. Tambahan pula gaya bahasa Rabiah dan Imam Hasan Al Basri tinggi kerana golongan sufi ini amat suka bersyair dan berpuisi.

Penulis menasihatkan sahabat agar memilih aliran sederhana. Mendalami ilmu ulum Quran dan Mustalah hadith memerlukan kesabaran dan caranya perlulah betul. Jangan kita begitu ghairah mengkaji hadith sehingga kita lupa salah satu lagi cabang ilmu yang penting iaitu ilmu tasawwuf.

Menolak dan menghukum secara semborono bukanlah perkara yang diajarkan di dalam Islam. Mengkaji Ulum Quran, Mustalah Hadith, Tasawwuf, Fiqh, Perbandingan Agama dan berbagai lagi cabang ilmu dalam Islam haruslah mengikut disiplin ilmunya. Dikhuatiri jika kita hanya mempelajari secara literal sahaja, akan menimbulkan sifat riya’ di dalam jiwa. Mohon dijauhkan daripada kita semua.

Pendirian penulis di dalam isu ini mudah sahaja. Kisah-kisah ataupun ungkapan seperti ini tidaklah perlu diterima seratus peratus kerana ianya bukanlah ayat daripada Al Quran dan hadith baginda Rasulullah. Namun begitu, ungkapan atau kisah-kisah seperti ini tidak boleh dinafikan seratus peratus juga. Dibimbangi jika ungkapan atau kisah itu benar, maka secara tidak langsung kita telah berlaku dosa dengan menafikan dan menghukum ulama sebelum kita.

Marilah kita memilih aliran sederhana, yakni aliran yang tidak bias atau taksub kepada sesuatu ulama’. Sekali lagi penulis menyeru agar para netter sekalian memilih sikap berlapang dada (tasaamuh) dalam membincangkan sesuatu isu. Semoga kalian dipayungi dengan rahmah Allah Taala.

Wassalam.

Khairol Al-Keriani
Anjung Damai
13 Disember 2005
2.10 pm


9 dan 1, Akal Dan Nafsu ???


Ungkapan lelaki mempunyai 9 akal, 1 nafsu dan perempuan mempunyai 1 akal, 9 nafsu sudah menjadi ayat yang biasa didengari dan sentiasa berlegar-legar di fikiran masyarakat kini. Ada segelintir masyarakat yang mendengar dan mempedulikannya, ada juga yang mendengar dan menjadikannya sebagai bahan untuk merendahkan darjat wanita, ada juga yang mendengar dan menafikan kebenarannya terutama bagi wanita. Namun sejauh mana kesahihan ungkapan ini. Betulkah apa yang kita dengar selama ini merupakan satu kelebihan bagi lelaki dan satu kekurangan bagi wanita yang Allah kurniakan? Pernahkah Allah berfirman berkenaan ungkapan di atas begitu juga dengan junjungan besar baginda Rasulullah S.A.W, pernahkah baginda bersabda berkenaan ayat ini? Alhamdulillah, sedikit muqadimah dari saya untuk memulakan tajuk post saya pada kali ini. Agak banyak sumber yang saya dapat untuk mengeluarkan tajuk ini dan agak pening untuk mengeluarkan post yang agak panjang lebar ini dan post yang sebelum ini iaitu mengenai ‘syaitan’ selama dua hari berturut-turut. Walau bagaimanapun, dengan izin-Nya, dapat saya siapkan untuk tatapan pembaca semua.

Berbalik kepada tajuk kita semula. Ada segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan kurang ilmu mengenai ini sengaja mengeluarkan satu tajuk yang betul-betul ingin menghina dan menjatuhkan martabat kaum hawa. “Lelaki 9 akal, Wanita 1 akal, Binatang 0 akal”, beginilah lebih kurang tajuknya. Apa pendapat para pembaca mengenai tajuk ini terutama golongan hawa sekalian? Bukankah ini merupakan satu penghinaan yang disengajakan? Ada pula yang mengatakan bahawa taraf wanita itu hampir sama dengan binatang. Tetapi itu merupakan kata-kata orang yang tidak mempunyai ilmu dan kurang didikan agama. Bagaimana pula dengan firman Allah dalam surah At-Tinn, ayat 4 yang bermaksud;

Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”

Bukankah kata-kata sebentar tadi bercanggah dengan firman Allah ini? Berhati-hatilah apabila ingin berkata-kata dan jangan sampai kerana mulut, badan binasa. Ada juga yang mengatakan bahawa ungkapan di atas diambil daripada hadis Rasulullah S.A.W. Namun, sejauh mana sesahihan hadis tersebut dan apakah taraf hadis berkenaan? Mungkin ia sahih, mungkin daif ataupun kemungkinan besar ia maudu’ semata-mata. Untuk pengetahuan para pembaca, berdasarkan sumber yang saya dapat, memang tiada satu pun nas yang menceritakan mengenai ungkapan ini. Kemungkinan besar ada nas yang menceritakan bahawa lelaki mempunyai lebih banyak akal berbanding wanita tetapi tidaklah menyebut jumlah akal seperti mana ungkapan di atas. Namun ada satu kisah pendek yang sangat menarik untuk dijadikan renungan bersama.

Kisah ini menceritakan mengenai dua orang tokoh Islam yang hebat pada zaman dahulu dan sehingga kini masih lagi diingati. Imam Hasan Al-Basri dan anak muridnya Rabiah Adawiyah. Siapa tidak kenal dengan kedua-dua tokoh Islam ini. Sebelum saya mulakan kisah mengenai tokoh-tokoh ini, ingin saya ceritakan sedikit mengenai mereka. Ini sekadar untuk menambah ilmu bagi yang tidak tahu. Rabiah Adawiyah adalah seorang ahli sufi yang terkenal. Berasal dari keluarga yang miskin namun kaya dalam aspek kerohanian. Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan Al-Basri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat. Bapa Rabiah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya, Rabiah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabiah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Nama penuh Hassan Al-Basri adalah Al-Hassan bin Abil-Hassan Al-Yassar. Ayahnya merupakan orang tahanan dan dibawa ke Madinah. Di situ, bapanya berkahwin dengan ibunya al-Khayrah. Hassan Al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pentadbiran Khalifah Umar b. al-Khattab pada tahun 21 Hijrah. Pernah disusukan oleh Ummu Salmah isteri Rasulullah S.A.W. ketika ibunya keluar melaksanakan suruhan beliau. Hassan Al-Basri pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasul S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai ulama’ terkemuka dalam peradaban Islam. Hassan Al-Basri meninggal di Basrah, Iraq, pada 110 Hijrah. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Imam Hassan al-Basri merupakan contoh ikutan dalam merubah kemungkaran dengan hikmah dan nasihat yang baik. Beliau lebih mengutamakan kaedah mengubah kemungkaran dengan kerugian yang paling minima, kerana menolak kemudaratan lebih diutamakan berbanding dengan memperolehi maslahat.

Mengenai kisah menarik yang ingin saya kongsikan bermula begini; Pada suatu hari, Imam Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiah. Rabiah akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan itu jika soalannya dijawab. Lalu Rabiah bertanya kepada mereka, ”Berapakah nafsu bagi lelaki dan berapakah nafsu bagi wanita?”. Lantas Imam Hasan Al-Basri menjawab, ”Lelaki mempunyai satu nafsu dan wanita mempunyai 9 nafsu”. Rabiah tersenyum lalu berkata, “Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu mempunyai satu nafsu sahaja dan kenapa aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?”. Mendengar kata-kata daripada Rabiah itu, mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan yang kecewa dan janggutnya basah terkena air matanya yang mengalir keluar. Demikianlah satu kisah pendek mengenai pinangan Imam Hasan Al-Basri terhadap Rabiah Adawiyah. Berdasarkan kisah tadi, jelaslah bahawa wanita mempunyai nafsu lebih banyak daripada lelaki tetapi ini bukan untuk merendah-rendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka sendiri. Bukankah begitu kaum hawa sekalian?

Baiklah sekarang mari kita guna akal yang dikurniakan Allah kepada kita untuk berfikir sedikit mengenai ungkapan di atas. Akal berfungsi untuk memberi pertimbangan terhadap sesuatu, pendapat atau memilih sesuatu. Jika betullah lelaki mempunyai banyak akal berbanding wanita, memang tidak mustahil kerana Allah banyak memberikan tugas kepada kaum Adam di atas kelebihan yang Dia berikan. Bagi contoh yang paling mudah, kita lihat dalam soal talak dalam rumah tangga suami isteri. Allah berikan kuasa talak kepada suami kerana lelaki boleh membuat pertimbangan yang betul dan berfikir jauh sebelum menjatuhkan talak kepada isteri. Allah tidak beri kepada isteri kerana wanita susah untuk berfikir panjang dengan apa tindakan yang mereka buat. Jika kuasa talak diberi kepada isteri, tidak mustahil sudah banyak kes cerai di Malaysia. Bukankah hal ini nyata lebih jelas bahawa lelaki mempunyai lebih banyak akal berbanding wanita? Lelaki lebih banyak menggunakan akal daripada perasaan dan emosi manakala wanita sebaliknya. Ini semua fitrah yang telah dijadikan Allah kepada kaum Adam dan Hawa. Mana tidaknya, wanita diberi tugas biologi yang sangat berbeza berbanding lelaki. Wanita diberi tugas mengandung, menyusu, menjaga anak dan tugas-tugas lain. Perasaan dan emosi mempunyai nilai yang tinggi dan amat diperlukan sekali untuk mewujudkan kasih sayang, sedangkan akal mengalahkan perasaan dan kasih sayang. Selalunya apabila seorang bapa memarahi anaknya, si ibulah yang menenangkan keadaan dan memberikan belaian kasih sayang kepada si anak. Kekurangan akal pada kaum hawa bukan satu penghinaan malah ia satu kelebihan yang patut dibanggakan oleh wanita dengan fitrah femininnya. Sama juga kalau kita lihat bahawa wanita ‘kurang’ dari segi agamanya. Wanita tidak perlu solat dan puasa apabila haid dan nifas. Tidak wajib solat Jumaat, tidak wajib jemaah di surau atau masjid dan tidak wajib untuk ke medan jihad. Kekurangan yang Allah beri ini bukanlah bermaksud wanita kurang pahala berbanding lelaki. Tidak. Masing-masing mendapat ganjaran pahala yang sesuai dengan tugasnya. Firman Allah dalam surah An-Nisa’, ayat 32 yang bermaksud;

Bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi wanita ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan”.

Kesimpulan yang boleh saya buat di sini, ungkapan lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu, wanita mempunyai 1 akal 9 nafsu dan ungkapan lelaki 9 akal, wanita 1 akal, binatang 0 akal, merupakan ungkapan yang sengaja dibuat bertujuan untuk meninggikan martabat kaum Adam atau lebih berbau male chauvinist di samping merendahkan martabat kaum hawa. Siapalah kita untuk berdiri mulia di sisi Allah dengan amalan yang tidak seberapa. Kita hanya manusia yang dijadikan daripada air yang hina dan daripada tanah yang selalu kita pijaknya setiap masa. Janganlah kita menghina sesuatu kaum itu kerana kemungkinan mereka lebih baik daripada kita. Bukan untuk memuji kaum hawa dan bukan untuk mengeji kaum Adam. Hanya sekadar peringatan sahaja. Akhir kata daripada saya, kelebihan yang Allah beri kepada lelaki dan wanita mungkin berbeza tetapi hakikatnya sama sahaja. Allah itu maha Adil. Kelebihan yang Dia beri sebenarnya sama. Cuma kita sahaja yang alpa walaupun sudah bertahun-tahun hidup leka menikmati nikmat-Nya. Sekian. Wallahu-A’lam.

9 dan 1, Akal Dan Nafsu

Kita biasa dengar ungkapan, lelaki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Dan bila tengok je gambar di atas, memang dah menggambarkan segalanya. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi.
Lelaki dan perempuan berbeza.
Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan?Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.

Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.

Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.
Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.
Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka.
9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.
Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri.

Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.
Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga.




Benarkah wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu ?


Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil. Yang pastinya Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu.

Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya.

Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitr** ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,” Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.” Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?” Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?” Maka para wanita itu menjawab: “Ya” Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?” “Para wanita menjawab: “Ya.” Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.” [Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.

Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba’ yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan.

Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

WAllahua’lam.


anugerah 9 akal dan 1 nafsu untuk lelaki, 9 nafsu dan 1 akal untuk perempuan...

assalamualaikum...

sebelum meneruskan pada topik utama bialah aku buat sedikit mukadimah tentang makna nafsu dan akal...

Nafsu adalah satu ramuan yang rendah ketagihan terhadap pelbagai perkara. Bernafsu adalah berbahaya kepada badan, minda, semangat dan ia boleh menjadikan cinta itu salah. Bernafsu mempunyai kesan sebaliknya dalam cinta.

nafsu tidak hanya cenderung kepada sexs semata malahan kepada setiap perkara laro (melalai atau mengasyikkan)..

akal pula adalah anugerah dari allah yang juga membezakan antara kita dan binatang. akal adalah element yang sangat penting dalam pentabiran, organisasi, percintaan, pengurusan, pelajaran dan sebagainya.

berbalik kepada tajuk utama. Kita biasa dengar ungkapan, lelaki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Dan bila tengok je gambar di atas, memang dah menggambarkan segalanya. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi.

Lelaki dan perempuan berbeza.

Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan?Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.

Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.

Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.

Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.

Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka.9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.

Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri.

Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.

Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga.

mungkin huraian aku ni tidak cukup banyak pengisiannya, maklum la.. busy dengan final project. tp rasanya sudah cukup bg rakan sume untuk memahami terhadap penciptaan dan anugerah tersebut. dan gunakanlah anugerah pada perkara yang baik. kurangkan kecenderungan terhadap nafsu serta hargai lah akal...

^^posted by Admin >Hazim Mustafa Chuckx<



9 dan 1, akal dan nafsu

Kita biasa dengar ungkapan, lelaki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan 1 akal dan 9 nafsu. Dan bila tengok je gambar di atas, memang dah menggambarkan segalanya. Lelaki dengan 1 nafsu dan perempuan dengan 1 akal bukan gambaran hina. Tetapi saling lengkap melengkapi.
Lelaki dan perempuan berbeza.
Nafsu lelaki yang satu itu besar pengaruhnya dalam kehidupan mereka. Boleh dikatakan segala aspek persekitaran mereka berkisarkan nafsu yang satu itu, baik dari segi percakapan, penglihatan dan sebahagian besar hidup mereka sukar untuk mengelak dari perkara sebegitu. Ditambah pula kecanggihan teknologi kini, klik sahaja dah dapat macam-macam, yang menjadi pagar hanyalah sejauh mana keimanan. 9 akal dan 1 nafsu nampak macam hebat bukan?Tapi harus diingat, ia akan jadi hina dan kotor bila 9 akal itu tak mampu mengawal 1 nafsu.

Bagaimana pula dengan perempuan yang dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal? Ya, 9 nafsu, tetapi nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah, dan bukan tertumpu ke arah nafsu syahwat sahaja. Dengan nafsu ini juga perempuan suka kelihatan cantik, dilihat cantik dan berusaha bermacam cara untuk kelihatan cantik. Amat menyedihkan bila ada dikalangan perempuan yang suka dan bangga menayangkan kecantikan mereka pada bukan muhrim. Tanpa rasa bersalah berpakaian ketat dan menjolok mata. Di mata wanita, cantik pada pakaian, solekan, aksesori di tubuh. Tapi di mata lelaki, bukan itu fokus mereka. Percayalah, lelaki suka melihat aset perempuan yang disebalik lapisan luar bukan hiasan di kulit tubuh sahaja.

Jika kita menguji pandangan dan persepsi lelaki dan wanita dengan meletakkan patung di hadapan mereka.
Agaknya apa perkara pertama di fikiran lelaki dan perempuan? Sudah tentu lelaki akan melihat bentuk tubuh patung tersebut, berbanding perempuan yang akan melihat apakah pakaian yang dipakai, perhiasan yang dipakai. Jangan salahkan lelaki jika mereka mengganggu, merenung dan memerhatikan, kerana silap perempuan juga yang memakai pakaian yang terdedah. Namun ini bukan bermakna lelaki tidak bersalah, tetap salah jika tidak menahan pandangan.
Alangkah indah kehidupan ini bila syariat terjaga. Perempuan bukan sekadar menutup urat, tetapi menutup aurat. Manakala lelaki pula menjaga pandangan mata dan hati mereka.
9 akal yang Allah kurniakan kepada lelaki juga bertanggungjawab untuk melindungi dan menjaga perempuan. Bukan sahaja untuk lelaki berpandangan jauh, tetapi ligat fikiran untuk mendidik dan mengawal perempuan.
Tugas ayah, suami mendidik anak, isteri.

Diakhirat nanti, andaikata lelaki dapat masuk syurga, dipintu syurga nanti Allah akan tahan lelaki tersebut dari terus masuk ke dalam syurga walaupun dia layak masuk syurga.
Kenapa? kerana Allah memerintahkan mana-mana lelaki yang telah berkahwin haruslah mendahulukan isteri untuk masuk ke syurga. Selagi isteri dia belum sampai, lelaki takkan dibenarkan langsung memijak kaki ke syurga.



LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.




UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI




H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.


PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU


H.R.HAKIM



Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi SAW menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim".


Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum Muslimin di hari ini.

Disana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam di landa krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyak nya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.

Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!!!!!


BAHAYA KEMEWAHAN


H.R. TIRMIZI



Daripada Ali Bin Abi Thalib ra ;"Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab Bin Umair ra dan tiada di atas badannya kecuali hanya selendang yang bertampung dengan kulit. Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu seperti mana kamu memasang kelambu Kaabah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan memberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi SAW bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu".


Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi-petang pakaian bersilih ganti. Hidangan makanan tidak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Dimana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad SAW mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita", ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang itu dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari membuat ibadat. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak harta lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW, "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehalobaan manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian. Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Oleh itu, janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan.

Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak.

Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik

Tiada ulasan: