Ahad, 22 Mei 2011

BIASA BERCAKAP...MENGHURAI...BERCERAMAH...MENGKRITIK DAN SEWAKTU DENGANNYA ITU MUDAH...DIRI SENDIRI PUN TAK MAMPU BUAT...AUTA JER

Presiden NUJ: Tutup Utusan Malaysia
Susan Loone
Mei 22, 11
4:21pm

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari menggesa supaya bekas majikannya - Utusan Malaysia - ditutup dan editornya dibiarkan menderita kerana menyiarkan berita tidak berasas pada 7 Mei lalu, sehingga mencetuskan ketegangan agama di negara ini.

penang media forum 220511hata wahariHata yang menghadiri forum kebebasan akhbar anjuran Centre
for Independent Journalism (CIJ), berkata, ini adalah satu-satu cara untuk membuat editor dan wartawannya bertanggungjawab di atas penyiaran berita yang tidak berasas itu.

Katanya, terdapat undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan dan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, yang boleh digunakan terhadap Utusan.

Dengan itu, tegasnya, ia menunjukan kerajaan tidak bersikap 'double-standard' dalam menangani akhbar yang berbuat demikian.

Hata berkata, ketua pengarang akhbar milik Umno itu boleh berkata 'tidak' kepada ketua politik mereka yang mahu memainkan isu yang boleh mencetuskan ketegangan agama - dengan melaporkan dakwaan bahawa DAP berpakat dengan sekumpulan pastor di Pulau Pinang, untuk melantik seorang kristian menjadi perdana menteri.

Mereka dituduh merancang untuk meminda perlembagaan Persekutuan untuk menjadi Kristian agama rasmi negara.

Laporan tersebut - yang berdasarkan posting dalam dua blog pro-Umno dan diikuti 20 laporan polis dibuat di seluruh negara - telah dinafikan dan kecam.


Chor: Rumah anak yatim diroboh jika tidak selamat
Mei 22, 11 3:44pm

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki.

"Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk runtuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini, lapor Bernama.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat.

Chor berkata rumah itu telah dibina lebih 10 tahun lepas dan ia merupakan tapak pertanian dan bendang.

"Pada masa dulu, MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) tidak sampai ke tempat ini, jadi tidak boleh salahkan penduduk yang bina rumah dekat sini. Tuan tanah berhak untuk bina rumah sendiri untuk keluarga sendiri, ia tidak salah.

"Namun pada masa ini, kalau ada tuan-tuan tanah yang ingin bina rumah, mereka harus kemukakan permohonan kepada MPKj," katanya.

Chor menjelaskan bahawa tiada tindakan boleh diambil ke atas mana-mana pihak kerana rumah tersebut telah dibina lebih 10 tahun.

"Kita tidak boleh ambil tindakan kerana pada masa itu tiada syarat permohonan perlu dikemukakan pada majlis. Masa itu tidak perlu, sekarang lain," katanya.

Beliau berkata kementerian telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara pada tahun lepas tentang justikasi atau kawalan PBT mengenai perancangan pembinaan rumah berhampiran lereng bukit dimana arkitek perlu mematuhi syarat dengan mengemukakan strategi kejuruteraan pencemaran.

Sekiranya tanpa syarat kejuruteraan pencemaran, rumah yang dibina perlulah jaraknya dua kali dari ketinggian bukit, katanya.

"Contohnya katalah bukit itu 100 kaki, jaraknya kena 200 kaki, baru boleh buat rumah" katanya.

- Bernama



Sembilan mangsa dipindahkan ke wad biasa
Mei 22, 11 8:53am

Sembilan mangsa kejadian tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang sebelum ini dirawat di unit kecemasan Hospital Ampang telah dipindahkan ke wad biasa.

24 buried alive in landslide at orphanage"Semua sudah dipindahkan ke wad (biasa) ataupun menjalani pembedahan di Dewan Bedah, namun jumlahnya tidak dapat dipastikan berapa yang ke wad dan berapa yang mula dibedah," kata petugas di unit kecemasan hospital itu.

Menurut petugas itu, operasi menerima mangsa dari kejadian tanah runtuh itu sudah dihentikan memandangkan semua mangsa yang tertimbus telah ditemui.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam di rumah anak-anak yatim itu.

24 buried alive in landslide at orphanageEnam belas mangsa terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan mangsa yang terperangkap pula selamat.

Ketika kejadian, mangsa berada di bawah sebuah khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yang dijadual berlangsung pukul 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit.

Sementara itu, di perkarangan jabatan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), di mana mayat mangsa korban tragedi dihantar bagi bedah siasat, pula dipenuhi dengan ahli keluarga, waris dan saudara-mara mangsa.

- Bernama


Senarai nama mangsa
Mei 22, 11 9:16am

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat semalam.

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban manakala sembilan lagi cedera.

24 buried alive in landslide at orphanageOperasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.



Senarai nama mangsa :

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah *
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,


Sembilan yang terselamat:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui





Tanah runtuh: 500 sertai solat jenazah
Mei 22, 11 3:36pm

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, waris dan penduduk setempat hadir di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat bagi menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan
Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Ketujuh-tujuh jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zohor di masjid berkenaan.

Masjid berkenaan mulai dipenuhi jemaah sejak pukul 10 pagi tadi untuk menunaikan solat jenazah bagi mangsa-mangsa terbabit.

Tujuh jenazah itu ialah Dzahir Haziq M.Muin (18 tahun), Mohd Azret Azahari (lapan), Wan Ahmad Hasrim Hazim (11), Mohd Mustakim Mamat (12), Mohd Zaid Azahari (14), Mohd Imal Fahad (sembilan) dan Mohd Hazim Sapri (10).

Kesemua mereka akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14, Hulu Langat.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat.

Semua mayat mangsa yang terkorban di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kesemua jenazah selesai dituntut ahli keluarga dan waris pada kira-kira 12.05 tengah hari tadi.

Jenazah mangsa yang lain akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing iaitu tiga di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Dengkil (dua) dan masing-masing satu di Batu Caves, Perak, Pahang dan Kelantan.

- Bernama

Tanah runtuh: Pulau Pinang sumbang RM25,000
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM25,000 kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha DAP turut mengucapkan takziah kepada semua 16 orang mangsa yang terkorban dan 9 orang lain yang cedera dalam mala petaka tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

“Mala petaka ini amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa dan agama yang penuh simpati dan kesedihan kepada mangsa-mangsa,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.

DAP juga, katanya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan tragedi seperti itu dapat dielakkan.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri Pulau Pinang akan mencadangkan pemberian sebanyak RM25,000 kepada semua mangsa dan Rumah Anak Yatim," ujarnya.

Menurutnya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberikan semangat kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mereka yang terselamat meneruskan kehidupan dengan tabah hati.






K'jaan disaran cadang Zeti terajui IMF
Mei 22, 11 3:51pm

Naib Presiden PAS mencadang kepada kerajaan supaya Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar dicalonkan menerajui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) susulan peletakkan jawatan pengarah urusannya Dominique Strauss-Kahn beberapa hari lalu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berpendapat Zeti Akhtar mempunyai kelayakan dan berkemampuan untuk memegang jawatan tersebut.

NONE"Saya fikir inilah masa yang terbaik untuk Malaysia mencadangkan Tan Sri Zeti menjadi pengarah urusan IMF... Sebelum ini, kerajaan selalu mengkiritik IMF kerana badan itu tidak objektif dan tidak membantu dan menekan negara-negara.

"Jadi saya fikir jawatan tersebut (perlu) dipindahkan ke Asia... Kecemerlangan dan ketegasan yang ada pada Tan Sri Zeti melayakkan beliau duduk di situ," katanya dalam satu sidang media di ibu negara.

Mahfuz berkata demikian bagi mengulas kekosongan kerusi pengarah urusan badan dunia itu selepas Dominique dilapor melepaskan jawatannya beberapa hari lalu atas tuduhan tersebut.

Beliau didakwa atas tuduhan melakukan serangan seksual termasuk merogol seorang pekerja hotel berusia 32 tahun dalam kejadian di Hotel Sofitel, di New York minggu lalu.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Pokok Sena itu berkata Zeti juga mampu untuk menguruskan badan kewangan dunia itu berdasarkan pengalaman Malaysia yang memperkenalkan perbankan Islam di negara ini.

"Ini boleh dibawa supaya IMF dapat melihat sendiri bagaimana unsur-unsur perbankan Islam ini, dapat diterapkan dalam sistem kewangan dunia hari ini.

"Ini peluang terbaik, bagi saya, apatah lagi kita dapat mencalonkan seorang wanita sebagai pengarah urusan IMF," katanya.

Mahfuz sah pertahan jawatan Naib Presiden PAS
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 22 Mei: Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini mengesahkan beliau menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden iaitu jawatan yang sedang disandangnya kini.

Pengesahan ini menyaksikan beliau mungkin berdepan dengan 13 lagi calon lain sekiranya kesemuanya menerima pencalonan untuk jawatan itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan.

Mereka ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Idris Ahmad, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Mazlan Aliman, Datuk Mohd Amar Abdullah, Dr. Mohd Hatta Ramli, Mujahid Haji Yusof Rawa, Nik Zawawi Nik Salleh dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Saya menerima pencalonan sebagai naib presiden untuk meneruskan khidmat saya membantu presiden untuk melakukakan lonjakan ke arah PRU ke 13," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menganggap keputusan itu sebagai mempertahankan jawatan kerana menurutnya jawatan bukan milik individu, tapi milik parti.

Sebaliknya tegas Mahfuz, beliau akan terus memberi tumpuan kepada gerak kerja parti,terutama untuk menumbangkan Umno BN.

"Saya tak suka guna istilah mempertahankan jawatan kerana jawatan bukan milik individu tapi milik parti.

"Kalau saya menumpukan soal pemilihan, saya akan hilang fokus sebenar. Jadi saya serahkan kepada kawasan untuk membuat penilaian," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz turut menekankan '5K' yang menjadi prinsipnya dalam memastikan PAS terus diterima masyarakat dan mampu bersama-sama Pakatan Rakyat memerangi politik perkauman yang kembali dimainkan Umno BN untuk mewujudkan rasa tidak senang antara kaum.

'5 K' tersebut ialah kejujuran, ketelusan, kebijaksanaan, kesaksamaan, dan keprihatinan/kebajikan.

"5K ini yang saya nak bawa. Jadi menjadi tanggungjawab besar bagi saya, untuk menerima pencalonan untuk bawa PAS ke dalam 'green politic' di Malaysia," katanya.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengekalkan jawatan presiden parti tanpa bertanding.

Ini katanya menunjukkan ahli memberikan sepenuh kepercayaan kepada Abdul Hadi untuk terus meneraju PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Kedudukan Tuan Guru Abdul Hadi sebagai presiden parti akan melicinkan lagi perjalanan PAS bersama Pakatan Rakyat.

"Ahli ternyata memberi penghargaan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau," katanya.

Sebanyak 152 kawasan menghantar pencalonan untuk jawtan tertinggi parti namun hanya 146 diterima selepas enam borang yang dihantar tidak lengkap.

Tiada ulasan: