Khamis, 12 Mei 2011

SURAT TIPU SATU HAL JUGA....TAPI YANG PENTING TAKUT IA BENAR BERLAKU...TAK SYOKLAH BERTANDING JIKA TIPU MENIPU ATAU MAIN KOTOR...TAK BERTAMADUNLAH....

Ulama Umno: Tak patut aibkan Anwar
Salhan K Ahmad
Mei 11, 11
7:18pm

Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini.

NONEFathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

"Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini.

Jelasnya, sekalipun pihak pembangkang pernah bertindak mengaibkan pemimpin parti itu, Umno tidak sepatutnya mengambil tindakan serupa.

Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa.

"Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu.

Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri.

NONEKatanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999.

Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar.

Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad.

NONETuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya.

Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi.

Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad.


Najib seru anggota Umno tingkat perpaduan
Salhan K Ahmad
Mei 11, 11
11:30pm


Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru anggota parti itu supaya mengukuhkan perpaduan dan menghentikan perbalahan sesama sendiri.

Katanya, Umno pada masa ini masih belum berada dalam keadaan selesa walaupun telah berjaya meraih semula sokongan daripada rakyat.

umno 65th anniversary 110511 leaders waving flagsIni adalah berdasarkan pencapaian yang diperolehi BN dalam siri pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak pada bulan lalu, kata Najib.

"Selagi semboyan belum berbunyi, selama itu kita mesti bekerja lebih kuat lagi... Walau proses transformasi politik berjalan, kita kena mantapkan lagi (usaha)," katanya yang memberi gambaran bahawa pilihan raya umum bakal berlangsung.

Tambahnya, parti itu akan menjadi lebih kuat hari ini sekiranya tiada anggota parti tidak mengamalkan politik berpuak-puak.

"Tapi masih ada lagi soksek-soksek, angkara-angkara, masih ada lagi puak-puak antara kita, jadi kenapa kita tidak ketepikan dan bersatu bawah Umno?," katanya dalam ucapan di satu majlis sambutan ulangtahun ke-65 parti itu di Kuala Lumpur malam ini.

Katanya lagi, pemimpin parti itu kini perlu mengambil sikap rajin untuk berkhidmat dan mendekati rakyat dan bukannya sekadar untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

"Adakah kalau tak jadi calon kita setia pada Umno? Jangan ada orang merajuk. Jangan ada orang pergi luar negeri sebab tidak dipilih jadi calon

"Kalau tak ada lagi, bermaknalah sambutan kita ke-65 tahun. Kita tidak mahu senasib dengan parti lain... Banyak berbudi tetapi akhirnya terkubur.

"Kalau kita setia kepada parti, tahun-tahun depan kita akan sambut dengan negara yang lebih bertuah lagi," katanya lagi.

Dalam majlis yang sama, Najib turut menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada pemikir ternama Prof Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Seorang lagi penerima anugerah itu ialah penyelidik teknologi angkasa lepas terkemuka Prof Datuk Dr Mazlan Othman.


'Kontroversi negara Kristian untuk perangkap Umno'
Susan Loone
Mei 11, 11
1:27pm

Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang berkata kontroversi terbaru ekoran laporan Utusan Malaysia - yang mendakwa DAP dan sekumpulan pastor merancang untuk menubuhkan negara Kristian - adalah untuk memerangkap partinya.

NONEDan malangnya - keluh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin - partinya telah terjebak ke dalam perangkap tersebut.

Perangkap tersebut, dakwanya lagi, dibuat oleh pihak tertentu yang akan mendapat manfaat daripada kontroversi tersebut, untuk mencemarkan imej partinya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada percaya atau tidak laporan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi, dengan pelbagai pertubuhan membuat laporan polis terhadap DAP, pastor dan akhbar berkenaan.

Shaik Hussien berkata, laporan tersebut, yang berdasarkan kepada posting dalam dua blog pro-Umno, telah mengundang tuduhan bahawa Umno di belakangnya.

“Polis cekap dan bijak, mereka akan tahu tidak lama lagi siapakah di belakang tuduhan tersebut,” kepadanya kepada Malaysiakini.

Kristian-Islam: Blogger ‘Bigdog’ tidak akan mohon maaf......m'sian insider

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Dengan mempertahankan tulisannya, penulis blog “Bigdog”, yang mencetuskan provokasi berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara menegaskan, dia tidak akan membuat permohonan maaf atas laporannya, yang disifatkan banyak pihak sebagai fitnah.

Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

Penulis blog tersebut yang enggan namanya didedahkan menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

“Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf?

“Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan,” kata penulis blog “Bigdog” kepada The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada laporan yang ditulis itu benar atau palsu, penulis blog “Bigdog” enggan memberikan sebarang komen.

Sebaliknya hanya berkata: “Saya tidak boleh cakap, sebab ia sudah jadi kes polis, sudah ada laporan polis dibuat.

“Jadi biar polis siasat dulu,” katanya.

Selain enggan meminta maaf, penulis blog itu juga enggan menarik balik laporan yang telah ditulis itu sambil menyifatkan tiada alasan untuk dia berbuat demikian.

Sebuah lagi blog yang turut mendakwa kewujudan konspirasi itu telah memadamkan entri-entri itu.

Selain blog “Bigdog”, blog “Marahku” merupakan blog yang dipetik Utusan Malaysia yang dalam laporan itu menuduh DAP mungkin terlibat dalam konspirasi tersebut.

“Buat apa saya perlu tarik balik? Saya tidak akan . . . biarkan sahaja ia di situ,” kata penulis blog “Bigdog”.

Blog “Bigdog” juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.

The Malaysian Insider pagi semalam melaporkan sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger “Bigdog”.

Blogger “Papa Gomo” menerusi entri “Negara Kristian — Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini” mengecam tindakan yang dilakukan “Bigdog” atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.

Selain itu, penulis itu juga mahu “Bigdog” ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.......

PM: Terima hakikat Islam agama rasmi M'sia
Mei 11, 11 5:01pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semua pihak harus menerima hakikat tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.

NONE"Ia adalah kerana realitinya kita mempunyai Perlembagaan Negara dan peruntukannya adalah amat jelas tentang kedudukan Islam dan agama-agama lain," kata Najib kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan 22 pemimpin dan cendekiawan Islam hari ini.

"Dalam apa jua keadaan, perlembagaan negara tidak boleh dipinda dan oleh itu semua pihak tidaklah seharusnya merasa bimbang, gundah gelana, ataupun gelisah di dalam hal ini," katanya.

Antara pemimpin dan cendekiawan Islam yang hadir adalah Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor; dan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.

NONENajib berkata dalam pertemuan selama sejam dengan pemimpin dan cendekiawan Islam itu, beberapa isu semasa turut dibincangkan termasuk isu “menukar” agama lain sebagai agama rasmi negara yang dilaporkan sebelum ini.

Bendung emosi

"Saya sememangnya berjumpa dengan pemimpin Islam dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang ini amat penting saya berjumpa dengan kumpulan ini dan sekali lagi kita bincang atas isu ini dan juga atas perkara-perkara yang lain,” katanya.

Katanya di dalam pertemuan itu pemimpin dan cendekiawan Islam itu juga bersependapat bahawa adalah penting untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara.

perkasa police report pastor meeting christian stateSehubungan itu, katanya, semua pihak mestilah membendung perasaan emosi untuk tidak membuat apa jua perkara yang mengganggu gugat keamanan dan keharmonian serta kesejahteraan negara ini.

"Mereka juga sependapat mahukan rakyat diberi satu jaminan supaya menyerahkan perkara ini kepada pihak kerajaan untuk menanganinya dengan penuh kebijaksanaan dengan hikmahnya tanpa membiarkan isu ini menjadi satu yang boleh merosakkan apa yang telah kita bina dalam negara kita terutama sekali keharmonian antara agama," katanya.

Mengubah hakikat

utusan malaysia kritsian agama rasmiDitanya bentuk tindakan terhadap pihak yang akan terus mengeksploitasikan isu tersebut, Najib berkata, "Yang pertamanya, kalau mereka nak buat apapun, ia tidak akan dapat mengubah hakikat (Islam sebagai agama rasmi negara). Realiti (itu) tak boleh diubah."

Katanya pihak berkuasa juga tentunya boleh mengambil tindakan kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu ini sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara.

"Kita tidak mahu sebarang tindakan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara, sebab yang paling penting sekali adalah keamanan dan keharmonian negara kita," katanya.

NONEMenjawab satu soalan sama ada saranan itu dibuat hanya kepada pemimpin tertentu, Najib berkata: "Saranan adalah kepada semua pihak bahawa kita mesti menolak kefahaman yang keterlaluan dan ekstrem. Tidak kira (mana-mana pihak)."

Najib berkata keharmonian dan keamanan di Malaysia telah menjadikan ia sebagai model sebuah negara yang boleh dibanggakan oleh ramai pihak di luar negara dan ia harus dikekalkan.

- Bernama




Majlis Peguam Dakwa Islam Bukan Agama Rasmi, Tidak Termaktub Dalam Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR: Seorang peguam mendakwa, Islam bukan agama rasmi Malaysia kerana klausa itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Persekutuan Majlis Peguam, Syahredzan Johan mendakwa, Perlembagaan Persekutuan tidak pernah mencatatkan bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini

Mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa terdapat usaha menjadikan Kristian sebagai agama rasmi menggantikan Islam, beliau berkata bahawa akhbar berkenaan telah mentafsirkan Perlembagaan secara salah yang dianggap berbahaya yang boleh menimbulkan ketegangan agama di Malaysia

“Dalam terma Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama untuk Persekutuan, bukan rasmi atau tak rasmi. Hal ini jelas dalam Perlembagaan, Islam bukan agama rasmi," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa, lapor The Malaysian Insider.

Syahredzan memetik Artikel 3 bahawa “Islam adalah agama Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni dalam mana-mana bahagian Persekutuan dan menekankan tiadanya perkataan 'rasmi' dalam mana-mana peruntukan.

Katanya, seksyen berkenaan mestilah dibaca bersama Artikel 11yang menyatakan "Setiap orang berhak untuk mengaku dan mengamalkan agamanya sesuai dengan Klausa (4).

Sumber: Mstar Online

K'jaan makin tertekan untuk naikkan harga RON95
Wong Teck Chi
Mei 11, 11
4:01pm

Peningkatan harga gula yang berkuatkuasa semalam, kini menimbulkan spekulasi sama ada harga petrol RON95 akan menyusul selepas ini - ataupun kenaikkannya akan ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum.

azlanMengikut rancangan penyelarasan subsidi yang dicadangkan oleh Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), harga petrol RON95 sepatutnya telah dinaikkan oleh kerajaan kepada RM2.05 seliter sekarang. Mengikut perancangan, ini seharusnya dilakukan dengan dua pelarasan - iaitu 15 sen sekitar akhir tahun lalu dan 10 sen lagi pada separuh masa pertama tahun ini.

Namun harga sekarang tetap kekal pada RM1.90 seliter. Harga RON95 dinaikkan dua kali tahun lalu - iaitu lima sen setiap kali pada 16 Julai dan 4 Disember.

Tahun ini sahaja, harga petrol RON97 dinaikkan empat kali dan kini pada paras RM2.90 seliter, iaitu paras tertingginya.

Menghadapi pilihan raya

Menurut akhbar China Press, harga petrol RON95 sekarang adalah 80 sen lebih murah berbanding harga pasaran - bermaksud harga sepatutnya adalah RM2.70 seliter jika diselaraskan mengikut harga pasaran.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 01Bagi mengekalkan kadar harga sekarang, pembayar cukai terpaksa menanggung kos subsidi petrol sebanyak RM14 bilion. Ini merupakan 40 peratus lebih tinggi daripada bajet RM10 bilion yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Walaupun jumlah yang ditanggung itu besar, ketua penyelidik Jupiter Securities Pong Teng Siew berkata beliau menjangkakan kerajaan akan menangguhkan sebarang kenaikkan harga petrol RON95 sehingga pilihan raya umum selesai kerana petrol mempunyai kesan yang lebih besar berbanding gula.

azlan"Bagi sekarang, kerajaan cuba mewujudkan persekitaran yang sesuai menjelang pilihan raya.”

Spekulasi tersebar luas bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini ataupun pada tahun depan kerana ekonomi dikatakan semakin merudum sejak kebelakangan ini.

Jika rasionalisasi harga petrol ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum, rakyat berkemungkinan akan menghadapi kenaikan agak ketara sehingga boleh menyebabkan inflasi petrol.

Setakat ini, hanya sasaran rasionalisasi subsidi untuk gula yang disaran dinaikkan 20 sen sekilo bagi setiap setengah tahun berjaya dipatuhi.

azlanBarangan kawalan lain seperti tepung, minyak masak dan gas asli juga termasuk dalam rancangan pengurangan subsidi tetapi kerajaan belum mengumumkan sebarang kenaikan barangan itu bagi tahun ini.

Najib pada 1 April lalu mengumumkan kerajaan akan memperlahankan pelaksanaan skim rasionalisasi subsidi dengan alasan bagi membantu rakyat mengurangkan bebanan mereka.

Kabinet bincang kemungkinan kenaikkan

Sementara itu, Nanyang Siang Pau melaporkan harga petrol RON95 mungkin dinaikkan 10 sen dalam masa terdekat ini bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kerajaan.

petrol price hike before increase panic consumers 040608 02Seorang menteri yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Cina itu bahawa jemaah menteri telah membincangkan subsidi petrol hari ini tetapi tidak ada keputusan muktmad dibuat.

Jemaah menteri bagaimanapun mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyediakan laporan terperinci mengenai perkara berkenaan.

Seorang lagi menteri memberitahu jemaah menteri juga bersetuju tiada keperluan bagi kerajaan untuk menaikkan harga minyak bagi mengurangkan beban kewangannya.

Katanya, buat masa ini kerajaan membayar RM11 bilion setiap tahun untuk subsidi petrol RON95 dan kos itu mungkin naik menjadi RM18 bilion jika harga tidak diselaraskan tidak lama lagi.

Pandi Kutty: Kenapa Najib begitu terasa? soal Azizah
Mei 11, 11 5:59pm

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail 'hairan' mengapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu 'melenting' dengan perkataan 'pandi kutty' yang disebut suaminya pada ceramah di Kelang, Sabtu lalu.

NONE"Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia 'pandi kutty', Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai 'pandi kutty'.

“Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," kata Azizah dalam siri ceramah Jelajah Selangor di Meru di Klang, malam semalam kepada TV Selangor.

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam melaporkan kononnya Anwar menggunakan ungkapan bahasa Tamil itu yang bermaksud anak babi terhadap Najib.

Berasaskan laporan Utusan itu, perdana menteri dan juak-juak Umno membidas Anwar tanpa usul periksa mengenai kesahihan laporan berkenaan.

Melemahkan Melayu

Najib juga menuduh Anwar sebagai mengamalkan politik tak beretika kerana kononnya menggunakan perkataan kesat itu terhadap beliau.

azlanTV Selangor dalam laporannya semalam berkata rakaman penuh yang dibuat menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik-taktik jijik yang digunakan, khususnya video lucah untuk menjatuhkannya.

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," kata Anwar di Dewan Hamzah Kelang, Sabtu lalu.

NONEAzizah juga berkata Utusan gagal menurut tujuannya iaitu membina wacana orang Melayu sebaliknya melemahkan lagi pemikiran dengan isu remeh.

Merujuk berita muka hadapan Utusan 9 Mei lalu, katanya, akhbar itu menyiarkan permintaan bekas ahli PKR Aminah Abdullah yang mahu beliau bercerai dengan Anwar kerana video seks yang diuar-uarkan itu.

"Apa hal 'pandi kutty' pun nak jadik berita besar? Cik Aminah (Abdullah), orang Meru pun tak kenal Cik Min, boleh jadi muka depan suruh (saya) cerai. Ini pun jadi berita. Apa jadi dengan Utusan Malaysia? Sepatutnya menjana pemikiran orang Melayu. Apa orang Melayu tak ada pemikiran? Apa beginikah cara menjamu pemikiran orang Melayu?" soal Azizah.

Beliau juga kesal kerana media arus perdana termasuk Utusan cuba mengalihkan rakyat daripada masalah-masalah yang mencengkam kehidupan harian seperti kenaikan harga gula dan ketirisan kewangan di bawah pentadbiran Umno-BN.



'Tuduhan melampau' dalam buku kartun Zunar
Aidila Razak
Mei 11, 11
3:22pm

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa dua buku pelukis kartun Zulkiflee Anwar Ulhaq diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana ia mempunyai “tuduhan melamapau” yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

NONEDalam hujahnya berhubung saman pelukis kartun itu yang popular dengan nama Zunar terhadap KDN, peguam persekutuan Noor Hisham Ismail berkata buku-buku tersebut juga dilihat sebagai “penghinaan ekstrim terhadap pemimpin negara”.

"Kesimpulan yang dibuat menteri (dalam negeri) ialah kandungan kartun itu membawa tuduhan melampau dan penghinaan ekstrim terhadap pemimpin negara termasuk sistem kehakiman.

"Buku-buku itu tidak boleh menyebabkan huru-hara awam tetapi mempunyai potensi bahawa mereka yang membacanya boleh dipengaruhi.”

Katanya, menteri berpuas hati bahawa buku itu mempunyai “kecenderungan untuk mempengaruhi rakyat membenci” pemimpin negara, sistem perundangan dan pegawai penguatkuasa.

azlanNoor Hisham mewakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya, Datuk Abu Seman Yusuf yang dinamakan sebagai responden dalam semakan kehakiman berhubung pengharaman buku '1Funny Malaysia' dan 'Perak Darul Kartun'.

Permohonan difailkan pada 26 Julai tahun lalu oleh Zunar dan penerbitnya, Mkini Dot Com Sdn Bhd dan Sepakat Efektif Sdn Bhd.

Kedua-dua buku berkenaan diharamkan pada November 2009.

'Kerakyatan untuk undi': Surat palsu, kata Umno
Aidila Razak
Mei 11, 11
12:36pm

Ketua Umno Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar menafikan beliau pernah menulis mahupun menandatangani sepucuk surat bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia kepada sekumpulan penduduk tetap di negara ini dengan tujuan mendapatkan undi mereka untuk BN pada pilihan raya akan datang.

NONE“Kita tak pernah tulis surat itu. Kenapa harus kita tulis. Kenapa? Kita menang (Hulu Selangor) pada pilihan raya kecil (tahun lalu)," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Mohamed Idris yang juga ADUN Hulu Bernam mendakwa surat berkenaan adalah palsu dan dakwaan PKR semalam yang menuduh Umno berbuat demikian sebagai satu bentuk fitnah.

"Ini fitnah kerana bukan tandatangan saya di surat itu dan namanya juga tidak tertera dengan penuh,” katanya.

Timbalan pengerusi PKR selangor, Zuraida Kamaruddin pada sidang media semalam menunjukkan kepada wartawan surat yang didakwa bukti Umno menyalahgunakan proses kerajaan.

Surat bertarikh 23 Mac dari Mohamed Idris itu dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Surat itu dikatakan sebagai percubaan mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan undi mereka pada pilihan raya akan datang.

NONE"Kepala surat adalah tidak jelas (dalam laporan media) tetapi yang pasti Umno bahagian Hulu Selangor tidak mengeluarkannya.

"Saya tidak tahu jika ada orang yang mencuri kepala surat bagi mengeluarkan surat itu. Ia agak mudah dilakukan teapi tidak terlintas di fikiran saya berbuat demikian,” kata Mohamed Idris dsambil ketawa.

Malaysiakini semalam menghubungi pejabat ADUN itu untuk ulasannya dan seorang kakitangan pejabatnya berkata “surat sokongan” itu telah dihantar ke Kementerian Dalan Negeri.

Bagaimanapun, ketika dihubungi semula hari ini, beliau berkata surat itu tidak ditandatangani oleh Mohamed Idris, dan enggan mengulas.

Ahli parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan pula masih belum menjawap soalan yang dikemukakan oleh Malaysioakini kepadanya berhubung perkara berkenaan.

Zuraidah dijadual mengadakan laporan polis hari ini berhubung dakwaannya itu.



KDN nafi beri kerakyatan kerana pilihan raya
Mei 11, 11 6:37pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, menafikan dakwaan kononnya ia sewenang-wenangnya meluluskan pemberian taraf kerakyatan untuk tujuan pilihan raya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong memberitahu pemberita di Putrajaya hari bahawa pemberian taraf kerakyatan adalah berdasarkan kepada perlembagaan sedia ada dan tidak diberikan secara sesuka hati.

NONEBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang kononnya Umno cuba mendapatkan kerakyatan Malaysia untuk tidak kurang 2,000 penghuni tetap di Hulu Selangor bagi mengukuhkan sokongan kepada parti itu pada pilihan raya akan datang.

Lee berkata walaupun ada warga asing yang sudah menjadi penduduk tetap, mereka boleh memohon taraf kerakyatan tetapi belum tentu ia diluluskan.

"Jadi tidak wujud isu pemberian taraf kerakyatan semata-mata untuk tujuan pilihan raya," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: