Isnin, 16 Mei 2011

BILA AGAMA DIWARISI BUKAN DARI KEFAHAMAN MENDALAM SERTA BERILMU...JAUH DARI AMALAN...MAKA TERJADILAH MACAM2...SEOLAH2 HUKUM2 BUKAN BAGINYA....

Selepas dipukul, Exco turun sendiri gantung banner
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut.

Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut.

Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh.

Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.

Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu.

“Saya dan rakan-rakan dalam Gegar tidak akan berdiam diri dalam isu ini dan akan ke seluruh negeri dalam menyedarkan kembali tindakan sesetengah pihak menghalang royalti minyak untuk Kelantan adalah satu langkah pengkhianat kepada bangsa dan negeri ini sendiri,” katanya kepada Harakahdaily.

Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri.

Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu.


Idea Najib hantar askar pengaman ke Bahrain diselar
Harakahdaily

PULAU PINANG, 15 Mei: Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat menyelar idea Perdana Menteri yang bersetuju untuk menghantar tentera tempatan di atas nama memelihara kestabilan serta keselamatan di Teluk untuk membantu kerajaan Bahrain, yang kini dikecam dari semua pelosok antarabangsa kerana kekejaman ke atas rakyat dan barisan pembangkang.

Dalam lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain.

"Malaysia menyokong penuh semua keputusan berdaulat yang diambil oleh Arab Saudi dan negara-negara anggota GCC (Majlis Kerjasama Teluk) untuk memelihara kestabilan serta keselamatan wilayah ini dalam tempoh yang mencabar ini,” kata Najib Jumaat lalu di Arab Saudi, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau.

Kenyataan tersebut turut menambah bahawa Malaysia menyokong proses dialog nasional yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Salman bin Hamad Al-Khalifa untuk “menangani aspirasi penduduk Bahrain dan meredakan ketegangan” di negara berkenaan.

“Mengambil kira hakikat ini, Perdana Menteri Najib berbesar hati mengumumkan bahawa Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Bahrain, jika diminta berbuat demikian oleh kepimpinan Bahrain,” tambah kenyataan itu lagi yang turut menyifatkan jemputan daripada kerajaan Bahrain sebagai satu penghormatan yang besar untuk menawarkan bantuan dalam usaha murni ini.

Sebagai reaksi balas kepada pendirian Najib, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Liew Chin Tong memberikan amaran bahawa perdana menteri sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah dengan menyatakan bahawa usaha memberikan bantuan kepada keganasan regim Bahrain sebagai satu usaha yang murni.

“Saya cukup terkejut bahawa kerajaan Malaysia menyifatkan tindak balas kejam daripada kerajaan Bahrain untuk menentang orang awam yang mengambil peluang untuk menyatakan hasrat mereka sebagai satu usaha yang murni.

Saya tertanya-tanya apakah Najib faham dengan kenyataan sedemikian, beliau sedang mengambil risiko untuk berada di tempat yang salah di sisi sejarah,” kata Liew dalam satu kenyataannya hari ini.

Liew turut menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dzirhan Mahadzir, seorang journalis pertahanan yang pro Angkatan Bersenjata Malaysia (MAF) di Twitter, di mana beliau menyifatkan idea Najib sebagai idea terburuk dan memberikan amaran bahawa penghantaran tentera pengaman negara akan hanya menyebabkan MAF muncul sebagai penindas rakyat Bahrain, dan bukannya pembela nasib mereka.

“Kepada PM Najib Razak, ia adalah satu idea buruk untuk pasukan tentera kita melibatkan diri di Bahrain. Angkatan Bersenjata Malaysia membela orang awam, bukannya menindas mereka, dengan menghantar mereka ke Bahrain, kita akan terlibat dengan penindasan.

"Bukankah menjadi prinsip bahawa Malaysia tidak akan bercampur tangan dalam hal-ehwal negara asing, dengan menghantar tentera ke Bahrain, kita sedang melanggar prinsip ini. Jika National Security Division (Jabatan Keselamatan Negara) berkata semuanya ok untuk hantar tentera ke Bahrain, ingatlah mereka adalah orang yang sama yang menyatakan bahawa semuanya ok di Mesri,” kata Dzirhan kepada Najib di Twitter.

Sementara itu, Liew turut menyoal mengapa tiba-tiba Malaysia bersemangat untuk melibatkan diri dalam kemeluk di Teluk.

“Bukan saja kerajaan Malaysia, yang menggelar dirinya sebagai pencetus idea di kalangan di dunia Islam, langsung tidak memberikan sokongan kepada kebangkitan demokrasi di dunia Arab pada awal tahun ini, bahkan sekarang bersedia untuk berdiri di sebelah diktator dengan menghantar tentera untuk menindas aspirasi demokrasi rakyat Bahrain,” selar Liew.

Bahrain berada di dalam kemelut semenjak pihak polis negara tersebut melancarkan tindakan keras dan kejam terhadap para penunjuk perasaan yang inginkan kerajaan yang dipilih secara demokratik di ibu kota negara tersebut, yang mengakibatkan 3 orang terbunuh dalam serangan menggunakan pemedih mata, peluru getah dan buckshot pada Februari 17 yang lalu.

Berdasarkan maklumat terbaru daripada Human Rights Watch, terdapat bukti baru bahawa ramai penunjuk perasaan yang telah ditangkat telah diseksa dan tidak dapat dihubungi setakat ini.

“Satu perkara yang paling membimbangkan di Bahrain ialah kita menyaksikan lebih 1,000 orang ditangkap, dengan 600 masih di tahanan, selepas berminggu lamanya mereka ditahan. Kita tidak tahu di mana mereka berada. Peguam juga tidak tahu di mana mereka berada, keluarga pun tidak tahu di mana mereka berada.

Mereka telah ditahan tanpa dapat dihubungi, dan inilah situasi di mana penyeksaan akan berlaku,” Joe Stork daripada Human Rights Watch dipetik sebagai berkata.

Mengikut pihak penguasa Bahrain, setakat ini, 24 orang termasuk 4 polis terkorban dalam kemelut di negara ini yang kini dikecam hebat oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi antarabangsa kerana keganasan regim itu terhadap para penunjuk perasaan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa pemimpin dalam Angkatan Bersenjata Malaysia tidak cenderung dengan keputusan ini kerana ia bukan tugas mereka untuk membunuh orang awam, lagi-lagi orang awan di negara asing,” tambah Liew.

Suaram pandang serius kes tembak mati
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Suaram mengutuk keras dan kecewa terhadap tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menembak mati individu-individu tidak kira warga Malaysia ataupun warga asing yang kerap berlaku.

Penyelaras Suaram, Yap Heng Lung berkata, pihaknya memandang serius terhadap semua kes tembak mati yang dilakukan oleh polis selama ini.

Antara remaja yang telah ditembak mati oleh polis sejak tahun lepas termasuk Aminulrasyid Amzah (14 tahun), Mohd Shamil Hafiz Shapiei(15), Hairul Nizam Tuah (20), Mohd Hanafi Omar (22).

Pada 13 hari bulan Mei, sekali lagi terdapat seorang remaja yang bernama Johari Abu Bakar yang hanya berumur 17 tahun telah ditembak mati oleh polis di kawasan Dengkil, Selangor sekitar pukul 11 malam.

“Kami ingin menekankan bahawa menembak mati seseorang dengan sewenang-wenangnya tanpa memberikan peluang untuk membela diri dan dibicara bawah mahkamah adalah merupakan satu pencabulan hak asasi yang serius,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Suaram inginkan maklum balas segera dari pihak polis apakah perlunya pihak polis menggunakan senjata terhadap seorang remaja yang berusia 17 tahun sehingga ditembak mati.

Tambahnya, Suaram sebagai organisasi Hak Asasi Manusia berpendapat penggunaan senjata dan tidak memberikan hak untuk Johari membela diri adalah salah dari segi undang-undang Hak Asasi dan ianya melanggari kebanyakan artikel dalam Konvensyen Antarabangsa Perlindungan Kanak-Kanak (CRC) terutamanya Artikel 16 (1)&(11) dan Artikel 37 yang memberi perlindungan terhadap kanak-kanak bawah undang undang dan terlindung dari sebarang hukuman yang tidak berperikemanusiaan ataupun penangkapan tanpa bicara.

“Suaram memahami tanggjungawab pihak polis untuk mencegah kegiatan jenayah di Malaysia, namun ia tidak bermakna pihak polis boleh menjalankan apa-apa operasi atau tindakan tanpa mengikuti piawaian hak asasi sedunia termasuk menembak mati seseorang sebelum dibicarakan,” katanya.

Menurutnya, mengikut kenyataan yang diberi oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun lepas menyatakan bahawa jumlah kes tembak mati oleh polis adalah seramai 279 orang dari tahun 2000 hingga 2009.

Katanya, pada tahun 2009, Assiten Komisioner Polis, ACP Syed Mustafa dari Bukit Aman telah menyatakan bahawa pihak polis telah bermula menggunakan senjata api berelektronik iaitu Taser X26 dalam operasi menangani kes jenayah di mana dapat mengurangkan isu suspek ditembak mati.

“Namun, apa sebabnya masih ramai termasuk suspek bawah umur yang menjadi mangsa tembakan mati oleh polis?” soalnya.

Suaram, ujarnya berpandangan isu sebegini disebabkan tiadanya mekanisme yang telus dan jelas tentang penggunaan senjata api oleh polis.

Malah, katanya apa yang lebih mengecewakan adalah dokumen panduan dalam menggunakan senjata api iaitu Perintah Tetap Ketua Polis (IGSO) di Malaysia tidak dapat dirujuk oleh orang awam.

Ini, katanya dengan jelas membuktikan bahawa penggunaan senjata api oleh polis tidak diimbangi oleh pemeriksaan awam dan sekaligus menyebabkan tahap akauntabiliti yang amat rendah di dalam institusi polis.

“Suaram menggesa kerajaan untuk membawa pengawai polis yang terlibat dalam kejadian ini ke muka pengadilan dan dibicarakan di mahkamah untuk menegakkan keadilan terhadap mangsa dan keluarga mangsa,” katanya.

Justeru, tambahnya Suaram menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia terutamanya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.

Beliau berkata, sekiranya langkah-langkah itu tidak diambil dengan segera, maka semua rakyat Malaysia akan menjadi mangsa penyalahgunaan pihak polis dan ini sekaligus akan menunjukkan imej yang buruk terhadap Kerajaan Malaysia yang gagal memantau institusi kerajaan yang amat penting dalam sistem pentadbiran negara.


Halalkan apa sahaja jadi kegilaan Umno
Afiq Hazami, Pelatih UKM

SELAYANG, 15 Mei: Pemimpin Umno dilihat dalam keadaan kegilaan sehingga menghalalkan apa sahaja cara yang patut dilakukan untuk mengekalkan kuasa mereka daripada jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Pekara ini telah terbukti apabila Umno dengan kerja gilanya sekali lagi mengedar risalah fitnah dan video lucah yang kononnya perlakunya adalah Anwar Ibrahim sewaktu di program ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ anjuran Pakatan Rakyat di Stadium Selayang malam tadi.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Hal ini secara jelas dan keji tindakan yang dilakukan Umno untuk menjejaskan kredibiliti Anwar selaku Ketua Umum Pakatan Rakyat dan PKR.

(Gambar: Khalid menunjukkan VCD yang disebarkan pihak tertentu di majlis Pakatan Rakyat. Di mana pihak berkuasa negara ini?)

Beliau juga turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Umno yang mengedarkan VCD rakaman lucah itu untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan kerajaan Negeri Selangor.

Beliau juga menyifatkan penyebaran risalah fitnah dan video lucah itu sebagai tindakan yang bodoh dan kerja gila serta tak patut dilakukan semata-mata cara untuk menjatuhkan dan mengaibkan seseorang yang belum didapati bersalah dengan tuduhan yang dilemparkan.

Tegas beliau lagi dengan rasa kesal, “Kita nak jadikan Selangor ini negeri membangun, mewah dan dirahmati Allah tapi Umno bawa VCD tak guna ini, kalau nak tolong rakyat, selesaikan masalah rakyat."

(Gambar: Vcd lucah yang diedarkan kepada orang ramai di majlis Pakatan Rakyat oleh pihak tertentu)

Sebaliknya, tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor akan bekerja kuat bagi memastikan nasib rakyat di negeri itu terbela.

“Saya tidak ada masa untuk VCD buruk ini, saya akan terus bekerja keras untuk bantu rakyat.

“Rakyat pilih kita untuk buat perubahan dan ini yang akan kita buktikan,” katanya di hadapan lebih lima ribu hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum untuk memberi sokongan penuh terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Pekara ini juga telah menuntut tokoh ulama dan sarjana Islam dari Syria Dr Sheikh Wahbah Az Zuhaili yang sanggup terbang untuk memberi tarbiah supaya menghentikan politik fitnah dan keji yang dilakukan oleh Umno.

Dr Sheikh Wahbah Zuhaili dalam ceramahnya selepas mengimani solat Isyak berjemaah dan solat hajat bersama untuk memberi sokongan kepada pimpinan Pakatan Rakyat itu berpesan kepada hadirin "Dengan iman yang tetap di hati dan jiwa serta istiqamah dalam berdoa dengan menetapkan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doa hamba-Nya, maka usaha kita lakukan akan membuahkan hasil."

Anwar Ibrahim dalam ceramahnya turut melahirkan rasa sedih dan kecewanya dengan tindakan Umno yang tak habis-habis untuk mengenakan beliau sejak beliau keluar daripada parti tersebut.

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional sudah membuktikan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkannya dan mengekalkan kuasa mereka termasuk 'merampas' semula Selangor.

Beliau menambah lagi, konsep 'merampas' yang digunakan oleh Umno adalah dengan menghalalkankan apa saja cara samaada yang haram, cara yang gila, cara yang melanggar hukum Islam asalkan matlamat mereka tercapai.

Katanya lagi dengan nadanya yang mula bersemangat menjelaskan "Subsidi rakyat ditarik, subsidi rakyat diberikan kepada tauke judi, harga gula dan minyak naik, inilah yang dilakukan oleh penyagak Umno."

Kata-kata Anwar disambut sorakan penuh dan tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Suasan mula berubah menjadi ceria,"Dalam pada Umno dan Barisan Nasional bercakap soal moral dan akhlak pemimpin, mereka sendiri tidak menjaga adab dan akhlak sehingga sanggup mengaibkan orang lain.

"Pemimpin Umno nak cakap soal akhlak dengan kita? Apa hukumnya sebar video lucah kepada umum?

"Tidak cukup saya dipukul separuh mampus dalam penjara, dibogelkan, sekarang saya dikaitkan dengan video lucah pula," sinis beliau yang mula tampak tenang dengan ucapannya.


Remaja mati ditembak polis, ibu buat aduan
Mei 15, 11 6:00pm

Ibu kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang ditembak mati oleh polis pada hari Jumaat, membuat laporan polis hari ini menafikan anak lelaki itu terlibat dalam sebarang jenayah.
johari abu bakar police shooting victim 150511Salmah Mohamed Shariff, 41, berkata beliau dimaklumkan oleh polis bahawa anaknya telah mati ditembak, apabila dia melepaskan tembakan ke arah mereka, tetapi beliau tidak mempercayainya.

Setahunya, kata Salmah, anaknya itu tidak pernah memiliki sebarang senjata. Anak lelakinya itu, Johari Abu Bakar (kanan) mati pada 13 Mei sekitar jam 11 malam akibat kecederaan yang dialaminya di Dengkil, Selangor.

Salmah berkata, keraguan mengenai keadaan kematian anaknya timbul apabila beliau pergi mengenal pasti mayatnya di bilik mayat Hospital Serdang semalam.

Dalam laporan polisnya, Salmah berkata bahagian depan mayat anaknya itu ditutupi lumpur dan selepas bedah siasat, beliau nampak dengan jelas tangan kanan anaknya itu patah.

Kematian Johari itu menjadi jumlah remaja bawah umur yang mati ditembak polis yang dakwa dalam kejadian tembak menembak, kepada lima orang sejak tahun lalu.

Menurut Salmah, seorang anggota polis bernama Afendi memberitahunya bahawa anak lelakinya dan empat yang lain
dipantau sejak lima hari sebelum kejadian itu, dan mereka menginap di sebuah hotel di Dengkil berdekatan dengan balai polis.

petition to investigate kugan's death to istana 260909 kugan mother cryKatanya, anak lelakinya itu dikatakan berjalan keluar dari hotel itu dan memasuki keretanya apabila kereta polis menyerbu dan mengepungnya.

Salmah berkata, mereka mendakwa anak lelakinya telah mengundurkan keretanya dan merempuh salah sebuah kereta polis dan mula menembak mereka.

Menurut polis, katanya, mereka tidak dapat menahan empat orang yang lain kerana mereka dapat melepaskan diri.

Salmah menuntut sebuah badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu kerana Johari masih muda.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak asasi manusia Malaysia (Suhakam) James Nagayam, ahli parlimen PKR Subang MP R Sivarasa, ADUN Lanjan Bukit Elizabeth Wong dan peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyer for Liberty menemani Salmah membuat laporan polis itu tengah tadi.

Fadiah memberitahu Malaysiakini bahawa peguam keluarga tersebut akan menfailkan satu perintah mahkamah untuk mengadakan bedahsiasat kedua.

Ini erana ahli patologi Dr Abdul Karim Tajuddin, yang melakukan bedahsiasat ke atas mayat Johari, sedang disiasat oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Ibu kepada seorang remaja berusia 17 tahun yang ditembak mati oleh polis pada hari Jumaat, membuat laporan polis hari ini menafikan anak lelaki itu terlibat dalam sebarang jenayah.

johari abu bakar police shooting victim 150511Salmah Mohamed Shariff, 41, berkata beliau dimaklumkan oleh polis bahawa anaknya telah mati ditembak, apabila dia melepaskan tembakan ke arah mereka, tetapi beliau tidak mempercayainya.

Setahunya, kata Salmah, anaknya itu tidak pernah memiliki sebarang senjata. Anak lelakinya itu, Johari Abu Bakar (kanan) mati pada 13 Mei sekitar jam 11 malam akibat kecederaan yang dialaminya di Dengkil, Selangor.

Salmah berkata, keraguan mengenai keadaan kematian anaknya timbul apabila beliau pergi mengenal pasti mayatnya di bilik mayat Hospital Serdang semalam.

Dalam laporan polisnya, Salmah berkata bahagian depan mayat anaknya itu ditutupi lumpur dan selepas bedah siasat, beliau nampak dengan jelas tangan kanan anaknya itu patah.

Kematian Johari itu menjadi jumlah remaja bawah umur yang mati ditembak polis yang dakwa dalam kejadian tembak menembak, kepada lima orang sejak tahun lalu.

Menurut Salmah, seorang anggota polis bernama Afendi memberitahunya bahawa anak lelakinya dan empat yang lain
dipantau sejak lima hari sebelum kejadian itu, dan mereka menginap di sebuah hotel di Dengkil berdekatan dengan balai polis.

petition to investigate kugan's death to istana 260909 kugan mother cryKatanya, anak lelakinya itu dikatakan berjalan keluar dari hotel itu dan memasuki keretanya apabila kereta polis menyerbu dan mengepungnya.

Salmah berkata, mereka mendakwa anak lelakinya telah mengundurkan keretanya dan merempuh salah sebuah kereta polis dan mula menembak mereka.

Menurut polis, katanya, mereka tidak dapat menahan empat orang yang lain kerana mereka dapat melepaskan diri.

Salmah menuntut sebuah badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu kerana Johari masih muda.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak asasi manusia Malaysia (Suhakam) James Nagayam, ahli parlimen PKR Subang MP R Sivarasa, ADUN Lanjan Bukit Elizabeth Wong dan peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyer for Liberty menemani Salmah membuat laporan polis itu tengah tadi.

Fadiah memberitahu Malaysiakini bahawa peguam keluarga tersebut akan menfailkan satu perintah mahkamah untuk mengadakan bedahsiasat kedua.

Ini erana ahli patologi Dr Abdul Karim Tajuddin, yang melakukan bedahsiasat ke atas mayat Johari, sedang disiasat oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Tiada ulasan: