Rabu, 11 Mei 2011

JANGAN KITA JENDERA DIDUNIA....DALAM KUBUR....DIAKHIRAT TAK JENDERA....JANGAN KITA HAPPY SANGATLAH...MASUK SYURGA DIAKHIRAT BOLEHLAH HAPPY@JENDERA....

Pemandu syak kenderaan Anwar disabotaj
Mei 10, 11 11:37am

Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang lazimnya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

NONESehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar tampil membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 tadi.

Beliau mendakwa tindakan merosakkan kenderaan Mercedes Benz S350 itu sebagai satu bentuk ancaman.

Menceritakan kemalangan kira-kira dua minggu lalu, Abdullah Sani berkata, di petengahan jalan ketika membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, kereta yang dipandunya terhuyung-hayang.

NONESelepas itu, kata Abdullah Sani, sebuah lori memotongnya sehingga memaksa beliau menghentikan kereta itu secara mengejut dalam kejadian di Lebuhraya Utara-Selatan itu.

Kereta mewah itu bagaimanapun bergoyang dan kedengaran letupan datang sebelah belakangnya.

Selepas meletakkan kereta di tepi tepi jalan, beliau mendakwa menjumpai beberapa bahagian cakera brek di merata-rata tempat, sekali gus menjadikan kereta itu tidak boleh bergerak lagi.

Bagaimanapun, menurut laporan polis, kejutan besar datang apabila mekanik biasanya memaklumkan bahawa pin pada nat untuk menyokong cakera brek telah dikeluarkan.

Katanya, beliau dimaklumkan, adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.

Justeru, beliau percaya terdapat usaha mencederakan atau membunuh Anwar.

Katanya, berdasarkan maklumat mekanik itu kepadanya, terdapat unsur sabotaj dengan mengambil kira kenderaan itu selalu digunakan Anwar.

Memasukkan pengakuan mekanik itu dalam laporan polisnya, Abdullah Sani berkata beliau kini risaukan keselamatan Anwar dan keluarganya.


Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi
Mei 10, 11 4:18pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi didakwa difitnah apabila dituduh menggunakan perkataan kesat “pandi kutty' terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ceramah di Klang Sabtu lalu.

TV Selangor yang merakamkan ceramah penuh itu dalam laporannya hari ini berkata pita mereka langsung tidak menunjukkan Anwar menghamburkan perkataan kesat itu terhadap Najib.

anwar speech at mpaj 050511 05Sebaliknya, dalam ceramah itu Anwar membidas Najib dan taktik kotor politik yang digunakan Umno untuk menjatuhkan beliau.

Katanya, Umno-BN sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."


Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” katanya dalam ceramah itu.

Tak sebut siapa-siapa

Anwar juga dalam Twitter petang tadi menulis “Umno memfitnah. Saya sebut: Politik porno, zalim, rasuah seperti pandi kuty, tidak sebut nama siapa-siapa.”

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .

NONEMalah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Najib tidur jendera

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

utusan malaysia kritsian agama rasmiMengulas isu yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Bernama juga melaporkan Najib berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Rasa jijik

NONESementara itu, naib presiden PKR, N Surendran yang turut hadir pada ceramah berkenaan mengesahkan bahawa Anwar menggunakan ungkapan itu hanya untuk menggambarkan rasa jijik terhadap taktik Umno menggunakan video lucah untuk menjatuhkan beliau.

"Saya berada di sana dan saya dengar Datuk Seri Anwar menggunakan perkataan itu secara umum. Dia merujuk kepada kelakuan dan politik jijik (Umno).

"Surat khabar Umno memperbesarkan perkara ini tetapi mereka sendiri menggunakan perkataan dan tuduhan lebih teruk daripada perkataan 'pandi kutty'. Utusan dan Umno menfitnah orang liwat tanpa bukti, menuduh kononnya Anwar adalah pelaku dalam video seks walaupun tidak ada bukti,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

NONESurendran yang juga seorang peguam berkata fitnah “pandi kutty” terbaru yang cuba disebarkan itu sesuatu yang melucukan.

"Jika dibandingkan dengan politik kotor BN, saya ingin ketawa bila saya lihat mereka tiba-tiba buat bising mengenai satu perkara yang begitu remeh seperti ini, “ katanya.




Cukai pendapatan mungkin dikurangkan - Najib
Mei 10, 11 5:45pm

Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.

azlan"Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di Putrajaya hari ini.

Semasa ditanya mengenai kadar GST yang diterima rakyat, Najib berkata, kerajaan akan menjalankan kajian yang sewajarnya bila tiba masanya.

Mengenai sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: “Saya akan maklumkan kemudian.”

- Bernama

Najib: Tidur saya tetap 'jendera'
Mei 10, 11 3:53pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas dirinya tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

najib tun razak may 2011"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Najib menyifatkan ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Tegas beliau lagi, perbezaan pendapat boleh diterima di dalam politik tetapi seharusnya tertumpu kepada soal dasar dan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat dan bukannya dengan menyerang peribadi orang lain.

"Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika. Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai mana-mana orang politik berbuat sedemikian.

“Saya tak perlu membuat ulasan lebih lanjut daripada itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri memberikan reaksi demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang menyerang beliau dengan gelaran tidak sepatutnya.

anwar speech at mpaj 050511 01Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu.

Perbuatan Anwar itu mendapat kecaman pelbagai pihak dengan menyifatkannya sebagai sudah panik kerana rakyat semakin bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.

Ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya penubuhan Briged Setia Negara oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa (PERKASA) sebagai cubaan melatih kumpulan militan di negara ini, Najib berkata, keharmonian dan keamanan dalam negara harus diutamakan.

azlan"Apa-apa pun kita jangan keruhkan suasana. Saya tidak kata ia baik atau tak baik yang penting sekarang ini kita mesti jaga keharmonian dan keamanan dalam negara kita."

"Kita telah mengalami keadaan di Malaysia yang begitu tenteram dan aman sekian lama. Kita tidak boleh melakukan apa saja yang boleh mengancam keamanan, keharmonian dan kestabilan negara."

Kerajaan tegasnya tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak yang cuba menggugat keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

- Bernama

DUN: 2 ADUN Umno tak percaya laporan Utusan
Susan Loone
Mei 10, 11
12:04pm

Dua ADUN Umno Pulau Pinang berkata mereka tidak percaya laporan muka depan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa DAP dan sekumpulan
pastor Kristian merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian.

Sewaktu membentangkan usul melarang akhbar milik Umno itu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang,
Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertanya kepada Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) sama ada beliau percaya laporan itu.

Lim, yang membentangkan usul terhadap satu laporan Utusan pada 11 November tahun lalu berhubung kos pengubahsuaian kediaman
rasminya, mengecam akhbar harian Melayu itu kerana sering membangkitkan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan rakyat pelbagai kaum di negara itu.

NONEHilmi (kiri) sebelum itu mengakui Umno mungkin pemegang saham terbesar Utusan, tetapi ia tidak semestinya menerima semua yang
dilakukan oleh akhbar tersebut.

Katanya, seperti juga akhbar-akhbar lain, Utusan adalah sebuah entiti perniagaan dan cenderung untuk mensensasikan artikelnya untuk meningkatkan jumlah pembacanya.

Bagaimanapun, Hilmi meminta supaya menunggu hasil siasatan untuk mengetahui siapa yang memutarbelitkan berita tersebut.

Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat) kemudiannya mendesak Hilmi mengakui bahawa laporan kontroversi itu bertujuan untuk
membangkitkan isu perkauman.

Beliau menggesa Hilmi, sebagai seorang pemimpin Umno, supaya memastikan akhbar tersebut tidak mengulangi kesilapan sedemikian kerana ia memudaratkan negara Malaysia yang pelbagai kaum dan agama.

Katanya, Hilmi berkata akhbar-akhbar lain juga mensesasikan isu tetapi "kita tidak nampak yang lainnya berbuat demikian, tetapi hanya Utusan".

"Jadi apakah tindakan yang akan diambil oleh Umno untuk memastikan ia tidak berulang?" tanya Jagdeep.

Lim kemudiannya meminta Hilmi menyatakan pandangan peribadinya sama ada beliau percaya laporan itu, yang berdasarkan kepada
maklumat tidak disahkan di dua blog pro-Umno.

"Sebagai rakyat Malaysia, bila saya mula-mula baca laporan itu, saya tidak percaya sama sekali," kata Hilmi.

"Kita telah hidup harmoni dengan semua kaum buat sekian lamanya... jadi biarkan kita tunggu siasatan dan kemudiannya kita boleh mengesahkan siapa yang melakukan ini. Saya percaya kita semua rasional," tambahnya.

Lim kemudian berkata "syabas!" dan terus bertanya kepada seorang lagi ADUN Umno sama ada beliau percaya laporan itu.

pulau betong adun muhammad farid saad pc on my balik pulau newsletter 060211 01Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong, kanan) menjawab: "Saya
mahukan sebuah negara yang aman."

Bila terus didesak oleh Lim Farid meminta supaya menunggu hasil siasatan.

Bila diminta menjawab secara jujur, Farid berkata: "Saya tidak percaya laporan itu."

Hanya Hilmi dan Farid ADUN Umno yang berada dalam dewan ketika usul untuk melarang Utusan membuat liputan persidangan DUN dibentangkan. Usul itu kemudiannya diluluskan.

Lulus tiga usul

Sementara itu, Bernama melaporkan DUN Pulau Pinang hari ini ditangguhkan dengan meluluskan tiga usul termasuk usul mengharamkan wartawan akhbar Utusan Malaysia membuat liputan persidangan dewan itu berkuatkuasa, hari ini.

Lim berkata, usul itu dicadang ekoran akhbar itu didakwa sering menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri.

Katanya, merujuk kepada satu laporan satu berita Utusan Malaysia bertarikh 11 November 2010, akhbar itu memetik kononnya seorang wakil rakyat Shahbudin Yahya (BN-Permatang Berangan) mendakwa kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM1.5juta untuk membaiki banglo yang didiami oleh Ketua Menteri iaitu Seri Teratai.

"Bagaimanapun Shahbudin menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan itu ketika disoal dalam DUN dan ini menunjukkan Utusan Malaysia telah menyiarkan laporan palsu," katanya dalam sesi penggulungan persidangan DUN.

Beliau berkata, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN turut melakukan siasatan dan memanggil ketua pengarang Utusan Malaysia untuk memberi keterangan tetapi beliau atau wakilnya tidak hadir.

Lim berkata, tambah membimbangkan ialah apabila akhbar itu mengeluarkan berita fitnah berunsur perkauman dan keagamaan kononnya terdapat perhimpunan paderi Kristian di negeri ini yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dan mahukan perdana menteri dari kalangan penganut agama itu.

Bagaimanapun, usul itu diluluskan dengan sokongan majoriti anggota DUN penyokong kerajaan negeri.

Dua lagi usul yang diluluskan ialah Rang Undang-Undang Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 dan usul mengesahkan pengenaan dan pemungutan fi caj air atau surcaj oleh pihak berkuasa negeri selama tempoh mulai 1 Januari 2001 hingga 31 Oktober 2010.

Persidangan DUN ditangguhkan pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

PAS: Komposisi parlimen jamin Islam
Abdul Rahim Sabri
Mei 10, 11
1:53pm

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata tidak mungkin Kristian boleh menjadi agama rasmi negara ini, seperti laporan kontroversi Utusan Malaysia sebelum ini.

NONEKatanya, perkara tersebut, berdasarkan komposisi parlimen, perkara itu "tidak mungkin berlaku".

"DAP hanya menang kerusi yang ditandingi oleh MCA, GERAKAN... kerusi orang Cina.

"Kerusi orang Melayu, hanya PAS lawan Umno. Kalau PAS kalah, Umno menang. Kalau Umno kalah, PAS menang. Apa masalah.

"Jadi tidak timbul bukan Islam jadi PM, selagi mana majoritinya memihak kepada orang Islam," katanya dalam satu sidang media.

Mengulas kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok berhubung perdana menteri Kristian, Mahfuz berkata perkara itu merupakan isu lama.

Perlembagaan tak halang

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, perkara yang sama pernah disebut oleh bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba.

"Perlembagaan tidak menghalang. Tan Sri Benard Dompok (juga) berkata perlembagaan tidak menghalang... (Jadi) apa sikap Umno terhadap kenyataan Benard Dompok?

NONE"Isu ini bukan isu PAS atau (memerlukan) pendirian PAS, tetapi tidak ada disebut dalam perbincangan paderi bahawa orang Kristian akan jadi perdana menteri. Tak ada pun," katanya.

Walaupun percaya idea memiliki perdana menteri Kristian tidak akan menjadi kenyataan, Bernard semalam mengemukakan persoalan tentang apa salahnya memiliki perdana menteri daripada golongan itu.

Katanya, perlembagaan tidak menetapkan agama sebagai syarat menjadi perdana menteri, sebaliknya hanya memerlukan sokongan dua pertiga dalam parlimen.

Mahfuz turut membidas akhbar Umno itu yang mutakhir ini didakwa menyiarkan laporan yang menambah lagi "api perkauman sempit".

"Laporan mutakhir ini memperlihatkan BN dan Umno berdepan dengan sesak nafas menyebabkan saluran pernafasan mereka semakin sempit sehingga mengambil pendekatan yang tidak demokratik dan tidak bermoral dalam etika politik (di Malaysia)," katanya.

Secara sinis, beliau 'menasihatkan' BN tidak bersikap seperti "penagih dadah" untuk menagih simpati pengundi Melayu dengan laporan sebegitu.

Tambahnya, sikap tersebut sebaliknya boleh menjejaskan perpaduan di kalangan rakyat yang harmoni selama ini.

Tiada ulasan: