WASIAT JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG PADA ZURIAT SYED HUSSEIN JAMADILKUBRA NUSANTARA
photo: Ikan Kekacang
Ikan Kekacang 'Jangan makan ikan Kekacang' atau dalam dialek Kelantannya 'Jange Make Ike Kaceng!'. Itu adalah sumpah keramat datuknenda kita YM Syed Hussein JamadilKubra AlAkhbar Nusantara kepada anak cucu zuriat kerabat keturunannya sahaja.
Diulang.. zuriatnya sahaja!
Peristiwa wasiat ini berlaku apabila baginda Syed Hussein JamadilKubra berlayar menuju utara setelah peristiwa tragis 'pokok Pinang terbelah dua dengan panahan mata sahaja sehingga menyebabkan pembunuhan adindanya Sheikh Qamaruddin di tangan Raja Tumasek (Singapura).
Dalam Pelayaran itu, kapal baginda telah hampir karam di laut ekoran dipukul ombak ganas; Dan dalam keadaan cemas dan genting itu, setelah membuat solat hajat alKubra, baginda Syed Hussein Jamadilkubra pun bernazar untuk mendirikan sebuah masjid jika terselamat dari bencana itu. Akhirnya doa waliAllah itu makbul di mana sekumpulan ikan Kekacang (Ikan Kekacang berpuak) telah datang secara tiba-tiba menutupi lubang-lubang kapal yang bocor. Manakala yang bersaiz besar pula (Ikan Kekacang boleh sampai ke siaz maksimun) menolak kapal itu ke daratan beramai-ramai. Bukan main susah payah 'ike kaceng' tu menolong datuk-nenek kita, masyaAllah-Subhanallah!!
Apabila sampai di daratan, baginda dan angkatannya terasa amat letih, dahaga dan kelaparan. Tiba-tiba satu Petunjuk dari Allah melalui makhluknya Tupai Putih (seperti Labah-Labah atau burung di zaman nabi) yang tiba-tiba terlonjat-lonjat di hadapan baginda dan akhirnya berlari menuju ke serumpn pohon Buluh Betong lalu memakan umbut atau rebungnya, tanpa apa-apa masalah.
Lantaran itu, baginda telah mengarahkan angkatannya memakan umbut itu untuk menghilangkan kelaparan bersama-sama beliau. Setelah kekenyangan, baginda telah bernazar dan bersumpah supaya zuriat keturunannya tidak boleh lagi memakan Ikan Kekacng dan Rebung Buluh Betong sebagai satu tanda syukur di atas pertolongan Allah yang diberi kepada mereka dan tanda terimakasih kepada Ikan Kekacang kerana kerana menolong. Ironinya, mana-mana ahli kerabat yang melanggar pantang-larang datuk-nenek akan tertimpa musibah seperti kena penyakit gatal-gatal berbintil, kudis, gila atau sebagainya. MasyaAllahhulaquwatailabillah....
MASJID KAMPUNG LAUT
Realitinya, Masjid Kampung laut yang kini berada di Nilam Puri Kelantan yang kini menjadi Masjid rasmi Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, adalah Masjid yang didirikan oleh Syed Hussein JamadilKubra sebagai menunaikan nazarnya kepada Allah yang telah menyelamatkannya dari bencana ribut di lautan dengan bantuan Ikan Kekacang @ Ike Kaceng!! Masjid Kg Laut merupakan sebuah masjid yang terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak di Nilam Puri berhadapan dengan Universiti Malaya, kampus cawangan Kelantan, iaitu 20 km dari pusat bandar Kota Bharu. Usia masjid ini dipercayai melebihi 300 tahun dan turut dikaitkan kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara abad ke-17 Masihi. Selain diiktiraf sebagai masjid tertua di negara ini, Masjid Kampung Laut turut disenaraikan antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara, seangkatan dengan masjid Nat Tanjung dan Wadi Hussin di Thailand, Masjid Demak di Jawa, Indonesia dan Masjid Kono (Champa, Kemboja).
BINAAN MASJID: Masjid yang asal bukannya apa yang dilihat pada hari ini. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasanya hanya 400 kaki persegi pada keseluruhannya. Pada akhir abad ke-19, masjid ini menjadi satu pusat agama yang penting, dan masjid itu diperbesar untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan, peran, serambi, dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan tambahan ini. Binaan tambahan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' yang amat unik. Ia dibina daripada kayu tetapi tidak menggunakan walau sepucuk paku sekalipun. Atap daun rumbianya digantikan dengan atap genting.
Malangnya, asas masjid itu lemah. Dibina di tebing sungai, masjid itu sering dilanda oleh banjir kilat seperti banjir tahun 1926 yang dikenali sebagai "Bah Air Merah" yang melemahkan lagi asasnya. Selepas dilanda sekali lagi oleh banjir yang teruk pada tahun 1966 yang menghanyutkan sebahagian masjid itu, Persatuan Sejarah Malaysia mencadangkan pemindahan masjid itu ke tempat yang lebih selamat. Pada tahun 1968, masjid itu dibuka dan dipasang semula di kawasan Sekolah Pengajian Islam di Nilam Puri.Pada tahun 1988, masjid ini diperbaik lagi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti elektrik, air paip, tandas, dan kawasan duduk. Tiang-tiang dan dinding-dinding masjid juga dihias dengan ukiran kayu. Dengan tambahan-tambahan ini, kawasan binaan menjadi 5,254 kaki persegi (74 kaki x 71 kaki), iaitu 13 kali lebih besar daripada masjid asal.
Masjid Kampung Laut kini masih merupakan pusat agama yang aktif dan telah dianggap sebagai salah satu muzium yang paling penting di Semenanjung Malaysia.
nota: Untuk Pendaftaran MQTK, sila hubungi YM NIK SAIDINAL UMAR B. YM HJ.CHE SOLAHHUDDIN Setiausaha Agong MQTK di nombor 0199661679
88-09-KEL no pendaftaran MQTK VIDEO AHLULBAIT MELAYU
VIDEO:
WASIAT JANGAN MAKAN IKAN KEKACANG DAN REBUNG BULUH BETONG..
**"Jane make ike Kaceng deh! WASIAT YM ALMARHUMAH TOKSU CIK BONGSU HJ NIK MAT, IPAR DATUK PERWIRA KELANTAN HJ. NIK DAUD KETEREH IAITU, "JANGE MAKE IKE KEKACENG..!!!'
**Menurut Wasiat turun-menurun, sesiapa dari kerabat yang termakan ikan ini; Natijahnya mereka akan ditimpa MUSIBAH berbentuk PENYAKIT kulit seperti gatal dan sebagainya. wallah'hualam..
by: arkib MQTK 1909M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan