Khamis, 19 Mei 2011

IMAN KENA DIBUKTIKAN DENGAN AMALAN....BUKAN CAKAP AJE...HABUK TAK DE

Masalah Imam Mahadi


Sebelum kita melangkah lebih jauh dalam persoalan Al Mahdi ini... hendaklah kita maklumi awal-awal bahawa kepercayaan kepada Al Mahdi bukanlah termasuk ke dalam perkara pokok agama Islam. Ia bukan sebahagian daripada Rukun Iman atau Rukun Islam. Sama ada percaya atau tidak, ia tidak akan merosakkan iman atau aqidah kita.


Kesimpulan kecilnya: Setiap individu berhak untuk percaya atau tidak akan kewujudan Al Mahdi.


Kenyataan beberapa orang tokoh Islam tentang mempercayai Al Mahdi:

Prof. Kiyai Anwar Musaddad-Ulama terkenal Indonesia:
"Kita tidak boleh menghukum kafir, sesat atau terkeluar daripada aqidah Islam terhadap orang yang memeprcayai kewujudan Al Mahdi, termasuk orang yang mengijtihadkan atau menentukan seseorang itu sebagai Al Mahdi, kerana Al Mahdi tidak termasuk dalam senarai aqidah pokok."

Tuan Guru Haji Abdullah Long-guru agama terkenal dan pengamal Tariqat Naqsyabadiah,Muazzam Syah:
"Kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman mempunyai nas yang mutawatir yang boleh didapati dalam kitab-kitab karangan ulama muktabar. Bagaimanapun ini bukan soal aqidah."

Tuan Guru Syed Omar Al Idrus (cucu waliyullah Tukku Paloh, Terengganu):
"Persoalan Imam Mahdi itu sendiri menjadi khilafiah para ulama."

Dr. Mahmud Saedon-pensyarah UIA, 1988:
"Kepercayaan kepada konsep Imam Mahdi bukan persoalan aqidah yang terpokok dalam Islam."


Puluhan malah mungkin ratusan hadith dan atsar tentang Al Mahdi boleh kita muatkan di sini namun antaranya terdapat yang dhaif malah yang palsu.

Berikut adalah hadith-hadith yang saya pegang (secara peribadi-boleh jadi betul atau salah pada orang lain):

"Dunia tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku (Muhammad bin Abdullah) memerintah seluruh bangsa Arab."
(Turmizi)

"Jika tinggal hanya sehari saja lagi sebelum kiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan saeorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan."
(Abu Daud)

"Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja."
(Ibnu Majah)

"Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)

"Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah."
(Ibnu majah & Abu Daud)

Walaupun banyak hadith dan riwayat yang palsu dan dhaif tentang Al Mahdi,. namun jika dihimpunkan kesemua khabar dhaif dan hasan yang ada, maka secara mutawatirnya Al Mahdi memang wujud.


Ini juga adalah pegangan saya secara peribadi, dan saya tidak pula berusaha untuk mengajak orang lain mempercayainya kerana ia bukanlah perkara pokok dalam agama.


Apa yang paling PENTING, janganlah isu yang kedudukannya di hujung agama ini dijadikan perbalahan dan saling menyesatkan. Kita saling menghormati pendapat orang lain asalkan mereka ada hujah yang baik.


Sebagai tambahan:


Saidina Umar Al Khatthab pernah meramalkan bahawa pada suatu masa nanti akan lahir daripada sulbinya( keturunannya) seorang yang bersifat sepertinya malah bernama seperti namanya.


Ini adalah riwayat yang amat biasa- tidak banyak sanad- tidak mutawatir- tidak dipandang orang pun- tidak dinanti-nantikan kedatangannya- tidak bertaraf sahih pun perkataan S. Umar ini. Namun ternyata ramalan sedhaif ini benar apabila munculnya Khalifah Umar Abdul Aziz!


Bandingkan dengan riwayat tentang Al Mahdi yang jauh lebih kuat berbanding ramalan Saidina Umar- banyak riwayatnya- mutawatir-disokong banyak ulama- dinanti-nantikan kedatangannya, ada hadith-hadithnya yang bertaraf hasan, maka tidak mustahil Al Mahdi memang wujud.


Apa kaitannya dengan kita umat Islam...

Untuk mereka yang percaya:


Kalau kedatangan Al Mahdi memang benar, mereka mendapat keuntungan kerana sedikit sebanyak telah ada persediaan sekurang-kurangnya untuk menjalani kehidupan pada zaman Al Mahdi. Lebih bertuah lagi kalau dapat berjuang bersama-sama Al Mahdi dan tidak mustahil mereka sedang berada dalam jemaah yang bakal menjadi tentera Mahdi itu sekarang.Perjuangan mereka juga akan lebih tersusun kerana sudah tahu ke mana arah Al Mahdi menakluk, bila, selepas apa, apa tentera atau musuh yang akan dihadapi selepas ini berpandukan hadith-hadith tentang perjuangan Al Mahdi. Umat Islam tidak akan terburu-buru untuk mengusir Yahudi daripada Palestine kerana sedia maklum yang para Yahudi itu dikumpulkan Tuhan di Palestine hanyalah untuk melengkapkan ramalan akhir zaman tentang pembantaian besar-besaran umat Yahudi di sana oleh Al Mahdi, Nabi Isa as dan tentera Islam.


Kalau tidak benar- mereka tidak akan kerugian apa-apa kerana ia melibatkan kepercayaan sahaja.

Untuk mereka yang tidak percaya:


Kalau kedatangan Al Mahdi benar, mereka akan mengalami sedikti kerugian kerana tidak bersedia untuk hidup dan berjuang mengikut keperluan semasa era Al Mahdi. Ditakuti juga mereka akan termenentang jemaah Al Mahdi tanpa disedari.


Kalau kedatangan Al Mahdi tidak benar, mereka tidak rugi apa-apa dan tidak untung apa-apa.



Tamsilan:


Sekiranya selepas kita mati ternyata syurga dan neraka itu memang wujud, maka orang yang percaya punyai peluang cerah untuk selamat kerana mereka telah beramal di dunia. Kalau tidak ada pun, mereka hanya rugi masa di dunia selama 70-80 tahun sahaja kerana banyak beribadah.


Sekiranya selepas mati syurga dan neraka memang ada, maka orang yang tidak percaya akan rugi selama-lamanya- bertrillion tahun. Kalau tidak adapun, mereka masih tidak untung apa-apa.



Kita boleh membuat pilihan yang bijak.

Siapakah yang paling kuat agar umat Islam tidak percaya kepada Al Mahdi?

Tidak lain adalah Yahudi laknatullah... kerana mereka tidak mahu umat Islam bersatu dengan Al Mahdi lalu mendapat kemenangan menghancurkan mereka. Pelbagai jarum-jarum halus ditusukkan sama ada dari luar atau dari dalam Islam sendiri agar umat Islam tidak mempercayai hal ini.



Akhirnya, dari sudut pandangan perjuangan gerakan Islam:

Para sahabat menjayakan zaman Mekah dan Madinah yang pertama dengan adanya satu peribadi agung bersama mereka iaitu Rasulullah. Pejuang Islam hari ini tanpa satu peribadi agung mahu kembalikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua.
Bolehkah?


Para sahabat sendiri tidak mampu melakukannya tanpa satu peribadi agung, bagaimana para pejuang hari ini dapat merealisasikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua tanpa satu peribadi agung?


Kita faham, pejuang hari ini tidak sehebat para sahabat. Logikkah kita yang tidak sehebat para sahabat ini dapat mengulangi kejayaan para sahabat+1 peribadi agung?


Maka untuk menyeimbangkan kuasa para sahabat dan peribadi agung ini, zaman Mekah dan Madinah kedua hanya akan direalisasikan dengan gabungan Al Mahdi dan ikhwan hari ini. Namun itu belum cukup, kerana Al Mahdi tidak setanding Rasulullah manakala ikhwan hari ini tidak setanding para sahabat.


Maka untuk medekatkan jurang ini, diturunkan bersama Al Mahdi dan ikhwan pejuang hari inisatu lagi peribadi agung iaitu Nabi Isa.

Zaman gemilang 1 dilakukan oleh Nabi Muhammad bin Abdullah + sahabat.
Zaman gemilang 2 dilakukan oleh Al Mahdi Muhammad bin Abdullah + ikhwan + Nabi Isa.

Tamat pandangan peribadi saya.

‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’

kredit: AZulfiqar


Salam Ukhuwah..~


Umat Islam Berpecah-belah Selepas Kejatuhan Khilafah Terakhir Uthmaniah

Khalifah Abdul Hameed ke-2 dilahirkan pada hari Rabu, 21/9/1842. Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan ke-2 bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah putera kepada Sultan Abdul Majeed (dari isteri kedua). Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun. Khalifah Abdul Hameed boleh bertutur dalam bahasa Turki, Arab dan Farsi. Beliau juga mengkaji beberapa buku tentang kesusasteraan dan puisi. Apabila ayahnya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak lama sebagai Khalifah. Beliau dipaksa turun dari tahta dan kemudiannya dibunuh oleh musuh politik kerajaan Uthmaniyyah. Beliau diganti oleh Sultan Murad, anak lelakinya, tetapi beliau juga diturunkan dari tahta dalam jangkamasa yang pendek kerana didapati tidak berkemampuan memerintah.



Pada 31 Ogos 1876 (1293H) Khalifah Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah dengan disertai bai'ah oleh umat Islam. Beliau berusia 34 tahun ketika itu. Khalifah Abdul Hameed menyedari, sebagaimana yang beliau nukilkan di dalam catatan hariannya, bahawa ketika pembunuhan bapa saudaranya, dan juga perubahan kepimpinan yang cepat adalah merupakan satu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Islam.

Peribadi Khalifah Abdul Hameed telah dikaji hebat oleh ahli sejarah. Beliau diberikan kepimpinan sebuah negara yang sangat besar yang ketika itu dalam keadaan tenat dan tegang. Beliau menghabiskan lebih 30 tahun dengan konspirasi dalaman dan luaran, peperangan, revolusi dan perubahan yang tidak berhenti. Khalifah Abdul Hameed sendiri meluahkan perasaannya tentang perkara ini di dalam tulisan dan puisinya. Ini adalah satu contoh puisi beliau yang ditulis tangan (gambar tidak disertakan), yang diambil dari buku ,"Bapaku Abdul Hameed," yang ditulis oleh anak perempuannya Aisha.

Terjemahan puisi tersebut adalah seperti berikut:

Tuhanku, aku tahu kaulah al-Aziz...dan tiada yang selainMu yang
Kaulah Satu-Satunya, dan tiada yang lain
Ya Allah, pimpinlah tanganku dalam kesusahan ini
Ya Allah, bantulah aku dalam saat-saat yang kritikal ini

Masalah pertama yang dihadapi beliau adalah Midhat Pasha.

Midhat Pasha terlibat secara sulit freemasone dalam pakatan menjatuhkan bapa saudara Khalifah Abdul Hameed. Apabila Khalifah Abdul Hameed menjadi Khalifah, beliau telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri kerana Midhat sangat popular ketika itu dan Khalifah Abdul Hameed perlukan 'insuran' untuk terus memegang kepimpinan. Midhat Pasha bijak menjalankan tugasnya tetapi beliau terlalu mengikut pandangannya sendiri sahaja. Midhat Pasha juga disokong oleh satu aliran yang kuat dari Majlis Syura (Parlimen). Dengan bantuan dari golongan ini, Midhat Pasha berjaya meluluskan resolusi untuk berperang dengan Rusia. Khalifah Abdul Hameed tidak dapat berbuat apa-apa kerana beliau kemungkinan akan dijatuhkan sekiranya cuba bertindak. Kekalahan peperangan tersebut bagaimanapun, cuba dipertanggung-jawabkan ke atas Khalifah Abdul Hameed oleh penyokong-penyokong Midhat itu. Bagaimanapun, setelah sesuai masanya, Khalifah Abdul Hameed telah berjaya menggunakan perselisihan antara beliau dengan Midhat Pasha untuk membuang Midhat ke Eropah. Rakyat dan para pemerhati politik menyokong penuh tindakan berani dan bijak Khalifah Islam ini.

Kemudian Khalifah Abdul Hameed mengalihkan perhatian beliau kepada musuh-musuh luar Kerajaan Islam. Beliau telah menjangkakan Revolusi Komunis di Rusia dan menyedari bahawa itu akan menguatkan Rusia dan menjadikannya lebih merbahaya. Pada ketika itu, Balkan merupakan sebahagian dari Kerajaan Islam dan sedang menghadapi tekanan dari Rusia dan Austria. Khalifah Abdul Hameed cuma menyedarkan negara-negara Balkan ini akan bahaya yang akan mereka hadapi. Beliau hampir berjaya mencapai persetujuan dengan negara-negara ini. Tetapi ketika saat-saat akhir pemeteraian perjanjian tersebut, 4 negara Balkan telah belot dan membuat perjanjian lain mengenepikan Kerajaan Islam Uthmaniyyah atas pengaruh Rusia dan Austria.

Khalifah Abdul Hamid sedar bahawa konspirasi untuk menghancurkan Negara Islam adalah lebih hebat daripada yang diketahui umum. Konspirasi ini terdapat dari dalaman dan luaran. Ketika beliau merasa lega kerana berjaya membuang Midhat Pasha dan pengikut-pengikutnya, beliau berhadapan pula dengan Awni Pasha, juga Ketua Jemaah Menteri yang juga merupakan seorang pemimpin angkatan tentera. Kemudiaannya, Khalifah Abdul Hameed mendapat tahu bahawa Awni Pasha menerima wang dan hadiah dari pihak England dan juga tentang peranannya dalam menjatuhkan Abdul Aziz.



Awni Pasha membawa Kerajaan Uthmaniyyah ke dalam peperangan Bosnia walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui sekiranya peperangan tercetus, Rusia, England, Austria-Hungary, Serbia, Montenegro, Italy dan Perancis akan menyerang Kerajaan Islam dan mengambil Bosnia. Awni memberikan maklumat palsu kepada Khalifah Abdul Hameed tentang kekuatan tentera Islam di Bosnia. Dia berkata terdapat 200,000 tentera Islam di sana sedangkan apabila Khalifah Abdul Hameed mendapatkan maklumat dari pemimpin-pemimpin tentera yang lain, hanya terdapat 30,000 tentera Islam di Bosnia, berhadapan dengan lebih 300,000 tentera kafir.



Bagaimanapun umum menyukai Awni pada ketika itu dan sekiranya Khalifah Abdul Hameed cuba memecatnya, kestabilan dalam negara akan terancam. Kuasa-kuasa kafir Barat, apabila menyedari mereka berhadapan dengan lawan yang kecil bilangannya telah menyerang Bosnia dengan bantuan empat negara Balkan (Romania, Montenegro, Serbia dan Austria-Hungary).



Akibat dari peperangan ini, Bosnia dan Greece telah dirampas dari Kerajaan Islam. Setelah kekalahan tersebut, barulah Khalifah Abdul Hameed boleh mendapatkan sokongan umum dalam memecat Awni. Mahkamah mendapati Awni bersalah kerana konspirasi menjatuh kerajaan dan membantu kuasa asing seperti England.

Kejatuhan 'Orang Sakit Eropah' kelihatan seperti tidak dapat dielakkan lagi. Semua pihak bersekongkol menjatuhkannya, termasuklah pihak Yahudi. Pada tahun 1901, seorang pemilik Bank Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi yang berpengaruh datang melawat Khalifah Abdul Hameed dengan tawaran:

1) Membayar SEMUA hutang Kerajaan Islam Uthmaniyyah
2) Membina Angkatan Tentera Laut Kerajaan Islam Uthmaniyyah
3) 35 Juta Lira Emas tanpa interest untuk membantu perkembangan Negara Islam Uthmaniyyah

Sebagai Pertukaran Kepada:

1) Membenarkan Yahudi melawat Palestin pada bila-bila masa yang mereka suka dan untuk tinggal seberapa lama yang mereka mahu "melawat tempat-tempat suci"

2) Membenarkan Yahudi membina penempatan di tempat mereka tinggal di Palestin dan mereka mahukan tempat yang hampir dengan Baitul-Maqdis

Khalifah Abdul Hameed enggan berjumpa mereka sekalipun, apalagi menerima tawaran merreka. Beliau mengutuskan jawapan beliau melalui Tahsin Pasha yang berbunyi,

"Beritahu Yahudi-yahudi yang tidak beradab itu bahawa hutang-hutang Kerajaan Uthmaniyyah bukanlah sesuatu yang nak dimalukan, Perancis juga mempunyai hutang-hutangnya dan itu tidak memberikan apa-apa kesan kepadanya. Baitul-Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar ibn Al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggung-jawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku. Biarlah Yahudi-yahudi itu menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." - (di manakah pemimpin seperti ini pada hari ini? )

Khalifah Abdul Hameed juga menyuruh mereka pergi dan jangan sekali-kali datang untuk berjumpa dengan beliau lagi. Dengan terlibatnya Yahudi dan Zionis di dalam konspirasi ini, maka lengkaplah 'peserta-peserta'nya. Kewangan Yahudilah yang membiayai kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Mereka sanggup memberikan apa sahaja kerana mereka tahu selagi Khilafah Islam wujub di muka bumi ini, walau selemah mana, mereka tidak akan dapat menubuhkan sebuah 'Negara Yahudi' di bumi Palestin.

Yahudi tidak berputus asa dengan kegagalan mempengaruhi Khalifah Abdul Hameed. Pada akhir tahun yang sama, 1901, pengasas gerakan Zionis. Theodor Hertzil, melawat Istanbul dan cuba bertemu dengan Khalifah Abdul Hameed. Khalifah Abdul Hameed enggan bertemu Hertzil dan mengarahkan Ketua Jemaah Menterinya.



"Nasihatkan Dr. Hertzil supaya tidak mengambil apa-apa langkah seterusnya dalam projeknya. Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah ini kerana ia bukan milikku, ia untuk Ummah Islam seluruhnya. Ummah Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Yahudi boleh menyimpan wang dan jutaan mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Ini ('penjualan Palestin') adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagi kami masih hidup." - (ini pendirian Khalifah di saat-saat kehancuran, bagaimanakah tindakannya sekiranya Khilafah Islam masih kuat ketika itu? Ya Allah, berikan kami peluang menyaksikannya atau berikan kami Shahid dalam usaha mendapatkannya, Amin -ed)



Dengan kegagalan ini, Yahudi mendapatkan bantuan British untuk mencapai impian mereka. Pihak British dan Perancis telah bersedia untuk menghancurkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. Tetapi perkataan JIHAD masih tetap ditakuti, masih membuatkan seluruh Eropah bergegar. Eropah masih takutkan 'Orang Sakit Eropah'. Maka British mengambil keputusan menggunakan polisi luarnya yang paling penting, 'Pecah dan Perintah'. British mula menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti 'Turki Muda' dan 'Arab Muda'. Apabila 'Turki Muda' menjadi berpengaruh di dalam Negara Islam, Britain hanya perlu berpeluk tubuh, membiarkan 'Turki Muda' ini meneruskan usaha mereka. 'Turki Muda' memulakan aliran Kebangsaan dan Perjudis di kalangan penduduk bangsa turki di dalam Negara Islam. Kesannya, bangsa Arab, Amenia, Kurdish dan lain-lain (Melayu? - jauh selepas itu) juga mahukan aliran kebangsaan mereka sendiri. Mereka mula merasakan semangat sebagai sebahagian dari bangsa mereka, tidak lagi sebagai Umat Islam dan inilah titik mulanya kejatuhan Khilafah Islam.



Kemudiannya, ketika Perang Dunia Pertama, bangsa Arab telah bersekongkol dengan British dan Perancis dan melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyyah. Mereka kemudiannya 'bebas' dari Khilafah Islam dan dijajah oleh British dan Perancis yang belot ke atas mereka.





Khalifah Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan Negaranya. Beliau membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada rakyat. Tentera Uthmaniyyah bukanlah selemah yang dipropagandakan oleh musuh ('Orang Sakit Eropah'?). Artileri Kerajaan Islam Uthmaniyyah merupakan yang paling kuat di dunia. Tentera Lautnya pula tersusun rapi dan diakui yang ketiga terkuat selepas British dan Perancis. Banyak industri seperti persenjataan, penenunan dan sebagainya dimulakan. Sistem jalanraya diperbaharui dan pelabuhan-pelabuhan dibesarkan. Sebelum Perang Dunia Pertama, Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih 1300 suratkhabar dan majalah.





Pada suatu ketika kelihatan seperti 'Orang Sakit Eropah' akan bangkit semula, tetapi kuasa-kuasa Barat tidak mungkin membiarkan kesatuan Ummah ini berterusan. Penduduk minoriti bukan Islam di dalam Kerajaan Islam digunakan oleh mereka untuk mencetuskan ketidaksatabilan dan kekecohan. Barat sentiasa mahu campur-tangan dalam urusan dalaman Kerajaan Islam atas alasan 'membela minorit Kristian'.

Mereka juga memulakan kempen pendakyahan Kristian di dunia Islam dengan membina sekolah-sekolah Kristian dan gereja-gereja (buktinya ada di depan mata kita). Matlamat utama mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada Islam yang sebenar dan melibatkan mereka dengan tabiat sosial dan pemikiran yang tidak Islamik. Media-media cetak juga ditubuhkan untuk tujuan yang sama (kini dikenali sebagai URTV dan sebagainya), meracuni pemikiran umat Islam dan mengembangkan idea-idea songsang di kalangan mereka. Barat juga menyusahkan Kerajaan Islam dengan menggunakan penduduk minoriti. Mereka menggalakkan dan membiayai revolusi Armenia menentang Kerajaan Islam. England membantu puak Druze tang sesat.



Manakala Perancis menolong 'Maronites' di Lebanon dan kedua pihak ini terlibat dalam peperangan yang terpaksa diselesaikan oleh tentera Islam. Pada satu ketika tentera Islam terpaksa menenangkan umat Islam di Damsyik dari membunuh seluruh penduduk Kristian. Era tersebut penuh dengan konspirasi dari pelbagai arah yang dirancang oleh Barat dan terpaksa dihadapi oleh Khalifah Abdul Hameed dan lain-lain umat Islam yang masih jelas pendirian mereka.

Adalah penting juga untuk kita lihat kedudukan kewangan Kerajaan Islam Uthmaniyyah ketika itu. Ketika Khalifah Abdul Hameed dilantik sebagai Khalifah, hutang Kerajaan Islam adalah 2.528 Juta Lira Emas Uthmaniyyah. Ketika beliau dijatuhkan, hutang tersebut hanya tinggal 106 Juta Lira. Beliau berjaya menurunkan hutang sehingga 1/20 daripada jumlah asalnya. 'Turki Muda' yang berkuasa selepas itu 'berjaya' menaikkan hutang Turki sebanyak 1300%. Melihatkan kejayaan Khalifah Abdul Hameed membayar hutang-hutang tersebut, jangan disangka beliau tidak membangunkan negara. Beliau membina talian-talian Fax di antara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki. Kemudian beliau menghubungkannya ke talian Fax Iran dan India. Beliau berjaya mendapatkan balik kos projek tersebut dalam masa 2 tahun kerana kemudahan yang disediakan itu mendapat sambutan hangat terutamanya oleh para jemaah haji.

Khalifah Abdul Hameed menyedari bahawa satu-satunya harapan bagi umat Islam adalah Kesatuan Ummah yang jitu. Khalifah Abdul Hameed menyedari bahawa kuasa-kuasa kuffar Barat cuba memecah-belahkan Negara Islam dan kemudiannya menguasai setiap satu secara berasingan. Kesatuan Ummah diperlukan. Beliau mula menyedarkan ummah tentang konsep Khalifah Uthmaniyyah sebagai pemimpin seluruh dunia Islam (ramai yang telah lupa ketika itu). Umat Islam di India berjaya difahamkan dan ini menimbulkan masalah kepada British. Kesan yang sama berjaya diwujudkan dengan umat Islam Rusia dan di selatan USSR. Rusia juga merasa tertekan. Pada ketika itu, Khalifah Abdul Hameed, menurut catatan hariannya, merasa tertekan. Beliau memulakan kerjasama dengan Jerman tetapi kemudian sedar bahawa Jerman juga mahukan sebahagian dari Negara Islam. Beliau merasakan 'Perang Besar' semakin hampir dan pihak yang berperang inginkan bahagian-bahagian Negara Islam.

Khalifah Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar, yang kuat, sesuatu yang dapat membangkitkan Kesatuan Ummah di hati-hati umat Islam sedunia. Antara lain, usaha beliau adalah pembinaan Jalan Keretapi Hijaz (1900). Jalan Keretapi berkenaan adalah dari Damsyik ke Madinah dan dari Aqaba ke Maan. Ia menjadi simbol Kesatuan Islam. Setiap umat Islam yang pergi menunaikan haji merasai bagaimana Khalifah berusaha menyatukan mereka. Ia juga berfungsi sebagai cara yang pantas menghantar unit-unit tentera. Khalifah Abdul Hameed juga berusaha melancarkan kempen Kesatuan Ummah di selatan Rusia, India, Pakistan dan Afrika. Beliau mula menjemput ulama'-ulama' Islam dari Indonesia, Afrika dan India ke Negara Islam Uthmaniyyah. Beliau juga memulakan program pembinaan masjid dan institusi-instutsi Islam di serata dunia Islam.



Kuasa-kuasa Barat pula telah bertindak menghimpit dunia Islam. Tunisia melancarkan revolusi ke atas Khilafah Uthmaniyah pada 1877. Perancis menduduki Tunisia pada 1881 (lihat taktik mereka). Britain menduduki Mesir pada 1882. Belanda menduduki Indonesia. Rusia menduduki Asia tengah. Britain menguatkan kedudukannya di India dan Sudan (juga Tanah Melayu).

Akhirnya, pada hari Selasa, 27 April 1909, 240 ahli Senat Kerajaan Uthmaniyyah bersetuju atas tekanan kuat 'Turki Muda Kebangsaan' untuk menyingkirkan Khalifah Abdul Hameed. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali telah menulis fatwa penyingkiran tersebut. Pihat Senat meluluskannya. Terjemahan Fatwa tersebut adalah seperti berikut:

"Sekiranya pemimpin umat Islam mengambil isu-isu agama yang penting dari buku-buku perundangan dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan wang Negara dan terlibat dengan perjanjian yang bertentangan dengan Hukum Islam, membunuh, menangkap, membuang negeri, rakyat tanpa apa-apa sebab, maka berjanjilah untuk tidak melakukannya lagi dan masih kelakukannya untuk memeritkan keadaan umat Islam di seluruh dunia Islam maka pemimpin ini hendaklah disingkirkan dari jawatannya. Sekiranya penyingkirannya akan membawa keadaan yang lebih baik daripada beliau terus kekal, maka beliau mempunyai pilihan samada meletakkan jawatan ataupun disingkirkan dari jawatan"

Sheikhul Islam Muhammad Dia' Aldin Afandi

Fatwa ini sangat aneh dan sesiapapun boleh melihat bahawa syarat-syarat yang dinyatakan di dalamnya tidak berkaitan dengan perbuatan dan tindakan Khalifah Abdul Hameed langsung. Selepas itu Ketua Jemaah Menteri, Tawfiq Pasha telah diminta menyampai keputusan itu kepada Khalifah Abdul Hameed. Beliau enggan. Maka mereka menghantar sekumpulan 4 orang; Aref Hikmat, Aram Afandi (bangsa Armenia), As'ad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Ketika memasuki pejabat beliau, mereka melihat beliau sedang berdiri dengan tenang. Aref Hikmat membacakan Fatwa tersebut kepadanya, kemudian As'ad Tobatani mara dan berkata, "Ummah ini telah menyingkirkan kau dari jawatan Khalifah." Khalifah Abdul Hameed berkata dengan kemarahan, "Ummah ini telah menyingkirkanku dari jawatanku, tidak mengapa...tetapi kenapa kamu membawa Yahudi ke dalam Pejabat Khalifah?" dan beliau menuding ke arah Qrasow. Jelas sekali Yahudi membalas dendam atas penolakan Khalifah Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada mereka dan mereka mahu menunjukkan bahawa mereka terlibat menjatuhkannya. Satu cabaran kepada maruah Khalifah Abdul Hameed dan cabaran kepada maruah Ummah ini, saya dan anda.

Setelah penyingkirannya, ramai penulis-penulis yang menyerang beliau dari sudut rasmi dan peribadi. Salah seorang dari mereka adalah John Haslib, bukunya "The Red Sultan" menjadi terkenal dan telah diterjemahkan kepada beberapa bahasa termasuk bahasa Arab dan Turki. Sebuah buku bahasa Turki "iki me vrin perde arkasi - yazan : nafiz tansu" oleh Ararat Yayinevi juga merupakan sebahagian dari propaganda yang cuba menunjukkan bahawa 'Turki Muda' telah menyelamatkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah daripada kehancuran. Sebuah lagi oleh penulis Arab-Kristian yang terkenal, Georgy Zaydan, "Stories of the Islamic History - The Ottoman Revolution." Kesemua buku-buku ini adalah penipuan-penipuan yang ditulis oleh musuh-musuh Islam. Buku-buku ini menggambarkan Khalifah Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam kemewahan dunia seperti wanita dan arak, dan juga seorang pemerintah yang zalim ke atas musuh-musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak mungkin tertegak kerana kebenaran akan sentiasa terbukti.



Selepas Khalifah Abdul Hameed, muncullah beberapa pemimpin yang lemah. Mereka tidak mampu memerintah dan hilang kuasa mereka dengan mudah. Seperti yang dijangkakan oleh Khalifah Abdul Hameed, Peperangan Dunia Pertama meletus dan Bumi Islam Kerajaan Uthmaniyyah dipecahkan. Orang-orang Arab bangkit menentang Khalifah di Hijaz dengan bantuan Bristish dan Perancis untuk 'bebas' dibawah penjajahan 'penolong-penolong' mereka. Bumi Islam Palestin diserahkan kepada Yahudi. Kalaulah mereka mendengar nasihat Khalifah Abdul Hameed.

'Turki Muda Kebangsaan' mengambil-alih kuasa dan Mustafa Kamal Ataturk membatalkan Khilafah Islam pada 1924. Buat pertama kalinya dalam sejarah umat Islam, kepimpinan Islam yang bersatu sejak zaman Rasulullah Salawatu Alai Wasalam dan para Sahabat, hilang. Perang Salib berakhir dengan kemenangan bagi Barat.

Hari ini, Ummah ini kembali dibangkitkan dari kehancuran peperangan Arab-Israel 1967, dari kehancuran Peperangan Bosnia, Peperangan Chechnia, Peperangan Kashmir, Peperangan Moro, Peperangan Afghanistan. Ummah ini mula sedar bahawa tanpa Islam mereka tiada kekuatan. Tanpa kesatuan mereka menjadi hidangan musuh, tanpa Jihad mereka terus dalam kehinaan. Setelah puluhan tahun, azan kembali berkumandang di Turki dalam bahasa Arab, walaupun sementara.

Kami mohon agar pembaca-pembaca Islam membacakan al-Fatihah untuk roh Khalifah Abdul Hameed dan semua umat Islam yang menjual jiwa mereka demi keagungan seluruh Ummah ini. Semoga dengan ini anda kembali jelas dan yakin dengan perjuangan ini dan hilanglah segala salah-faham dan kesangsian tentang kenyataan ini.

Mentari Mungkin Telah Terbenam,

Tetapi, Insya-Allah, Ia Akan Terbit Kembali.

kredit: Naim Qlate


Salam Ukhuwah..~



Pendapatan Restoran Mamak RM 8 bilion Setahun!!!


SEBUT saja restoran India Muslim atau lebih dikenali sebagai restoran mamak, pasti ada yang melemparkan 1,001 isu dan pandangan negatif mengenai industri itu.

Daripada isu penggunaan kas-kas dalam masakan, pengaruh budaya lepak, lambakan pekerja asing sehingga kepada harga makanan yang ‘mencekik darah’.

Bukan mahu menidakkan perkara itu tetapi jumlahnya amat kecil. Kasihan, kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’.

Dari sisi lain, pengusaha restoran mamak turut diagung-agungkan sebagai pelopor kedai makan yang beroperasi 24 dalam menawarkan pelbagai makanan mampu beli.

Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusaha itu.

“Industri restoran mamak di negara ini menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun. Lihatlah begitu besar sumbangannya kepada negara.

“Ini berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini. Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan restoran mamak,” katanya kepada Mingguan mStar, baru-baru ini.

Noorul Hassan bagaimanapun berkata, pada masa ini hanya kira-kira 3,500 restoran mamak merupakan ahli Presma manakala selebihnya masih belum berdaftar.

Mengenai kejayaan, katanya, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

“Daripada nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semuanya ada di sini.

“Pelanggan pula terdiri daripada mereka yang berpendapatan paling rendah sehingga orang kenamaan melibatkan masyarakat berbilang bangsa,” katanya.

Makanan nasi kandar sememangnya begitu sinonim dengan restoran mamak iaitu satu cara hidangan makanan yang berasal dari Pulau Pinang.

Berdasarkan rekod Presma, terdapat lebih 500 ahli Presma di Pulau Mutiara itu.

Suatu ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan kemudiannya menawarkan minuman.

Ia kemudiannya dikembangkan daripada gerai lebih besar sehingga ke konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.

Noorul Hassan berkata, perbezaan ketara antara restoran mamak dahulu dan sekarang apabila pengusahanya kini semakin berani membuat pelaburan dalam perniagaan.

“Mereka sanggup membayar sewa yang tinggi kerana mahu meletakkan restoran di lokasi paling strategik selain dimiliki sendiri,” katanya.

Sudah menjadi lumrah perniagaan makanan, persaingan memberi tamparan hebat buat restoran mamak terutama dengan kebanjiran restoran berkonsepkan kopitiam.

Bagaimanapun katanya, ia dilihat sebagai satu persaingan sihat selain mendorong pengusaha untuk menambah baik perkhidmatan dan operasi perniagaan.

Jika tidak, restoran mamak hanya mengekalkan perniagaan dengan cara lama, tanpa mengikuti perkembangan dan akhirnya terus ketinggalan.

“Persaingan bukan dipengaruhi oleh kewujudan kopitiam semata-mata kerana selagi terdapat restoran di sebelah restoran mamak pastinya memberikan kesan.

“Namun ia hanya kesan sementara sekiranya terdapat usaha untuk mengekalkan pelanggan sedia ada dan menarik lebih ramai lagi,” katanya.

Noorul Hassan berkata, restoran mamak juga menghadapi cabaran besar terutama kos operasi yang semakin meningkat dan kesukaran untuk mendapatkan pekerja.

“Kami berusaha untuk menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan namun kenaikan kos terbabit memberi tekanan kepada pengusaha.

“Kenaikan barangan mentah dan kadar sewa premis menyebabkan segelintir pengusaha terpaksa menanggung kerugian,” katanya.

Menurut Noorul Hassan, secara purata terdapat antara 60,000 sehingga 100,000 pekerja yang berkhidmat di restoran mamak.

“Bagaimanapun, pengusaha sukar untuk mendapatkan tenaga kerja di kalangan rakyat tempatan mahupun warga asing dari negara sumber terutama India.

“Segelintirnya lebih berminat untuk bekerja di Asia Barat berikutan gaji yang ditawarkan lebih tinggi tanpa dikenakan sebarang levi ke atas pekerja asing,” katanya.

Beliau menambah, kenaikan kadar levi pekerja asing hanya akan meningkatkan kos operasi sedangkan restoran perlu mengekalkan harga berpatutan kepada pelanggan.

Maka tidak hairanlah pada masa ini terdapat lebih 25,000 kekosongan jawatan di restoran India Muslim yang ditawarkan kepada rakyat tempatan

Namun Noorul Hassan menjelaskan, sambutannya amat mengecewakan kerana hanya menarik minat seramai 540 rakyat tempatan untuk bekerja di restoran mamak.

“Ini tidak termasuk dengan kekosongan jawatan apabila pembukaan banyak restoran mamak baru selain pekerja asing pulang ke negara asal.

“Justeru, pengusaha kini mula menggunakan mesin automatik bagi sesetengah tugasan dalam mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja,” katanya.

Pada masa ini, gaji minimum yang ditawarkan di restoran mamak adalah RM800 sehingga gaji maksimum RM2,500 mengikut jenis pekerjaan.

Beliau berkata, kemungkinan gaji minimum boleh dinaikkan kepada RM1,000 dan maksimum sehingga RM3,000 berdasarkan keseimbangan kos dan keperluan.

“Harus diingatkan bahawa gaji untuk pekerjaan itu tidak termasuk makan dan minum dan lain-lain maka jumlah pendapatan sebenarnya lebih tinggi,” katanya.

Mengenai restoran mamak dalam mendepani cabaran akan datang, Noorul Hassan berkata, selepas ini akan berlaku perubahan dari segi persembahan dalam hidangan.

Menurutnya, pengusaha juga akan tertumpu kepada peranti komunikasi canggih selain mesin automatik bagi memastikan operasi lebih cekap.

“Setiap pengusaha harus mengikuti perkembangan semasa bagi mengukuhkan perniagaan dalam industri makanan yang kian mencabar.

“Mereka juga dinasihatkan supaya mengekalkan daya tahan dan kesungguhan dalam memperkukuhkan industri restoran mamak,” katanya.

Nota: Restoran Mamak, pelayannya tahan kerenah pelanggan. Restoran Mamak service-nya cepat. Ada wi-fi, ada skrin besar dan ruang terbuka (petak parking la tu). Kenapa Restoran Melayu tak jadikan sebagai contoh. Pesaing sebenar Restoran Mamak adalah Kopitiam.

Komen terawal: aduhla.. berapa banyak pulak wang mengalir keluar ke negara India.. haha..
Yg pelik Malaysia adalah satunya negara Asia yang femes ngan mamak ni.. Kalau pergi ke Indonesia dan Thailand , payah nak jumpa!!
Anyway sokongla restoran melayu kembali. Untuk para pengusaha restoran Melayu , tolongla upgradekan servis korang tu.. Kasi saing sikit. Takkan ngan mamak pun kalah!!


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan: