Ternakan Ikan Keli Kanvas, Peluang Baru Yang Perlu Diterokai.
Maaf diatas kelewatan menghantar maklumat mengenai kertas kerja seminar(Contoh KERTAS KERJA PROJEK IKAN KELI ada dimasukkan dalam ruangan download kertas kerja) dan info mengenai ikan keli. Berikut adalah beberapa note ringkas berkaitan ikan ternakan ikan keli kanvas.* Utk melihat dengan lebih jelas, kena 'double clik' di gambar tersebut. TQ
Kandungan Omega 3 terdapat dalam ikan keli, biasanya minyak ini
hanya terdapat dalam ikan di laut dalam.
Di Kelantan ada satu syarikat buat sardin keli.
Kepada sesiapa yang hendak mengetahui tentang ternakan ikan keli ni boleh berhubung terus dengan satu syarikat ni .
PENDAPAT PERIBADI SAYA TTG PROJEK INI:
Salam,
Shbt2 peminat dan penternak ikan keli:
ada berberapa perkara yang saya ingin bangkitkan sebagai renungan dan pandangan saya diatas pertanyaan dan pendapat shbt2;
ada berberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum anda semua ternak ikan keli dalam kanvas:
1. kesesuai habitat keli - yg suka duk dalam lumpur.
- andaikata dibela juga dalam kanvas, ia memang boleh. tapi akhirnya ia akan menyebabkan ikan keli tersebut menjadi lebih kecil dan lambat membesar(lambat membesar dikira kos... kerana kena bagi makan-dedak), yg besar menjadi dominan dan yang keli kecil menjadi kelompok minoriti dalam kanvas yang kecil akhirnya mati!
2. kos makanan yang tinggi,
- bila guna kanvas, tiada jalan lain nak kena bagi makan kecuali makan dedak. kerana jika bagi perut ayam or agro waste yang lain, menyebabkan kolam menjadi busuk, berpenyakit dan menyebabkan kos tinggi untuk menyalin air kanvas(air mahal skrg ni - kec. gali telaga sendiri - tapi elektrin pula) setiap kali bagi mknn mcm diatas.
- kesudahannya, shbt2 semua tetap kena bagi dedak. harga dedak ikan skrg cukup2 tinggi? mampukah kita semua nak tampung kos makanan tersebut, yg akhirnya akan mengurangkan margin keuntungan yang patut kita terima setiap bulan?
3. kos kanvas yang mahal - rm1200-1500 per unit--- ini jika di KB, jika ditempat lain. saya pasti harganya lebih mahal.
1 buah kanvas mampu menampung paling maksimum 700 ekor ikan keli. agak2nya brapa kanvaskah yang mampu tingkatkan produktiviti dan penggunaan sumber secara efisyen?
20 buah utk skala komersil biasanya.
20 buah x 1500=rm30,000 untuk kanvas shja sdr sudah belanjakan. ia tidak termasuk dgn kos paip, enjin air, jaring, promosi, kenderaan-minyak, upah pekerja dll.
last2 skali siapa yang untung agaknya??
penjual dedak
penjual benih ikan keli
penjual kanvas
penjual batang paip
penjual enjin air
shbt2 semua mcmn?
makin hari makin cerut perut sebab modal kena keluar makin besar, sebab kena tanggng kos makanan yang makin hari makin meningkat. kos makanan merupakan kos operasi terbesar dalam projek ikan keli kanvas(selain dari kos tetap spt kanvas dll)
bila nak jual, tiada permintaan dan tiada pemborong nak beli? sebab apa?
mereka nak beli semua barang dgn harga murah. andaikata shbt2 jual dgn harga mahal(sebab kena tanggung kos operasi yg tinggi), sudah pasti mereka tidak akan membelinya daripada shbt2.
cadangan saya;
1. teknologi ini baik hanya untuk pengusaha kawasan bandar yg tiada kawasan atau tanah untuk dibuat kolam sahaja. andaikata ingin buat, kena buat secara komersil, baru dapat meningkatkan produktiviti.
2. guna sistem kolam tanah scra sistematik- tgk balik apakah kelemahan sistem kolam? adakah ia lebih baik atau sebaliknya?.
bagi saya ia adalah lebih baik dari sistem keli kanvas yang diperkenalkan sekarang. kerana ia lebih menjimatkan dan 'mesra rakyat';
- bina 1 kolam yg boleh memuatkan 30,000 ekor keli hanya perlu upah orang gali dalam rm1500 shaja/2day. tambah rm500 lagi untuk jaring dan itu sahaja. berbanding dgn kos RM1,200 hanya untuk 1 kanvas sahaja yg memuatkan maksimum 700 ekor shja? mana lebih jimat?
- kos makanan? murah dan menjimatkan, cuma ambil FREE perut2 ayam, ikan lebih, nasi2 lebih dsbnya dan bagi ikan2 keli anda makan... semuanya adalah percuma dan boleh diperolehi dgn mudah. boleh dikatakan anda tidak perlu mengeluarkan langsung untuk kos makanan, kalo keluar pun hanya untuk minyak dan beli sikit dgn harga yg cukup2 murah.
- tiada kos untuk UTILITI - air, elektrik, mesin pam, tangki, dll.
- ikan keli cepat membesar, sesuai dgn habitatnya dan lebih mesra alam - kitar semula hasil pertanian.
3. andaikata nak usaha juga projek ini, sdr2 kena fikirkan teknologi untuk mengetinkan ikan keli, jadi IKAN KELI SARDIN dan lawan sardin cap ayam dsbnya. jual dgn harga yg kompetetif dan masuki pasaran halal. ia secara langsung dapat menjimatkan kos bg ikan makan, kerana selepas 40 hari... ikan keli sudah cukup besar dan makan BANYAK.
4. cuba lihat prospek jual anak keli - kosnya lagi murah dan menguntungkan. harga pasaran tahun lepas, rm0.20 seekor bagi seekor anak keli yang saiznya cuma 2cm. mcmn? menarik bukan?
5.kena wujud rantaian makanan semua penternak ikan keli di Malaysia... dari
- buat Dedak - benih - kolam - pemborong -restoran/hotel-pemasaran dan akhirnyta kepada pengguna.
barulah dapat untung banyak dan dapat kurangkan kos.
harap dapat membantu sahabt2 semua, padangan saya ini hanya berbentuk cadangan dan bukan niat saya untuk mengkritik mana2 pihak.
hanya skdr padangan untuk meneutralkan kegelojohan kita semua. bagi saya, shbt2 semua kena teliti dan analisis sebaik mungkin semua aspek mana2 projek yg sdra ingin jalankan. supaya ia bedaya saing dan menguntungkan semua pihak.
jangan buat hanya semata2 disebabkan trend. kerana sejarah sudah membuktikan. ayam serama sudah hilang warna, ikan flower horn sudah karam dilautannya, arnab entah kemana dan banyak lagi projek2 baru diperkenalkan sudah tengelam dll.
buatlah yang terbaik untuk diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara. perhatikan betul2... kerana anak2 anda sedang menanti 'rezeki' datang dari anda.
all the best! harap pandangan ini dapat membantu.
buatlah solat istiqharah dulu sebelum buat pilihan, insyaAllah Allah bersama-mu. sy sentiasa mendoakan kejayaan shbt2 saya :)
syam ghaz.
Teknologi biotek untuk keli Oleh NORAINI A. GHANI rencana@kosmo.com.my Rupanya ada rahsia untuk memastikan anak ikan keli boleh hidup dan membesar. Ujar penternak di Terengganu, gunakan air mata air. -------------------------------------------------------------------------------- BARU berjinak dalam bidang ternakan keli, Mohd, Irewan Abd. Jalil pernah hampir putus asa kerana semua anak ikan keli di kolamnya mati tanpa sebab. Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepas menetas. "Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error ke atas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencuba semua anak ikan mati. "Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan di daerah lain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air. Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya, Mohd. Fauzi Abd. Rahman. PROSES mengeluarkan telur ikan. -------------------------------------------------------------------------------- Dua jejaka bujang berasal dari Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu itu mula berjinak dengan projek berkenaan pada bulan Ramadan tahun lepas. Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air. "Selepas kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga 50,000 masih mati. Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yang berwarna kemerahan dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikan kerana kawasan itu berpaya," katanya. Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan, terdapat sebuah telaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli. Apabila dirisik, akhirnya beliau meminta izin tuan punya telaga berkenaan untuk mengepam air terbabit ke tapak projek. "Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air telaga yang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getah untuk mengisi 12 kolam. "Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan saiz maksimum sepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai cara terbaik menghasilkan anak ikan bermutu tinggi. Beliau yang menggunakan kolam berukuran tiga meter lebar dan 21 meter panjang itu terpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun mempelajari selok belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik. Katanya, menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi ia amat sensitif dengan persekitaran dan makanan. "Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya mencecah sembilan hari, ia perlu diberi makan artemia atau anak udang. "Selepas itu apabila usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inci ia boleh diberi makan moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya. Lebih menarik, katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dan ia dikekalkan sejak projek berkenaan dimulakan. ANAK ikan keli di bawah usia 45 hari memerlukan penjagaan rapi. -------------------------------------------------------------------------------- Katanya, setiap ekor anak ikan berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci (RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan keli mencecah lima inci. Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari bagi menghalang anak ikan lemas kekurangan oksigen. "Pada permulaan kami hanya mampu menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor. "Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan keli di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan datang ke tapak pembenihan ikannya," katanya. Beliau yang turut mengusahakan tanaman cendawan berkata, mereka berdua pada mulanya mahu membantu penternak ikan keli di negeri Terengganu mendapatkan benih ikan dengan tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya. Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakan projek berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli. "Lagipun, permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadi peluang mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya. Penternakan Ikan Keli Secara Intensif Author: Khairuman, Khairul Amri, Nazlah Saharin Binding: Softcover, 74 pages Publisher: Synergy Media Books ISBN: 9831974794 Price: RM17.90 Synopsis Buku ini mengandungi pelbagai maktumat berkaitan dengan sifat-sifat biologi dan syarat-syarat hidup ikan keli, pemilihan lokasi penternakan, teknik pembenihan, pemeliharaan, pembesaran, pencegahan haiwan pemangsa dan penyakit, teknik pemindahan serta analisis ekonominya. Buku ini digarap berdasarkan hasil dari pengalaman pengusaha dan penulis sendiri ditambah dengan hasil penelitian yang dilakukan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Bengkel pembenihan keli aruhan BAGI memenuhi permintaan pengguna yang berminat mempelajari pelbagai jenis ternakan dan pertanian, sebuah syarikat penggerak aktiviti akuakultur dan pertanian akan mengadakan bengkel pembenihan keli sepanjang Disember 2008 hingga Mac 2009. Pengarah Projek, Nur Azizi Rapie berkata, bengkel berkenaan bertujuan memberikan pengetahuan dan melahirkan usahawan tani atau penternak ikan air tawar menghasilkan anak benih sendiri bagi menjimatkan kos dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi. “Salah satu faktor penghalang industri air tawar berkembang maju ialah kesukaran pengusaha untuk mendapatkan bekalan anak benih. “Anak benih keli bermutu tinggi mendapat permintaan yang besar dengan harga seekor bersaiz tiga inci antara 10 hingga 20 sen. “Apabila pengusaha mampu mengeluarkan anak benih sendiri, projek dapat dijalankan mengikut jadual tanpa menunggu bekalan dari tempat lain,” katanya. Kos membeli anak benih tadi dapat disalurkan kepada makanan ikan yang semakin hari meningkat. Bengkel ini akan mendedahkan peserta mengenai kemahiran menghasilkan benih keli menerusi teknik aruhan. Teknik aruhan dilakukan dengan menyuntik hormon kepada induk- induk keli di mana induk betina akan diperah telurnya dan induk jantan dibedah bagi mendapatkan sperma. Peserta juga akan didedahkan dengan cara membuat makanan anak benih keli yang berusia empat hari sehingga satu bulan. Kursus praktikal pembenihan ikan keli teknik aruhan akan dilangsungkan pada 13 dan 14 Disember di ladang Prestasi Agro Farm, Bukit Lagong, Selayang. Bagi mereka yang berminat mendalami kemahiran pembenihan ikan keli boleh menghubungi sekretariat di 012-6138059 atau 012-6157937. Penternakan Ikan Keli Thursday, January 01 @ 16:10:22 Oleh matwen "Ikan Keli atau catfish.. perniagaan berasaskan ternakan ikan keli kian popular. Hasil ternakan komersial, pembenihan ikan, pallet/dedak, produk kesihatan, peralatan (kanvas, etc) dan pelbagai mampu menjadi sumber pendapatan samada pendapatan tetap atau sampingan. Fokus posting kali ini adalah perniagaan berasaskan penjualan produk benih ikan keli. Untuk makluman umum harga untuk benih ikan keli yang berjaya di senyawakan dijual berdasarkan saiz.. saiz yang terdapat di pasaran adalah 1 inchi, 2 inchi dan 3 inchi.. Berdasarkan "market survey" yang saya lakukan di parit jelutong, Batu Pahat harga untuk benih yang bersaiz 3 inchi adalah berharga RM0.15 seekor. ikan keli yang bersaiz 3 inchi adlah lebih tahan lasak dan peratus kematian adlah lebih rendah berbanding ikan keli yng bersaiz lebih kecil. Permintaan untuk saiz 3inchi adalah telalu banyak sehinggakan pembeli perlu membuat tempahan anak benih beberapa minggu lebih awal. Teknik pembenihan ikan keli, yang mana ia mengandungi pelbagai aspek antaranya:- a). Pemilihan Induk - berdasarkan "operation survey" yang dilakukan, induk yang terbaik adalah dibela di dalam kolam tanah dan telahg berusia lebih 1 tahun. induk ini seeloknya dijaga semula dengan baik dengan dijaga makan dan kesihatan. kerana induk yang baik mempengaruhi kualiti anak benih. kebiasaan induk yang baik mampu menghsilkan 50,000 ekor anak benih dengan peratus hidup adalah 60%-80% iaitu 30,000-40,000 ekor. B). Cara/Teknik Menghasilkan Benih -berdasarkan "operation survey" yang dilakukan teknik terbaik untuk pembenihan adalah secara aruhan. induk ini akan disuntik hormon (seperti hormon overperm) terlebih dahulu. induk jantan akan dibelah perut untuk mendapatkan sperma dan induk betina akan diperah dibahgian perut untuk mendapatkan telur. - tenik ini bagus kerana pensenyawaan adalah maksimum dan lebih sekata. c). Penggunaan Alat-alatan Pembenihan -untuk benih ikan keli yang baru disenyawakan, kualiti (kebersihan dan pH) dan suhu air perlu dikawal. peralatan seperti pam oksigen dan alat penyalur makanan berperingkat bagus untuk digunakan ketika benih ikan keli berusia kurang dari 3 minggu. d). Keadaan dan Penggunaan Air Untuk Benih -berdasarkan "operation survey", air yang boleh digunakan kepada ikan keli yang umurnya kurang 3 minggu adalah air ikan puyu! ya air ikan puyu, kerana kandungan plakton di dalam air ikan puyu adalah tinggi dan elok untuk dijadikan makanan kepada ikan-ikan kecil seperti benih ikan keli. e). Permakanan Benih Ikan Dari Permulaan kelahiran -selera makan ikan keli tidak cerewet, namun makanan yang diberikan mampu mempengaruhi kualiti ikan keli ketika "harvest" iaitu ketika umur 30-45hari. maklumat dari operation survey menyatakan, ikan keli banyak mengadungi lemak sekiranya banyak makan kulit, seperti kulit ayam atau sisa ayam.. p/s:- maklumat tmbahan, ada penternak yang tidak bertanggungjawab menternak ikan keli bersama projek ternakan ayam. peratus kematian ayam kira-kira 2% sehari. bangkai ayam dan najis ayam dijadikan sumber makanan kepada ikan keli. dan sebelum di jual ikan keli di kuarantin selama seminggu tanpa makanan supaya bau dan kebersihan ikan lebih terjamin.. JADI AWAS.. jadilah peniaga yang jujur dan bertanggungjawab. f). Penjagaan Anak Benih -saiz kolam mempengaruhi jumlah bilangan ekor ikan keli boleh ditempatkan. berdasarkan operation study, jika kepadatan terlalu tinggi, ikan keli mampu alami stress.. ya stress.. stress mampu memberi kesan di dalam tumbesaran ikan. g). Pengurusan Benih-benih Ikan -selang 1 minggu dari ikan keli disenyawakan, ikan keli perlu lalui proses "grading" atau mengasingkan saiz yang kecil dengan kecil manakala yang besar dengan yang besar. Ternak keli teknik Pro-Asli menjimatkan BENGKEL ternakan ikan keli kaedah Pro-Asli yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada 9 Mei lalu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Lebih 400 orang telah menyertai bengkel yang mengetengahkan tentang kaedah pemakanan alternatif ikan keli yang dilihat jauh lebih menjimatkan. Sepanjang bengkel tersebut, peserta telah didedahkan kepada dua teknik ternakan iaitu ternakan kaedah konvensional yang menggunakan makanan pelet 100 peratus dan ternakan kaedah Pro-Asli yang dapat mengurangkan kadar pemberian pelet atau tanpa pelet mengikut skala ternakan yang dijalankan. Menerusi slot pertama, tumpuan lebih kepada ternakan konvensional termasuklah penyediaan kolam ternakan, penyediaan air, benih, teknik pemberian makanan, pengiraan kos makanan dan kos operasi, penggredan dan pensampelan, pengurusan selepas tuai dan sebagainya. Slot kedua tertumpu kepada perbandingan slot pertama dengan kaedah Pro-Asli bermula penyediaan air ternakan sehingga tuaian. Paling utama adalah pengiraan kos makanan yang dapat dijimatkan berbanding penggunaan pelet semata-mata. Bengkel tersebut dilihat sesuai kepada semua penternak sama ada penternak baru menceburi ternakan keli mahupun mereka yang telah lama berkecimpung tetapi ingin mengetahui dan berkongsi pengalaman kaedah ternakan kaedah Pro-Asli. Kaedah ini lebih menekankan cara untuk menjimatkan kos ternakan. Seperti yang diketahui, kos makanan khususnya pelet amat membebankan penternak dan telah menyebabkan ramai penternak telah berundur diri. Ini kerana, penternak yang menggunakan 100 peratus pelet tidak dapat menjual hasil ternakan mengikut harga pasaran biasa akibat kos makanan yang terlalu tinggi. Kaedah pro-asli dilihat sebagai satu alternatif terkini dalam mengimbangi kos pelet yang terlalu mahal. Terdapat dua pendekatan utama di dalam kaedah pro-asli iaitu: l Bagi penternak sara diri, mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan pelet, sebaliknya menjadikan sisa dapur seperti lebihan nasi, sayur dan roti sebagai makanan keli ataupun l Bagi penternak komersial, mereka masih menggunakan pelet tetapi pada kuantiti yang lebih sedikit. Dengan penggunaan vitamin keli, serapan zat dan nutrisi pelet dapat ditingkatkan semaksimum mungkin. Penggunaan mineral keli di peringkat awal juga berjaya mengurangkan kadar pemberian pelet atau makanan lain kepada tiga kali seminggu kerana air ternakan telah dibekalkan makanan semula jadi. Secara ringkasnya, kos makanan sepanjang ternakan bagi sekilogram keli hanya menelan belanja serendah antara RM1.20 dan RM1.50 berbanding kos penggunaan 100 peratus pelet yang biasanya melibatkan kos paling minimum RM4.50. Bagi menyampaikan maklumat yang lebih jelas kepada orang ramai, Perintis Agrotech Centre telah merangka satu program jelajah ke seluruh negara dan bagi yang berminat, boleh daftarkan diri di talian 03-61873796 atau 019-6634527. Yuran penyertaan sebanyak RM50 sahaja. Keli salai penambat selera Oleh Mohd Azhar Ibrahim SELEPAS berhenti daripada jawatan sebagai pengurus perhubungan awam dengan sebuah syarikat penerbangan beberapa tahun lepas, Shaharuddin Md. Yusof, 60, merealisasikan minat dalam perniagaan dengan menternak ikan keli dalam tangki simen. Pada permulaan, beliau menjual ikan keli hasil ternakannya itu kepada penjual di pasar malam dan pasar tani yang terletak berhampiran. Shaharuddin bersama saudara lelakinya menubuhkan Newtech Aquaculture Sdn. Bhd. pada Januari 2007, dan kemudian mendaftarkan syarikat berkenaan di bawah Skim Anak Angkat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), untuk mempelajari lebih mendalam mengenai industri akuakultur ikan keli. Sejak Disember tahun lalu , perniagaan itu, kini dikenali sebagai One Newtech, kini dimiliki sepenuhnya oleh Shaharuddin. Dengan semangat untuk melebarkan perniagaannya, Shaharuddin mula mencari peluang untuk mempelbagai produk dengan menghasilkan produk yang diminta oleh pelanggan selain daripada ikan keli hidup. Sebelum adanya peti sejuk, penyalaian adalah satu bentuk pengawetan dan penyimpanan yang popular. Bahan kimia yang terhasil daripada kayu yang digunakan dalam proses penyalaian membantu memperlahankan pertumbuhan mikroorganisme dan mengurangkan jumlah kelembapan bagi pembiakan bakteria. Rasa dan tekstur produk ikan keli organik yang disalai banyak bergantung kepada beberapa faktor termasuk kualiti ikan, jenis kayu yang digunakan untuk menyalai dan cara penyalaian. Ikan yang disalai secara betul akan dapat mengekalkan nilai khasiat ikan segar berkenaan. ''Selepas berfikir panjang, saya membuat keputusan untuk menghasilkan ikan keli salai dan melayari Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai peralatan, teknik dan proses bagi menghasilkan ikan keli salai. ''Saya akhirnya mendapat apa yang saya mahukan di laman web di Jerman", kata Shaharuddin kepada Bernama semasa ditemubual di premis perniagaannya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor baru-baru ini. Beliau terbang ke Jerman untuk bertemu dengan pengeluar mesin berkenaan tetapi mendapati harganya agak terlalu tinggi. "Walaupun tidak dijual, mereka amat menghargai usaha saya dan memberi saya skema teknologi mesin penyalai berkenaan", katanya. Dengan rangka tindakan dalam tangan, Shaharuddin mendapatkan sebuah mesin penyalai yang dipasang siap di sini pada kos RM80,000. Menurut para pegawai LKIM, mesin penyalai yang dimiliki oleh Shaaruddin adalah satu-satunya mesin penyalai yang menggunakan teknologi terkini dalam proses menyalai, di mana penyalaian (dan haba) dihasilkan di bahagian berasingan dan kemudian disalurkan ke bahagian lain di mana ikan yang diproses digantungkan. "Cara ini, daging ikan akan masak secara perlahan dan kekal lembut dan enak", kata Shaharuddin. Dalam usahanya untuk mencapai kesempurnaan, Shaharuddin menghabiskan masa selama tiga bulan mencuba pelbagai teknik penyalaian untuk mengenalpasti proses penyalaian dan ramuan yang tepat. Pemilihan kayu yang betul adalah suatu yang sukar. Hanya kayu pain yang mengandungi damar akan menjadikan ikan terasa pahit dan ini digemari ramai. Beliau mendapati walaupun kayu dari pokok jambu tempatan memberikan hasil yang terbaik, mendapatkan bekalan untuknya bukanlah satu yang mudah. Beliau terpaksa mencari yang lain. Habuk kayu oak "Akhirnya, saya menjumpai habuk gergaji kayu oak menghasilkan asap yang bersih dan tidak tebal yang meningkatkan rasa enak ikan; menjadikan isi ikan warna yang menarik tanpa menjejaskan nilai khasiatnya", jelas beliau. Pada 1 Januari 2008, produk mula dikeluar dan dipasarkan secara komersial dengan jenama "Newtech" setelah ia berjaya menghasilkan ikan salai yang bermutu. Dengan taglinenya berbunyi: Aromanya Membuka Selera Anda keli organik salai "Newtech" kini dipasarkan melalui pasar tani, pasar malam, pasar segar dan di kedai makan serta runcit di Bangi, Kajang dan Putrajaya. Sebagai Presiden Persatuan Anak Angkat Jabatan Perikanan Selangor, Shaharuddin juga mewujudkan satu rangkaian pengedar untuk produk berkenaan. Syarikat berkenaan turut aktif menyertai pameran dan ekspo yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengguna yang menitik berat akan kesihatan menyambut baik hasil produk Shaharuddin lebih-lebih lagi ia menerima sijil "halal" daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Hasil pengeluaran harian mencatatkan pertambahan sekali ganda pada suku tahun kedua dan sekali ganda lagi pada suku tahun ketiga dan keempat. Pada peringkat awal, pengeluaran produk adalah cuma kira-kira 20 kilogran (kg) sehari pada Januari dan meningkat kepada 40 kg pada Mac, 60 kg pada Jun, 80kg pada September; mencecah 100 kg sehari atau 2.5 tan metrik sebulan pada Disember 2008. Permintaan kian bertambah hingga melebihi tawaran. Syarikat berkenaan kini terpaksa mendapatkan bekalan ikan daripada pemilik akuakultur, tetapi dengan syarat ikan keli diberi makan pelet. "Kami menawarkan RM3.80 setiap kilogram ikan daripada penternak ikan keli, yang saiznya telah ditetapkan termasuk penghantaran", kata Shaharuddin. Tidak seperti ikan sejenis yang hidup dalam lumpur di sungai, ikan ternakan di kolam milik One Newtech diberi makan pelet menjadikan isi ikan terasa manis, kenyal tetapi lembut. Penyelidikan yang dikendalikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid Omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung. One Newtech akan memulakan satu program pengembangan bertujuan agar produk syarikat boleh diperoleh di pasar raya seperti Carrefour, Giant dan Tesco. Shaharuddin menjangka tahap pengeluaran harian akan meningkat lagi sebanyak 50 peratus menjelang akhir tahun ini. Sehubungan itu, syarikat merancang menambah ketuhar penyalai selain meningkatkan kebersihan premis bagi mematuhi Prosidur Pengendalian Standard Kebersihan (SSOP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP). Dalam usaha mempelbagaikan produk, One Newtech baru-baru ini telah menambah daging salai dalam tawaran produknya. Turut tersenarai dalam produk barunya ialah ikan tilapia dan ikan patin salai. "Akhirnya, kami berharap dapat memperoleh sijil HACCP (Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal) ", kata Shaharuddin. HACCP ialah satu proses standard yang menentukan sistem pengurusan dan pengawasan yang ketat dilaksanakan dalam pengeluaran makanan. Pensijilan ini adalah satu proses yang ditetapkan untuk jualan produk makanan yang siap proses dalam pasaran di Eropah dan Amerika Syarikat Bekas wartawan ternak keli Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Normahiran Yusoff boleh berbangga dengan usahanya sebagai usahawan tani yang kini telah membuahkan hasil. -------------------------------------------------------------------------------- Biarpun pernah menjawat jawatan wartawan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Komunikasi Massa, Normahiran Yusoff meninggalkan kerjaya berkenaan dan berhijrah ke dunia lebih glamor dengan terlibat dalam industri hiburan. Ketika bertugas di syarikat rakaman, beliau dikelilingi oleh artis-artis tapi hatinya masih tidak dapat melupakan dunia perniagaan. Selepas meletakkan jawatan sebagai Pengurus Kanan sebuah syarikat rakaman, beliau menubuhkan syarikat sendiri dan seterusnya Normahiran mula melibatkan diri dalam bidang pertanian. Berpegang kepada moto 'Pertanian Adalah Perniagaan,' Normahiran mula berjinak-jinak mengikuti kursus pertanian terutama pembenihan dan ternakan ikan keli. Beliau memulakan usahanya dengan membeli set ternakan ikan keli dalam kanvas daripada pengusaha di Negeri Sembilan. "Setelah mengikuti kursus ternakan dan pembenihan ikan keli di Selangor, saya mula meninjau pasaran sebelum memulakan ternakan," katanya semasa ditemui di kawasan ternakan keli di Dengkil, Selangor, baru-baru ini. Setelah meninjau pasaran, Normahiran membuat pengiraan modal serta untung rugi. Setelah pasti dengan keuntungan, beliau memulakan projek. Beliau membeli tiga buah tangki yang telah diubahsuai sebagai permulaan untuk menternak ikan keli. Kemudian beliau membeli anak benih ikan bersaiz tiga inci. Kini Normahiran beralih kepada saiz lima inci kerana saiz yang lebih besar cepat membesar dan kadar kematiannya juga rendah. Pada mulanya, beliau hanya memberikan ikan keli makan pelet tetapi kosnya yang tinggi menyebabkan Normahiran mencari alternatif lain. "Bagi menggantikan bekalan protein, saya menggunakan kepala dan perut ikan bilis yang didapati di pasar malam yang saya masak dengan beras hancur selain sisa roti. "Maklum balas yang saya daripada penternak lain mendapati perut dan kepala ikan bilis mempunyai protein yang tinggi dan sesuai menggantikan pelet," katanya. Sehingga kini ternakan kelinya telah mengeluarkan hasil dan beliau mendapat kontrak membekalkan ikan keli kepada sebuah syarikat mengeluarkan ikan keli salai. Ikan keli salai, kata Normahiran memerlukan ikan keli yang memakan pelet dan bahan kaya protein tetapi kurang lemak bagi mendapatkan tekstur yang cantik. "Biasanya saiz ikan keli yang sesuai untuk dibuat ikan salai adalah 160 gram (g) seekor atau enam hingga tujuh ekor bagi satu kilogram. "Kini saya perlu membekalkan 200 kilogram (kg) ikan keli seminggu kepada ikan salai," katanya. Bagi mendapatkan kontrak membekalkan ikan keli bagi ikan keli salai, pengusaha ikan salai melawat ke kawasan ternakannya bagi memastikan makanan yang diberikan serta tahap kebersihan. Buat masa ini Normahiran sedang berusaha membesarkan lagi projek ternakan ikan keli bagi memenuhi permintaan pengusaha ikan keli salai. Sebarang pertanyaan tentang ikan keli, cili dan kursus penaman cili, sila hubungi Eddie 017-369 2237 Dari kelab golf ke kolam keli Benih keli dilepaskan ke dalam kolam. -------------------------------------------------------------------------------- SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu. Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini. ''Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau. Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC). Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor. Memandangkan tidak ramai penternak yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan pusat-pusat pembenihan. Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini. Atas kesedaran inilah dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor. Dengan menubuhkan syarikat Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama. Keli yang diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini. Akhirnya dengan bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya, mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut. Sejak itu, setiap bulan paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk. Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan. Di samping menternak induk sendiri, bekalan ikan induk juga diperolehi daripada pemancing atau penternak yang menggunakan kolam tanah. Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih. Sebelum proses pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun. Induk yang terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih. Saiz yang sesuai adalah sekitar 26 sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil daripada saiz induk jantan. Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter. Menurut Nur Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan September. ''Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya,'' jelas beliau lagi. Setelah lebih dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap bulan. Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih. Menurutnya, anak benih yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah. ''Tiga minggu dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak," ujarnya. Tegas beliau, biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian adalah rendah. Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan majlis kenduri kahwin. ''Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang, Selangor, Kawasan Utara dan Johor" ujarnya. Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara intensif. Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif. Bagi mengurangkan kos makanan ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi meminimumkan kebergantungan kepada pelet. Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit. Bagi penternak yang ingin mempelajari teknik pembenihan ikan keli atau mendapatkan bekalan anak benih atau peralatan pembenihan, bolehlah menghubungi beliau di 019-3310855 atau 016-3094950. Penternakan Ikan Keli
Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut. Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting. Ikan Keli yang dijual di pasar. Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati adalah:-
Ikan ternakan Ikan keli boleh dipelihara di dalam kolam besar atau sekadar di dalam kolah. Ia mudah membiak dengan memberi makan reja daging ayam, lemak ayam dan sebagainya. Harga sekilo ikan keli yang sudah disiang hanya RM5.00 di pasar Semenyih.Dalam bahasa Jawa dan di Indonesia pada amnya, ikan keli disebut "ikan lele".
Bagi sesetengah tempat khususnya di Hilir Perak dan Kampung Gajah, Perak, ikan keli tidak dimakan atau kurang dimakan kerana kepercayaan 'kuno' ikan keli berasal daripada berudu, iaitu anak katak.
|
1 ulasan:
Nama saya Yusri aisyah, saya dari malaysia, sila mendengar, beberapa pemberi pinjaman di sini tidak bersedia untuk membantu anda, semua mereka hanya mahu di sini adalah untuk merobek anda wang yang diperolehi keras anda. Suami saya dan saya, mendapatkan pinjaman daripada peminjam yang berbeza dalam talian tetapi pada akhirnya, kita telah ditipu dan ditipu wang kita dengan mendapatkan pinjaman kami dari syarikat-syarikat pinjaman yang berbeza dalam talian.
Kami juga meminjam wang untuk membayar untuk pemberi pinjaman dalam talian ini tetapi pada akhirnya, kita mendapat apa-apa.
Suami saya dan saya berada dalam hutang, dan kami tidak mempunyai sesiapa untuk lari ke tolong, perniagaan keluarga kami telah dimusnahkan dan kita di mana tidak dapat untuk mendapatkan wang untuk memenuhi perbelanjaan harian sehingga kita telah diperkenalkan kepada Puan Glory yang membantu kami dengan menawarkan kami jumlah pinjaman tidak bercagar $ 125,000 tanpa cagaran.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana untuk mencapai Puan Glory atau mengikuti prosedur pinjaman, hubungi saya melalui e-mel saya: aisyahyu7@gmail.com
Atau anda boleh menghantar e-mel kepada Puan Glory Suci: gloryloanfirm@gmail.com
Catat Ulasan