| Aziz Muda | |||||||||||||||||||||||
|
Perlaksanaan langkah tersebut ternyata bukan langkah pembaikan bagi sistem pilihanraya di tanah air, tetapi merupakan langkah berundur ke belakang, lebih tidak telus dan penuh dengan kekeliruan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, realiti itu terserlah apabila ia akan dilaksanakan oleh SPR tanpa menjemput wakil-wakil parti pembangkang utama, khususnya Pakatan Rakyat, bagi membincangkannya terlebih dahulu. Menurut beliau, tindakan SPR itu menjadikan langkah tersebut penuh dengan tanda tanya dan kekeliruan kerana tidak dapat dipastikan siapakah golongan yang terbabit dengan undi awal. Sebaliknya, katanya, sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput untuk membincangkan perkara itu, pelbagai pandangan boleh diberikan bagi menjadikan langkah pembaikan pengundian yang hendak dilaksanakan oleh SPR benar-benar praktikal dan telus. "Tetapi ini tidak berlaku, SPR tak pun menjemput kami. Ia akan dilaksanakan tanpa diberikan penjelasannya kepada kita tentang perkara itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Harakah, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti yang dilaporkan akhbar The Star hari ini, mengenai langkah SPR untuk melaksanakan undi awal (advance voting) pada PRU Ke-13 sebagai langkah yang dikatakan pembaikan bagi sistem pengundian di tanah air. Menerusi langkah itu seperti yang dilaporkan, pengundi-pengundi terbabit akan mengundi satu atau dua hari lebih awal dari hari pengundian, manakala kertas-kertas undi mereka itu akan dimasukkan ke dalam beg, disimpan dan dibilang bersama pada hari pengundian sebenar. Menurut Mustafa, langkah tebaru SPR itu ternyata amat terbuka kepada penyelewengan, lebih-lebih lagi sehingga kini sudah dapat dikesan terdapat para pegawai SPR sendiri yang menyeleweng dalam melaksanakan tugasnya dengan memberikan kerjasama kepada Umno BN bagi memenangkan parti itu dalam pilihanraya. "Sedangkan untuk mengelakkan penyelewengan, kertas-kertas undi itu sepatutnya akan dibilang terus di tempat mengundi dengan disaksikan poling agen dan caunting agen, disimpan dan disekalikan pada hari itu dengan menggunakan Borang 14. "Dengan cara itu, langkah tersebut akan lebih bermakna, berbanding yang akan dilakukan oleh SPR itu yang sememangnya terdedah dengan pelbagai penyelewengan," katanya. Sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput oleh SPR untuk membincangkan perkara itu sebelum dilaksanakan, katanya, itulah antara imput yang akan diberikan kerana itulah kaedah yang sepatutnya dilakukan. "Malah saya sendiri mempunyai bukti dan maklumat jelas mengenai mereka yang terbabit, tetapi saya tidak mahu dedahkan lagi pada hari ini," katanya. Dengan perlaksanaan undi awal itu, beliau menjelaskan, di negara kita kini terdapat tiga jenis pengundian iaitu pengundian biasa di pusat-pusat pengundian berdasarkan senarai nama pemilih berdaftar dan undi pos yang melibatkan tentera, polis dan kakitangan awam yang bertugas di hutan atau di kawasan pendalaman. Katanya, walaupun telah diberikan pelbagai pandangan oleh Pakatan Rakyat untuk diperbaiki, tetapi ia tetap gagal diatasi oleh SPR akibat salah guna kuasa para pemimpin Umno BN dengan kerjasama pegawai-pegawai SPR. "Begitu juga dengan senarai nama-nama pengundi khususnya pengundi-pengundi baru. Ia juga penuh dengan penyelewengan akibat salah guna kuasa para pemimpin Umno BN dengan kerjasama pegawai-pegawai SPR, KDN dan agensi-agensi kerajaan yang lain. "Jadi sekarang dengan adanya pula undi awal atau 'advance voting' ini, penyelewengan pasti akan tambah menjadi-jadi dalam pengundian di negara kita yang semuanya itu dilakukan bagi memenuhi hasrat Kerajaan BN yang memerintah," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR memanggil wakil-wakil parti utama untuk membincangkan mengenainya terlebih dahulu sebelum melaksanakannya pada PRU Ke-13 nanti.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 20 Mei 2011
BILA DITINGGIKAN PINJAMAN...MAKA HUTANG BERTAMBAH TINGGI...CUKUP RUMAH RUMAH SEDERHANA...AKHIRNYA DITINGGAL SELEPAS MATI...PATUT ADA SIFAT MEMADA....
Undi awal untuk BN terus memerintah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS menyifatkan langkah SPR untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti sebagai langkah bagi memenuhi hasrat Kerajaan BN untuk terus memerintah.
Dewan Pemuda PAS Pusat, pemimpin PKR, NGO, persatuan mahasiswa, aktivis alam sekitar dan rakyat negeri Pahang antara yang mengetuai perarakan itu turut menyerahkan memorandum kepada wakil keduataan tersebut.
Baginya, penggubalan itu sekaligus membantu mereka yang diberhentikan kerja dapat menjalankan aktiviti seperti biasa di samping meningkatkan taraf hidup, mencari peluang baru serta menjana ekonomi agar lebih berjaya pada masa depan.
PARIT BUNTAR, 20 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, Perak bakal diterajui PR semula pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 kerana sokongan rakyat semakin meningkat dan akan menafikan BN yang merampas kuasa sebelum ini.
KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Umno bila-bila masa tetapi bukan atas dasar ketuanan Melayu tetapi mengajak parti itu melaksanakan keadilan Islam.
KUALA LUMPUR, 20 Mei: Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) dijangka mengekalkan jawatannya selepas tiga lagi calon lain membayangkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.
KOTA KINABALU, 20 Mei: Kenyataan terbuka Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Parlimen Pensiangan diberikan kepada Umno pada pilihan raya umum nanti menunjukkan bahawa PBRS di bawah pimpinan Tan Sri Josep Kurup amat lemah dan kurang wibawa.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Skim 'Rumah Pertamaku' yang kini dihadkan kepada pinjaman RM100,000 hingga RM200,000, dicadang dinaikkan sehingga RM350,000 bagi membolehkan golongan muda memiliki rumah yang diidamkan.
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Selepas Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang bertubi-tubi, dan akhbar Suara Keadilan ditarik permit penerbitan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terus diberi tekanan dengan resiko pengharaman parti itu oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Krisis yang berlarutan di Libya kini menjadi amat kritikal, apabila pemerintah diktator Libya, Muammar Ghadafi terus melakukan serangan dan kekejaman terhadap rakyatnya, walaupun berhadapan dengan serangan tentera NATO yang diketuai Amerika Syarikat dan Britain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan