MOGA MEREKA DALAM RAHMAT ALLAH...ALFATIHAH.....BERDOSA AMBIK HAK RAKYAT...SUSAH DIAKHIRAT JIKA MEREKA MENUNTUTNYA...INSAFLAH SEBELUM TERLAMBAT...
Tragedi Tanah Runtuh : Senarai Mangsa Kejadian
Sunday, 22 May 2011KUALA LUMPUR, 22 Mei – Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Sehingga pukul 11.30 malam tadi, 10 mangsa yang terkorban terdiri daripada lapan pelajar dan dua penjaga, sembilan mangsa cedera dan enam lagi masih tertimbus lapor Bernama.
Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8 ) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8 ) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Enam yang masih tertimbus ialah: 1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,
* umur tidak diketahui
KUALA LUMPUR, 22 Mei – Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.
Sehingga pukul 11.30 malam tadi, 10 mangsa yang terkorban terdiri daripada lapan pelajar dan dua penjaga, sembilan mangsa cedera dan enam lagi masih tertimbus lapor Bernama.
Senarai nama berikut adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.
1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8 ) Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8 ) Din, 30,
9) Syafiz, 22,
Enam yang masih tertimbus ialah: 1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,
* umur tidak diketahui
Tragedi Tanah Runtuh : Dua Beradik Antara Yang Terkorban
Saturday, 21 May 2011KAJANG, 21 Mei - Dua beradik, Mohd Zaim Azahari, 14, dan adiknya Mohd Azed, 8, adalah antara yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini, hari ini.
Mayat Mohd Zaim dihantar ke Hospital Kajang pada pukul 8.55 malam manakala mayat adiknya dipercayai dihantar ke Hospital Ampang lapor Bernama.
Difahamkan bapa kanak-kanak malang itu, Azahari Mat Selek, 36, dan ibu mereka Noreha Ariffin, 37, bekerja sebagai warden dan tukang masak di asrama berkenaan bersama seorang lagi adik-beradik perempuan berumur 10 tahun, terselamat daripada runtuhan yang berlaku pada pukul 2.30 petang.
Datuk saudara kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Mohd Amri, 56, ketika ditemui pemberita di Hospital Kajang berkata Mohd Zaim seorang pelajar yang boleh menghafal surah Yassin pada umur 10 tahun dan merupakan seorang budak yang baik.
Dalam tragedi itu, 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus akibat tanah runtuh.
Ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai berada di khemah yang dipasang untuk mengadakan satu majlis yang dijadual diadakan petang tadi.
Sementara itu, seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang Harizan Yaacub,30, yang merupakan bapa saudara tiga kanak-kanak yang belajar di asrama berkenaan masih tertanya-tanya keadaan tiga anak saudaranya itu.
“Anak buah saya ada empat orang belajar di sana…Mohd Aizad Abdul Karim,14, Mohd Aiman Abdul Latif, 12, dan Mohd Awie Abdul Latif, 13.
Seorang lagi anak buah saya, Mohd Alif Abdul Karim, 16, berada di rumah semasa kejadian berlaku,”katanya.
Harizan berkata maklumat terkini yang diterima buat masa ini mengatakan MohdAizad selamat tetapi patah kaki.
“Yang lagi dua itu, saya tidak tahu macam mana keadaannya,” katanya.
Tinjauan Bernama setakat ini mendapati mangsa yang cedera tidak kelihatan di Hospital Kajang dan dipercayai dihantar ke hospital lain, antaranya Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Harakahdaily |
KAJANG, 21 Mei: Sehingga jam 11 malam tadi, angka korban dalam tagedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat meningkat kepada 10 orang. Dalam perkembangan terbaru juga, sembilan orang yang berjaya ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirwat di Hospital Ampang. Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengesan enam lagi mangsa yang masih tertimbus. Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 25 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. |
Harakahdaily |
KAJANG, 21 Mei: Sehingga jam 11 malam tadi, angka korban dalam tagedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Hidayah Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat meningkat kepada sembilan orang. Dalam perkembangan terbaru juga, sembilan orang yang berjaya ditemui dengan keadaan cedera dibawa untuk dirwat di Hospital Kajang. Pasukan penyelamat kini sedang berusaha mengesan enam lagi mangsa yang masih tertimbus. Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. |
Harakahdaily | ||||||||
KAJANG, 21 Mei: Sehingga jam 10 malam tadi, dua lagi mangsa yang tertimbus berjaya dikeluarkan dan menjadikan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan setakat ini seramai 14 orang. Keadaan kedua-duanya bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dikejarkan ke hospital Kajang untuk rawatan. Sehingga kini, jumlah mangsa yang meninggal dunia masih kekal lima, selamat sembilan orang manakala 10 lagi masih tertimbus. Kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat. Menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan