Sabtu, 14 Mei 2011

APA KITA BIMBANG JIKA DILANDASAN BETUL...BIAR MEREKA KATA...BENDA TAK BETUL...JIKA LARANG@PRONOKASI...TENTU ADA YG TAK KENA TU....

Ceramah Pakatan Rakyat diganggu, provokasi
Elissa Helmy
Mei 14, 11
8:08am

Penganjur majlis ceramah ketua umum PKR, Anwar Ibrahim di Melaka mempertikaikan cara pihak polis menyelesaikan insiden yang hampir mencetuskan ketengangan di antara kedua-dua penyokong Pakatan Rakyat dan BN.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by policeKetua pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin mendakwa pihak polis tidak berlaku adil di dalam menyelesaikan suasana tersebut yang dianggapnya lebih memihak kepada penyokong BN.

Menurutnya, ceramah berkenaan yang sepatutnya diadakan di Duyong namun terpaksa dipindahkan ke markas induk PAS di Bukit Katil setelah mendengar dan mematuhi nasihat polis.

"Kita punya program malam ini setelah membuat perbincangan dengan polis terpaksa dipindahkan daripada Duyong ke Bukit Katil atas alasan perlu dibuat di Markas.

"Tetapi apabila kita membuatnya di Markas PAS mereka pula membuat provokasi. Tugas kita adalah untuk memaklumkan kepada polis untuk menghentikan perbuatan ini.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police, samsul iskandar"Tetapi malangnya Ketua Polis Daerah Melaka Tengah datang dan mereka menyuruh saya leraikan ceramah yang sedang berlangsung tetapi dalam masa sama mereka tidak suraikan orang-orang yang melakukan provokasi tersebut," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehudin Abd Rahman.

Dalam insiden yang berlaku semalam, lebih 100 penyokong BN dikatakan telah melakukan provokasi terhadap lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat yang sedang mendengar ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keadaan yang dilihat hampir menimbulkan kekacauan setelah pihak terbabit melontarkan kata-kata kesat termasuk ada segelintir penyokong yang cuba membaling objek seperti botol air minuman.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by policeBagaimanapun, kehadiran anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya mengawal keadaan itu.

Menurut Shamsul, pihak polis sepatutnya bertindak terhadap mereka yang memulakan insiden terbabit sehingga mengganggu kelancaran ceramah.

"Bila kita lapor sesuatu kesalahan, pegawai polis harus ambil tindakan kepada orang yang melakukan kesalahan tetapi dalam kes ini kami yang buat ceramah, mereka langsung tiada permit untuk berhimpun kerana ini bukan markas mereka.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Kalau boleh minta pihak polis berlaku adil, kita sudah bekerjasama dengan pihak polis, dan sekarang mereka lakukan provokasi kemudian kita minta polis campurtangan.

"Takkan kita nak campur tangan, kita boleh lakukan tetapi ia akan jadi satu kesalahan.

"Dalam kes ini mereka nampak cenderung memihak kepada BN sebab itu saya lawan kerana atas prinsip dan hak kita," katanya.

Anwar kata lagi kepimpinan Umno 'pandi kutty'
Elissa Helmy
Mei 14, 11
10:36am

Ketua pembangkang dan juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan corak kepimpinan Umno tak ubah seperti 'pandi kutty' di dalam sesi ceramahnya di Bukit Katil, Melaka malam semalam.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by policeBiarpun suasana agak tengang dengan provokasi yang dijalankan ratusan penyokong BN yang dipisahkan hanya sebatang jalan namun majlis yang dirancang tetapi diteruskan seperti biasa.

Menurut Anwar, budaya yang diamalkan Umno sama sekali bertentangan dengan orang-orang Melayu yang dianggap penuh beradap sopan.

"Bila saya tuduh Umno amalkan budaya 'pandi kutty mereka marah, tetapi sekiranya Umno membunuh orang, mengamalkan rasuah, zalim dengan rakyat, ambil kekayaan negara, tindas rakyat, orang inilah yang menjalankan politik 'pandi kutty'.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Memang dari segi bahasanya makna 'pandi kutty' itu adalah anak babi tetapi maksud sebenarnya adalah bodoh. Saya tidak kata Najib tetapi sekiranya terasa, dia punya pasallah," katanya kepada ratusan hadirin.

Menurut Anwar, di dalam sejarah sejak zaman kesultanan Melayu Melaka tidak ada orang yang diaibkan dan dicerca sepertinya.

"Tetapi saya sehinga sekarang hari-hari dicerca dan diaibkan tetapi saya bersyukur mana-mana saya pergi sambutan masyarakat begitu baik terhadap saya.

Budaya Melayu

"Mana ada di dunia yang mencerca sebegini biarpun mengambil contoh dunia Arab sekalipun atau mengambil budaya Cina yang ribuan tahun ketamadunannya tidak mencerca orang seperti ini.

anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka"Budaya Melayu pun begitu tetapi hanya pimpinan di Umno sahaja yang dilihat begitu terdesak menghina saya," katanya.

Menurut beliau, jikalau menyorot kisah di dalam Buku Sejarah Melayu ada terkandung kisah budaya masyarakat dan pemimpin Melayu yang sepatutnya diamalkan.

"Jika dibaca sejarah Melayu ada tercatat kisah Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun, di mana perjanjian antara rakyat dan raja atau pemerintah.

"Rakyat mesti taat kepada pemerintah, jangan derhaka manakala raja mesti adil jaga kepentingan rakyat, kalau rakyat laku kesalahan walau sebesar mana pun jikalau ditakdirkan dia salah, dijatuhi hukuman bunuh pun maka ikutlah syarak.
anwar ibrahim, ceramah pandi kutty, melaka, disrupt by police, samsul iskandar

"Ini sebenarnya budaya Melayu, maknanya salah atau benar pun perlu rujuk syarak, bukan rujuk nafsu, bukan tabur fitnah, bukan caci orang.

"Tapi jikalau salah bagaimana pun, jangan sesekali pemerintah aibkan hambanya. Jaga maruah dia, kalau aibkan juga mala petaka akan menimpa.

"Budaya Melayu tidak suruh, hanya budaya Umno sahaja yang mengamalkan cara sebegini," katanya.


Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar
Mei 14, 11 10:19am

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan 'debat' khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu, lapor Harakahdaily.

NONEPada masa yang sama, beliau turut memohon perdana menteri mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya. Sebaliknya, kata Nurul Izzah, debat sebagai medan terbaik untuk membuktikan segala dakwaan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi timbalan perdana menteri.

“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” katanya ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di Ketereh, Terengganu petang semalam.

Turut hadir pada pada majlis itu adalah penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood dan ahli parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

alleged four full sex videos on youtube 290411 02Menurut Nurul Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ia bukan sahaja memburukkan keluarganya tetapi juga menjejaskan imej negara.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan menyahut cabaran bagi berdebat kerana tindakan itu akan memakan diri mereka sendiri.

Nurul Izzah juga berkata beliau menjangkakan pelbagai fitnah lagi bakal dihamburkan terhadap ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

NONEJelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universiti pun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (SMS) yang memberi amaran akan menculik anak sulungnya sekiranya dia terus menyokong perjuangan Anwar.



K'jaan siasat 'babi mati dijadi makanan terproses'
Mei 14, 11 9:38am

Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu babi yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.

sausagePengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.

Dalam kenyataan di Kuala Lumpur, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my atau emel fsq-division@moh.gov.my.

Isu itu tercetus apabila NTV7 dalam Edisi Siasat Mandarin baru-baru ini mendakwa penternak babi di Tanjung Sepat, Selangor, menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej, daging salai, dim sum dan pau.

- Bernama



KEBURUKAN FANATIK

Fanatik ini telah berlaku di kalangan sesetengah umat Islam sejak dahulu. Sehingga membawa kepada permusuhan sesama Islam dek perbezaan pendapat dalam hukum syarak. Sehingga dalam era ketaksuban dahulu, di Masjidil Haram, Mekah umat Islam bersolat dengan empat imam dan setiap imam mewakili mazhab masing-masing. Setiap makmum akan memilih imam yang sesuai dengan mazhabnya. Seakan-akan solat di belakang imam lain tidak sah. Hal ini berterusan, sehinggalah gerakan pembaharuan pemikiran agama berjaya menghapuskan kekarutan tersebut. Bayangkanlah jika hal tersebut berterusan sehingga hari, di kala umat Islam begitu lemah dan berpecah.

Selepas Rasulullah s.a.w wafat, baginda meninggalkan ramai para sahabah yang merupakan ilmuwan besar bagi umat ini. Namun, tiada seorang di kalangan para sahabah yang agung itu menyatakan sesiapa yang mengambil pendapat saya maka dia tidak boleh mengambil pendapat orang lain. Perkara yang seperti itu tidak pernah didakwa oleh Khalifah yang empat, atau ‘Abd Allah bin Masud, ‘Abd Allah bin ‘Umar, atau ‘Abd Allah bin ‘Abbas atau selain mereka. Padahal mereka jauh lebih memahami syariat RasululLah s.a.w dari orang selapas mereka. Malangnya, apabila muncul imam-imam mazhab seperti al-Imam Abu Hanifah (80H-150H), al-Imam Malik bin Anas (93H-179H), al-Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’i (150H-204H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (164H-241H) dan lain-lain tokoh lagi, tiba-tiba ada di kalangan pengikut mereka yang taksub mendakwa bahawa sesiapa yang mengambil pendapat dari salah seorang imam ini tidak boleh lagi mengambilnya dari imam lain. Ini seperti pengikut fanatik Mazhab Hanafi yang membantah orang Pakistan mengambil pendapat selain dari Mazhab Hanafi. Atau pengikut fanatik Mazhab Malik yang menghalang membantah Morocco mengambil pendapat selain dari Mazhab Malik. Atau pengikut fanatik Mazhab al-Syafi’i yang membantah orang Malaysia mengambil selain dari Mazhab al-Syafi’i. Kontradiknya, dalam masa yang sama mereka mengakui bahawa imam-imam tersebut kesemuanya adalah tokoh-tokoh sarjana Ahli Sunnah, tetapi menolak keilmuan mereka hanya kerana faktor daerah atau negara. Pada hal, para imam itu sendiri tidak pernah mengajar demikian dan negara-negara yang wujud ini belum pun terbentuk pada zaman mereka apatah lagi pada Rasul s.a.w.

Tokoh terkenal, Dr ‘Abd al-Karim Zaidan berkata: “Pendapat mazhab-mazhab yang muktabar diterima oleh pengikut mereka di atas andaian benar dan menyampaikan seseorang kepada hukum Allah. Hendaklah difahami bahawa andaian benar ini dikongsi oleh semua mazhab islamiah yang muktabar, bukan hanya terkumpul pada satu mazhab. Maka tidak harus untuk pengikut salah satu mazhab ini menganggap bahawa telah terhimpun dalam mazhabnya kebenaran dalam setiap pandangan. Lalu menganggap salah sesiapa yang menyanggahi mazhabnya. Ini perkara yang tidak pernah diucapkan oleh mana-mana mazhab, tidak pernah mereka menyandarkan hal seperti ini kepada diri mereka dan tidak pernah menganggap kebenaran hanya terkumpul dalam ijtihad mereka. Bagaimana mungkin pengikut mereka pula mendakwa perkara yang seperti ini?!! (Dr Abd al-Karim Zaidan, Al-Sunan al-Ilahiyyah, m.s. 147, Beirut: Muassasah al-Risalah)

http://drmaza.com/home/?p=22

Nurul Izzah cabar Najib debat dengan Anwar
Salmah Mat Husain

KETEREH, 14 Mei: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam.

Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya.

“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri.

Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar.

Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas.

Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

Tiada ulasan: