Khamis, 26 Mei 2011

BOLEH BERSATU JIKA TELAH DITAKDIR...BOLEHKE..DAH KATA SESAT..BERTOPENG AGAMA..GILA KUASA...DAN MACAM TUDUHAN DAN GELARAN..DAH LUPA KER...

Menteri: Tiada kenaikan RON95, diesel, LPG
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 25, 11
2:09pm


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan tidak ada kenaikan bagi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

NONE"Keputusan ini dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, jemaah menteri tidak membincangkan selama mana keputusan itu akan bertahan.

"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.

"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Harga LPG ialah RM1.90 sekilogram.

Tiada kaitan pilihan raya

Kali terakhir harga RON95, diesel dan LPG diselaraskan ialah pada Disember tahun lalu.

azlanIsmail berkata pengekalan harga ketiga-tiga bahan api ini mengakibatkan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM18 bilion setakat ini.

Tahun lalu kerajaan menanggung kira-kira RM8.15 bilion subsidi bagi bahan api yang sama.

Ditanya adakah pengekalan harga bahan api ini ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Ismail berkata: “Ia tiada kena mengena dengan pilihan raya.”

“Subsidi ini sudah lama kita perkenalkan. Sudah lama. Kalau kita mahu ambil kira soal pilihan raya kita boleh naikkan (harga) ikut bulan-bulan yang kita suka. Tiada siapa tahu (bila) pilihan raya akan diadakan," katanya.

NONEIsmail juga menolak tanggapan bahawa pengekalan harga bahan api itu juga adalah berikutan desakan pembangkang.

"Kita tidak dengar pun daripada pembangkang. Pemuda Umno pun ada buat usul dan sebagainya. Ia bukan sebab pembangkang,” katanya.

Ismail juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu terpengaruh dengan khabar angin terutama yang dibawa oleh parti pembangkang.

“Saya dapat lihat dalam blog, dalam Facebook, dalam risalah yang dikeluarkan oleh pembangkang mengatakan bahawa kerajaan akan menaikkan harga. Ada yang kata 20 sen, 30 sen. Semua cerita itu adalah cerita bohong, cerita tidak benar,” katanya.

Kerajaan sentiasa prihatin

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana “cerita bohong” yang dibawa oleh pembangkang ini lebih dipercayai.

“Percayalah kepada kerajaan (kerana) kerajaan hari ini adalah kerajaan yang mendengar segala pandangan daripada rakyat. Sebelum membuat sesuatu keputusan kerajaan akan ambil kira semua sudut."

“Apa yang kerajaan buat ini jelas menggambarkan kerajaan sentiasa prihatin kepada rakyat. Jadi, saya harap cukuplah jangan percaya kepada cerita bohong daripada pembangkang ini.”

Awal hari ini, wartawan sibuk 'mengejar' beberapa menteri di Putrajaya bagi mengetahui keputusan kabinet berhubung cadangan mengurangkan subsidi bahan api itu.

azlanAdalah difahamkan bahawa jemaah menteri tidak membuat sebarang keputusan berhubung kenaikkan tarif elektrik atau isu lain berkaitan subsidi pada mesyuarat mingguannya hari ini.

Sebaliknya menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Ekonomi Kebangsaan (NEC) bagi keputusan muktamad. Selain itu, katanya, kemelut pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan juga dibawa ke mesyuarat tersebut.

Panel NEC akan putuskan

NONENONEPanel NEC dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (kiri), yang juga adalah menteri kewangan dan dianggotai oleh 12 ahli, termasuk, menteri kabinet dan pegawai kanan seperti Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (bawah, kiri). Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (atas, kanan) juga menganggotai majlis itu.

ahmad husni hanadzlahNONEDalam perkembangan berkaitan, taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (kanan) di mana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

azlanTaklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair pada mesyuarat mingguannya itu.


Jenazah remaja tak diurus sebelum bedah siasat kedua
Aidila Razak
Mei 25, 11
7:21pm


Jenazah Johari Abu Bakar, yang akan berusia 17 tahun bulan depan sebelum ditembak mati oleh polis pada 13 Mei lalu dibiarkan tanpa diurus di sebuah van kerana kerana alasan birokrasi.

hindraf probed by police 141008 latheefa koyaMenurut peguam keluarganya, Latheefa Koya, kakitangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) enggan menempatkan jenazah itu di bilik mayat meskipun Mahkamah Tinggi awal hari ini mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan.

Latheefa berkata mayat remaja itu dibiarkan terdedah selama sekurang-kurangnya dua jam, apabila dia dibawa dari Hospital Serdang di mana ia disimpan sebelum ini pada jam 3 petang.

Jenazah itu masih disimpan di van berkenaan sehingga berita ini ditulis.

Pada 6.40 petang, katanya terdapat bau yang kuat sehingga mengganggu pemandu van itu.

“Kakitangan itu meminta surat jaminan bahawa pihak hospital tidak akan dipersalahkan jika berlaku sebarang kerosakan.

“Kami disuruh berhubungan dengan satu pegawai kepada pegawai yang lain, (pihak hospital) kini sedang menyediakan kertas kerja tetapi mereka enggan bawa jenazah ke rumah mayat,” katanya apabila dihubungi.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan bedah siasat kedua dijalankan di UMMC dengan kehadiran seorang pemerhati bebas.

NONEPolis mendakwa Johari, seorang pelajar sekolah menengah yang tercicir dan kemudiannya menjalankan kerja-kerja am ditembak mati apabila beliau melepaskan tembakan ke arah polis.

Mereka juga mendakwa remaja berkenaan sedang bersembunyi di sebuah hotel bajet di Dengkil setelah mencuri Toyota Alphard di Kelana Jaya pada 7 Mei.

Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah.

Mereka berharap untuk mengkebumikan anak mereka pagi esok.

Gaji guru: K'jaan tak mampu sebab krisis kewangan
Norain Saleh
Mei 25, 11
7:12pm


Isu kenaikan pangkat guru yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pengamal profesyen itu menunjukkan bahawa negara kini berdepan dengan krisis kewangan, kata seorang ahli parlimen PAS.

NONEDatuk Mahfuz Omar juga mendakwa, langkah kerajaan yang hanya memberikan kenaikan pangkat kepada golongan guru berpendapatan tinggi itu menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menipu golongan cerdik pandai itu.

Mahfuz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan menteri pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu yang sekadar meminta supaya kumpulan guru yang tidak menikmati kenaikan gaji itu supaya bersabar.

Muhyiddin juga sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan bertindak demikian sebagai langkah penjimatan perbelanjaan dan juga untuk mengurangkan defisit kerana kenaikan pangkat itu melibatkan jumlah guru yang ramai.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS turut menegaskan bahawa langkah penjimatan melalui pengurangan subsidi itu juga akhirnya akan menyebabkan rakyat menanggung kos yang lebih tinggi.

Perbelanjaan meningkat

“Kerajaan sebenarnya telah memindahkan defisit kerajaan kepada guru berpendapatan sederhana," katanya dan menambah, hanya sebanyak 30 peratus sahaja daripada kira-kira setengah juta guru dalam negara ini yang akan menikmati kenaikan pangkat itu.

"(Tindakan) mengurangkan subsidi menyebabkan kos meningkat. Perbelanjaan rakyat juga turut meningkat (sedangkan) pendapatan tidak mencukupi.

education school books 280804 teacher and student“Guru merupakan individu yang melahirkan seorang pemimpin, tindakan pihak kerajaan dengan menaikkan pangkat sebilangan guru saja umpama tindakan menipu orang cerdik,” katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, langkah kerajaan itu juga menunjukkan bahawa kerajaan begitu terdesak untuk menjaga kebajikan pekerja semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada Disember tahun lalu.

Manifesto berkenaan antara lainnya menggariskan usaha Pakatan untuk memastikan agihan kekayaan yang saksama bagi golongan pekerja.

“Tindakan yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menaikkan gaji semua guru seperti apa yang dicadangkan oleh pihak PKR baru-baru ini,” tegasnya yang turut menyeru kumpulan guru itu supaya lebih vokal dalam menyatakan tuntutan melalui kesatuan mereka.

Tapi dapat bonus

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan pula tetap mempertahankan langkah "rasional" itu kerana tidak ada guru yang akan didiskriminasi dalam kenaikan pangkat berkenaan.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanKetika ditanya, beliau menafikan bahawa tindakan kenaikan pangkat itu dijalankan bagi menghadapi pilihan raya yang bakal menjelang.

“Kalau pembangkang memang akan berkata sedemikian (untuk pilihan raya).tapi bagi saya ia sesuatu yang tidak masuk akal,” kata Abdul Rahman ketika dihubungi.

Jelasnya, kenaikan ke atas kumpulan guru itu tidak melibatkan guru yang berpendapatan sehingga mencecah RM20,000.

"Tidak ada yang dianaktirikan,” katanya lagi yang menambah, kumpulan guru yang berpendapatan lebih rendah itu juga akan menikmati kenaikan pangkat.

“Jika kita mampu bagi setengah, kita bagi setengah dulu. Waktu ini untuk segmen (pangkat tinggi) dahulu.

“Kerajaan bagi kenaikan berkenaan berdasarkan kemampuan pihak kerajaan. Namun perdana menteri sendiri masih sedang berbincang dengan timbalan perdana menteri berkenaan kenaikan pangkat atau gaji bagi guru-guru yang lain,” katanya lagi.

NONEAbdul Rahman juga berkata golongan guru yang berpendapatan rendah juga sebelum ini telah menikmati bayaran bonus.

"Kerajaan telah bagi (bonus) kepada golongan berpendapatan dua ribu ke bawah. Yang penting kerajaan ikhlas,” katanya.






Pengedaran video seks semakin meluas
Abdul Rahim Sabri
Mei 25, 11
3:46pm


Semakin ramai pemimpin masyarakat mendakwa menerima video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

NONETerbaru, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Hulu Bernam Mohamad Salleh Ri, seramai sepuluh ketua kampung baru dalam DUN Kuala Kubu Bharu membuat laporan polis berasingan berhubung penyebaran video seks itu.

Katanya, sepuluh ketua kampung berkenaan membuat aduan itu selepas menerima video seks yang dikaitkan dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka.

Laporan polis itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Kuala Kubu Bharu kira-kira jam 4 petang semalam.

NONEMenurutnya, ketua kampung berkenaan terdiri daripada lapan ketua dari perkampungan Cina dan masing-masing satu dari perkampungan Melayu dan India.

Mereka menerima VCD itu di mana kandungannya adalah versi penuh yang telah dimuatnaik ke internet sebelum ini, kata Mohamad Salleh.

"Mereka menerima VCD fitnah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diposkan ke rumah mereka. Cop (atas sampul surat) ada dari Shah Alam dan ada dari Melaka.

"Kita minta pihak polis menyiasat siapa (yang bertanggungjawab) menghantar VCD ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.Tidak sepatut berlaku

Menurutnya lagi, semua ketua kampung itu terkejut dengan apa perkembangan berkenaan kerana penyebarannya tidak sepatutnya berlaku dan merupakan kesalahan di sisi undang-undang.

NONE"Adalah lebih malang sekiranya ia diterima oleh anak-anak ketua kampung," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Mohamad berkata beliau dimaklumkan sebanyak dua lagi ketua kampung Melayu dalam DUN Hulu Bernam menerima VCD yang sama melalui kiriman pos.

Beliau bagaimanapun setakat ini belum menerima VCD tersebut dan pihaknya akan mengumpul jumlah ketua kampung yang menerimanya sebelum membuat laporan polis.

DUN Hulu Bernam mempunyai 18 kampung yang meliputi 14 kampung Melayu, tiga (Cina) dan satu perkampungan India.

NONEMohamad Salleh yang juga ketua Kampung Gesir Tengah - yang terletak dalam DUN itu - turut dimaklumkan rakannya, bahawa seorang ketua kampung di Kuala Selangor turut menerima VCD tersebut pagi ini.

Dalam satu kenyataaan, exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah berkata VCD seks turut diedarkan antaranya di Hulu Langat, Rawang, dan Sekinchan.

Beliau yang memegang portfolio jawatankuasa tetap pembangunan kampung baru dan penyelesaian kilang haram menggesa ketua kampung membuat laporan polis sekiranya menerima VCD tersebut.

Dilaporkan VCD itu turut diedarkan disebuah masjid di Kuala Langat dan di Selayang sewaktu ceramah tokoh ulama Syria, Dr Wahbah Az-Zuhaili.



Polis siasat gerai disimbah cat , kepala babi digantung
Mei 25, 11 6:54pm


Polis Pulau Pinang sedang menyiasat kejadian sebuah gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap di Nibong Tebal yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan.

penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakobKetua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata, kejadian itu dipercayai berlaku awal hari ini dan disedari oleh sekumplan jemaah yang baru pulang selepas solat Subuh di masjid pada pukul 7 pagi.

Polis percaya ia dilakukan sebelum waktu subuh," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati peniaga gerai berkenaan pernah menerima satu panggilan amaran dari seseorang pada Mac lalu.

Pemanggil itu tidak menyatakan sebarang ugutan sebaliknya mahu peniaga cendol berkenaan supaya berhati-hati dan polis tidak menolak kemungkinan kes tersebut ada kaitan dengan kegiatan kongsi gelap, katanya.

Ayub meminta semua pihak supaya tidak mengaitkan kes itu dengan isu perkauman dan agama.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mengaitkan kes ini dengan isu sensitif kerana ianya membabitkan seorang individu sahaja," katanya.

Beliau berkata polis tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak atau kumpulan yang terbabit dengan perbuatan seumpama itu dan meminta mana-mana peniaga yang menjadi mangsa agar segera membuat laporan polis.

Katanya kes itu disisasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menakutkan secara Jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan.

- Bernama

MUBARAK: Ada sinar perpaduan Umno-PAS
Jimadie Shah Othman & Norsyafinas Ahmad Sukri
Mei 25, 11
2:16pm


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) positif masih ada sinar harapan untuk usaha perpaduan PAS-Umno kerana hasrat itu masih terbenam di lubuk hati sebahagian pemimpin kanannya.
Enggan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon timbalan presiden PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kedua-duanya 'OK'.

NONE"Nasharudin OK. Tuan Ibrahim OK. Masing-masing ada perspektif yang berbeza. Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud.

"Cuma hendak merungkainya sahaja," katanya ketika ditanya sejauh mana keputusan pemilihan PAS akan mempengaruhi kerjasama kedua-dua parti Melayu itu di masa akan datang.

Pemilihan PAS kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Nasharudin sebagai penyandang, Tuan Ibrahim dan bekas naib presidennya Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, antara kesemua mereka, Mohamad dilihat paling anti-Umno, yang berkemungkinan menutup rapat pintu rundingan dengan Umno sekiranya berjaya memenangi kerusi nombor dua itu.

Kesal anggota miskin tegar

Nasharudin pula sebelum ini dikaitkan dengan 'rundingan sulit' dengan Umno semasa pemerintah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Aziz bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada anggota PAS sendiri bagi menentukan pemimpin pilihan mereka.

azlanIni kerana, tambahnya, beliau belum melihat profil kesemua calon yang bertanding dalam pemilihan parti Islam itu kali ini.

Ditanya sekali lagi tentang siapakah calon pilihannya, sambil ketawa, beliau tetap enggan menyatakannya dengan jelas.

Sementara Bernama melaporkan, Abdul Aziz berpendapat kerjasama Umno dan PAS boleh diteruskan sekiranya ada persefahaman antara dua parti itu.

"Kita akan tengok pada pemilihan mereka (PAS) selepas ini, sama ada profil pucuk pimpinan yang dipilih itu masih mirip untuk menentukan masa depan orang Melayu atau sudah kurang.

"Tapi secara jangka panjang, saya rasa ianya patut diwujudkan dan proses ini harus diteruskan," beliau dilaporkan sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.

Muktamar PAS akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di markaz tarbiahnya di Gombak.

Sementara itu, Abdul Aziz turut menyatakan kekesalan ekoran terdapatnya anggota MUBARAK yang didakwa masih berstatus miskin tegar dan harus mendapat pembelaan.

Selaras dengan itu, tambahnya, majlis yang dipimpinya itu menubuhkan Gabungan Koperasi MUBARAK bagi merancakkan ekonomi negara, sekali gus, membantu anggotanya.

Tiada ulasan: