Isnin, 16 Mei 2011

SEBAB PEMIKIRAN POLITIK BERLAINAN...SIFAT MURNI HILANG...YANG ADA PRANGSANGKA BURUK...BAGAIMANA JIKA KENA BATANG HIDUNG...ADAKAH NI SIFAT PEMIMPIN....

Zahid: Ugutan culik untuk tarik simpati
Mei 15, 11 11:58pm

Naib presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan isu ugutan yang didakwa diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, yang mendakwa anaknya akan diculik jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersara daripada dunia politik, sebagai 'reverse psychology'.

"Ini bagi menyatakan bahawa mereka berada dalam keadaan tertekan, dan tentunya perkara ini akan menarik simpati mereka yang berada dalam kumpulan yang sama, ataupun mereka yang berada di atas pagar," katanya.

Beliau juga menyokong kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, yang dilapor meminta pelaku zina dalam video seks melibatkan seseorang mirip ketua umum PKR itu diambil
tindakan undang-undang.

"Maksiat dalam bentuk apapun ditegah. Dalam kes ini, kita serah kepada polis untuk melakukan tindakan selanjutnya, sama ada mengikut undang-undang sivil ataupun syariah," kata Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas
merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Lembah Pantai, Zahid berkata persepsi negatif yang menghakis kredibiliti BN perlu ditangani secara berterusan.

Katanya, langkah itu, antara lain, bagi membolehkan masyarakat faham tentang program transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, walaupun karisma kepimpinan Najib dilihat banyak membantu dalam memulihkan kredibiliti BN sehingga kini, namun ia akan lebih kukuh jika semua pihak berusaha ke arah itu.

"Biarpun situasi dan kepimpinan telah berubah, serta dinamik yang dibawa oleh perdana menteri dan timbalannya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah melata, namun ia perlu dirasai oleh akar umbi supaya mereka turut bersama dalam gelombang transformasi yang dibawa kerajaan," katanya.

- Bernama

Mengenali li'an dalam kes tuduhan zina
Dr Nik Muhammad Syukri Nik Wan
Mei 10, 11
5:21pm

Apabila seorang menuduh isterinya berzina serta mendakwa bahawa dia dapat melihat aksi tersebut secara jelas tetapi tidak mampu mengajukan empat orang saksi kecuali hanya dirinya sendiri maka diwajibkan li'an di depan hakim syarie untuk membuktikan kebenaran dakwaannya dan menyelamatkan dirinya daripada had qazaf.

Dan turut li'an juga oleh tertuduh iaitu isteri bertujuan membersihkan dirinya daripada tuduhan serta menyelamatkan juga daripada had zina. Setelah selesai, maka terputuslah hubungan perkahwinan secara fasakh bukan secara talak dan haram merujuk kembali atau berkahwin semula sepanjang hayat mereka.

Selain tuduhan perzinaan, li'an juga ikut terlibat dalam kes seorang isteri yang melahirkan bayi dan suaminya tidak mengakui bahawa bayi tersebut adalah bayi mereka.

Li'an akan diuruskan oleh hakim syarie dengan mengarahkan suami berkata (sebanyak empat kali):

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya aku adalah orang yang benar dalam apa yang aku telah katakan tentang tuduhan perzinaan wanita ini". (Untuk kes tuduhan perzinaan).

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya aku adalah orang yang benar dalam apa yang aku telah katakan tentang penafian bayinya daripada-ku". (Untuk kes tidak mengakui anak).

Pada kali kelima suami akan diarahkan lagi oleh hakim syarie untuk berkata (sebanyak satu kali):

"Bahawa kutukan Allah ke atas aku jika aku adalah orang yang berbohong".

Selepas itu, hakim pula akan mengarahkan isteri berkata (sebanyak empat kali juga):

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang berbohong pada apa yang telah katakan tentang tuduhan berzina". (Untuk kes tuduhan perzinaan).

"Aku memberikan kesaksian dengan Allah bahawa sesungguhnya dia adalah orang yang berbohong pada apa yang telah katakan tentang penafian bayi daripadanya". (Untuk kes tidak mengakui anak).

Dan pada kali kelima pula isteri akan diarah oleh hakim syarie untuk berkata (sebanyak satu kali):

"Bahawa kemurkaan Allah ke atas aku jika dia adalah orang yang benar".

Pengurusan kes tuduhan berkaitan perzinaan isteri ini adalah bersandarkan firman Allah yang bermaksud:

Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar.

Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan dari hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah sesungguhnya suaminya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar (24: 6-9).


Penulis adakah Post-Doctoral Fellow, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia

Pemakaian skirt: Kerajaan didesak buat bantahan
Kamaruzaman Mohamad
Mei 6, 11
11:29am

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan (KBS) mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di atas keputusan mereka melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita.

DPPWP kesal kerana, BAM dan KBS tidak proaktif bagi membantah keputusan itu.

DPPWP melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ia dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan yang tidak masuk akal dan remeh.

women female badminton player wears skirtMereka sepatutnyanya menghormati hak wanita yang sepatutnya tidak diekpolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton.

Sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran di tengah gelanggang.

DPPWP yakin, idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka. Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.

DPPWP berharap pertubuhan wanita dan NGO Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana kita tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung.

Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung diekspolitasi bagi menaikkan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi.

DPPWP juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini. Dan ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama.

NONEMengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan mengunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya.

DPPWP berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya dari agensi-agensi sukan dinegara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh Badan Sukan Antarabangsa.

Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, DPPWP mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini.

Seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya persatuan di negara lain seperti China, korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot.


Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


Pemeriksaan di Puspakom bebankan rakyat
Hayati Sidek
Mei 5, 11
8:08am

Bank Negara mengumumkan bahawa 'loading' premium insurans yang dikenakan ke atas kereta yang berumur lebih daripada 10 tahun dimansuhkan.

Ini sudah tentu merupakan berita gembira bagi rakyat kerana mereka kini bebas dari satu beban yang membelenggui mereka berikutan kos sara hidup yang makin meningkat.

Malangnya, beban tersebut digantikan pula dengan beban yang baru, iaitu pemilik kereta berkenaan perlu membawa kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan di Puspakom. Jika tidak, mereka tidak akan dapat memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta masing-masing.

Objektif langkah ini adalah bagi memastikan keselamatan di jalanraya.

Jika itu matlamatnya, maka tiada salahnya para pengguna dibenarkan membuat pemeriksaan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah mereka dan bukannya diwajibkan menjalankan pemeriksaan itu di Puspakom.

Umum mengetahui bahawa apabila sesebuah entiti diberikan hak monopoli dalam mana-mana sektor sekalipun, maka buruklah akibatnya, terutama sekali kepada para pengguna.

Kewujudan monopoli akhirnya akan menyebabkan ketidakadilan berlaku terhadap pengguna, termasuk dari segi harga dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas mereka.

Maka saya menyeru kerajaan agar mencari jalan lain bagi mencapai matlamat mengurangkan kemalangan jalan raya dan bukan melalui cara yang membebankan rakyat.

Kalau pun pemeriksaan perlu dilakukan, ia sepatutnya boleh dilakukan di mana-mana bengkel yang terletak berdekatan rumah masing-masing.


Malaysia halalkan pornografi?
Mohd Azmi Abdul Hamid
Mei 2, 11
3:39pm

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mencadangkan setelah lebih sebulan tiga orang yang menggelar diri mereka Datuk T tidak didakwa, padahal sudah sangat jelas dan terang mereka mengaku melakukan kesalahan yang melanggarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, maka lebih baik peraturan ini dibubarkan sahaja.

Jelas bila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara terus berlengah-lengah dan tidak mendakwa Datuk T, negara ini termasuk dalam senarai negara yang menghalalkan pornografi seperti di kebanyakan negara Barat.

TERAS berpendapat bukan sahaja pihak berkuasa nampaknya maseh teragak-agak untuk bertindak malah lebih parah lagi terus melindungi Datuk T, maka Malaysia kini sudah menjadi sebuah negara yang menghalalkan perlakuan tidak bermoral.

Malah bertambah berat lagi media dibenarkan menyiarkan serta menayang klip video lucah itu secara terbuka dan berulang kali disiarkan tanpa apa-apa tindakan diambil.

TERAS merasa sangat kesal dan membantah sekeras-kerasnya sikap kerajaan yang nyata dan terus terang double standard dalam isu video seks ini.

Oleh kerana itu wajar rakyat menzahirkan kemarahan mereka terhadap pihak berkuasa PDRM, Jabatan Peguam Negara, jabatan agama Islam, media dan terhadap seluruh jemaah menteri yang mengkhianati amanah untuk menjaga rakyat dari terjerumus dalam kepincangan akhlakdan politik kotor serta jahat.

Jika undang-undang yang jelas tidak mahu digunapakai untuk mengadili mereka yang melakukan kesalahan, maka TERAS berpendapat lebih baik digugur sahaja undang-undang tersebut sekaligus dibatalkan bidangkuasa agensi yang berkaitan.

'Mahkamah media'

Adalah sangat memalukan dan mengaibkan sebagai sebuah negara yang telah merdeka 53 tahun, institusi kehakiman tidak lagi dihormati sebagai pemutus keadilan bila institusi tersebut menjadi perkakas kepada kuasa politik.

Kini 'mahkamah media' diberi ruang sepenuhnya untuk menghukum peribadi yang dianggap musuh kepada kerajaan yang berkuasa.

TERAS mengesa supaya diujudkan suruhanjaya di peringkat parlimen untuk menyemak fungsi agensi penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Suruhanjaya itu dipertanggungjawabkan melaporkan kembali kepada sidang Parlimen sekaligus akan bertindak sebagai badan pemantau supaya memastikan semua agensi menjalankan fungsinya secara jelas mengikut undang-undang yang dilulus.kan

Sebarang pertikaian hendaklah diadili dimahkamah dalam sistem kehakiman sivil dan syariah yang wujud di negara ini.

Tidak guna diluluskan di Parlimen pelbagai undang-undang jika agensi yang diberi tanggungjawab nampaknya terus berada dibawah telunjuk kuasa eksekutif.

Akibatnya rakyat menjadi mangsa kepada tingkahlaku ahli-ahli politik yang bersekongkol dengan agensi-agensi awam serta media yang berat sebelah, hanya untuk memastikan kuasa politik mereka tidak tergugat.


Penulis merupakan presiden TERAS.


Wen Jiabao, kau ingat kau siapa?
Ang Woei Shang
Mei 2, 11
8:55pm

Kau ingat kau siapa?

Boleh arahkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina di negara ini? Jangan tersilap, otak jangan panas sangat.

Kita ni orang Malaysia, warganegara Malaysia, keturunan Cina, tiada kaitan langsung dengan kau. Sini bukan negeri China, dan kita bukan ditadbir bawah kau, jangan lah kau ingat ini zaman 200 tahun lepas, zaman nenek moyang kita.

Saya orang Malaysia, anak Malaysia, rakyat Malaysia.

Kau ada otoriti apa untuk mengarahkan aku? Kau ingat sini tanah jajahan komunis ke? Kau ingat kau ada hak untuk suruh masyarakat Cina di Malaysia untuk mendengar apa yang kau cakap?

Wahai Perdana Menteri Negeri China Wen Jiabao dan pemimpin-pemimpin BN yang masih berfikir rigid dan tidak berpatutan, silalah fahamkan fakta ini, kami bukan orang Cina di negeri China dan kita bukan orang pendatang asing yang baru-baru pindah ke sini.

Ini adalah negara tercinta kita, kita lahir, membesar dan belajar di sini, inilah tanahair kita, dan inilah tanah tumpahnya darahku, inilah Malaysia.

Jadi, Wen Jiabao, kau ingat kau siapa?

Boleh arahkan kita untuk mendengar dan patuh kepada apa yang Perdana Menteri kita cakap?

Tambahan pula, Malaysia adalah sebuah negara yang berdemokrasi, kita ada hak untuk mengundi dan hak-hak lain yang diperuntukan di dalam Perlembagaan kita!

Sila fahamkan, kita adalah tidak sama langsung dengan apa yang kau amalkan di negeri China, kita di sini, Perdana Menteri dan lain-lain ahli kerajaan hanyalah sebagai agen-agen yang diundi oleh semua rakyat Malaysia untuk menguruskan negara ini sahaja.

Mereka bukan boss, hanya pekerja dan hanya rakyat adalah boss!

Kesimpulannya, jangalah ingat sendiri sebagai wakil atau ketua bagi masyarakat Cina di negara ini. Awak adalah "nobody" kepada kita!

jika niat tuk Allah jadilah ibadah...tiada niat begini...maka sia2...slain tidak mlanggar syarak@perbuatan mungkar/dosa...Hanya nilai Allah yg benar@haq...slmt ari guru


Tiada ulasan: