Ahad, 22 Mei 2011

HAKIKATNYA ALLAH MENGHANCURKAN....DAH MATI JANGAN KIRA PENGHUNI ATAU TAK...SAPE NAK MENEMPAH MATI...BAGI JE BANTUAN...WANG RAKYAT BUKAN HAK PERIBADI..

'Serangan psikologi pembangkang boleh hancur Umno'
Mei 22, 11 9:46pm

Umno boleh hancur sekiranya tidak dapat membendung serangan psikologi yang dilakukan oleh pembangkang, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata pendekatan pembangkang itu boleh mempengaruhi minda anak-anak muda yang tidak memahami sepenuhnya sejarah negara ini dan terlalu memikirkan kebendaan serta kebebasan.

Dr Puad Zarkashi"Pemikiran mereka diganggu dengan (pembangkang) mewujudkan pelbagai persepsi yang negatif, contohnya konsep 1Malaysia, ia positif tetapi diberi persepsi negatif yang akanmenyebabkan sesetengah pihak yang tidak faham akan terpengaruh.

"Dia (pembangkang) nak orang marah dengan Umno seterusnya melemahkan kuasa orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja di Shah Alam hari ini, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun Umno pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan anggota Umno yang tetap kuat dan kental.

Bagaimanapun beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut dan atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan transformasi politik agar semua anggota Umno berpegang kuat kepada lima perkara itu.

Ditanya strategi Umno untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata Umno akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.

"Seterusnya Umno juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan. Kita juga perlu mengatasi kelemahan Umno dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang," katanya.



MB S'gor batal hadiri seminar di Amerika
Mei 22, 11 9:29pm

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado, Amerika Syarikat, berikutan tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat yang mengorbankan 16 nyawa.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan akhbar hari ini berkata Abdul Khalid dijangka tiba di tanahair petang esok dan akan melawat mangsa yang selamat serta bertemu anggota keluarga mangsa yang terkorban.

"Kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa dan anggota keluarga mereka yang terlibat di Azwen Resort, Hulu Langat," kata kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, 16 orang terkorban manakala sembilan yang lain cedera.

- Bernama


PRU: Zahid dakwa DAP rancang letak calon Melayu
Mei 22, 11 9:21pm

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Katanya, DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

"Mereka telah mencari jalan supaya calon-colon (orang Melayu) itu dapat diterima oleh pengundi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Masjid Tanah dekat Alor Gajah hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata DAP merancang meletakkan calon orang Melayu di Perak untuk menguasai negeri itu dengan menteri besarnya terdiri daripada calon DAP.

"Ini kerana perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar, oleh itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri supaya akhirnya menteri besar itu dari DAP," katanya.

Beliau berkata di negeri lain, parti pembangkang itu merancang meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti pengundi Melayu dan Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu.

Katanya strategi terancang itu tidak mustahil untuk dilakukan kerana DAP telah memulakan blog dalam bahasa Melayu berbanding selama ini hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

"Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat), Sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP," katanya.

Ahmad Zahid mengingatkan Umno dan parti komponen BN yang lain, supaya berhati-hati dengan taktik secara berstruktur dan sistematik yang dilakukan oleh DAP itu.

"Kita jangan berada dalam zon yang selesa dengan tindakan yang dilakukan DAP, saya ingatkan orang Melayu jangan jadi tali barut kepada DAP, sama ada mereka menjadi calon secara langsung atau rakan yang bersekongkol di bawah pakatan rakyat," katanya.

- Bernama


Menteri Negara Britain Sedih Dengan Tragedi Tanah Runtuh

KUALA LUMPUR: Menteri Negara Britain bagi Hal Ehwal Asia Tenggara di Pejabat Luar dan Komanwel, Jeremy Browne, melahirkan rasa sedih dengan tragedi tanah runtuh yang menimpa sebuah rumah anak yatim di Kampung Gahal, Hulu Langat dekat sini.

"Saya berasa amat sedih apabila mendengar berita mengenai kejadian tanah runtuh yang mengorbankan beberapa anak yatim di Selangor.

"Saya mengucapkan takziah dan turut bersimpati dengan semua yang terlibat, termasuk pekerja penyelamat yang saya tahu bekerja keras untuk mengeluarkan seberapa ramai mangsa yang mungkin," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain, Sabtu.

Browne berkata beliau menyedari betapa tragedi malang itu turut dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Sehingga 11.30 malam, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 19 mangsa yang tertimbus, termasuk mayat lapan kanak-kanak dan dua dewasa penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Rumah anak yatim itu, yang terletak berhampiran sebuah bukit, mempunyai 49 penghuni termasuk lima penjaga. - BERNAMA

Kaki dua mangsa cedera parah terpaksa dipotong


ORANG ramai melihat kawasan tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat semalam.


KUALA LUMPUR - Kesemua sembilan orang yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat kelmarin dan sedang dirawat di hospital dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lapan mangsa dirawat di Hospital Ampang manakala seorang lagi mangsa dirawat di Hospital Pakar KPJ Kajang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, enam mangsa kejadian di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Al-Taqwa itu ditempatkan di wad khas di Hospital Ampang manakala dua lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama.

"Dua mangsa berumur 13 dan 33 tahun kini stabil di ICU walaupun kaki masing-masing terpaksa dipotong akibat kecederaan teruk," kata Rosnah sambil menangis kerana sebak dengan kejadian itu.



Pelajar Cerita Detik Cemas Tanah Runtuh

KAJANG: "Saya jerit suruh yang lain melarikan diri namun tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan kebanyakan rakan tertimbus," kata Mohd Iman Abdullah.

Mohd Iman, 14, adalah antara pelajar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyebabkan 25 orang tertimbus.

Mohd Iman berkata beliau sempat menjerit menyuruh rakan-rakannya yang lain melarikan diri apabila melihat tanah mula runtuh.

"Ketika itu kami semua berada di bawah khemah kerana hendak menyiapkan persiapan majlis dan saya melihat tanah bergerak dan runtuh sedikit," katanya.

Seorang lagi pelajar yang terselamat Mohd Jihad Jalal, 14, berkata keadaan ketika itu huru hara dengan bunyi pekikan dan jeritan minta tolong. "Saya sendiri pada mulanya tertimbus sedikit di bahagian kaki sebelum ditarik oleh penduduk," katanya.

Mohd Faizal Isni, 17, pula berkata sebelum kejadian, dia terdengar bunyi kuat seakan ranting patah dan benda jatuh sebelum melihat tanah runtuh ke khemah.

"Ketika itu kami sedang siapkan pentas di khemah untuk sambut pegawai Finas yang dijadual datang pukul 5 petang dan saya berjaya melarikan diri sejurus kejadian," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk setempat yang merupakan antara yang terawal tiba di lokasi kejadian berkata beliau tiba 10 minit selepas kejadian dan mendengar jeritan meminta tolong sebelum setengah jam kemudian tiada suara yang kedengaran.

"Saya nampak ada budak yang badannya separuh tersepit dan saya cuba mengalihkan runtuhan namun tidak berjaya.

"Ketika saya sampai dengar suara minta tolong tetapi setengah jam kemudian tiada suara langsung," katanya sambil memberitahu bahawa semalam hujan lebat di kawasan itu.

Warden asrama anak yatim itu, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata kejadian berlaku selepas pelajar selesai makan tengah hari dan beberapa pelajar ditugas membersihkan ruang makan itu.

"Masa kejadian saya berada di asrama dan mendengar bunyi dentuman kuat dan saya tengok ramai pelajar dah tertimbus.

"Keadaan masa tu tak boleh gambar dengan kata-kata...," katanya yang telah lima tahun menjadi warden di situ.

Beliau berkata sebelum ini beberapa kejadian tanah runtuh kecil pernah berlaku kira-kira 50 meter dari bangunan rumah anak yatim itu.

"Kejadian ini mungkin ekoran kejadian bulan lepas," katanya. - BERNAMA

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Binti Ismail telah meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari, Sabtu, di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.

Menurut anak sulungnya, Dilla Hussein, 47, ibunya sudah tiga minggu mengalami demam panas dan batuk namun, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kritikal melainkan penyakit diabetisnya sahaja.

"Semalam, arwah mengalami masalah pernafasan dan muntah-muntah. Bila ibu dibawa ke klinik, doktor meminta saya dan adik beradik yang lain menghantarnya ke hospital kerana kandungan gula dalam badannya tinggi.

"Disebabkan masalah itu, jangkitan berlaku di paru-paru pula. Dalam pukul 10 malam tadi, ibu terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Tambah Dilla, dia tidak menyangka ibunya pergi terlalu awal kerana pada Khamis lalu, dia bersama Allahyarham telah membeli belah dan meluangkan masa bersama. "Malah beberapa minggu ini terdapat sedikit perubahan tentang ibu yang sungguh berselera dalam bab makan sedangkan dia seorang yang begitu teliti tentang penjagaan pemakanannya.

"Bayangkan, setiap dua jam, dia akan lapar dab mahu makan. Saya masih teringat lagi, dia begitu teringin untuk makan ikan terubuk masih masak cili api dan saya masakkan untuknya," tuturnya.

Selain Dilla, Allahyarham yang merupakan balu pelakon veteran Hussein Abu Hassan, meninggalkan dua orang anaknya iaitu Fairuz, 45 dan Faizal 43.

Allahyarham telah dibawa ke rumah Dilla di 175, Jalan Setia, Gombak Setia, Off Jalan Gombak dan akan disembahyangkan di Masjid As-Syakirin.

Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, selepas waktu Isyak, Sabtu.

Dua Beradik Antara Yang Terkorban Dalam Tragedi Tanah Runtuh Di Hulu Langat

KAJANG: Dua beradik, Mohd Zaim Azahari, 14, dan adiknya Mohd Azed, 8, adalah antara yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini, Sabtu.

Mayat Mohd Zaim dihantar ke Hospital Kajang pada pukul 8.55 malam manakala mayat adiknya dipercayai dihantar ke Hospital Ampang.

Difahamkan bapa kanak-kanak malang itu, Azahari Mat Selek, 36, dan ibu mereka Noreha Ariffin, 37, bekerja sebagai warden dan tukang masak di asrama berkenaan bersama seorang lagi adik-beradik perempuan berumur 10 tahun, terselamat daripada runtuhan yang berlaku pada pukul 2.30 petang.

Datuk saudara kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Mohd Amri, 56, ketika ditemui pemberita di Hospital Kajang berkata Mohd Zaim seorang pelajar yang boleh menghafal surah Yassin pada umur 10 tahun dan merupakan seorang budak yang baik.

Dalam tragedi itu, 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus akibat tanah runtuh.

Ketika kejadian kesemua mangsa dipercayai berada di khemah yang dipasang untuk mengadakan satu majlis yang dijadual diadakan petang tadi.

Sementara itu, seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang Harizan Yaacub, 30, yang merupakan bapa saudara tiga kanak-kanak yang belajar di asrama berkenaan masih tertanya-tanya keadaan tiga anak saudaranya itu.

"Anak buah saya ada empat orang belajar di sana...Mohd Aizad Abdul Karim, 14, Mohd Aiman Abdul Latif, 12, dan Mohd Awie Abdul Latif, 13. Seorang lagi anak buah saya, Mohd Alif Abdul Karim, 16, berada di rumah semasa kejadian berlaku," katanya.

Harizan berkata maklumat terkini yang diterima buat masa ini mengatakan Mohd Aizad selamat tetapi patah kaki.

"Yang lagi dua itu, saya tidak tahu macam mana keadaannya," katanya.

Tinjauan Bernama setakat ini mendapati mangsa yang cedera tidak kelihatan di Hospital Kajang dan dipercayai dihantar ke hospital lain, antaranya Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Perkembangan Perubatan Hospital Ampang Datuk Dr Azmi Shafie berkata lapan lelaki dan seorang wanita dimasukkan ke hospital itu selepas diselamatkan dalam kejadan tanah runtuh itu.

Daripada jumlah itu, seorang lelaki berusia 28 tahun berada dalam keadaan kritikal manakala kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun masih menjalani pembedahan pada kaki kirinya.

"Baki enam lagi dirawat di wad biasa," katanya kepada pemberita semasa ditemui di hospital itu.

Terdahulu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan melawat mangsa-mangsa berkenaan. - BERNAMA

Tanah Runtuh: Kerajaan Selangor Peruntuk Bantuan Segera RM50,000

KAJANG: Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan peruntukan segera sejumlah RM50,000 bagi membantu tragedi tanah runtuh membabitkan Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat.

Pengerusi Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Rodziah Ismail berkata sebanyak RM20,000 diperuntukan bagi kegunaan pengurusan jenazah.

"Sementara itu sebanyak RM30,000 diperuntukan untuk kegunaan usaha mencari mangsa dan menyelamat yang masih tertimbus," katanya ketikaditemui media di sini malam Sabtu.

Tanah Runtuh: Ibu Saudara Dzahir Terkilan

KAJANG: Ibu saudara kepada Dzahir Haziq, 17, salah seorang mangsa yang terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat terkilan kerana tidak dapat melihat wajah arwah sebelum dikebumikan.

Zaiton Abdullah, adik bongsu kepada ibu arwah Dzahir berkata, beliau menerima berita kematian anak saudaranya itu pada Sabtu malam.

"Semalam baru saya dapat maklumat tentang kematian Dzahir, saya bergegas datang dari Terengganu ke sini, tapi terkilan tak dapat tengok arwah," katanya dalam keadaan sebak.

Zaiton berkata, beliau rapat dengan arwah sejak kecil dan menyifatkan Dzahir adalah seorang anak yang baik serta menghormati orang tua.

"Saya jaga Dzahir sejak dia dalam kandungan lagi, saya sendiri yang jaga ibunya ketika sedang mengandung.

"Sebab itu saya anggap Dzahir macam anak kandung sendiri...dia budak baik," katanya.

Zaiton tiba di Tanah Perkuburan Islam Dusun Naning kira-kita pukul 2.45 petang Ahad sewaktu kerja-kerja menimbus tanah liang lahad sedang dilakukakan.

Dzahir bersama enam mangsa lain dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sementara sembilan lagi mangsa yang turut terkorban dalam tragedi berkenaan telah dituntut keluarga dan waris masing untuk diurus dan dikebumikan.

Dalam pada itu Zaiton berkata, kali terakhir beliau menemui Dzahir ialah pada Januari tahun ini sewaktu berkunjung ke rumah kelaurga arwah di Shah Alam.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang Sabtu, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat.

Bukan Semua Penghuni Hidayah Madrasah At Taqwa Anak Yatim

PEKAN: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata bukan semua penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At Taqwa di Hulu Langat, lokasi kejadian tanah runtuh semalam yang meragut 16 nyawa, adalah anak yatim.

Katanya berdasarkan lawatannya ke lokasi kejadian runtuhan itu semalam, beliau mendapati rumah itu turut beroperasi sebagai tempat pengajian tahfiz dankem motivasi.

Siasatan awal kementerian mendapati pusat berkenaan tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita Umno Bahagian Pekan di sini, Ahad.

Sehubungan itu, Shahrizat berkata beliau telah meminta kementerian dan agensi terlibat seperti Kementerian Pelajaran, JKM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera untuk mengetahui status rumah terbabit dan kebajikan penghuni-penghuninya.

"Pihak tertentu mesti buat siasatan berhubung rumah itu sebab budak tahfizdan anak yatim tinggal di situ, kem motivasi pun di situ, jadi kita tidak tahuasal-usul kediaman itu," katanya sambil menyampaikan takziah daripada WanitaUmno kepada waris mangsa yang terkorban dalam bencana alam itu.

Beliau berkata daripada 47 penghuni yang terlibat dengan bencana yang berlaku pada pukul 2.30 petang Sabtu itu, 27 daripada mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara JKM di mana keluarga atau waris boleh menemui mereka di situ.

Shahrizat berkata sekiranya mana-mana penghuni terbabit disahkan sebagaianak yatim, pihak kementerian akan mengambil tindakan yang sesuai bagimemastikan kebajikan mereka terjaga.-BERNAMA

Pembangunan Di Kawasan Lereng Dan Berbukit Tidak Dihentikan: Nong Chik

KUALA LUMPUR: Semua pembangunan di kawasan lereng dan berbukit di Kuala Lumpur tidak akan dihenti asalkan pemilik tanah dan pemaju mematuhi syarat-syarat teknikal mengikut Garis Panduan bagi PerancanganPembangunan di kawasan bukit dan cerun di Wilayah Persekutuan 2010 (GPWPKL 2010).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong ChikRaja Zainal Abidin berkata selain pemantauan berterusan Dewan Bandaraya KualaLumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR), pihaknya juga akanmemastikan mereka yang ingin memajukan sesuatu kawasan perlu mengikuti setiapperkara dalam garis panduan itu.

Jika dipatuhi, beliau berkata risiko kejadian tanah runtuh dapat dikurangkankerana kebanyakan amalan atau garis panduan yang diluluskan itu turut diguna dibeberapa negara termasuk di Hong Kong dan terbukti berkesan.

"Kita tidak boleh kata 100 peratus tidak akan berlaku tetapi kalau langkah keselamatan diambil secara teknikal oleh pemaju dan dipantau oleh pihak berkuasaseperti DBKL, kemungkinan risiko berlakunya kejadian itu berkurangan.

"Kalau kita kata nak hentikan semua pembangunan oleh kerana bukit, KualaLumpur pun mempunyai banyak bukit dan kawasan lereng," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan pusat komuniti Bukit Bandaraya di Jalan Medang Tanduk,Damansara di sini, Ahad.

Raja Nong Chik ditanya mengenai langkah kementerian memantau kawasan berisiko tanah runtuh di Kuala Lumpur berikutan kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat,petang Isnin yang mengorbankan 16 nyawa dan menyebabkan sembilan yang laincedera.

Beliau berkata Umno kawasan Lembah Pantai dan Yayasan Wilayah Persekutuan turut menghulurkan sumbangan RM1,500 kepada setiap keluarga daripada empat mangsa tanah runtuh yang berasal dari kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Sementara itu Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail yangturut hadir pada majlis itu, meminta orang ramai bekerjasama dengan DBKL di samping melaporkan segera kepada pihak berkuasa berkaitan jika terdapat tanda-tanda tanah runtuh di komuniti masing-masing.

Beliau berkata tanah runtuh jarang berlaku begitu sahaja kerana biasanya ia akan mempunyai simptom seperti pokok tumbang dan serpihan tanah jatuh.

"Mungkin sebelum terjadi (tanah runtuh) kawasan itu ada menunjukkan simptom-simptom tanah runtuh dan jika ada, penduduk perlu maklumkan segera kepada DBKL untuk tindakan seterusnya," katanya.-BERNAMA
















Tiada ulasan: