Sabtu, 28 Mei 2011

BILA MEMPERJUANG PERIBADI SERTA PUAK DAN POLITIK LEBIH UTAMA DARI MEMPERJUANGAN ISLAM AGAMA ALLAH...HINGGA TAK HIRAU DOSA DAN PAHALA....BERTAUBATLAH

Pua cabar kerajaan nyah-rahsiakan kontrak IPP
Regina Lee
Mei 28, 11
3:32pm

DAP hari ini mencabar kerajaan persekutuan pimpinan BN supaya menyah-rahsiakan perjanjian dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) berhubung subsidi yang diberikan kepada mereka.

NONESetiausaha publisiti parti itu, Tony Pua (kiri) berkata tindakan berkenaan perlu bagi menjelaskan mengapa kerajaan enggan menstrukturkan semula kontrak yang berat sebelah itu, sedangkan syarikat-syarikat tersebut membuat keuntungan lumayan sehingga membebankan rakyat.

Awal minggu ini, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membidas pembangkang yang terus mendesak kerajaan menghentikan subsidi kepada IPP dan Tenaga Nasional Bhd sebelum menarik balik subsidi rakyat yang membabitkan bahan api dan gula.

Chua mendakwa perkara itu tidak dapat dilakukan kerana kerajaan telah memeterai perjanjian dengan pelbagai pengeluar tenanga sejak bertahun-tahun yang lalu dan ia hanya boleh dirundingkan semula apabila tempoh perjanjian tersebut berakhir.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02"Oleh kerana kerajaan terikat dengan banyak perjanjian, subsidi kepada IPP tidak boleh dihentikan dengan segera (hanya kerana) ikut kata DAP atau kata Anwar (Ibrahim) ," katanya pada sebuah sidang akhbar.

Merujuk kenyataan itu, Pua berkata tidak ada guna bagi beliau berhujah dengan Chua kerana tidak ada sesiapa di luar daripada jemaah menteri mempunyai akses kepada Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).

"Saya sebaliknya cabar Chua bagi buktikan dakwaannya bahawa kerajaan tidak mampu melakukan apa-apa selepas memeterai PPA dan menuntut supaya semua perjanjian itu dinyah-rahsiakan supaya rakyat boleh mengetahuinya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata kerjaan juga perlu menjejaki precedent yang dibuat pada tahun 2009 dengan menyah-rahsiakan perjanjian konsesi lebuhraya.


Nik Aziz: Pemfitnah harus minta maaf
Mei 28, 11 12:21pm

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon maaf.

pas muktamar 130610 nik abdul aziz nik mat 1TV Selangor memetik beliau berkata, ini kerana maruah dan harga diri seseorang individu adalah tunjang sifat kemanusiaan secara jelas tidak boleh diaibkan sewenang-wenangnya demi kepentingan politik semata.

Justeru, Nik Aziz tidak menolak kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat oleh kepimpinan Umno-BN yang khuatir akan kehilangan kuasanya.

"Mereka tahu Anwar pandai. Mereka bimbang Anwar jadi Perdana Menteri, sebab itu mereka fitnah. Anwar bukan batang kayu tapi orang. Orang ini ada malu," katanya.

ean yong hian wah report polis over village head receive sex tape 270511 03Sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 10 laporan berhubung pengedaran cakera padat (CD) rakaman video seks lucah yang cuba dikaitkan dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu di seluruh negara juga kepada ketua-ketua kampung di sekitar Selangor.

Aktiviti pengedaran cakera padat itu juga didakwa didalangi oleh ahli Umno-BN.

Memerangkap mentaliti Melayu

Namun sehingga hari ini, polis masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap trio 'Datuk T' yang merupakan dalang utama dalam pendedahan video berkenaan Februari lalu.

NONEPada siri ceramah perdana 'PAS Ganti Umno' semalam, Nik Aziz berkata ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan mewujudkan senario politik sihat.

Malah beliau turut berpendapat pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourPada ucapannya di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di padang Kampung Setia, Rawang itu, Nik Aziz menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai.

Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus ke arah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Berasal dari satu bapa

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

NONEBeliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

"Umno cuba pecahkan (perpaduan) tidak betul. Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

azlanKenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam.

Masuk lubang kali kedua

Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.

pas umno general election 021104"Saya antara orang yang menyokong PAS masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan PAS di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (PAS) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali kedua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas ketua bahagiannya, Mat Senin Mat Lana.

Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar.

Umno: Melayu mesti disatukan bagi BN menang
Mei 28, 11 4:13pm

Perpaduan majoriti kaum Melayu di kawasan yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu merupakan satu formula baik yang boleh digunakan oleh BN untuk memenangi sesebuah kawasan pada pilihan raya nanti.

NONEKetua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata BN perlu menggunakan formula penyatuan dan perpaduan majoriti orang Melayu di kawasan sedemikian, dan berusaha memenangi hati pengundi Cina dan India bagi mengukuhkan kemenangan calon BN.

"Kita tidak boleh kata semua pengundi akan pilih BN, maksud majoriti di sini adalah minima 51 peratus undi Melayu (di kawasan berkenaan) sokong BN, bermakna sekiranya 51 peratus pengundi Melayu memilih BN, ini bererti BN sudah menang dan jumlah majoriti peratus itu akan bertambah dengan undi daripada kaum Cina dan India," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang di Taiping hari ini.

Beliau berkata langkah untuk menyatu-padukan orang Melayu perlu bermula dengan perpaduan di kalangan anggota Umno sendiri di satu-satu kawasan yang akan menarik minat orang lain.

Katanya langkah seterusnya adalah mengadakan pakatan bersama-sama antara Umno dan PAS yang akan menyatupadukan orang Melayu secara keseluruhanya.

- Bernama

Bilangan lesen bagi berniaga akan dikurangkan
Mei 28, 11 4:21pm

Kerajaan komited, sepanjang dua hingga tiga tahun lagi, untuk mengurangkan bilangan lesen yang diperlukan untuk mengendalikan perniagaan di Malaysia.

mca welcoming dinner for central delegates 091009 donald limIni adalah untuk memastikan negara menjadi lebih terbuka untuk perniagaan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing, kata Timbalan Menteri Datuk Donald Lim Siang Chai.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Program Capstone Perancang Kewangan Berdaftar Majlis Perancangan Kewangan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata komitmen kerajaan itu adalah hasil mesyuarat Majlis Pembangunan SMe Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dua minggu lalu.

Pada mesyuarat itu, Najib memberi jaminan kerajaan akan mengurangkan syarat-syarat bagi pengeluaran lesen dan permit kepada perusahaan kecil dan sederhana.

kpg kerinchi stalls demolition 080108 tractorIni adalah berikutan satu analisa oleh Bank Dunia yang mendapati PKS masih memerlukan terlalu banyak lesen dan permit untuk menjalankan perniagaan.

Sempena pelancaran itu, MFPC juga melancarkan sebuah buku bertajuk "Readings of Financial Plans and Shariah Wealth Management".

- Bernama



AUKU: Siapa pejuang mahasiswa sebenar?
Mohd Ridzuan Othman
Mei 28, 11
10:15am

Sejarah gerakan mahasiswa terus ditekan dan dihimpit hebat terutama daripada kerajaan kerana kesuburan gerakan mahasiswa mula menampakkan pencerahan bukan sahaja kepada individu yang bergelar mahasiswa bahkan kepada anak muda dan masyarakat umumnya.

NONEGerakan mahasiswa seringkali dilabel dengan pelbagai nama dan gelaran. Tetapi semua itu tidak pernah sekali mematahkan hasrat dan imian mahasiswa bahawa mahasiswa bukan budak sekolah yang boleh diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak dan mahasiswa adalah golongan bebas yang suatu masa nanti akan memimpin negara mengantikan para pemimpin yang ada sekarang.

Gerakan mahasiswa dihenyak-henyak bagi mengekang dan menutup jalan juang pemimpin dan ahli gerakan mahasiswa untuk terus menyatakan hak dan kepentingan mahasiswa dan mengepalai masalah atau isu yang membelenggu masyarakat di Malaysia.

NONEPerjuangan mahasiswa bukan sahaja melingkari kampus semata-mata tetapi hingga ke peringkat memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Tetapi, gerakan mahasiswa terus dihalang dan disekat dengan wujudnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Bila menyebut sahaja AUKU, sudah tergambar bagaimana rakusnya akta ini mengikat dan merantai setiap inci pergerakan seorang yang bernama mahasiswa.

'Kunci' penutup

Nyata, dengan wujudnya AUKU ini, gerakan mahasiswa menjadi semakin hebat. Akta ini langsung tidak menjadi 'kunci' penutup kepada sebuah entiti yang bernama gerakan mahasiswa.

NONERamai Mahasiswa yang dikenakan AUKU malahan ada yang pernah digantung semester. Semua ini sudah menjadi sinonim dengan gerakan mahasiswa tetapi tidak pernah mematahkan semangat dan daya juang mahasiswa.

Mahasiswa terus bangkit dan melawan Akta yang dikatakan zalim dan tidak adil ini. Melawan dengan pelbagai cara sehingga sanggup berdemo di atas jalan-jalan raya membawa suara protes keras kepada kerajaan terhadap AUKU ini.

Walaupun berlaku beberapa pindaan terhadap akta ini namun semua itu ibarat dogengan sahaja.

Ada yang mencabar AUKU sehingga ke Mahkamah Tinggi dan ada pula yang berani berhujah dalam prosiding AUKU di kampus menyatakan kebenaran sambil berdepan dengan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

universiti student auku uuca parliament protest 180808 08Pembangkang dalam Pakatan Rakyat berhujah lunak di Parlimen menyatakan kesungguhan dan komitmen mereka untuk memansuhkan AUKU jika memerintah Malaysia.

Namun, kerajaan masih dengan komitmen mereka mempertahankan AUKU sebagai peraturan Universiti.

Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa negeri itu bebas dari jajahan takluk AUKU dan kolej atau universiti di bawah kerajaan negeri bebas AUKU. Bunyinya rancak dan hebat tapi praktikalnya masih menjadi tanda tanya.

Retorik politik

Apakah ini sekadar retorik politik atau impian sebenar Kerajaan Pakatan Rakyat.

NONETetapi dalam masa yang sama, 17 mahasiswa di Universiti Malaya dikenakan perbicaraan AUKU kerana dikatakan 'terlibat' dan 'merancang' perhimpunan sewaktu di dalam pilihan raya kampus.

Amat mencuit hati lagi, apabila pertuduhan yang dinyatakan mensabitkan mahasiswa yang melakukan sidang media.

Nun jauh di sana dalam dakapan emas kerajaan Kedah pimpinan Pakatan, barangkali seperti lubuk emas tetapi masih beriman dan berpegang dengan AUKU sedang dalam pimpinan Pakatan Rakyat yang lain telah bersetuju AUKU bukan untuk mahasiswa.

Tetapi apakan daya niat tidak sampai barangkali kerana jauh perjalanan, enam mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) 'kalah' dengan AUKU.

  • Mohd Faiz Mohd Arshad: Digantung dua semester pengajian
  • Mohd Aiman Che Ab Razab: Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
  • Zukhilatif Marzukhi : Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
  • Mohd Azlan Mat Zain : Surat amaran dan digantung 1 sem pengajian
  • Ahmad Remi Md Arof : Surat amaran dan digantung satu semester pengajian
  • Mohamad Farhan Mohamad Baharin: Surat amaran dan denda RM100

Yang terfikir di fikiran, siapa yang sebenarnya memperjuangkan AUKU agar dihapuskan kini?

Di mana silap?

auku, university demoDi mana silap enam mahasiswa KUIN ini sehingga dijatuhkan hukuman sebegitu rupa walaupun tekad menyatakan AUKU tidak releven untuk mahasiswa.

Kenapa perlu lagi di negeri Pakatan Rakyat menggunakan AUKU sebagai kiblat untuk menjatuhkan hukuman?

Aneh dan ajaib... tetapi realitinya berlaku di negeri tersebut.

Bukan kritikan yang diberikan tetapi penjelasan yang setimpal perlu dinyatakan agar mahasiswa dan masyarakat tidak hilang kepercayaan akan datang.

Jika kerajaan BN menggunakan AUKU sejak dulu, kini dan selamanya tetapi hari ini mahasiswa perlu melawan dua kerajaan yang berlainan untuk mempertahankan hak sendiri.

auku, university demoIbarat sudah jatuh ditimpa tangga... yang diharapkan bertukar menjadi mimpi ngeri.

Tetapi perjuangan harus diteruskan tidak kira siapa yang harus dilawan. Paling penting, AUKU harus dimansuhkan terus dalam diari hidup mahasiswa dan ditukar dengan peraturan baru yang mencerna bibit-bibit intektual yang bernas dan segala pandangan mahasiswa dibiarkan terus mekar sebagai 'check and balanc'e kepada kerajaan mahupun pembangkang.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.Penulis adalah mantan setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).


Temuduga guru: Calon pedalaman diketepikan?
Mei 28, 11 12:03pm

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh meminta Kementerian Pelajaran segera mengkaji semula keputusan temuduga terbuka bagi profesion perguruan melibatkan anak tempatan Nabawan dan Kemabong di pedalaman Sabah pada 7 Mei lalu.

Beliau berkata ini kerana ramai ibu bapa dan pelajar berpendapat temuduga itu tidak dilaksanakan mengikut sasaran ditetapkan.

"Objektif utama temuduga itu ialah untuk memberi peluang kepada anak tempatan di pedalaman Sabah, khususnya di Nabawan dan Kemabong, menjadi guru," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kata beliau, calon dari luar daerah itu turut diambil dan ini menafikan peluang anak tempatan menjadi guru.

Radin, yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata beliau dimaklumkan bahawa pada mulanya kumpulan sasaran bagi pengambilan itu ialah anak tempatan dari kawasan pedalaman yang mendapat enam kredit, termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

"Mendapat 'A' (kredit) tidak diwajibkan bagi pelajar dari kawasan pedalaman Nabawan dan Kemabong. Anggota panel temuduga datang jauh dari Putrajaya; mereka tidak kenal calon-calon ini, jadi mereka hanya pilih secara rambang, manakala kelayakan yang diambil kira pula adalah seperti biasa, contohnya 4A bagi lelaki dan 5A bagi perempuan dan ini mengenepikan peluang untuk anak tempatan," katanya.

Radin berkata perkara paling mengecewakan ialah pegawai pendidikan tempatan langsung tidak dilibatkan dalam semua proses pengambilan.

"Ini menyebabkan objektif utama untuk memberi peluang kepada anak tempatan tidak tercapai. Ini tidak adil bagi anak tempatan Nabawan dan Kemabong," katanya.

Beliau berkata sekiranya amalan itu diteruskan, sampai bila pun anak tempatan tidak berpeluang menjadi guru.

"Sebab itulah ibu bapa mahu keputusan itu dikaji semula agar anak tempatan berpeluang mencapai impian mereka," katanya.

Radin berkata sekolah di pedalaman, termasuk di Nabawan dan Kemabong, masih kekurangan dalam banyak aspek, termasuk prasarana dan kemudahan teknologi maklumat.

Ini juga perlu diambil kira dalam pengambilan guru melalui temuduga terbuka, katanya.

- Bernama
K'jaan luluskan kenaikan tarif elektrik
Mei 27, 11 4:17pm

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.

NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

electric bill 130608Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.

Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.

“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.

Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.

Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.



Zaman Bujang · Top Commenter
Sume tindakan kerajaan tu ada rasional dia:
1. Naik harga gula: supaya jgn membazir gula yg kluar melalui kencing.
2. Naik harga Minyak : Demi keselamatan rakyat- bahaya main2 minyak petrol ni-klau meletop sapa yg susah....
3. Naik tarif letrik : Kerana Kera Jaan prihatin dgn keselamatan rakyat yg ske sangat main alat2 letrik.
4. Naik harga daging: Menghormati lembu dan kerbau.
5..............

'Individu misteri iring perjalanan Razak, Altantuya'
Susan Loone
Mei 27, 11
6:51pm

Ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

apcet II 221209 cynthia gabrielPengarah NGO hak asasi Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

NONERundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

Tiada ulasan: