Sabtu, 28 Mei 2011

FAHAMKANLAH...SEGALA MILIK SERTA KUASA HAK ALLAH...YANG JAGA ISLAM ALLAH DAN SEMUANYA...TAKDIR SEMUA DALAM KUASA ALLAH..JANGAN ASYIK BUAT YANG BATIL

Anwar: JPA perlu telus agih bantuan pendidikan
Mei 28, 11 3:49pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa bantuan pendidikan harus diagihkan dengan adil kepada setiap rakyat Malaysia yang layak tanpa mengira keturunan.

Sehubungan itu, beliau juga mahu bantuan seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi membantu mereka mengikuti kursus pilihan mereka.

azlanBantuan pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan sebab itulah, kata Anwar, keputusan diambil untuk menyediakan pelbagai skim bagi meringankan beban pelajar terutama dari golongan miskin.

Malah, katanya, dalam kes pelajar cemerlang, Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menukar pinjaman kepada biasiswa demi membantu mengurangkan beban ibu bapa.

"Siapa kata biasiswa tidak ada? Program kita PTPTN diganti anak miskin mesti dapat biasiswa, mana ada sistem di dunia ni anak miskin tak dapat biasiswa?" soalnya pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.

TV Selangor juga memetik Anwar berkata pelajar Cina dan India yang miskin juga tidak boleh dinafikan hak mereka mendapat bantuan pendidikan jika mencatat keputusan cemerlang kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan.

ceramah Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor, anwar ibrahim"Kenapa jadi begitu? Orang miskin cerdik bantulah, ada orang kata ada Cina, India tak dapat bagilah tetapi jangan ambil hak orang Melayu punya. Jangan pertikai hak orang Melayu yang pintar yang miskin dapat biasiswa. Saya tak peduli siapa pun jangan pertikai, yang prinsip kita kalau ada anak Cina, India pintar bagilah, orang Melayu takkan miskin." katanya.

Baru-baru ini, beberapa pihak mengadu bahawa anak-anak mereka tidak mendapat biasiswa JPA walaupun mencatat keputusan cemerlang dan syarat-syarat lain yang disenaraikan.

Ada juga dikatakan pelajar cemerlang terbabit tidak mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi dalam kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan mereka.

Kedatangan Anwar ke Johor kali ini disambut dengan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang tiba di Muar seawal jam 7 malam semalam lagi.

Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama polis yang mensyaratkan program ini tidak menghalang lalu lintas. Pihak penganjur menyediakan skrin gergasi bagi penonton di luar bangunan ceramah.

Turut hadir pada ceramah ini ialah pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Gaps: Hanya Melayu ada hak untuk biasiswa
Mei 28, 11 2:31pm

Hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan, kata kumpulan pendesak yang berkaitan dengan Umno - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

NONE“Adakah sebenarnya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat biasiswa? Perlembagaan Persekutuan hanya mengariskan orang Melayu dan Bumiputera (sahaja) mempunyai hak untuk menerima biasiswa,” kata presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan.

“Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu,” katanya dalam usaha cuba memindahkan kesalahan itu kepada lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965.

Hamidzun mengulas kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berkata, “MCA meminta perdana menteri supaya memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara meskipun Putrajaya mendakwa tidak membuat sebarang janji seumpama itu.”

Sambil menuduh “sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chauvanistic”, Hamidzun membidas Chua, khususnya dan mencabar ketua parti komponen BN yang kedua terbesar itu meminda perlembagaan jika tidak bersetuju.

gaps protest 20101205 banner 05“Kalau (Chua) Soi Lek tak setuju, dia kena pinda perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid ini. Soi Lek wajar bersikap lebih objektif dalam kepimpinannya.

“Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja,” kata pemimpin Gaps itu.Cukup la...

Hamidzun juga membidas parti-parti komponen BN yang katanya setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta Umno akan menjadi juara kaum masing-masing.

“Gaps melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya sambil menambah pemimpin BN perlu bertanggungjawab mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya di negara ini.

NONE“Cukup lah Do Xiang Zhong (sic), PERKASA dan Hindraf menjadi jurucakap bangsa masing-masing. Mereka cemerlang dalam bidang itu,” katanya.

Bagaimanapun bercanggah dengan dakwaannya hanyak orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasaiswa, pada akhir kenyataannya Hamidzun menulis “Pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan.”




KUIN bukan hak PAS, Hadi tak boleh campur, kata MB
Mei 28, 11 1:13pm

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

auku, university demoDalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

auku, university demoMenjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.

"Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.

"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.

Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa.

Anwar: Umno bukan pembela Melayu
Mei 28, 11 4:49pm

Umno kini tidak mampu mengekalkan prinsip-prinsip Melayu seperti yang ditonjolkan pada era Tun Sri Lanang dan juga Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama pendeta Za'ba, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu tidak korup seperti pemimpin Umno hari ini yang hanya bersandarkan kepada amalan politik jijik yang menjengkelkan sehingga sanggup menjatuhkan martabat sesama umatnya.

ceramah Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor, anwar ibrahim"Pejuang-pejuang asal seperti Tun Sri Lanang yang hebat, apa hebatnya? Hebatnya kerana ilmu, prinsip, hebatnya kerana Melayunya tebal mengikut syarak maknanya ikut hukum, jangan rasuah, jangan rompak, jangan hina, jangan aib kaum sendiri, itu dia Tun Sri Lanang.

"Za'ba, pendeta Za'ba, pemikir Melayu, sasterawan ahli bahasa ulung, apa pandangan dia? Bila bicara soal Melayu, miskin apa Melayu?

“Miskin harta benda tapi dia bimbang yang miskin akhlak, miskin budi pekerti, miskin semangat tewas tak sanggup berjuang menolak sistem penjajah Inggeris," kata Anwar pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.

NONEBeliau merujuk dirinya yang dihujani pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh Umno sejak 13 tahun lalu. Selepas meninggalkan Umno. Anwar mendakwa dirinya dihambat dengan kes liwat I dan II. Paling terbaru ketua pembangkang itu dikaitkan pula dengan video seks yang disebarkan oleh trio Datuk T.

Bukan itu sahaja, malah, katanya yang dipetik TV Selangor, isteri, anak dan cucu beliau juga terkena tempias gelora politik kotor Umno itu.

Pada ceramahnya ini, Anwar turut menyeru supaya semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tun Seri Lanang dan Pendekta Za'ba diteladani oleh pemimpin hari ini.

Katanya, pemimpin Umno hari ini lebih mementingkan isteri dan juga anak-anak serta kroni semata-mata dan membiarkan rakyat terus dihimpit kesusahan akibat sikap tamak haloba mereka. azlan"Bukan perkayakan keluarga dia, ini orang pimpinan Umno bercakap soal Melayu tapi akhirnya mereka yang kaya-raya, bagi kontrak kat bini dia, bila bagi IPP bagi kat siapa? Kroni-kroni.”

Baru-baru ini kerajaan menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat-suarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Najib: Sendayan, pangkalan baru TUDM ganti Sg Besi
Mei 28, 11 1:29pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menamakan kawasan Sendayan di Negeri Sembilan sebagai pangkalan baru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menggantikan pangkalan TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Sendayan terletak kira-kira 12 kilometer dari Seremban.

umno 65th anniversary 110511 najib making doaNajib mengumumkan perkara itu ketika ditanya pemberita selepas selesai melawat Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Syed Sirajuddin hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu atau saiz pengkalan yang bakal dibina.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berada dalam sesi media yang sama berkata: "Satu pengumuman yang lebih lanjut mengenainya akan dibuat nanti,".

Akhbar hari ini memetik Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud sebagai berkata lokasi pangkalan udara baru itu telah dikenal pasti tetapi enggan menyatakan lokasinya kerana kontrak mengenainya akan ditandatangani pertengahan Jun.

Katanya TUDM akan menjadikan pangkalan itu sebagai pangkalan latihan dan menempatkan unit-unit latihan yang terdapat di setiap pangkalan udara di seluruh negara di satu lokasi sahaja.

jet engine air force rmaf tudm northrop f-5 tiger ii 231209Sementara itu dalam isu lain, Najib memberitahu, kerajaan akan melaksanakan strategi baru untuk memastikan saiz kakitangan awam yang bersesuaian.

Pada masa sekarang, terdapat pembekuan selama tiga bulan dari pengambilan kakitangan baru untuk menggantikan jawatan-jawatan kosong, katanya.

Saiz yang bersesuaian ini akan memberi manfaat kepada negara iaitu para pegawai dan kakitangan yang lebih produktif.

"Ini juga bermakna kakitangan kerajaan akan mendapat ganjaran yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.

'Pemimpin Umno-BN resah jadi pembangkang'
Mei 28, 11 11:48am

Pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan negara lebih 50 tahun dikatakan kini dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum ke-13, akan datang, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim.

NONEMenurut beliau, perkembangan itu semakin terserlah melalui tindakan dan ucapan yang dilakukan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini.

“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.

“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.

“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.

NONEBeliau mengulas laporan Bernama semalam bahawa Umno BN akan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.

“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.

NONE“Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika pilihan raya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ia merupakan satu penyelewengan wang rakyat termasuk wang kami dari Penyokong Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”.



Tiada ulasan: