Rabu, 25 Mei 2011

PATUT DAH LAMA ADA...SESUAI MALAYSIA BAHASA MELAYU MERUPAKAN BAHASA NEGARA@KEBANGSAAN...BARU NAMPAK RAKYAT MALAYSIA.....

Penyelaras pemantau p'raya ditahan di Kuching
Lee Weng Keat
Mei 24, 11
3:44pm

Penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong dibawa ke pejabat Imigresen Kuching hari ini, selepas dia ditahan ketika mengunjungi sebuah kampung dekat bandar tersebut.

NONEOng, juga dikenali sebagai Organic Ong, yang masih berada di
pejabat Imigresen Kuching, memberitahu Malaysiakini bahawa dia ke Sarawak Sabtu lepas untuk ker-kerja pemantauan selepas pilihan raya Sarawak.

Pagi ini, Ong (kiri) dan dua rakannya pergi Ampangan Bengoh - kira-kira setengah jam pemanduan dari Kuching - untuk menemui beberapa penduduk kampung di situ.

Bagaimanapun, pada sekitar jam 11 pagi, kira-kira 10 pegawai Imigresen tiba dengan lima kenderaan dan membawanya pergi dari situ. Mereka membawanya seorang sahaja ke pejabat Imigresen Kuching.

Ketika dihubungi, Ong berkata dia tidak tahu mengapa pihak berkuasa membawanya ke situ.

“Mungkin mereka tidak suka apa saya lakukan pada masa lalu.”

Penyelaras badan pemantau pilihan raya Sibu, Wong Meng Chuo mendakwa Ong berdepan dengan kemungkinan diusir dari Sarawak.

Juga difahamkan bahawa Ong akan disoalsiasat oleh pihak berkuasa pada jam 2 petang.


Eksekutif pemasaran terselamat jadi mangsa asid
Mei 24, 11 9:05pm

Tindakan seorang eksekutif pemasaran wanita yang enggan membuka tingkap keretanya apabila diketuk seorang lelaki bermotosikal di sebuah lampu isyarat di Pasar Seni di ibunegara pagi ini, menyelamatkannya daripada menjadi mangsa terbaru simbahan asid.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata ketika kejadian pukul 7 pagi itu, wanita berumur 26 tahun tersebut dalam perjalanan ke pejabatnya, sebelum tingkap keretanya diketuk seorang lelaki bermotosikal di sebuah lampu isyarat.

"Wanita itu tidak mengendahkan tindakan lelaki itu. Mungkin berang dengan wanita berkenaan, lelaki itu terus menyimbah cecair bewarna merah jambu ke atas keretanya sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ku berkata selepas kejadian itu, wanita berkenaan terus ke stesen minyak berdekatan untuk membasuh keretanya, namun mendapati tiada sebarang kerosakan yang boleh menjejaskan warna kereta itu.

"Dia (wanita) itu kemudiannya didatangi seorang lelaki yang berada di belakang kereta wanita itu semasa kejadian berlaku...Dia (lelaki) itu mendakwa sempat mengambil gambar suspek yang menyimbah cecair ke keretanya.

"Lelaki itu berjanji akan menghantar gambar suspek itu melalui e-mel...namun sehingga ini wanita tersebut masih belum menerimanya," katanya.

Sementara itu mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa masih terdapat kes simbah asid terbaru di kawasan Selangor, Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata ia adalah tidak benar.

"Saya juga terima lagi laporan kata ada kes simbah asid di One Utama dan Kota Damansara hari ini, tapi ingin saya jelaskan, semuanya tidak betul.

"Dalam Selangor kita ada satu kes sahaja, tapi bukan asid, ia hanya 'detergent' yang berlaku di Ampang in March. That's all, tiada lagi kes terbaru," katanya selepas majlis makan tengahari bersama ketua-ketua komuniti masyarakat di Bandar Puteri Puchong hari ini.

- Bernama



Felda mahu Dr Tan dedah butir mesyuarat dipanggil Najib
Mei 24, 11 5:29pm

Felda mahu bekas timbalan menteri tanah dan koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mendedahkan butir-butir lanjut berhubung pertemuan yang dikatakan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua yang lain dalam satu tuntutan terhadap timbalan menteri itu.

Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfail permohonan untuk tujuan itu di Mahkamah Tinggi semalam, kata peguam Cheng Mai, mewakili Felda dan Felda Global.

Beliau berkata mereka cuba untuk mendapatkan butir mengenai bila, di mana pertemuan yang dikatakan itu diadakan dan siapa lagi yang hadir, sebagaimana Dr Tan telah mengaku dalam kenyataan pembelaan, berhubung pertemuan itu oleh Najib.

Beliau bercakap kepada media selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof bila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.

Turut hadir bagi dua plaintif itu ialah Datuk Firoz Hussein Jamaluddin dan peguam Jamie Wong bagi pihak Dr Tan.

Cheng Mai berkata mahkamah menetapkan 9 Jun untuk pengurusan kes bagi pihak-pihak berkenaan mengemaskini permohonan.

Pada 25 Januari, Felda dan Felda Global memfailkan saman malu RM200 juta terhadap Dr Tan atas artikel yang memfitnah diterbitkan dalam akhbar "Suara Keadilan" tahun lalu.

Felda dan syarikat pelaburan itu berkata bahawa kata-kata fitnah itu diterbitkan dalam sebuah artikel muka depan berjudul "Kontroversi" dan artikel lanjutan di muka tiga, di bawah tajuk "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga individu".

Mereka mendakwa artikel tersebut telah memfitnah mereka, oleh kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

Mereka berkata bahawa kata-kata itu bermakna bahawa transaksi bangunan Felda telah menyebabkan kerugian kepada mereka dan bahawa syarat-syarat transaksi meragukan.

Mereka berkata bahawa kata-kata fitnah itu telah menyebabkan plaintif menghadapi penghinaan di khalayak awam.

Mereka memohon antara lain ganti rugi RM200 juta serta injunksi untuk menyekat Dr Tan dari terus bercakap atau menerbitkan kata-kata serupa.

- Bernama

'Anwar perlukan saya untuk tujuan tertentu'
Norsyafinas Ahmad Sukri
Mei 24, 11
4:47pm

Anggota trio 'Datuk T' - Datuk Shazryl Eskay Abdullah - mendakwa beliau tidak memerlukan apa-apa daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya ketua pembangkang itu yang "memerlukannya untuk tujuan tertentu".

eskay abdullah in kepong police station sex video"Hubungan kami hanya sebagai kawan biasa. Saya tidak perlukan apa-apa daripadanya tetapi dia memerlukan saya bagi tujuan tertentu," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tujuan yang dimaksudkannya itu.

Dalam wawancara eksklusif itu, Eskay juga mendedahkan hubungan mereka berdua sebelum ini yang masih menjadi tanda-tanya.

Antaranya, beliau menafikan digunakan oleh Anwar dan bukanlah sekadar rakan karib pemimpin utama Pakatan Rakyat itu tetapi hanya rakan biasa yang dikenali sejak 1996.

Eskay juga menjelaskan hubungan itu tidak mempunyai kaitan dengan kerjaya politk atau menjadi penyokongnya.

Setelah enggan bersumpah laknat bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, Eskay berkata Anwar perlu faham bahawa "pembohongan tidak mampu menghalang munculnya kebenaran".

"Pesanan saya, keluarga anda (Anwar) lebih penting. Pergi luangkan masa dengan mereka. Insya-Allah kamu akan menjadi insan yang lebih baik," katanya dengan nada menyindir.

Spekulasi Eskay akan didakwa hari ini tapi...
Hafiz Yatim
Mei 24, 11
11:40am

Khabar angin bertiup kencang sejak malam semalam bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan didakwa hari ini ekoran tindakannya menayangkan satu rakaman video seks kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan pada Mac lalu.

Bagaimanapun, Eskay (foto) ketika dihubungi menafikan bahawa beliau akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

eskay abdullah in kepong police station sex videoBercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Eskay berkata beliau tidak dimaklumkan oleh sesiapa berhubung pendakwaan berkenaan, malah beliau juga dalam perjalanan ke Bangkok untuk kunjungan sehari.

Ditanya sama ada jaminan polisnya berakhir hari ini, Eskay juga berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga enggan melayan isu berkenaan.

"Ini mungkin khabar angin dari Bukit Aman," katanya, merujuk kepada ibu pejabat pasukan polis itu.

Ketua pendakwa di pejabat peguam negara Tun Abdul Majid Tun Hamzah juga berkata beliau tidak tahu berhubung pendakwaan yang dikatakan akan dijalankan hari ini ke atas Eskay.

Sementara itu, kertas siasatan bagi kes sex video itu difahamkan telah diserahkan semula kepada pejabat peguam negara.

Kertas siasatan itu diserahkan kepada pejabat peguam negara sebanyak tiga kali tetapi telah diserahkan semual kepada polis bagi siasatan lanjut.


MP tuntut ketelusan dalam kontrak IPP
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 24, 11
12:58pm

Gesaan supaya kerajaan membuka 'kontrak rahsia' dengan pengeluar kuasa bebas (IPP) kembali digiatkan apabila kerajaan mengumumkan untuk sedang menyemak semula subsidi gas yang diberikan kepada sektor ini.

Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, memberitahu Malaysiakini minggu lalu bahawa beberapa kontrak telah tamat dan subsidi yang ditawarkan akan dikemukakan untuk dikaji semula.

"Ia sedang dirunding semula. Rundingan sedang dibuat dan kami telah merumuskan sebahagian daripadanya. Dalam masa sepatutnya, kami akan membuat satu pengumuman," kata Idris.

Masalah ketelusan dan penelitian merupakan antara sebab yang menyumbang kepada kontrak berat sebelah yang telah ditandatangani kerajaan dengan IPP generasi awal pada awal tahun 1990-an.

Bagaimanapun, kesilapan ini nampaknya mungkin akan berulang kerana maklumat berhubung semakan semula kontrak sedia ada dan juga rundingan kontrak baru tidak didedahkan.

"Semua kontrak berkaitan dengan subsidi dan kepentingan awam, terutama sekali dalam bidang kemudahan awam perlu diumumkan," kata ahli parlimen Klang Charles Santiago dari DAP.

Beliau juga mencadangkan supaya Parlimen diberikan satu ruang untuk bersuara dalam proses perundingan dengan IPP.

"Kerajaan sepatutnya mengemukakan satu cadangan perjanjian yang perlu diteliti oleh satu jawatankuasa terpilih parlimen. Setelah ia disokong oleh Parlimen barulah ia sepatutnya ditandatangani secara rasmi oleh kerajaan dan syarikat swasta.

"Ini menyediakan dua peringkat penelitian – kerajaan dan Parlimen – untuk memastikan bahawa kontrak-kontrak sedemikian berada dalam kepentingan orang ramai," katanya ketika dihubungi.

DAP lancarkan portal berita Melayu Roketkini
S Pathmawathy
Mei 24, 11
12:20pm

Dalam usahanya untuk menonjolkan imej sebagai parti untuk semua, DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini.

Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha
agung parti itu, melancarkan portal berita itu dan mengumumkan Wan Hamidi Hamid (kanan) sebagai editornya.

Lim memberitahu wartawan bahawa Roketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej DAP.

Beliau mendakwa, media BN telah berjaya memanipulasi persepsi palsu bahawa DAP anti-Melayu,.

"Kita terima bahawa mereka telah berjaya...jadi kita mengambil usaha untuk memperbetulkan perspektif tersebut.

"Ini adalah satu usaha untuk membuktikan bahawa perjuangan DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama," kata Lim.


Tiada ulasan: