Ditanya oleh seorang pembaca yang mencadangkan beliau menpamerkan jam Omega miliknya bagi “memadamkan isu moralnya”, Anwar berkata tidak ada sebab bagi beliau berbuat demikian.
"Apa isunya? Pertama, (Shazryl) Eskay (Abdullah) mendakwa ia diberikan oleh seorang putera raja saudi. Kemudian, mengatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004 (apabila saya di penjara). Kenapa perlu saya jelaskan?”
Eskay, yang mendedahkan video seks berkenaan mendakwa jam tangan itu ditinggalkan oleh Anwar di sebuah bilik hotel di mana video tersebut dirakamkan dan berkata jam itu telah diserahkan kepada polis.
Anwar juga berkata sumpah laknat bagi membersihkan namanya seperti cadangan beberapa pihak sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam.
Menjawab soalan mengenai dakwaan bahawa polis serta pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah mengesahkan individu dalam pita video seks itu mirip mukanya, Anwar mempertahankan bahawa maklumat tersebut direkayasa oleh media pro-Umno.
“Contoh tipikal bagaimana orang cerdik seperti awak juga boleh terpedaya dengan media Umno. Pakar mana? Kenapa mereka tidak telus?” balasnya.
Ditanya siapa yang beliau fikir adalah lelaki dalam video sekjs itu, Anwar tersenyum sambil berkata: “saya ada beberapa suspek, perut buncit dan tetek labuh. Ha ha”.
Dalam wawancara maya itu, Anwar juga menolak sebarang kemungkinan balik ke pangkuan Umno dan menyelar parti itu kerana menggunakan PERKASA untuk menambah ketegangan kaum di Malaysia.
Anwar turut menegaskan Pakatan Rakyat menolak sebarang isu perkauman yang saban hari dijaja mereka itu.
"(PERKASA) ialah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan rentak perkauman mereka. Ia juga alat Umno untuk membuat kacau dan menimbulkan ketegangan antara kaum.
"Kewarasan mesti menang. Rakyat Malaysia menolak perkauman. Hanya Umno dan PERKASA terdesak mengguna isu perkauman," kata Anwar.
Namun kebanyakan jawapan yang diberikan oleh Anwar adalah pendek dan tidak menjawap soalan yang dikemukakan oleh pembaca.
Berikut beberapa soalan dan jawapannya sepanjang 75-minit perbualan di alam siber itu.
S: DSAI, ada orang mengatakan jika budget buku jingga dilaksanakan negara akan bengkrap. Apa komen DSAI?
J: sila teliti buku jingga dan kita pastikan negara maju dan rakyat terbela http://www.pakatanrakyat.info/?page_id=6
S: What would happen to next GE to Pakatan if Datuk Seri go to jail ? Would that be a break up in Pakatan?
J: No reason to for me to be jailed based on facts and law. For now, reformasi!
S: Let's say today, you're prime minister of malaysia. are you going to protect proton?
J: Priority: defend consumers and protect citizens interest.
S: Ramai yang telah bersumpah dan menyatakan kesediaan mereka untuk dilaknat demi menuduh DSAI dengan kes2 yg tidak sepatutnya seorang pemimpin harapan bangsa lakukan. Kenapa DSAI tidak bersumpah utk menafikan mereka2 itu?
J: Sumpah mesti ikut syariat. Ini soal hukum, bukan mainan politik. Rujuk fatwa tentang qazaf http://risalahpr.blogspot.com/2011/01/teks-penuh-fatwa-dr-yusuf.html
S: DS,ade cubaan utk mengharamkan parti PKR, apa kata DS?
J: Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.
S: Could Lesbians, Gays, Bi-Sexuals and Transgenders (LGBTs) look forward to a non-discriminatory environment - specific to them and not other minorities - if Pakatan were to take Putrajaya? Would this move be possible with PAS a part of the federal government?
J: We recognize importance of family and the institution of marriage. But we should not unduly harass or discriminate others. The answer is through education and PAS accept this view.
S: Mr Anwar Ibrahim, do you think Malaysians can accept a non-muslim Prime Minister?
J: Respect the Constitution and the wishes of the people.
S: Ramai rakan seperjuangan diawal penubuhan PKR telah meninggalkan DS..komen
J: Beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.
S: Ada dato seri akan terus bsama rakyat yg dizalimi walopn dato seri sndiri terus menerus dizalimi dan adakah dato seri akan kembali ke umno jika ditawarkan mnjadi PM..
J: Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah.
S: BN dilihat byk membuat persediaan PRU13 termasuk tipu daftar undi. PR mcm over confident menang. Apa komen?
J: Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat!
Utusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diterajui Datuk Ibrahim Ali bebas membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda sempit pemerintah - Umno/BN.
Berikut adalah beberapa petikan ucapan Ibrahim pada ceramah di Gombak minggu lalu di mana beliau membuat ugutan akan melancarkan perang salib atau jihad terhadap orang Kristian.
“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.
"Dan di Malaysia ini, yang ramai Kristian memang orang Cina. Dan agama Kristian ini dominannya dari negara mana? Dominan agama Kristian dari Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tali barut dia di Malaysia ialah Anwar Ibrahim. Jadi sudah masuk saf lah semua ini.
"Nik Aziz (tengah) ini tuan-tuan dan puan-puan, PAS ini mereka bukan tahu apa pun. Betul lah dia alim. Bangun pagi dia mengajar kuliah subuh. Saya tahu. Saya pernah solat dengan dia, saya tahu. Memang selepas sembahyang Zuhur pukul 1 mengajar bab agama, tapi dia tidak tahu apa yang berlaku dalam dunia ini. Sekitar alam ini dia tidak tahu apa yang berlaku. Video pun dia tidak tahu apa itu. Dia tidak tahu apa. Dia hanya dengar orang bercakap,” kata Ibrahim.
Tiada tindakan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (bawah, kiri) pula berkata, ucapan Ibrahim itu lumrah pada masa sekarang dan tidak perlu diambil tindakan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein turut mengambil pendirian yang hampir sama. Pokoknya ialah, tidak ada tindakan akan diambil terhadap Ibrahim.
Kenapa Ibrahim membuat ugutan perang salib atau jihad itu? Kerana Utusan menyiarkan laporan kononnya ada konspirasi oleh paderi dan DAP untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri Kristian.
Malah Ibrahim membuat kenyataan “jihad” itu kerana, menurut beliau, Hishamuddin sendiri mengesahkan laporan Utusan itu mempunyai asas.
Kenapa Hishamudin (kanan) berkata demikian? Ini kerana beliau perlu mencari alasan bagi menghalalkan tindakannya tidak mengenakan hukuman lebih keras terhadap Utusan selain daripada hanya mengeluarkan surat teguran.
Segala perkembangan ini menjadi contoh begitu jelas bagaimana Umno, PERKASA dan Utusan bersekongkol untuk terus menanam bibit-bibit benci dalam sanubari orang Melayu terhadap kaum lain, khususnya Cina.
Bakar sentimen
Mengikut sifir Umno, “kebencian” itu akan mendorong Melayu bernaung semula di bawah payung Umno dalam menghadapi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13.
Justeru dengan perlindungan penuh KDN yang dipimpin oleh naib presiden Umno Hishamuddin, Utusan dan PERKASA bebas membakar sentimen perkauman Melayu bagi memenuhi agenda pemerintah.
Hakikatnya, ketegangan kaum menjadi fenomena yang mewarnai sepanjang pemerintahan Najib sejak 2009.
Kenapakah isu-isu perkauman ini begitu menyerlah di bawah pemerintahannya walhal beliau yang memperkenalkan konsep gagasan 1Malaysia dan membelanjakan berjuta-juta ringgit duit rakyat untuk mempromosikan slogan itu.
Jawapannya berpaksi kepada keikhlasan.
Bermuka-muka
Najib tidak boleh mencanang 1Malaysia dan pada masa sama, secara berselindung, merestui segala tindak-tanduk PERKASA dan Utusan.
Beliau tidak boleh meraih undi Melayu dengan membariskan Ibrahim dan Utusan untuk membakar sentimen orang Melayu dengan retorik perkauman dan pada masa sama mengharapkan sokongan tidak berbelah kaum Cina, India dan lain-lain.
Ibrahim sendiri mendedahkan pada ceramahnya di Gombak bagaimana Najib terpaksa bermuka-muka untuk menawan sokongan pengundi bukan Melayu demi jangka hayat Umno sendiri.
Berikut petikan ceramah itu:
“Sebab apa, Datuk Najib pun sudah panggil saya, berbahas saya dengan Datuk Najib. Betul juga dia cakap pada saya, kuat pun kuat, saya tidak ada bertolak ansur, Dia kata saya faham,saya pun lebih kurang sama kamu, juga Melayu, tapi saya pimpin parti politik.
“Saya Perdana Menteri. Baru ni Barisan kalah. Kalau tidak dapat undi Cina, kalau tak banyak pun 30 peratus, tak dapat tarik balik, Selangor kita tak menang. Sebab kerusinya 60 40, 70 30, You Kelantan tak apalah. Di Terengganu tak apalah, di Selangor,di Negeri Sembilan, di Perak tak dapat 20, 30 peratus undi Cina, gabung dengan undi Melayu, jangan berpecah, kita boleh menang.
“Ini orang Melayu pun sudah berpecah. Cina tak sokong kita, habis kita. Itulah saya kena jadi macam ini, maksudnya Datuk Najib sudah hilang kuasa tawar menawar,” kata Ibrahim.
Tidak ikhlas
Petikan ceramah itu menzahirkan kesediaan Najib untuk memberi sokongan atau sekurng-kurangnya memahami dan merestui segala tindak-tanduk Ibrahim kerana akhirnya ia akan menguntungkan Umno.
Sebagaimana beliau tidak boleh melonggarkan ikatannya dengan Pakatan, begitu juga dengan hubungan Najib dan Utusan.
Beliau adalah pemimpin yang menentukan siapa menjadi ketua pengarang Utusan Malaysia. Justeru beliau tidak boleh memberi alasan kononnya beliau tidak ada kena mengena dengan desakan Utusan mahukan gagasan 1Melayu 1 Bumi untuk kononnya bersaing penyatuan orang Cina di bawah DAP.
Gagasan sebegitu, seperti PERKASA adalah cara licik untuk menebalkan sentimen perkauman dan memastikan mereka bernaung di bawah Umno.
Justeru selagi Najib tidak ikhlas terhadap konsep 1Malaysia yang dicanangnya sendiri, selagi itu rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu akan disajikan dengan ugutan-ugutan jihad, konspirasi negara Kristian dan apa sahaja yang mengisi agenda sempit politik perkauman Umno.
Utusan dan PERKASA tidak perlu bimbang terhadap sebarang tindakan – selagi Kementerian Dalam Negeri di pimpin oleh sepupu Najib, Hishamuddin Hussein.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
Minggu lalu, ibu pejabat polis daerah Ampang menghantar faksimili kepada Irene Fernandez, -- pengarah eksekutif NGO hak pekerja asing itu -- supaya kenyataannya dirakamkan.
Irene kemudian bersetuju menemui polis di pejabat Tenaganita pada 3 petang ini. Bagaimanapun pegawai terbabit tidak muncul.
Menurut surat yang ditandatangani pegawai peyiasat jenayah kanan ASP Norfidawati Othman, polis diarahan oleh Pejabat Peguam Negara untuk merakamkan kenyataan Irene ekoran penyiaran semula kenyataan NGO Indonesia Migrant Care.
Surat itu, yang ditunjukkan Irend dalam sidang media di pejabatnya hari ini, mendakwa Tenaganita menyiarkan semula kenyataan itu pada 26 Disember atahun lalu selepas Wikileaks mendedahkan dokumen siasatannya.
Ia juga menyifatkan dakwaan terhadap Rais sebagai tohmahan.
Irene mengaku Tenaganita terliabt mengeluarkan semula kenyataan itu dalam laman rasminya tetapi menafikan ia dimuat pada tarikh yang dinyatakan.
Kenyataan Migrant Care bertarikh 1 Ogos 2007 menggesa siasatan dijalankan terhadap dakwaan rogol itu.
Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.
Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.
Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.
Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.
"Apa manfaat bagi BIMB untuk membeli atau bergabung dengan Bank Muamalat?" soal naib presiden PAS Salahuddin Ayub.
BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, Salahuddin, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB”.
Dakwa ahli parlimen Kubang Krian itu, kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.
"Saya risau ini satu lagi 'bailout' yang merupakan budaya tidak sihat di negara kita dan akan terus membebankan rakyat,” katanya.
Menurut Salahuddin meskipun tiada bukti bagi menunjukkan tindakan itu bagi menyelamatkan Bank Muamalat namun keputusan untuk bergabung berkenaan adalah petanda yang jelas.
"Tidak ada bank yang stabil akan mahu bergabung dan hilang identitinya,” hujahnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Muamalat untuk mendedahkan status kewangannya dan menjelaskan mengapa mereka mahu bergabung dengan BIMB.
"Saya akan tulis kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atas kedudukan saya selaku ahli parlimen bagi memaksa Bank Muamalat membekalkan kenyataan kewangannya. Jika ia beroperasi dengan lancar, kita ingin tahu selancar mana? Jika ia mencatatkan kerugian, berapa banyak yang rugi? Dan kenapa ia mahu bergabung?” soal pempin PAS itu lagi.
Pos Malaysia masih perlu mendapatkan penjelasan daripada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi memahami tentang projek itu, kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Group Datuk Syed Faisal Albar
"Saya tahu terdapat banyak bahan cetakan yang ditulis dalam media termasuk daripada PEMANDU, tetapi kami masih perlu mendengar apakah dorongan bagi projek ini.
"Jika projek itu sepenuhnya inisiatif swasta tetapi PEMANDU dan MAMPU membantu dalam menilai projek tersebut, itu bermakna ia adalah bahagian keutamaan bagi kerajaan.
"Jika ia adalah bahagian keutamaan bagi kerajaan, apa juga yang mereka lakukan, kami mahu terlibat dengan mereka dan memastikan ia juga diberi keutamaan bagi kami," katanya pada sidang akhbar selepas majlis permeterian kerjasama antara Pos Malaysia dan Western Union, di Kuala Lumpur, hari ini.
- Bernama
Selepas memaklumkan tiada tindakan boleh diambil kepada Ibrahim kerana kenyataan seumpama itu merupakan norma di Malaysia, Nazri terus diasak pelbagai pihak, antaranya daripada pemimpin PAS, DAP dan Gerakan.
Anggota parlimen Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad menyifatkan logik Nazri itu cuba menghalalkan tindakan berdiam diri kerajaan terhadap Ibrahim.
"Ia hujah yang pelik," katanya sambil memberi amaran tindakan itu boleh membuka pintu kekacauaan dan huru-hara dalam masyarakat.
"Kita bercakap tentang terpadamnya keluhuran perlembagaan, (keadaan) tiada undang-undang sepenuhnya."
Nazri juga turut dilaporkan berkata, walaupun kenyataan sedemikian tidak disenangi, rakyat "perlu hidup" dan "jadi matang" menangani watak seperti Ibrahim.
Tunggu darah mengalir?
Katanya, memandangkan ia turut disiarkan di laman sosial seperti Twitter, ia melangkaui keupayaan kerajaan untuk mencegah atau menghukum.
Sementara itu, anggota parlimen Klang Charles Santiago pula berkata, apa pun sentimen dalam masyarakat pada masa ini, tiada yang "seburuk ucapan Ibrahim".
"Tiada sesiapa bercakap tentang perang salib. Hanya Ibrahim yang sediakan pentas untuk orang Islam menentang orang Kristian."
Katanya, sekiranya Ibrahim terus dibiarkan tanpa dihukum, kenyataannya menyebabkan pelbagai kesan lain, seperti menghalau pelaburan asing, mengancam keharmonian, sekali gus memusnahkan konsep 1Malaysia.
Pemimpin GERAKAN Pulau Pinang Baljit Singh pula mempesoalkan sama ada Nazri menunggu "darah mengalir" sebelum mengambil tindakan sepatutnya.
"Kenyataan Ibrahim, jika dibenarkan bertukar kepada aksi, boleh mencederakan orang.
"Adakah Nazri menunggu darah mengalir baru akan mengambil tindakan yang sesuai?" tanya Baljit dengan marah.
Baljit juga menyufatkan ucapan Ibrahim itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan perselisihan antara kumpulan agama
Menurut pemerhati politik, sekiranya perkara itu jika berlaku hampir pasti menyebabkan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru antara Mohamad, Tuan Ibrahim dan penyandangnya Nasharudin Mat Isa.
"Mohamad tidak akan berkompromi dengan sesiapapun. Mohamad tidak akan tarik diri. Tuan Ibrahim atau Nasharudin yang sepatutnya berkompromi," katanya kepada Malaysiakini.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama, ujian sebenar bagi Mohamad apabila beliau dilihat tidak lagi relevan dengan penyertaan Tuan Ibrahim.
"Mereka (kawasan) kemukakan (pencalonan kepada) Tuan Ibrahim sebab tidak berpuashati dengan Nasharudin," katanya.
"Jadi Mohamad relevan bertanding sebab hendak menyingkirkan Nasharudin. Tetapi jika Nasharudin menarik diri, (dan) Tuan Ibrahim bertanding, status Mohamad sudah tidak relevan."
Jika Tuan Ibrahim tidak mahu menawarkan diri, Mohamad mempunyai peluang cerah untuk memenangi jawatan itu.
Majoriti sokongan kepada Tuan Ibrahim dilihat akan berpindah kepada Mohamad jika tokoh ulama itu tetap dengan pendiriannya sebelum ini untuk tidak bertanding.
Desakan berterusan
Dalam pemilihan dua tahun lalu, Mohamad dalam percubaan pertamanya tewas dalam pertembungan tiga penjuru.
Nasharudin menang dengan memperolehi 480 undi. Manakala Husam mendapat 281 undi, sementara Mohamad meraih 261 undi.
Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok menang disebabkan wujudnya pecah undi antara Husam dan Mohamad.
Setakat ini hanya Mohamad dan Nasharudin telah mengumumkan pendirian mereka bertanding jawatan berkenaan.
Tuan Ibrahim pula telah menolaknya dan hanya mahu mempertahan jawatan yang disandangnya.
Bagaimanapun, terdapat desakan berterusan daripada anggota akar umbi yang mahukannya turut serta.
Kesemua pihak dikehendaki membuat pengesahan sebelum 26 Mei ini. Seramai enam mendapat cukup pencalonan untuk bertanding jawatan itu.
Selain tiga pemimpin itu, turut layak Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahudin Ayub dan exco kanan Kelantan Datuk Husam Musa.
Katanya walaupun Umno mengamalkan konsep keterbukaan dan ketelusan, budaya kerahsian perlu dihormati dan dipatuhi demi kebaikan dan kepentingan parti.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Putrajaya di Putrajaya malam tadi, Khairy berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
"Kita ada pengalaman...lepas mesyuarat bukan sahaja dedahkan melalui facebook dan twitter tetapi terus SMS," katanya.
Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerana Umno perlu mempunyai tata etika yang menyatakan secara spesifik bahawa apa sahaja perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tertutup, tidak boleh didedahkan dalam media sosial.
Khairy juga berkata Pemuda Umno sedang mengenal pasti 112,000 anggotanya yang belum mendaftar sebagai pemilih.
Menurutnya pergerakan itu menetapkan masa dua bulan untuk menyempurnakan tugas itu.
- Bernama
Beliau berkata ia berikutan semua negeri sudah mencapai mandat selama tiga tahun bergantung kepada tarikh kali pertama DUN berkenaan bersidang selepas pilihan raya umum lalu, dengan Pahang adalah negeri yang paling lambat bersidang iaitu pada 20 Mei 2008.
"Ini bermakna semua negeri tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil lagi. Ada laporan yang menyatakan terdapat negeri mengadakan sidang DUN pada Julai 2008 sebelum ini dan ini tidak benar sama sekali," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Abdul Aziz berkata sekiranya berlaku kekosongan kerusi yang disebabkan oleh kematian atau penyandangnya hilang kelayakan, maka PRK (pilihan raya kecil) tidak perlu diadakan.
Beliau berkata perkara itu adalah sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun.
Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang tarikh persidangan dewannya sama dengan tarikh persidangan Parlimen iaitu pada 28 April lalu iaitu Perlis, Kelantan dan Negeri Sembilan.
Katanya terdapat juga negeri-negeri yang tarikh persidangannya lebih awal berbanding persidangan Parlimen seperti Melaka dan Johor pada 21 April 2008, Selangor (22 April) dan Perak (25 April).
Tiada kerusi DUN
Manakala Kedah dan Sabah mengadakan sidang DUN pada 5 Mei, Terengganu (7 Mei) dan Pulau Pinang (2 Mei), katanya.
Pilihan raya DUN Sarawak baru sahaja diadakan 16 April lalu, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tidak mempunyai kerusi DUN.
Sebelum ini Abdul Aziz berkata pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen tidak perlu diadakan selepas 28 April memandangkan penggal Parlimen ke-12 ini telah mencapai tempoh mandat tiga tahunnya.
Mandat kerajaan Persekutuan akan berakhir pada April 2013.
Abdul Aziz berkata bagaimanapun sekiranya ada keperluan khas, Speaker DUN perlu menulis surat kepada SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil.
Keperluan khas itu termasuklah jika berlaku situasi di mana kerajaan pusat atau negeri tidak lagi mempunyai majoriti di dalam Parlimen atau DUN, menyebabkan kerajaan sedia ada hilang kelayakan untuk memerintah negara atau
negeri.
"Jika berlaku keadaan 50-50, mana-mana parti yang bergabung tak boleh wujudkan kerajaan. Speaker Dun boleh menulis kepada SPR menyatakan masalah itu dan SPR boleh panggil pilihan raya untuk selesaikan 'deadlock' (kebuntuan) itu," katanya.
Selepas pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, sebanyak 16 PRK telah dijalankan, iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN, membabitkan kos lebih RM11 juta.
13 wakil meninggal dunia
PRK diadakan di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Sibu, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi adalah kerusi Parlimen manakala selebihnya adalah kerusi DUN. Perlis adalah satu-satunya negeri yang tidak terbabit dalam PRK dalam tempoh tiga tahun ini.
Sebanyak 13 wakil rakyat meninggal dunia disebabkan serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan paru-paru dalam tempoh itu.
Jumlah itu termasuk bagi kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah, apabila penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Manakala tiga pilihan raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya meletak jawatan iaitu di kerusi Parlimen Permatang Pauh, kerusi negeri di Penanti, Pulau Pinang dan Bukit Selambau, Kedah. Ketiga-tiganya adalah wakil rakyat dari PKR.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 yang menyaksikan 17 PRK diadakan.
- Bernama
Menutup Aurat Itu Seksi?!
Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.
Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.
Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?
Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.
Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?
Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.
Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.
Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.
Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.
Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.
Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.
Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.
Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.
Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.
Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.
Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.
Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.
Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.
Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.
Profil Penulis
Hanif Abdul Hamid adalah seorang pengamal OSH, penceramah motivasi bebas, usahawan dan penulis bebas. Beliau menghabiskan banyak masa dalam beberapa tahun yang sudah bekerja di dalam industri tenaga, minyak dan gas di Timur Tengah, Asia Barat dan Asean. Beliau mula menulis tentang politik, kerjaya, perniagaan, agama dan kehidupan secara kritis mengenai banyak isu sejak 2005. Kini menulis buku dan di laman web peribadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan