Justeru, apabila mengurangkan subsidi, ia perlu dijalankan secara berperingkat dan perlahan - demikian permintaan rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.
“Lazimnya, menerusi perbualan dengan rakyat, mereka memahami mengapa subsidi tidak boleh diberikan berterusan. Tetapi kata mereka, perlahan-lahan lah, jangan naikkan harga secara mendadak,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Putrajaya Khamis lalu.
Dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak setahun setengah yang lalu, Idris kerap kali bertemu rakyat bagi menjelaskan mengapa subsidi perlu dimansuhkan.
“Kami gunakan SMS, bancian, sesi penerangan di dewan. Terdapat komen fundamental. Mereka beritahu lakukan secara kecil dan naikkan harga beberapa kali dalam jangka masa yang panjang. Itu yang telah kami lakukan...
“Kami mempunyai plan rasionalisasi... saya fikir rakyat perlu membiasakan diri hingga mereka kata ia adalah okay,” katanya.
Mengikut cadangan struktur harga petrol RON95 yang lazimnya digunakan oleh kebanyakan pemilik kenderaan kelas pertengahan dan rendah, bahan api itu seatutnya dinaikkan 15 sen menjadi RM2.05 seliter sekarang ini dan dinaikkan 10 sen lagi menjelang akhir tahun ini.
Tahun lalu, petrol RON95 dinaikkan dua kali - lima sen seliter setiap kali pada Julai dan Disember.
Jika plan PEMANDU diikuti sepenuhnya, harga petrol RON95 akhirnya akan dinaikkan kepada RM2.60 seliter menjelang 2015
Dengan berbekalkan perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), katanya, peningkatan harga makanan di Malaysia adalah dua kali lebih tinggi daripada purata dunia.
"Kenaikan harga makanan adalah tertinggi pada tahun 2008 akibat kenaikan harga minyak dan petrol. Kita menjangka kesan yang sama untuk tahun 2011.
"Pada kadar kenaikan harga makanan sekarang dijangka pada akhir tahun 2011, rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding pada tahun 2005," katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Menurut Anwar, kenaikan harga makanan kepada 4.9 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan kos barangan akan berterusan dan dikhuatiri mencecah 8.8 peratus akhir tahun ini seperti yang berlaku tiga tahun lalu.
Ketua pembangkang itu berkata sekiranya kerajaan Umno-BN gagal mengawal kenaikan harga barangan, Malaysia sekali lagi akan mengalami harga makanan tertinggi sejak tahun 2008.
“Sepanjang enam tahun lalu, harga makanan naik sebanyak 30 peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini hanya sekitar 2.6 peratus dari tahun 2001 sehinggga tahun 2010," katanya.
Sehubungan itu, Anwar sekali lagi menyatakan dasar Buku Jingga yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah penyelesaian berkesan efektif untuk membanteras kenaikan kos hidup yang melambung tinggi.
Ini termasuk menarik kembali subsidi korporat berjumlah RM19 bilion yang diberikan kepada golongan elit serta syarikat yang bersekongkol dengan Umno-BN termasuk syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).
Anwar menegaskan penarikan subsisi untuk barangan keperluan juga berpunca dari kegagalan Perdana Menteri Najib Razak mengekang rasuah yang menjadi faktor utama kerajaan persekutuan mengalami kerugian sekitar RM28 bilion setahun sejak 2008.
Angka itu disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Menurutnya ketirisan yang semakin serius dalam pengurusan memaksa Najib memotong subsidi rakyat dengan alasan mengurangkan beban difisit negara.
Selain polis, turut hadir hari ini adalah ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang untuk berkumpul bagi mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya bangunan itu diserang.
Bagaimanapun keadaan di sekitar pejabat akhbar milik Umno itu dilaporkan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Perhimpunan AMK itu bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu sepatutnya diadakan selepas solat Jumaat bagaimanapun ditunda ke tarikh baru.
Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.
"Oleh itu kita mengambil sikap (terlibat) dalam perhimpinan anti-Lynas kerana lebih kepada agenda rakyat, jadi tenaga kami diperlukan untuk memobilisasi anak muda.
"Maka kita ubah fikiran (menunda bantahan)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.
Rozan berkata penundaan itu juga dibuat kerana wujudnya dakwaan usaha 'sabotaj' menggagalkan perhimpunan AMK oleh PERKASA dan Pemuda Umno yang turut hadir ke Utusan bagi mempertahankan akhbar itu.
"Oleh itu, kami berpandangan supaya tidak dituduh melakukan provokasi, menimbulkan huru hara dan mengelakkan provokasi, maka kami menundanya kepada tarikh yang lain," katanya.
Justeru itu, bagi mengelakkan yang tidak diingini Rozan berkata pihaknya membuat keputusan untuk menunda cadangan mereka untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum ke tarikh baru.
Sebelum ini dilaporkan pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada PERKASA yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar arus perdana itu.
Diminta mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa penundaan itu dibuat kerana takut kepada PERKASA dan Pemuda Umno, Rozan yang juga Ketua AMK Batu menolak tanggapan tersebut.
"Kita risau berlakunya konfrontasi kerana ada usaha sabotaj... Kami tidak mahu terperangkap," tegasnya.
Bahkan katanya, penundaan itu dibuat berdasarkan tinjauan beliau di sekitar pejabat Utusan sekitar jam 2 hingga 3 pagi tadi mendapati terdapat tiga sekatan menuju ke pejabat Utusan.
Sementara itu, dua memorandum menyokong akhbar Utusan Malaysia oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno diserahkan kepada ibu pejabat Utusan Melayu.
Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali pada pukul 2.20 petang sebelum disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, 10 minit kemudian.
Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.
Menurut pejabat menteri besar, Khalid telah menulis surat berhubung perkara itu kepada Hishammudin di mana kementerian itu kerana didakwa melanggar Seksyen 5(1) dan Seksyen (2) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.
Menteri besar juga melalui suratnya bertarikh 13 Mei lalu menyatakan kekesalannya kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Hishammuddin tidak berbuat apa-apa walaupun laporan polis sudah dibuat.
Kegagalan bertindak juga menyebabkan Peguam Negara tidak boleh mendakwa Abdul Shukor yang juga ketua penerangan Umno Selangor, kata kenyataan itu.
“Kegagalan KDN dan Hishammuddin bertindak secara efisyen menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan.
"Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka ADUN Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini,” kata Khalid.
Khalid juga mendakwa terdapat juga laporan pada 6 Mei lalu dibuat terhadap Selangor Terkini selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar secara terbuka.
“Saya mengesa Hishammuddin memainkan peranan sebagai menteri dalam negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal,” kata Khalid lagi.
"Dalam 16 pilihan raya kecil lalu, saya memimpin lebih daripada separuh (dan mendapati) ia sangat pahit dan getir akibat permainan politik pembangkang yang tidak lagi seperti biasa.
"Rakyat sekarang menuntut pelbagai perkara dan perlu dipenuhi," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Baling di Kompleks Rakan Muda di Baling hari ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi BN berkata, BN perlu membuat persiapan lebih baik dan mantap untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang walaupun perhatian masyarakat terhadap BN dan Umno khususnya meningkat.
"Kita kena tanya selepas PRU-13 masihkah kita berkuasa...ia sangat perit sekiranya tidak dapat menguasai dua pertiga dari kerusi dalam dewan.
"Kita kena selesaikan semua masalah dari bawah hingga atas. Jangan lagi ada pertembungan di peringkat bahagian kerana pengertian perjuangan tidak lagi sama bila kalah dan tiada kuasa," katanya.
Muhyiddin berkata, setiap anggota Umno hendaklah beristiqamah dan mengambil iktibar daripada kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu pada 2008.
"Saya bersyukur semangat ahli-ahli Umno bertambah baik dan kuat dan trend perubahan sikap ini baik dan penting menjelang PRU akan datang," katanya.
Beliau berkata, transformasi dalam pelbagai perkara yang dibawa kerajaan pusat adalah baik untuk semua kaum dan negara.
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar-dasar pembangkang sangat tidak adil dan memeritkan golongan Bumiputera.
- Bernama
Tanpa mendedahkan maklumat tersebut, Ismail berkata, polis melaksanakan langkah proaktif membabitkan dua pendekatan iaitu terbuka dan pengoperasian polis bagi menjejaki suspek kes simbah asid.
Menerusi langkah terbuka, katanya, maklumat kepada orang awam khususnya kaum wanita disebarkan supaya berhati-hati selain daripada usaha polis meningkatkan 'kewujudan' iaitu menambah bilangan anggota polis untuk mengawal di tempat-tempat tertentu.
"Sejak ada langkah proaktif ini, tiada lagi kejadian (terbaru), ini maksudnya ada kesan di sebalik langkah-langkah tersebut, dan kita tidak akan berdiam diri dalam hal ini," katanya selepas menyaksikan majlis serah terima tugas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.
Polis dilaporkan menerima 23 aduan membabitkan kes simbah asid setakat ini.
Ismail berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin; Ketua Polis Kuala Lumpur yang kini Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah serta Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah sudah berbincang bagi mengesan suspek yang melakukan kegiatan berbahaya itu.
Mengulas kes seorang peniaga Malaysia yang dilaporkan diculik oleh 10 lelaki bersenjata di Filipina pada 8 Mei lalu, Ismail berkata, polis sedang berusaha untuk menyelamatkan mangsa.
"Kita kini dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa dan berharap semua orang yakin dan percaya kepada pihak polis untuk menjaga keselamatan semua yang menjadi mangsa," katanya.
Nazarudin Saidin, 38, dari Sungai Buluh, Selangor, dilaporkan diculik di Pulau Sulu di selatan Filipina pada 8 Mei lalu.
Ditanya sama ada PDRM bercadang menambah balai polis di kawasan tertentu, Ismail berkata, ia akan bergantung kepada keperluan dan keadaan serta populasi sesuatu tempat itu.
"Kalau ada keperluan kita akan bertindak kerana kewajipan kita untuk melihat semua orang selamat dan jika ada rancangan kita perlu bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk sokongan bajet," katanya.
Terdahulu, pada majlis tersebut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, menyerahkan tugas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) kepada Datuk Salleh Mat Rashid Salleh dan Timbalan Pengarah I Jabatan Logistik, Datuk Zubaidah Md Ismail kepada Datuk Zulkifli Abdullah sebagai Pengarah Logistik.
- Bernama
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian.
Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.
Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.
Namun, menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula sekadar menyatakan bahawa amaran seperti yang disuarakan oleh Ibrahim itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia – maka tidak adil sekiranya Ibrahim sahaja yang dikenakan tindakan.
Ibrahim pula ketika mempertahankan ucapannya itu berkata, slogan jihad yang dilaungkannya ke atas golongan Krisitian itu "tidak bermaksud berbunuh-bunuhan dengan orang Kristian atau orang bukan Islam" tetapi sekadar untuk "menggemparkan" bagi tujuan menyedarkan orang ramai.
Bagi Anwar, Umnolah yang bertanggungjawab membiarkan kenyataan melampau dan juga penghinaan ke atas gereja Kristian seperti itu berterusan.
"Memang ada undang-undang untuk menyiasat (kenyataan Ibrahim) tetapi bagaimana untuk menyiasat sekiranya ia dipromosikan (dan) disokong oleh pemerintah? Penyelesaiannya? Berilah rakyat faham dan jangan undi mereka.
"Tidak kiralah apa yang Nazri kata, dia tidak ada kredibiliti. Saya tidak fikir dia mewakili suara-suara rasional ataupun yang berdasarkan undang-undang, jadi saya tidak fikir dia mewakili apa-apa yang positif.
Kurang adab
"(Kenyataannya) kurang adab kesopanan, hanya untuk menyebarkan maklumat ini kepada rakyat. Patutkah satu negara bertamadun membiarkan sentimen seperti ini selepas separuh dekad mengecap kemerdekaan?," katanya lagi dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Anwar juga memegang prinsip yang sama ke atas akhbar Utusan Malaysia yang bertanggungjawab menyiarkan dakwaan kononnya terdapat usaha daripada pemimpin Kristian untuk menukar agama rasmi persekutuan dan juga melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama itu.
"Ada banyak undang-undang dan suruhanjaya yang boleh menanganinya... Tapi tentulah naif sekiranya kita menganggap bahawa Umno akan mengambil apa-apa tindakan ke atas lidah parti mereka sendiri, yang mana fungsinya ditetapkan oleh presiden parti yang menjadi perdana menteri negara ini.
"Saya bukanlah... kata orang, fatalistik atau acuh tidak acuh. Saya kata, ini perlu dijelaskan. Najib tidak boleh terus berkata 'Oh, Utusan, susah', tapi saya tahu Utusan dan bagaimana ia dikendalikan," katanya lagi.
KITA SEBAGAI MAKHLUK INGATLAH....
LEPAS HUKUM DUNIA..AKHIRAT 'TIDAK'...BERKUASA..MEMBELIT2...MENIPU...DLL..KESUDAHANNYA MATI JUGA...HUKUM ALLAH SEDANG MENUNGGU SELEPAS KITA MATI....SEDANGKAN KITA TAK BOLEH DIKEMBALIKAN...UNTUK BERTAUBAT..MATI TAK KIRA USIA...PANGKAT DAN PENGARUH...ORANG BAIK ATAU ORANG JAHAT....MAKA INSAFLAH..BERTAUBATLAH SERTA BERTAQWALAH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan