Jumaat, 20 Mei 2011

BILA MATI BUKAN KERANA ALLAH...JADI SIA2 MATI ITU....MATI TETAP DATANG SEBAB SAKIT...TUA...SERTA KEMALANGAN...TAK PAYAH MINTA ATAU CABAR...

Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata PERKASA
S Pathmawathy
Mei 20, 11
4:21pm

[GALERI FOTO]

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA hari ini meminta semua orang Melayu supaya bersatu dan tamnpil mempertahankan akhbar harian nasional Utusan Malaysia daripada asakan pembangkang.

NONE"(Jangan) fitnah dan menghina Utusan dan orang Melayu, PERKASA akan berada di situ. Ini amaran kepada semua... langkah mayat kami dulu,” jerit seorang penunjuk perasaan itu.

Beliau dan kira-kira 80 ahli PERKASA berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selepas berhimpun kira-kira 15 minit, kumpulan itu disertai oleh kira-kira 70 ahli Umno yang bergabung bagi meluahkan sokongan mereka kepada akhbar milik parti itu.

NONEMereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia berjihad mempertahankan maruah agama, bangsa, tanah air dan Utusan sehingga titisan darah terakhir.

Dua memorandum menyokong Utusan kemudiannya diserahkan.

Penolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali dan disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.

NONEKira-kira 30 anggota polis juga dikerahkan mengawal keadaan kerana bimbang pemuda PKR (AMK) yang sepatutnya berhimpun di tempat yang sama menyerang Utusan.

Bagaimanapun perhimpunan AMK itu yang bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu ditunda ke tarikh baru.

Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

NONESambil menyanyikan lagu patriotik “Barisan Kita” berulang kali, anggota PERKASA dan Pemuda Umno kemudiannya bersalaman-salaman dengan pihak polis.

Selain itu, jalan di hadapan ibu pejabat tersebut turut ditutup untuk laluan orang ramai selepas solat Jumaat bagi membendung kesesakan

Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.



Anti-Lynas: Ratusan demo depan kedutaan Australia
Mei 20, 11 3:28pm

[GALERI FOTO]

Ratusan rakyat hari ini membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang dimiliki syarikat Lynas yang berpangkalan di Australia.

NONEMereka yang terdiri daripada Pemuda PAS, PKR, NGO dan aktivis sosial itu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Australia.

Sambil mengiringi enam wakil mereka untuk menghantar memorandum bantahan berhubung pembinaan pusat itu yang dikatakan akan mengeluarkan bahan radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar Gebeng di negeri itu, mereka juga membawa pelbagai sepanduk, poster dan kain rentang yang menuntut kerajaan supaya segera menghentik projek berkenaan.

Penunjuk perasaan mula berkumpul di Masjid As Syakirin KLCC sebelum berarak menuju ke Pejabat Suruhanjaya Australia yang terletak kira-kira 700 meter dari selepas solat Jumaat.

NONEMereka kemudiannya disertai oleh ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, empat wakil NGO Save Malaysia dan aktivis sosial sebelum memasuki perkatangan pejabat suruhanjaya tersebut.

Sewaktu tiba di pada jam 2.15 petang mereka turut melaungkan "Hancur Lynas, Hidup Rakyat" berulang kali.

Bantahan tersebut juga disertai pemimpin PAS Pahang Suhaimi Saad yang merupakan naib yang dipertua kawasan Indera Mahkota dan bekas ketua Pemuda Pahang.

Turut hadir ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zamanhuri.

Pembinaan kilang bernilai RM700 juta oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia, di kawasan perindustrian Gebeng itu menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

NONEBeberapa siri penerangan yang dianjurkan kerajaan negeri Pahang di sekitar Kuantan baru-baru ini dilihat tidak memberi kesan positif.

Kerajaan pada 22 April lalu telah juga mengumumkan penubuhan satu panel bebas bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang itu.

Sebelum ini, ramai aktivis yang ditangkap oleh pihak berkuasa berikutan mengadakan demonstrasi di seluruh negara.

Bekas pegawai MB bebas tuduhan menipu
Mei 20, 11 4:14pm

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini membebaskan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri daripada tuduhan menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

pkr Ahmad Nizam HamidPeguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) mengesahkan perkara itu kepada Malaysiakini sebentar tadi.

Banyak pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan itu di laman-laman Twitter dan Facebook.

Pada 2 Disember tahun lalu, mahkamah memerintahkan Mohd Yahya membela diri atas tuduhan menipu presiden KDEB berhubung Majlis Sambutan 100 hari Pakatan dua tahun sebelum itu.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd Yahya, 44, dituduh menipu Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa sekretariat Pakatan memohon sumbangan bagi membiayai majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di Shah Alam pada 4 Jun 2008.

Pengikut marah

Tertuduh selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan wang berjumlah RM50,000 kepada beliau sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

yahya sahri and selangor peoplePertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan disebat dan boleh juga didenda.

Bagaimanapun, Azhaniz Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada pertuduhan menggunakan dokumen palsu iaitu Resolusi Pembukaan Akaun untuk PKR di Maybank Berhad cawangan Bandar Sunway pada 14 Mei 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie ke atas tertuduh.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Azhaniz Teh membuat yahya sahri supporters anwar ibrahim office 250608 03keputusan itu setelah mendengar keterangan yang diberikan oleh 28 saksi pendakwaan, termasuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum itu, Mohd Yahya yang juga pemimpin kuat PKR Selangor digantung kerja oleh Khalid, menyebabkan pengikutnya marah dan cuba mengheret campurtangan Anwar sekali dalam kes itu.

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Mohd Yahya meletakkan jawatan selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar.

Demo PKR: Polis dikerah kawal Utusan
Abdul Rahim Sabri
Mei 20, 11
12:19pm

Meskipun Pemuda PKR (AMK) hari ini menunda cadangan mereka untuk berhimpun di hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur, namun kerajaan tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengerahkan sekumpulan anggota polis berkawal di sana.

NONESelain polis, turut hadir hari ini adalah ahli-ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang merancang untuk berkumpul bagi mempertahankan Utusan Malaysia sekiranya bangunan itu diserang.

Bagaimanapun keadaan di sekitar pejabat akhbar milik Umno itu dilaporkan tenang tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Perhimpunan AMK itu bertujuan "menolak fitnah politik" oleh akhbar milik Umno itu sepatutnya diadakan selepas solat Jumaat bagaimanapun ditunda ke tarikh baru.

Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip berkata antara sebab utama pihaknya menunda bantahan itu kerana pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO meminta AMK memobilisasi anak muda dalam demonstrasi anti-Lynas yang juga berlangsung hari ini.

NONE"Oleh itu kita mengambil sikap (terlibat) dalam perhimpinan anti-Lynas kerana lebih kepada agenda rakyat, jadi tenaga kami diperlukan untuk memobilisasi anak muda.

"Maka kita ubah fikiran (menunda bantahan)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Rozan berkata penundaan itu juga dibuat kerana wujudnya dakwaan usaha 'sabotaj' menggagalkan perhimpunan AMK oleh PERKASA dan Pemuda Umno yang turut hadir ke Utusan bagi mempertahankan akhbar itu.

"Oleh itu, kami berpandangan supaya tidak dituduh melakukan provokasi, menimbulkan huru hara dan mengelakkan provokasi, maka kami menundanya kepada tarikh yang lain," katanya.

Justeru itu, bagi mengelakkan yang tidak diingini Rozan berkata pihaknya membuat keputusan untuk menunda cadangan mereka untuk berhimpun dan menyerahkan memorandum ke tarikh baru.

Sebelum ini dilaporkan pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada PERKASA yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar arus perdana itu.

NONEDiminta mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa penundaan itu dibuat kerana takut kepada PERKASA dan Pemuda Umno, Rozan yang juga Ketua AMK Batu menolak tanggapan tersebut.

"Kita risau berlakunya konfrontasi kerana ada usaha sabotaj... Kami tidak mahu terperangkap," tegasnya.

Bahkan katanya, penundaan itu dibuat berdasarkan tinjauan beliau di sekitar pejabat Utusan sekitar jam 2 hingga 3 pagi tadi mendapati terdapat tiga sekatan menuju ke pejabat Utusan.

Sementara itu, dua memorandum menyokong akhbar Utusan Malaysia oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Umno diserahkan kepada ibu pejabat Utusan Melayu.

NONEPenolong Ketua Pengarang II, Ahmad Abd. Hamid menerima memorandum itu daripada Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali pada pukul 2.20 petang sebelum disusuli oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, 10 minit kemudian.

Kedua-dua kumpulan berkemudian berarak sejauh 200 meter dengan melaungkan amaran supaya tiada pihak yang berani menganggu-gugat Utusan Malaysia.

Tiada ulasan: