Sabtu, 14 Mei 2011

TAK SEHEBAT MANA KUTUKAN AKHBAR NI...LAGI HEBAT LAKNAT ALLAH...JANGAN KITA BUAT HINGGA ALLAH MURKA DAN LAKNAT KITA..MAKA KEKAL DALAM NERAKA...BERHATI2

Peluang Khairy reda isu tukar ketua Pemuda Sabah
Mei 13, 11 7:31pm

Kehadiran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada Program Jelajah One Malaysia di Pensiangan dekat Keningau pada 29 Mei ini dilihat sebagai peluang bagi beliau menjelaskan isu pertukaran ketua Pemuda Umno Sabah, Azman Roslan, yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli pergerakan itu di kawasan pedalaman negeri itu.

NONEKetua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar, yang juga ahli exco Pemuda Umno pusat, berkata anggota pergerakan itu di kawasan pedalaman ingin tahu sebab Azman ditukar kerana mereka menganggap beliau sebagai pemimpin penting kepada masyarakat luar bandar.

"Inilah peluang bagi Khairy memberi penjelasan berhubung isu ini bagi meredakan keadaan," katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pensiangan di Keningau hari ini. Azman, yang juga Ketua Pemuda Umno Keningau, turut hadir.

Jamawi berkata Khairy telah memberi komitmen untuk menyertai program anjuran Pemuda Umno Pensiangan itu yang diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat mukim Sebrang dekat Keningau.

Beliau berkata pertukaran Azman itu memberi kejutan besar kepada Pemuda Umno di kawasan pedalaman terutama masyarakat Kadazandusun dan Murut memandangkan Azman merupakan orang pertama daripada kalangan masyarakat berkenaan yang memegang jawatan itu.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid menjelaskan bahawa perubahan dalam kepimpinan Pemuda Umno Sabah adalah satu proses biasa yang juga berlaku di tiga negeri lain.

Azman digantikan oleh ketua Pemuda Umno Sandakan, Awang Kadim Tang.


Akaun Swiss Taib disiasat Finma
Mei 13, 11 12:58pm

Sebuah badan kawal selia Switzerland sedang menyiasat dakwaan aset haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang tersimpan di akaun bank di negara tersebut.

Perkara ini disahkan oleh Swiss Financial Markets Authority (Finma) pada 10 Mei lalu kepada sebuah NGO berpangkalan di Basel, Dana Bruno Manser (BMF) dan salinannya diberikan kepada Malaysiakini melalui kenyataan akhbarnya malam semalam.

NONESurat itu dikatakan sebagai jawapan oleh President Switzerland Micheline Calmy-Rel yang menerima laporan mengenai Abdul Taib daripada BMF.

Dalam surat bertarikh 8 April kepada BMF, Presiden Calmy-Rel berkata beliau telah membaca dan melihat laporan itu dengan penuh minat.

"Kami telah membaca dengan minat huraian lengkap anda mengenai Abdul Taib Mahmud dan juga rombongannya berserta hubungan mereka dengan Switzerland.

"Memandangkan (Finma) mengamalkan penyeliaaan pusat ke atas bank-bank, syarikat insurans, bursa saham, sekuriti dan badan-badan kewangan lain, kami telah mengajukan surat anda kepada Finma,” katanya.

Ditubuhkan pada 2007, Finma adalah badan kawal selia bebas dari segi fungsi dan kewangan daripada kerajaan pusat dan melapor terus kepada parlimen negara itu.

Dalam suratnya, Calmy-Rel berkata undang-undang Switzerland membenarkan aset yang berpunca daripada kegiatan jenayah dikembalikan kepada negara asal.

Katanya lagi, undang-undang negara itu juga membolehkan kerajaan membekukan aset berkenaan mengikut budi bicara mereka dan membantu dalam kes-kes mahkamah yang membabitkan pencurian aset.


Penyanyi Orkid Abdullah meninggal dunia
Mei 13, 11 7:25pm

Penyanyi veteran era 60-an Datin Orkid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi.

Penyanyi berusia 64 tahun itu dirawat di hospital tersebut dalam keadaan kritikal sebelum meninggal dunia.

Suami Allahyarham, Datuk Mokhtar Omar, 70, yang sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di hospital yang sama, dikatakan berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lirik Tanah air (Papita) Datuk M Daud Wahid, yang juga sahabat Allahyarham, berkata Allahyarham Orkid berada dalam keadaan tenat baru-baru ini.

Katanya penyanyi yang popular dengan lagu "Penawar Rindu" itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau paraganglioma sejak tiga tahun lalu.

Menurut M Daud, Allahyarham dibawa ke hospital tersebut pada pukul 3 pagi Khamis di mana beliau ditempatkan di wad biasa sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

M Daud berkata Allahyarham malah sempat berkata kepadanya, "Minta maaf, saya ini tidak lamalah," sebelum beliau jatuh koma pagi semalam.

Jenazah Orkid dimandikan di hospital tersebut dan dibawa ke Masjid As Sobirin, AU1, Keramat di sini untuk disolatkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat AU1 di sini selepas solat Asar, petang ini.

Beliau yang merupakan seorang penyanyi rakaman popular Malaysia yang berdarah kacukan Arab dan Inggeris, sebelum bergelar artis ternama merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing, Mersing, Johor.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Nur Shalina Mokhtar, 42, Md Nor Shareen Mokhtar, 39, Mohd Noor Shafri Mokhtar, 35 dan Nur Shafinaz Mokhtar, 31.

- Bernama

Pejabat PM arah Utusan hentam Buku Jingga
Jimadie Shah Othman
Mei 13, 11
9:55am

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

NONEMenurut sumber, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam 'satu sistem' akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Nota itu menyebut, setelah hadir ke taklimat di pejabat berkenaan pada tarikh yang sama, pejabat tersebut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada keesoknya (22 Mac) akan bercakap mengenai "kesan negatif" jika janji pembangkang dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak -- antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik -- bagi menyokong kenyataan Najib itu.

NONE"Komen-komen ini boleh disiarkan secara berperingkat-peringkat sehingga Ahad ini mulai esok," tulisan dalam nota yang diperoleh Malaysiakini itu dipetik.

Wartawan kanan itu juga meminta bantuan Meja Am dan Meja Ekonomi akhbar itu untuk melakukannya kerana biro yang diketuainya agak sibuk pada masa itu.

Benar-benar hentam

Semakan Malaysiakini di Utusan versi dalam talian mendapati terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan berkenaan Buku Jingga dimuatkan di akhbar milik Umno itu sepanjang tarikh yang diarahkan.

Isu berkenaan juga didapati terus disentuh selepas tarikh berkenaan.

NONEMalaysiakini juga mendapati, Najib pada 22 Mac benar-benar menghentam Buku Jingga yang dihasilkan bersama PKR, DAP dan PAS itu.

Beliau dilaporkan mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tindakan Pakatan "menyogok dokumen-dokumen janji", terkini melalui Buku Jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara.

Najib ketika berucap di Putrajaya juga dilaporkan berkata, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membankrapkan negara dalam jangka panjang.

azlanUtusan turut memuatkan komen beberapa pemimpin BN yang mempunyai nada sama, antaranya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (naib presiden Umno), Datuk Seri Dr Rais Yatim (menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan) serta T Mohan (ketua Pemuda MIC).

Sepanjang tempoh arahan itu juga, Utusan turut memetik pandangan penganalisis politik dan ahli akademik Dr Chandra Muzaffar, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, selain ulasan oleh kolumnisnya sendiri, termasuk penulis kontroversi Awang Selamat.

Sementara itu, dakwaan campurtangan kerajaan dalam media bukanlah perkara baru dan sering disebut oleh pemimpin pembangkang, terutama dalam ceramahnya.

Lagi dakwaan campurtangan k'jaan

Sebelum ini, perkara yang hampir sama didedahkan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari.

azlanBercakap kepada portal berita Free Malaysia Today (FMT), dakwanya agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.

Wartawan kanan Utusan yang dipecat itu berkata, agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan disampaikan kepada ketua pengarang melalui pejabat Perdana Menteri.

Lagi wanita disimbah cecair misteri
Mei 13, 11 4:15pm

Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di Kuala Lumpur.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lalu, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.

"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak Kuala Lumpur, hari ini.

Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Zulkifli berkata setakat ini terdapat 22 kes seumpama itu dan polis akan menyiasat sama ada ia dilakukan oleh individu yang sama atau tidak.

Beliau berkata walaupun gambaran suspek telah diperoleh, siasatan lebih terperinci masih dijalankan untuk menahan suspek yang sebenar.

"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan kami masih menganalisa kamera litar tertutup (CCTV) kerana kita mahu menahan orang yang benar-benar bersalah," katanya, sambil mengegaskan mereka yang melakukan perbuatan itu bakal berdepan dengan hukuman berat.

- Bernama

Kenaikan harga wujudkan generasi tanpa rumah
Aidila Razak & Wong Teck Chi
Mei 13, 11
8:42am

LAPORAN KHAS Sementara tahap gaji tidak berubah dalam 2010, industri hartanah pula merayakan apa ia yang dianggapnya sebagai tahun pertumbuhan pesat.

azlanMenurut Pusat Maklumat Hartanah Negara (Napic), harga purata
hartanah kediaman di Malaysia naik kira-kira 12 peratus dalam 2010 kepada RM220,000 berbanding dengan tahun sebelumnya.

Rumah di Lembah Klang sahaja berharga RM100,000 lebih tinggi daripada tahun 2009. Syarikat perunding antarabangsa Robert Walters mendapati selain kadar gaji tidak berubah, kadar bayaran bonus pada 2010 juga lebih rendah daripada 2009.

Dalam 2009, golongan profesional dengan pengalaman kerja kurang daripada lima tahun, boleh menjana pendapatan di bawah purata RM5,000 sebulan, bergantung kepada industri terbabit.

NONEDan berikutan itu wujud generasi rakyat Malaysia - walaupun menerima lebih pendidikan, latihan dan peluang daripada senior mereka - tetapi mereka membawa pulang gaji yang tidak mencukupi untuk memboleh mereka membeli hartanah.

Manakala kenaikan harga hartanah dalam 2010 menyaksikan satu lonjakan yang besar, tetapi data Napic mencatatkan kenaikan harganya sejak 2000, dengan purata harga rumah ialah kira-kira 40 peratus lebih rendah di seluruh negara.

Pembelian spekulatif penggerak kenaikan harga

Menurut pegawai Persatuan Pembeli Rumah Negara (NHBA), Tan Chong Leng, kenaikan harga hartanah kediaman berpunca daripada pembelian spekulatif.

azlan"Bila kerajaan melonggarkan cukai keuntungan harta (RPGT) ekoran krisis ekonomi, ia mencetuskan aktiviti spekulatif yang
meningkatkan harga menjadi semakin lebih tinggi," kata Tan.

RPGT sebelum 2007 adalah 30 peratus untuk mereka yang menjual hartanah mereka dalam tempoh setahun pembelian.

Ia diperkenalkan semula sebanyak lima peratus pada pertengahan 2009, tetapi hanya untuk penjualan dalam tempoh lima tahun pembelian, selepas menerima bantahan daripada industri hartanah.

Tan, yang bertanggungjawab ke atas unit Cina NHBA, berkata kerajaan sepatutnya mengkaji mengenakan RPGT secara progresif, dengan kadarnya bertambah dengan jumlah hartanah yang dibelikan.

Bank Negara juga turut mengehadkan pembeli hartanah ketiga, kepada 70 peratus pinjaman untuk nisbah nilai untuk menyekat spekulasi - tetapi menurut persatuan pengguna kadar itu harus diturunkan lagi.



PERKASA bertegang lagi dengan NGO Cina
Mei 13, 11 1:14pm

NGO Hak Melayu PERKASA bertegang urat lagi dengan persatuan Cina berhubung gerakan menuntut kerakyatan aktivis pendidikan Cina Lim Lian Geok dikembalikan.

Kempen itu -- dinamakan 'Keadilan untuk Lim Lian Geok -- dilancarkan oleh NGO pendidikan Cina, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG dan diketuai bekas pemimpin GERAKAN Toh Kin Woon serta disokong banyak persatuan Cina utama.

NONEPERKASA, bagaimanapun mendakwa desakan itu, yang dinyatakan bersama tuntutan agar sekolah jenis kebangsan Cina diberi status dan bantuan sama rata saperti sekolah kebangsaan, jelas cuba "bermain semula dengan isu kesamarataan" dalam pelbagai bentuk.

"Melihat pada desakan-desakan yang mereka buat pada ketika ini (di ketika kerajaan dilihat lemah) tidak salah jika dianggarkan [dianggap (sic)] bahawa terdapat tangan-tangan ghaib atau kerja-kerja menyemai pemikiran komunis masih menebal untuk terus menghasut segelintir kaum Cina ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

PERKASA itu mahu membuat laporan polis dan mahukan pihak terbabit didakwa bawah akta hasutan. Malah, NGO itu memohon pihak berkuasa turut menarik balik kerakyatan penganjur gerakan itu dan dikeluarkan daripada senarai daftar pengundi.

Menurut kenyataan itu, mereka mengesyaki terdapat "sesuatu yang tersembunyi" kerama mendiang telah pun meninggal dunia 26 tahun lalu dan tidak lagi memerlukan kerakyatan.

lim lian geok postcard launching 080511 2Bagi masyarakat Cina, Lim (1901-1985) merupakan aktivis pendidikan Cina paling dihormati dalam sejarah Malaysia. Mendiang merupakan presiden persatuan guru sekolah-sekolah Cina Jiao Zong.

Beliau juga konsisten memperjuangkan kesamaaan layanan untuk sekolah vernakular dan menentang arahan kerajaan supaya medium pendidikan ditukar kepada bahasa Inggeris pada sekitar tahun 50-an.

Tindakan itu membawa kepada kerakyatan dan kebenaran mengajarnya ditarik balik pada tahun 1961.

Pada tahun 1985, masyarakat Cina menggelarkan sebagai "Jiwa kepada orang Cina Malaysia" atau zu hun.

lim lian geok book launching 310710 booksSempena 50 tahun penarikan balik kerakyatannya, beberapa persatuan Cina bersama-sama membangkitkan semula isu itu melalu kempen menggunakan poskad, forum, pameran, tayangan filem dan persembahan pentas.

Gerakan itu juga mahukan suatu akta berkaitan kesamarataan pendidikan dibentuk supaya pendidikan dalam bahasa ibunda mendapat layanan samarata.

Menjawab PERKASA, LLG sebaliknya berkata, kempen mereka rasional, sah dan aman.

Dalam kenyataan semalam, mereka memetik Perkara 8(1) dan 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kepada semua warganegara tidak kira agama, bangsa, tempat kelahiran dan jantina.

NONEJusteru mereka mendakwa dasar semata-mata membangunkan sekolah kebangsaan dengan mengabaikan sekolah vernakular tidak mengikut perlembagaan dan merupakan satu diskriminasi.

"Tuntutan PERKASA untuk menarik balik kerakyatan penganjur tidak masuk akal dan menghina perlembagaan persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara.

"PERKASA mendakwa mempertahankan hak Bumiputera tetapi mereka melanggar batasan dalam perlembagaan dan menjejaskan hak bukan Bumiputera," kata kenyataan itu.

Tiada ulasan: