Rabu, 4 Mei 2011

JANGAN PLAY SAFE....JANGAN PUSING2 KENYATAAN....SEMUA DALAM PENGETAHUAN ALLAH....ALLAH TAHU SAPE YG BETUL DAN SAPE SALAH....

'Ada tak kena dengan pesawat RM86 juta Taib'
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 4, 11
11:55am

Seorang bekas pengurus besar syarikat penerbangan milik kerajaan negeri - Hornbill Skyways Sdn Bhd - memberitahu mahkamah bahawa pembelian pesawat jet bernilai RM86 juta untuk kegunaan menteri besar Tan Sri Abdul Taib Mahmud penuh dengan kepinccangan, rasuah dan salah guna kuasa.

mohamed asharat 220910Mohamed Asharat Ramzan Ali (kiri), 48, yang mendakwa beliau dipecat secara tidak sah pada 2005 selepas mendapati terdapat beberapa perkara yang tidak kena dengan syarikat tersebut.

Menurut keterangan 34 muka surat Asharat kepada Mahkamah Industri di Kuala Lumpur, syarikatnya itu telah membeli pesawat jet bisnes Cessna Citation X yang dibina oleh Cessna Aircraft Company yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai "aset negeri", sebelum menyertai syarikat itu pada 15 Mac 2005.

Dakwanya, pembelian itu juga membabitkan komisyen yang dihuraikannya berjumlah "US$250,000 sebagai elaun jualan" dalam dokumen yang berkaitan.

"(Harga pembelian) kira-kira RM74 juta. Jika faedah ditambah bagi pinjaman RM45 juta dari Ambank, jumlah kos adalah kira-kira RM86 juta," kata Asharat.

NONEPengarah eksekutif syarikat berkenaan Aidan Wing (kanan) yang juga bekas ADUN Lambir menafikan sebarang salah laku dalam pembelian pesawat itu dan berkata elaun jualan yang diberikan itu sebenarnya diskaun pembelian.

Namun Asharat menolak hujah Wing itu.

"Dalam perjanjian jual-beli yang awal, ia menunjukkan elaun jualan US$250,000 telah diterima. Namun angka itu muncul lagi pada harga muktamad pembelian pesawat itu,” katanya kepada mahkamah ketika disoal-balas oleh peguamnya Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Asharat juga berkata pengurus kewangan Shirley Wee, yang terbabit secara langsung dalam pembelian itu mendesak agar pesawat dihantar lebih cepat daripada 28 Julai 2005, meskipun ia perlu melalui beberapa prosedur pentadbiran.



Pulau Pinang tak terima wang dipulangkan
Mei 4, 11 4:03pm

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menerima wang RM23,700, hasil kutipan daripada warga emas yang enggan menerima wang ihsan itu yang didakwa diperoleh daripada hasil judi.

NONEKetua Menteri Lim Guan Eng (kiri) berkata kerajaan negeri enggan menerima wang yang dikreditkan oleh Umno ke akaun bendahari kerajaan negeri kerana ia dipulangkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut.

"Saya sudah meminta Pegawai Kewangan Negeri (Mohd Mokhtar Jait) untuk menyediakan satu cek berjumlah RM23,700 untuk dikembalikan kepada Umno secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

Warga emas berkenaan memulangkan wang RM100 yang diterima masing-masing daripada kerajaan negeri berikutan terdapat dakwaan yang menyatakan kerajaan negeri menggunakan sumbangan sebuah syarikat perjudian sebagai wang ihsan kepada warga emas negeri ini.

- Bernama

Elaun kakitangan masjid di Pulau Pinang dinaikkan
Susan Loone
Mei 4, 11
3:56pm

Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

NONETimbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman (kanan) berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat seepas mengambilkira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri pimpinan DAP itu menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.



Nasha sahkan pertahan no 2 PAS
Mei 4, 11 6:19pm

Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

pas muktamar 130610 nasharuddin mat isa 2“Ya, saya akan pertahankan (jawatan timbalan presiden). Ini bererti saya akan bertanding untuk penggal yang ketiga," katanya ketika dihubungi Bernama.

Nasharudin (kiri) yang juga anggota parlimen Bachok dipilih menjadi timbalan presiden PAS pada pemilihan parti 2005.

Beliau mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua dalam pemilihan parti ketika muktamar parti Ke-55 pada 2009 setelah mendapat 480 undi mengalahkan Datuk Husam Musa (281 undi) dan Mohamad Sabu (261 undi).

"Keputusan untuk mempertahankan jawatan itu dibuat atas semangat untuk meneruskan persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan pertengahan tahun depan atau penghujung tahun ini.

NONE"Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” tambahnya.

Nasharudin dijangka dicabar anggota jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu (kanan, tengah) yang sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan yang sama.

“Saya terbuka untuk dilawan. Malah sebelum ini berlaku pertandingan tiga penjuru ketika saya bertanding jawatan itu," katanya.

--Bernama


Pengarah JAWI membisu kehadirannya di masjid
Abdul Rahim Sabri
Mei 4, 11
5:01pm

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali masih membisu berhubung kehadiran beliau di Masjid Amru Al-As di Sentul pada hari Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat.

che mat che aliKetika banyak pihak menagih penjelasan daripadanya - yang dianggap sesetengah pihak menyokong tindakan tiga anggota Datuk T itu - Che Mat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media.

Usaha Malaysiakini untuk mendapat penjelasannya berhubung perkara itu dengan berkunjung ke pejabatnya di ibu negara hari ini juga gagal apabila beliau tiada di pejabat.

NONESeorang pembantunya memberitahu bahawa bosnya itu menghadiri program di Bandar Tun Razak sebelum terus berlepas ke Terengganu untuk program lain.

Malaysiakini difahamkan, kemungkinan Che Mat pulang daripada urusan luar pada Jumaat ini.

Usaha menghubunginya melalui SMS dan panggilan telefon juga setakat ini belum berjawab.

Pintu belakang mimbar


Bukan sahaja beliau, pegawai lain di JAWI juga kelihatan berat mulut untuk mengulas perkara itu.

Timbalan Pengarah JAWI (Pengurusan) Abdul Murat Abdul Wahab ketika ditemui Malaysiakini juga enggan mengulas dan meminta perkara itu dirujuk kepada Che Mat sendiri.

NONEKatanya, beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan kerana bidang tugasnya didakwa khusus berkaitan dengan kewangan jabatam tersebut.

Dalam kekecohan Jumaat lalu, penyokong PKR yang ternampak kelibat Che Mat berdekatan mimbar naik angin dan mahukan penjelasan kenapa beliau berada di situ.

Che Mat bagaimanapun kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar apabila seorang penyokong PKR menghampirinya untuk menyerahkan buku bertajuk Qazaf yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Kehadiran Che Mat juga dipertikan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin yang mengepalai bantahan menolak sumpah laknat oleh Eskay dan menuntut hukuman qazaf dijalankan.


Eskay akui berjaket kalis peluru ketika sumpah laknat
Hafiz Yatim
Mei 4, 11
4:37pm

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjelaskan beliau memakai jaket kalis peluru ketika upacara mengambil sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.

NONE“Saya bekas konsulat kehormat dan jaket itu kepunyaan saya dan bukan milik orang lain. Saya memakainya apabila keadaan di masjid menjadi kecoh,” katanya sambil menyuarakan kekecewaannya terhadap insiden itu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada dua lagi rakannya dalam trio 'Datuk T' - ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim - memakai jaket yang sama.

Eskay juga memberitahu beliau dipanggil ke balai polis hari ini untuk menjelaskan mengapa membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.

NONEMenurut beliau, Shuib dan Rahim juga dijangka diambil keterangan mereka oleh polis pada petang ini.

Shazryl juga diasak oleh wartawan mengapa beliau menyerahkan sampel DNA miliknya kepada polis minggu lalu dan signifikan penyerahan jam tangan mewah jenama Omega, yang dikaitkan dengan pelaku dalam video seks berkenaan.

“Saya fikir ia ada kena mengena dengan jam itu... Saya memegang jam itu,” katanya.

NONENamun, Eskay enggan menjawap secara langsung mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya.

"I (saya) pun tak tahulah, saya tidak benar-benar melihatnya (video seks itu.”

Dalam versi video 22 minit yang dimuatnaik di Internet pada Khamis lalu, jam Omega tidak kelihatan.

Eskay sebelum ini, ketika tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa pekerja seks dalam video tersebut 'mencuri' jam tangan daripada timbunan pakaian yang terletak di sebuah meja kecil.

alleged four full sex videos on youtube 290411 07Namun melalui pemerhatian di video berkenaan, lelaki itu dilihat mengambil pakaiannya di dalam bilik mandi selepas mengadakan hubungan seks, manakala wanita tersebut menyelongkar beg dan pakaiannya sementara menunggu di bilik.







PEMBELA: Islam terancam di Malaysia
Aidila Razak
Mei 4, 11
12:25pm

Gabungan NGO Melayu-Islam, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendakwa agama Islam sedang diancam dan digugat di negara ini.

Jurucakapnya Yusri Mohamad, perkara itu dikesan melalui perkembangan terkini melibatkan hubungan Islam-Kristian.

NONETambahnya, pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Datuk Seri Idris Jala untuk menangani isu Bible berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

Yusri berkata, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang pembentukan badan untuk hal ehwal bukan Islam.

Sehubungan itu, bekas presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu berkata, perkara itu menjadikan bidang kuasa Idris tidak menurut perlembagaan.

"Memang (ada ancaman). Walaupun PEMBELA sudah bergerak sebelum ini, seperti kes murtad Azlina Jailani. Ini bukan kali pertama kita bergerak.

"Ancaman atau gugatan ada musim; dan menjadi lebih serius. Ini ada kecenderungan... (menjadi) sesuatu tekanan kuat terhadap cara kita mengendalikan isu-isu agama berkaitan Islam.

Yusri berkata, pihaknya bimbang kepada usaha menyamatarafkan agama di negara ini.

'Dia Kristian'

"Kalau pun tidak sampai kepada pluralime agama, kalau ada kecenderungan untuk tuntut layanan yag sama bagi agama lain sama seperti agam Islam, saya kira ia bercanggah dengan perlembagaan, sejarah, latar belakang dan amalam sedia ada serta mengga ganggu formula kestabilan," katanya.

NONEKatanya, tindakan kerajaan melantik Idris menguruskan isu Alkitab juga salah kerana beliau beragama Kristian dan tidak boleh dikatakan tidak memihak.

"Dia menteri Kristian. Ini isu agama, bukan politik. Setakat ini kita faham yang formula 10 perkara tidak muktamad lagi... Kita harap tidak dimuktamadkan...

"(Ia) perlu ambil kira pandangan yang mewakili masyarakat Islam, majlis fatwa, ilmuan Islam, pertubuhan. (Ini) tidak berlaku dalam perbincangan yang lalu," katanya.

Yusri berkata, isu itu patut diuruskan oleh Datuk Jamil Khir Baharom, menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan perkara berkaiatan Islam bersama Tan Sri Koh Tsu Koon yang bertanggungjawab dalam perpaduan kaum.

Katanya, beliau merasakan kerajaan boleh bertindak dalam bidang kuasanya, tetapi dalam masa yang sama kumpulan Kristian didakwa menggunakan terma seperti "menodai" dan "mengotorkan" dalam mengetengahkan isu itu.

Sementara itu, Yusri berkata, PEMBELA - gabungan 80 NGO - akan mengadakan persidangan pada Sabtu untuk membincangkan isu berkaitan kedaulatan Islam di Malaysia.

Tema berhubung tindakan umat Islam ketika Islam digugat akan diketengahkan dalam acara yang terbuka kepada semua umat Islam.

Berbalas pantun

Ia akan menyentuh pelbagai topik, aantaranya isu Alkitab, isu pertukaran agama dan kebebasan beragama.

Hasil perbicangan itu akan dikemukakan kepada kabinet, perdana menteri, Majlis Raja-raja, parti politik dan mufti, kata Yusri.

NONEMengulas laporan polis terhadap PEMBELA sebelum ini, Yusri menafikan gabungan itu bukan kumpulan ekstrimis seperti didakwa.

"Boleh buat repot polis, ini negara merdeka. Tetapi biar ada asasnya. Dan kalau nak repot, tak (perlu) besar-besarkan satu isu. Ini ada unsur kecenderungan untuk besar-besarkan isu yang tiada.

"Masyarakat Islam dan bukan Islam boleh kaji latar belakang kami, kami bukan pemain baru dalam jaringan pertubuhan Islam. Kita bukan kumpulan ekstrimis. Kita buat perhimpunan aman, selepas solat, secara terkawal," jelasnya.

"Mungkin ada dalam perhimpinan ada ucapan yang berbunyi garang dan tegas. itu biasa dalam demonstrasi. Takkan nak berbalas pantun di situ."

Beliau menafikan ada pemimpin PEMBELA yang mengeluarkan kenyataan "akan bertumpah darah" terhadap kumpulan kristian.


Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90
Mei 4, 11 7:02pm

azlan

Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.

Eskay nafi bekalkan wanita dalam video seks
Hafiz Yatim
Mei 4, 11
3:47pm

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau bertanggungjawab membekalkan seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin kanan pembangkang.

NONE"Tidak, saya tak buat (bekalkan wanita). Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.

Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia.

Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya.

alleged four full sex videos on youtube 290411 14"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.

Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".

Persalahkan wartawan

Jalur putih berkenaan tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

NONE"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” katanya.

Eskay juga menafikan beliau menuduh Anwar 'berzina'.

Beliau kemudian bertanya kepada wartawan, pernah atau tidak beliau membuat tuduhan seumpama itu.

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay.

Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.

alleged four full sex videos on youtube 290411 11“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Kekecohan masjid

Selain dirinya sendiri, ahli keluarga Anwar bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat menafikan ketua pembangkang itu adalah pelaku dalam video berkenaan. Mereka berkata terdapat perbezaan ketara antara ketua umum PKR itu dengan lelaki dalam video tersebut.

NONEEskay berkata beliau dipanggil ke balai polis untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.

Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.

Eskay dalam sumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut berikut:

NONE"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Peranan Eskay dalam pita video itu menjadi semakin rumit apabila beliau tidak menafikan beliau adalah orang ketiga dalam video





Mufti: Penyatuan Umno-PAS tak semestinya satu parti
Jimadie Shah Othman
Mei 4, 11
7:18pm

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

"(Ia) penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri, antaranya melalaui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Najib pada 30 April lalu ini berkata, walaupun PAS enggan menyertai Umno dan BN, parti Islam itu patut keluar Pakatan rakyat kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kenyataan yang dianggap sebagai pelawaan itu bagaimanapun ditolak keras pelbagai pemimpin kanan PAS, termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


UMNO TAK ANGKUH KER....ALLAH SAJA YANG TAHU....PAS DA MASUK BN MASA ASRI....ANWAR PUN DAH MASUK BN....SAPE YANG TENDANG....KAJI SEJARAH....JANGAN DOUBLE STANDARD....REZEKI DAN HIDUP....ALLAH YANG BERI...SENDIRI MAU INGAT....


Mufti Perlis kecewa 'keangkuhan' PAS
Jimadie Shah Othman
Mei 5, 11
12:12am

Mufti Perlis menyatakan kekecewaannya terhadap sikap PAS yang disifatkannya "terlalu angkuh" untuk menerima ajakan Umno untuk duduk semeja.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Katanya, PAS tetap menolaknya walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri tampil membuat pelawaan itu secara terbuka.

"(Saya) kecewa dengan PAS terlalu angkuh nak terima ajakan Umno hendak duduk semeja. Najib sudah jelaskan jemputan (secara) terbuka.

"PAS parti besar, (mereka) tidak patut tenggelam dalam nostalgia dan emosi lama," katanya.

Melalui SMS kepada Malaysiakini daripada Arab Saudi semalam, Mufti termuda di Malaysia itu juga berkata golongan ulama bersedia menjadi pemudahcara dalam program pertemuan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

NONEtusan Malaysia semalam melaporkan di muka depan, Dr Juanda menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Beliau dilaporkan berkata, penyatuan kedua-dua parti itu sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam.

Menjelaskan lanjut kepada Malaysiakini pada hari yang sama, Dr Juanda menjelaskan gesaan penyatuan yang diutarakannya bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya, menurut Juanda, ia merupakan penyatuan dalam erti kata kerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara, antaranya dengan kurang memaki sesama sendiri dan kurang politiking.

NONENajib pada 30 April lalu ini berkata, walaupun PAS enggan menyertai Umno dan BN, parti Islam itu patut keluar Pakatan rakyat kerana rakan mereka DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kenyataan yang dianggap sebagai pelawaan itu bagaimanapun ditolak keras pelbagai pemimpin kanan PAS, termasuk oleh Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.




CUBA CEK@SEMAK BALIK...NI DARI UTUSAN....

Pengkhianat Islam

KUALA LUMPUR 3 Mei – Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara UMNO dan Pas sebagai pengkhianat Islam.

Selain itu beliau berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.

“Penyatuan (UMNO dan Pas) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Isu penyatuan serta kerjasama antara UMNO dan Pas bukan satu perkara baru malah ia telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Kerjasama yang dimaksudkan berkaitan dengan perkara membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, bagaimanapun usaha itu sering terbantut ekoran keengganan Pas untuk berbuat demikian.

Berbeza dengan Pas, pucuk pimpinan UMNO termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat lebih terbuka dan positif dalam usaha tersebut.

Terbaharu Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

Juanda berkata, al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Katanya, ia jelas melalui petikan firman Allah ayat 13 surah Asy-Syura yang bermaksud “Tegakkanlah pendirian agama dan jangan kamu berpecah belah”.

“Junjungan besar Rasulullah SAW juga sebelum wafat sempat berwasiat menyuruh semua umatnya bersatu di bawah satu imam dan jangan berpecah belah,’’ katanya lagi.


Dr Asri: Lebih baik PAS-Umno imbangi satu sama lain
Mei 4, 11 6:13pm

Mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan dakwaan 'pengkhianat Islam' hanya boleh diterima pakai untuk pihak yang membenci kepada perpaduan umat Islam dan bukan terhadap penentang penyatuan Umno dan PAS.

NONEKatanya, demi keseimbangan politik negara, adalah lebih baik bagi Umno dan PAS meneruskan perjuangan masing-masing.

"Saya tidak fikir asimilasi parti ke dalam parti yang lain yakni PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS akan membuahkan hasil keseimbangan politik dalam negara kita.

"Kalau PAS menjadi Umno, Umno menjadi PAS nanti tidak akan ada keseimbangan parti politik. Apa yang akan ada hanya kerakusan kuasa dan wewenang (hak dan kekuasaan untuk berbuat sesuatu atau untuk mengeluarkan perintah),” kata Dr Asri ketika diwawancara TV Selangor.

Beliau mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mendakwa pihak-pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS adalah sebagai pengkhianat Islam.

NONE"Kita kena tengok dulu apa maksud penyatuan itu, jika penentangan itu dibuat memang kerana dia membenci penyatuan orang Islam dalam erti kata ukhwah ummat Islam kerana dia tidak suka lihat orang islam berpadu maka kenyataan itu boleh diterima pakai.

Ukhwah Islamiah

"Tetapi terdapat kemungkinan bahawa sesetengah pihak itu tidak menentang penyatuan umat Islam, tetapi mungkin dia ingin melihat adanya kepelbagaian di dalam politik dan keseimbangan politik kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi," katanya.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Utusan Malaysia hari ini memetik Dr Juanda sebagai berkata pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan dalam Islam.

Dr Juanda (kiri) pula tidak dapat dihubungi untuk mempertahankan kenyataannya di Utusan kerana berada di Madinah menghadiri perjumpaan mufti-mufti dunia.

Jelas Dr Asri, tidak salah untuk PAS dan Umno cuba mencari titik persefahaman atas isu-isu kepentingan sama yang boleh memartabatkan syiar Islam di negara ini.

Ini boleh dilakukan tanpa mana-mana parti melepaskan agenda politik masing-masing dalam membela rakyat.

"Bersatu ini boleh jadi dalam prinsip-prinsip Islam, bersatu dalam perkara-perkara yang menyentuh kepentingan bersama.

NONE"PAS dan Umno mesti menghubungkan diri di antara satu sama lain di atas dasar ukhwah Islamiah. Bagaimanapun jangan menafikan peranan parti-parti ini untuk melakukan check and balance dalam pentadbiran negara,” kata Dr Asri.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menggesa PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana mendakwa kerjasama pembangkang hanya menguntungkan DAP.

Dibelit rasuah

PAS bagaimanapun menolak perlawaan itu dan memberi pelbagai contoh bagaimana perjuangan Umno untuk mendokong Islam tersasar dan semakin terhakis apabila parti itu dibelit dengan rasuah dan penyelewengan kuasa.

hadi awang and pasPresiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya tidak sekali-kali akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

Dr Asri berkata penyatuan serta kerjasama antara Umno dan PAS telah dibincang serta dibahaskan sejak sekian lama, sama ada di media mahu pun di kalangan rakyat.

Namun, katanya, penyatuan dua parti berkenaan adalah lebih baik dibataskan atas dasar hubungan ukhwah Islamiah sahaja dan bukan untuk mencari kemenangan politik.

NONE"Saya berharap PAS dan Umno mempunyai hubungan ukhwah Islamiah persaudaraan Islam, hormat menghomati sebagai Muslim, tahu hak-hak antara satu sama lain sebagai Muslim.

“Tetapi dalam masa yang sama ia tidak menafikan untuk mereka berbeza dalam politik dan sentiasa menjadi pengimbang antara satu sama lain dalam politik,” katanya.

Tiada ulasan: