Jumaat, 27 Mei 2011

Tak kira ulama atau profesional yg penting Islamnya Jelas...dan benar2 takwa@takut pada Allah..memada serta baik akhlaknya....

Nizar sahkan bertanding di saat-saat akhir
Abdul Rahim Sabri
Mei 26, 11
4:58pm

Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menamatkan teka-teki dengan menjadi orang terakhir mengesahkan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS kali ini.

Pihaknya telah menghantar surat pengesahan ke Pejabat Agung PAS sebentar tadi, lapor Harakahdaily.

Dianggap sebagai 'selebriti' PAS, Mohamad Nizar dijangka mampu memberikan tentangan hebat kepada dua calon pilihan iaitu Salahudin dan Husam.

NONEBeliau akan menghadapi pertembungan enam penjuru dengan dua penyandang sekarang, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar; dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Mohd Amar Nik Abdullah; dan Idris Ahmad.

Manakala Bendahari Agung PAS Dr Hatta Ramli yang sebelum ini mahu bertanding membuat 'pusingan u' beberapa jam sebelum tutup waktu akhir pengesahan pada jam 5 petang ini.

Bintang baru PAS itu mula menyinar selepas dilantik memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak susulan kemenangan gabungan itu dalam pilihan raya umum 2008.

Antara 3 calon pilihan


Sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya, tetapi selepas bergelut mempertahankan 'maruah' kerajaan Pakatan Rakyat daripada dirampas, menyebabkan karismanya semakin menyerlah.

Walaupun kerajaan Pakatan yang dipimpinya runtuh selepas 11 bulan, beliau masih berjaya mengekalkan momentum pembangkang apabila menang dalam pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang pada April 2009.

azlanTidak terhenti di situ, beliau kemudiannya menang dengan undi terbanyak dalam pemilihan parti dua bulan kemudiannya selepas bergelar ahli parlimen.

Sehubungan itu, pemerhati politik melihat beliau merupakan salah seorang calon pilihan untuk mengisi kekosongan satu daripada tiga kerusi naib presiden.

Sementara itu, dua lagi calon tumpuan dalam persaingan itu adalah exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa dan naib presiden sekarang Salahudin Ayub.

Husam sebelum ini pernah menyandang jawatan itu. Beliau merupakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dianggap anak emas mursyidul am PAS itu.

Lebih mudah pilih


Manakala Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian antara pemimpin kanan PAS yang diberikan kepercayaan menggalas tanggungjawab besar mengetuai pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dan DUN Tenang sebelum ini.

azlanPemerhati politik juga menyifatkan tentangan ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz juga tidak kurang hebatnya khusus perjuangannya membantah saman ekor melalui kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Bagaimanapun ketika mengumumkan pendiriannya bertanding naib presiden, beliau mengakui 'agak sulit untuk mendapat tempat' kerana kemampuan dan kebolehan calon lain.

Mohd Amar dan Idris pula dilihat sebagai calon yang boleh mengisi 'kuota ulama' bagi menggantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengesahkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Disebabnya hanya enam -- daripada 14 yang layak -- menyahut pencalonan kawasan, ia lebih memudahkan sejumlah 1,100 perwakilan membuat pilihan.

MP gesa polis jelaskan sebab kematian Sarbani
Salhan K Ahmad
Mei 26, 11
7:33pm


Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad hari ini menggesa polis mengemukakan penjelasan lanjut berhubung sebab kematian pegawai kanan kastam Ahmad Sarbani Mohamed bagi mengelakkan kesangsian bahawa isu berkenaan cuba ditutup.

NONE"Semua orang masih tidak puas hati dengan penjelasan (polis). Bagaimana (Sarbaini) pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dengan rela hati untuk berjumpa pegawai penyiasat, tiba-tiba ditemui mati," kata Khalid.

Jelasnya, kesangsian itu timbul memandangkan polis setakat ini hanya menjelaskan bahawa "Sarbaini tidak dibunuh" dan "mati mengejut."

"Banyak lagi persoalan yang pihak polis tidak jawab. Saya nak pertikaikan mengapa dia susah payah (ke SPRM) kalau dia hendak bunuh diri.

"Polis mesti jelaskan apa yang (Sarbaini) hendak ceritakan kepada SPRM sehingga membawa kepada kematiannya," kata Khalid lagi dalam satu sidang media di pejabatnya hari ini.

Jelasnya, isu berkenaan perlu dijelaskan memandangkan balu Sarbaini sendiri telah membuat satu laporan polis berhubung kes kematian itu, berdasarkan satu perbualan dengan salah seorang pegawai kanan SPRM.

NONEMasiah @ Maziah Manap, 50, dalam laporannya pada awal bulan ini mendakwa bahawa pegawai yang dinamakannya sebagai Ghani itu telah memberi gambaran kepadanya bahawa salah seorang kakitangan bawahan terlibat dalam kes berkenaan.

"Saya menyatakan kepadanya bahawa saya reda dengan kematian suami saya. Seterusnya saya bertanya soalan – apakah Encik Ghani akan buat sekiranya Encik Ghani berada di tempat saya?

"Apa yang mengejutkan saya ialah jawapan yang perlahan daripada Encik Ghani yang menyatakan – 'Bukan saya...Orang saya.'

"Saya membuat laporan ini kerana saya mengesyaki bahawa Encik Ghani terlepas cakap semasa perjumpaan di pejabat kastam," laporan tersebut dipetik.

Dalam laporan itu juga, Masiah berkata pertemuan itu dilakukan di satu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Subang pada 28 April lalu.

NONESarbani, 56, ditemui mati di dalam dalam premis ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu setelah hadir ke pejabat berkenaan bagi bertemu salah seorang pegawai berhubung kes siasatan melibatkan dirinya.

Beliau merupakan antara 62 orang pegawai kastam yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi besar-besaran SPRM ke atas jabatan berkenaan




Lagi 'bukti' pembelian undi pilihan raya S'wak
Kuek Ser Kuang Keng
Mei 26, 11
6:45pm


Meskipun pilihan raya negeri Sarawak telah berlalu lebih sebulan , namun Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) berkata mereka kini mempunyai lebih banyak bukti bagi menunjukkan bahawa pembelian undi berleluasa sepanjang tempoh berkempen.

Penyelaras MEO-Net Ong Boon Keong pada sidang akhbarnya hari ini mendedahkan rakaman pita video pendek menunjukkan wang tunai diedarkan kepada pengundi di kerusi dewan undangan negeri Tamin yang berjaya dipertahankan oleh BN.

NONEVideo berkenaan dikatakan dirakamkan di beranda rumah panjang Unban Anak Endu yang terletak di Tenting Terentang di Nanga Selangau pada malam 14 April, iaitu dua hari sebelum pengundian.

Ong mendakwa tuai rumah panjang itu bersama beberapa tuai yang lain diminta ke pejabat BN di pekan Selangau dan diberikan beberapa cek oleh tiga pembantu calon BN berkenaan.

Tuai rumah panjang Unban Anak Endu itu kemudiannya menunaikan cek berkenaan dan mengedarkan RM50 kepada setiap penduduk yang dipercayainya akan menyokong BN, dakwa Ong.

Beliau pada Selasa lalu ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen Kuching ketika melawat Bengoh dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tiada alasan yang diberikan oleh pegawai Imigresen tetapi Ong yakin pengusirannya ada kaitan dengan usahanya mengumpulkan dalil bagi membuktikan salah laku pada pilihan raya April lalu.


Nik Aziz: Umno 'cipta' label ulama, profesional PAS
Mei 26, 11 12:12pm


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan istilah golongan ulama dan profesional yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya sengaja dihidupkan oleh Umno-BN.

Menurut beliau, hakikatnya tidak wujud dua kumpulan iaitu ulama dan profesional, yang didakwa bersaing untuk menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook, semalam.

Kata Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

NONEJusteru, menurutnya, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

Ombak sekular

“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

azlanNik Aziz mengulas mengenai pemilihan kepimpinan PAS awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa sebarang cabaran.

NONETambah Nik Aziz lagi, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya.

Tiada ulasan: