Ahad, 15 Mei 2011

DIA BUKAN ULAMAK...TOK GURU LAGILAH BUKAN...TAHAP FAHAM ISLAM DAN SEJARAH ISLAM....ALLAH SAJA YANG TAHU...DIRI PUN MELOMPAT2...JANGAN SYOK SENDIRI ...

Ibrahim: 'Kalau nak perang salib boleh'
Aidila Razak
Mei 15, 11
9:06am

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika
mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara
ini.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 3“Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita
ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan
sambut…Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut.

“Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua (PERKASA) dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan
darah,” katanya disambut tepukan kira-kira 150 hadirin.

Bercakap dalam satu majlis anjuran Komuniti 1Malaysia di Kampung Kerdas dan Kampung Changkat, Gombak malam tadi,
Ibrahim menuduh orang Kritisn "mencabar posisi, kedaultan
orang Melayu Islam”.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa sekumpulan pastor merancang untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini, dan melantik seorang perdana menteri Kristian. Ia dilaporkan Sabtu lalu oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia

“Ini satu cabaran ke arah kedaulatan umat Islam yang majoriti
Negara ini…Mula dengan bangsa berjangkit dengan agama. Bila bangkit soal agama ertinya soal jihad,” tegas Ibrahim.

ibrahim ali perkasa ceramah in gombak 2Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa kumpulan minoriti berani mencabar ketuanan Melayu dan Muslim kerana mereka
digalakkan oleh ketua umum PKR Datuk Anwar Ibrahim untuk menarik undi mereka.

“Ramai orang Kristian di Malaysia orang Cina. Orang Kristian (di dunia) ramai di Amerika Syarikat. Tali barut Amerika Syarikat di Malaysia Anwar Ibrahim. Kita nampak, dah masuk saf-safnya,” katanya.

Tetapi Ibrahim silap kerana Kristian Bumiputera merupakan kumpulan terbesar dalam masyarakat Malaysia, manakala Mexico mempunyai penganut Kristian yang paling ramai.


Empat ditangkap di protes anti-Lynas protest
S Pathmawathy
Mei 15, 11
12:43pm


Sekurang-kurangnya empat orang ditahan di Kuantan, Pahang hari ini dalam satu perhimpunan yang dianjurkan oleh gerakan anti Loji Advanced Material (LAMP) Lynas.

dap protest against lynas 150511 01Mereka yang menyertai protes tersebut berkumpul di depan pusat perkhidmatan DAP di Kuantan sekitar jam 11.30am. Tidak sampai 10 minit kemudiannya, anggota polis mula bertindak.

Setiausaha publisiti DAP Pahang, Chow Yu Hui dan setiausaha penganjur Lee Chin Chen serta Khor Huey Ying dan Thing Siew Shuen, dari ibu pejabat DAP, telah ditahan.

Permbinaan loji nadir bumi di Gebeng - beberapa 25km ke timur laut Kuantan- telah mencetuskan kemarahan umum yang bimbangkan potensi keracunan radioaktif dan kesannya terhadap masyarakat yang tinggal di sekitarnya.

Syarikat Australia itu dan kerajaan itu telah memberi jaminan yang operasi kilang itu hanya menghasilkan tahap radiasi yang amat rendah.

dap protest against lynas 150511 03Mereka juga berkata, projek tersebut berbeza dari kontroversi kilang nadir bumi yang dikendalikan oleh Mitsubishi Chemical di Bukit Merah, Perak, yang beroperasi pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Bagaimanapun, penentang projek itu menegaskan kebimbangan mengenai keracunan radiasi tidak dapat dielakkan kerana setakat ini tidak ada pelan yang jelas, bagaimana dan di mana bahan buangan sisa kilang itu - dikatakan satu sumber utama radiasi - akan dibuang.

Agensi nuklear PBB - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), - akan menubuhkan sebuah panel pakar untuk memberi nasihat mengenai potensi risiko radiasi dari kilang tersebut.


'Tak logik' isytihar negara Kristian depan Muslim
Susan Loone
Mei 14, 11
7:57pm

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merpersoalkan logik di sebalik dakwaan terdapatnya konspirasi Kristian-DAP sedangkan pertemuan kontroversi sekumpulan pastor itu turut dihadiri orang Islam.

Katanya, tuduhan terhadap wakil rakyat parti itu dan pastor -- untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada penganut agama itu --
tidak berasas kerana Jeff Ooi seorang Buddha.

NONELim (kiri) menegaskan bahawa adalah" tidak boleh diterima akal" untuk mengisytiharkan hasrat itu dihadapan penganut agama Islam.

"Adakah kamu bermaksud untuk berkata pastor berbohong. Ini sudah melampau. Kamu boleh mencurigai Ooi - tetapi beliau seorang penganut Buddha, kenapa pula beliau mahukan negara Kristian?" tanya Lim dalam sidang media di Pulau Pinang.

"Kita bukan hanya bercakap tentang seorang pastor tetapi beberapa orang, termasuk mereka yang mewakili pertubuhan dan kesatuan, untuk menuduh mereka berbohong adalah isu yang sensitif," tambahnya.

"Nampaknya Utusan seperti cuba menutup pembohongannya sendiri. Satu pembohongan dizahirkan, lebih banyak pembohongan diperlukan untuk menutupnya."


Kuan Yew, Goh bersara dari kabinet Singapura
Mei 14, 11 8:15pm

Menteri Mentor Lee Kuan Yew dan Menteri Kanan Goh Chok Tong membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet, sekali gus merintis laluan bagi Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta pasukannya mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam.

NONEDalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, kedua-dua pemimpin itu berkata: "Kami telah pun mengkaji situasi politik terbaru dan memikirkan bagaimana ia boleh menjejaskan masa depan.

"Kami telah pun memberi sumbangan kepada pembangunan Singapura. Masanya sudah tiba bagi generasi muda untuk membawa Singapura maju ke hadapan dalam situasi yang lebih sukar dan rumit.

"Perdana Menteri dan pasukan pemimpin muda beliau perlu mempunyai rekod kerja tanpa apa-apa kesilapan masa silam. Generasi lebih muda, selain mempunyai kerajaan bebas rasuah dan meritokratik serta menikmati taraf hidup yang tinggi, juga ingin lebih melibatkan diri dalam keputusan yang memberi kesan terhadap mereka," kata kedua-dua pemimpin itu.

Selepas berakhirnya pilihan raya umum yang menjadi titik perubahan, kedua-dua pemimpin berkata: "Kami membuat keputusan untuk berundur daripada Kabinet dan menyerahkan kepada kumpulan menteri muda sepenuhnya untuk mendekati dan melibatkan diri dengan kalangan generasi muda dalam membentuk masa depan Singapura kita.

"Namun pasukan muda harus sentiasa mengingati kepentingan generasi lebih tua. Generasi yang telah memberi sumbangan kepada Singapura mesti dijaga dengan baik," kata mereka.

--Bernama

Tiada ulasan: