Rabu, 25 Mei 2011

AGAK SUKAR...JIKA RAMAI YANG BERHARAP DAPAT KEUNTUNGAN PERIBADI DALAM SATU2 PROJEK...TU SEBAB HARGA JADI TAK MASUK AKAL...AKHIRAT JAWAB...

SPR mahu sekat keputusan awal p'raya
Mei 24, 11 12:07pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.

Katanya perkara tersebut akan diputuskan pada bulan depan.

"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab menghebahkan keputusan, yang bukan sahaja menghebahkannya, tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya telah memenangi pilihan raya tersebut.

"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Jadi, salah satu ialah mungkin kita nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada pukul 5 petang, tidak ada kira awal, walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini.

Abdul Aziz, yang kecewa dengan insiden berkenaan, berkata kejadian itu berlaku kerana di Sarawak, terdapat tempat mengundi ditutup lebih awal dan pengiraan undi terus dilakukan.

Sepatutnya setiap ejen parti mempunyai etika berhubung perkara itu dan tidak menghebahkan keputusan, katanya.

Di Singapura, kata beliau bukan sahaja ejen parti tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, tetapi larangan turut dikuatkuasakan terhadap pengundi negara berkenaan.

Katanya SPR perlu mengambil tindakan berikutan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretika, yang jika tidak dibendung, boleh menimbulkan keadaan huru-hara pada pilihan raya umum akan datang.

"Sebelum SPR mengumumkan keputusan, pihak lain tidak boleh membuat apa-apa pengumuman. Itu tidak bertanggungjawab namanya.

"Kita (SPR) jemput mereka sama-sama masuk dalam bilik mengira undi untuk menunjukkan ketelusan, tetapi nampaknya mereka menyalahgunakan kebebasan itu," katanya.

Abdul Aziz berkata mereka menggunakan kemudahan itu untuk kepentingan politik.

- Bernama


Tuan Ibrahim tanding timbalan presiden PAS
Mei 24, 11 1:44pm

Perebutan bagi jawatan timbalan presiden PAS semakin panas apabila Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.

Setakat ini, bekas naib presiden Mohamad Sabu mengumumkan bertanding jawatan tersebut manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa akan mempertahan jawatannya dalam muktamar parti awal bulan depan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan manDalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata, beliau telah dicalonkan
untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan naib presiden, dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.

Katanya, beliau sebelum ini telah berkali-kali menyatakan hasratnya yang lebih berminat mempertahankan jawatan naib presiden sekiranya menerima pencalonan mencukupi.

"Namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.

Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang diterimanya bagi jawatan timbalan presiden.

Namun, katanya, ianya suatu jumlah yang "memerlukan saya memikirkannya semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan."

"Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja," tambahnya.

"Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama saya menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan," tambahnya.

Terima kasih

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan beliau.

"Dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.

azlan"Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam," tegas Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Malaysiakini difahamkan Tuan Ibrahim memperolehi 39 pencalonan di belakang Mohamad Sabu (47) dan Nasharudddin (43).

Juga difahamkan kira-kira 15 kawasan lagi yang berhasrat untuk mencalonkan Tuan Ibrahim bagi jawatan timbalan tetapi tidak dapat berbuat demikian atas sebab-sebab teknikal berkaitan dengan tarikh tutup.

Sekiranya, mereka sempat membuat pencalonan, maka Tuan Ibrahim akan memperolehi pencalonan tertinggi untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Esok merupakan tarikh tutup penerimaan pencalonan bagi calon-calon yang layak bertanding jawatan utama parti itu bulan depan.

Lelaki mati tergantung dalam lokap
Mei 24, 11 9:11pm

Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di Kluang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

"Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

"Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut," katanya kepada pemberita.

Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali.

Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.

- Bernama



Empat anggota Syiah ditahan JAIS
Jimadie Shah Othman
Mei 24, 11
1:36pm

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akhirnya menangkap empat anggota ajaran Syiah di Gombak, termasuk ketuanya Mohd Kamil Zuhairi dalam sambutan ulangtahun kelahiran puteri Nabi Muhammad di Gombak sebentar tadi.

Jurucakap majlis itu Radin Ahmad Faizul berkata, selain Mohd Kamil, beliau sendiri ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak.

NONEDua lagi, menurutnya hanya dikenali sebagai Syed Syafiq dan Ashraf. Nama penuh mereka belum diperoleh setakat ini.

Sebelum itu, Radin berkata, lebih 20 anggota JAIS kelihatan hadir di majlis itu selepas berlangsung 20 minit bermula jam 12 tengah hari.

Ketika itu, tambahnya, JAIS cuma mengambil kad pengenalan beberapa tokoh penting penganjur, termasuk Mohd Kamil.

"Lagi pun majlis itu cuma majlis makan-makan sahaja," kata Radin sambil mendakwa mereka mendapat permit polis untuk menganjurkan acara itu.

JAIS: Langgar fatwa

Kira-kira 500 orang hadir dalam program sambutan ulangtahun Fatimah Az-Zahrah yang diadakan di perkarangan hauzah atau markaz mereka di Gombak.

NONEKetua penolong pengarah bahagian pengurusan penguatkuasaan JAIS Mohamad Rais Rasid (kiri) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan tangkapan empat orang itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana pihaknya merancang mengadakan sidang media khusus tentang perkara itu esok pagi.

"Mereka ditangkap kerana melanggar fatwa (dengan menyebarkan fahaman Syiah)," katanya ringkas.

Pada Disember tahun lalu, JAIS telah menahan seramai 128 pengikut Syiah -- aliran yang diharamkan negeri itu pada tahun 1989.

Bagaimanapun, dianggarkan terdapat kira-kira 40,000 mengikuti ajarannya di negara ini secara senyap-senyap.

'Rakyat boleh berdepan dengan Ibrahim Ali'
Joseph Sipalan
Mei 24, 11
5:10pm

Kerajaan tidak perlu mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung isu 'perang salib' kerana masyarakat sudah matang dalam menghadapi isu-isu sensitif.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata rakyat Malaysia kini tidak lagi takut membincangkan isu yang tidak berapa lama dahulu dianggap sebagai tabu.

"Sebagai hasil dariapda media alternatif, kamu sebenarnya telah membuka masyarakat.... Kehadiran alternatif media membuka dimensi baru, daripada aspek kamu boleh bincangkan apa saja," katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

"Selepas dua atau tiga tahun, saya lihat masyarakat sudah berubah dan matang. Perkara seperti itu, yang diluahkan Ibrahim Ali, tidak lagi dianggap terlalu sensitif untuk kita bicarakan."


Anwar kembali ke tirai besi?
Salhan K Ahmad
Mei 24, 11
11:01am

Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan optimistik apabila ditanya sama ada beliau akan didapati bersalah oleh mahkamah memandangkan beliau telahpun diminta membela diri berhubung perbicaraan kes Liwat II.

Tanpa berlengah, Anwar dengan yakin berkata, tiada sebab mengapa mahkamah perlu memutuskan sedemikian.

NONEKetika berdepan dengan persoalan sama pada 2009, Anwar
kelihatan lebih yakin dan berkata "tidak mungkin" beliau akan kembali dikurung tirai besi; namun ketika ditanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, Anwar berkata "barangkali tidak."

Jauh di sudut hatinya, Anwar berkata beliau tidak akan kembali ke penjara. Namun, jawapannya itu masih mengandung persoalan.

Adakah beliau bersedia sekiranya mahkamah tetap memberikan keputusan yang tidak memihak kepada dirinya?

Apakah pula yang akan berlaku kepada PKR dan mampukah timbalan presidennya, Azmin Ali mengambil alih parti itu dalam ketiadaannya?

Beliau memberikan beberapa kata nasihat kepada Azmin dan pada masa yang sama beliau turut menempelak bekas pengikutnya Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak keluar parti dan kini mengetuai parti KITA.

Berikut ialah wawancara Malaysiakini dengan Anwar berhubung isu yang dibangkitkan:

Malaysiakini: PKR terus diserang berhubung pemilihan langsung yang dijalankannya pada tahun lalu. Adakah tindakan mengadakan pemilihan itu satu keputusan yang betul?

DSAI: Anda tahulah ada suara-suara liberal yang kata kita tidak sepatutnya jadi terlalu demokratik kerana orang belum bersedia. Tapi, mengapa kita bercakap tentang demokratik? Inilah harga yang perlu dibayar.

Kita mahu jalankan pemilihan, dan ianya sangat mahal, tapi saya rasa, supaya adil, (jawatankuasa pemilihan) menjalankan tugas yang baik. Ada kerisauan disuarakan terutamanya aduan tentang tindakan yang berlengah-lengah, tentang disiplin parti (dan keputusan) yang digantung. Malah sekarang pun (pemilihan dibuat semula) untuk Batu Sapi dan Semporna kerana ada peti undi yang hilang.

Jadi jika anda kata kita tidak bersedia, kita boleh kata begitu. Tapi bukanlah orang tidak bersedia. Mungkin ada masalah dengan jentera tetapi orang (PKR) OK, mereka boleh terima.

Malaysiakini: Ada juga kritikan timbul memandangkan Datuk Seri bukan dipilih oleh parti.

DSAI:
Ya, saya bukan dilantik melalui pemilihan langsung tetapi para perwakilan meluluskan resolusi (pada 2009). Saya tidak mempengerusikan mesyuarat parti. (Presiden, Datuk Seri Dr Wan) Azizah yang pengerusikannya.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri bersedia untuk bertanding dalam pemilihan akan datang?


DSAI: Jika Azizah mengalah, saya akan bertanding.

Malaysiakini: Atau sekiranya Datuk Seri tidak kembali ke penjara?

DSAI: Ya. Barangkali tidak... Tidak ada sebab (untuk didapati bersalah).

Malaysiakini: Datuk Seri pasti?

DSAI: Bawah undang-undang apa? (Pihak berkuasa) perlu bersedia dengan kessannya. Kenapa (mereka) fikir rakyat bodoh? Kenapa (mahkamah buat keputusan) seperti itu? Macam mana anda boleh buat keputusan seperti itu?

Mungkin saya patut baca teks pendakwaan dalam kes yang dipanggil prima facie ini. Mereka mempersendakan undang-undang ini.

Tambahan pula, saya belum dapat keputusan (bertulisnya), walaupun ia dibacakan di mahkamah... Saya dapati (ini) pelik.

Malaysiakini: Bagaimana Datuk Seri akan membela diri memandangkan mahkamah telah mendapati ada kes prima facie ke atas Datuk Seri. Adakah Datuk Seri akan memanggil Datuk Seri Najib dan dan Datin Seri Rosmah untuk memberi keterangan?

DSAI: Oh, kita tidak boleh beritahu anda, tapi kita akan panggil mereka (untuk beri keterangan). Kita tahu bahayanya (memanggil mereka ke kandang saksi).

Masalahnya... dalam perbicaraan pertama (di mana Dr Mahathir Mohamad mengelakkan daripada hadir ke mahkamah sebagai saksi).

Dia (Mahathir) menggunakan aspek teknikal – bahawa (Azizan Abu Bakar yang mendakwa diliwat) membuat laporan polis sebelum berjumpa (Mahathir). Sekarang, (Najib) tidak boleh buat begitu.

Najib bertemu (pengadu yang mendakwa diliwat, Saiful Bukhari Mohd Azlan) sebelum (laporan polis) dibuat.

Malaysiakini: Datuk Seri bersedia sekiranya kembali dipenjarakan?

DSAI: Saya telah melalui yang terbaik dan paling buruk. (Mereka tidak boleh) beri saya kata dua atau ugut saya seperti ini. Saya berasa, dalam hati saya (saya tidak akan kembali ke penjara).

Malaysiakini: Jadi sebab mengapa Datuk Seri tidak mahu bertanding jawatan presiden adalah disebabkan perbicaraan kes liwat bukan?


DSAI: Ya, banyak sebabnya, anda tidak perlu jelaskan semua. Saya dengar pandangan pemimpin, saya lihat (situasinya). Siapa yang mahu saya bertanding? Utusan. Ini menarik. Utusan melancarkan kempen dan anda terpengaruh.

Mereka melancarkan kempen besar-besaran, jadi anda perlu tanya kenapa. Tiba-tiba, satu perkara positif yang mereka kata ialah Anwar perlu jadi presiden kepada parti. Lagilah saya tidak mahu.

Malaysiakini: Adakah sesiapa di dalam PKR yang boleh mengambil alih?


DSAI: Tiada siapa yang kekal. Ahli politik ada ego yang besar, kadang-kadang mereka rasa begitu. Tapi demi Tuhan, anda perlu tahu.

Mandela ada pengganti, Gandhi ada pengganti. Mereka semua pemimpin besar dan mereka ada pengganti. Dan jika Rasul, walaupun anda tidak menggantikan Rasul, (digantikan) dengan para sahabat. Jadi orang kecil seperti kita, anda tidak tahu, saya mungkin akan hilang begitu sahaja daripada sistem.

Malaysiakini: Sekarang Datuk Seri ada Azmin Ali sebagai bakal pengganti tapi dia tidak seperti Datuk Seri. Dia tidak berapa disukai dalam parti.


DSAI: Ya.

Malaysiakini: Apa nasihat yang boleh Datuk Seri berikan untuk perbaiki imejnya.

DSAI: Tidaklah, dia buat kerja, maksud saya, orang kadang-kadang berasa kasihan dengan saya kerana saya dipenjarakan dan semua itu.

Malaysiakini: Jadi dia juga perlu dipenjara?


DSAI: [Ketawa] Kita bekerja sebagai satu pasukan. Azizah mungkin bukan licik berpolitik seperti saya, tapi dia boleh tarik (sokongan). Sebagai contoh, di Sabah (kami) biarkan Azizah menguruskannya dan tiba-tiba situasi kembali tenang. Jadi saya tanya dia, 'apa yang awak dah buat? Doa apa yang awak baca, keadaan sangat tenang sekarang?'

Jadi Azmin perlu buat seperti itu. Dia perlu bina pasukan yang boleh memenuhi batas atau kelemahannya.

Kedua, anda perlu dilihat... jika anda mula buat perbandingan, ialah satu masalah seperti sesiapa saja yang mengambil alih daripada Mandela. Saya, tentunya, di rang paling bawah, tapi itulah masalahnya bila orang mula buat bandingan.

Tapi saya percaya bahawa (Azmin) percaya dia ada (ciri-ciri) yang betul tapi dia mesti dilihat suka menolong, suka berdamai dan pada masa lain lebih berhati-hati, sabar dengan beberapa kenyataannya.

Ini akan ditekankan, bukan? (Bahawa) 'Azmin perlu lebih berhati-hati, sabar.' Saya ucap selamat kepada dia, lebih baik saya beritahu dia dulu [Ketawa]

Malaysiakini: Datuk Seri rasa dia pengganti yang baik?


DSAI: Bukan pengganti, ini perlu diserahkan kepada parti untuk diputuskan. Buat masa ini dia timbalan presiden, satu fungsi yang besar... Tapi untuk berjaya, seperti yang saya kata, dia mesti bekerja dalam satu pasukan dan... serahkan kepada parti untuk diputuskan.

Malaysiakini: Bolehkah PKR berubah daripada persepsi semasa bahawa parti ini dilihat sebagai institusi keluarga?

DSAI: (Persepsi) itu datang daripada suara liberal seperti anda. Kita tidak (bercakap seperti itu), kita bercakap perubahan, dasar, mengenai peningkatan harga, mengenai kenaikan harga petrol. Hanya sedikit suara sinis sahaja yang kata (PKR satu institusi keluarga).

Apa bezanya (anak beliau yang juga ahli parlimen Lembah Pantai) Nurul Izzah dengan (menantu Tun Abdullah Badawai dan juga ahli parlimen Rembau) Khairy (Jamaluddin) dan (anak Tun Dr Mahathir Mohamad) Mukhriz?

Izzah menderita. Dia tidak ada kehidupan remaja. Dia tidak masuk universiti sebab dia bumiputera, dia mencapai gred (sendiri). Jadi ada perbezaan di situ.

Kemudian, Azizah bukanlah bercita-cita dari segi politik, dia tidak mahu (sertai politik), tapi apada masa itu, ingat lagi pada 1998, dia terheret ke dalamnya.

Tapi saya tak rasa ianya satu institusi keluarga.

Tengok begini, saya dalam (PKR). Saya tidak nafikan kenyataan tetapi saya sepatutnya bebas daripada perkara remeh (dalam mentadbir PKR), kebanyakan daripadanya, dan kemudian fokus kepada agenda lebih besar. Sebab itulah saya habiskan lebih banyak masa dengan Pakatan (Rakyat).

Ramai orang percaya (saya kawal PKR)... Tapi saya tidak. Saya habiskan malam Rabu dengan biro politik (tetapi) program lain lebih diutamakan. Hanya bila ada isu dasar yang serius, saya akan (terlibat), lain daripada itu tidak.

Saya biarkan kepada Azizah dan pasukannya. Mereka yang uruskan (parti). Ianya berbeza jika anda presiden, banyak kerja-kerja pentadbiran.

Pakatan masih baru, anda perlu bina kepercayaan dan keyakinan untuk memastikan ianya berjalan.. dengan (presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi (Awang), (penasihat DAP, Lim) Kit (Siang), (setiausaha agung DAP, Lim) Guan Eng, (setiausaha agung PAS), Datuk Mustafa Ali, itulah kerja saya.

Malaysiakini: Datuk Seri dilihat sebagai elemen yang menyatukan Pakatan, tapi Datuk Seri juga nampaknya sering menjadi sasaran kritikan. Adakah Datuk Seri rasa seperti satu beban kepada Pakatan?

DSAI: Itu juga satu strategi. Saya rasa, sesiapa sahaja yang menjadi ketua (akan diserang). Kenapa (mursyidul am PAS, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), kenapa Guan Eng? Saya rasa ianya berkenaan (siapa) yang lebih efektif untuk diserang.

Malaysiakini: Datuk seri paling efektif sebagai sasaran serangan?

DSAI: Buat masa ini, saya, Nik Aziz dan Guan Eng.

Malaysiakini: Benar, tapi Datuk Seri lebih banyak diserang berbanding yang lain.

DSAI: Ya, sebab mereka fikir saya habiskan lebih banyak masa dengan Pakatan, dan jelas saya satu ancama. Mereka umumkan saya sebagai pemimpin mereka, sebagai PM baru. (Perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) tidak dapat menerimanya.

Malaysiakini: Datuk Seri juga diserang oleh orang seperti Datuk Zaid Ibrahim (yang meninggalkan PKR pada 2009 kerana tidak berpuas hati dengan pemilihan parti) terutama sekali dalam isu video seks.

DSAI: Zaid Ibrahim bercakap tentang moral? Saya ucapkan selamat berjaya. Siapa yang bercakap tentang moral? Kalau (di luar) Umno, Zaid Ibrahim; di (dalam) Umno, (Tan Sri) Rahim Thamby Chik.

Malaysiakini: Kenapa Datuk Seri fikir (Zaid) sangat pedas sekarang? Adakah dia rasa telah dikhianati Datuk Seri?

DSAI: (Ketika) dia sertai (PKR), kami beri dia ruang dalam biro politik, dia bertanding dalam pilihan raya kecil (Hulu Selangor), bertentangan dengan (nasihat) daripada seluruh cabang dan daripada (PKR) negeri, daripada menteri besar...

Dia merajuk, dia mahu (bertanding), dan kata berilah dia peluang, blah blah blas, setiap malam di rumah dia merayu, jadi saya fikir, OK, beri dia peluang. Dia kalah (dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor).

Malaysiakini: Jadi ia bukanlah tentang pemilihan parti?

DSAI: (Ada pergeseran) sebelum daripada itu lagi.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri rasa beliau ambil alih parti KITA kerana pendirian peribadi terhadap Datuk Seri?

DSAI: Itu tidak penting. Kita telah berdepan dengan perkara lebih besar. Tapi, untuk (Zaid) bercakap tentang moral, saya ucapkan selamat berjaya kepada dia.


Anwar ditemubual oleh Steven Gan, Salhan K Ahmad, Kow Gah Chie dan Aidila Razak.


Saman, jangan cakap besar, Ramasamy cabar Teng
Susan Loone
Mei 24, 11
8:37pm

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 11, P Ramasamy hairan bagaimana seorang pemimpin Gerakan boleh jadi begitu yakin dengan badan kehakiman sehingga boleh meramalkan dia akan menang perbicaraan walaupun belum ke mahkamah.

p ramasamy husam musa penanti by election ceramah 290509 05Dan memandangkan pengerusi Gerakan negeri, Datuk Teng Hock Nan begitu yakin, maka beliau sepatutnya menyaman kerajaan negeri yang menuduhnya bersubahat dalam satu penipuan penjualan tanah bernilai jutaan ringgit, kata Ramasamy (kanan).

Ia membabitkan seorang ahli perniagaan, Tan Hak Ju, dan sebidang tanah kuari di Seberang Perai, yang berlaku semasa pentadbiran BN sebelum 2008, ketika Teng menjadi exco kerajaan negeri ketika itu.Tan telah menyaman kerajaan negeri kerana tidak memproses permohonan tanahnya dengan betul dan kemudiannya membatalkan apabila didapati ia akan dimiliki pihak lain.

Teng kesal kerana kerajaan negeri, khususnya Ramasamy, berkeras mendakwa urusniaga tanah tersebut adalah satu 'penipuan'.

NONETeng (kiri), yang juga bekas ADUN Kebun Bunga, menganggap ianya hanya satu “kecuaian di pihak pegawai kerajaan”.

“Teruskan dan saman kita kerana kita tetap mengatakan ini adalah satu skandal," tambah Ramasamy yang dibentangkan Kertas Putih mengenai perkara itu di sidang dewan undangan negeri baru-baru ini.

“Jika dia begitu yakin dengan badan kehakiman dan yakin dia boleh menang kes terhadap kami, teruskanlah dan saman," cabar Ramasamy.

“Tapi saya agak hairan yang dia (Teng) begitu yakin dengan badan kehakiman,” tambahnya.

Bagaimana Idris Jala jadi 'Menteri Alkitab'
Regina Lee
Mei 24, 11
4:33pm

Mintalah mana-mana ahli politik Malaysia untuk menangani isu sensitif berkaitan agama, maka kebanyakan mereka akan mengelak.

Tetapi bila tercetus isu berhubung Kitab Injil dalam bahasa Melayu yang mengancam menimbulkan ketegangan antara orang Kristian dan
orang Islam, ramai yang agak terkejut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala dipilih untuk menyelesaikan kebuntuan tersebut.

NONEIanya menarik perhatian ramai memandangkan Idris bukan seorang ahli politik. Malah ada yang mempersoalkan keupayaannya untuk
menangani isu tersebut, terutama memandang beliau dilantik menganggotai kabinet untuk meneraju Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU), dan selaku 'menteri tanpa portfolio'.

Dalam bahagian terakhir temubual eksklusif ini, Idris menceritakan kepada Malaysiakini tentang bagaimana beliau diminta oleh Perdana
Menteri Najib Abdul Razak untuk menangani isu Alkitab.

Sebagai seorang anggota terkemuka sidang Injil Borneo - satu aliran evangelis berpengaruh di Sabah dan Sarawak - cerita-cerita beliau mengetuai satu 'pemulihan' di tempat kelahirannya di Bario, ketika masih remaja, menjadi kisah legenda di bandar tersebut.

'Hanya saya saja yang tinggal'


Tetapi faktor utama beliau bukan seorang ahli parti politik telah mendorong Najib memberi kepercayaan kepadanya untuk
menjadi jurucakap dalam menangani isu Alkitab, walaupun ada menteri beragama Kristian seperti Datuk Maximus Ongkili and Tan Sri Bernard Dompok.

"PM sebenarnya mahu seseorang yang tidak memihak dan juga seorang penganut Kristian. Jadi apabila kami mencari orang yang bukan ahli mana-mana parti dan juga seorang penganut Kristian, maka hanya saya yang tinggal. Saya faham Kitab Injil dan saya boleh bercakap mengenai Kitab Injil," katanya.

NONEDan begitulah bagaimana penyelesaian '10 perkara' dicapai - yang
juga dikenali sebagai 'Formula Idris Jala' - tetapi beliau menegaskan bahawa ianya adalah kata sepakat dan keputusan kabinet sepenuhnya.

Isu Kitab Injil dalam bahasa Melayu tercetus Mac lalu apabila kumpulan gereja membuat rayuan terbuka kepada kerajaan supaya melepaskan 35,000 nashkah Alkitab yang dirampas.

Kumpulan 5,000 nashkah dirampas dan disimpan di Pelabuhan Klang pada Mac 2009, manakala 30,000 nashkah lagi ditahan di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Kuching.

Penjelasan kerajaan ketika itu ialah nashkah terbabit melanggar arahan kabinet pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan istilah 'Allah', 'Solat', 'Kiblat' dan 'Kaabah'.


Kenapa kos loji kumbahan meningkat RM500 juta?
Jimadie Shah Othman
Mei 24, 11
12:28pm

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa berlaku peningkatan kos yang besar sebanyak RM500 juta dalam usaha menaiktaraf sebuah loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang enggan didedahkan pada masa ini.

NONE"Buat masa ini, saya harap kementerian yang berkenaan dapat memberikan penjelasan," katanya.

Bercakap dalam sidang media mingguan PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berharap projek di loji rawatan kumbahan Pantai 2 itu dapat dijalankan dengan telus.

Ini kerana, menurutnya lagi, ia melibatkan penggunaan sejumlah besar wang rakyat.

Anak sulung Anwar itu juga mendakwa tiada usaha tender terbuka dibuat bagi kerja menaiktaraf itu.

NONE"Jika kementerian sudah pun berada di peringkat akhir menganugerahkan kerja-kerja tersebut, ini bermakna projek tersebut dibuat secara rundingan terus dengan kontraktor," katanya.

Ditanya tentang kemungkinan berlakunya kenaikan kos ekoran anggaran RM500 juta itu dibuat ketika upacara pecah tanahnya dua tahun lalu, Nurul Izzah mengelak mengulasnya secara langsung.

Beliau sebaliknya terus mendesak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Komunikasi Malaysia memberikan penjelasan terlebih dahulu.

Nurul Izzah melontarkan persoalan kenapa loji itu tidak dibina secara tertutup sebelum ini seperti amalan negara lain yang tidak lagi memerlukan pembaikan susulan.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan usaha menaiktaraf itu bagi mengurangkan bau dan bahaya loji berkemaan kepada orang ramai.

Tiada ulasan: