Menabur bakti di pendalaman
SETIAP hari Azhar Mat Daud, 38, akan bangkit daripada lenanya tepat pukul 3 pagi. Lengkap berpakaian sesuai dengan imej seorang guru, dia menuju ke stesen kereta api Wakaf Bharu dengan menaiki motosikal.
Cerita Azhar, dia tidak boleh bangun lewat atau tidur selepas pukul 11 malam. Jika itu berlaku, dia akan lewat ke sekolah. Hal itu juga boleh mencalarkan imejnya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong.
Meskipun perjalanan dari rumahnya di Kota Bharu, Kelantan ke stesen berkenaan hanya mengambil masa kurang setengah jam, Azhar sentiasa berwaspada. Cikgu Matematik itu memberitahu, dia sering menoleh kiri kanan jalan dan pada masa sama, mulutnya terkumat-kamit membaca doa pelindung diri.
“Dalam waktu-waktu sebegini ramai yang masih tidur cuma ‘orang-orang tertentu’ saja yang masih berjaga dan bekerja,” ujarnya yang membawa maksud yang tersirat.
Ketibaan tren di stesen Wakaf Bharu lazimnya tepat pukul 4 pagi. Dengan langkah lemah longlai sambil bertemankan suara cengkerik dan unggas yang ditenggelamkan oleh bunyi bingit kereta api, Azhar mengambil tempat duduk. Untuk seketika, dia menjadi penumpang pertama tren itu.
Suasana yang masih gelap membuatkan Azhar tidak berupaya melakukan apa-apa kecuali melelapkan mata. Barangkali itu perkara terbaik yang dilakukan kerana sebelum sampai ke Dabong, kereta api akan melalui 20 stesen dengan jarak melebihi 200 kilometer (km). Perjalanan adakalanya memakan masa lebih tiga jam. Pernah sekali, akibat terlena, dia dibawa kereta api hingga ke stesen Kemubu.
“Inilah yang saya lalui selama tiga tahun berturut-turut. Pemeriksa tiket pun dah kenal kerana saya ialah pelanggan setia yang membeli tiket tiap-tiap hari.
“Percaya atau tidak, perjalanan saya ke tempat kerja lebih lama daripada waktu saya mengajar,” seloroh Azhar. Namun sepanjang wawancara berlangsung, dia tidak pernah menunjukkan sekelumit pun rasa kesal. Sebaliknya, Azhar menganggap ia adalah satu pengorbanan tulus untuk membantu murid-murid di pendalaman.
Menceritakan latar dirinya, Azhar sebelum ini merupakan guru di SK Jalan Pasar 1, Pudu, Kuala Lumpur selama lapan tahun. Penyakit strok yang dihidapi oleh ibunya mendorong Azhar membuat permohonan untuk bertugas di negeri kelahirannya supaya hampir dengan orang tuanya.
“Walaupun berasal dari Kelantan, saya tak pernah ke Dabong. Pada asalnya, saya duduk di asrama, tetapi selepas kejadian rumah saya dirompak, saya khuatir untuk meninggalkan isteri dan dua anak saya,” terangnya.
Adakah rutinnya yang sangat memenatkan memberi impak kepada kesihatan Azhar? Lelaki itu mendiamkan diri sejenak. Daripada bebola matanya, barangkali Azhar enggan berkongsi rasa. Namun, apabila diasak, akhirnya dia mengaku.
“Saya ada hipertensi dan setiap tiga bulan saya mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Otorinolaringologi kerana mengalami masalah pernafasan.
“Jika dulu berat badan saya 110 kilogram (kg), kini 80kg setelah bertugas di Dabong,” katanya yang masih lagi boleh mengukir senyuman.
Barangkali masalah kesihatan bukan satu isu besar kepada Azhar. Ada kisah yang lebih meruntun perasannya.
Kematian ibu
“Saya sanggup berpindah ke kawasan pedalaman kerana ibu saya tetapi pada 3 Mac 2009, ibu saya meninggal dunia ketika saya sedang mengajar kelas tambahan.
“Saya dapat tahu berita kematian agak lewat kerana talian telefon di Dabong pada ketika itu kurang memuaskan, setengah jam kemudian barulah saya terima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memaklumkan berita sedih itu,” katanya menahan perasaan ketika menitipkan cerita.
Gambaran perjalanan seorang guru di sekolah yang sama iaitu Noor Azainab Abdullah, 32, persis Azhar. Bezanya, hentian Noor Azainab bermula dari Kuala Krai. Azhar turut berada dalam tren yang sama.
Ujar guru pendidikan khas yang menetap di Kampung Pek, Machang, Kelantan itu, dia bukanlah individu yang gemar menaiki kereta api. Namun, wanita ini tidak menyangka kereta api menjadi pengangkutan utamanya ke tempat kerja.
Jadual Noor Azainab bermula pada pukul 4.20 pagi. Tepat 4.50 pagi, dia bergerak dan memakir keretanya di stesen kereta api Kuala Krai. Noor Azainab berkata, dia membiarkan wajahnya polos tanpa sebarang solekan.
“Biasanya, bila azan bergema saya berada dalam kereta api, jadi saya mengambil wuduk dan bersolat (dengan cara duduk) dalam kereta api,” kongsinya yang pernah sampai ke sekolah pada pukul 12 tengah hari disebabkan berlaku tanah runtuh dan kemalangan antara kerets api dan haiwan di landasan.
Ketika ditanya mengapa dia tidak tinggal di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah, jawab bekas graduan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu: “Saya seorang guru yang mengajar kanak-kanak istimewa, jadi saya perlu sentiasa mencari material terbaik untuk mereka daripada Internet, tapi malangnya di Dabong liputan jalur lebarnya sangat lemah.”
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tugas Noor Azainab bukan saja menuntut pengorbanan masa, malah ketahanan mental kerana dia mengendalikan pelajar lembam.
“Saya pernah terfikir untuk tukar sekolah. Mula-mula kerja oleh ibu saya kerap merayu supaya saya berbuat demikian tapi lama-kelamaan, saya rasa sayang kerana saya suka persekitaran di Dabong yang tenang.
“Perjalanan yang panjang ketika pergi dan pulang dari sekolah membolehkan saya menanda buku pelajar dan buat persediaan untuk mengajar,” ujarnya yang menempuh pengalaman yang sama pada bulan puasa.
Noor Azainab mengambil tren pukul 2.30 petang untuk pulang ke rumah. Pada waktu itu, selain menyaksikan gerabak kereta api dipenuhi pelajar sekolah, suasana pelajar mengulangkaji pelajaran dalam tren merupakan satu pemandangan yang cukup berharga bagi dirinya.
Mahir dialek Kelantan
Melewati kelas murid prasekolah di SK Dabong, Norazlina Abd. Aziz, 32, dilihat sedang mengajar pelajar-pelajarnya dengan penuh ketekunan. Dia sangat petah bertutur dialek Kelantan. Sangkaan penulis dan jurufoto, Hafiz Johari, dia sememangnya anak jati Kelantan, tetapi telahan itu ternyata silap besar.
“Saya orang Perak, tapi bila dah beberapa bulan mengajar di Dabong, secara automatik saya pandai bertutur dialek Kelantan,” katanya sambil tertawa kecil.
Siswazah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Terengganu itu tidak perlu disoal lanjut. Dia memberitahu, keputusannya untuk ke Dabong kerana suaminya bekerja di Pengkalan Chepa.
“Saya tak pernah tahu ada kawasan bernama Dabong, puas mencari maklumat dan apabila saya sampai di Dabong, saya sangat cuak sebab saya tengok jalan-jalannya sangat kecil,” ujarnya yang merasakan nasibnya lebih baik berbanding kepayahan yang dilalui oleh Azhar dan Noor Azainab.
Tidak seperti kedua-duanya, Norazlina tinggal di asrama bersama dua anaknya yang masing-masing berusia empat dan enam tahun. Dia hanya berkesempatan bertemu suaminya pada hujung minggu.
Pertemuan kami diakhiri dengan luahan kata-kata yang penuh bermakna daripada Norazlina: “Di Dabong, saya belajar erti dan tanggungjawab sebagai pendidik yang sebenar. Saya mengakui jiwa saya semakin dekat dengan kampung ini dan masyarakat Dabong yang penuh berhemah.”
Adab murid kepada guru
- menghormati dan memuliakan guru dan keluarganya dengan tulus dan ikhlas
- tunduk dan patuh terhadap semua perintah dan nasihat guru
- jujur dan setia bersama guru
- bersikap rendah hati, lembut dan santun kepada guru
- hendaknya memaafkan guru ketika beliau melakukan suatu kesalahan
- tidak menjelek-jelekan dan tidak memfitnah guru
- tidak menghianati dan tidak menyakiti hati guru
- berusaha melayani guru dengan sebaik-baiknya
- selalu berusaha menyenangkan hati guru
- memanggil guru dengan panggilan yang disukainya
- berusaha menyukai apa yang disukai oleh guru
- membiasakan diri memberikan hadiah kepada guru dan keluarganya sebagai tanda penghormatan kepada mereka
- tidak berjalan di depan guru ketika berjalan bersamanya
- tidak terbahak-bahak di depan guru
- tidak meninggikan suara ketika berbicara dengan guru
- selalu duduk dalam sikap sopan
- berusaha keras ( jihad ) dan tekad membuat kemajuan bersama guru
ADAB BELAJAR MENGIKUT IMAM GHAZALI
1. Mendahulukan salam kepada guru dan
bersalaman dengan bercium tangan sebagai
tanda penghormatan - ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh
guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
1
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan
walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar
menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan
kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh
mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Adab-adab Ketika Belajar
- Membaca Doa Penerang Hati
- Duduk dengan sopan
- Mendengar penerangan guru dengan teliti
- Berlumba-lumba untuk belajar
- Sabar ketika belajar
- Sentiasa mengulangkaji pelajaran
- Menghormati guru anda
- Mendisiplinkan diri
Kebaikan Menuruti Adab-adab Ketika Belajar
- Mendapat keberkatan daripada Allah SWT
- Anda akan disenangi guru dan rakan
- Mudah memahami dan menerima ilmu yang diajar
Akibat Mengabaikan Adab Ketika Belajar
- Tidak mendapat keberkatan daripada Allah SWT
- Dibenci oleh guru dan rakan anda
- Sukar memahami dan menerima ilmu yang diajar.
Adab Belajar
Sesungguhnya ilmu itu adalah nur (cahaya) yang dihidayahkan Allah SWt kepada hamba-hambanya yang Sholeh dan yang bersungguh-sungguh.. Maka sebelum kita masuk ke dalam suatu majlis ilmu ada beberapa hal yang semestinya kita perhatikan:
a. Jaga kebersihan badan dan pakaian dan hati.
b. Berlaku sopan dan hormat kepada teman-teman, yaitu dengan mengucapkan salam dan berjabat tangan ketika berjumpa.
c. Hormati dan dengarkan nasehat-nasehat ustadz karena dialah sumber ilmu ,seperti dokter bagi orang yang sakit.
d. Bertanya kepada guru terhadap apa yang belum dipahami karena bertanya adalah pintu ilmu.
e. Baca pelajaran dirumah, karena mengulang pelajaran akan memperkokoh pemahaman dan memperkuat ingatan.
f. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah SWt supaya mendukung dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.
Adab belajar ..
Assalamualaikum wbt
tajuk ADAB MENUNTUT ILMU
Adapun hadis Nabi saw yang bermaksud : Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat.
Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi tiap2 orang tak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairan lah pada masa sekarang lelaki dan perempuan sama2 bersaing di universiti, di kolej dan pusat2 pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki masing2.
Suka di sini ustazah kongsikan Adab2 menuntut ilmu yang di sarankan oleh agama kita:
1. Niat utk beribadat kpd Allah swt - kerana melakukan sesuatu perkara untuk diterima oleh Allah bergantunglah kpd niat kita. Tetapi perlu diingatkan bahawa “niat tidak menghalalkan cara”
2. Jauhi sifat hati yang tidak baik -sifat dengki, cemburu, bermegah-megah dan suka memandang rendah kebolehan orang lain
3. Sentiasa merendah diri, menghormati dan menurut nasihat guru
4. Tidak kedekut ilmu
5. Tanamkan kesungguhan diri utk mencapai kecemerlangan
6. Patuhi peraturan tempat belajar - melatih diri supaya berdisiplin
Setakat ini dulu buat kali ini, jumpa di catatan akan datang.
Wassalam
-ustazah azimah-
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.
4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.
5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.
6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".
8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.
Adab dan Akhlak dalam Menuntut Ilmu
Oleh Ade Nurdiansyah, S.Pd
Di dalam Al Qur’an diterangkan bahwa sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat orang-orang yang beriman dan berilmu. Ilmu merupakan sarana utama menuju kebahagiaan abadi. Ilmu merupakan pondasi utama sebelum berkata-kata dan berbuat. Dengan ilmu, manusia dapat memiliki peradaban dan kebudayaan. Dengan ilmu, manusia dapat memperoleh kehidupan dunia, dan dengan ilmu pula, manusia menggapai kehidupan akhirat.
Baik atau buruknya suatu ilmu, bukan karena ilmunya, melainkan karena niat dan tujuan si pemiliki ilmu. Ibarat pisau, tergantung siapa yang memilikinya. Jika pisau dimiliki oleh orang jahat, maka pisau itu bisa digunakan untuk membunuh, merampok atau mencuri. Tetapi jika dimiliki oleh orang baik, maka pisau itu bisa digunakan untuk memotong hewan qurban, mengiris bawang atau membelah ikan.
Di bawah ini merupakan metode yang baik dalam mencari/menuntut ilmu, agar ilmu yang kita miliki bermanfaat dan mendapat barokah dari Allah
- Awali dengan niat yang benar, baik dan ikhlas. Niatkan bahwa mencari/menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan ridho Allah. Niatkan bahwa ilmu yang dimiliki akan digunakan untuk kebaikan, bukan untuk mengejar dunia semata. Niatkan bahwa dengan ilmu tersebut, kita berjuang di jalan Allah. Memohonlah kepada Allah agar ilmu yang kita miliki bermanfaat dunia-akhirat. Memohonlah kepada Allah agar kita terhindar dari ilmu/ajaran sesat dan menyesatkan.
- Selalu minta restu dan ridho orangtua. Mintalah dengan kerendahan hati dan santun kepada orangtua untuk mendoakan agar kita selamat dunia-akhirat.
- Berhati-hati dalam memilih ilmu. Pelajarilah ilmu agama sebagai landasan hidup. Pelajarilah ilmu tentang aqidah, karena aqidah yang benar merupakan pondasi keimanan. Pelajarilah ilmu tentang akhlak, karena akhlak merupakan cermin dari suasana hati. Ingatlah... bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW diutus ke dunia untuk memperbaiki akhlak manusia. Pelajarilah ilmu fiqh agar tata cara ibadah kita sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW. Pelajarilah ilmu-ilmu duniawi sebagai sarana untuk beribadah kepada Allah dan berbuat kebaikan.
- Belajar kepada guru yang terpercaya akan keilmuannya dan agamanya. Cara ini lebih cepat dan lebih meyakinkan daripada belajar tanpa guru. Dengan belajar kepada guru akan memungkinkan diskusi, tanya-jawab dan timbal-balik antara murid dan guru.
- Belajar kepada alam. Gunakanlah akal untuk memikirkan alam semesta ini dan kejadian-kejadiannya, dalam rangka meneguhkan/menguatkan keyakinan kita terhadap kekuasaan dan keagunggan Allah.
- Belajar dari pengalaman dan ujian hidup. Jika hidup dan kehidupan ini kita jalani dengan kesholehan hati, maka setiap pengalaman dan ujian/cobaan dapat kita jadikan pelajaran. Sabar dan rasa syukur kepada Allah merupakan dua aspek penting dalam mengambil atau memetik pelajaran dari pengalaman dan ujian hidup.
Jangan menjadi manusia yang berilmu (pintar) tetapi zolim. Dan jangan pula menjadi manusia yang taat beribadah (sholeh) tapi bodoh. Ilmu tanpa didasari dengan keimanan, maka dengan ilmu tersebut manusia akan berbuat kerusakan dan kezoliman. Iman tanpa didasari dengan ilmu, maka keimanannya bersifat semu, hanya sebuah khayalan dan sugesti belaka, begitupun ibadahnya hanya bersifat ikut-ikutan. Oleh karena itu, raihlah kesuksesan dengan 2 sayap, iman dan ilmu. Insya Allah... kesuksesan yang kita raih bukan hanya di dunia, tapi juga di akhirat.
Menuntut ilmu tidaklah mudah, tetapi juga tidak sulit. Dalam menuntut ilmu dibutuhkan keyakinan, kesabaran, kesungguhan, dan pengorbanan. Kita harus meyakini bahwa kita pasti bisa memahami suatu ilmu/pelajaran. Kita harus bersabar, karena untuk memahami suatu ilmu sampai tuntas memerlukan waktu yang lama. Kita harus sungguh-sungguh, karena hanya dengan kesungguhan suatu ilmu dapat kita miliki. Kita harus mempunyai jiwa berkorban, karena untuk meraih ilmu perlu tenaga dan biaya.
Beberapa hal yang dapat memperoleh kemudahan dalam menuntut ilmu:
- taat beribadah, rajin bangun malam untuk sholat tahajud dan tafakur.
- tidak berbuat maksiat
- memuliakan/menghormati guru (adab murid kepada guru)
- memuliakan/menghormati sahabat (adab murid kepada sesama murid)
- memuliakan/menghormati kitab/buku (adab murid kepada pelajaran)
- sering bergaul/berdiskusi dengan ulama (memuliakan ulama)
- membiarkan diri lapar ketika sedang belajar (rajin berpuasa)
Sebuah hadis dalam Sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh Sa’id bin Jabir, “Aku berkata kepada Ibnu ‘Abbas yang Naufan bin al-Bakali telah menyatakan Musa (kisah pertemuan Musa dengan Khadir dalam Quran ) itu bukanlah Nabi Musa dari kalangan Bani Israel, bahkan Musa yang lain. Ibnu ‘Abbas membantah lalu berkata, ‘Musuh Allah itu telah menipu! Sesungguhnya aku telah mendengar Abi bin Ka’ab meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., ((Ketika Musa, seorang nabi, berucap kepada Bani Israel, baginda ditanya tentang siapakah manusia yang paling tinggi ilmunya. Baginda menjawab, “Aku,” maka Allah menegur baginda kerana tidak menyerahkan urusan (jawapan) itu kepada-Nya. Allah mewahyukan kepadanya, “Sesungguhnya, seorang hamba di kalangan hamba-hambaku yang tinggal di pertemuan dua laut, dialah yang lebih alim daripadamu,” baginda kehairanan dan bertanya, “Wahai tuhanku, bagaimanakah caranya aku dapat bertemu dengannya?” Lalu dikatakan, “Bawalah seekor ikan (sebagai bekalan perjalanan) dan letakkannya di dalam raga, apabila ianya hilang, di situlah tinggalnya dia (Khadir).”
((Berangkatlah Nabi Musa bersama pembantunya, Yusya’ bin Nun, dengan membawa seekor ikan yang diletakkan di dalam sebuah raga, sehinggalah mereka sampai di sebuah batu yang besar, dan berhenti berehat di situ lalu tertidur. Tiba-tiba, Yusya’ bin Nun melihat ikan tadi menyusur keluar dari celah raga terus terjun ke dalam laut, dia yang takjub dengan kejadian itu terlupa untuk menceritakan kepada Nabi Musa yang pada masa itu sedang tidur.
((Setelah itu mereka meneruskan perjalanan sehinggalah tibanya waktu pagi, Nabi Musa berkata kepada pembantunya, “Bawakanlah bekalan tadi, sunnguh perjalanan kita ini amat memenatkan,” baginda tidak merasa penat dalam perjalanannya sehinggalah baginda melepasi tempat yang diperintahkan (batu besar). Ketika itu barulah Yusya’ teringat peristiwa yang dilihatnya di batu yang besar tadi dan diceritakannya kepada Nabi Musa, lantas baginda berkata, “Itulah yang kita cari!” Mereka berpatah balik menuju ke tempat istirehat tadi berpandukan kesan tapak kaki mereka.
((Setibanya di situ, mereka melihat seorang lelaki sedang tidur berselimut di atas batu tersebut. Nabi Musa memberi salam kepadanya, lalu Nabi Khadir membalas salam itu dan berkata, “Dari manakah datangnya salam ini?” Nabi Musa menjawab, “Aku, Musa,” “Musa Bani Israei?” Tanya Nabi Khadir, “Ya,” jawab Nabi Musa.
((Bertanyalah Nabi Musa, “Bolehkah aku mengikutimu dengan syarat kau mahu mengajarku sebahagian ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” Jawab Khadir, “Wahai Musa, sesungguhnya engkau tidak mampu bersabar bersamaku. Ilmuku adalah secabang dari cabang-cabang ilmu Allah, Dia mengajarku apa yang tidak diajarkan kepadamu, dan Dia mengajarmu apa yang tidak diajarkannya kepadaku.” Nabi Musa menegaskan, “Insya-Allah, engkau akan dapati aku seorang yang sabar dan aku tidak akan mengingkari perintahmu...” )) Aw kama qala ‘alaihi solatu wa salam.
-------------------------
Jika diteliti peristiwa di atas, Nabi Musa ditegur Allah kerana jawapannya, walhal secara logiknya sememangnya patut baginda menyatakan sedemikian kerana baginda ialah seorang nabi bahkan rasul. Seorang rasul membawa syariat, jelas tidak ada yang lebih tinggi pengetahuanya melebihi rasul, maka jawapan Nabi Musa ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk apalagi menyombong, bahkan inilah kenyataannya sebagai seorang nabi. Sungguhpun begitu, Allah tidak menyukai jawapan ‘mudah’ baginda, semacam memandang remeh tentang ilmu yang mungkin akan mewahamkan (mengelirukan) umatnya, kerana urusan ilmu itu hanyalah hak Allah. Bandingkanlah dengan diri kita insan biasa, setinggi mana pun ilmu yang diperolehi, kita tidak boleh merasa megah hatta merasa cukup dengan ilmu sedia ada. Lihatlah seorang nabi ditegur Allah dek berasa cukup ilmunya kemudian ‘didenda’ pula dengan perjalanan yang jauh, terpaksa berulang-alik dan mecari-cari pula kesan tapak kakinya di tepi pantai yang mungkin dihakis ombak.
Inilah isyarat kemuliaan ilmu lebih-lebih lagi ilmu agama yang mana hilangnya ia, kiamatlah dunia, walaupun ustaz, tok guru, dan siapa pun, tidak boleh berhenti mencari ilmu. Kisah di atas sudah ditakdirkan Allah, pasti terselit hikmahnya yang bukan hanya semata-mata berlaku, tetapi ianya meninggalkan kesan yang mendalam bagi pemerhati. Allah menjadikan seorang nabi, berdarjat tertinggi di kalangan manusia, sebagai ikhtibar kepada hamba-Nya agar menjauhi sifat ujub dan sentiasa merasa ‘tidak cukup’ dengan ilmu. Sejujurnya, janganlah merasa malu untuk menjawab pertanyaan dengan jawapan, “Wallahuaklam,” kerana disinilah permulaannya kejujuran.
Setelah Nabi Musa bertemu Nabi Khadir (ejaan khaf + dhad + raa), bermulalah perjalanan seorang nabi mencari ilmu, yang terikat dengan satu syarat agar tidak membantah apa-apa semasa dalam perjalanan. Tiga peristiwa yang dilihat Nabi Musa amat mengejutkan baginda. Pertama, semasa mereka (termasuk Yusya’ atau tidak) berjalan-jalan di tepi pantai mencari perahu. Ketika itu, sebuah perahu melintasi mereka kebetulan penumpangnya mengenali Nabi Khadir, mereka dijemput tanpa mengenakan apa-apa bayaran. Setibanya di pelabuhan, Nabi Khadir mencabut sekeping papan perahu tersebut, begitulah seterusnya.
Teguran Nabi Musa terhadap Nabi Khadir membuktikan betapa baginda menjaga syariat kerana semua yang dilakukan Nabi Khadir jelas pada zahirnya bertentangan dengan syariat baginda. Kerana itulah teguran yang pertama kerana baginda tidak sengaja, kedua, semacam sengaja dan ketiga, sengaja ditegurnya untuk berpisah dengan Nabi Khadir kerana sedar kesilapannya (jawapannya kepada kaumnnya) dan baginda merasakan ilmu Nabi Khadir itu tidak perlu dipelajarinya. Ilmu Nabi Khadir ini termasuk dalam Ilmu Kauni iaitu ilmu perihal alam yang tidak akan berkesudahan mencarinya, juga secelup rahsia Allah yang bukakan kepada hamba-Nya. Adapun Ilmu Syar‘ie melebihi Ilmu Kauni, syariat adalah penentu kembalinya kita ke syurga atau neraka, takwini tidak memberikan apa-apa jaminan kebahagiaan di dunia apatah lagi di akhirat.
Maka, mempelajari ilmu ini tidaklah penting sebagaimana pentingnya mendalami ilmu syariat, sebab itulah Nabi Musa tidak meneruskan pengajiannya dengan Nabi Khadir atas kesedaran kecuaiannya dalam berkata-kata dan melihat ianya bukanlah suatu keutamaan untuk dimiliki. Namun begitu, kesungguhan baginda dalam mencari ilmu sewajarnya kita contohi, walaupun terpaksa berjalan jauh merantau demi memiliki ilmu yang tidak dimilikinya.
-------------------------
Berkenaan kata-kata Ibnu ‘Abbas kepada Naufan al-Bakali, jumhur ulamak berpendapat bahawa Ibnu ‘Abbas bukanlah ‘menolak’ Naufan al-Bakali, tetapi seorang ulamak seperti Ibnu ‘Abbas apabila mendengar suatu yang bercanggah dengan kebenaran, dia bertindak menafikan dengan sekeras-kerasnya agar kebatilan ini menjadi jelas, inilah sikap para sahabat. Mereka dididik oleh Rasulullah s.a.w. menjadi seorang yang berjiwa besar dan tegas dalam beragama, tidak pernah berkompromi dengan kebatilan sejak Rasulullah masih hidup sehinggalah baginda wafat. Naufan al-Bakali ialah seorang yang baik dan pemimpin dari kalangan ahli Damsyik, dia seorang tabii yang menjadi pembantu bagi Saidina Ali r.a..
Pelbagai hikmah dan ilmu yang boleh diambil dari hadis di atas, yang dinyatakan hanyalah sebahagian kecil darinya. Semoga hidup kita diterangi cahaya Allah dari saat ini hinggalah ke akhirnya.
HANYA ALLAH YANG TAHU.
Wallahuaklam.
(Rujukan Jami’ as-Sahih al-Bukhari, Naskhah Riwayat Muhammad ibn Yusuf al-Firabri)
Adab murid kepada sesama murid
- menghormati dan memuliakan sesama murid dengan tulus dan ikhlas
- hendaknya memberikan nasehat kepada sesama murid dengan kerendahan hati dan bebas dari kesombongan ( amar ma’ruf nahi munkar )
- selalu berbaik sangka kepada sesama murid dan tidak mencari-cari keburukan mereka
- tidak menyakiti hati sesama murid
- hendaknya menerima permintaan maaf sesama murid apabila mereka memintanya
- selalu membantu sesama murid dalam suka maupun duka
- bersikap rendah hati dan santun kepada sesama murid
- tidak meminta menjadi pemimpin mereka, hanya menjadi sesama saudara dengan mereka
- lapang dada dalam perbedaan pendapat yang mungkin terjadi di antara sesama murid
Adab murid kepada pelajaran
- niat yang ikhlas karena Allah ketika memulai belajar
- diniatkan bahwa belajar ( menuntut ilmu ) itu untuk menghilangkan kebodohan diri dan orang lain di lingkungannya
- menghormati dan memuliakan buku pelajaran ( kitab ) dengan tulus dan ikhlas
- menjaga kebersihan dan kerapihan buku pelajaran ( kitab )
- meletakkan buku pelajaran ( kitab ) di tempat yang baik dan terhormat
- tekun dan kontinyu dalam memahami pelajaran ( ilmu )
- membiasakan diri menghafal pelajaran dan menjaga hafalan
- selalu menulis atau mencatat pelajaran ( ilmu ) yang diperoleh
- meneliti sumber dan isi pelajaran ( ilmu ) yang ada dalam buku atau kitab
- bersikap adil terhadap isi pelajaran ( ilmu ) yang ada dalam buku atau kitab
- menjauhkan sifat malu yang berlebihan dalam proses memahami suatu pelajaran atau ilmu
...HARUS DIINGAT... BATIL BELAJAR ILMU FARDU KIFAYAH JIKA
ILMU FARDU AIN BELUM DIKUASAI....
10 Adab dalam menuntut ilmu
Dalam penulisan agung “Ihya’ `Ulum al-Din” karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, beliau telah membuat satu garis panduan adab pelajar dalam menuntut ilmu. Dalam penulisannya, beliau telah mengenalpasti 10 panduan yang boleh dijadikan asas pedoman kepada para pelajar. Asas-asas ini perlu dihayati dan dicernakan dalam diri para pelajar dalam usaha mereka menuntut ilmu sama ada di peringkat rendah atau di peringkat pengajian tinggi.
Pertama, menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan akhlak yang murni, kerana ilmu amat mudah mendekati orang yang baik budi pekertinya dan jiwa yang sentiasa bersih dan tenang. Sekiranya, hati seseorang itu dicemari dengan elemen-elemen yang negatif yang boleh merosakkan kemurnian hati dan jiwa menyebabkan pelajar tersebut sukar untuk menguasai ilmu. Ini kerana secara prinsipnya, ilmu itu bersifat suci. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang musyriq itu najis” (at-Taubah:28).
Istilah najis yang dijelaskan oleh al-Quran merupakan simbolik yang mengertikan sifat kotor tersebut mesti dijauhi dan dihindari disebabkan sifat tersebut boleh merosakkan manusia.
Kedua, para pelajar disarankan tidak terlalu terikat dengan hal-hal keduniaan yang berkecenderungan melalaikan fikiran daripada menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Unsur-unsur ini boleh menyebabkan pelajar tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang hakiki dan memalingkan fikirannya dalam usaha menuntut ilmu. Hal ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
“Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua organ hati dalam rongganya” (al-Ahzab:4).
Oleh yang demikian, sekiranya fikiran para pelajar dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh mencemari mentalitinya menyukarkan untuk mengetahui hakikat ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, “Seseorang itu tidak dapat menguasai ilmu secara sebahagian, melainkan ia memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya”. Beliau memberi perumpamaan terhadap pemikiran yang dipengaruhi oleh hal-hal yang tidak berkait dengan ilmu seperti air yang mengalir dari sungai kecil, sebahagiannya diserap oleh tanah dan sebahagian lagi diserap oleh udara sehingga tidak ada lagi yang sampai ke ladang.
Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.
Keempat, orang yang bersifat tekun dalam menuntut ilmu pada tahap awalnya perlu mengelakkan diri mendengar perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan manusia sama ada yang melibatkan ilmu keduniaan atau ilmu akhirat. Secara rasionalnya, ia boleh mengelirukan pemikirannya terhadap disiplin ilmu yang baru dipelajarinya dan membantutkan usahanya untuk membuat penyelidikan yang mendalam. Namun begitu, bagi seseorang yang telah menguasai sesuatu bidang disiplin ilmu secara mahir dan mendalam tidak menjadi halangan untuk mengkaji perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara. Ini kerana, perbezaan pendapat tentang sesuatu perkara merupakan salah satu daripada metodologi medan penyelidikan ilmu.
Kelima, seseorang pelajar tidak boleh meninggalkan sesuatu disiplin ilmu yang terpuji melainkan ia telah mempertimbangkan dengan sebaik mungkin. Sekiranya faktor usia mengizinkan untuk menuntut ilmu, ia harus mengambil peluang untuk meningkatkan kepakarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Sebaliknya jika faktor usia menjadi kekangan terhadap usaha menimba ilmu pengetahuan maka seseorang itu perlu mengetahui perkara asas dan penting dalam ilmu yang dikuasainya berdasarkan kemampuannya.
Keenam, tidak memaksa untuk menguasai semua disiplin ilmu secara sekaligus. Tindakan yang bijak ialah dengan menguasai sesuatu bidang ilmu itu mengikut tahap dan tingkatan ilmu berdasarkan kemampuan dan keupayaan yang ada pada diri seseorang. Kompetensi yang ada pada manusia adalah terbatas oleh pelbagai faktor dari aspek pengalaman, realiti semasa, kepakaran dan keupayaan mentaliti seseorang.
Ketujuh, seseorang tidak boleh mencampuradukkan sesuatu cabang ilmu sebelum menguasai dan memahami dengan mahir cabang ilmu yang sebelumnya. Ini kerana tertib dalam ilmu adalah tersusun dan berkait rapat antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang pelajar memahami sesuatu ilmu dengan tertib dan tersusun maka ia dapat menguasai sesuatu konsep ilmu dengan baik. Pemahaman manusia tentang konsep ilmu akan lebih sempurna dan konsisten jika setiap cabang ilmu dihadam dan dicernakan mengikut tahap-tahap dan fasa yang tersusun dan terancang.
Kelapan, seseorang pelajar perlu mengetahui hakikat dan objektif sesuatu disiplin ilmu yang dipelajari. Ia bertujuan untuk menilai sesuatu kepentingan ilmu dan faedahnya kepada para pelajar supaya ilmu tersebut dapat diaplikasi dalam kehidupan dan memberi manfaat kepada masyarakat. Matlamat utama ilmu yang dipelajari itu tidak bertentangan dengan syariat dan membawa kemudharatan kepada umat manusia.
Kesembilan, para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:
“ Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadalah:11)
Kesepuluh, setiap pelajar perlu mengetahui perkaitan ilmu yang dipelajari bertujuan supaya mengutamakan keperluan ilmu yang perlu didahulukan daripada ilmu yang berbentuk sampingan. Keutamaan ilmu ini penting kerana ia dapat mengukuhkan pemahaman pelajar tentang sesuatu perkara. Di samping itu, ia menjadi asas utama untuk mempelajari disiplin ilmu yang lain disebabkan ia mempunyai kesinambungan di antara satu cabang ilmu dengan disiplin ilmu yang lain.
Berdasarkan garis panduan yang telah diberikan oleh Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ `Ulum al-Din” diharapkan dapat memberi pedoman yang berfaedah kepada mereka yang bergelar pelajar. Mutiara kata-kata yang dicurahkan oleh ulama’ silam perlu diambil perhatian dan diamalkan oleh individu yang bergelar pelajar, agar ilmu yang dipelajari diberkati oleh Allah dan dapat memberi faedah besar kepada umat sejagat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan