Khamis, 19 Mei 2011

BERBUAT BAIKLAH...BUATLAH KEBAJIKAN SEBANYAK2....JANGAN MENJADI MAKHLUK PEROSAK.....

Kelebihan Rukuk


SOLAT adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sejak Nabi Muhammad s.a.w selepas melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk dan Mikraj.

Sebelum itu, umat Islam diprintahkan untuk menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, kemudian daripada itu Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah s.a.w dan umatnya hanya bersolat lima kali sehari semalam.

Ia adalah berita yang menakjubkan di mana manusia diberikan keringanan begitu banyak. Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, masih ramai di kalangan masyarakat Islam mengabaikan solat yang adalah kefarduan kepada mereka. Mereka menganggap solat membuang masa dan tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat.

Padahal, apa yang mereka lakukan di dunia sebenarnya jauh lebih leka dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Solat dipandang enteng dan ramai mengambil langkah mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi.

Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan manusia perlulah mengkaji keindahan dan kehebatan Maha Pencipta. Jika tidak, masakan manusia tahu erti bersyukur kerana tidak mencintai Tuhan melebihi dari segala-galanya jika tidak mengetahui kehebatan-Nya.

Ibarat solat selama 5 minit akan merugikan mereka, dan pada waktu itu sahajalah dianggap masa itu emas. Sedangkan terdapat banyak perkara lain lagi yang mengakibatkan masa emas itu tidak bernilai lagi akibat tidak menunaikan solat.

Oleh yang demikian, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bertindak merungkai persoalan solat berkaitan sains melalui ‘Program Sains Solat:

'Kebaikan Dari Perspektif Sains’ pada 27 Februari 2011 lalu bertempat di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, Selangor.

Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah, program itu mendapat kerjasama Perkim Cawangan Selayang Baru menjemput pakar penyelidik berkenaan tajuk program berkenaan sebagai pembentang kajian. “Antara pembentang pada program itu ialah Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim.

"Begitu pula halnya dengan Saudara Muslim yang kadangkala tidak mengetahui kaifiat solat yang diperoleh. Kadangkala, mereka hanya mengikut apa yang dilihat. Kesannya, dibimbangi apa yang dipraktikkan tersebut adalah bertentangan dan terlibat pula dengan bid’ah," kata Farhan.

Farhan yang juga selaku Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, perkara ini pastinya menyebabkan Saudara Muslim tidak khusyuk dan kurang konsisten semasa bersolat. Ia dianggap ritual dan adat sahaja, bukannya ibadat. Pandangan sebegini perlu diubah kerana menyembah Tuhan, yakni Allah bukan perkara yang perlu diambil mudah.

"Dia adalah raja kepada segala Raja dan pastinya segala tumpuan perlu dilebihkan agar pengabdian diri menjadi lebih fokus. Di samping itu, hamba-Nya yang beriman akan memperoleh fadhilat solat tanpa disedari. Terdapat banyak kelebihan dari sudut sains jika kajian terhadap pergerakan solat dikaji," jelas Farhan.

"Tugas yang dilakukan Dr. Fatimah di UM ialah memantau dan mengenalpasti penyakit, pengukuran dan model fisiologi, Sistem Mikro Elektro Mekanikal Biologi (BIOMEMS) dan aplikasi kecerdikan buatan dalam perubatan," kata Farhan.

Jelasnya lagi, Dr. Fatimah menggunakan kaedah pembentangan multimedia kepada 250 peserta yang terdiri daripada kalangan masyarakat awam Selayang, saudara Muslim, guru-guru sekolah, dan pelajar-pelajar sekolah bagi memudahkan pemahaman berkesan kepada peserta.

Pembentangan kajian pertama iaitu aktiviti interaktif 1 yang bertajuk “Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat”. Dr. Fatimah turut menjelaskan bahawa pergerakan di dalam solat amat mempengaruhi kondusi tubuh badan.

Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu ialah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut ahli fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi.

Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang.

Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik untuk menjadikan otot besar dan kuat.

Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

kredit: Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi


Salam Ukhuwah..~


Al Quran: 76 Karekter Yahudi


Allah Taala telah menceritakan didalam al Quraan tentang kemuliaan dan kehinaan bangsa Yahudi. Didalam al Quraan juga Allah menceritakan sebanyak 76 karakter yahudi. Bagaimanakah karekter mereka?

1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41).

2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42).

3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48).

4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja Mesir (Al-Baqarah: 49).

5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51).

6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri Masal (Al-Baqarah: 54).

7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56).

8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57).

9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61).

10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65).

11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71).

12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74).

13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75).

14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76).

15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79).

16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81).

17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83).

18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85).

19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91).

20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96).

21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98).

22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100).

23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102).

24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad saw dan umatnya (Al-Baqarah: 105)

25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110).

26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113).

27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah mempunyai anak (Al-Baqarah: 116).

28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180).

29. Bangsa yang membenci agama Ibrahim (Al-Baqarah: 130-133).

30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175).

31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140).

32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142).

33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145).

34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad saw tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146).

35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159).

36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170).

37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275).

38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24).

39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28).

40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54).

41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73).

42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75).

43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78).

44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperhambakan bangsa lain (Ali Imran: 79-80).

45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama Islam (Ali Imran: 83-85).

46.Bangsa yang kezalimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87).

47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99).

48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105).

49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat Islam (Ali Imran: 118-120).

50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181).

51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183).

52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188).

53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49).

54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53).

55. Bangsa yang selalu dengki dengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54).

56. Bangsa yang suka membuat kezaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60).

57. Bangsa yang berusaha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89).

58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153).

59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa as. (An-Nisaa: 157).

60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160).

61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18).

62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22).

63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 22).

64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41).

65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41).

66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42).

67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44).

68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama Islam (Al-Maidah: 58).

69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64).

70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64).

71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70).

72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71).

73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78).

74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79).

75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80).

76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82).



Ulasan Tok

Jika anda, perjuangan anda, pemimpin anda atau parti anutan anda ada kesamaan dengan sebahagian dari 76 sifat-sifat yahudi tadi maka anda atau perjuangan anda atau pemimpin anda atau parti anda telah mewarisi sifat-sifat Yahudi laknatullah. Tepuk dada tanya iman.



Salam Ukhuwah..~


Wanita Pertama Masuk Syurga Sebelum Anak Rasulullah S.A.W


Siti Fatimah adalah anak Rasulullah saw yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad saw.

Pada suatu hari ketika Rasulallah saw sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanya lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”

Lalu Rasulullah saw bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah saw dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah saw. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi mengangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah saw lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah saw mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Dari kisah yang di ceritakan di atas, anda dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami, nescaya anda akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan anda sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami anda.

Dititipkan juga di sini suatu ayat yang pernah di dengar yang bermaksud:

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

kredit: Yaney


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan: