Bagaimana Akhirnya Aku Bertudung Labuh
Aku mengurut-urut keningku perlahan-lahan. Penat. Aku baru sahaja selesai mengulangkaji sebahagian buku subjek Muamalat. Ku tutup buku itu lalu aku bangun dan melangkah keluar dari bilik. Aku menuju ke ruang tamu. Kosong. Di mana semua orang. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk keluar menghirup udara petang. Aku segera mencapai sehelai tudung dan menyarungkannya di kepala. Stoking juga ku ambil lalu ku pakai.
Aku melangkahkan kakiku ke luar rumah. Tetapi hasrat untuk berjalan-jalan ku batalkan lalu aku mengambil keputusan untuk naik ke bumbung rumah. Di atas bumbung rumahku ada sebuah bahagian seakan-akan balkoni yang dibina oleh ayahku sebagai tempat istirehat pada waktu-waktu senggang. Ada sebuah meja dan beberapa kerusi buatan sendiri di situ.
Aku melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi yang menghadap ke jalan raya. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Tudungku turut terbuai ditiup angin semilir petang. Ada anak-anak kecil yang sedan berkejaran. Ada yang sedang berbasikal dan ada yang sedang bermain badminton. Aku tersenyum melihat anak-anak kecil ini. Indahnya alam kanak-kanak.
Di sudut lain pula ada anak-anak remaja yang sedang berkumpul di atas motosikal masing-masing. Mungkin menunggu waktu yang sesuai untuk merempit. Ada juga anak-anak gadis berpakaian kurang sopan sedang berjalan-jalan. Aku mengeluh. Sebagai seorang gadis, aku turut merasa malu melihat mereka berpakaian seperti itu. Ya, lebih memalukan kerana mereka bertudung. Tudung yang bukan tudung dengan pakaian yang ketat dan sendat.
Aku mengalihkan pandanganku ke tempat lain. Hatiku sayu mengenangkan umat Islam kini yang semakin rapuh imannya. Dan aku? Tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubahnya. Aku bermonolog sendirian. Dahulu, aku juga seperti mereka. Bertudung sekadar syarat. Bagiku, asalkan bertudung itu sudah cukup. Tetapi segala-galanya berubah kerana suatu peristiwa. Aku termenung mengingat kembali peristiwa itu.
************************************************
Kisah itu bermula ketika aku berusia 13 tahun. Aku mula menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Aku bersekolah di sebuah sekolah menengah agama yang terkemuka di Hulu Langat. Hari pertama persekolahanku, aku berkenalan dengan ramai teman baru dan ada juga teman-teman dari sekolah rendah yang turut menyambung pelajaran di situ sepertiku.
Ingin aku ceritakan betapa indahnya suasana masyarakat di situ. Gadis-gadisnya bertudung labuh dan pemuda-pemudanya segak berkopiah. Suasananya tenang dengan pokok-pokok rendang yang menghijau, kicauan burung dan ikan-ikan yang sedang bermain di kolam. Tetapi, itu adalah perasaan yang ku rasakan kini iaitu saat aku telah menginjak dewasa, saat aku mengenangkannya.
Namun, saat suasana itu sedang ku alami, hatiku remajaku memberontak. Mengapa aku harus bertudung labuh ke sekolah? Hodohnya! Itulah yang ku fikirkan saat itu. Aku gadis bertudung tetapi aku bukan gadis bertudung labuh.
Hari-hari persekolahanku, ku lalui seperti biasa. Aku mula dapat menyesuaikan diri. Sehinggalah pada suatu hari, kami semua dikehendaki hadir ke sekolah pada hari Sabtu untuk membersihkan kelas sempena Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Kelas. Di rumah, aku mula gelisah. Apa yang harus ku pakai untuk ke sekolah??
'Ish, nak pakai apa ni? Takkan nak pakai tudung pendek ni kot?? Malulah!'
Aku benar-benar bingung. Aku tidak mungkin akan hadir ke sekolah dengan tudung pendekku. Aku malu kerana selama ini semua teman-temanku hanya pernah melihatku bertudung labuh sekolahku itu. Pasti mereka akan menganggapku sebagai seorang yang hipokrit. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meminjam sehelai tudung labuh ibuku. Walaupun ibuku tidak bersekolah agama, tetapi dia bertudung labuh. Mungkin kerana dia mengajar di sekolah agama atau mungkin kerana itu adalah keinginannya sendiri. Aku juga tidak tahu.
'Mak, nak pinjam tudung labuh sehelai'
'Nak buat apa?'
'Esok Along kena pergi sekolah'
'Laa..pakai je la tudung yang Along biasa pakai tu'
'Taknak, Along malulah. Nanti apa pulak kata kawan-kawan Along kalau tengok Along pakai tudung pendek'
'Hah, yelah. Ambillah yang mana Along nak'
Aku segera mengambil sehelai tudung ibuku yang berwarna krim. Hatiku melonjak girang. Bolehlah aku ke sekolah dengan bertudung labuh nanti. Tidak perlulah aku berasa malu dengan teman-temanku lagi.
Esoknya, aku memakai sehelai t-shirt dengan tudung labuh tersebut. Agak lucu kerana tudung itu agak besar denganku. Ah, aku tidak peduli asalkan aku ke sekolah dengan bertudung labuh. Ibuku menghantarku ke sekolah. Saat aku tiba ke sekolah, aku terkedu. Teman-temanku sudah sampai. Ramai. Lelaki dan perempuan semuanya sudah berada di dalam kelas. Tetapi bukan itu yang membuatku terkedu.
'Tengok, kawan-kawan kamu tu tak ada pun yang pakai tudung labuh. Tu lah, mak cakap pakai tudung biasa je kamu takanak dengar. Degil'
Aku hanya mendiamkan diri. Perlahan-lahan aku membuka pintu kereta. Kakiku melangkah lesu keluar dari perut kereta. Terasa seakan-akan semua orang memandangku. Saat itu, aku rasa seperti ingin menangis. Terasa seakan-akan semua orang sedang ketawa melihatku.
Mataku liar memandang sekeliling. Ya, ada yang turut berpakaian sepertiku. Aku lega. Sekurang-kurangnya aku tidak berseorangan. Tetapi, teman-teman rapatku semuanya bertudung pendek. Dan mereka berlagak seolah-olah tidak mengenaliku. Aku hanya melangkah lesu masuk ke dalam kelas.
Aku tersenyum mengenangkan kembali kerenahku. Bertudung labuh kerana malu. Ah, naifnya aku saat itu. Aku kembali semula ke zaman persekolahanku.
'Bagusnya kau pakai tudung labuh'
Kata seorang temanku. Lelaki. Aku sekadar mendiamkan diri. Sebetulnya aku malu. Mereka tidak tahu bahawa aku memakainya kerana terpaksa. Kerana malu dan khuatir dikatakan hipokrit.
Sejak saat itu, aku sentiasa memakai tudung albuh apabila perlu ke sekolah pada bukan hari persekolahan. Ya, masih kerana aku malu. Aku tidak ikhlas memakainya. Bahkan aku merasakan aku sangat hodoh memakai tudung labuh. Tetapi aku tetap memaksa diriku untuk bertahan. Ibuku pula kurang memberikan sokongan. Dia tidak kisah samada aku bertudung labuh ataupun tidak. Baginya, cukup sekadar tudungku itu menutup aurat. Labuh menutupi dada. Walaupun ibu bapaku tidak bersekolah agama, mereka amat menitikberatkan ajaran agama dalam keluarga. Aku dilarang sama sekali berpakaian tidak menutup aurat di luar. Walaupun aku bertudung pendek, auratku terjaga. Mungkin kerana tubuhku yang kecil pada masa itu lalu walaupun bertudung pendek, perhiasan wanitaku terjaga.
Suatu hari, aku keluar ke Pekan Kajang bersama kawan-kawanku. Tetapi, kali ini aku bertudung pendek. Ah, aku lebih malu memakai tudung labuh kalau di Kajang. Di situ, orang-orangnya bergaya. Pasti aku akan kelihatan aneh dengan tudung labuh apabila berada dalam kalangan mereka. Malahan aku berbaju ketat dan tudungku silang sehingga nampak perhiasan wanitaku. Aku bersikap berani kerana ibuku dan ayahku tiada di rumah. Mereka hanya akan pulang pada waktu malam.
Aku berpisah dengan kawan-kawanku apabila mahu pulang. Aku pulang dengan menaiki bas. Saat aku masuk ke dalam perut bas, ku lihat hanya tinggal satu tempat duduk di sebelah seorang makcik. Aku segera mengambil tempat. Penat berdiri.
Di pertengahan jalan, makcik yang duduk di sebelahku turun lalu tempatku diambil oleh seorang lelaki muda. Botak. Berpakaian aneh dengan corak tengkorak pada bajunya. Aku mengengsot sedikit lalu memandang kosong ke luar tingkap. Tidak selesa. Tiba-tiba terasa ada tangan seseorang di pinggangku. Aku tersentak tetapi aku tidak segera melatah. Aku menjeling pada pemuda di sebelahku. Matanya tertutup rapat. Sangkaku dia tertidur dan tangannya tidak sengaja menyentuhku. Lalu ku alihkan tangannya dan kembali memandang ke luar tingkap. Tiba-tiba ia berlaku sekali lagi. Kali ini ku rasakan tangan itu bergerak-gerak menandakan kali ini perbuatan itu disengajakan. Pantas aku mengambil begku dan diletakkan di antara aku dengannya. Kalau ikutkan hatiku yang baran, nahas lelaki ini ku kerjakan. Tetapi, keadaan sesak di dalam bas membantutkan niatku. Aku menudukkan tubuhku dan menongkat dagu memandang lagi ke luar. Dan tak ku sangka lelaki tiu berani meletakkan tangannya di bahuku.
'Hoi!!!'
Tanpa perasaan malu aku bangun dan berteriak. Aku tidak peduli dengan mata-mata yang sedang memandangku. Lelaki ini harus ku ajar. Tetapi dia sekadar membatu di tempatnya tanpa sedikit pun terkuit.
'Kau ni apahal?! Jangan nak kurang ajar dengan aku!'
'Apa?? Apa aku buat kat kau??'
Dia memandangku sinis.
'Apa??'
'Kau..kau..urgh, tepilah, aku nak keluar! Pakcik, berhenti! Saya nak turun!'
Aku berteriak kepada pemandu bas agar segera berhenti. Sakit hatiku melihat wajah pemuda itu. Sebelum aku turun, aku memijak kaki pemuda itu sekuat hatiku. Dia terjerit. Puas hatiku.
'Padan muka, jangan nak main-main dengan aku!'
Aku pulang dengan menaiki bas lain selepasnya. Di rumah, apabila ibuku pulang aku menceritakan peristiwa tersebut pada ibuku. Dia memarahiku. Katanya, aku tidak berhati-hati sehingga ada orang yang mengambil kesempatan terhadapku.
Wajahku berkerut apabila mengingati peristiwa hitam itu. Itu pertama kali dalam hidupku peristiwa sedemikian terjadi padaku. Sejak itu, aku jadi trauma untuk menaiki bas. Tetapi, ada peristiwa selepas itu yang telah mengubahku menjadi seperti aku sekarang ini.
Petang itu, aku baru sahaja selesai menghadiri kelas tambahan di sekolah. Kebiasaannya ibuku akan datang mengambilku tetapi petang itu ibuku tidak dapat datang kerana kereta ibuku rosak dan berada di bengkel kereta. Itu bermakna aku harus menaiki bas untuk pulang.
Suasana di Pekan Kajang seperti biasa. Penuh sesak dengan manusia. Aku mula terbayang peristiwa hitam yang pernah terjadi padaku di dalam bas. Mataku meliar mencari bas yang kosong. Aku tidak mahu mengambil risiko menaiki bas yang penuh sesak. Khuatir peristiwa itu akan berulang lagi.
Bas mula bergerak menuju ke destinasi. Aku duduk seorang diri. Begku letakkan di kerusi sebelahku. Sengaja. Aku tidak mahu ada orang duduk di situ. Tiba-tiba..
'Kak, boleh saya duduk kat sini?'
Seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an menegurku. Aku memandangnya sekilas.
'Suka-suka je panggil aku kakak. Mentang-mentang aku pakai tudung labuh. Tak nampak ke aku bawa beg sekolah ni?'
Aku serba-salah. Aku bimbang peristiwa itu akan berulang lagi. Tanganku perlahan-lahan mengambil beg di sebelah tempat dudukku. Pemuda itu juga kelihatan teragak-agak untuk duduk. Dia sekadar duduk di hujung kerusi. Langsung tidak bersentuh bahu denganku. Aku tersenyum. Lega.
'Sekolah lagi ke?'
Aku tersentak apabila suara lelaki itu menegurku. Aku menoleh dan mengangguk.
'Sekolah agama ke? Kat mana?'
' A'ah, sekolah agama kat Langat'
'Ooh..yeke. Baguslah adik pakai macam ni bila keluar. Jangan pakai tudung labuh kat dalam sekolah je. Orang yang pakai tudung labuh ni, maruahnya terjaga. Bila pakai tudung labuh, orang tak berani mengurat. Hihi..'
Aku terdiam mendengar kata-katanya. Terasa kata-kata itu benar-benar tepat menikan di hatiku.
'Abang turun dulu. Kalau nak tahu, abang ni ex sekolah adik'
Pemuda sopan itu berlalu keluar. Aku menghantar langkahnya dengan pandangan kosong. Sekumpulan anak muda masuk ke dalam perut bas. Bising. Mereka berpakaian serba hitam dengan rambut tercacak berwarna-warni. Aku kembali teringat peristiwa itu. Belum sempat berbuat apa-apa, salah seorang dari mereka mengambil tempat di sebelahku. Tetapi, dia juga seperti pemuda sopan tadi. Sekadar duduk di hujung kerusi. Aku terkesima. Kata-kata pemuda tadi kembali terngiang-ngiang di telingaku. Bayangan peristiwa hitam itu bermain di mindaku. Ya, saat itu aku berpakaian kurang sopan. Tudungku pendek menampakkan perhiasanku. Bajuku ketat dan tidak menutup aurat.
Aku kembali ke alam nyata. Bayangan peristiwa lalu itu hilang dari mindaku. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah. Aku bersyukur kerana diganggu oleh pemuda kurang sopan itu dan aku bersyukur dipertemukan dengan pemuda sopan yang menasihatiku itu. Jika tidak kerana mereka, pasti aku semakin jauh tersesat. Pasti aku akan sentiasa bertudung labuh kerana malu bukan kerana ALLAH.
Sejak peristiwa itu, aku mula mengikhlaskan diri dalam bertudung labuh. Aku tidak lagi memakainya hanya untuk ke sekolah. Aku memakainya di mana-mana sahaja apabila aku keluar dari rumah. Dan segalanya benar, bertudung labuh secara automatik membuatku terjaga. Maruahku terpelihara dan tidak dipermainkan. Tiada orang yang berani menggangguku bahkan dengan bertudung labuh juga, aku jadi lebih berhati-hati dengan sikapku kerana aku tahu ada banyak mata yang memerhati langkahku.
Aku bangun lalu turun ke bawah. Rupa-rupanya adik-adikku keluar bermain di taman. Aku tersenyum melihat adik-adik perempuanku yang turut manis bertudung labuh. Aku ingin mereka menjadi gadis solehah. Kini, aku bertudung labuh kerana ALLAH bukan lagi kerana malu dengan teman-temanku. Walaupun bukan tudung labuh seperti waktu aku bersekolah, ia masih lagi labuh dan menutup auratku. Aku akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diriku menjadi gadis yang solehah.
p/s: Kisah ini adalah kisah benar seorang gadis. Kisahnya simple tetapi boleh dijadikan pengajaran untuk semua. Saya gunakan bahasa diri aku agar pembaca mudah untuk memahaminya. Semoga kita diberi peluang untuk berubah seperti gadis ini dan kita sama-sama doakan agar dia istiqamah dengan perubahannya itu. Ameeennn..
"Jika laporan ini benar, ia amatlah menyedihkan kerana sikap toleransi antara kaum itu sudah mula terhakis di negara ini," kata Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar.
Katanya, walaupun memang terdapat kebimbangan terhadap kedudukan agama Islam yang sering dipersoalkan oleh segelintir golongan yang tidak menghayati semangat Perlembagaan dan susunatur masyarakat yang telah lama dipersetujui, PPMM menegaskan masih terdapat ruang untuk berdialog, meningkatkan persefahaman ataupun berlitigan di mahkamah bagi memutuskan sesuatu isu di Malaysia.
"Melancarkan peperangan bukanlah suatu pilihan yang perlu difikirkan buat masa ini. Fikrah ini hanya akan menambahkan perasaan Islamiphobia terhadap agama Islam sahaja.
"Mempertahankan agama Islam perlu dilakukan dengan berhemah dan kekerasan hanyalah merupakan jalan terakhir," kata Zainul Rijal sambil menambah Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah Islamiah serta mempertahankan maruah Islam, tidak memilih jalan peperangan.
"Malah terdapat situasi Rasulullah SAW berundur sementara (seperti dalam peristiwa Hijrah) bagi mengukuhkan dakwah dan kenegaraan Islam. Teladan daripada Rasulullah SAW wajarlah dicontohi," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, gunakanlah saluran yang ada seperti saluran undang-undang dan politik bagi menyelesaikan masalah yang timbul.
"Setiap rakyat perlu akur kepada peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa serta keluhuran Perlembagaan. Tidak ada keperluan bagi melancarkan perang terhadap mana mana golongan di Malaysia walaupun dikatakan atas nama agama.
"PPMM menegaskan bahawa kenyataan Presiden PERKASA tersebut tidak menggambarkan pendirian masyarakat Islam arus perdana.
"Masyarakat Islam arus perdana diseru supaya bersikap toleran dalam situasi yang agak gawat ini dan masyarakat bukan Islam hendaklah menghormati kedudukan Islam sebagai agama negara sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Kontrak sosial yang telah sekian lama menjadi resipi keamanan negara perlulah dikekalkan bagi menjamin kelangsungan kemajuan negara pada masa hadapan," tambahnya.
Mereka yang layak bertanding timbalan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa (exco kerajaan Kelantan), Mohamad Sabu (bekas naib presiden), Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan dua naib presiden - Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ia diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dalam satu sidang media hari ini.
Bagaimanapun Abdul Halim berkata pihaknya tidak mahu mendedahkan jumlah yang diperolehi oleh setiap calon.
"Kita tidak umum...Kita tidak mahu terlibat seolah-olah dibaca sebagai berkempen (kepada calon)," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti.
Manakala 14 yang layak bertanding naib presiden termasuklah tiga penyandangnya - Salahudin, Tuan Ibrahim dan Datuk Mahfuz Omar. Yang lainnya termasuklah ketua penerangan Idris Ahmad, AJK pusat Mazlan Aliman, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Amar Abdullah dan bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, dan Mujahid Yusof Rawa.
Husam, Mohamad Sabu, Azizan dan Nasharudin turut menerima pencalonan yang mencukupi untuk layak bertanding naib presiden. Dua lagi ialah bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Nik Zawawi Nik Salleh dari Dewan Ulama.
Manakala 82 orang lagi layak untuk bertanding mengisi 18 kerusi jawatankuasa PAS pusat (AJK).
Manakala enam orang lagi akan dilantik oleh jawatankuasa baru, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 24 orang.
Abdul Halim berkata, pihaknya hanya akan memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima, kepada calon-calon yang layak.
Menurutnya, pihaknya akan memaklum kepada mereka melalui surat bermula hari ini sehingga 26 Jun ini.
Dan mereka perlu menjawab sama ada untuk menerima atau menolak pencalonan melalui surat, atau sms atau faks.
"(Hantar sesuatu) yang kita boleh pegang oleh jawatankuasa (pemilihan)," kata Abdul Halim yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.
Sebelum itu, Mustafa berkata pihak jawatankuasa parti menerima 152 pencalonan daripada 180 kawasan.
Bagaimana daripada jumlah yang diterima, jawatankuasa telah menolak enam pencalonan kawasan antaranya disebabkan "borang tidak lengkap kerana tidak ditandatangani".
"Oleh itu pencalonan yang sah diterima adalah sebanyak 146 pencalonan (kawasan).
"Tahun ini lebih banyak pencalonan berbanding dua tahun iaitu sebanyak 137 kawasan," katanya.
Menurutnya, dua lagi kawasan belum mengadakan mesyuarat kawasan, iaitu Bachok di Kelantan dan Libaran di Sabah.
Sebanyak 1,100 perwakilan dijangka menghadiri muktamar tahun ini, dan akan mengundi dalam pemilihan kali ini, tambahnya.
Ditanya mengenai etika berkempen, Mustafa berkata:
"Kita tidak ada (tetapkan etika berkempen). Dalam PAS ini semua (calon) gentleman.
"Etika (berkempen) sudah difahami dan sudah tahu oleh semua orang, sebab itu kita tak ada etika (berkempen)... Kita tidak ada guideline (garispanduan),"katanya.
Menjawab soalan pemberita, Mustafa berkata pihaknya tidak memantau ceramah yang anggap sesetangah pihak sebagai kempen.
"Seperti yang saya selalu sebut, siapa kempen berlebihan, perwakilan tidak berapa senang," katanya.
Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira jam 2 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi Bernama hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.
Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit.
Mohd Taufiq Jusoh, 26, dari Kampung Batu 48, meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk dibawa ke Hospital Dungun di sini selepas sebahagian badan dan kepalanya disengat dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu.
Ibunya, Habsah Yusof, 56, berkata Mohd Taufik baru sahaja melapor diri di Pejabat Risda daerah Dungun pagi ini selepas ditukarkan ke daerah itu, dari pejabat Risda daerah Marang.
Beliau berkata sebaik tiba di pejabat itu, beliau difahamkan Mohd Taufik pergi ke ladang berkenaan untuk mencari penyelia ladang, dan ketika dalam perjalanan, dia diserang oleh sekumpulan tebuan.
"Selepas disengat, arwah bertukar arah dan bergegas ke Klinik Kesihatan Kampung Delong kira-kira dua kilometer dari tempat dia disengat," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Dungun di sini.
Habsah berkata sebaik tiba di klinik itu, Mohd Taufiq sempat memberitahu kakitangan klinik yang dia disengat tebuan sebelum terus pengsan, dan pihak klinik kemudiannya menghantarnya ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun Habsah berkata keadaan anaknya yang masih bujang itu semakin teruk dan dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan.
- Bernama
AKIDAH
1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
oNormal" style="text-align: left; direction: ltr; unicode-bidi: embed; margin-top: 0; margin-bottom: 0">
1. MAKSUD IMAN - DARI SEGI BAHASA : § percaya - DARI SEGI ISTILAH : § Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM - membentuk insan muslim sejati - supaya istiqamah dalam ibadat - melahirkan generasi berakhlak mulia |
3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN · SYIRIK · MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya · JENIS-JENIS SYIRIK : 1. Syirik Jali - Maksud : § perlakuan syirik secara terang-terangan - Contoh : § menyembah patung dan berhala § menyembah bulan atau matahari § mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan - Akibat : § rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat
2. Syirik Khafi - Maksud : § tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat - Contoh : § riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri), § ujub (mengagumi diri sendiri), § takbur (membangga diri) - Akibat : § dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat § sukar menerima pandangan orang lain
3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana : · Ia membatalkan iman seseorang · Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah · Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik · Mencemarkan kesucian agama Islam
4. Cara mengelak perbuatan syirik · Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas · Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi · Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik
5. Kesan syirik · Membatalkan iman · Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah · Dimurkai Allah
|
· KUFUR · MAKSUD : - tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W
· JENIS-JENIS KUFUR : 1. Kufur Hakikat : - Maksud : § ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah - Contoh : § tidak mengakui balasan diakhirat § menolak hukum yang terdapat dalam al-quran § menyatakan solat fardhu merugikan masa § menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi 2. Kufur Nikmat : - Maksud : § mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan - Contoh : § menggunakan nikmat kejalan maksiat § enggan mengeluarkan zakat / sedekah § boros membelanjakan harta
· FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR : § pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala § terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan § kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
· KESAN PERBUATAN KUFUR ….
|
· RIDDAH · MAKSUD : - berpaling atau keluar daripada agama islam
· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA - Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam - Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam - Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam
· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH - lemah pegangan agama - jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam - terpengaruh dengan tawaran kebendaan
· AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD - hubungan suami isteri terfasakh - haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam - haram dikebumikan diperkuburan Islam - menjadi penghuni neraka selama-selamanya
· CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD - memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam - memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf - pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum
· TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD - menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam - sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh
· HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD - memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan - mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam - menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara
· LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD - berpegang teguh dengan ajaran islam - menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah - mendalami ilmu-ilmu agama
· LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD - memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam - memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad - mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad
· KESAN PERBUATAN MURTAD …
|
· KHURAFAT · MAKSUD - Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN - mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang - mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial - membuang ancak bagi menghalau hantu - mengunjungi kubur yang dianggap keramat
· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM - iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat - terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat - ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM - menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat - mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat - mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat
· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT - menyebabkan syirik dan batal iman - membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia - menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
|
· SIHIR · MAKSUD - ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia
· CONTOH - menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna - mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan - pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus
· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR - perasaan dendam seseorang terhadap orang lain - iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang - ada perasaan benci terhadap seseorang
· CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR - mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir - menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat - tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut
· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR - merosakkan akidah dan membatalkan iman - memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah - hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan
· HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR - supaya akidah seseorang tetap terpelihara - supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera - supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar
· CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR - membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat - membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya - banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah
|
· NIFAK · MAKSUD - Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
· CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK - berdusta apabila bercakap - khianat apabila diberi amanah - bersikap melampaui batas apabila bertengkar - selalu mungkir janji
· CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK - meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah - bercakap benar apabila berbicara - bersifat jujur dan amanah - menunaikan janji
· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK - menghilangkan sikap percaya-mempercayai - melemahkan perpaduan masyarakat - menghancurkan kekuatan umat islam
|
4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN
· Berpegang teguh pada ajaran Allah
· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah
· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah
5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL
· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah
· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah
· Dilaknat dan dibenci oleh Allah
· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah
6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA
ORANG FASIK | · Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah · Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah |
ORANG MUNAFIK | · Keimanan mereka berpura-pura sahaja · Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah |
ORANG YANG SEMPURNA IMAN | · Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah · Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan · Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan |
Filem Rosak Aqidah, Menteri Pun Kena Tahu Agama
Perkara itu dilontarkan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) sewaktu mencelah perbahasan Titah Diraja oleh Datuk Ismail Kassim (BN-Arau). Ismail yang turut bersetuju dengan cadangan itu berkata, bukan sahaja filem yang mahu ditayangkan ditapis oleh LPF, tetapi juga perlu melepasi tapisan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Semalam dalam sesi soal jawab lisan, Siti Zailah meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menyatakan mengapa filem yang ditayangkan melalui televisyen Malaysia banyak berunsur tahyul, khurafat serta ganas yang memberi kesan negatif kepada penonton remaja. Beliau juga bertanya sejauh mana penguatkuasaan dibuat pihak kementerian.
Timbalan Menteri, Datuk Joseph Salang Gandum ketika menjawab soalan itu berkata, rancangan berunsur tahyul, khurafat, seram dan ganas yang ada disiarkan hanya mengandungi kadar minima unsur-unsur tersebut dan mempunyai unsur pengajaran di pengakhiran cerita.
Kerajaan juga katanya memastikan kandungan mematuhi Akta komunikasi dan multimedia Malaysia 1998 (AKM'98) dan ditapis pihak LPF. Isu tayangan filem dan cerita berunsur tahyul sebelum ini menjadi perdebatan hangat ekoran ianya banyak ditayangkan sama ada di stesen televisyen kerajaan mahupun swasta sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ekoran itu banyak pihak mahu kerajaan meneliti semula penapisan yang dibuat kerana ada di antara filem itu menonjolkan amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah umat Islam. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pun kena tahu hukum hakam dan agama.. Nak jaga siaran tv macam mana kalau tak tahu hukum agama?JUDI PENCETUS GEJALA SOSIAL, ROSAK AKIDAH UMMAH
Wakil Pemuda
Thursday, 27 May 2010 11:05
Amalan pertaruhan dorong sikap tamak sekali gus memusnahkan keharmonian masyarakat
PADA masa kini, isu berkaitan perjudian sering dipaparkan media. Keadaan ini mempamerkan bahawa ia bagaikan sesuatu yang sukar dibendung. Ia muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa. Malah ia menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan untuk menarik minat ramai orang.
Dengan bermatlamatkan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai mengenai larangan syarak. Dalam al-Quran jelas wujud larangan berjudi.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.” (Surah al-Ma’idah ayat 90)
Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Ia sedikit pun tidak mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad serta merosakkan perangai dan budi pekerti seseorang.
Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah babi. ” (Riwayat Muslim).
Dimaksudkan dengan judi itu ialah setiap perkara yang mempunyai unsur beradu nasib atau pertaruhan, sama ada ia sedikit atau banyak dan kecil atau besar. Walaupun judi diberi nama yang bermacam-macam, berbagai-bagai rupa dan cara seperti loteri, tikam ekor, bertaruh, main ketam, semuanya itu adalah haram dan dosa besar.
Walaupun agama Islam awal-awal lagi mengharamkan judi, masih ada di kalangan orang Islam yang membabitkan diri dengan judi. Seperti membeli tiket loteri semata-mata untuk mendapatkan harta atau wang yang banyak dengan cara mudah atau ingin cepat kaya tanpa perlu bersusah payah.
Mereka terpikat dengan hadiah atau ganjaran tinggi. Misalnya, dengan membuat pertaruhan sebanyak RM10, mereka berpeluang mendapat wang berpuluh-puluh ribu ringgit. Gejala seumpama ini menyebabkan ada orang yang sanggup menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk berjumpa bomoh, pergi melakukan pemujaan di kubur lama dan pokok besar.
Ada juga yang mendapatkan nombor kenderaan yang terbabit dalam kemalangan, mendapatkan nombor daripada mimpi dan sebagainya. Pada tanggapan mereka, hal ini dapat mendatangkan tuah dan keuntungan. Demikianlah keadaan seseorang yang sudah menjadi kaki judi atau hamba judi, mereka sanggup melakukan apa saja walaupun ia bertentangan dengan agama demi mencapai hasratnya.
Allah SWT menerangkan bahawa judi adalah satu daripada perbuatan syaitan, maksiat dan dosa. Perbuatan yang menjerumuskan diri kepada kerosakan akidah, sifat tamak dan rakus yang boleh membawa kepada kebinasaan harta dan jiwa, keruntuhan rumah tangga, menimbulkan hasad dengki, pergaduhan, menghabiskan masa yang akhirnya membawa manusia kepada papa kedana, mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga atau masyarakat dan lebih buruk lagi tanggungjawab terhadap Allah SWT.
Selain itu, judi adalah punca kepada dendam, permusuhan, pergaduhan dan membawa kepada bunuh diri. Tabiat pemain judi itu, jika ia kalah pada kali yang pertama, ia akan berasa tidak puas hati dan ingin mencuba dan terus mencuba dengan harapan untuk mendapat kemenangan sehingga menjadikannya hamba judi.
Apabila beroleh kemenangan pula ia akan terus bertambah tamak dan gemar berjudi sehingga menjadikan judi sebagai darah dagingnya. Soal kalah dan rugi tidak dipedulikan, yang penting seronok main judi sehingga sanggup bergadai dan berhutang walaupun dapur rumah tidak berasap.
Judi itu amat jijik, kerja maksiat dan dosa besar bahkan dianggap najis dan perbuatan syaitan yang boleh membawa kepada permusuhan dan menghalang daripada ingatkan Allah SWT. Wang judi itu bukan hanya haram dimakan malah juga haram digunakan untuk segala-gala hal seperti membeli pakaian, membina rumah dan sebagainya.
Ingatlah bahawa harta dan wang yang diperoleh daripada hasil perjudian tidak akan berkekalan dan tidak berkat. Wang judi tidak menjadikan kita seorang hartawan atau jutawan, tetapi sebaliknya menjadikan kita seorang yang suka berdusta, pemarah dan tidak amanah. Ia juga mendorong kita supaya suka berhutang, tetapi tidak mahu membayarnya dan bermacam-macam lagi sifat yang tercela.
Amat mendukacitakan apabila masih ada umat Islam yang masih gemar berjudi meskipun mereka ketahui keburukan berjudi. Lebih menyedihkan apabila ada di antara mereka yang menjadikan judi sebagai pekerjaan tetap atau sumber mata pencarian.
Oleh itu, marilah kita jauhi diri kita daripada terpedaya dengan godaan syaitan dan tidak membabitkan diri dengan perjudian. Mudah-mudahan kehidupan kita mendapat berkat dan diredai Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang, oleh itu mahukah kamu berhenti daripada melakukan perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?” –
(Surah al-Ma’idah ayat 91)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan