Sambil berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan
tersebut dan terus mendakwa bahawa sejak dari awal lagi, kes terhadapnya merupakan satu penganiayaan politik, Anwar berkata hakim telah melangkau melebihi mempertimbangkan fakta-fakta sama ada terdapat kes prima facie terhadapnya.
Anwar berkata, beliau diperintah membela diri tanpa fakta berkaitan dipertimbangkan dan tidak menurut peruntukan undang-undang.
"Semua bahan-bahan tuduhan itu (dianggap) menjadi fakta, boleh diterima dan melampaui keraguan munasabah. Ia seolah-olah dia mahu menghukum, telah memutuskan sabitan," katanya.
Sambil menegaskan beliau telah mengarahkan pasukan peguambelanya supaya habis-habisan membuat pembelaan, Anwar berkata, beliau telah mengisytiharkan dirinya tidak bersalah.Katanya, ia kerana kes itu membabitkan konspirasi politik dan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang semuanya telah dinamakan.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata hakim dan pendakwa telah dimaklumkan mengenai permohonan pihak peguambela untuk memanggil ketiga-tiga mereka sebagai saksi.
Sementara itu, pengadu itu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari
Azlan, dalam satu tweet, berkata dia bersyukur dengan keputusan mahkamah hari ini.
"Syukur dengan keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus doa, istiqamah dan bersabar," katanya dalam tweetnya.
"Kes pembelaan mulai pada 6-30 Jun. Mereka akan tampilkan saksi-saksi/alibi untuk melemahkan kes pendakwaan. Semoga berjalan dengan lancar," tulis Saiful
Dipercayai ini adalah kali pertama Zakhir disoalsiasat oleh pihak polis berhubung tulisan tersebut, yang telah digunakan sebagai salah satu sumber dalam laporan muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu di bawah tajuk Kristian Agama Rasmi?
Lebih diketahui dengan nama penanya Big Dog, Zakhir memberitahu pemberita kemudian bahawa dia kebetulan berada di Pulau Pinang dan telah "dijemput" oleh pihak polis untuk "membantu siasatan".
Katanya, polis mengambil masa kira-kira sejam untuk merakamkan kenyataan beliaunya, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Saya minta maaf. Saya tidak dapat mendedahkan apa yang berlaku di dalam (tadi)," katanya kepada pemberita pada kira-kira jam 7.45 malam tadi.
Katanya, dua anggota ppolis hadir ketika dia disoalsiasat.
Sementara itu, sumber-sumber berkata sekumpulan pastor yang terbabit dalam pertemuan pada 6 Mei lalu, turut hadir di balai polis awal hari ini untuk disoalsiasat.
Dalam erti kata lain, bukti pendakwaraya adalah kukuh dan Anwar perlu mengemukakan pembelaan kenapa beliau tidak harus dihukum.
Pada masa sama, polis juga bergerak laju membereskan siasatan video seks terhadap Anwar.
Kenyataan terbaru Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar ialah kini ada bukti dari Amerika Syarikat video itu tulen dan pelakunya sudah dikenal pasti.
Jelas ranjau perjuangan Anwar menempuhi liku-liku yang begitu perit lagi mencabar pada hari-hari mendatang.
Rencana ini tidak boleh memperinci keputusan Hakim Zabidin Mohamad Diah kerana batasan undang-undang mengenai kes yang masih dibicarakan di mahkamah.
Terlalu banyak pun sudah ditulis sebelum ini mengenai “kewibawaan” pengadu Saiful Bukhari Azlan, keterangan pakar-pakar, bukti yang diperolehi polis secara tipu helah dan bermacam-macam lagi.
Cukup sekadar merumuskan hakim tidak mendapati sebarang cacat cela dalam kes pendakwaraya. Hujah-hujah yang diberikan oleh Zabidin begitu mirip dengan penghakiman yang diterima oleh Anwar kali pertama beliau menghadapi tuduhan sama pada tahun 1999.
Dalam kes terbaru, sebagaimana pertuduhan pertama Anwar sudah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rakyat yang arif menilai sendiri segala “bukti-bukti” yang dibawa oleh polis dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dalam menyediakan pembelaan di ri sebagaimana yang dikehendaki oleh Zabidin, Anwar kini terpaksa menghadapi pusingan baru dengan Polis dan Gani Patail berhubung dengan video lucah Datuk T.
Setakat ini belum pasti tuduhan apa yang akan dibawa oleh Gani terhadap Anwar bersabit video fitnah itu yang dikatakan sudah diedarkan di masjid-masjid, pasar malam dan rumah-rumah selain terpancar di Internet.
Tetapi yakinlah, tuduhan akan tetap dibuat, berasaskan ketekunan Gani meminta polis berulang kali untuk menambah “bukti-bukti” dan keterangan bersabit video itu.
Lebih sebulan telah berlalu, namun pihak yang menayangkan video itu pada 21 Mac lalu – Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah masih bebas untuk menabur fitnah ke sana ke mari.
Manusia merancang… Kesudahan lakon layar adalah di tangan Maha Esa. Kegigihan Anwar mengharungi detik-detik getir yang menjelang adalah juga sebahagian daripada ujian Allah.
Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini dan fitnah video lucah yang cuba dipalitkan kepada Anwar hanyalah lagi satu lapisaan dugaan yang terpaksa di tempuhi oleh Anwar dan Pakatan Rakyat dalam menamatkan pemerintahan sebuah parti yang kian terdesak dengan kemungkaran yang kian terdedah.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Naib presiden PKR N Surendran menuntut naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf dan menarik balik satu kenyataannya sebelum ini bahawa ugutan culik yang diterima ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai helah untuk mendapatkan simpati.
Surendran juga berkata, Ahmad Zahid sebagai seorang menteri kanan tidak sepatutnya membuat kenyataan berkenaan memandangkan ianya prejudis ke atas kes yang masih dalam siasatan polis.
"Kenyataan Zahid itu tidak benar, tidak patut dan sangat prejudis ke atas siasatan polis yang dijalankan ke atas ugutan penculikan itu," kata Surendran.
Tambahnya, Ahmad Zahid sepatutnya menunjukkan keprihatinan terhadap ugutan yang didakwa telah dilakukan ke atas anak Nurul.
"(Sebaliknya) Zahid telah mencemarkan kedudukannya dengan bermain politik," kata Surendran lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan Ahmad Zahid itu adalah berhubung tindakan Nurul Izzah yang membuat laporan polis pada Jumaat lalu berhubung satu kiriman SMS ugutan yang diterima oleh ahli parlimen berkenaan daripada seorang individu tidak dikenali.
Nurul Izzah mendakwa, kandungan SMS itu mengugut bahawa anaknya akan diculik jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersara daripada dunia politik.
"Kita juga memohon jaminan daripada polis bahawa sisasatan ke atas ancaman penculikan ini dijalankan dengan cepat dan adil," kata Surendran lagi.
Beliau, yang juga Mursyidul Am PAS, berkata hakikatnya kerajaan PAS Kelantan tidak pernah merampas tanah dan kerajaan hanya membangunkan projek ladang rakyat itu di atas tanah kerajaan negeri.
"Kami mana boleh ambil tanah rakyat. Tanah Rakyat adalah tanah yang ada geran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program hari himpunan anggota koperasi peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan Berhad, di Tumpat, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan ratusan anggota badan bukan kerajaan (NGO) dan Pemuda Umno Kelantan yang mengadakan perhimpunan bagi membantah berhubung dakwaan penyelewengan projek ladang rakyat di hadapan kompleks kerajaan negeri di Kota Darul Naim di Kota Bharu.
Perhimpunan yang berlangsung selama sejam itu bermula pada pukul 9.30 pagi disertai Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (OMBAK), Majlis Belia Kelantan, Majlis NGO Negeri Kelantan, Belia 4B dan Pemuda Umno Kelantan dan penduduk Orang Asli di Gua Musang yang mendakwa kehilangan tanah mereka akibat projek itu.
Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak menghalang jika ada pihak mengadakan demonstrasi tetapi kesal dengan fitnah yang dibuat oleh mereka yang berdemonstrasi kononnya kerajaan merampas tanah rakyat.
Pada sidang media yang sama, Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob menjelaskan sehingga kini 50,000 hektar tanah di negeri Kelantan telah dibangunkan untuk projek ladang rakyat.
"Projek itu melibatkan 4,500 peserta dengan 10 buah syarikat dilantik untuk membangunkan kawasan projek itu dan hasil keluaran ladang rakyat sejak 2006 sehingga sekarang adalah RM49 juta," katanya.
- Bernama
Sebalik mereka mendesak pihak berkuasa segera bertindak kerana kegagalan berbuat demikian akan membawa padah kepada keharmonian negara.
Ibrahim (kiri) yang juga presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA, pada Sabtu lalu berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.
“Kenyataannya yang tersirat itu boleh menghancurkan keharmonian dan menimbulkan rasa benci ke atas masyarakat Kristian tanpa sebarang asas.
“Gereja tidak rasa tidak selamat kerana keselamatan kita adalah berdasarkan hubungan dengan Tuhan, tetapi kerajaan mesti bertindak bagi menjamin ketenteraman awam,” kata presiden Majlis Gereja Sabah biskop Albert Voon.
Katanya, kenyataan Ibrahim itu tidak wajar kerana ia hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia yang mendedahkan kononnya paderi Kristian berkonspirasi bagi menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan.
“Apabila gereja kami dibakar, adakah awak melihat masyarakat Kristian bertindak balas dengan berang?...
“(Polis kata) mereka masih menyiasat (dakwaan konspirasi Kristian)…tetapi bayangkan jika ada seorang biskop yang menggunakan istilah Perang Salib - dia akan (ditangkap) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada keesokannya harinya.”
Dengan nada yang sama, presiden Majlis Gereja-gereja Reverend Thomas Philips berkata adalah penting bagi pemimpin kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kata-kata melampau berkenaan.
“Dengan semua kenyataan itu, siapa yang akan bercakap bagi pihak yang diserang itu? Sikap membisu pemimpin negara yang gagal mempertahankan hak minoriti menimbulkan kecurigaan di kalangan mereka. Seseorang meniupkan sentimen agama akan membangkitkan kemarahan ramai orang,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, terdapat pelbagai peruntukkan dan undang-undang di negara ini bagi menangani mereka yang cuba menyebabkan huru-hara di negara ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas isu berkenaan berkata kenyataan Ibrahim tidak mewakili majoriti orang Melayu-Islam. Namun beliau tidak mahu melabelkan Ibrahim sebagai seorang ektremis.
Yang lainnya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang kini telah menyertai Umno, Mohd Ezam Mohd Nor, dan bekas atlet Datuk Mumtaz Jaafar yang dikatakan teman rapat Rosmah.
Peguam Karpal Singh berkata proses mendapat keterangan para saksi tersebut akan diadakan di kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta “dan kemudiannya kami akan memutuskan sama ada akan memanggil mereka (memberi keterangan)”.
“Pendakwa mahu pasukan peguambela mendapatkan keterangan Najib di Pejabat Perdana Menteri (di Putrajaya) tetapi kami mahu tempat yang berkecuali, dan mencadangkan (kompleks mahkamah di Jalan Duta). Kami akan mendapatkan keterangan itu dalam beberapa hari ini,” katanya.
“Terdapat 25 saksi yang telah kami senaraipendekkan daripada senarai itu diberi oleh pendakwa.”
Karpal berkata pihak pendakwa telah bersetuju untuk menyediakan sebuah bilik di kompleks mahkamah untuk merakam keterangan saksi.
Termasuk 'saksi alibi'
Seorang lagi peguambela, Sankara Nair berkata, senarai yang disenaraipendek itu termasuk 'saksi alibi yang berada di kondominium itu di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku.
Katanya, mereka akan mengambil keterangan para saksi dan kemudian memutuskan siapa yang akan dipanggil," kata Sankara (kanan).
Pendakwa telah menyenaraikan 73 saksi di mana 26 daripadanya telah memberi keterangan di mahkamah, termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini memerintahkan Anwar membela diri, selepas mendapati ada kes prima facie.
Perbicaraan kes tersebut akan disambung dari 6-30 Jun.
Kemanisan Dalam Ujian
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Nabi Musa a.s lari meninggalkan Mesir setelah beliau terlibat dengan kejadian memukul sehingga mati seorang Qibti (Coptic) dalam usaha menghalang kezaliman perkauman terhadap Bani Israil. Tindakannya itu telah melebihi jangkaan dan itu adalah satu kesilapan. Beliau terpaksa lari menuju ke Madyan dalam keadaan yang susah.
Madyan yang dimaksudkan itu barangkali di Jordan dan saya pernah sampai berkali-kali di sana. Perjalanan dari Mesir ke sana begitu jauh bagi memastikan tentera Firaun tidak sampai ke negeri tersebut untuk menangkapnya.
Apabila sampai di Madyan, Musa a.s. mendapati sekumpulan pengembala yang sedang menceduk air, sementara di sana ada dua gadis yang hanya menunggu. Jiwa Musa a.s yang amat pantang melihat kejanggalan atau unsur ketidakadilan itu menyebabkan dia yang dalam keletihan yang teramat bertanya hal kepada kedua gadis tersebut.
Al-Quran menceritakan kejadian ini: (maksudnya)
“Dan setelah dia (Musa a.s.) menuju ke negeri Madyan, dia berdoa “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan kepadaku jalan yang betul”. Dan ketika dia sampai di telaga air Madyan, dia dapati di situ sekumpulan lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” mereka menjawab: “Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “. (Surah al-Qasas 22-23).
Nabi Musa a.s. tidak mampu melihat unsur penindasan dan sikap tidak membantu yang lemah. Simpatinya terhadap dua gadis tersebut melebihi keletihan yang dihadapinya ketika itu. Dia tampil dengan segala keringat yang berbaki menolong gadis-gadis tersebut mendapatkan air. Dia menolong tanpa sebarang habuan yang diharapkan.
- Gambar Hiasan
Setelah menolong mereka, dan mereka pun pulang, Nabi Musa a.s. dalam keadaan yang teramat letih itu, pergi ke tempat yang teduh dan berdoa dengan doa yang ringkas tetapi amat dalam maksudnya. Saya tidak pasti sama ada mereka yang tidak memahami bahasa arab dapat menikmati keindahan ungkapan yang ringkas itu atau pun tidak? Namun saya akan cuba menterjemahnya dalam strukturnya.
Saya ingin membawa doa Musa a.s. untuk dikongsi bersama para pembaca yang barangkali ada yang tidak perasaan kewujudannya ketika membaca al-Quran. Juga mereka yang memang sudah tahu tetapi terlupa disebabkan kesibukan yang melanda kita dalam kehidupan sedangkan kita menghadapi suasana tenat yang amat memerlukan rahmat atau ‘kesian’ Tuhan kepada kita.
Saya ingin menyebutnya di sini kerana doa ini amat menyentuh perasaan saya. Saya percaya anda juga demikian. Entah berapa banyak keadaan getir dan runsing melanda hidup ini, doa ini salah satu ‘penyejuk perasaan’ dan pemberi harapan yang menjadi jambatan yang menghubungkan ujian hidup dengan Tuhan yang memiliki segala kehidupan.
Doa ini jika dibaca dengan jiwa yang benar-benar bergantung kepada Allah, maka saya yakin ketenangan itu hadir sebelum pertolongan Allah itu turun. Firman Allah menceritakan hal Musa a.s. dan doanya: (maksudnya)
“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir” (Surah al-Qasas 24).
Maksud Nabi Musa a.s. beliau amat fakir atau amat memerlukan kepada apa sahaja kebaikan yang akan Allah berikan kepadanya bagi menghadapi suasana dirinya ketika itu. Dalam bahasa al-Quran yang indah al-Quran riwayatkan ucapan Musa a.s “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir”. Sangat ringkas, namun sangat bermakna. Sudah pasti ucapan asal Musa a.s dalam bahasa Hebrew, namun Allah telah merakamkan ke dalam bahasa Arab yang padat dan indah.
Ada ahli tafsir yang menyebut maksud Musa bagi perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan dalam doa ini adalah makanan. Namun, perkataan ‘khair’ atau apa sahaja kebaikan atau kurniaan Tuhan itu amat luas. Bukan sahaja makanan atau minuman, bahkan apa sahaja yang memberikan kebaikan kepada seorang insan. Musa a.s. sendiri selepas berdoa dengan doa ini diberikan limpah kurnia Allah yang berbagai, melebihi jangkaannya.
Ayat-ayat seterusnya dalam Surah al-Qasas ini menceritakan bagaimana kedua orang gadis tadi kembali semula menjemput Musa a.s. ke rumah mereka atas jemputan ayah mereka. Ayah mereka yang merupakan seorang yang mulia amat berterima kasih atas pertolongan Musa a.s. Al-Quran tidak menceritakan siapakah ayah mereka. Apakah dia Nabi Syu’aib atau orang lain tidaklah dapat dipastikan. Kemungkinan besar bukan Nabi Syu’aib seperti yang disangka oleh sebahagian penafsir.
Apa pun, Nabi Musa a.s. diberikan tempat perlindungan, makanan, kerja, bahkan dikahwinkan dengan salah seorang dari gadis tersebut. Demikian Allah memustajabkan doa Musa yang ringkas, tetapi penuh makna. Doa yang dilafazkan dari jiwa yang benar-benar tunduk, menyerah, sepenuh tawakkal dan keyakinan bahawa Allah sentiasa menyahut permohonan hamba yang benar-benar bergantung kepadaNya.
Jauh Musa a.s berjalan membawa perasaan bimbang dan bebanan ancaman oleh pihak musuh. Ujian yang memaksa dia yang membesar dalam istana menjadi pelarian tanpa bekalan. Namun dalam ujian itu Nabi Musa a.s mengalami pengalaman hidup yang hebat dan kurniaan-kurniaan yang besar. Tanpa ujian, hal ini tidak akan berlaku.
Demikian jika kita membaca doa-doa yang syahdu yang penuh menyentuh akal dan ruh yang dilafazkan oleh insan-insan soleh dalam al-Quran, samada para nabi atau selain mereka, kita dapati doa-doa itu banyak yang diungkapkan dalam keadaan getir dan ujian yang mencabar.
Kita sendiri dalam hidup barangkali tidak akan menghafaz banyak doa al-Quran dan al-Sunnah melainkan setelah kejadian-kejadian dalam hidup yang mendesak untuk kita ‘bertadarru’ atau merendah, akur dan tunduk dengan sepenuh jiwa kepada kebesaran kerajaan Allah Yang Maha Menguasai segala urusan hidup ini.
- Gambar Hiasan
Banyak ujian hidup ini sebenarnya amat bermakna jika kita mahu menghayatinya. Betapa ramai orang yang menemui iman dan amalan soleh dek kerana ujian yang menimpanya. Berapa ramai manusia yang bersarang bongkak dan takabur dalam jiwa, tidak dapat ditegur dan dididik, tetapi akhirnya menjadi insan yang tawaduk kepada Allah dan menghargai orang lain setelah melalui ujian hidup yang getir. Betapa ramai pula insan yang soleh dan disayangi Allah dinaikkan darjat dan nilainya di sisi Allah disebabkan ujian yang menimpanya.
Firman Allah: (maksudnya)
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang dilimpahi dengan pujian dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.(Surah al-Baqarah 155-157).
Kita tidak meminta ujian, tetapi kita sentiasa perlu tahu bahawa ujian itu adalah rukun hidup. Ujian bagaikan bicara atau ‘sapaan’ Allah kepada kita agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah, atau untuk kita tambahkan pahala dan padamkan dosa. Sabda Nabi s.a.w:
“Tiada apa pun yang menimpa seorang mukmin, sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah tuliskan untuknya kebaikan (pahala) dan padam dari kejahatan (dosa)” (Riwayat Muslim).
Melihat manusia yang diuji menjadikan kita rendah diri dan insaf. Mungkin dia yang dilihat oleh orang lain sedang dalam ketenatan cabaran tetapi sebenarnya sedang tenggelam dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Melihat orang yang susah, mereka yang dizalimi, mereka yang kesempitan atau menderita kesakitan menyebabkan kita terlintas segera dalam perasaan “dia di sisi Allah mungkin lebih baik daripada diriku ini”.
Kita semua akan melalui ‘bicara dan didikan Tuhan’ melalui pentas ujian. Kita mengharapkan ujian akan membawa kita kepada sesuatu yang lebih baik. Ujianlah yang telah membawa Musa a.s. kepada berbagi kurniaan. Untuk itu kita wajar selalu merintih kepada Allah seperti Musa a.s.: “Rabbi inni lima anzalta ilaiya min khairin faqir” (”Wahai Tuhanku, Sesungguhnya aku ini kepada apa sahaja kebaikan yang Engkau turunkan amatlah fakir”).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan