Selasa, 31 Mei 2011

BILA HANYA NAMPAK DUNIA SAJA...TAK NAMPAK AKHIRAT SERTA NERAKA...UNDANG2 ALLAH PUN DICABUL...NI KAN PEKERJA...FAHAM2 JE LAH....

'Chai' pemilihan PAS mula berkeliaran
Abdul Rahim Sabri
Mei 31, 11
12:54pm

Pemilihan jawatan tertinggi PAS semakin hampir membahang apabila wujudnya cakap-cakap di kalangan akar umbi mengenai regu atau 'chai' yang berpontensi menang.

Malah, ia dilihat mula diedarkan di laman maya, khususnya di Facebook beberapa hari kebelakangan ini.

azlanBagi jawatan timbalan presiden, umum melihat wujudnya tiga 'chai'. Kumpulan ulama kali ini dilihat berpecah dua manakala kumpulan profesional teguh di belakang calon timbalan mereka Mohamad Sabu.

Menariknya Nasharudin Mat Isa (penyandang) dan Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat percubaan pertamanya ke jawatan itu masing-masing berkongsi chai yang sama.

Sumber-sumber memberitahu, dalam senarai chai yang disebut-sebut, Mohamad Sabu -- yang dilihat keseorangan -- kali ini disokong kuat golongan profesional dari kumpulan Erdogan.

Mohamad digandingkan dengan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan penyandang naib presiden Datuk Mahfuz Omar.

"Jika perwakilan tidak mahu (memilih) kumpulan ulama, mereka akan memilih tiga tokoh ini," kata mereka kepada Malaysiakini.

Ulama berkongsi chai

Bagi 'chai' Nasharudin dan Tuan Ibrahim pula, sumber-sumber berkata, mereka bergandingan dengan dua tokoh ulama -- ketua penerangan Idris Ahmad, exco kerajaan Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah -- bersama-sama penyandangnya Salahudin Ayub.

azlanMenurut sumber-sumber, Salahudin yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Erdogan digandingkan pula dengan kumpulan itu ekoran pendekatan kempennya yang dilihat 'play safe' dan cuba meraih sokongan kedua-dua pihak.

Pemimpin yang mendokong kepimpinan ulama antaranya anak murysidul am Nik Abduh Nik Aziz, exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hassan Ali dan beberapa pesuruhjaya negeri -- Salleh Man (Pulau Pinang), Zulkefly Mohamad Omar (Negeri Sembilan) dan Dr Mahfodz Mohamed (Johor).

Sehubungan itu, pemerhati politik berpendapat, peluang Nasharudin untuk menang dilihat "luntur" susulan kemasukan Tuan Ibrahim bertanding jawatan nombor dua parti.

Apatah lagi, Tuan Ibrahim yang selebriti agama dan tokoh ulama yang dikatakan sesuai untuk menggantikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang di masa depan.

NONESementara untuk jawatan naib presiden, walaupun pertembungan dijangka sengit, tetapi Mohammad Nizar dan Idris dilihat agak kedepan buat masa ini.

Mohammad Nizar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Perak berpeluang besar menang kerana cukup populariti dan dianggap 'selebriti' PAS. Manakala "kerajinan" Idris mengeluarkan kenyataan media sejajar tugasnya amat membantu.



PKR: K'jaan 'rompak' rakyat bagi suap kroni, kapitalis
Aidila Razak
Mei 31, 11
1:22pm

PKR hari ini melabelkan pengumuman kenaikan tarif elektrik semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliKetua strategi parti itu, Rafizi Ramli, apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu.

"Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis,” kata Rafizi kepada wartawan hari ini.

Tarif elektrik: K'jaan bukan cari populariti, kata TPM
Regina Lee
Mei 31, 11
1:56pm

Kerajaan persekutuan mengakui keputusan menaikkan tarif elektrik yang diumumkan semalam bukan perkara popular yang dibuat.

Namun kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kesannya lebih buruk kepada negara jika kerajaan terus mengekang kenaikkan harga itu.

"Ini bukan soalan populariti. Sudah tentu, kita tidak akan jadi popular apabila harga apa-apa sahaja dinaikkan.

sarawak election muhyiddin 080411 04"Tetapi kita adalah kerajaan yang bertanggungjawab. Jika kita kekalkan harga rendah dan membiarkannya memberi kesan kepada perbelanjaan persekutuan hanya untuk menggembirakan orang ramai, pada jangka panjang rakyat akan merana dan ini tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan,” kata Muhyiddin.

Bercakap kepada wartawan selepas melancarkan bangunan baru Suruhanjaya Tenaga di Putrajaya, katanya negara terpaksa berdepan dengan harga tenaga yang terus melambung.

"Ini bukan mengenai populariti ataupun tidak. Ini mengenai menghadapi kenyataan, ini fenomena global. Harga minyak mentah seluruh dunia sudah meningkat,” katanya.

"Jadi adakah kita mahu jadi popular dalam jangka pendek dan membiarkan rakyat merana dalam jangka panjang?” katanya.

Meskipun Muhyiddin berkata kerajaan akan cuba menyerap impak harga pasaran, namun terdapat had sebanyak mana yang mungkin dilakukan kerajaan.


Biasiswa JPA: Nasib 86 pelajar ditentukan esok
Hazlan Zakaria
Mei 31, 11
1:41pm

Jemaah Menteri akan bermesyuarat esok bagi menentukan sama ada 86 pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM tetapi gagal mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam boleh melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.

NONE"Saya, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Menteri Sumber Manusia Dr S Subramaniam akan menimbulkan perkara itu dan membuat rayuan kepada kabinet esok,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Rayuan itu akan dikemukakan berikutan mesyuarat pemimpin parti komponen BN yang diadakan sebelum sidang akhbar ini.

Ahli politik, NGO, pelajar yang kecewa dan ibu bapa berang kerana ramai pelajar cemerlang gagal mendapatkan biasiswa JPA. Ada juga yang ditawarkan tempat di universiti tempatan sedangkan mereka memohon untuk belajar di luar negara. Ada pula yang ditawarkan biasiswa untuk program diploma sedangkan mereka mahu mengikuti program matrikulasi.

Nazri, bagaimanapun menafikan ketidak-sepadanan itu berlaku dan tidak ada masalah dengan pemberian biasiswa JPA. Katanya rasa tidak puas hati timbul kerana orang ramai tidak memahami kriteria dan proses pemberian biasiswa.

'Majikan terbaik' cabuli peraturan kerja?
Aidila Razak
Mei 31, 11
12:55pm

Bosan akibat dihantui dengan kebimbangan dihantar pulang serta sering kali diperas ugut kerana tidak mempunyai permit di Malaysia, pekerja migran Indonesia yang bekerja di syarikat gergasi elektronik Western Digital kini tampil menceritakan masalah mereka.

Kumpulan yang mendakwa mewakili pekerja yang tertindas itu pada Sabtu lalu menggantung kain rentang menunjukkan rakan-rakan mereka dalam keadaan digari dan menuntut pembelaan.

NONEBagaimanapun beberapa jam kemudian Western Digital menanggalkan kain rentang itu dan apabila ditanya mengapa mereka berbuat demikian sekumpulan lelaki yang memakai jaket syarikat berkenaan enggan mengulas.

Western Digital yang pernah memenangi anugerah 'Majikan Terbaik di Asia 2009' didakwa tidak menyediakan permit bagi sekurang-kurangnya 1,000 pekerjanya yang telah berkhidmat selama dua tahun di Malaysia.

Pada Mac lalu, penerbitan Indonesia Tempo Interaktif melaporkan pegawai syarikat berkenaan telah berjumpa dengan dengan perwakilan kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur bagi menjelaskan situasi membabitkan kira-kira 6,000 pekerja mereka.

Ia memetik pegawai kedutaan berkata syarikat itu sedang menyelesaikan masalah tersebut peringkat demi peringkat dan hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan pejbat kedutaan.

Bagaiamanpun bagi seorang pekerja Ully Suryana (bukan nama sebenar, nama ditukar bagi melindungi identiti pekerja) semua itu tidak benar. Katanya pekerja diambil melalui sebuah agensi di Indonesia yang mempunyai perjanjian terus dengan Western Digital berhubung permit kerja.

“Mengikut perjanjian, Western Digital berkata syarikat akan menyimpan passport pekerja tetapi akan memberi mereka permit kerja agar mereka boleh bergerak bebas,” katanya.

Suryanti, yang berusia awal 20an mendakwa tidak lama dulu Jabatan Imigresen menyerbu salah sebuah asramaa dan menahan semua pekerja kerana tidak mempunyai permit kerja.

Kejadian terbaru, berlaku minggu lalu apabila lima pekerja yang berpakaian tidur ditahan atas alasan yang sama. Mereka dikurung selama tiga malam di lokap sebelum dibebaskan tanpa sebarang sebab.








Kami bayar sewa bangunan, tegas PKR
Mei 31, 11 1:57pm

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu membuat pembayaran sewa bangunan yang memempatkan ibu pejabatnya di Petaling Jaya dan tidak timbul dalam mesyuarat biro politik dan majlis pimpinan pusat.

Sehubungan itu, katanya, laporan media bahawa PKR tidak membayar sewa bagi tempoh 30 bulan adalah tidak benar.

"Setahu kami, tiada sebarang perbincangan tentang perkara ini... (PKR) telah tunaikan tanggungjawab seperti termaktub dalam perjanjian sewaan," katanya.

Katanya, mereka hanya menyedari masalah itu apabila mendapat surat daripada bank berhubung perkara itu.

Minggu lalu, dilaporkan bangunan itu akan dilelong oleh Addin Bank pada 0 Jun selepas pemiliknya gagal membayar balik pinjaman.

Pemimpin PKR mengakui parti itu membayar sewa RM20,000 seperti termaktub dalam perjanjian yang ditandtangani pada 2008. Bagaimanapun, Free Malaysia Today yang memetik sumber memaklumkan perkara itu tidak benar.

Tiada ulasan: