Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.
Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.
Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.
Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.
MUNGKIN KIRANYA BEGINI....DARI FB
1 000KW pertama X RM 0.286seunit = RM 286.00
200KW kedua XRM 0.378 seunit =RM 75.60
200KW ketiga XRM 0.387 seunit = RM 77.40
100 KW berikutnya XRM0.397seunit = RM 39.70
Jumlah bayaran ialah RM 478.70. Mengapakah hal ini berlaku? Kalau diperhatikan pada bil, ada keanehannya iaitu silapmata tadi. Bacaan meter dikira bermula daripada bacaan di meter ke bacaan pada meter terkini. TNB tidak guna bacaan anggaran yang dibuatnya dahulu. Inilah silap matanya. TNB hanya tolak bayaran bulan sebelumnya sahaja tetapi pengguna telah dicaj ke peringkat keempat tariff tadi. Memang amat kompleks dan licik.
Sekiranya bacaan meter dilaksanakan di premis sahaja, bayaran dipuratakan seperti berikut:-
750 KW X RM0.286 seunit = RM 214.50 sebulan. Maka bayaran dua bulan ialah RM 429.00. Ini bererti TNB berjaya menggelapkan duit pelanggannya sebanyak RM 49.70. Walaupun ini merupakan anggaran sahaja tetapi hakikatnya TNB tetap menggelapkan puluhan ringgit wang pelanggannya. Itu baru seorang pelanggan. best kan?
Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.
"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.
"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.
Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.
Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.
"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.
Timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada memberikan jawapan jelas berhubung pengedaran cakera video lucah yang menampilkan individu didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Noh berkata demikian ketika ditanya hari ini berhubung dakwaan berkenaan yang ditimbulkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad minggu lalu.
"Saya pun tidak tahu. Saya tidak tengok. MP Shah Alam dah tengok ke belum?
"Dia sendiri dah tengok ke? Bagus ke (video itu)?... Kalau dia sudah tengok, baru saya jawab," katanya ketika ditanya sama ada Umno merupakan merupakan pihak yang bertanggungjawab mengedarkan cakera video berkenaan kepada ketua-ketua kampung di Selangor.
Setelah diasak berkali-kali, barulah Noh berkata bahawa cakera video berkenaan bukannya disebarkan oleh Umno.
"Jangan salahkan Umno, bukan Umno yang sebarkan," katanya yang menambah, tuduhan berkenaan sengaja ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan yang didakwa mula "berasa bahang" akibat penyebaran video berkenaan.
Katanya lagi, pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya berasa gembira sekiranya penyebaran video berkenaan akan menyebabkan rakyat berasa marah terhadap Umno.
"Kalau bagi kesan negatif sebab video rakyat rasa marah, sepatutnya pembangkang rasa lebih seronok.
"Pembangkang patut sokong video disebarkan lebih luas. Kenapa pembangkang risau?," soalnya.
Selain Khalid, beberapa pemimpin Pakatan di Selangor, termasuk exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah, mendakwa Umno dan BN merupakan pihak di belakang usaha itu.
Khalid turut menggesa polis supaya konsisten ketika menyiasat kes itu, sama seperti yang dilakukan dalam siasatan ke atas kes penyebaran video seks presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini.
Barangkali itu jugalah perasaan Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar yang dicabar Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Nik Amar Abdullah dan Idris Ahmad untuk tiga kerusi naib presiden.
Mampukah prestasi Salahuddin dan Mahfuz sejak dua tahun lepas memikat 1,100 perwakilan untuk menyokong mereka pada pemilihan yang berlangsung Sabtu ini?
Rata-rata pemerhati politik yang dihubungi Bernama berpendapat dua pemimpin PAS itu menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan jawatan mereka, kerana pencabar bukan saja nama gah dalam parti tetapi turut mendapat sokongan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Tetapi dalam memacu parti Islam itu selari dengan matlamat penubuhannya, adalah penting bagi perwakilan memilih calon jawatan naib presiden yang boleh memberikan sokongan dan bekerjasama penuh kepada presiden," kata Abd Ghapa Harun dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi itu berpendapat saingan sengit bagi jawatan timbalan presiden juga menentukan nasib Salahuddin dan Mahfuz, sekalipun jawatan presiden kekal di tangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ini kerana katanya, lambakan calon yang terdiri daripada kelompok profesional berfikiran terbuka dan ulama, memberi ruang kepada perwakilan untuk mengatur hala tuju parti yang pada masa ini dilihat dikuasai ulama.
Sekalipun Salahuddin dan Mahfuz dilihat konsisten berfikiran terbuka, namun mereka kecundang daripada segi gahnya nama Husam dan Mohamad Nizar, katanya.
Beliau juga tidak menolak ketegasan Idris selaku Ketua Penerangan PAS dan Exco Kelantan Nik Mohd Amar bakal memikat perwakilan yang cenderung kepada golongan ulama.
Sementara itu, Dr Sivamurugan Pandian membayangkan kemungkinan berlaku kompromi di belakang tabir bagi jawatan tersebut.
"Kemungkinan salah seorang penyandang dikekalkan, dan dua lagi diisi muka baru," kata pensyarah kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia itu.
Beliau juga bersetuju pemilihan jawatan nombor dua PAS yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang Nasharuddin Mat Isa, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu akan menentukan Naib Presiden.
"Apa yang paling penting mereka harus memilih di kalangan calon yang boleh bergandingan dengan orang nombor satu dan dua parti," katanya.
Beliau juga tidak menolak tanggapan populariti Husam, Mohamad Nizar dan Idris berupaya mempengaruhi pola pemilihan tersebut.
--Bernama
Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.
"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.
Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".
Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.
Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.
Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.
Peserta terkejut
Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).
Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.
Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini
Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.
Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.
Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.
Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.
Kabinet bersetuju untuk memperbaharui kebenaran kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) untuk mengimport beras dari luar negara, kata menteri pertanian dan industri asas tani Datuk Seri Noh Omar.
Katanya, kontrak berkenaan telah pun tamat pada Januari lalu manakala kontrak baru akan ditandatangani pada Julai.
"Kabinet telah bersetuju untuk menyambung kontrak (BERNAS) selama 10 tahun hingga tahun 2021," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.
Katanya lagi, syarat dalam kontrak berkenaan akan diteliti sebelum dikemukakan semula ke jemaah menteri dalam tempoh enam bulan.
“Segala syarat perjanjian akan kita tengok semula, dalam masa enam bulan saya akan bawa balik kepada kabinet. Selain syarat yang ada, ada syarat yang baru.
“Pada dasarnya kabinet luluskan dahulu, tapi syarat perjanjian diberi tempoh enam bulan untuk kabinet lihat syarat baru untuk tandatangan dengan BERNAS,” katanya.
Katanya lagi, Persatuan Pengusaha Beras Bumiputra Kebangsaan (Barim) turut diminta untuk memberi input kepada pihak kementerian dalam perjanjian baru tersebut.
“Saya minta Barim beri input kepada kita supaya dengan perjanjian yang baru akan beri lebih kesan yang positif kepada pembangunan makanan utama negara kita,” katanya lagi.
Terdahulu, beliau merasmikan mesyuarat agung pertama Barim dan turut mengadakan dialog dengan kira-kira 60 orang pemborong beras bumiputera berkenaan.
Mengulas lanjut, Noh berkata dialog berkenaan berjaya menyelesaikan masalah pengusaha berkenaan yang sebelum ini tidak dibenarkan mengampit beras lain selain beras jenis super tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST 15).
Isu berkenaan timbul memandangkan pengampit beras bukan bumiputera dibenarkan mengampit beras selain ST 15.
“Mulai 1 Jun ini, kita akan benarkan (pengampit bumiputera kampit beras lain),” kata Noh yang bertegas supaya pengusaha berkenaan mengikut peraturan ditetapkan.
Katanya lagi, kementerian itu juga akan memperkenalkan peruntukan baru bawah “Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 yang membolehkan kerajaan mengenakan saman atau kompaun terhadap pengusaha yang mengingkari ketetapan.
“Kementerian telah diminta untuk buat kajian agar diberi kuasa saman atau kompaun. Dia akan didenda dan boleh terus berniaga.
Langkah berkenaan bertujuan untuk mengelakkan daripada kes melibatkan pengusaha berkenaan tertangguh akibat prosedur mahkamah.
Penilaian RIA - yang dipamerkan bersama laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) - menyatakan bahawa operasi loji itu "tidak akan menyebabkan risiko radiologi yang tidak wajar.
Menurut laporan yang dikelolakan Agensi Nuklear Kebangsaan Malaysia itu, orang awam tidak akan terkesan dengan sinar radiasi mili-siverts (MSV).
Manakala pekerjanya pula akan menghadapi purata 13 MSV radiasi setiap tahun untuk tempoh sepuluh tahun pertama operasinya.
Ini bermakna, pendedahan sinar itu kepada pekerja hanya 50 MSV setiap tahun atau di bawah paras bahaya.
"Berdasarkan keputusan (RIA), kesimpulannya operasi loji itu tidak akan menyebabkan sebarang kesan radiologikal kepada pekerja dan anggota masyarakat yang menetap di sekitar kawasan yang dibenarkan," laporan itu dipetik.
Sebaliknya, kata beliau, Umno Sabah stabil dan pemimpin serta anggotanya bersatu padu di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.
"Saya tidak faham apa yang dimaksudkan oleh YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno). Tidak ada "cold war" dalam Umno Sabah," katanya kepada pemberita semasa ditemui di perayaan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dewan Hongkod Koisaan, Penampang, dekat Kota kinabalu hari ini.
Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Khairy semalam di Keningau bahawa "perang dingin" yang sedang berlaku dalam Umno Sabah telah membawa kepada rombakan kepimpinan pemuda Umno negeri yang menyaksikan bekas Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan diganti.
Khairy juga dipetik sebagai berkata bahawa Pemuda Umno terperangkap di tengah-tengah krisis yang sedang berlaku akibat perang dingin itu.
Salleh berkata kenyataan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman segolongan pihak mengenai politik Sabah.
"Apa yang ketara ialah segelintir pemimpin yang tamak kuasa berusaha untuk mengganggu kestabilan Umno Sabah dengan pelbagai cara termasuk memperalatkan pihak-pihak tertentu.
"Pada saya perubahan kepimpinan peringkat Pemuda adalah proses biasa dan ia adalah kuasa mutlak Ketua Pemuda Umno," katanya.
--Bernama
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menjelaskan, beliau tidak merujuk kepada anggota atau pemimpin parti itu apabila menyebut tentang "pengacau" dalam pemilihan PAS.
"Golongan ini tidak ada dalam parti, kalau ada juga itu bukan daripada golongan dalam parti," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Dalam wawancara dengan Utusan Malaysia semalam, Nasrudin dilaporkan mendakwa wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan PAS kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.
Nasruddin berkata, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.
Kenyataan itu bagaimanapun disanggah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Akhbar sama melaporkan, Mustafa berkata, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan